Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Maria berteleku sayu di katil. Hatinya sedih. Hatinya perih. Sampai hati Rashid menduakan dirinya begini. Sedangkan ketika di awal perkahwinan mereka dahulu, Rashid pernah berjanji untuk tidak menduakan dirinya. Ah!! Janji lelaki. Sama saja dengan janji Melayu. Sering dilanggar dan sering juga dimungkiri.
"Penipu!! Pendusta!!" kata Maria dalam esak tangisnya yang semakin layu. Juraian air mata yang mengalir lesu di juring matanya juga diusap perlahan. Ah! Pergilah kau air mata. Tak guna aku menangisi sesuatu yang sia-sia.
Tiba-tiba kedengaran bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah. Maria dapat mengagak bahawa suaminya itu sudah pulang. Hatinya yang masih bengkak mengenangkan perbuatan curang itu bertekad untuk tidak mengendahkan suaminya. Biarlah dia melayani lara di hatinya buat seketika. Rashid tidak adil!
"Hai, assalamualaikum sayang," tegur Rashid pada isterinya bersama suatu senyuman manis dibibir.
Maria berpaling ke arah suara itu. Serta-merta matanya tertancap pada seplastik barangan yang berada di tangan suaminya itu. Huh! Barangan untuk si Syiqah lagi. Hati Maria bertambah bengkak. Salam suaminya itu hanya dijawab di dalam hati sahaja.
Rashid berasa aneh melihat reaksi dan tindak balas isterinya itu. Kenapa dengan Mar?
"Mar, kenapa muram saja ni? Mar tak sihat ke?" tanya Rashid lembut. Penuh prihatin. Rashid mendekati Maria sebaik sahaja dia meletakkan beg kerjanya serta barang-barang yang dibelinya tadi. Sebenarnya hatinya dipagut aneh apabila kepulangannya hari ini tidak bersambut seperti biasa dan Maria juga tidak menyalaminya seperti selalu.
"Ah, tak payah la abang nak buat-buat perihatin pada Mar. Baru hari ni abang nak pedulikan Mar. Selama ni tak pun. Sikit-sikit Syiqah. Syiqah. Syiqah!" Maria menepis tangan suaminya yang cuba menjamah dahinya. Ah! Aku tak perlukan prihatin dari hati yang tak rela. Suaminya itu tiba-tiba begitu prihatin pada dirinya, pasti ada sesuatu yang dihajatinya. Inginkan restu untuk memiliki Syiqahkah?
Terkedu Rashid melihat respon isterinya yang tiba-tiba itu.
"Mar, abang..." belum sempat Rashid memberikan penjelasan, Maria telah bangun dan meninggalkan suaminya itu. Hatinya malas untuk mendengar sebarang dusta dari suaminya lagi.
Rashid terduduk di katil sambil menggelengkan kepala.
Dua hari kemudian...
"Mar, sudah-sudah la tu. Dah tiga hari tau Mar buat-buat tak tahu kat abang. Sampai hati Mar buat abang macam ni," rungut Rashid. Sedikit rajuk terselit dalam nada suara sayu itu. Maria masih lagi membekukan diri.
"Mar, hari ini kita makan kat luar nak? Abang belanja Mar," Rashid cuba memancing reaksi daripada isterinya. Sungguh hatinya resah apabila tidak diendahkan oleh Maria sejak tiga hari yang lalu. Rasa rindu usahlah di tanya. Yang membukit kini sudah pun menggunung rasanya. Tidur malamnya juga tidak lagi nyenyak seperti dahulu.
"Mar, dah tiga hari la Mar gini. Sudah-sudah la, jangan la merajuk lagi," rayu Rashid lagi.
"Oh, dah tiga hari. Habis yang Mar menjeruk rasa sejak enam bulan yang dulu tu abang tak nak kira? Hari-hari saya kena tadah telinga dengar kisah bahagia awak dengan si Syiqah. Awak ingat saya ni hati batukah? Tak ada perasan?!" bentak Maria pula. Sungguh hatinya berang tatkala suaminya mengungkit tempoh dia merajuk diri. Sungguh tidak patut!
"Tapi Mar, Syiqah tu kan..."
"No way! Mar tak suka abang lebih-lebihkan Syiqah. Sejak ada Syiqah, semuanya Syiqah baik. Syiqah itu, Syiqah ini," ungkit Maria pada Rashid. Biar suaminya itu tahu apa rasa hatinya selama ini.
"Tapi Mar, Syiqah tu kan..."
"Mar tak peduli. Abang banyangkan perasaan Mar bila abang cakap ‘tenangnya hati bila tengok Syiqah tidur’. Huh! Sakit hati saya ni bang, sakit!!" sekali lagi Maria memotong cakap suaminya. Akhirnya Rashid hanya mengeluh. Tersinggung benar hati isterinya kali ini. Sungguh dia tidak sangka.
"Hurm... Kalau dah gitu kata Mar, esok abang bawak balik Syiqah. Mar bincang la sendiri dengan si Syiqah. Abang dah malas nak cakap apa dah," balas Rashid pula. Maria hanya menjeling.
"Abang ni dah tak betul ke? Mar nak bincang apa dengan budak umur setahun lebih tu?" balas Maria pula.
"Habis dah awak cemburu tak fasal-fasal. Semua yang abang nak cakap Mar tak nak dengar. So, esok Mar bincang la sendiri dengan dia," balas Rashid lagi.
"Ah, malas la Mar. Budak kecik nak buat apa," kata Maria lagi. Cemberut di mukanya sudah semakin sirna. Entah mengapa hatinya berasa sedikit lucu akan cadangan suaminya.
"Hah, kalau dah gitu sendiri mau ingat la..!" kata Rashid sambil ketawa-ketawa. Maria juga sudah tidak mampu menahan rasa lucu di hati lalu dirinya juga turut ketawa. Entah apa-apa jelah aku ni, getus hati Maria.
"Apa da... dengan baby pun mau jeles ka? Huhuhu..." tambah Rashid sambil ketawa dengan penuh bahagia.
Beberapa hari kemudian...
"Abang, Mar dah siap masak ni. Jom kita makan," ajak Mar sebaik sahaja dia menjenguk ke bilik. Namun, langkahnya kaku apabila melihat suaminya itu hanya terpaku di atas katil bersama juraian air mata. Tangannya pula kejap mengenggam telefon bimbitnya.
"Eh, kenapa ni bang?" rasa risau mula menerjah di hati Maria apabila melihat keadaan Rashid. Apa yang berlaku? Kenapa suaminya menangis begini?
"Abang..." Maria memanggil lembut suaminya. Bahu Rashid disentuhnya lembut.
Demi merasakan bahunya disentuh, Rashid menoleh lalu terus memeluk erat pinggang Maria. Kejap. Rashid cuba melepaskan kesedihan dihatinya pada isteri tersayang.
"Mar, Syiqah..." ucap Rashid dalam tangisannya. Maria mengusap lembut rambut suaminya. Mendengarkan nama Syiqah disebut, Maria menarik nafas dalam sebelum melepaskannya perlahan.
"Kenapa dengan Syiqah bang?" ternyata Maria tidak dapat menahan bibirnya dari terus bertanya mengenai Syiqah. Akan kembali tergugatkah kedudukan dirinya di hati Rashid?
"Syiqah, ada orang dah ambil dia jadi anak angkat. Lepas ni abang dah tak boleh jumpa Syiqah," ucap Rashid bersama esakkan. Sungguh hati Rashid sedih dan pilu sebaik sahaja Kak Normah, penjaga Syiqah di Rumah Anak-Anak Yatim Sinar Gemilang menyampaikan berita sedih itu kepadanya sebentar tadi.
Syiqah merupakan kanak-kanak perempuan yang ditemuinya ketika dia melakukan lawatan ke Rumah Anak-Anak Yakin Sinar Gemilang hampir enam bulan yang lalu. Kanak-kanak yang berusia hampir setahun lebih itu datang menerpa di kakinya dan minta untuk didukung sebaik sahaja Rashid melangkah masuk ke ruangan kanak-kanak yang terdapat di situ. Sungguh hati kecilnya tersentuh dengan raut wajah comel itu. Telatah Syiqah yang nakal beserta raut wajahnya yang menenangkan itu sering sahaja mengusik ketenangan hatinya. Sering menjemput rindu bertandang di jiwa yang sarat dengan kasih sayang seorang ayah yang belum pernah terlunas. Mungkin belum rezeki mereka suami isteri untuk mendapatkan zuriat sendiri. Sungguh hatinya tidak pernah mengeluh dan sedih. Namun, kewujudan Syiqah dalam hidupnya seolah-olah sudah melengkapkan segenap rasa dalam ruangan jiwanya.
Maria tersentak mendengar kata-kata yang terluah oleh dua ulas bibir suaminya. Entah mengapa hatinya ini turut dipalu debar. Resah juga turut bertamu di situ. Bukankah sepatunya dia gembira menerima akan perkhabaran itu? Otaknya ligat memikirkan frasa yang sesuai untuk dituturkan pada suaminya itu. Moga lidahnya itu tidak tersilap kata dan tergelincir bicara. Bimbang hati yang sedih bertambah terluka pula jadinya.
"Sabarlah bang. Nanti kita cuba berkenalan dengan keluarga angkat Syiqah. Kemudian, kita kerap-keraplah melawat dia," pujuk Maria. Pada perkiraannya, mungkin kata-kata itu cukup sesuai untuk memujuk suaminya yang dalam kesedihan itu. Maria sedar kasih sayang suaminya itu terhadap Syiqah sangat mendalam. Mungkin kerana mereka sendiri belum bertuah untuk dikurniakan zuriat.
"Tapi Mar..."
"Ye, kenapa bang?"
"Lepas ni abang dah tak boleh jumpa Syiqah. Kata kak Normah, keluarga angkat Syiqah tu bakal berpindah ke Sabah. Mana mungkin abang boleh berjumpa dengan Syiqah lagi," ngongoi Rashid lagi. Sungguh sedih hatinya kala mengenenangkan mungkin tiada lagi peluang bertemu Syiqah selepas ini. Alangkah baiknya jika dia dan Maria yang menjadi keluarga angkat pada Syiqah. Pasti anak itu akan dijaga dan dikasihinya sepenuh hati. Rashid yakin, dalam cemburu terselit juga kasih isterinya itu kepada anak kecil itu. Semuanya terserlah ketika dia menemukan keduanya di Rumah Anak-Anak Yatim Sinar Gemilang semalam. Ah! Baru semalam mereka bertiga bergembira bersama. Tidak sangka hari ini segalanya punah. Harapannya musnah.
"Abang, jodoh pertemuan itu kan di tangan Allah. Sekiranya Dia izinkan, bukan setakat bertemu malah mungkin juga Syiqah jadi milik abang. Jadi milik Mar. Jadi milik kita. Sekali Dia berkata ‘Kun Fa Ya Kun’, Insyaallah segalanya akan berlaku. Segalanya hanya terletak antara huruf Kaf dan huruf Nun, abang," panjang lebar Maria cuba memujuk hati suaminya yang lara itu.
Rashid hanya tersedu di dada isterinya. Hatinya yang rawan kembali tenang mengenangkan sokongan yang diberikan oleh Maria. Ternyata Maria tidak pernah berubah. Masih lagi seorang isteri yang penyayang dan juga seorang isteri yang sangat memahami dirinya. Mungkin tiada rezeki untuk dia terus mendekati dan memiliki Syiqah namun dia masih lagi bersyukur kerana Allah telah pun mengurniakan kepadanya seorang wanita sebaik Maria pada dirinya.
"Eh, abang. Mar terlupa nak bagi tahu abang yang kita ada tetamu malam ni. Abang pergilah basuh muka dulu. Mar nak ke dapur dulu. Agaknya dah nak sampai tetamu-tetamu kita tu," ucap Maria sebaik sahaja Rashid melepaskan pelukkan di pinggangnya.
"Siapa?" tanya Rashid.
"Adalah. Rahsia," jawab Maria sambil tersenyum. Sempat juga dia mengenyitkan matanya sekali sebagai tanda mengusik suaminya. Rashid hanya tersenyum melihat telatah isterinya.
***
Sebaik sahaja Rashid keluar dari bilik air, kedengaran suara isterinya yang sedang menjemput tetamu mereka masuk. Sudah sampai rupanya, bisik hatinya. Tapi siapa ya? Entah mengapa hati Rashid dipalu debar tiba-tiba. Siapakah gerangan yang menantinya di bawah?
Baru separuh kakinya melangkah menuruni tangga, matanya telah tertancap pada suatu susuk tubuh comel yang sedang berada dalam pelukan isterinya.
"Syiqah...!" seru Rashid. Dengan rasa tidak sabar, Rashid berlari kecil menuruni tangga menuju ke arah Syiqah dan isterinya.
"Bang, inilah anak kita," ucap Maria sambil tersenyum manis.
"Tapi..." ternyata Rashid keliru. Pantas wajah Kak Normah yang berada tidak jauh dari tempat mereka berdiri dipandangnya. Matanya memberikan isyarat inginkan penjelasan lanjut. Kak Normah hanya tersenyum.
"Akak tipu Rashid tadi. Marialah ibu angkat Syiqah," jelas Kak Normah tenang.
"Sungguh?" tanya Rashid dalam rasa tidak percaya.
"Sungguh bang..." akhirnya Maria dan Syiqah tenggelam dalam dakapan Rashid yang berpanjangan.
--------------------------------------------------- Salam, semoga terhibur dengan karya Lea yang tak seberapa ini. Lea menantikan komen dan teguran daripada kengkawan sekalian. Terima kasih.
cte nie best gak la... nmpak mcm sweet..hehe tp msti lgi bestkan d'orng 2 klo da ank sndri.. hehehe..pe2 pown truskn usaha anda.. cita nie pown xbnyak klmhnnye..:)
la...ingatkan shiqah 2 isteri no 2 rashid..upenye budal lg..hehe..bgus...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bolehlah..
tp starting dy cam lawak..
hehe..
sory.