BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, April 01, 2009
Cerpen : Masih Ada Waktu
Nama Pena : anarif

Azam memandang sekeliling. Nafasnya ditarik perlahan. Dia merasai kembali sebuah ketenangan yang pernah menjadi sahabat baiknya. Sebelum hidupnya menjadi gelap. Hidupnya dahulu tenang dan damai, setenang air di parit yang menjadi tempatnya bermain dengan rakan-rakan. Dengan Zahid, Fahmi, dan Arif. Rindunya kenangan dahulu. Bermain di kebun, mengejar ayam dan itik. Membantu ayah di sawah. Membanting padi. Kenangan dahulu satu persatu diputar kembali. Alangkah indahnya hidup jika apa yang difikirkannya kala ini menjadi kenyataan. Alangkah bagusnya jika kenangan itu boleh diulang kembali. Pasti hidupnya tidak akan samar-samar seperti sekarang. Sekiranya diberi peluang kedua, dia akan mengubah masa itu. Namun dia tahu, angan-angan itu hanya tinggal angan-angan.

Hakikatnya amat pahit untuk ditelan. Ketenangan kampung ini bukan lagi miliknya. Azam pasti kepulangannya tidak dinanti. Ibu dan ayah telah meninggal setelah pemergiannya yang tidak direla itu. Ibu tidak rela, begitu juga ayah. Lantas kedua-duanya dijemput Ilahi, 2 tahun selepas pemergiannya. Tujuan utamanya sekarang, walau dia tahu, namanya mungkin sudah dilupa, wajahnya mungkin sudah tidak mahu diingat orang kampung, dia perlu pulang. Demi amanah ibu dan bapa yang tercinta. Yang satu masa dulu amat terluka dengan perbuatannya. Azam sebak. Maafkan azam, ayah, ibu. Kebun dan sawah, tetap miliknya sebagai anak tunggal. Walau dia punya ayah saudara, namun dia pasti, dia pasti tidak diakui saudara. Mereka tidak salah. Dia yang salah. Dia bersalah.

Dia meneruskan langkahnya. Tanpa disedari, ada mata-mata yang memerhatikan. Azam dah pulang. Bisik hati itu sendiri.

Dari kejauhan, atap rumahnya sudah kelihatan. Rumahku, syurgaku. Sepatutnya ungkapan itu dipegang dari dahulu. Azam sedar, sesalannya akan mengaitkannya dengan semua perkara yang ada dalam hidupnya kini. Tapi itulah harga yang perlu dibayar. Dia sudah bersedia. Sebaik diberitahu dia dibenarkan pulang, dia sudah menetapkan azam. Menguatkan hati untuk semua perkara yang bakal berlaku rentetan kepulangannya. Tapi,
bersediakah dia?

Rumahnya usang. Jika diikutkan perkiraannya, sudah 2 tahun rumah itu tidak berpenghuni. Aku akan mengi’marahkanmu kembali. Janjinya pada diri sendiri.

Azam tergesa-gesa keluar dari bilik. Bunyi ketukan bertalu-talu di luar rumah mengejutkannya yang baru habis mengerjakan solat Isya’. Penat masih terasa lantaran mengemaskan rumah seharian. Mujurla kebiasaannya membuat kerja berat membuatkannya tidak mudah letih.

Selak pintu dibuka. Dia dapat menangkap pandangan 4 pasang mata sebaik daun pintu dibuka sepenuhnya. Dia mengukir senyum ikhlas biar wajah dihadapannya seakan tidak mengharapkan senyum itu.

"oh, tok imam, pak long. Arif, fahmi, silalah masuk. Sila." Pelawanya ikhlas seraya menguak daun pintu seluasnya. Aku sudah bersedia. Dia berbisik sendiri.
"hah, kan sy dh ckp tok imam? Si jahanam ni dah balik ke sini semula. Nak buat kacau lagi." Sinis suara itu. Arif senyum sumbing. Dialah yang mengetahui kepulangan azam pagi tadi. Dia juga yang membawa mereka yang lain ke mari. Azam senyum tawar.
"ish, kamu ni arif. Cakap tu biar berlapik. Tak baik bising-bising kat luar rumah ni. Kot ye pun kita naik dulu. Jom." Tegur tok imam lantas memanjat tangga rumah azam. Yang lain menurut. Huluran tangannya hanya disambut tok imam. Azam terpandang wajah pak longnya. Sayu. Pilu bila saudara sendiri menyisihkan. Sabarlah wahai hati. Ini balasan untukmu.

Sebaik semuanya duduk, azam turut melabuhkan punggung. Inilah mahkamah dunia untukku. Aku harus menghadapinya demi syurgamu ya Allah. Azam berdoa sendiri.

"sebelum tu, saya mintak maafla semua. Saya tak sempat nak beli apa-apa lagi untuk rumah ni. Tak ada apa yang tinggal. Jadi, tak ada apa lah yang dapat saya sediakan. Kalau datang lagi lepas ni, insyaAllah, dah penuh la dapur tu." Ramah azam. Tok imam tersenyum. Arif mencebik.
"jangan harap kami datang lagi!"getus arif. Biar perlahan namun didengar semua. Azam senyum lagi.
"arif. Jaga kelakuan kamu." Tegur tok imam lagi. Tok imam berdehem kecil. Azam menanti sabar hukuman yang akan dijatuhkan sebentar lagi.
"azam, bila kamu keluar penjara?"lembut suara itu bertanya. Debaran makin terasa.

"semalam tok. Dibebaskan sebab berkelakuan baik." Terangnya. Dengusan kecil kedengaran. Azam senyum lagi.

"ooh, Alhamdulillah. Tok pun risau tengok rumah arwah ayah kamu ni, terbiar je. Dulu tok ada jugak mintak mak aji tolong kemas-kemaskan, tapi dia pun dah tak larat sangat sekarang. Tok mintak maaf la azam. Tak jagakan rumah ni untuk kamu."

"tak apa tok. Rumah ni tak dirobohkan pun saya dah bersyukur sangat. Sekurang-kurangnya, masih ada tempat berteduh untuk saya kat sini."

"jadi kamu memang berhajat untuk terus tinggal di kampung ni? Bagus la, tanah kamu pun banyak. Sekurang-kurangnya, ada juga pengusahanya. Yang dah lepas tu, biarkan lah berlalu. Kita pandang ke hadapan. Semua orang perlu diberi peluang kedua. insyaAllah, masa akan menyembuhkan segala-galanya. Tok pun harap kamu benar-benar akan mengambil peluang ini untuk membersihkan kembali nama kamu, nama keluarga kamu. Betul kan Dollah?" pak long Cuma diam. Tiada jawapan. Azam terharu. Sebak hati bila masih ada yang mahu menerimanya dan menyokongnya.

"dollah, dia ni anak saudara kamu jugak. Jangan lah diputuskan persaudaraan sekiranya ada usaha untuk menyambungnya. Ingatlah, nama baik tak dibawa ke kubur. Amalan juga yang dikira. Sekiranya kita bertaubat bersungguh-sungguh dan bertekad ingin membetulkan segala kesalahan, insyaAllah, besar ganjarannya kelak. Kita yang pada pandangan masyarakat ni dilihat sebagai yang baik haruslah benar-benar berakhlak baik. Maafkanlah yang bersalah. Memaafkan itu kan amalan mulia." Menusuk bicara tok imam ke dalam hati-hati yang hadir. Masing-masing berteleku.

"saya sememangnya ingin meminta maaf kepada semua atas segala kesalahan dan kekalutan yang telah saya timbulkan dahulu. Saya benar-benar menyesal. Jika saya diberi peluang kedua, insyaAllah. Tidak akan saya sia-siakan. Tujuan saya pulang hanya satu. Mengembalikan kepercayaan orang kampung dan juga menjaga amanah arwah ayah dan ibu saya. Di sini saya lahir, jika boleh, di sini juga saya ingin dikebumikan. Sekiranya ada yang tidak senang dengan kepulangan saya, saya faham. Saya juga faham yang usaha saya ini mungkin akan memakan masa yang hanya Allah saja yang tahu tapi saya redha kerana saya tahu, inilah balasan yang harus saya pikul atas dosa-dosa saya dahulu. Saya Cuma mengharapkan sokongan kalian, jika tidak boleh menyokong terus, tak mengapa lah. Saya akan tunggu saat di mana saya dimaafkan dan diterima kembali. Saya percaya, jika saya bersungguh-sungguh, kalian akan tahu juga bahawa saya berkata benar. Biarlah masa sahaja yang menjadi penentunya."

"bagus lah kalau macam tu. Buang yang keruh, ambil yang jernih. insyaAllah. Amanlah hidup kita. Oh ya, sempena kepulangan kamu ni, tok nak buat kenduri sikit, tanda kesyukuran. Kamu datang ya. Esok, lepas Zohor, di rumah tok. Lagi bagus kalau kamu datang berjemaah di surau esok. Boleh langsung ke rumah saja." Azam terdiam. Surau. Kenangan hitam terusik kembali. Namun dia tetap terharu dengan sokongan yang diberikan oleh tok imam yang sememangnya dihormati di kampungnya itu.

"insyaAllah tok. Saya pasti datang. Terima kasih banyak-banyak tok." Dia memberi janji. Peluang yang dinanti sungguh tidak disangka datang secepat itu. Mungkin berkat sabarnya dan taubatnya semasa di sebalik tiang besi dulu. Alhamdulillah.

"oklah azam. Kamu mesti penat. Biarla kami beransur dulu. Rehatkan diri kamu. Esok hari penting untuk kamu."tok imam mengingatkan. Semuanya sudah berdiri. Azam merapatkan diri dengan pak longnya. Teragak-agak tangan dihulur dan di luar jangkaannya, tangan itu bersambut lantas diciumnya. Rindu kepada ayahnya tiba-tiba terasa. Dollah masih diam. Tok imam yang memerhati Cuma tersenyum.

"pak long, maafkan azam. Azam dah berubah pak long" pak longnya Cuma mengangguk. Lantas tangannya dilepaskan. Azam puas kerana dia tahu, peluangnya sudah terbuka. Dia tidak akan mensia-siakan harapan mereka.

Fahmi pula dirapatinya.

"mi, maafkan aku." Ujarnya perlahan. Fahmi mengangguk. Masing-masing tersenyum dan mereka berpelukan. Erat. azam melirik arif yang sudah berjalan menjauhi yang lain. Fahmi yang menyedari lirikan itu Cuma mengeluh. Dia mengerti, bukan senang menuntut pengorbanan.

"biarkan dia dulu. Nanti dia ok lah tu." Ujar fahmi menenangkan. Azam mengangguk.

"aku tau, lagipun, semua ni berpunca dari aku. Kalau tak, kita takkan jadi macam ni. Kita masih berempat." Ada titis air mata memenuhi kolam matanya. Fahmi diam kembali.

"zam, aku rasa kau tak tau lagi berita ni. Zahid…dia dah meninggal tahun lepas, barah hati. Aku mintak maaf sebab tak khabarkan pada kau awal-awal." Azam tersentak mendengar berita itu.

"Innalillahiwainnailaihirajiuun...."jawab azam perlahan. Tidak disangka sahabatnya itu telah pergi dulu meninggalkan mereka. Terkilan kerana perpisahan untuk selama-lamanya itu menyaksikan dia membelakangi sahabatnya.

"azam, kami beransur dulu. Kita jumpa esok ya. Assalamualaikum." Rombongan kecil itu melangkah pergi dan hilang dalam samar malam.

"waalaikumussalam." Jawabnya seraya mebuhkan punggung di anak tangga. Kepalanya berselirat dengan berita yang baru diterima. Zahid, aku harap aku dah mendapat kemaafan darimu sebelum kau pergi untuk selama-lamanya. Semoga kau berbahagia di sana. Azam mendoakan. Tulus. Sebak. Ya Allah, matikanlah hambamu ini dalam iman. Sempat dia menitip doa untuk diri sendiri.

Keesokan harinya, dia ke surau yang kelihatan baru. Ada kekesalan timbul dihati tatkala melihat binaan surau yang hampir keseluruhannya baru. Mata-mata yang ada memandangnya. Masing-masing mempamerkan perasaan bercampur-baur. Dia tahu ada yang jelik, benci, marah dan banyak lagi kepadanya namun dia cuba berlagak biasa. Fahmi yang baru tiba menghampirinya dan mereka duduk bersebelahan. Azan masih belum dilaungkan.

"mi, aku menyesal sebab teguk air haram tu. Bila tengok surau ni, aku sedih sangat. Aku dah berdosa pada semua. Aku berdosa mi." ujar azam penuh penyesalan.

"sudah la zam. Ada hikmahnya apa yang berlaku. Macam ni, kita dapat surau yang baru, yang lebih bagus. Kalau kau tak bakar surau ni malam tu, mungkin kita masih guna surau yang dulu, yang serba-serbi kekurangan. Betul tak? Tapi Alhamdulillah, aku bersyukur kau dah kembali ke pangkuan kami. Seperti kata tok imam, yang sudah tu jangan diingatkan lagi. Terus pandang kehadapan dan perbaiki diri kita. InsyaAllah, hidup lebih aman."

"terima kasih mi kerana menenangkan aku. Kau memang sahabat sejati dunia akhirat. Tapi mi, aku nak tau satu perkara. Sebelum zahid meninggal adakah dia dh maafkan aku?"

"aku mintak maaf zam. Aku tak pasti tentang hal tu. tapi yang aku tau, dia Cuma berharap kau menyesal dengan tindakan kau dan bertaubat. Itu yang kerap dia ulang zam. Pada hemat aku, dia pasti sudah maafkan kau. Jika kita bersungguh-sungguh, insyaAllah. Jangan la kau risaukan sangat."

Serentak itu, azan dikumandangkan tok bilal. Mereka menghayati azan sehingga habis sebelum mengerjakan solat sunat. Usai solat sunat, solat zohor pula dikerjakan berjemaah. Azam merasa tenang kembali. Sebaik doa habis dibacakan tok imam, semua jemaah dijemput ke rumah tok imam untuk kenduri kesyukuran sempena kepulangan azam.

Azam, fahmi, tok imam serta jemaah solat beriringan ke rumah tok imam yang letaknya tidak berapa jauh dari surau. Rumah itu meriah sedikit. Beberapa orang kaum hawa sibuk keluar masuk menyediakan hidangan. Kanak-kanak berlari riang. Tiba-tiba, seorang kanak-kanak perempuan menghampirinya. Bajunya ditarik.

"ayah, ayah, dia kacau saya." Ujar suara halus itu. Azam tersenyum sebelum dia duduk mencangkung di hadapan kanak-kanak itu. Wajah mulus itu ditenungnya. Rambutnya dielus.

"adik nama apa?"

"farah hani"petah dia berbicara. Umurnya mungkin dalam lingkungan 4 tahun. Teka azam sendiri.

"ayah dengan mak mana?"

"ni lah ayah, mak dengan nenek masak. Mak suruh farah keluar. Farah keluar la."

"azam." Fahmi yang masih setia di sisinya menyampuk.

"farah anak arwah zahid, zam." Suara fahmi perlahan. Azam tersentak. Anak kecil ini sudah yatim rupanya. Ah! Sukarnya meneka masa depan. Kasihan dia. Simpati azam. Aku juga sudah yatim piatu. Itulah hakikatnya.

"adik nak pakcik jadi ayah adik?"Tanya azam ikhlas. Aku rela jika itu akan memberikan seulas senyum di wajah mulus itu. Juga untuk sahabatku.

"nak. Saya suka ada ayah. Ayah saya dulu pun baik. Baik sangat. Dia selalu main dengan farah. Ayah tak pernah marah. Tapi mak kata ayah dah pergi jauh. Kami tak boleh main macam dulu."lancar dia berbicara. Azam tunduk, ada pilu menyayat hatinya.

"baiklah, kalau macam tu, farah dah ada ayah mulai sekarang. Ayah takkan tinggalkan farah. Ayah janji."

"farah!" suara nyaring memanggil dari kejauhan. Azam mengangkat mukanya. Wajah itu! Perasaannya mulai tidak tenteram. Sudah lama dia tidak menatap wajah itu. Tapi, apa kaitan dia dengan farah? Dan zahid?
Mungkinkah…

"mak, farah dah ada ayah!" kanak-kanak itu berlari ke arah empunya suara. Azam terkedu. Mata itu juga memandangnya tidak lepas.

"azam." Namanya meniti di bibir itu. Teragak-agak juga pada mulanya. Ada riak tidak suka dengan pertemuan itu.

"faridah. Apa khabar?" tutur suaranya tersekat-sekat. Seakan ada batu di kerongkongnya. Terimalah hakikat azam. Kau bekas banduan. Memang dia patut mencari yang lain, yang lebih layak dengannya.

"err, farah comel. Takziah atas pemergian zahid." Tuturnya lagi. Faridah menunduk. Sebelah tangannya menggenggam erat tangan kecil farah.

"hmm, farah memang comel. Idah minta maaf, dia panggil azam ayah. Sejak zahid pergi, dia asyik menyebut-nyebut tentang ayahnya saja."

"eh, tak apa. Dia tak faham apa-apa lagi. Janganlah halang dia. Zam tak ambil hati." Faridah tersenyum tawar. Hakikat itu tiada yang tahu, azam.

"idah pergi dulu. Mak dah tunggu." Ujarnya lagi. Azam mengangguk separuh rela.

"jom sayang."

"tapi ayah?" faridah menarik nafas. Sesak mendengar panggilan itu.

"Farah, ini pakcik, bukan ayah. Pakcik, sayang." Dia mendengar faridah membetulkan sebutan itu. Azam masih terkedu. Jika kenyataannya bukan seperti sekarang, anak ini pasti anaknya, dan faridah tidak akan menjanda. Mereka sekeluarga akan bahagia. Dia mengeluh perlahan. Faridah….

Kenduri di rumah tok imam berjalan lancar biar ramai yang menyatakan ketidaksanggupan mereka menerima azam kembali. Cuma sebilangan sahaja yang menyatakan penerimaan mereka. Azam tetap bersyukur. Bersyukur masih ada yang menerimanya. Itu lebih baik dari jangkaannya.

"dia bakar surau kita. Dia patut dihalau."

"dia rompak kedai saya. Perompak macam ni patut kekal dalam penjara."

"mak dengan ayah dia pun sakit jiwa, sampai ajal dah pun. Ibubapanya pun dia boleh buat macam tu, apatah lagi kita?"

"betul ke dia dah menyesal? Entah-entah hangat-hangat tahi ayam je. Mungkin lepas ni lebih teruk lagi, mana kita tahu?"

Suara-suara itu masih terngiang-ngiang di telinganya. Azam mengeluh kecil. Sekali berdosa, terpalit selama-lamanya. Azam akur. Dia Cuma mampu berdoa, semoga esok masih ada untuknya.

Dia mengerjakan kebun seperti biasa. Sawah juga dikerjakan. Jika selama dia tiada pak ali yang mengerjakannya, kini, tugas itu diambil alih olehnya kembali.

Hari itu, sedang dia berjalan pulang dari kebun, suara kecil itu kedengaran lagi.

"ayah! Ayah!" azam menoleh. Terkedek-kedek si kecil itu berlari ke arahnya. Faridah di belakang tersenyum
tawar. Ada riak tidak senang mendengar panggilan itu.

"oh, farah. Ayah ingat siapa tadi. Ayah baru balik dari kebun ni. Farah dari mana?" azam melayan si kecil itu.

"farah pergi bangunan putih. Semua orang pakai putih ayah. Semua orang baring. Farah makan gula-gula. Kawan baju putih bagi. Lepas tu, dia pegang-pegang farah. Kan mak?" azam mengerut-ngerutkan dahinya.

"hmm…kami baru pulang dari hospital. Idah amik ubat sikit." Terangnya mahu tak mahu. Satu yang azam pasti, faridah seakan-akan tidak senang dengan pertemuan itu. Azam mengerti.

"oh. Sakit apa?" tanyanya ingin tahu. Apapun, dia pernah menyayangi insan itu sepenuh hati.

"tak ada apa-apa pun. Batuk je. Idah balik dulu. Farah, jom."dia menarik tangan kecil itu pergi. Biar kau berhak azam, aku tidak akan memberi hak itu padamu. Tidak sekali-kali. Faridah bersumpah sendiri.

"bye ayah!"tangannya dilambai-lambai. Azam membalas bersungguh-sungguh.

Malam itu, apabila fahmi datang ke rumahnya, dia mengambil kesempatan bertanya.

"mi, aku ada nak Tanya sikit. Tapi, kau jangan salah anggap kat aku pulak."
"apa dia?"
"pasal arwah zahid dan faridah." Dia menelan liur. "err, Bila mereka berkahwin?"
"oooh, pasal tu. Hmm, sebulan lepas kau dibawa pergi, mereka terus berkahwin. Aku ada juga Tanya pada zahid kenapa macam tergesa-gesa je tapi katanya, dah jodoh. Tak lama lepas tu, farah lahir tapi dengarnya, dia lahir awal sebulan. Kenapa?"
"tak ada la, aku Cuma nak tau je." Azam bersuara lemah. Fahmi yang menyedari kekusutan sahabatnya itu menepuk-nepuk bahu azam perlahan.
"zam, aku tau kau sedih tapi aku rasa apa yang zahid buat tu bagus. Sekurang-kurangnya, nasib faridah terbela lepas kau hilang entah ke mana. Aku harap kau tak salahkan dia."
"eh tak la. Aku faham. Aku sangat gembira bila aku tau faridah tetap bahagia. Walaupun sekarang dia sudah menjanda, tapi dia ada farah. Masih ada ibu dan ayah. Aku tumpang gembira dengan semua tu. Aku bahagia bila dia bahagia mi."ujarnya ikhlas. Fahmi tersenyum senang. Gembira dengan pengakuan itu.
"tapi kan, aku heran la. Cepat aja budak tu panggil ko ayah. Pelik. Selama ni dia Nampak aku tak pernah pulak dia tersasul macam tu. Kau tak pelik?"
"hmm, budak-budak mi. dia tau apa. Dia terasa nak panggil ayah kat aku, biarlah. Aku tak kisah, sekurang-kurangnya terhibur sikit hati aku." Azam menjelaskan. Tidak langsung dia mencurigai kemungkinan itu.

Semenjak itu, kerap juga dia bertembung dengan farah dan faridah namun acap kali juga faridah seakan-akan tidak rela dengan pertemuan-pertemuan yang tidak dirancang itu. Cuma farah yang akan bersorak-sorak melihat azam. Apabila azam melayan keletah farah, dia tidak menyangka perkara itu mendatangkan kemarahan faridah dan tanpa dijangka suatu hari faridah memberi amaran yang menyentak perasaan azam.

"azam jangan bahasakan diri azam ayah dengan farah. Idah tak suka. Azam bukan ayah dia. Takkan jadi ayah dia, selama-lamanya!" Lantas farah ditarik menjauhi azam. Azam tersentak. Sampai hati faridah. Namun cepat dia sedar kedudukannya di mata itu mungkin sudah berubah, dia tersenyum melindungi pedih di hati.
Bersabarlah wahai hati.

Orang kampung juga semakin ramai yang kembali menerima azam. Dia bersyukur kerana masih diberi peluang menjadi sebahagian dari kampung ini. Namun, azam menyedari kekurangan sesuatu. Dia semakin jarang bertembung dengan farah, dan juga faridah. Apa khabar farah? Namun apabila diingatkan kembali amaran faridah, azam meneka-neka kemungkinan faridah sengaja mengelak pertemuan mereka. Ah, biarlah. Namun harus diakui, dia rindukan keletah farah. Azam melepaskan keluhan kecil.

Senja itu, sedang dia membersihkan alatan kebunnya, dia terkejut dengan kedatangan faridah yang amat tidak dijangkanya. Wajah itu resah.

"eh, idah. Kenapa ni?"
"zam, idah nak mintak tolong zam. Hanya zam je yang boleh tolong idah."
"tolong apa? insyaAllah, kalau zam boleh tolong, zam akan tolong sedaya upaya."
Faridah diam. Teragak-agak.
"zam boleh datang ke hospital esok? Zam mesti datang, pasal farah." Gelisah bunyinya.
"farah? Kenapa dengan farah? Dia sakit ke?"
"farah sakit zam. Zam janji, zam datang esok? Idah tak boleh lama ni. Zam datang tau. Jumpa di hospital pukul 9 ya?"
"baiklah, zam akan datang. Jangan risau. Pergilah balik, dah senja ni." Faridah mengangguk lantas mengorak langkah pergi. Wajahnya masih cemas dan risau. Azam tertanya-tanya sendiri.
Kenapa dengan farah?

****************

"boleh saya tau hubungan encik azam dengan pesakit?" Tanya jururawat itu. Belum sempat dia menjawab, faridah telah mendahuluinya.
"dia sepupunya. Nurse, tolongla. Jalankan pemeriksaan sekarang. Saya pasti sum-sumnya sesuai dengan pesakit. Percayalah nurse." Azam terkesima. Apa yang cuba dibuat faridah?
"baiklah. Encik azam, sila tanda tangan di sini."arah jururawat itu. Azam keliru. Sebaik tiba kepalanya sudah diasak dengan bermacam perkara.
"nurse, sekejap ya." Lantas dia menarik hujung baju faridah menjauhi jururawat tersebut.
"idah, kenapa ni? Apa yang idah cuba buat ni? Zam tak faham la." Faridah mengeluh kecil.
"zam, farah ada leukemia. Dia perlukan tulang sum-sum, zam tapi darah dan sum-sum idah tak sesuai zam. Sebab tu idah cari zam. Hanya zam yang boleh tolong idah."jelasnya. kesedihan jelas terpancar di matanya.
"tapi macam mana idah boleh pasti sampai macam tu sekali? Kalau zam punya tak sesuai jugak macam mana?" azam menjelaskan kegusarannya. Kemungkinan itu terjadi tetap ada.
"zam, idah pasti zam. Hanya zam harapan idah sekarang."
"idah, jika zahid masih ada, mungkin idah boleh berkata macam tu sebab zahid ayah farah. Bukan zam. Zam takut.."
"zam, idah pasti sebab farah anak zam! Bukan zahid!"akhirnya kenyataan itu terkeluar juga. Azam terkesima. Tak mungkin!
"idah….apa yang idah merepek ni? Idah jangan main-mainkan zam. Ni bukan hal main-main. Lagipun, macam mana…"
"macam mana hal ni boleh berlaku? Zam tak ingat? Zam betul-betul tak ingat? Tapi idah tak salahkan zam kalau zam tak ingat sebab masa tu idah tak kenal langsung zam. Zam dah berubah!" titis air mata mula menuruni pipi itu. Azam tersentuh. Kekeliruan bertambah.
"idah, apa yang idah cakapkan ni? Zam tak faham!"
"zam, sebenarnya, malam tu…."esakan faridah semakin kuat. Azam terkedu.

*************

Kelihatan sebatang tubuh terhoyong-hayang berjalan di dalam kegelapan. Azam mabuk teruk. Ecstasy yang diambilnya juga masih tidak hilang kesannya. Dia tidak tahu arah tujuannya lagi. Dia Cuma berjalan mengikut rasa hati. Warasnya sudah tidak ada. Tiba-tiba kakinya tersepak batu yang agak besar menyebabkannya tersungkur di atas jalan.

"siapa tu?" faridah bertanya. Dia terdengar bunyi sesuatu. Dia yang baru pulang dari rumah Halimah mulai ketakutan. Menyesal pula pulang selewat ini. Tiba-tiba dia terpandang sekujur tubuh di atas jalan. Pantas dia menghampiri. Azam!
"zam, kenapa ni?" hati kecilnya tersentuh. Azam, kau dah berubah! Dia turut merendahkan badan. Memerhati sekujur wajah yang sudah tidak terurus. Wajah yang dahulunya bersih dan tenang.
"kau…sapa hah?"Tanya azam. Dia sudah tidak mengenal orang lain. Ingatannya padam sementara.
"zam, ni idah la. Zam, kenapa zam jadi macam ni?" sebak mula terasa.
"idah…aku tak kenal la. Mana Suzy?" sempat dia mengingat rupa dan tubuh montok suzy di kelab yang baru ditinggalkannya.
"aku nak suzy la…"bicaranya sudah tidak jelas. Faridah kecewa melihat jejaka yang dahulu menjadi sanjungannya sudah menjadi rendah martabatnya, lebih rendah dari rumput di muka bumi. Dia serba salah.

Mahu ditinggalkan di sini atau dibawa pulang? Akhirnya dia mengambil keputusan membawa azam pulang. Kemudian dia akan menelefon zahid untuk mengambil azam pulang ke rumah. Hendak dihantar terus terlalu jauh pula rumah azam.

Dengan bersusah payah dia memimpin azam ke rumahnya. Kebetulan pula ibu dan bapanya tiada di rumah pada malam itu. Sebaik sampai, azam dibiarkan di ruang tamu dan dia ke dalam bilik untuk menelefon zahid.

Tanpa disedarinya, azam turut mengikutinya masuk ke bilik namun dia hanya menyedarinya setelah dia habis bercakap dengan zahid.

"eh zam. Keluar la. Nanti zahid datang."
"suzy, kenapa kau tinggal aku?" azam menutup pintu bilik. Diselaknya.
"zam, apa zam buat ni?"faridah mula gusar. Ini petanda tidak baik.
"suzy, kau mainkan aku ke hah?"azam mula merapu bicaranya.
"zam, ni idah. Bukan suzy. Zam, keluar la zam. Jangan macam ni."
"malam ni, kau milik aku, suzy!" tali pinggangnya dibuka. Zip seluar juga turut ditarik.

Faridah yang menyedari tindakan azam mula bertindak mahu melarikan diri. Namun dia tidak mampu melepasi azam yang ternyata disebalik ketidaksedarannya itu, tenaga lelakinya masih kuat. Azam mula megggila. Faridah dipeluknya lalu dicampakkan ke atas katil. Lantas dia menindih faridah yang cuba melawan sehabisnya. Namuan ternyata tenaganya tidak sekuat azam lalu dia tewas. Esakannya bertambah kuat. Air mata mula membasahi cadar. Bajunya direntap kuat sehingga menampakkan bahunya. Ya Allah, selamatkanlah hambamu ini! sesungguhnya di kala itu azam dipandu oleh syaitan laknatullah. Faridah sedar masa depannya sudah gelap segelap langit pada malam itu.

Tiba-tiba, pintu ditendang kuat dari luar. Azam masih tidak terganggu. Faridah sudah menyerah.

"azam! Kau buat apa ni ha? Kau dah gila ke?" pantas zahid merentap leher baju azam lalu dicampakkan azam keluar bilik.

Azam masih tidak sedar. Dia bingung. Zahid yang sudah tidak dapat membendung amarahnya itu terus melayangkan tumbukan ke muka azam. Tiada balasan. Pantas zahid beristighfar. Dicekaknya leher baju azam dan didirikan azam.

"kau pergi dari sini, pergi! Jangan balik lagi ke sini!" lantas dicampakkan azam keluar. Azam bingung. Masih tidak menyedari salahnya. Lantas dia melangkah pergi. Tidak lagi diambil tahu kisah faridah seterusnya.

Langkah kakinya membawanya ke hadapan surau, dan matanya terpandang sebotol besar minyak tanah serta mancis di satu sudut. Ketika itulah syaitan membisikkan supaya dia menyalakan api dan terbakarlah satu-satunya surau di kampung itu. Apabila orang kampung menyedari kejadian itu, azam dijumpai di hadapan surau dalam keadaan terduduk dan kebingungan. Lantas pihak berkuasa dipanggil dan azam telah dibawa ke balai polis dan didakwa memulakan kebakaran dengan sengaja.

Namun, kisah hitam faridah hanya zahid dan faridah yang mengetahui. Kerana malu, faridah tidak mahu melaporkan kepada polis. Tambahan pula setelah dia mendapat tahu azam telah ditangkap kerana membakar surau. Baginya azam telah mendapat balasannya. Ibu bapanya yang hanya pulang ke rumah 2 hari selepas kejadian juga tidak diberitahu. Dan setelah sebulan, kenduri zahid dan faridah pun dilangsungkan dan sebulan kemudiannya, faridah disahkan mengandung 2 bulan.

*********

Azam terduduk. Tidak menjangka sekutuk itu dirinya. Dia telah menodai faridah yang amat disayanginya tanpa menyedari salahnya. Faridah sudah teresak-esak kecil. Membongkar kembali kisah itu amat memilukan hatinya kerana janjinya pada zahid telah dilanggar. Dia telah berjanji, dia tidak akan mengingati lagi kisah hitam itu.

"idah, zam berdosa besar idah. Zam berdosa pada idah, pada farah!" air mata lelakinya terus mengalir tanpa tertahan-tahan lagi. Besar penyesalannya. Faridah Cuma diam, tiada lagi yang mampu dikatakannya.

Kini dia mengerti amaran faridah. Selama ini, faridah cuba untuk melupakan hakikat itu. Hakikat yang menyatakan farah lahir dari benih azam. Namun ternyata, kuasa Tuhan membuatkan anak itu merasai kehadiran ayahnya apabila azam kembali. Panggilan ‘ayah’ bukanlah kebiasaan kanak-kanak itu tetapi dorongan kuasa Tuhan.

"idah, zam berjanji. Zam akan dermakan sum-sum zam. Kalau boleh, nyawa pun zam sanggup berikan pada farah. Zam janji idah!" azam menangis lagi mengenangkan dosanya. Allah, ampunkan hambamu yang hina ini!

***********

"ayah, bila ayah datang?" azam tersentuh. Layakkah aku dipanggil ayah bila kau dijadikan dalam keadaan yang tidak diingini?

"baru saja. Anak ayah sihat?"

"sihat. Farah rajin makan ubat. Mak kata, kalau makan ubat cepat sihat." Azam terdiam. Tabahnya dirimu.

Semuda ini sudah diuji dugaan seberat ini. Wayar-wayar yang berselirat di badan farah diperhatinya. Azam
pilu. Dipandangnya faridah yang duduk berhadapan dengannya. Wajah mulus yang pernah dilukainya. Dipandangnya pula farah. Azam tekad. Nasib Farah sebagai anak luar nikah harus terus dibela. Dialah yang bertanggungjawab keatas faridah dan farah sekarang.

"idah, zam tau zam tak layak, tapi sudi tak idah jadi isteri zam?" Faridah tergamam sementara Azam pasti, itu yang terbaik.

***********

Azam membersihkan dirinya dengan wudhu. Jam menunjukkan tepat pukul 3 pagi. Selesai berwudhu, dia melewati pintu bilik farah. Farah sudah kembali sihat sejak azam mendermakan sum-sum tulangnya dan 4 bulan selepas pembedahan farah, azam dan faridah telah diijab kabulkan. Azam bersyukur kerana masih diberi peluang menebus salahnya pada faridah, pada farah. Arif juga sudah dapat memaafkannya. Alhamdulillah. Namun hingga kini, rahsia faridah kekal rahsia demi kebaikan farah kelak.

Sejadah dihamparkan lalu solat sunat tahajud 2 rakaat dikerjakan. Selesai solat, dia berdoa panjang.

"Ya Allah ya tuhanku, Kau lah yang Maha Berkuasa dan Maha Penyayang. Aku bersyukur diberi peluang kembali ke jalan mu ya Allah. Ampunkan lah dosa ku ya Allah, aku ini lalai dan leka dengan hidup ini. Ya Allah ya tuhanku, kau kembalikanlah ketenangan di hati isteriku dan anakku ya Allah. Tenangkanlah mereka dan masukkanlah kami dalam golongan yang beriman. Kami tidak layak untuk syurgaMu, namun kami mahu menagih syurgaMu ya Allah. Bimbinglah hati-hati ini ke jalan yang benar sentiasa ya Allah. Rahmatilah kami, rahmatilah keluargaku, rahmatilah anakku. Hukumlah aku di atas dosaku yang lalu namun jangan dihukum anak dan isteriku ya Allah. Bahagiakan lah hidup mereka hingga keakhirnya. Hanya itu harapanku padaMu. Kabulkanlah ya Allah. Amiiin…."

Kabulkanlah ya Allah…. Amiin….

p/s: this is my 6th story...sy hrp semua mendapat manfaat dari cerita ni...jgn lupa tinggalkan komen anda ye...HIDUP INI HANYA SATU...YESTERDAY IS HISTORY, TOMORROW IS MYSTERY, BUT TODAY IS A GIFT!!!
posted by Penulisan2u @ 12:40 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
15 Comments:
  • At 1/4/09 2:22 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best cte neh,,
    byk unsur pgjran...

    >mya nuryana<

     

  • At 1/4/09 2:00 PTG, Anonymous mala said…

    wah..... best betul citer ni... penuh dgn pengajaran... penggarapan yg baik.. abis jer ayat pasti nkkan sambungan.... hehehehe...

    jalan citer pun menarik sgt... brp bintang nk bagi erk? ape kata sy bg bulan jer la kat penulis...x susah nk kira...mmg ada satu jer...hehehe

    teruskan berkarya... cayo2!!!
    -damiral_girlz@y.c

     

  • At 1/4/09 10:24 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cerita yang menarik..hakikat hidup xsemuanya indah..
    teruskn berkarya..

     

  • At 2/4/09 3:48 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cita nie best la..
    ada unsur2 pngajrn..
    xramai org dpt peluang tebs dosa
    d'org..bg sya sapa2 yg dah dpt peluang untuk
    ubah kesilapan lalu..
    hargailah peluang itu...
    lakukn dgn brsngguh2..huhu
    pe2 tahniah kpd pngrng...
    usha yg bgus... :)

     

  • At 3/4/09 10:09 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    BEST. TAHNIAH KRN MENGHASILKANNYA
    KHAS BUAT PARA PEMBACA. SEMOGA PINTU
    TAUBAT SENTIASA TERBUKA
    INSYA ALLAH

     

  • At 4/4/09 8:10 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    huhu..sedihnyer...sayu baca cerpen awk.menusuk n berbekas di jiwa..penuh pghayatn.terasa dekat dgn Tuhan..alangkah baiknye kalo smua org nk bertaubat n diberi peluang mcm ni..Allah lebih mgetahui segala-galanya n pe yg plg terbaik utk hmbaNya..

     

  • At 4/4/09 9:19 PTG, Anonymous anarif said…

    feel free to visit my blog at http://anarifartpices.blogspot.com...thanks for ur supportive comments!

     

  • At 5/4/09 6:12 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    yesterday is a history
    tomorrow is a mystery
    but today is a gift

    tu sy punye falsafah tu..
    cilok eh..??
    hahaha.. papepon cite yg menarik ntuk dijadikan pengajaran..
    bagusszz..! buat lg cite camni..
    moge anda dirahmati allah..!

    ~~PapaTul~~

     

  • At 7/4/09 7:40 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bagus citer ni bleh djadikan pengajaran..tp utk pengatahuan penulis perempuan yg mengandung xboleh bernikah..tidak sah perkahwin tersebut,dia kena tunggu lepas bersalin baru boleh bernikah walaupun dgn lelaki yg buat dia mengandung..xsalahkan penulis dah menjadi kebiasaan org melayu jd pak sanggup...

     

  • At 8/4/09 6:35 PTG, Anonymous anarif said…

    thanks 4 da advice...actually sy tau org mengandung x leh bernikah tp hanya bila ppuan 2 tahu dia mengandung memg x boleh...dlm cite ni, zahid kawin dgn faridah bukan sebab faridah dh mengandung tapi dia nak jaga maruah faridah and tup-tup faridah dh mengandung...so act diorg x tahu...sy x nak pembaca keliru ye..btw kalau faridah dh tahu dia mengandung masa 2 mmg x boleh nikah...titipan ilmu tambahan utk semua... :)

     

  • At 8/4/09 8:12 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best cite ni...byk pngajaran...
    sume patut baca tau......
    pintu taubat sntiasa terbuka...
    gagal skali x smstinya gagal selamanya..
    banyakkan lagi cite cmni..
    bgs tuk sume..

    ~ske cerpen~

     

  • At 8/4/09 11:11 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    crita yg bgus..byk pgajaran..n suspen...
    xsbr tggu krya pnulis strusnya....
    -honey starz-

     

  • At 14/4/09 7:15 PTG, Anonymous crazyalwaes said…

    criter ini bagus sekali...
    ytd is a history
    tmr is a mystery
    today is a gift.

    super cool...i like it...

     

  • At 16/4/09 2:55 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best sgt cita ni.....jalan cita sgt menarik

     

  • At 3/5/09 4:51 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bila baca bab doa tu, saya tak tahan. menangis pulak kat ofis ni. sedih cerita ni. tapi jalan cerita tersusun. pokoknyer, cerita anarif ni memang bestlah. terharu saya. yang penting mesej yang cuba disampaikan memang bagus. memberi pengajaran kepada pembaca. apapun, teruskan berkarya. sebab karya2 anda memang saya tunggu2.

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group