Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Selalu kau datang sini?" Soal Sara, menoleh pada Zara yang leka memasukkan data mereka berdua pada papan skrin. Dua bola metalik, kuning-emas kepunyaannya dan biru-hitam kepunyaan Zara dikeluarkannya daripada beg galas khas. Mencapai kain lusuh yang terjuntai pada rel besi yang memisahkan gelanggang dan kafe, dia menggilap permukaan sfera-sfera tersebut.
"Tak adalah selalu. Kalau dah bosan sangat tak ada benda nak buat, ada juga aku datang lepak sini dengan kawan-kawan aku. Lepaskan tekanan." Sengih Zara, mengambil tempat di sebelah gadis putih kuning itu. Mengenakan guard tangan, dia meregangkan tulang temulang jari dan otot-otot lengan. Sudah lama benar dia tidak beraksi rasanya.
"Diorang nak datang pukul berapa?" Tanya Sara lagi, bersedia membuat hayunan pertama dan strike! Dia tersenyum. Bisa lontarannya menyengat seperti selalu. Berpaling semula pada Zara, gadis itu sedang menggeleng, membuat muka tak puas hati.
"Ini yang aku malas nak main dengan kau ni! Bagilah can aku menang sekali. Karang budak berdua tu datang mesti aku jatuh tempat terakhir punya." Cebik Zara. Sambil membebel mata mencongak momentum dan arah projektor bowl di tangan. Sejurus kemudian lapan pin rebah tergolek. Dan lontaran seterusnya dia terpaksa berpuas hati dengan sekadar sembilan mata.
"Nasiblah! Kira O.K. apa skor tu untuk lontaran pertama. Boleh dikira bukan lagi tahap amatur macam dulu lagi yang kerja kau asyik hala bola ke longkang je." Usik Sara tertawa. Dia membuat lontaran, hanya tujuh pin yang jatuh.
"Ceh! Cuba jangan mengungkit cerita zaman batu tu boleh tak? Tangan aku dah tak pengkau macam dulu lagi tahu!" Pinggang Sara dicucuknya membuat bola berlabel 9 itu salah trajektori dan tersasar ke parit.
"Zara! Aku hempuk juga kau dengan bola boling tu karang!" Membulat mata Sara, sedang tawa Zara semakin kuat.
"Maaf Ra. Bukan apa, aku rindu nak tengok kau marah. Bak ayat popular drama-drama Melayu ‘makin saudari marah, makin manis saya tengok’. Kalau Fikri tengok mesti dia angau." Zara tak sudah-sudah mengusik. Sara yang bukan main muncung mulutnya merajuk, ditarik Zara bahunya erat ketubuh, cuba memujuk.
"Banyaklah kau punya ayat-popular-drama-Melayu segala macam songel! Dan apa kena mengena mamat tu pula dengan aku? Soalan aku kau tak jawab lagi. Diorang nak datang pukul berapa ni?" Terangkat keningnya, berkerut inginkan jawapan. Sekadar dengan senyuman, jawapan Zara bersambung selepas dia melompat kegirangan kerana dapat menjatuhkan semua pin.
"Diorang baru lepas habis solat Jumaat. Mesti tengah makan sekarang ni. Kejap lagi sampailah diorang tu." Tempat duduk disebelah Sara ditempatinya, membetulkan tudung kepala yang sudah senget benget terkesan dek aksinya sekejap tadi. Senyap teman disebelahnya itu meragukan Zara. Segera dia menoleh.
"Kenapa kau tengok aku macam tu?" Giliran keningnya pula terangkat, musykil dengan tatapan tak berkedip anak mata yang dilontarkan Sara padanya.
"Aku suka tengok kau macam ni. Cantik. Manis. Tak hairanlah kenapa Kefli tak jemu-jemu layan kerenah kau." Bicaranya memuji.
"Pandailah kau! Apa kena mengena dengan mamat tu pula?" Kerling Zara, mengambil sambil lewa.
"Aku seriuslah! Tak tipu. Kau nampak bahagia sangat. Berseri-seri… Kau bahagia kan Zara?" Tutur Sara. Cuba membuat perbandingan Zara empat tahun dulu dengan yang ada didepannya sekarang, si gadis bertudung litup, menjaga pakai dan sikap itu.
"Ya Sara, aku bahagia. Terima kasih buat kau yang banyak bagi nasihat pada aku." Balas Zara. Syukur atas nikmat yang KAU berikan, Tuhan. Sara tersenyum, bingkas dia meneruskan permainan.
"Dengan Kefli tak nak ucap terima kasih?" Tambah Sara, matanya dikenyitkan. Membuat lontaran tepat menghentam semua pin yang beratur didepan sana.
"Jangan nak fikir apa-apa ya. Kitorang kawan je. Lainlah kau dengan Fikri." Usik Zara.
"Kenapa dengan aku dan Fikri? Aku dengan dia hanya tempat masing-masing cari pasal. Tu je. Faham?" Getus Sara, yakin.
* * *
"Perlu ke kau ikut Mama ke Australia?" Soal Zara. Jelas wajahnya resah, tanda hati yang gelisah.
"Kalau aku tak ikut, kesianlah Mama pergi sana sorang-sorang. Lagipun untuk empat tahun je Za. Lepas Mama habis buat PhD nanti aku baliklah." Rasional Sara. Dia menjenguk skrin markah. Nyata dia sedang mendahului dengan 45 mata berbalas 2. Tersenyum kelat, dia berpaling pada kembarnya itu yang hilang fokus dan hanyut termenung jauh. Buktinya, kerja Zara sedari tadi hanya menghayun bola sesuka hati asal tepat masuk ke dalam longkang kanan atau kiri. Berpaling kepada gadis itu, jawapan yang diberikannya sepertinya tidak cukup kuat untuk membuat Zara berubah riak.
"Za… Akupun risau juga pasal perkara ni. Tapi insyaAllah, semuanya akan O.K. Nanti bila-bila masa Mama boleh cuti aku ajaklah Mama balik Malaysia. Janganlah nak beratkan kepala otak kau pula. Tak jadi kerja jadinya." Lembut kata Sara. Cuba menyuntik sedikit tenang pada hati Zara.
"Kau senanglah cakap. Kau seronok dengan Mama dekat sana. Aku yang makan hati sorang-sorang dekat sini." Sisi emosi Zara bergolak lagi malah tak pernah surut rasanya. Tubir matanya mula bergenang.
"Kenapalah keluarga kita tak macam keluarga orang lain Ra? Mama, Papa bercerai! Tak sabar-sabar tunggu kita besar dulu, sibuk nak berpisah! Sudahnya aku dekat JB, kau dekat KL. Jumpapun paling-paling empat, lima kali je setahun. Itupun masa cuti sekolah. Papa tak pernah-pernahnya berubah. Kerja tak kira masa. Hujung minggupun sibuk dengan golf dia. Lepas tu ada hati nak suruh aku berbaik-baik dengan teman wanita dia yang menggedik semacam tu. Aku memang tunggu masa lepas habis SPM ni saja, supaya aku boleh masuk universiti sama dengan kau. Boleh kita sama-sama ke mana-mana macam kita kecil-kecil dulu. Tapi sekarang kau nak pergi sana pula. Aku nak ikut kau dengan Mama tapi Papa tak bagi. Aku boleh jadi gila macam ni Ra! Kau tahu? Aku boleh jadi gila macam ni!" Sedunya sedaya upaya ditahan. Keras tuturnya, sekeras hati tuan empunyanya juga. Bahu Zara ditarik Sara, memeluk erat satu-satunya saudara kandungnya itu. Dalam tak sedar pipinya sudah mengalir sungai.
Memang tidak dinafikan nasib Sara Aleya lebih baik berbanding Zara Sofia. Anak itu bergelut dengan kekecewaan sedari kecil dulu. Bermula dengan keruntuhan rumah tangga Papa dan Mama. Dia mula berubah sifat. Dari kanak-kanak ceria dan menurut kata kepada gadis pendiam yang tidak sudah-sudah membuat masalah. Lari dari rumah, ponteng sekolah, merokok, melepak, berpeleseran dengan juvana-juvana sekolah, hilang hanya boleh di jumpai di pusat-pusat membeli belah. Bencinya pada Papa yang tidak pernah memberi perhatian. Geramnya pada Mama yang meninggalkan dia keseorangan. Hanya pada Sara dia letak kepercayaan untuk memaut sedikit harapan hidup yang masih wujud. Jujurnya dia mahu semua itu berubah. Dia mahu hidupnya yang dulu. Waktu-waktu indah kelmarin memagut rasa kesal tak berpenghujung. Mahu dilupakan kehidupan calar ini tapi dia tidak nampak cara untuk angan itu menjadi nyata. Mustahil sama sekali.
"Za, kau tahukan aku sayang kau. Aku sedihlah tengok kau macam ni…" Hanya itu yang mampu diucapkannya.
Lama mereka begitu. Meninggalkan permainan yang tidak lagi kelihatan mengujakan. Ceria pengunjung sekeliling sebagai latar. Zara sugul tenggelam dalam senyap yang menjeritkan rasa hati yang sunyi, jiwa yang kosong. Sara bisu dalam menuturkan kata-kata semangat yang pastinya sudah lali didengar Zara. Dia sedar bukan itu yang dimahukan kembarnya. Kata-kata yang menjanjikan yang masa depan akan baik-baik sahaja; Pelangi pasti akan muncul selepas hujan; Ada hikmah disebalik yang berlaku. Dalam kabut hidupnya yang tidak keruan, Zara tidak butuhkan ramalan-ramalan ‘indah’ itu kerna dia tidak nampak jalan menuju ke sana. Dia perlu peta, GPRS, Googlemap yang boleh menunjukkan jalan keluar bagi kesesatan hidupnya yang dirasakan gelap. Zara perlu DIA.
"Za… Kau nak dengar satu anologi tak? Aku baru terfikir kejap tadi." Tutur Sara tiba-tiba.
"Hurmm…" Zara mengangguk perlahan. Tubuh ditegakkan, memandang sayu gadis yang sepatutnya sekilas iras dengannya. Namun realitinya Zara dan Sara bukan orang yang sama, walau punya wajah yang serupa. Dia selekeh berjeans koyak di lutut dengan T-sendat tertulis ‘Mind Your Own Business or I’ll Punch you!’. Sementelah wajah dibiar comot dengan bibir hitam terbakar dek sisa rokok, berbingkai pula rambut pendek ala-ala prebet askar. Imej tomboy sejati. Sedang Sara bak ejekannya pada gadis itu bagai perempuan Melayu terakhir. Tidak pernah lepas alas kepala yang menutup rambut dan dadanya. Ayu dengan blaus labuh paras lutut dan ber slack longgar. Seri wajah terpacar walau tanpa secalit bedak sekalipun.
"Main boling ni macam kehidupan juga sebenarnya. Kau setuju tak?" Tanya Sara. Bingkas dia menghampiri stesen yang menempatkan bola-bola berat bertebuk lubang tiga itu.
"Apa maksud kau?" Kerut Zara tidak mengerti.
"Bola ni, ibaratnya macam alat untuk kau capai impian-impian hidup kau. Kau belek, kau pilih, kau pegang, kau angkat dan baru kau perasaan betapa beratnya beban yang kau kena pikul. Rupanya tidak mudah untuk merealisasikan impian-impian tu." Sara menghayun perlahan bola 9 yang melekat di tiga jarinya dengan memek muka menzahirkan berat jisim sfera itu.
"Apa impian kau Za? Bagi aku satu cukup." Keningnya terangkat inginkan jawapan. Termenung lagi si Zara, memikir bersungguh. Apa yang aku inginkan sebenarnya? Bunyi pin jatuh menyedarkannya dari khayalan. Wajah Sara ditatap semula.
"Aku nak bahagia." Pendek. Yakin. Bundar matanya menampakkan harapan menjulang tinggi. Sara mengangguk. Mengangkat sebiji lagi bola, hendak di lontarkan pada baki lima pin yang tidak terusik tadi.
"Jadi apa yang kau perlu buat untuk dapat kebahagiaan tu?" Spontan. Bola dihayun, senget dan bum ke parit. Mengeluh kecewa, perhatian dialih semula kepada Zara. Terpana, peliknya dia tidak punya jawapan itu. Perlahan-perlahan Zara menggeleng, menjungkit bahu.
"Entah. Menunggu mungkin... Sampai berjanggut." Selamba. Malas nak fikir benda yang sah-sah mustahil. Sara terlepas tawa sinis.
"Kalau kau tak suap makanan masuk mulut, bilanya yang kau akan kenyang Za?" Analogi lagi. Sara membaling bola lagi.
"Kau ingat kebahagiaan tu macam nasi ke? Kau boleh beli tak pun masak lepas tu telan bagai nak rak sampai mengah dan terus rasa bahagia?" Sinis juga tak mahu kalah.
"Tapi ada usaha disebalik nak mendapatkan nasi tu kan. Betul tak?" Duga Sara membuat Zara berfikir panjang. Jadi maksud kau, aku tak cukup berusaha dalam hidup ni? Aku tak cukup baik untuk dapat kebahagiaan tu? Aku tak layak? Begitu? Jiwanya bergelut seribu satu persoalan.
"Assalamualaikum. Maaf cik. Cik. Awak… Saudari! Assalamualaikum!" Teguran seseorang membuat lamunan Zara tersentap. Ish kacau je!
"Waalaikumsalam!" Dilihatnya pemuda di depannya itu. Kemudian kepalanya melilau mencari Sara yang telah hilang. Terdampan pandangnya pada gadis itu yang berada di kaunter, mengadu hal lorong permainan mereka yang tersekat. Kemudian sekali imbas dia mendampan pada skrin skor yang menunjukkan nilai 67 dan 35. Emm… Boleh tahan juga aku main! Pujinya buat diri sendiri.
"Cik!" Sekali lagi lelaki itu memanggilnya.
"Jangan panggil aku cik boleh tak? Gelilah! Apahal?" Agak kasar dia menjawab. Tersenyum pemuda itu, manis.
"Saya nak tanya, awak guna ke bola nombor 10 tu? Kalau tak, saya nak ambil." Masih sopan dia bertanya. Si Zara dah memandangnya semacam. Siap injak ke sisi agar jelas kumpulan rakan-rakannya yang sedang rancak berborak selang dua lorong daripada situ. Fikri and the geng, dan dia kebetulan senggang lalu turun untuk membuang waktu lapang mereka lepas solat Jumaat tadi.
Lagi dengan kening terangkat. Zara meneliti lelaki itu dari hujung rambut ke hujung kaki dan balik semula ke wajah bersih susuk itu. Stok-stok Ustaz agaknya. Bolehkan pakai baju Melayu sepasang, padahal nak main boling je. Nasib tak lengkap bersampin. Kalau tak memang saja nak kena gelak dengan aku.
"Tak! Ambillah. Anyway, aku Zara." Tangan dihulur, tertarik pula dia untuk mengenali pemuda pelik itu.
"Kefli. Terima kasih pasal bowl ni. Enjoy your game." Senyum, Kefli sekadar mengangguk dan memperkenalkan diri tanpa menyambut huluran salam Zara. Mengambil bola yang dimaksudkannya tadi, dia menabik sekali kepada gadis rambut pacak tu. Kalah gaya rambut aku yang setakat belah tengah ni je. Lucu bila dia mengenangkan itu.
"Hai! Baru aku tinggal kejap, kau dah jumpa ‘kebahagiaan’ kau. Boleh tahan kacak. Memang jenis yang aku suka tu. Kenalkanlah dengan aku." Sara mengusik, mencuit bahu Zara yang masih tak lepas kelibat Kefli yang telahpun kembali ke lorongnya.
"Banyaklah kau punya kebahagiaan! Dia nak minta bola jelah. Cepatlah sambung balik analogi kau tu." Gesanya, membetulkan letak topi di kepala. Posisi duduk diubah agar bersetentang dengan Kefli yang bermain di hujung sana. Sekali lagi minda Zara cuba mentafsirkan si Kefli. Memanglah stok-stok alim budak tu. Tapi yang musykil kawan-kawan dia semua jenis serabai. Pakai seekor-seekor setakat baggy dan quote T dengan rambut ala-ala dua tiga bulan tak trim. Macam budak underground je . Sesat gamaknya mamat tu. Hish! Apa yang aku kisah? Segera dia memfokus kepada Sara semula. Kantoi sat lagi aku dok usya mamat tu, naya.
"Baik. Satu lagi soalan. Kau tengok lorong boling ni, kau rasa apa analogi dia dengan kehidupan kita?" Permintaan Zara ditunaikannya. Bersedia kembali untuk meneruskan permainan yang mana kini antara dia dan juga diri sendiri. Jungkit bahu lagi. Zara masih tak dapat masuk dengan gaya pemikiran Sara Aleya yang nyata sekali terlalu berfalsafah bagi dirinya.
"Lorong ni ibaratnya perjalanan kehidupan kita. Dan pin-pin tu adalah tujuan, impian, harapan hidup yang kita nak kecap." Sara siap memegang bola hitam solid itu. Berkira-kira hendak menghayunnya. Bola itu diangkat ke dada.
"Balik semula kepada bola ni. Macam yang aku kata tadi bola ni alat, kita guna bola ni sebagai sandaran kita untuk kita dapatkan semua tujuan, impian dan harapan tu." Terang Sara, melancar momentum dan bergoleklah bola itu serong ke kiri. Pin-pin tidak tersentuh langsung. Cis!
"Apa maksud kau dengan alat?" Zara mula menunjukkan minat walau kepala semakin berbelit.
"Alat dalam konteks kehidupan, macam mediumlah. Medium tu… macam… macam… cara hiduplah senang cerita. Benda yang kau lakukan sehari-hari untuk mengharung hidup ni, keputusan-keputusan yang kau buat. Cuba fikir balik, bola adalah cara hidup, lorong adalah perjalanan hidup ni dan pin-pin tu adalah destinasi yang kau nak pergi pada masa depan. Logik kan?" Sabar Sara menjelaskan.
"O.K… Jadi apa kaitan antara ketiga-tiga benda tu? Aku masih tak jelas." Semakin menarik perbualan mereka. Zara jadi teruja tiba-tiba walau dalam ketidakpastian itu.
"Kaitannya…" Jeda. Dia mengambil sebiji lagi bola. Menimbangnya dan sedia untuk melancarkan satu lagi hayunan dan jatuh semua pin. Yes!
"Perjalanan hidup kita ni Za, lurus sahaja sebenarnya macam lorong tu juga. Apa yang kita harapkan, impikan semuanya depan mata kita saja, bak pin-pin yang tersusun kat sana. Cuma tinggal untuk kita pilih medium apa yang kita nak gunakan untuk capai impian-impian tu semua. Kalau betul bolanya, lontarannya, maka luruslah dan mudahlah laluan untuk kita gapai semua impian tu. Kalau serba tak kena bolanya, lontarannya, bengkang bengkoklah jadinya laluan kita dan akhirnya kau sekadar melintasi sahaja impian-impian kau tu tanpa dapat merasainya." Senyap. Mereka kembali ke tempat duduk pemain. Ruang fikir Zara melayang lagi, mengaplikasikan diri pada analogi yang dihujahkan. Entah mengapa jiwanya semakin memberat. Dia dapat tangkap makna tersirat disebalik apa yang dibicarakan Sara.
"Apa alat kau Za. Pada apa yang kau sandarkan untuk lalui hidup ni? Apa yang kau jadikan pegangan untuk buat segala keputusan?" Soal Sara sebagai umpan. Zara memandang kembarnya, tersenyum sinis.
"Kau ni memang pandai perangkap aku kan." Tuturnya kemudian mengeluh panjang lalu tersandar menghenyak belakang kerusi. Dia terkena lagi dengan permainan psikologi Sara Aleya buat kesekian kalinya.
"Aku nak jadi pakar motivasi!" Senyum Sara. Pandangnya tak lepas daripada Zara yang kegelisahan, kesan daripada berat memikir.
"Patutnya jawapan aku agama… kan? Entahlah… Aku tak sebaik kau Ra. Aku hanya ikut kata hati, logik akal aku." Kedua tangan diletakkan di belakang leher buat menampung kepala. Terbentang di depan mata, si Kefli yang sedang khusyuk membaca buku berbalut kertas surat khabar.
"Logik akal kita ni Za, banyak yang tak betulnya daripada betul. Kalau dengan logik akal sahaja manusia boleh bahagia, tak adalah Dr. Psikologi dekat dunia ni." Bahas Sara. Mineral water di atas meja dibukanya lalu diteguk perlahan. Mata turut mengekor hala mana pandangan Zara terdampan. Sangkanya pada mamat serabai berambut paras bahu yang buruk perangai ketawa terbahak-bahak mengejek tangan orang lain pengkau bermain. Hish! Minah ni punya citarasa tak pernahnyalah yang aku berkenan. Elok lagi mamat yang pakai baju melayu dekat sebelah mamat ketawa macam beruk mat yeh tu!
"Jadi kau nak kata aku gilalah ni?" Pinggang Sara dicucuknya, menyakat. Tertawa kembarnya itu.
"Bukanlah gila, tapi gila-gila!" Giliran pinggang Zara pula dicuit. Seronok mereka dua beradik bergurau begitu.
"Kalau Papa dengan Mama ada mesti seronok kan Ra." Terpacul tiba-tiba daripada mulutnya. Dalam riak ceria itu nyata masih banyak rasa kecewa.
"Kau tahu Za, masa Mama dengan Papa mula-mula bercerai dulu, aku rasa hidup aku macam kau juga, tertekan tak tentu masa. Papa yang kau kata asyik mengamuk, marah-marah, aku tak rasa ada beza dengan Mama yang senang sangat nak mengalirkan air mata. Aku memendam rasa, kau pula tak habis-habis buat hal. Kiranya masing-masing punya cara tersendiri untuk menzahirkan apa yang kita rasa. Hakikatnya kita empat beranak tak boleh nak terima apa yang dah berlaku. Semua orang kecewa dengan apa yang dah terjadi. Bukan kau seorang saja Zara Sofia..." Laju Sara menutur apa yang terbuku dihatinya selama ini. Termenung jauh lagi mereka berdua. Mengenang semula memori pahit yang sepertinya bagai baru terjadi semalam.
"Ada hikmah disebalik semua ni Za, percayalah. Kau kena redha. Kalau kau tak redha macam mana hati nak tenang, macam mana nak bahagia?" Sambung Sara lagi.
"Terkena lagi aku!" Sengih Zara, sinis. Sara menguntum senyum.
"Allah dah bagi kita panduan Za, kita saja yang kerap kali memilih untuk tidak ikut panduan yang DIA dah bagi tu. Aku bercakap bukan sebab aku ni baik sungguh atau sempurna tak pernah buat salah, tidak. Aku juga sering alpa. Kita, seringkali lupa Za…" Ucap Sara menepuk peha Zara sekali. Perbualan mereka terhenti, terganggu dengan sorak bebarapa orang pemain tidak jauh daripada situ. Segera dilontar pandangan ke arah kumpulan tak-fikir-orang-sekeliling itu.
"Gilekslah Fikri! Dua kali strike berturut-turut tu!" Puji salah seorang kumpulan itu kepada pemuda berambut serabai paras bahu itu. Pada Zara boleh tahan jugalah rupanya dengan kumis nipis di atas bibir tu. Tapi menarik lagi si Kefli yang berwajah bersih di sebelahnya.
"Wei Kefli! Giliran kau. Kau ni datang sini nak main boling ke nak baca buku? Pergilah cepat. Tengok sikit skill kau. Sama hebat tak macam bro kau ni." Seorang lagi menegur Kefli. Tersenyum manis lelaki itu. Menyelitkan buku berbalut kertas surat khabar itu ke celah antara beg-beg galas mereka, dia bingkas untuk menyahut cabaran tersebut.
"Tak payah tenung lama-lama anak teruna orang tu! Bangunlah, kau pula main. Asyik aku je yang baling bola tu, lenguh tangan tau tak!" Celah Sara mengusik, memegang lengan Zara dan menariknya supaya bangun. Zara buat muka, menyiku kembarnya.
"Memandai je kata aku tengok anak teruna orang! Mana ada!" Kedua-duanya bingkas. Zara cekak pinggang, Sara terkekek ketawa. Menuju ke stesen bola, dia jadi bersemangat tiba-tiba nak bermain semula.
"Boleh ke aku jadi macam kau Ra? Aku tak tahu nak mula macam mana?" Bola ditimbangnya, mendakap dekat ke dada. Mata difokus pada laluan boling di depan. Di sebelahnya Sara menepuk bahu, tergeleng.
"Jangan jadi macam aku Za. Jadi diri kau sendiri. Nak mula tu memanglah susah. Kau rasakan beratnya bola ni, macam tulah bebannya bila kita nak buat benda yang baik, nak buat benda yang betul. Memang bukan sesuatu yang mudah. Tapi ingat, yang Allah tu maha ADIL, setiap kesukaran yang kau lalui untuk dekat dengan DIA dia tak akan sia-siakan. Yang penting kau cuba dan bersungguh dengan apa yang kau niatkan tu. InsyaAllah, setapak kita melangkah pada DIA, seratus tapak DIA melangkah pada kita." Sara sabar menerangkan, cuba menyuntik keyakinan. Zara tersengih mendengar itu.
"Kau ni memang boleh jadi ustazahlah." Bola dihayun dan bum! Serentak bunyi 20 biji pin jatuh menerjah. Kebetulan. Kumpulan lelaki-lelaki di sebelah sana bising lagi, bersorak kekaguman. Sara mengucap ‘well done’. Zara dan Kefli berpandangan. Tersenyum masing-masing jungkit bahu. Kebetulan, kebetulan…
"Kalau kau pergi sana nanti siapa yang nak jadi mak nenek menasihatkan aku macam selalu? Entah-entah kau lupa terus dekat aku. Ye lah kan, dah jumpa dengan mat saleh-mat saleh putih melepak dekat sana…" Cebik Zara sedih-sedih manja. Memang suka dia buat kenyataan-kenyataan yang boleh membuat Sara panas telinga.
"Mengada-ngada tau! Macamlah dah tak ada telefon dengan internet! Tak adanya aku nak terpikat dengan mat saleh-mat saleh tu. Entah-entah kau yang lupa dekat aku sebab dah jumpa orang lain." Balas Sara kegeraman, tak mahu kalah.
"Siapa pula?" Zara bingung.
"Siapa-siapa jelah. Yang pasti mesti aku tak kenan dengan orang tu. Sebab citarasa kau tu bukannya boleh kira." Lagi usikan Sara, memanjangkan hal ini.
"Hei! O.K. apa citarasa aku!" Zara tak setuju.
"Yeah! Fikri is the KING!" Jerit lelaki rambut serabai tu lagi tiba-tiba. Sara ketap bibir. Rasa macam nak cekik je mamat tu. Kau ingat tempat ni bapak kau punya ke? Dengus Sara jelek.
"Ha! Mamat macam tu kan citarasa kau? Sorry lah ek, memang kena reject awal-awal dengan aku." Seratus peratus Sara yakin.
"Kacak juga dia! Boleh tahan apa…" Zara memerhati, memberi komen. Sambil-sambil itu sempat juga menjenguk si Kefli. Giliran Sara pula melontar. Bolanya tergolek-golek dan masuk ke longkang kiri.
"Ooo… Boleh tahan ye? Apa-apa sajalah cik Zara Sofia oi. Cepatlah habiskan game, lepas tu boleh kita pergi makan. Aku dah lapar ni!" Sekali lagi dia menghayun bola dan terperanjat tiba-tiba dek satu lagi jeritan lelaki sengal itu. Bola tergolek hala ke kanan pula. Dia cekak pinggang, tak puas hati. Memang sah bukan citarasa aku!
Selesai juga permainan setengah jam kemudian, diselang seli dengan gurau senda mereka berdua. Cukuplah perbahasan serius buat hari ini. Tapi yang pasti anologi boling akan tersemat di minda sampai bila-bila. Zara menyilang beg ke bahu sambil memerhati perginya Sara memulangkan kasut ke kaunter. Suasana keliling masih riuh tapi tidak sekecoh tadi dengan adanya kumpulan lelaki yang amat menjelekkan si Sara. Baru sebentar tadi mereka beredar, juga bersama Kefli yang baru nampak taringnya bila hampir tamat permainan. Boleh tahan juga mamat tu main dan elok sahaja sebenarnya dia bergaul dalam kumpulan itu. Zara tepuk dahi, sengih. Gila aaa aku, stalker!
Terkesan akan Sara yang melambai-lambai, dia menghala pandang ke kaunter. Menunjuk isyarat tangan O.K. dan mengangguk-angguk pada kembarnya itu, lalu dia beredar ke kerusi tamu di ruang kafe. Macam-macam minah ni! Daripada tadi dok tarbiah aku tak nak pula melabur! Berejamlah gamaknya dekat tandas tu. Mentang-mentanglah nak pergi makan, dia kosongkan tangki siap-siap agaknya. Sengih Zara lagi, terkenangkan pe’el si Sara. Mata merayap lagi ke seluruh dewan itu, entah mengapa jatuh akhirnya pada kerusi yang ditempati Kefli tadi. Kosong lorong itu. Tiba-tiba dahi berkerut, terperasankan sesuatu. Cebisan surat khabar antara celah kerusi itu menarik perhatiannya. Buku yang mamat tu baca tadi! Segera Zara ke sana memandang kanan dan kiri, takut-takut kalau ada yang memerhati tingkahnya. Selamat buku itu ada di dalam tangan, dia kembali semula ke ruang kafe. Dibukanya balutan surat khabar pada kulit buku itu yang nampaknya sudah lunyai betul. Buku apa yang khusyuk sangat mamat ni baca? Tajuk di eja satu-satu. Biar betik! Aku ingat budak-budak perempuan macam Sara je baca buku macam ni. Rupa-rupanya ada juga budak lelaki yang baca! Gileks aa…
"Poyo betul mamat ni!" Zara terlepas ketawa kecil. Kemudian dia membuka helaian pertama dan mula membaca tulisan tangan yang tertera.
‘Allah jualah yang mencipta kasih sayang sesama manusia agar dengan kasih sayang itu, kita menyayangi NYA.’[1]
Pedoman buat diri yang bakal bergelar suami. Moga ketemu dengan si dia yang istimewa. InsyaALLAH…
Zulkefli Manaf
Senyum Zara tak mahu berhenti. Mesti dia ni jenis yang baik-baik. Cetus hatinya. Sangatlah tak sesuai dengan aku! Keluh terlepas. Bagusnya kalau dapat berkenalan dengan dia. Stok-stok kawan sekolah aku bukannya boleh harap sangat. Tak ada benda faedah yang aku dapat. Merokok, melepak, ponteng sekolah adalah. Zara bermuhasabah diri.
"Zara!" Suara Sara memanggilnya tidak jauh dari situ terdengar. Cepat-cepat dia sembunyikan buku itu ke dalam beg silangnya. Mendongak pada tuan punya suara, Sara dilihatnya melangkah cepat-cepat ke meja itu dalam merah padam wajah yang menahan marah.
"Kenapa kau ni?" Soalnya sebaik Sara melabuhkan punggung pada kerusi di sisinya.
"Aku tengah geram ni! Kau ingat tak mamat yang suka menjerit tadi tu? Mamat yang kau usya tu lah! Yang aku rasa macam nak cekik je dia tadi. Ha! Kawan budak tu…" Telunjuk Sara jatuh pada susuk seorang lelaki berbaju melayu yang terbongkok-bongkok mencari sesuatu di salah satu lorong boling di situ. Zara telan liur. Gulp!
"Yang nama Fikri tu. Ingat, kenapa?" Cepat-cepat dia alihkan wajahnya daripada menghadap pemuda itu. Serba-salah. Apa aku nak buat ni? Sara pula tak sabar-sabar nak bercerita.
"Aah! Fikri the king konon. Aku terlanggar dia masa aku nak keluar lorong yang hala ke tandas tu, Bukannya aku sengajapun nak langgar dia. Tak hingin! Kau tahu dia buat apa!" Sara tak habis lagi geram.
"Apa?" Respons Zara dalam tidak tekun dia mendengar. Ekor mata tak sudah-sudah asyik terkerling ke Kefli. Kesian pula. Hatinya menyucuk rasa bersalah.
"Punyalah dia kecoh buat pengumuman. Dia menjerit kat situ, kata yang air sembahyang dia batal sebab tersentuh aku. Malu aku! Eeee… Aku rasa macam nak tendang-tendang je mamat tu!" Sara emosi, sejurus kemudian matanya membulat macam ternampak hantu. Cepat-cepat Sara menyembunyikan wajahnya. Segera Zara menoleh.
"Jumpa tak buku tu?" Soal Fikri, mendapatkan Kefli yang masih lagi tekun mencari. Hanya gelengan sebagai jawapan. Kembali ke arena tersebut niatnya menemankan Kefli untuk mengambil buku yang tertinggal. Tak sangka pula perut tiba-tiba memulas. Tapi bila tengok muka merah padam budak perempuan tu tadi hilang terus sakit perut. Ajaib betullah! Hehe, Fikri tersengih tersendiri.
"Panjang betul umur dia. Kalau tak kenang sini tempat awam memang aku dah karate kan dah!" Geram Sara masih berbaki. Tapi susuk tubuh masih sedaya upaya disembunyikan disisi tubuh Zara. Fikri ditenungnya dari jauh macam rimau memerhati rusa. Sungguh pula kedua-dua pemuda itu masih tidak terperasankan mereka. Leka mencari-cari. Zara tersenyum kambing. Terkenangkan Kefli, melihatkan Sara.
"Aku tak pernah tengok kau marah sesiapa macam kau marah mamat tu. Emm… Mesti ada apa-apa ni!" Usik Zara. Kepalanya memikir mencari idea.
"Ada apa pula? Memang patutpun aku marah dia. Dah lah tadi menjerit macam dia sorang je tahu main sampai aku baling bolapun tak betul sebab dengar suara dia. Lepas tu malukan aku pula. Siapa yang tak hangin!" Sara beria-ia menerangkan. Pipinya makin memerah menahan marah.
"Habis tu kenapa kau tak sembur je dia! Pergilah!" Zara mengumpan.
"Tak mahu aku. Buang masa je layan lelaki macam tu. Jomlah blah. Aku dah lapar ni. Nak makan." Alasan Sara. Jujurnya dia memang kaku bila berdepan dengan lelaki. Dari kecil sampai besar tak pernah keluar daripada sekolah Convent. Dah tu duduk dengan Mama pula. Celah mana dia nak berinteraksi dengan jantina berlawanan. Tapi dengan si Fikri tu memang dah hampir-hampirlah dia meletup tadi. Semua perkara pada lelaki itu boleh dibahaskannya. Sah-sah stok yang patut dicuci dengan kloroks. Itupun belum tentu berkesan.
"Kau nak makan free tak? Aku ada cara!" Zara teruja tiba-tiba. Bersinar-sinar matanya. Sempat lagi menoleh sebentar pada Kefli dan Fikri yang dah putus asa mencari. Dua lelaki itu mula melangkah mahu beredar dari situ.
"Cara apa?" Berkerut dahi Sara. Dia turut memandang kelibat dua pemuda itu. Lega kerana si Fikri tidak perasan dia di situ.
"Jom!" Pantas tangan Sara ditariknya. Destinasi dan misi: Zulkefli Manaf; dan bolehlah masuk senarai sekali, Si Fikri the King.
"Kefli!" Kuat Zara melaung. Sara dah tak tahu nak letak muka dekat mana. Sekelip mata empat pasang kaki berdiri berdepan. Kefli pula kerut dahi sedang Fikri berseri-seri.
"Eh, eh awak! Saya dah tak ada air sembahyang untuk awak batalkan." Celupar mulut Fikri menutur, menyakat. Merah terus pipi si putih kuning itu.
"SHUT UP!" Jerit Sara akhirnya, meluahkan rasa amarahnya buat julung-julung kali. Fikri tersengih dalam kejutan. Dia membuat isyarat tangan, menzip mulut, tanda faham dan tersenyum suka. Zara dan Kefli yang turut terkejut berpandangan, jungkit bahu, kerut dahi dan tersengih kambing.
"Zara kan…" Kefli mahu memastikan.
"Yup Zara! Aku rasa ini kau punya…" Dia membuka beg silang coklat kusam itu dan mengeluarkan buku berbalut surat khabar. Giliran Kefli pula merona merah. Malu! Malu! Sara dan Fikri berpandangan, buat muka semacam, tidak mengerti.
"Errr… Thanks!" Tuturnya. Namun belum sempat buku disambut, Zara menarik huluran tersebut.
"Satu syarat!" Senyum Zara, nakal. Aku tahu rahsia kau… Lirik matanya sinis mengugut. Kefli telan liur.
"Apa dia?" Mengeluh, mendengus perlahan. Risau aku minah ni lah. Bocor rahsia aku dekat Fikri sat lagi.
"Korang berdua belanja kitorang makan!" Laju bicara Zara. Membuat tawaran.
"Kau jangan buat lawak Za!" Sara cemas. Gila ke apa nak ajak mamat dua ekor ni makan sekali satu meja. Tak pernah dia buat seumur hidup bergaul gaya begitu dengan kaum Adam, melainkan dengan Papa. Lagi-lagi dengan mamat serabai ni, tak mahu aku!
"Eh! Lawak apa pula. Boleh je. Tak ada hal punya. Kami sudi sangat-sangat. Anyway saya Fikri, ni Kefli." Fikri memperkenalkan diri. Ada juga sisi sopan dan manisnya lelaki itu. Sara makin gelisah.
"Aku Zara, dia Sara." Jawab Zara, lega kerana rancangannya berjaya. Tak salahkan menambah kawan.
"Kitorang kembar!" Serentak Zara dan Kefli menutur. Jeda. Senyap. Masing-masing berpandangan melihat pasangan kembar yang ada di depan mereka dari atas ke bawah. Macam langit dengan bumi beza seorang-seorang! Tengok muka masing-masing yang sungguh terkejut tak sangka, keempat-empat mereka terlepas tawa. Kebetulan… Kebetulan…
* * *
"Kau serius ke nak tanya diorang kejap lagi?" Fikri kerut dahi, masih tidak pasti. Mereka menyusuri lapangan tempat meletak kenderaan itu menghala ke lif berdekatan.
"Ye lah! Habis tu bila lagi? Dua minggu lagi aku dah nak balik US. Sara pula nak balik OZ lepas tu. Kau nak tunggu lagi setahun ke?" Soal Kefli pula, cuak. Punat lif ditekannya.
"Bukanlah macam tu. Aku, aku, aku gementar ni. Biar betul…" Tersengih paksa. Terbayangkan apa yang bakal berlaku, dada mula berdegup kencang. Skrin di atas pintu perak itu menunjukkan angka 2.
"Aik! Malam tadi masa bercakap dengan Mak dan Ayah bukan main berkobar-kobar lagi kau. Aku nak bercakap pun kau menyampuk. Sekarang takut pula? Kau suka tak si Sara tu sebenarnya?" Sengaja Kefli menduga, mengerling pada kembarnya. Sabar mereka menunggu ketibaan mesin bergerak tersebut.
"Soalan jenis apa tu? Kau tak nampak kepala aku ni dah jadi apa? Semua dia punya pasal! Tak cukup bukti lagi ke tu?" Fikri mempersoalkan. Kefli terlepas tawa kecil. Konon berlagak macho, tapi bila kena dengan Sara tak tercakap apa. Penantian berakhir bila pintu perak terbelah dua.
"Maksud aku, patut ke tanya diorang masa ni? Tak payah bawah pergi tempat proper sikit ke? Restoran eksklusif ke, taman bunga ke? Ini tengah-tengah main boling. Aku takut sat lagi tak aku, kau yang kena hempuk bola boling dengan diorang, dek ingat kita bergurau." Sambung Fikri menyampaikan rasionalnya. Kefli dah awal-awal menggeleng. Perut mesin kotak itu dimasuki mereka.
"Tak ada tempat lain yang paling sesuai daripada arena tu Fik. Kat situ aku pertama kali jumpa Zara, kau pertama kali menyakat Sara. Kat situ kita sama-sama kenal hati budi masing-masing. Sama-sama matang dan dewasa. Sama-sama berdebat, berhujah, beranalogi ikut kepala sendiri-sendiri. Kalau tak sebab permainan boling tu, kau bukan kau hari ni, aku bukan aku hari ni. Begitu juga dengan diorang berdua." Hujah Kefli penuh makna. Menyusuri kembali batas waktu, memang tak sangka hampir empat tahun dah berlalu. Bermula dengan Jumaat itu. Lif berhenti tiba-tiba. Mengambil beberapa penumpang, kumpulan anak Cina pelbagai gaya.
"Bila dengar kau bercakap, aku rasa sama macam ayat-ayat dalam blog Sara. Gila berfalsafah! Memanglah manusia bosan korang ni" Komen Fikri, mendengus mengejek. Dia mengesot sedikit ke Kefli, memberi ruang buat remaja-remaja itu mengatur diri.
"Berfalsafah dan bosan pun, kau dok me-refresh blog dia seratus kali sehari kan? Bila dia tak update mulalah risau, mula gelabah tak tentu pasal. Macam aku tak tahu." Sindir Kefli, mengejek. Perlahan-lahan lif itu bergerak semula ke atas.
"Tolong sikit! Mana ada? Eleh, cakap aku, kau pun dua kali lima! Satu entri si Zara, komen kau je lebih lima." Fikri memulang paku buah keras. Skrin merubah paparan penanda aras G, 1, 2…
"Itu namanya memberi pandangan. Bukannya kitorang berborak kosong. Faham?" Kefli membela diri. Tidak dinafikan dunia maya yang banyak mencorak perhubungan mereka. Jadi medan bertanya khabar berita, bertukar cerita, berbahas bersama. Topik tak kira, daripada dilema belajar, konflik diri, isu semasa hinggakan masalah dunia, semua boleh dijadikan modal. Cuma awal-awal lagi sudah ditetapkan batas, biar ikut apa yang telah disyariatkan dan jangan melenting pula bila ditegur dan dinasihat.
"Open Sesame!" Sebut seorang daripada remaja itu. Rakan-rakannya yang lain terlepas tawa. Teruja mereka apabila destinasi yang dituju telah tiba. Bising berbahasa mandarin masing-masing. Seorang demi seorang keluar dan akhirnya menurut di belakang, Kefli dan Fikri.
"Apa-apa aje la Kefli." Fikri mengalah, menamatkan perbahasan mereka tadi. Melirik sinis. Tapi memang tidak dinafikan bila dah bertemu berempat di alam maya, dalam konferens sulit Yahoo Messenger mereka, bukanlah benda kosong yang dibualkan. Lebih kepada isu ilmiah yang banyak mengajar dan memberitahu. Dan jika ada rezeki berjumpa, paling-paling setahun sekali, mereka dalam debar tidak melepaskan. Tatkala Kefli pulang bercuti semester dan Sara pulang ke Malaysia, Zara di UiTM, Shah Alam dan Fikri di UniMAP, Perlis akan turun ke KL dan berjumpa. Lokasi, tak lain tak bukan di Cosmic Bowl Mid Valley itulah.
Melalui lautan manusia yang berkerumun di depan Golden Screen Cinema itu, mata disaji dengan aksi-aksi anak muda pelbagai ragam. Cuci mata dengan aksi-aksi generasi pelapis esok hari yang semakin pupus jati diri, kepala tergeleng. Yang putih kuning dan hitam manis mungkin boleh ditolak tepi. Tapi yang buat sakit mata adalah yang majoriti, yang si kulit sawo matang. Kebanyakkannya pakai, rupa, warna rambut dah tak ada iras namanya Melayu. Jauh lagi tingkah laku. Berpeluk laki perempuan dah tak kira dosa. Ketawa berdekah-dekah, bergurau senda tak ada langsung rasa malu. Muhasabah diri si Kefli dan Fikri. Hakikatnya satu masa dulu mereka pernah mengalami sendiri zaman itu. Lumrah melayari bahtera hidup yang penuh onak ranjau duri, merasai pengalaman demi pengalaman. Syukur, mujur mereka tidak tersesat jauh.
Memasuki pintu gerbang premis itu, mata masing-masing mencari susuk si kembar Sara dan Zara. Tidak sukar, lokasinya seperti biasa di lorong nombor 7 itu, favourite spot mereka. Tersenyum masing-masing, bagai melepaskan rindu melihat wajah-wajah itu.
"Assalamualaikum." Sapa Kefli. Tersenyum manis dia. Sekian lama tidak ketemu Zara, jantung berdegup pantas tiba-tiba.
"Wei mana aci, korang main dulu!"Giliran Fikri pula. Raut muka Sara yang menjeling melihatnya sahaja sudah membuat dia diawang-awangan.
"Waalaikumsalam!" Serentak jawab Zara dan Sara. Panjang umur mamat dua ekor ni. Baru mengata dah tiba. Sengih terukir, berseri-seri.
"Apa jadi dengan rambut kau Fik?" Soal Zara pertama-tamanya. Diletakkan semula bola yang tadinya diambil di stesen. Dia mendapatkan tempat di sebelah Kefli yang macam biasa berbaju Melayu.
"Kena cantas! Kalau tak kerat karang ada orang tu tak mahu jumpa aku." Cebik Fikri. Menjuih mulutnya, muncung memaksudkan Sara. Zara dan Kefli tertawa.
"Padan muka!" Sara mengejek. Namun hati kecil terusik. Tak sangka pula dia serius nak potong rambut semata-mata sebab ugutan aku. Kacak apa rambut kemas gitu! Tak adalah serabai semacam.
"Korang berdua sihat?" Tanya Kefli beralih pandang daripada Zara di sisinya ke Sara yang meneruskan balingan bola yang tertangguh tadi.
"Alhamdulillah, sihat. Kau Kefli?" Jawab Sara, terpaksa juga melabuhkan punggung pada kerusi disebelah Fikri yang satu-satunya kosong.
"Alhamdulillah. Cuti, siapa yang tak suka." Sengih Kefli. Fikri dah buat muka.
"Aik tanya Kefli je?" Sindir Fikri merajuk.
"Kalau dah boleh buat loyar buruk macam selalu, awak sihatlah kan maksudnya." Sara mengerling. Fikri dah terlepas tawa. Makin marah, makin manis aku tengok.
"Korang nak main sekali dengan kitorang ke? Atau nak main lorong sebelah? Kalau nak main sekali kena tunggu kitorang habiskan game dululah." Zara mengutarakan. Dia bingkas hendak meneruskan semula permainannya.
"Main lorong sebelah kot. Fik, kau pergi lah ambil kasut." Arah Kefli yang tekun melihat aksi Zara menghayun bola. Ada peningkatan! Komennya.
"Eh, kejap, kejap, kejap!" Kalut Fikri. Berubah tempat, dia duduk ditempat duduk Zara tadi, membisik sesuatu pada Kefli. Zara dan Sara jungkit kening pelik, melihat sahaja tingkah dua beradik itu.
"Kau ni tak sabar-sabar tahu tak!" Rungut Kefli tiba-tiba.
"Cakap jelah!" Tegas Fikri. Sebenar-benarnya dia tidak sabar-sabar nak tengok reaksi kedua-dua Sara dan Zara. Selama ini status hubungan mereka berempat memang tidak pernah jelas. Sekadar bersandar pada ungkapan ‘hanya kawan’. Apa pandangan kau pada aku Sara? Betulkah hanya kawan?
"Ish! Kaulah cakap kalau macam tu!" Tertekan Kefli dibuatnya. Tak berubah-ubah perangai mamat ni. Fikri the king konon, podah! Dia serba-salah, menatap kembali wajah Zara yang keliru. Makin merecik peluhnya. Baru dirasakan gentar. Dalam pada itu risau juga jika apa yang difikirkannya tidak selari dengan apa yang dirasakan gadis itu. Tapi tempoh empat tahun perkenalan, tidak mungkin benih persahabatan ini tidak berbuah ranum. Harapnya nyata lebih daripada itu.
"Apa yang korang nak cakap sebenarnya?" Sara dan Zara serentak, buat muka semacam. Bergaduh dah rupa budak sekolah rendah gayanya aku tengok. Dihati kecil, entah mengapa denyut jantung mula berdegup diluar normal. Sangkaan mereka yang bukan-bukan. Fikri dan Kefli berpandangan, kemudian tersengih pada dua gadis itu. Gulp!
"Sebelum kita main, Kefli nak bagitahu korang sesuatu." Selamba Fikri mengucap. Tak pasal-pasal kena siku dengan Kefli. Sara dan Zara tertumpu pada Kefli, menunggu. Semakin kuat debaran. Apa masalah dada ni berdegup kencang sangat? Haish! Buat suspens je mamat dua ekor ni lah!
"Nak bagi tahu apa? Cepatlah!" Zara serius, dahi tak henti berkerut. Apa pasal cuak semacam diorang ni?
"Tak ada apa…" Jawab Kefli, gugup. Giliran Fikri pula menyikunya. Terusan kembarnya itu mendesak, tersenyum kambing pada Sara dan Zara.
"Macam ni lah, kita bet nak? Macam selalu. Kalau korang menang…" Kefli ada akal lain.
"Fikri belanja kitorang makan!" Celah Sara tiba-tiba. Sengaja nak mengenakan si Fikri. Padan muka mamat pengecut ni. Apalah agaknya yang dia suruh Kefli tu cakap?
"Tak ada masalah, boleh… Asalkan korang setuju." Sengih Fikri tak mahu berhenti.
"Minggu depan Mak dengan Ayah nak jumpa Mama dengan Papa korang. Nak masuk merisik. Boleh?" Serentak mereka menutur. Gulp! Sekarang gilran Sara dan Zara pula telan liur. Berpandangan. Biar betik mamat-mamat ni!
"Boleh tak?!" Fikri tak sabar nak mendengar balasan ‘ya’. Bertahun menyakat, disakat, menegur, ditegur, dinasihatkan, menasihatkan gadis itu, tak mungkin si Sara tak rasa apa-apa. Riak si pipi merah jambu semakin galak ditenungnya!
"Zara…" Tegur Kefli tatkala gadis itu telah jauh mengelamun.
"Yep!" Jawabnya pendek. Memberanikan diri bertentang mata dengan ‘sahabat’ yang bertahun menjadi tempat dia bertukar pendapat dan pandangan. Jujurnya Kefli antara faktor dia bertransformasi menjadi si Zara yang hari ini. Kefli yang telah menjadi salah seorang insan penting dalam hidupnya. Redup mata itu menandakan kesungguhan.
"Korang gila!" Jawab Zara, tidak teragak-agak. Terkejut dibuatnya Kefli dan Fikri, juga Sara. Sara menarik Zara ketepi, ingin berbicara sesuatu.
"Za! Yang kau menjerit kenapa? Kau dengar tak apa yang diorang cakap?" Tanya Sara. Sedaya upaya gadis itu cuba berbisik.
"Kau ingat aku pekak ke? Dengarlah!" Sengih Zara. Tak berniat nak jeritpun. Automatik. Kalau tadi jantungnya macam terhenti berdenyut bila dengar apa yang dikatakan Kefli. Sekarang dah rasa macam motorboat. Haish! Kenapa muka terasa bahang semacam ni?
"Habis tu! Kita nak buat apa ni? Nak cakap O.K. ke?" Sara masuk mood kaget. Memang gilalah diorang ni! Ada ke tanya benda serius macam tu dekat sini! Salah timing betul!
"Entah? Kau O.K. ke kalau diorang nak jumpa Papa dan Mama?" Tanya Zara pula. Aik, cik-aku-tak-boleh-tengok-muka-si-Fikri-tu pun boleh merah padam bila tiba soal merisik. Konon tak ada apa-apa perasaan dekat mamat tu. Tipu!
"Aku tanya kau, yang kau tanya aku balik buat apa?" Rungut Sara. Sesekali mengerling pada Kefli dan Fikri yang gelabah menunggu mesyuarat mereka itu tamat. Haish! Kenapa nak malu pula dengan mamat tu? Cool Sara! Cool!
"Kiranya kau suka je kan dekat Fikri tu sebenarnya." Zara sempat mengusik. Dia turut melontar pandang pada dua jejaka di sana tu. Melihat raut muka Kefli yang jelas tegang, dia terlirik senyum. Akhirnya! Lama dah aku tunggu, Kefli.
"Zaaa… Itu bukan soalnya! Aku tak rasa diorang seriuslah. Mesti diorang main-main ni. Fik! Kef! Korang bergurau kan?" Laungnya dalam gelabah, nak menyedapkan hati. Namun sejurus melihat gelengan beria kedua-dua mereka, mukanya pucat terus.
"Kitorang serius!" Macam anak kecil, Fikri mengangguk berkali-kali, mengharap.
"O.K….. Let me hear again the bet!" Zara mara, berdiri mendepani kedua-dua lelaki itu. Sara di sebelahnya.
"Kalau kitorang menang…" Sebutnya lagi, tenang.
"Aku belanja korang makan!" Pantas Fikri mencelah. Berseri-seri semula wajahnya. Sara membalas dengan memek muka menyampah. Sedang Kefli, tersengih. Cool kembali seperti biasa. Sekian lama mengenali Zara Sofia, dia sudah dapat membaca gadis itu.
"Dan kalau korang menang?" Zara angkat kening.
"Tak payah merisik-risik. Kita tunang je terus! Boleh?" Duga Kefli juga mengangkat kening, tersengih.
"Hah!" Sara terbeliak biji mata.
"Nice thinking bro!" Puji Fikri.
"Deal!" Yakin Zara. Terlirik bibirnya, sinis.
"Za! Kau gila!" Sara tak tercakap apa.
"You guys better get your shoes then. Jom Ra, kita habiskan game." Ajak Zara, bersemangat semula. You wanna play game. Play it with my rule. Tersenyum lagi.
"You know that you got no chance at all, don’t you?" Sengih Kefli.
"Tak cuba tak tahu. Jangan yakin sangat Kef." Jawab Zara, tak boleh berhenti tersenyum.
"Aku pergi ambil kasut sekarang juga! Sara, jangan main elok-elok sangat O.K. Karang tak jadi bertunang kita." Fikri teruja. Zara dan Kefli dah tertawa.
"Apa masalah korang ni?" Sara terusan keliru. Memang berhantu betul boling ni! Hakikatnya Sara Aleya dan Zara Sofia memang tak ada harapan menang. Sedang Zulfikri dan Zulkefli tersengih kambing tak sudah. 'Strike!'
[1] Hasrizal Abdul Jamil (2008). Aku Terima Nikahnya. Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. p 129.
Habis... Kesudahannya, korang boleh cipta sendiri
*'Jika datang kepadamu seorang lelaki yang engkau redhai terhadap akhlak dan agamanya, maka kahwinilah dia. Jika tidak, maka akan berlaku fitnah di dunia dan kerosakan yang besar' (Hadith riwayat At-Tirmidzi).
bestnyer.. insaf2.. bg saudara,saudari y tak dapat nak faham tu, citer ni require anda untukb belajar berfikir lebih sket.. ni tersirat nih.. analyze with critical thinking
Bagus la penulis, menarik sgt.. Good job, dgn unsur2 islamik yg diselitkn skit, dpt la jgk memberikn pedoman skit sbanyak kat pembace2 yg msh tercari-cari mr/mrs right... Pd ygh dh ade 2, jgn tgu lama2, nt lama2..Ececeh.. ternyanyi la plak.. K, truskn menulis n GOOD LUCK!!!!
x thu knp awl crte dh rse bsan nk bce.... mcm crte ni x mnrik sngt...just ok jer...... bnyk sngt crte yg x ptt dcrtekn...mmbzir mse jer..... n crte ni trllu pnjanbg shnnga bsan nk hbiskn mmbca ni hnye cerpen bkn nvel yg nk kne ade siri.......... maaf tuk mnulis,hrp blh bt yg trbk tuk cerpen yg strusnye..
cite best tapi pnjg la....cam ala-ala cerpen bersiri lak... jln cite menarik..len dr yg len.... bagus r penulis nih...siap rujuk buku ustaz hasrizal ag tuh... mantap2
slalunya cerpen or novel yg ada unsur islamic,mst ramai yg kta bosanla,xmnarikla.tp cerita ni mmg bgs.ada unsur pngajaran n blh wat pedoman hdup.jgn tau mgkritik je tp hasilkan sesuatu yg blh jadi panduan hdup smua :-). all the best penulis :-)
best ape cite nie..korang yg xdpt nk tangkap cite nie,xyah komen sudah...byk je pengajaran n bende br yg aku dpt dr cite nie...so sweet for both of them....kalau ader smbgn watlah..hehehe... two thumbs up for the writer!!!!!!
trlalu banyak isi x penting N ending yg macam biasa ,x Best......
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
just ok,jalan cite biasa jer
panjang sangat la cite sampai rasa bosan nak baca
Anwy,keep it up.