Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
AWAN mendung berarak perlahan. Menutupi langit yang indah. Dani sudah nekad. Apapun dia perlu menemui Mia. Bunyi guruh sudah mula kedengaran. Kilat sambar-menyambar. Dani masih meneruskan pencarian. Hampir seluruh pelusuk Bandar Penawar telah diteroka bersama kawan-kawannya. Namun kelibat Mia dan jantan keparat itu masih belum ditemui. Dani bertambah-tambah risau sementelah suara Mia hanya didengarinya pada setengah jam yang lepas.
"Dani, tolong saya. Saya tak tau mana Bob nak bawa saya pergi. Saya tak cam tempat ni. Tolong Dani…" Bisikan Mia sewaktu menelefonnya membuatkan dia tidak senang duduk. Dani segera meminta rakan-rakannya membantu usaha mencari Mia. Dia tak mahu kehilangan Mia. Dia tak rela jika ada sesuatu yang berlaku pada Mia. Biarlah Mia menolak cintanya. Dani tetap tidak akan berputus asa.
Hujan yang turun gerimis kian lebat. Angin kuat menghembus bagaikan dongeng kemarahan makhluk-makhluk penunggu hutan dan laut. Dani kebasahan. Kepalanya kian berat. Pandangan mula berbalam…
"Dani!!!"
______________________________
Malam masih muda. Di kafe Cinda cuma ada beberapa pelajar sahaja yang baru turun untuk membeli makanan. Dani memesan milo ais sementara menanti Mia turun. Asrama siswi hanya terletak beberapa meter saja jaraknya dari kafe Cinda ini. Malangnya kepada pelajar lelaki kerana asrama siswa letaknya berjauhan dari kafe milik kolej. Makanannya sedap, harganya juga berpatutan. Tapi bagus juga begini. Jika tidak, pasti susah untuk berjumpa gadis idaman hati.
Dani teringat betapa susahnya hidup menjadi pelajar kumpulan pertama kolej yang baru hendak membangun dan membina nama. Seumpama kelahiran pertama, banyak perkara yang tidak mampu di sediakan sepenuhnya. Hidup perlu berdikari. Nota di cari sendiri. Atau paling-paling pun perlu menyalin berhelai-helai kertas nota. Tetapi kini, dalam tempoh dua tahun setengah, pelajar-pelajar junior sangat beruntung. Kemudahan bilik tutorial yang selesa, kemudahan perpustakaan dan makmal computer yang lengkap, nota-nota yang sempurna seluruhnya, kemudahan access card sebagai ganti kad matrik pelajar, memang berbaloi.
"Ellop! Dani dah lama tunggu?"
Hilang lamunan Dani diterjah suara serak basah Mia. Dani tersenyum. Cantik pulak minah ni malam ni, bisik hatinya. Bertudung warna light pink dipadankan dengan baju T lengan panjang warna putih dan jeans rona coklat. Berseri-seri dengan hanya secalit pelembap bibir dan celak pada mata. Just nice and sweet!
Sangka Dani malam itu menjadi satu malam yang indah baginya. Dia berhajat melamar Mia sebagai kekasih hati. Dia sanggup untuk menunggu Mia sehingga habis belajar. Hati Dani sudah benar-benar jatuh cinta pada Mia sejak kali pertama bersua mata pada hari pendaftaran pelajar baru pertengahan tahun lalu.
Apa yang hendak dihairankan? Percintaan senior dan junior adalah perkara biasa yang berlaku dimana-mana institusi sekali pun. Perasaannya berbunga-bunga ketika melafazkan ayat lamaran kepada Mia.
" Mia, sudi tak Mia…menjadi teman hati saya? Maksudnya, sudi tak couple dengan saya?"
Mia tergamam. "Dani…"
Hati telah melonjak keriangan. Ternyata Dani telah membuatkan Mia terharu dengan kata-katanya. Apapun jiwa kena maintain cool selagi Mia tidak bersuara sepenuhnya. Mia kemudian menggeleng.
"Dani, apa semua ni? Mia datang sini bukan untuk bercinta, Dani. Mia nak kejar cita-cita Mia. Mia ada impian."
"Dani tak halang Mia nak belajar atau apa. Dani cuma nak Mia jadi teman hati Dani. Jadi kekasih Dani. Dani boleh tunggu Mia sampai habis belajar," pujuk Dani.
"No, Dani! Dani tak faham. Mia anggap Dani macam kawan dan abang pada Mia. Sorry, Dani. I’ve to go. Thanks for everything you care about me. Mia naik dulu," ujar Mia lalu bangun dan beredar.
Apa yang terlahir dari mulut Mia benar-benar membuatkan Dani terpaku. Punah harapan dan keriangannya. Saat awam mendung menutupi bulan, rintik-rintik hujan turun setitik demi setitik bagaikan memahami perasaan arjuna yang ditolak cintanya. Dani menghidupkan enjin motor dan berlalu pergi membawa hati yang lara.
_____________________________________
Semalam hari lahir Mia. Dani tergesa-gesa keluar dari kelas dan memecut terus ke Pekan Rengit membelikan sejambak bunga dan set makanan segera Marry Brown. Malamnya, Dani meminta Mia turun berjumpanya. Namun mesej Dani tidak berbalas. Panggilan juga tidak berjawab. Akhirnya Dani hanya meletakkan hadiah tersebut di pondok jaga dan meminta jasa baik pegawai yang bertugas menyampaikannya kepada siswi bernama Normia Harun, pelajar semester satu. Dani berharap, Mia membaca kad pemberiannya disebalik jambangan bunga tersebut.
Mia… Dani tak pandai berpuisi, tidak pandai bermain kata Dani cuma tau berterus-terang… Apa yang terluah minggu lepas adalah jujur dari hati Dani Dani tak marah pada Mia kerana menolak Mia berhak pada diri Mia sendiri Cuma Dani harap, kita boleh kembali menjadi kawan Menjadi abang dan adik kalau Mia lebih selesa begitu
Dani doakan yang terbaik untuk Mia Selamat Hari Lahir Mia Dani janji akan jaga Mia sebaiknya selagi hayat masih ada Satu pinta Dani Hiasi wajahmu dengan senyuman paling indah…
Ikhlas, Dani
____________________________________________
Seminggu berlalu. Mia seperti tidak sudi walaupun untuk bertemu pandang dengan Dani. Tiada lagi butir bicara yang terluah. Tiada lagi senyuman manis buat Dani. Mia seakan-akan sengaja menjauhkan diri dari Dani.
Seperti malam-malam sebelumnya, Dani dan rakan-rakannya menjadi pelanggan setia kafe Cinda. Dani perasan kehadiran Mia bersama kawannya. Sama-sama bertudung warna biru laut. Mereka mendapatkan sebuah meja berhampiran Dani dan terus duduk tanpa memalingkan wajahnya kepada Dani. Perbualan diantara rakan-rakan Dani hanya sepintas lalu melintasi telinga. Tumpuannya lebih cenderung ke arah Mia.
Kehadiran Bob bertandang menemui Mia menjentik perasaan ingin tahu dalam diri Dani. Jiwanya membentak ingin mengetahui apa perhubungan Bob dan Mia. Sekilas pandang kemudian Dani melihat Mia dan kawannya sudah pergi bersama motor Wave hitam milik Bob. Entah ke mana agaknya, hati Dani meneka. Bob pula enak melepak di satu sudut yang lain.
Musim tengkujuh sekarang membuatkan Dani bimbang akan keselamatan Mia. Dani melihat jam di tangan. Sudah pukul sepuluh malam. Kiranya sudah sejam Mia pergi dan belum kembali. Hujan lebat tiba-tiba membuatkan Dani panas punggung. Zaimi melihat keresahan Dani lantas bertanya.
"Kenapa Dani?" "Mia." "Mana?" "Tak ada kat sini. Tak balik lagi," terang Dani. "Hah? Cerita sikit. Tak faham," pinta Zaimi. "Tadi aku nampak Mia dengan seorang kawan dia. Lepas tu datang Bob bagi kunci motor. Pinjamkan motor kat budak berdua tu. Tak tau ke mana diorang pergi. Dah sejam, tak balik-balik lagi. Hujan lebat pulak tu. Sekarang dah pukul sepuluh lebih. Asrama siswi tutup pukul sebelas," ujar Dani panjang lebar.
Zaimi mengangguk tanda memahaminya. "Em kau nak cari Mia ke?"
"Nanti dulu, Zam. Tunggu sikit masa lagi. Agak-agak pukul sebelas tak ada, kita cari. Tak pakai helmet tu." "Siapa yang bawak motor?" "Mia." "Uik. Ada lesen ke?" "Entah."
Sepuluh minit sebelum jam menunjukkan pukul sebelas, Mia muncul dengan keadaan basah kuyup. Dani teringin mendakap Mia yang pastinya kesejukan. Menghulurkan baju sejuk yang dipakainya kepada Mia. Malangnya itu cuma khayalan semata. Dani bingkas bangun dan bersuara pada rakan-rakannya.
"Jomlah balik. Aku sakit kepala." "Itulah tadi aku suruh kau berehat, duduk diam-diam dalam bilik tak mau. Nak ikut jugak. Dah demam buat cara demam…" "Bisinglah kau, Zam. Jom balik."
Zaimi dan rakan-rakan lain tertawa. Menggelakkan Dani yang semestinya alah kepada leteran.
________________________________________
Mia merempuh pintu perpustakaan. Menuju ke arah Zaimi dan rakan-rakannya. Mia menghempas buku dan berpeluk tubuh memandang Zaimi.
"Dani mana?"
Zaimi hanya memandang kosong kemudian meneruskan diskusi mereka tanpa menghiraukan Mia. Melihatkan pertanyaannya tidak mendapat respon Zaimi, Mia membentak.
"Eh, engkau ni pekak ke apa? Aku tanya, Dani mana?"
Zaimi masih meneruskan diskusinya. Memperlakukan Mia seolah-olah tidak wujud disebelahnya. Mia semakin panas hati. Lantas dia menarik Zaimi sehingga jatuh dari kerusi. Zaimi mengetap bibir menahan geram. Dia berdiri lalu menarik tangan Mia dan membawanya keluar dari perpustakaan.
"Kau ni apa masalah, hah minah?"
Mia merentap tangannya dari cengkaman Zaimi. "Lepaslah! Aku cari Dani! Mana mangkuk hayun tu? Mana jantan tak guna tu?"
"Hei, kau mulut tu jaga sikit, eh. Yang kau nak cari dia pasal apa? Nak dia jadi bapak pada baby dalam perut kau tu? Dah pandai buat taik, settle la sendiri."
Kata-kata Zaimi membuatkan Mia tergamam. Air matanya menitis.
"Sampai hati kau tuduh aku macam tu, Zam. Aku bukan perempuan macam tu. Kau tau tak apa yang jadi kat aku malam tu? Aku pinjam motor Bob sebab aku nak pergi Petronas. Aku nak keluarkan duit. Tapi, sampai Petronas, mesin ATM tu rosak. Aku nekad dengan Dila, tak pakai helmet, pergi Maybank kat Air Tawar 5. Sampai sana hujan turun lebat.
Bila aku lewat pulangkan motor pada Bob, dia marah. Dia suruh Dila naik dulu sebab nak cakap dengan aku. Katanya sekejap. Sekali dia cengkam lengan aku paksa aku naik motor dengan dia. Semua orang kat kafe pandang aku. Malu tau tak. Aku naik jugak sebab aku takut dengan dia. Dia bawak aku dalam gerimis tu, lalu tempat-tempat yang aku tak pernah pergi! Keliling aku, kiri kanan aku, cuma ada hutan! Kau tau apa perasaan akau waktu tu? Takut tau tak! Takut!"
Wajahnya merah menahan perasaan. Air mata yang berjurai membasahi pipi. Zaimi menarik Mia duduk di kerusi dalam taman. Menanti Mia untuk bercerita selanjutnya.
"Aku call Dani. Minta dia tolong selamatkan aku. Tapi dia tak muncul-muncul. Sampai hujung simpang yang nak belok ke asrama siswi, aku terjun dari motor Bob. Aku berlari padahal kaki aku luka. Pagar berkunci. Pakcik guard pulak entah ke mana. Aku panjat pagar tu nak masuk asrama. Mana Dani pergi? Dia kata nak jaga aku. Mana dia?"
Zaimi melepaskan keluhan dari mulutnya. Pandangan Zaimi tajam, sengaja ditujukan buat Mia.
"Dani kat hospital."
Seketika, Mia terpana. "Kenapa?"
____________________________________
Malam itu, sekembalinya dari kafe Cinda, Dani terus merebahkan dirinya ke atas katil. Suhu badannya meningkat. Air matanya bergenang. Tidak lama selepas Zaimi menyelimutkan Dani, telefon bimbit Dani berdering minta diangkat. Zaimi melihat nama yang terpapar pada skrin.
"Siapa Zam?" Dani menyoal tanpa membukakan mata. "Mia."
Bingkas Dani bangun dan menjawab panggi;an tersebut walaupun kelihatan agak payah. Hanya seketika kemudian, lantas Dani bangun mencapai jeans dan topi keledarnya.
"Zam, tolong aku. Bob bawak lari Mia. Kita kena cari Mia, Zam." "Kau tak sihat Dani. Kau rehat biar aku dengan budak-budak lain je cari. Kita ada dua puluh buah motor. Boleh bagi empat kawasan sekali gus." "Tak apa, Zam. Biar aku cari sekali. Aku tak nak apa-apa terjadi kat Mia." Kunci motor diambil. "Cepat, Zam."
__________________________________________
"Maksudnya Zam, malam tu memang Dani keluar cari aku ke, Zam?"
"Haah. Dia keluar cari kau. Jantan yang kau kata mangkuk hayun, yang kau kata tak guna tu yang keluar cari kau time demam-demam. Time hujan lebat. Sampai dia jatuh motor sebab dah tak larat langsung. Kau fikirlah macam mana sayangnya dia pada kau. Kalau itu pun kau tak boleh nilai sendiri, aku pun tak tau nak kata apa lagi," ujar Zaimi.
Tangisan Mia semakin mendayu. Air mata semakin lebat. Mia merasakan bahawa dia telah melakukan satu kesilapan yang besar terhadap Dani. Maafkan Mia, Dani. Mia silap perhitungan. Mia sangka Bob adalah lelaki yang terbaik buat Mia. Rupanya Bob adalah manusia paling jijik yang pernah Mia kenal. Menggunakan cara kotor untuk mendapatkan mahkota peribadi milik Mia. Maafkan Mia, Dani. Mia salah anggap pada Dani. "Mia, kalau aku tanya sesuatu, boleh ke dengan jujur kau jawab?" Mia mengangguk. "Em…kau…dengan Bob…" "Zam! Aku tak buat apa-apa pun Zam, dengan Bob. Dia tak sempat nak sentuh aku pun. Percayalah Zam…" Zaimi melepaskan keluhan. Syukur Alhamdulillah, bisiknya dalam hati. "Zam…beritahu aku. Apa lagi yang terjadi selepas tu…"
________________________________________
Kami terbahagi kepada empat kumpulan. Aku, Dani, Ijam, Lan, Afif dengan Zak ambil jalan belakang masjid, atas bukit, jalan ke Desaru dan Tanjung Balau, Petronas dan depan bengkel Mamat.
Aku perasan motor Dani mula tak seimbang balik dari Tanjung Balau. Tapi dia masih bertahan lagi sampai Petronas. Cuma dekat bengkel Mamat, waktu tu hujan lebat semula. Memang Dani dah basah kuyup. Aku takut dia tak dapat bertahan. Betul sangkaan aku. Tak lama selepas tu Dani jatuh tergolek. Motor dia terseret atas jalan. Kepala Dani pula terhantuk pada divider. Aku terus jerit nama Dani. Ijam dan lain-lain yang dah maju ke depan patah balik ke tempat kejadian.
Sungguh pun masa tu Dani memakai helmet, tetap tak dapat selamatkan kepala dia dari tercedera. Dani langsung tak sedar sampailah ambulans datang…
_________________________________________
"Zam, bawa aku ke hospital sekarang. Aku nak jumpa Dani, Zam. Aku sayang dia. Aku nak minta maaf kat dia. Bawa aku sekarang Zam…"
"Sorry, Mia. Kau pergi pun tak ada guna. Kau tak dapat masuk untuk tengok dia. Dani dalam unit rawatan rapi. Kepala dia cedera teruk. Lepas operation buang blood clot tu terus dia koma. Kita doa dari sini je Mia. Doakan dia selamat."
Mendengarkan nasihat Zaimi, Mia menunduk. Betul juga katanya. Tiada apa yang boleh dibuat tika ini melainkan berdoa supaya keadaan kembali pulih seperti sediakala.
"Mia…" Zaimi memanggil. "Mia, malam ni kami dan para pensyarah semua akan adakan malam solat hajat dan bacaan yassin buat Dani kat surau kolej. Datanglah, kita sama-sama mendoakan kesejahteraan Dani," ujar Zaimi. Mia mengangguk. "Insya-Allah, Zam. Mia datang nanti."
_____________________________________
Tiga hari kemudian…
Zaimi berlari mendapatkan Mia yang berada di kafe Cinda. Kehadirannya yang tiba-tiba membuatkan Mia tersedak kerana terperanjat. Nafas Zaimi tercungap-cungap. Wajahnya berkerut-kerut.
"Zam! Apasal ni? Slow la sikit. Kenapa ni?" "Dani…Dani…" Mia bingkas bangun. "Kenapa Dani?"
Semua mata memandang ke arah Zaimi. Zaimi terkulat-kulat apabila menyedari dirinya menjadi perhatian ramai.
"Er…Dani…er…Dani dah…" Zaimi menelan air liur. "Ya Allah…Dani…" Lancar saja air mata membasahi pipi Mia. Kedengaran jugak bisik-bisik pelajar lain. Malahan ada yang turut menumpahkan air mata masing-masing.
"Innalillah…" Sahut seorang lagi pelajar perempuan. "Ya Allah…Abang Dani dah tak ada…" Tangis seorang lagi pelajar perempuan yang lain.
Zaimi yang melihat keadaan tidak terkawal itu segera bersuara. Tak boleh jadi ni!
"Weh!! Astaghfirullah…korang ni. Dani hidup lagi la. Mulut tu jaga sikit eh. Jangan cabul. Ni aku nak buat pengumuman. Dani dah sedar!!! Dia dah ditukarkan ke wad perubatan lelaki, wad 7A. So, korang dah boleh la melawat dia hari-hari…"
Seusai habis Zaimi bersuara, semua pelajar bersorak gembira. Tak kurang juga yang berkali-kali mengucap syukur pada Tuhan. Mia juga begitu. Lafaz alhamdulillah tidak lekang dari bibir mungilnya. Walaupun agak geram kerana tertipu dek gimik Zaimi, Mia tidak peduli lagi. Esok dia akan datang ke Hospital Sultan Ismail untuk melawat Dani. Menatap wajah kerinduan hati. Tunggu Mia datang Dani. Mia datang untuk memberi jawapan lamaran Dani. Mia datang untuk menyerahkan cinta Mia pada Dani. Harap-harap, cinta Dani masih ada untuk Mia…
eley korang. suke ati dier ar nak buat citer ape. ko tak suke xpyh bce ar...klau suke cite psl org tua gi ar bce y len. poyo. aku cite bdk2 ni la yg enjoy.
budak skolah ke budak u??? adoi yai...budak sekolah dgn budak u aka student punye cerita la yg paling best...ape da...org tua2 punye kene logik...student sume pun logik ma....
bes2..cite dak sklh ke,dak u ke.. aku xksh..lyn jew..as long as bes..he3 cite dak sklh xbes,dak u xbes,abis pe y bes?? hah..poie uat cito sndri.. byk complaint yo???
muahaha..citer btol ke? tapi kalau btol sweet..kesian dani...anyway, nice story...baca komen u all smpi tergolek2 ketawa..haha.. anarif from Honey, I Hate You!...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
part last cte neh besh...
cabul tol mulut,,
hahAx~
>myA nuryana<