Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
SMS yang ku terima darinya itu membuatkan aku berfikir hubunganku dengannya dahulu. Persahabatan kami yang rapat ketika berusia berumur 16 tahun menimbulkan kasih sayang dalam diri ini. Namun aku tahu, siapa diriku ketika itu. Tidak mungkin aku akan bersamanya, memandangkan dirinya begitu benci dengan perempuan. hanya aku seorang kawan perempuan yang dia miliki. No women, no cry. Itulah motto hidupnya, tambahan lagi dengan kami yang sedang belajar. Ya, setelah aku mengetahui motto hidupnya, membuatkan aku membuang jauh perasaan ini. Telah ku titikkan perasaan itu saat itu jua.
Namun, hubungan kami menjadi sedikit renggang setelah dia tahu bahawa aku meminatinya. AKu tidak tahu siapa yang memberitahunya, padahal hampir 4 bulan sejak aku titikkan perasaanku itu. Mulai dari saat itu, dia cuba menjauhkan dirinya diriku.. tidak lagi lepak bersamaku, malah memandangku juga dia tak hingin.. dia juga jarang datang kerumahku lagi, sekaligus menimbulkan kemusykilan pada sepupuku yang tinggal bersamaku dan kebetulan rapat dengannya.
"Mira, dah lama kan Man tak datang rumah. Kenapa?" soal sepupuku, Azam. "dia bz la Zam. training bola." "ohh..patotla.nanti kat sekolah, suruhla dia datang rumah kalau tak bz. Lame aku tak jumpa dia." "ha, yela.."
Aku terpaksa menipu, demi menutup sebab sebenar. Takkan aku nak bagitahu yang dia tak rapat lagi dengan aku sebab dia tahu aku suka dekat dia. Tak mungkin.. sikap dia begitu membuatkan kami tidak lagi seperti dahulu, malah kami juga tidak bertegur hingga kami berada di tingkatan 5. Namun begitu, semua perihalnya aku tahu dari kawan-kawanku.
Xxxxxx
"mira, ko tahu sekarang yang Man couple ngan budak bandar?" kata kawanku. Aku tersenyum. "ye ke? Baguslah tu." Aku gembira. Ikhlas dari hati. Sekurang-kurangnya dia tidak lagi anti pada perempuan.
selang beberapa bulan cerita yang aku dengar dari kawanku itu, aku nampak dia murung ke sekolah. Tidak lagi ceria seperti selalu. Walaupun kami tidak sekelas, namun kedudukan kelasnya yang berhampiran kelasku, membuatku aku sentiasa nampak akan dirinya. Aku cuba merisik dari kawan baiknya. Bukan niatku hendak masuk campur akan halnya, tapi keadaannya yang begitu memaksa aku untuk tahu. Apatah lagi ketika itu peperiksaan setara SPM semakin hampir. "Cit, Man nape?? Rupa sedih semacam jek." "oh..dia.putus cinta, frust menonggeng la tu." kata acit sambil ketawa. Aku terfikir, kecewa sangat ke dia sampai murung sebegitu? Tidak pernah selama ini aku melihatnya begitu sedih. Aku tekad untuk berjumpanya pada petang itu.
Xxxxxx . "Man nape Man semenjak 2 menjak ni? Sedih jek Mira tengok." soalku sebaik sahaja dia duduk di bangku di taman permainan di kawasan perumahanku. "takde papelah. Mira jangan risau. Man ok." "yeke? Sure?? Taknak kongsi ngan Mira?" "hmm..."
Puas aku pujuk untuk dia cerita padaku. Bagiku, dia tetap kawanku dari dulu. Tidak pernah berubah walaupun hubungan kami renggang sedikit. "hmm.. man putus ngan awek Man." katanya. Perlahan intonasinya. "la. Sebab tu je ke? Bukan ke Man anti couple? Camne boleh tercouple ni" giatku padanya. Sekadar bergurau. Ku lihat mukanya lain. Mungkin terasa dengan kata-kataku. "ok2. i’m sorry k. Mira main2 je la. Hmm. Man couple ngan sape? Tak tahu pun. Sampai ati tak bagi tahu." kataku, seakan merajuk. "Couple ngan budak bandar. Izni name die. Masa akhir2 form 4. Hmm. Bukan Man taknak bagitahu time tu, tapi Man takut Mira kecik ati." "nak kecik ati pasal ape lak??" "yela.. man kan tak terima Mira. Tiba2 pulak couple ngan orang lain." Katanya dengan rasa bersalah. Aku tersenyum. Tak mungkin aku nak berkecil hati jika dia couple dengan orang lain. Tidak ada lagi perasaan terhadapnya, melainkan perasaan sayang pada seorang kawan. " alamak ai. Takde maknanya nak kecik2 ati. Ni Mira lah." "bukan ke Mira dulu suka kat Man, tapi Man taknak. Terus Mira taknak kawan ngan Man. Jauhkan diri dari Man" Aku bengang. Ada ke dikatanya aku yang taknak kawan dengan dia. "elo encik Lokman Zarith, bile mase saye jauhkan diri dari awak.pandai2 jek. Dia yang lari dari kita. Takut sangat kita tackle dia. Tak hinginla. Mawi nak dekat Mira pun, Mira taknak tau!" Dia terus ketawa mendengar kata-kataku. Aku senang melihatnya ketawa. Sekurang-kurangnya aku tahu yang dia tidak lagi begitu sedih akan perhubungannya yang tidak sampai.
"Man.." kataku setelah ketawanya reda. "yap." "mulai hari ni, kita kawan baik balik k. Kalau ada apa-apa, Man cakap kat Mira. Apa guna ada kawan kan. Betol tak?" dia seakan berfikir.. \" hmm. Ok. thanks Mira." sedih ku lihat wajahnya. mungkin ada lagi rasa kesal akan apa yang berlaku antara kami dahulu.
"dah2.tak payah nak wat muka sedih. Hmm. Pasni takmo fikir lagi k pasal tu. Mira nak Man blaja betol2, kita lawan sapa dapat markah paling tinggi setara nih. Sapa kalah, topup RM50, chare?.\" "dah confirm Man kalah. Mira pandai, boleh la.." "aik. Mana boleh macam tu. Usaha belum, dah ngaku kalah. Kalau kalah setara ni pun, trial ade kan.." "ok2. kita bet!" "ok!"
Dapat kulihat semangatnya taktala cabaran disambut. Aku tahu dia mampu berubah. Hari semakin petang. Aku terpaksa pulang sebelum dimarahi oleh ayahku. "eh Man, dah pukul 6 dah ni. Mira balik dulu ye. Nanti ayah bising lak." "ok. Kem salam kat semua ye." "k. Babai."
Xxxxxx
Semenjak dari peristiwa itu, kami semakin rapat seperti dahulu. Malah kami juga belajar bersama. Aku gembira akan perubahannya. Dia bersungguh-sungguh menyahut cabaranku. Tidak dapat ku lupakan mukanya yang sedih terpaksa memberiku topup RM50 tanda kekalahannya. Mulutnya tidak berhenti-henti merungut tanda protes akan taruhan kami. pokai belanjanya, katanya.
Rakan karibku, Nurul bertanyakan akan perihal kami. Adakah kami sudah bersama semula. Ku katakan ya, tetapi sebagai sahabat. Hanya Nurul yang tahu akan perasaanku dahulu padanya. Ku ceritakan semuanya pada Nurul. Aku hanya mahu dia berjaya bersama-samaku, bukan kebelakang ekoran kegagalannya dalam bercinta.
Lagi sebulan hendak peperiksaan SPM, kami masih belajar bersama di perpustakaan sekolah. Masih ku ingat lagi, ketika itu hari hujan. Semasa menunggu hujan reda untuk pulang ke rumah bersamanya, tidak ku duga dia melamarku untuk menjadi kekasihnya.
"Mira, couple dengan Man.." Aku terdiam. Terkejut. Kelu lidahku untuk berkata-kata. Aku hanya mampu mengeluh. "nape Mira? Mira tak suka dengan Man ke?" "tak adalah. Kalau tak suka, buat apa kita sekarang bersama kan." "abis, Mira nak la couple dengan Man.." katanya ceria. "Man. Mira nak belajar dulu. Taknak fikir pasal ni semua." kataku perlahan. Takut kata-kataku mengguris hatinya. "ok. Kalau macam tu, kita couple umur 20 tahun." Katanya mengharap "Mira tak janji." Ku lihat wajahnya yang terkilan dengan jawapanku. Maafkan aku. Aku tidak bisa berjanji. Masakan hati dan perasaan boleh dibuat-buat. "maafkan Mira. Mira bukan apa, kita muda lagi nak fikir semua tu. Lagipun bukan Mira jek, Man pun tak tahu apa akan terjadi masa hadapan kan. Kot2 Mira dah tunggu Man, tiba2 Man dengan orang lain. Sapa merana, Mira jugak.." kataku cuba berseloroh, namun si dia tetap dengan wajahnya. "takkan Mira. Man takkan terima sape2, until Mira yang dah ada orang lain. Selagi Mira tak couple dengan sape2, Man akan tetap menunggu.. cayalah.." katanya bersungguh. "jangan mengharap sesuatu yang tak pasti." "Man akan tetap tunggu. Man pasti, Mira akan jadi milik Man jugak. Tanpa Mira dulu, mungkin Man still sedih lagi time Izni putuskan hubungan kitorang. Walaupun Man dulu buat macam2 dekat Mira, tapi Mira still ada bila Man susah. Man tahu, Mira ikhlas kawan dengan Man. Sebab tu Man suka Mira. " "hmm.. suka hati Manlah. Jangan salahkan Mira bila apa-apa terjadi..Hmm..Mira nak balik."
Aku terus pulang walaupun hujan belum reda ketika itu. Tidak sanggup aku mendengar kata-katanya lagi. Aku bukan apa, takut terberi harapan palsu padanya. Aku tidak mahu dia kecewa lagi. Cukuplah sekali. Bila dia kecewa, aku turut merasa sakitnya.
Xxxxxxxx
Selepas kejadian itu, aku tidak lagi selalu sangat bersama dengannya, tambahan lagi aku mempunyai kelas tambahan yang padat. Berbeza aliran, membuatkan kami tidak selalu bersama. Malah hari cuti aku kerap pergi ke perpustakaan awam bersama rakan-rakan sekelasku. Dia juga begitu. Sibuk mengulangkaji bersama rakan kelasnya.
Selepas SPM, dalam bulan 1, aku telah duduk bersama keluarga Azam di KL. Dengan ayah, ku katakan hendak mencari pengalaman bekerja di persekitaran baru. Ayah bersetuju dengan cadanganku untuk bekerja bertujuan mengisi masa terluang sebelum menyambung pelajaran semula selepas keputusan SPM keluar. Ketika aku bekerja, aku telah berkenalan dengan seorang lelaki bernama Iqwan yang tua 2 tahun dariku. Iqwan masih lagi belajar di UM. Padanya, aku ceritakan segala tentang persahabatan aku dan Iqwan melalui telefon. Bagiku, dia adalah sahabatku, dia patut tahu akan halku.
Xxxxx
Kini sudah 2 tahun lebih perkara itu berlalu. Aku sekarang telah menyambung pelajaranku di maktab perguruan di Seremban, dan Lokman di politeknik JB. Aku masih lagi berkawan dengan Iqwan. Aku senang kawan dengannya, tanpa mempunyai hubungan yang serius walaupun aku mempunyai perasaan padanya. Iqwan lelaki yang sangat baik dan matang. Bahkan, dia juga sekepala denganku. Gila2. Dia pernah melamarku, dengan alasan takut dikebas orang. Tapi ku tolak dengan alasan untuk habiskan study dulu. Syukur dia faham akan alasanku. Malah, dia juga ingin menghabiskan study nya dulu. Ibu bapaku juga tahu akan hubungan kami dan merestuinya. Man pula sudah jarang menghubungiku. Bila aku menghubunginya, dia seakan mengelak untuk bercakap denganku. SMS ku pun hanya dibalas ala kadar sahaja. Aku tidak tahu mengapa. Dulu, sewaktu mengambil keputusan SPM, aku hanya sempat bertemunya sekejap sahaja. Ada hal katanya.
Tit..tit..SMS yang ku terima mematikan ingatanku padanya akan kisahku dahulu. Lantas ku buka. Iqwan yang SMS ku. =Mira, kuar nak sabtu ni? Aku jmput ko kt srmbn k. Aku tersenyum. Iqwan lelaki yang membuat jiwaku bergetar bila bersamanya. Seorang yang begitu serasi denganku. Terus ku balas SMSnya. =ok. Blnje tau! Hehe..Iq, aku nak wt kje jap, karang b4 tdo, kta msg k. Selepas aku menekan butang send, kedengaran bunyi SMS lagi di handphoneku. Cepatnye Iqwan ni balas. Tak sabar2..fikirku. terus ku baca SMS itu.. Bukan Iqwan.. tapi dia..
=Mira, nape xbls msg Man td? Aku terkedu. SMS yang mana ya? Ya. Baru aku teringat, SMS jawapan itu. Terusku balas SMSnya. =hmm.ntahla..Mira tak tahu =knp? Slme ni Man tgu Mira. Xkn xde jwpn utk Man. Aku runsing. Aku takut akan mengguris hatinya. Kini, hatiku telah terpaut pada Iqwan, dan Iqwan juga begitu. Tapi bagaimana untuk ku katakan padanya? Kedengaran SMS masuk lagi. =Mira..cakapla.Man tgu.kta dh 20 thn da Mira..stiap saat Man tgu jwpn dr Mira. Aku keliru, aku mahu ceritakan padanya semuanya, tapi pada masa yang sama, aku tak sanggup dia kecewa lagi. Akhirnya aku tekad memberi jawapan, demi kebaikannya juga. =Mira syg Man. Man kwn Mira slme’e.tp Mira xblh pergi jauh dgn Man. Aku butang send. Aku risau tunggu balasannya. Namun,bukan SMS yang ku terima, tetapi panggilan telefon.
"hello. Mira.." perlahan suaranya ku dengar. "kenapa Mira. Man tak cukup bagus ke untuk Mira? " Tidak sanggup ku dengar lagi suaranya. Sayu sahaja "mira..Man tanya ni..jawabla.." tanyanya lagi "mira..Mira..Mira tak boleh..cintakan Man..maapkan Mira.." aku menangis tika itu jua. Perit rasanya untuk ku luahkan.. "tapi kenapa Mira? Mira dah dengan Iqwan ye?? Hmmm.." "Mira mintak maaf.isk..isk..Mira cintakan Iqwan..isk..isk.." kataku dalam tangis. Ku dengar suaranya makin sayu.. "tak apalah kalau macam tu. Man doakan Mira bahagia.." "Man… maafkan Mira.." "Mira tak salah apa-apa. Mira dulu dah pesan kat Man kan, Man yang taknak ambik pusing. Man tak sangka pulak penantian Man tak berbaloi. Dulu Mira cakap, Mira yang merana kalau Man ada orang lain, tapi terbalik pulak kan..hehehe. Rasa rugi pulak 3tahun tu..hehe.." katanya perlahan dengan ketawa yang dibuat-buat. suasana sunyi di telefon. dia tidak bercakap lagi.. aku rasa bersalah, terus ku mulakan semula perbualan kami.
"man..kita masih kawan kan.." tanyaku.. "Ye.. mira kawan Man sampai bila2.. eh, Ok la. Man ada hal la..Take care Mira. Bye. Assalamualaikum." Terus telefon diletak tanpa sempat aku membalas salamnya. Aku tahu, dia bersedih akan keputusanku. Tapi, aku tidak sanggup untuk menipunya dengan cinta palsu.
Terus ku telefon Iqwan ceritakan segala-galanya. Aku menangis mengenang akan persahabatan aku dengan Lokman. Walaupun dia kata yang dia tetap berkawan denganku, namun aku tahu, kami mungkin hanya kawan pada nama. Sedih aku mengenangkan suka duka yang pernah dilalui sepanjang persahabatan kami. Mujur Iqwan sentiasa ada bila aku memerlukannya. Iqwan sangat memahami. Dia memberiku kata-kata semangat, dan memujukku agar tidak sedih lagi. Namun aku bersyukur, walaupun aku menolak cinta Lokman, tapi aku tidak tersalah pilih untuk memilih Iqwan.
Pergilah Lokman. Carilah kebahagiaanmu. Maafkan aku kerna menghancurkan harapanmu. tidak membals kasihmu.. Ku doakan kau bahagia.. pasti ada pasangan untukmu kelak.
adoi yai..macam kirah sy lah plak..realiti memang macam tu..coz sy tolak cinta kawan saya n dia kata still kawan tapi sampi sekrang tak nampak bayang..hehehe
kah yg sme dgn aku.......... dai insan yg pling bk....... tp trpsah hnye krne aku mnolak cintanye...... aku x th yg aku ska kn dia..... ble aku tlk cinta dia kmi still kwan hngga la dia dh nk tnang....... aku dh x brhbung dgn dia,aku btul2 rse khlangan tmpt aku mngdu... shidi really mizz uuuuuu............
wlu pn pd akhirnye cinte die d tolak... tp........ se nye 2 lbh baik dr x dpt bg tau lgsg kt org 2... skt cinta di tolak x sesakit cinta yg terpakse dipendam... hehehe...pe aku merepek ni????huhu.. cite ni ok la..best gk..hehe..xpe la..law b'cinte ngan kwn2 yg dh lme knl...dh bese sgt...x best la..x berkembang...huhu..
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
adoi yai..macam kirah sy lah plak..realiti memang macam tu..coz sy tolak cinta kawan saya n dia kata still kawan tapi sampi sekrang tak nampak bayang..hehehe
-pa toksi-