Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Ya ALLAH! Apehal pulak mamat sengkek ni? Aku dah lewat nak pi sekolah ni. Kalau mengikut perkiraan aku, tinggal lima belas minit lagi pintu pagar sekolah aku nak tutup. Aku tak nak pagi yang indah ni berubah jadi pagi yang malang buat aku. Nape akan berubah jadi malang sekiranya aku lewat? Sebab kalau aku lewat,aku terpaksa face to face dengan Mr Misai Tebal kat sekolah aku. Siapa dia? Ala, sape lagi kalau bukan Encik Othman bin Osman, guru displin sekolah aku."Apesal pulak, bro?" aku bertanya saparuh menjerit. Biasa ar, geram punya pasal, volume suara pun tinggilah, beb!
"Kau tolong ambilkan fail aku yang colour kuning, atas meja makan, tepi almari kayu, sebelah pasu bunga tu, boleh?" Hai? Tertinggal fail again? Hari-hari tertinggal fail. Memang sah bro ni dah nyanyuk. Muda-muda dah nyanyuk. Kesian. But aku lagi kesian wei! Akulah yang kena ambilkan fail dia tu tiap-tiap hari. Bukan tiap-tiap hari gak. Hampir tiap-tiap hari. Bro ni tak kerja hari ahad. "Elly, tolonglah ambilkan." Aku terpaksalah masuk dalam rumah balik and ambil fail colur kuning tu. Then, aku terus kuar. Pintu tu aku tutup sekuat hati aku. "Kau nak pintu tu tercabut ke? Kau ada duit nak ganti?" Aku menjuihkan bibir. Fail tu aku hulur kat dia. Dia pula hulur helmet kat aku. Aku tengok je dia hulur helmet tu kat aku. Tak terdetik pun di hati aku nak sambut. "Kau nak pakai ke tak ni?" "Bro, jarak sekolah dengan rumah dekat jelah. Buat apa susah-susahkan diri pakai helmet ni? Just waste a time, okay?" "Waste a time tengkorak kau! Aku suruh pakai helmet ni, kau pakai ajelah. Banyak songeh pulak dia. Bukannya susah sangat pun nak pakai helmet ni." "Bro, kasi can lah aku tak pakai hari ni. Lain kali aku pakai, ya?" "Banyaklah kau punya excuse. Dah, dah…aku tak kira. Kau kena pakai gak helmet ni. Kalau tak, kau jalan kaki pi sekolah hari ni." Ceh! Main ugut-ugut lak. "Okaylah, okaylah…fine…fine…" Nak tak nak, aku pakailah jugak helmet tu.
Fuh! Nasib aku baik bangat hari ni. Sampai kat sekolah, loceng still tak berbunyi lagi. Yes! Terlepas aku daripada cengkaman Mr Misai Tebal. Dengan gaya ‘macho', aku melompat turun dari motor kapcai mamat tu. Pastu aku aku terus pulangkan helmet. Baru sahaja aku bertapak selangkah dua nak masuk kawasan sekolah, aku teringat akan sesuatu. Aku menoleh kat bro lalu tanpa segan silunya aku menadah tangan depan dia. Aku buat-buat muka cute sekali. Aku tadah tangan tu bukan sebab nak baca doa selamat kat bro tu. Aku nak minta duit. Bro tu menjeling kejab kat aku. Tadah tangan tu tak lain tak bukan nak minta duit belanjalah tu. Agak-agaknya ini yang dipikirkan mamat tu. Eh, sekejab bro, sekejab mamat tu, mana satu ni? Hehehe…sama jelah! Dia kuarkan dompet dari kocek seluar.
"Aku kasi seringgit je, boleh? Aku takde duit kecik ni." Alahai, seringgit je? Manalah cukup. "Seringgit is not enough! Aku nak lima ringgit jugak!" protes aku. "Kau ni tak paham bahasa ke? Aku kata aku takde duit kecik, aku takde duit keciklah. Seringgit je duit kecik yang aku ada." "Tipu! You are lying!" "Aku tak tipu. Tengok ni." Dia menunjukkan dompetnya kat aku. Aku pun apa lagi. Sepantas kilat aku menyambar dompetnya. "Woi! Dompet aku!" Aku sempat mencapai dua keping duit RM 50 sebelum dia turun dari motor untuk kejar aku. Aku baling balik dompet kat dia and terus masuk dalam kawasan sekolah. Masa aku masuk kawasan sekolah, loceng sekolah pun berbunyi. Memang tepat pada masanya...hahahaha.
Time rehat hari ni aku takde selera nak makan. Nape takde selera nak makan? Sebab aku teringat kat bro atau mamat tu. Aku dah ambil RM 100 dari dompet dia. Tadi aku tengok tu je duit dia yang tinggal. Jahatnya aku ni…Menyesal pun tak guna sekarang. Actually bro atau mamat tu sebenarnya abang akulah. Abang kandung aku. Dialah yang besarkan aku, sara hidup aku lepas mak aku meninggal dunia masa aku form 1. Abang aku masa tu pulak form 6. Mak aku meninggal dunia sebab barah tulang. Abah kitaorang meninggal masa mak kandungkan aku. After abah meninggal, mak kerja kat kedai makan Mak Chik Leha. Dah lama dah mak menderita gara-gara penyakit barah tu. Walaupun time tu aku sedih sangat coz kami bakal jadi anak yatim piatu, aku relakan pemergian dia. Aku tak sanggup tengok dia terus menderita. Abang aku nak berhenti sekolah semata-mata nak kerja untuk cari duit bagi menampung wang rawatan mak. Duit pencen abah tak cukup nak tanggung makan minum kami anak beranak, keperluan lain dan kos rawatan mak. Mak memang tentang habis-habisan niat abang aku tu. Dia kata, walaupun dia sakit tenat, dia tak izinkan abang berhenti sekolah. Kalau tak, abang dikira anak derhakalah. Abang terus terdiam, tak bantah cakap mak. Beberapa bulan lepas tu, mak meninggal di pangkuan abang. Kami dua beradik hidup bergantung pada duit pencen abah dan duit biasiswa abang. Kadang-kadang, ada jugak penduduk-penduduk kat kawasan perumahan aku yang baik hati hulurkan duit dan barang keperluan. Tapi, abang selalu menolak dengan baik. Dia tak mahu hidup berhutang budikan orang lain. Habis peperiksaan STPM je, abang aku terus cari kerja. Kiranya hidup kami ni senanglah sikit lepas abang kerja. Itulah kisah hidup aku. Kat luar, aku memang nampak macam happy good lucky and gila-gila. Tapi, kat dalam hati aku ni, hanya aku dan Tuhan yang tahu. Aku redha dengan apa yang telah berlaku. Sekurang-kurangnya, aku still ada saudara kandung. Berbalik kepada cerita pasal abang aku, aku rasa menyesal sangat-sangat curi duit abang aku. Takpe, takpe. Balik dari sekolah nanti aku mintak maaflah dengan dia. Everything will be fine. Don't worry be happy…entah apa-apa entah aku melalut ni…hehehehe…
Aku balik sekolah bonceng motor anak perempuan Mak Chik Leha. Namanya Siti Nurhanani Syazleen binti Mohd Sabaruddin atau lebih dikenali sebagai Syaz. Dia tak kisah pun aku bonceng motor dia tiap-tiap hari. Bila perasaan bersalah dan malu aku datang coz bonceng motor dia free of charge hari-hari, aku ada kasi duit sebagai bayaran. Perasaan bersalah dan malu aku datang pun after abang aku kasi ‘syarahan' sebanyak seratus ribu patah perkataan. Aku agak-agak je seratus ribu patah perkataan coz aku tak kira. Maybe panjang lagi kot. Bernanah telinga aku dengar ‘syarahan' dia. Aku ingat kaum-kaum wanita je suka bab-bab ‘syarahan' ni, rupa-rupanya kaum lelaki likes abang aku ni suka gak bersyarah-syarah ni.Seperti yang aku jangka, Syaz tolak duit yang aku kasi. Dia kata dia ikhlas tolong hantar aku balik. Punyalah lama aku pujuk dia terima duit tu, last-last dia terima separuh je. Aku tak kisah asalkan dia terima gak. Duit yang lebih tu boleh aku simpan untuk aku sendiri. Nampak sangatlah aku ni tak ikhlas nak bayar…hahahaha. Balik dari sekolah, aku terus baring-baring atas katil lepas sembahyang zohor. Mengantuk punya pasal, aku ingat nak tidur sekejab. Nak rehat-rehatkan mata. Konon-kononlah. Tanpa membuang masa, aku terus lena diulit mimpi. Sedar-sedar aje, dah pukul 7.30 malam. Tu pun pasal aku terkejut dengar bunyi jam loceng. Aku bangun sambil tak henti-henti mulut aku ni membebel. "Sape pulak yang kunci jam ni? Aku nak tidur pun tak boleh. Kacau daun betullah!" "Aku." Aku terperasan abang aku duk bersandar kat pintu bilik aku. Dah lama ke dia balik? "Bro, kasilah aku tidur sepuluh lagi. Aku ngantuklah."Aku menguap malas. "Tok guru mana ajar kau tidur waktu maghrib?" Aku terpinga-pinga. Dah masuk waktu maghrib ke? Aku lupalah… "Mesti kau tak sembahyang asar kan?" Aku menggaru-garukan kepala. Alamak, lamanya aku tidur. Sampai tertinggal waktu asar! "Apa nak jadilah dengan kau ni? Sembahyang pun malas. Sembahyang lima waktu tu wajib ditunaikan tau tak? Kau ni sengaja tempah tiket masuk neraka ke?" Dah mulalah tu. Syarahan kali ke…entah kali ke bape ratus. Aku bukan sengaja pun tinggal waktu asar tu. "Bro, aku tak sengajalah." "Alasan tak sengaja tu alasan lapuk. Kalau dah tahu kau tu suka tidur lama-lama, nape tak kunci jam?" "Aku lupa." "Cukup! I don't want to listen to another poor excuse anymore. Sekarang, aku nak kau pergi mandi, ambik wuduk dan sembahyang mahgrib. Cepat!" Aku memuncungkan mulut sedepa. Dalam keadaan still mamai, aku ikut apa yang dia suruh aku buat. Aku tak nak telinga aku bernanah lagi untuk kesekian kalinya.
Aku masuk dapur sesudahnya aku sembahyang isyak. Perut aku dah mulai berbunyi-bunyi dari tadi lagi, kasi isyarat kat aku supaya isi makanan dalam perut…hehehe. Aku bukak saji. Wah, Ayam masam pedas! Lauk favourite aku. Lauk yang semestinya dimasak oleh abang aku coz aku tak pandai masak. Pelik kan? Abang aku pulak yang pandai masak. Aku tak. Pelik tapi benar. Hahahaha. "Dah sembahyang isyak?" Opocot! Nyaris-nyaris nak tercabut jantung aku. Abang aku ni suka buat aku terkejut. Geram betul. "Dahlah..." Aku menjawab dalam nada berbaur kegeraman. Sape tak marah bila orang buat kita terkejut kan? "Erm…aku nak kuar ni. Nanti jangan lupa kunci pintu, ya?" "Kau nak kuar pergi mana?" "Aku nak kuar pi kedai Harizlah." Abang Hariz tu bestfriend abang aku. Dia tua lima tahun dari abang aku. Dia owner sebuah kedai komputer. Abang aku ni ada satu keistimewaan lagi. Dia pandai baiki komputer. So, abang aku selalu tolong abang Hariz baiki komputer pelanggan-pelanggan dia. Bukan tolong percuma gak. Ada upahlah. Abang aku tak mintak sebenarnya. Abang Hariz yang bagi. Senget betullah abang aku tu. Ada ke patut dia nak tolong abang Hariz free-free je. Taulah Abang Hariz tu bestfriend dia. Tapi, mana ada benda percuma dalam dunia moden sekarang kan? Mujurlah abang Hariz tu bukan jenis orang yang suka ambik kesempatan. Jadi dia bayarlah upah abang dalam jumlah yang berpatutan. "Bro ni suka sangat baiki komputer kat kedai Abang Hariz tu. Kalau bro tak kerja situ pun, duit belanja kita dah cukup, ape?" "Cukup kau kata? Kau ingat kau tu normal macam orang lain ke? Dahlah makan banyak serupa polar bear nak hibernate. Banyaklah dia punya cukup." "Bro!" Hish, bengangnya aku! Sedap-sedap dia mengata aku, dia boleh ketawa pulak tu. Nak je aku baling lesung batu kat dia. Kasi ajar dia sikit. Eh, tak boleh! Lesung batu keras sangat. Nanti tak pasal-pasal dia koma, aku masuk penjara atas tuduhan cubaan membunuh abang kandung sendiri. Tak sanggup aku! Sedang aku berfikir-fikir nak kenakan dia, alih-alih dia dah kuar. Takpe, takpe. Ada ubi ada batas, ada hari aku boleh balas.
Kehidupan kami dua beradik yang berjalan macam hari-hari biasa berubah pada suatu hari minggu yang langitnya kelihatan cerah. Aku baru pulang dari latihan kawad pasukan bulan sabit merah kat sekolah bila aku dikejutkan dengan kedatangan seorang lelaki separuh umur yang cam kaya-raya, menurut pemerhatian aku. Dikejutkan lagi. Takpelah. Hal terkejut-kejut tu lain cerita. Yang penting siapa pak cik tu? Aku beri salam kat abang aku. Pastu abang aku suruh aku bersalam dengan pak cik tu. Bukan muhrim, macam mana nak salam? Aku pandang muka abang aku dengan pandangan yang sangat kehairanan. "Pak cik ni sebenarnya bapa saudara kita. Adik kandung mak." "Hah?"
Aku renung muka pak cik tu atau amat tepat lagi Pak su aku. Ada iras-iras arwah mak aku. Sah, memang dia bapak sudara aku. Tapi, nape tiba-tiba mucul tanpa diundang? Kan ke sebelum ni tak pernah-pernahnya datang kemari sampailah mak meninggal dunia. Apahalnya ni? "Sebenarnya pak cik datang sini sebab nak mintak maaf dengan kamu…" "Tak ada apa yang perlu dimaafkan pak cik. Abah dengan mak pun dah takde. Amir yakin mak dah lama maafkan pak cik." Sekali lagi aku pandang muka abang. Aku tak fahamlah. Apa cerita sebenar ni? Mak pernah cerita kat kitaorang yang dia ada sorang adik kandung yang kerja kat oversea. Pak cik aku langsung tak kirim khabar berita pun kat mak aku. Mak aku tak sempat nak jumpa adik kandung dia sendiri sehinggalah nafas dia yang terakhir. Terdetik pulak rasa marah kat hati aku ni. Buat apa Pak cik aku muncul sekarang? Takde gunanya. Mak pun dah dekat lima tahun meninggal dunia. "Pak cik datang jumpa kami sekarang ni buat apa? Nape baru sekarang datang jumpa kami? Nape tak datang lima tahun lepas?" Marah punya hal, terkeluarlah kata-kata tu dari mulut aku yang semulajadinya susah nak tutup. "Elly…" Abang menegur aku. "Bro, masa mak sakit tenat dulu, takde pun saudara-mara datang jenguk. Masa mak dah meninggal pun cam tu gak. Kita hidup susah pun takde saudara-mara ambik kisah. Kau dah lupa ke?" "Aku tak lupa dan aku takkan lupa…Sis, kau tu yang dah lupa pesan arwah mak. Arwah mak selalu pesan jangan berdendam. Biarpun sebesar mana salah orang lain kat kita, tak elok kita simpan dendam." "Tu aku tau, bro. But, bukan mudah aku nak lupa semua tu." "Nak, pak cik tahu, pak cik salah. Pak cik tak kirim satu khabar berita pun kat arwah sampai arwah meninggal pun pak cik tak tahu. Pak cik menyesal, menyesal sangat-sangat. Pak cik dah terima balasan atas perbuatan pak cik. Sekarang, pak cik nak tebus balik kesalahan yang pak cik dah buat." "Pak cik ingat, dengan tebus kesalahan pak cik tu, pak cik boleh hidupkan mak balik?" "Elly, jangan biadap!" Aku terdiam. Abang aku naik angin bila dengar kata-kata aku. Aku terus masuk bilik dan kuncikan diri dalam tu. Aku menangis sepuas-puas hati aku. Dah lama rasanya aku tak menangis sebegini teruk. Masa mak aku meninggal, itulah kali terakhir aku menangis. Abang akulah yang tolong tenangkan. Kalau tak, leh jadi histeria aku. Kali ni, aku tak sure abang akan pujuk, tenangkan aku macam dulu. Abang aku biasanya marah kejab je time aku kenakan dia. Tapi awas! Abang aku bila dia betul-betul marah, memang susah nak jangka sikit. Aku yakin dia marah sangat kat aku. Aku paham aku tak patut biadap kat bapak saudara aku. Aku cuma sedih bila teringat kat arwah mak yang tak sempat jumpa adik kandung dia buat kali terakhir. Apa salah mak aku sampai pak cik aku biarkan mak aku kempunan nak jumpa dia?
Sangkaan aku tak tepat langsunglah. Abang aku tetap pujuk aku. Sambil-sambil tu dia ceritalah hal yang sebenarnya. Abang aku cakap pak cik aku memang nak balik ke sini lepas beberapa tahun kerja kat oversea. Masalahnya, wife dia, mak saudara kitaorang yang asalnya orang Britain tak nak ikut. Diorang memang dah lama ada krisis pun. Jurang perbezaan antara orang Melayu dengan orang Britain besar beb! Tambah-tambah lagi lepas kawin, mak saudara kitaorang tak leh tinggalkan perangai lama-lama dia tu. Contohnya? Contohnya pergi kelab malam, merokok and sewaktu dengannya. Bapak saudara aku tu jenis yang workaholic. So, dia tak tahu mak saudara aku buat kerja-kerja tak senonoh kat belakang dia. Dorang ada sorang anak lelaki. Benjamin namanya. Mentang-mentanglah kawin dengan minah salleh, nama anak pun nama inggeris. Okay,okay, berbalik kepada cerita tadi. Bertahun-tahun kawin pun pak cik aku still tak dapat hidu kegiatan wife dia sehinggalah dia sendiri tertangkap wife duk teguk air setan kat kelab malam. Pastu apa lagi. Perang dunia ketigalah. Nak dijadikan cerita, wife pak cik aku larikan Benjamin. Puas pak cik aku cari, tak jumpa-jumpa. Last-last pak cik aku dapat berita wife dengan anak dia mati dalam satu kemalangan jalan raya. Sedih pulak aku dengar cerita pak cik aku tu. Tragis sungguh. Aku rasa menyesal cakap yang bukan-bukan kat pak cik aku.
Keesokkan hari, bila pak cik aku datang, aku terus mintak maaf. Pak cik aku mestilah maafkan aku. Aku kan anak saudara dia…hehehe. Hari tu aku terima kejutan lagi. Lagi lagi kejutan. Lagi lagi kejutan. Aduh! Tak habis-habis. Kejutan apa? Kejutan ni berkaitan abang aku. Pak cik buat tawaran untuk abang aku sambung study kat oversea. Dia dah siap buat permohonan pun. Aku tak sangka pak cik dah lama siasat seelok belok kehidupan kitaorang. Nak tahu abang aku kata apa? Abang aku kata… "Rasanya dah terlewat kot saya sambung study sekarang. Umur saya dah nak masuk 23 tahun. Lagipun, kalau saya pi oversea nanti, sape nak jaga Elly?" Aku terpikir jab. Betul gak. Sape nak jaga aku lepas abang aku takde nanti? Sape nak masak untuk aku? Aku bukannya reti masak. "Amir, dalam menuntut ilmu ni, takde soal terlewat. Amir bukannya tua sangat, still muda lagi. Soal Elly, Amir jangan risau. Pak cik ada untuk jaga Elly." "Tapi…" "Bro, pi jelah. Kan kau dah lama ngidam nak sambung study kan? So, janganlah lepas chance ni." Aku bagi support. Abang aku diam. Then, dia renung aku. Sayu je renungan dia tu. Cam nak berpisah dengan kekasih lagaknya. Sentimental betul. Aku pun pegang bahu dia. "Kau terima ya, bro?"
Selepas lama berfikir panjang, abang aku setuju. Segala persiapan pun dibuat. Mula-mula, aku tak terasa apa pun. Biasa-biasa je. But, bila tiba keesokan hari abang aku nak pi, hati aku ni rasa sedih, pilu, gelisah…macam-macam ada. Cam nak kehilangan sesuatu. Aku tak leh tumpukan perhatian kat buku malam tu. Aku ni actually dah mesra dengan buku sejak peperiksaan SPM dah dekat. Tu pun abang aku punya jasa. Membebel punya membebel suruh study hard and smart sampai aku jatuh sayang kat buku-buku aku. Aku tutup buku. Aku pi kat bilik abang aku. Dia sibuk kemas barang. Aku masuk tanpa diundang. Abang aku mengerling gitu-gitu je. Susah betul nak buat dia terkejut. Aku duk atas katil dia. Aku perhati dia kemas baju yang dia nak bawak. Dia perasan. "Kau ni nak tolong tengok je ke?" Aku tak cakap pape. Aku pelik sebab malam tu aku takde mood nak reply balik sindiran dia. Aku rasa abang aku pun naik pelik dengan perangai aku. Dia berhenti berkemas. Dia duk tepi aku. "Kau ni nape? Ada problem nak selesai soalan add math ke?" Aku menggeleng. "Nak tanya soalan fizik?" Aku menggeleng buat kali kedua. "Habis?" Aku mengangkat bahu. Then dengan selamba bodoh aku kuar. "Hish, budak ni." Aku berhenti melangkah. Nape dengan aku ni? Nape aku cam…Air mata aku menitis, membasahi pipi aku yang tak beberapa gebu ni. Aku berpaling arah abang aku. Dia kembali menyambung kerja mengemasnya yang tinggal sikit lagi. Aku pi kat dia. Dia tengok aku. Aku tengok dia. "Nape kau nangis?" Aku menggelengkan kepala. "Sapa yang buat kau nangis?" Abang aku nampak risau. Aku terus peluk dia. Aku menangis sekuat-kuat hati aku. Abang aku kalut. Dia tak henti-henti tanya nape aku tertiba nangis. Aku tak jawab pape. Menyedari aku yang takkan lepaskan pelukan sampailah aku puas menangis, abang aku biarkan aje. Dia belai rambut aku perlahan-lahan. Aku akan rindukan belaian tu bila aku sedih. Aku akan rindukan kata-kata pujukan dia bila aku merajuk. Aku akan rindukan hilai ketawa dia bila dia kenakan aku. Aku akan rindukan syarahan panjang dia bila aku buat salah. Aku akan rindukan segala-galanya…
Aku bersalam dan mencium tangan abang. Then, aku perhati muka dia. Hari ini adalah hari perpisahan kami. Kami akan berpisah untuk jangka masa yang boleh dikatakan panjang. Abang aku senyum. "When I'm gone, promise me that you'll remember all I've taught you, okay?" Aku menganggukkan kepala. "Sembahyang lima waktu jangan tinggal, ya? Banyakkan buat latihan add math, baru kau boleh terrer cam aku. Kalau bonceng motor, jangan lupa pakai helmet. Erm…apa lagi erk? Oh, ya. Rajin-rajin gosok gigi dua kali sehari. Then, aku nak kau belajar masak dengan Syaz. Pastu, jangan nakal-nakal. Dengar cakap pak cik." Banyak betul pesanan abang aku ni. Lecehlah. "Okay, okay. I'll look at it. But you know I can't promise any more than that." Aku sengih kerang busuk kat dia. Dia mendengus geram. "Amir, kapal terbang dah nak berlepas tu." kata pak cik aku. "Okay, bye, pak cik…sis." Abang aku melangkah pergi. Dia sempat berpaling kat aku. Dia melambai buat kali terakhir. Aku membalas lambaiannya. Goodbye bro. Goodbye. Semoga kau berjaya capai cita-cita kau. Aku akan sentiasa mendoakan kejayaan kau. Aku sayang kau, bro.
yes2..org pertama komen... hehehe.. sedih lak ak bce citer ni.. ak xpnh rse mcm mana ad abg..yg ad cume akk je... kn best ad abg mcm 2...walaupn ske membebel..huhu
salam... sdih cter ni....mleleh air mta sy bca..... pngorbanan sorg abg tuk adiknye...sy pun xde abg n xde kakak...sy ank sulung...best klu ada abg cm2....
wawawawa....aku plak ade abang je...4org plak tu...mcm2 perangai...tp ngan diorg la aku main...huhuhuhu...tp aku xterikut perangai dirg la...diorg ajar aku jd pmpn yang sejati ade la...huahuahuahuahua...
best2......leh sedarkan ku tentang hakikat kebaikan seorg abg.....best weyh ade abg....abg aku pon salu support aku... very supportive...to penulis: jgn nakal2,ingat pesan abg...wahaha
aku sedey...meleleh air mat...pergh,....feeling tuuu bc citer ni...aku rindu abg aku yg nan seorg tu...abg aku walaupun garang tp die baik...ms aku kecik keje hanya nyakat aku...sbb nyer asl kene sakat jer aku nagis...die suke tgk aku nangis...lps tu tkg pujuk nyer akak2 aku ler...skrg ni...aku bls dendam kt ank2 die lak...ahahhahah...sakat ank2 die smpi nangis...tp x der la teruk sgt...aku ni lmbt ati....hehhehehe
cter ni best sngt! len dr yg len..ak pn ade abg n 3adk llki n it's mean i'm only d gurl..ape2pn ak syg sngt kt abg n adk2 ak tu.. cter ni mmg sdih tp bnyk nshat..good! ak ska! thniah kt pnulis cz bjya wat crite cmni yg ssh sngt ak nk jmpe..so sweet.. =]
ade la jugak abg sorang.... suka sgt blebel....n selalu nk cari gaduh..hahaha... tapi bila ye duk kat oversea....rindu rr plak... tp bila call blebel gok....kah3
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
yes2..org pertama komen...
hehehe..
sedih lak ak bce citer ni..
ak xpnh rse mcm mana ad abg..yg ad cume akk je...
kn best ad abg mcm 2...walaupn ske membebel..huhu