Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Perlahan-lahan aku menjenguk apa yang berlaku di sebalik tirai kuning itu. Hati ku sudah tidak enak sejak panggilan telefon dari mama memberitahu apa yang telah terjadi. Sungguh aku takut. Tapi pakaian di tubuhku ini memberikan satu kekuatan, titipan semangat untuk aku tegar menghadapi semua ini.
"Hana, mama hendak beritahu kamu sesuatu. Zaid di hantar ke hospital kamu petang tadi. Aunty Peah kata keadaannya unpredictable. Gayanya semakin kritikal. Tolong tengok-tengokkan mereka ya. Mama on the way home from Taiping. Papa akan sampai sebentar lagi. Kamu tolong mama ya, sayang," cemas sekali suara mama.
Aku buntu. Sejak perkelahian antara aku dan aunty Peah, lama sekali aku tidak mendengar berita tentang Zaid. Dia mendiamkan diri terus. Mungkin mengambil masa untuk peperiksaan PMRnya atau mungkin juga berkecil hati denganku kerana berperang dengan ibunya.
Staff nurse incharge acap kali keluar dan masuk ke dalam tirai itu dengan cemas. Delaila, memanggil namaku minta pertolongan.
"Hana, ayuh segera. Kita harus bersihkan pesakit ini sebelum ketibaan doktor." Aku dengar pesakit itu muntah lagi.
Saat aku mampir, satu bau yang menusuk hidung, meloyakan tekakku. "Sebentar Delaila. Aku ambil mask dan gloves untuk kita."
Ya Tuhan, kuatkan semangatku. Air mataku hampir menitis. No! Stop it, Hana! Keep calm.
Aku lihat pesakit itu sudah terbaring lemah. Discharge terusan keluar dari anusnya. Habis seluruh belakang badannya kotor. Aku membantu Delaila memposisikan pesakit. Suara erangannya mendayu di telingaku. Aku membersihkan belakang badannya. Kemudian kami menggantikan kain cadar dan pakaiannya supaya pesakit lebih selesa.
Ah, tabahlah kamu, Zaid. Ini ujian yang sedikit dari Tuhan buat kamu.
"Aku rasa, kita perlu pakaikan dia diapers, Hana."
Aku mengangguk setuju. Line IV di tangannya aku betulkan supaya airan berjalan masuk menggantikan cairan dan elektrolit pada tubuhnya yang hilang. Aku periksa tanda-tanda leakage dan thrombus. Aku mahukan Zaid sembuh. Aku akan lakukan rawatan yang terbaik untuk dirinya.
Delaila sudah keluar. Aku memberikan terapi oksigen kepada Zaid. Kemudian aku selesakan dirinya. Semua aku buat mengikut standard Nursing Care Plan. Aku biarkan dia berehat sebentar sebelum diperiksa semula oleh doktor.
Dokumen biru di cardiac table itu aku ambil. Aku lihat maklumat di dalamnya.
Zaid Hafiz bin Naufal TRO Acute Bacterial Meningitis
"Meningitis?" ______________________
Pernah kelmarin aunty Peah menelefonku. Bukan aku tidak sedar ada panggilan yang masuk, tapi memandangkan aku masih berkecil hati dengannya, sengaja panggilan itu tidak ku angkat. Padaku mungkin dia mahu memujukku. Peristiwa malam itu berlayar kembali diingatanku.
"Kamu melampau Hana. Kamu bawa Zaid pergi perkhemahan di Jemaluang tanpa minta izin aunty? Bagaimana kalau sesuatu terjadi? Do you will to responsible and accountable to him?"
"Hana dah minta izin papa. Anak aunty, kan anak papa jugak. Lagipun biarlah Hana bawa Zaid. Aunty sendiri sibuk. Papa apatah lagi." Lancang sekali mulutku menjawab.
"Hana! I thought that you’re already matured. This is not about business. This is about family relationship. I do care both of you. You’ve to think the first priority. Dapatkan izin supaya kamu diberkati saat keluar dari rumah."
Ah, apa yang aunty Peah mengarut ni. Aku dan Zaid telah selamat kembali pun dari perkhemahan tersebut.
"Aunty, you tell me about permission, the first priority to be blessing. But, as a mummy, you never tell him when you’re going for outstation. You’re not here, with Zaid when he wanna share any good news. He was so frustrated. You know what? You ruined it out."
"Shut up, Hana! It’s my family then I know how to manage. Just behave yourself!"
Mendengarkan itu, aku keluar dari rumahnya. Aku pergi dari suara amarahnya padaku. Ya Tuhan, aku menderhaka pada orang tua. Haruskah aku kembali memohon ampun? Malang sekali, egoku berada di tahap tertinggi.
Mindaku di awangan lagi. Terkenang pula mesej yang aku terima dari Balqis, teman Zaid sejak kecil yang turut sama ke perkhemahan di Jemaluang itu denganku.
Kakak, aku rasa Zaid perlukan seseorang. Dia kelihatan sakit. Mungkin rindukan aunty Peah yang ke Bali sejak kamu berkelahi dengannya.
Mesej itu hadir tiga hari selepas aku meninggalkan rumah aunty Peah. Keesokan harinya aku menerima lagi satu mesej dari Balqis.
Kakak, Zaid jatuh pengsan selepas main bola petang tadi. Dia sudah dihantar ke klinik oleh Cikgu Zali. Aku bimbang sekali, kak. Pagi tadi dia mengadu. Horrible headache. Badannya juga panas.
Kebimbangan Balqis juga merupakan kebimbanganku. Aku ingin sekali melawatnya. Saat genting begini hanya aku dan Balqis yang hampir dengannya. Aku nekad. Habis tugasku jam tujuh pagi itu aku akan ke Mersing melihat keadaannya. Tetapi, niatku itu ku tahan apabila pesanan dari Balqis memasuki inbox handphone ku.
Zaid unconcious. Aunty Peah dalam perjalanan pulang. Zaid di Hospital Mersing. Dia akan dipindahkan ke hospital tempat kakak bekerja sebentar lagi.
Bagaimana hendak berdepan dengan aunty Peah? Aku berkira-kira sendiri. Mama masih belum mengetahui apa yang terjadi, papa juga. Tentang perkelahianku dengan aunty Peah, tentang Zaid. Aku agak risau.
_______________________
Zaid telah ditukarkan ke bilik belakang. Isolation room. Hanya untuk dia seorang. Seorang staff nurse telah diarahkan untuk monitor keadaan Zaid. Sebuah meja dan kerusi diletakkan di sisi cermin agar kami dapat memantaunya dari luar.
Aku lihat dari jauh papa dan aunty Peah masuk menuju ke kaunter. Aku segera mendapatkan mereka. Aku menghulurkan tangan dan kami bersalaman.
"Macam mana, Zaid?"
"I’m sorry, aunty. He is in a bad condition. Kita kena buat solat hajat minta dia sembuh dan kembali cergas seperti biasa."
Aunty Peah sudah berlinangan air mata di bahu papa. Aku tahu berat untuk dia menerima keadaan. Apatah lagi bertahun dia menunggu untuk mendapatkan zuriat yang seorang ini.
"Hana night duty ke?" soal papa. Aku hanya mengangguk.
"Papa, kalau nak tahu lebih lanjut pasal keadaan Zaid, doktor masih ada di kaunter."
Papa mengangguk. Kami bertemu doktor. "My son. Macam mana?"
"Sekarang dia disahkan mengidap meningitis."
"Kronik ke doktor? Kenapa baru-baru ni dia kena?"
"Meningitis is an emergency that has a high mortality even in countries with highly developed systems of health care like Malaysia. Dia boleh jadi sebab bacteria, virus, fungal, malignant cell atau disebabkan oleh organisma lain."
"Yang ini disebabkan apa doktor?"
"Bakteria. Di peringkat acute."
"Apa sebabnya doktor? Apa!" Papa aku lihat sudah hilang kesabaran.
"Mungkin dia pernah involved dengan aktiviti camping, jungle trekking, atau pernah memancing di kawasan hutan?"
"Ya Allah…" Aunty Peah beristighfar kemudiannya. Serentak papa dan Dr. Rizal memandang aunty Peah.
"Ada?" Soal Dr. Rizal. Aku menelan liur.
Aunty Peah mengangguk. "Dia ke Jemaluang."
"Bila?"
"Jumaat lepas." ________________________
NAMA : ZAID HAFIZ BIN NAUFAL KATIL : NO 27 (ISOLATION ROOM) DIAGNOSIS : ACUTE BACTERIAL MENINGITIS
Malam ini malam ketiga aku night duty. Sungguh aku cuma student nurse, tapi tahap super senior yang ada membenarkan aku mempolopori tugas staff nurse incharge dibawah penyeliaannya. Pagi tadi sewaktu aku pulang ke asrama jururawat, nota berkenaan meningitis segera ku selak. Aku baca berkenaan manifestasi klinikalnya.
Sah. Semua simptom meningococcal meningitis ini ada padanya. Aku membaca pula prognosisnya. Syukur, it’s not a poor prognosis seperti malignant meningitis. Masih ada ruang kesembuhan. Perlu usaha, kecekalan, semangat dan doa untuk Zaid.
Aku bersyukur. Amat bersyukur. Aunty Peah tidak marahkan aku lagi. Padanya Zaid adalah keutamaan waktu ini.
"We didn\'t know what to expect, and when everyone who touched him was gowned from head to toe and masked that was even scarier." Aunty Peah mengadu kepadaku. Air matanya masih lagi berlinangan mengenangkan keadaan Zaid.
Mama juga telah tahu apa yang berlaku. Mujur semua memahami hal yang berlaku antara aku dan aunty Peah adalah satu salah faham.
Balqis dan ibu bapanya juga berkampung di sini menemani Zaid. Uncle Dahlan ialah sahabat papa tika senang dan susah. Aunty Zaudah pula rakan sepersatuan mama dan aunty Peah. Pasti hubungan mereka sangat rapat.
Aku dengan Zaid? Dia adik tiriku. Anak kepada isteri pertama papa, aunty Peah. Selama lima tahun papa dan aunty Peah hidup bersama, masih belum dikurniakan zuriat. Sudahnya aunty Peah mengizinkan papa bernikah dengan Juliha, rakan kongsi aunty Peah sendiri.
Dua tahun menyulam kasih akhirnya lahirlah aku di dunia. Aunty Peah adalah orang yang paling gembira menyambut kehadiranku, menurut mama.
Dia memelihara aku umpama anak sendiri. Betapa beruntungnya aku. Hubungan mama, aunty Peah dan papa baik sekali. Umurku menginjak enam tahun, papa mengkhabarkan berita bahawa aunty Peah sedang hamil.
Aku amat gembira. Aku bakal beroleh seorang adik. Adikku itulah yang sedang terdampar di hadapanku kini. Zaid Hafiz bin Naufal.
___________________________
Entah kenapa malam ni ombak di dadanya kelihatan kencang. Aku cemas. Lantas aku laporkan keadaan Zaid kepada staff nurse incharge. Dr. Rizal segera dihubungi. Keadaan Zaid tenat. Jururawat dari Unit Rawatan Rapi (ICU) juga telah dipanggil untuk bantuan kecemasan. Aku segera menurut masuk ke dalam bilik yang menempatkan Zaid sambil menolak emergency trolley.
Aku membantu di sudut bagging manakala Dr. Rizal dan jururawat lainnya melakukan tugas mereka. Dalam hatiku tidak berhenti berdoa. Jika saat kematian Zaid telah tiba, Ya Allah, maka Kau ambillah nyawanya sekarang. Jika Kau mahu dia bernafas dan hidup lagi, ringankanlah kepayahan yang dilaluinya kini.
Entah kenapa, tiba-tiba darah memancut keluar dari mulutnya.
"Call the ICU. Now!"
Dr. Rizal mengambil posisiku. Aku lantas keluar meminta staff nurse incharge untuk menelefon ICU untuk memindahkan Zaid. Saat itu perkataan yang diucapkan oleh aunty Peah terngiang-ngiang ditelingaku.
"Do you will to responsible and accountable to him?"
Ya Allah, aku mohon kalau aku bisa menjadi galang gantinya, biarlah aku yang pergi dulu. Kasihilah adikku ya Allah. Berilah dia peluang untuk mengecapi hidup ini setelah bersusah payah lahir ke dunia. Aku rasakan sekelilingku mulai kelam. Aku duduk di kerusi dan memejamkan mataku erat-erat…
_____________________________
Balqis tersenyum riang melihat perkembangan Zaid setelah pulih dari penyakitnya. Dua minggu di ICU cukup mendebarkan perasaan. Namun dalam hati tercalit duka. Pemergian kak Hana dikatakan orang kampung sebagai tukar nyawa. Begitu mudah dia pergi saat orang lain memberi sepenuh perhatian kepada Zaid.
Balqis menghela nafas perlahan. Mampukah Zaid menerima kenyataan?
Zaid kembali ke katil setelah usai memberus gigi. Jururawat masuk memberikan suntikan dan ubatan lainnya. Zaid tersenyum memandang Balqis.
"Qis, nanti kita jenguk kak Hana ye. Dah lama Zaid tak jumpa dia. Sejak Zaid sakit teruk dulu dia terus hilang. Dia merajuk dengan mummy Zaid lagi ke agaknye ye?"
Balqis menggeleng. Tidak Zaid…semuanya sudah selesai. Pemergian kak Hana penamat segalanya. Balqis hanya mampu tersenyum. Masih terbayang senyuman kak Hana disebalik tirai katil itu.
sy guna konsep tukar nyawa yang simple pada kak hana. apa terjadi pada kak hana terpulang kepada pembaca untuk memikirkannya. bukan semua karya akan ada penghurai kepada segala teka-teki. apa pun terima kasih untuk segala komen anda. alhamdulillah.
mcm skeleton key la plak tukar2 nyawa ni klo ye pon bg la sedikit penerangan mcm mna dia mati penerimaan zaid n keluarga mcm mna rasa cm trgantung plak
p/s jgn marah ikhlas dtg dr hati
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Neisseria meningitidis infection..
hehehe..
nice story...
best gak boleh baca cerita mcm ni..
keep it up ^_^