Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
KAU ISTIMEWA (Berdasarkan Kisah Benar) Kisah ini adalah berdasarkan kisah benar yang dijadikan cerpen untuk bacaan anda semua.
"Jeff, cuba ko tengok ni!" Dalie memanggil Jeff yang sedang leka melayari internet bersebelahan dengan komputernya di sebuah kafe siber.
"Haa… apa dia Dalie? Terkejut beruk aku…" jawab Jeff dalam keadaan separuh terperanjat dengan mata yang agak terbeliak.
"Ni haa.. tengah aku sibuk layari internet tiba-tiba aku ternampak gambar gadis ni… Meh la tengok…" pinta Dalie sambil tersenyum.
Lalu Jeff mengalihkan kerusinya menghala ke komputer Dalie dan melihat kearah gambar yang dimaksudkan Dalie itu. "Haa.. Lawa awek ni… Ko kenal ke Dalie?" Tanya Jeff dengan penuh perasaan ingin tahu. Mukanya seakan-akan seorang penyiasat yang cuba menyelesaikan sebuah kes yang serius.
Dalie menepuk dahinya lalu menjawab, "Jeff yang bestari… Kalau la aku kenal gadis ni, dah lama aku tak panggil kau suruh tengok… Ayoyo jef…." Dalie ketawa sambil diperhatikan oleh beberapa pelanggan-pelanggan yang lain di kafe siber tersebut.
Dalie berkata lagi, "Nama awek ni Nazz, sedap namanya kan?" Tanya Dalie.
"Ooo… jadi apa yang buat ko minat sangat dengan awek ni? Aku rasa berlambak awek macam ni kat Malaysia tau Dalie…" jawab Jeff dengan nada bergurau. Tetapi mukanya kelihatan sedikit kegerunan apabila Dalie merenungnya dengan tajam.
"Aku pun tak taula Jeff, bila aku tengok muka dia, aku dapat naluri yang kuat bahawa satu hari nanti aku ada masa depan dengan dia. Bila pandang lama-lama aku rasa macam dia bakal jadi sebahagian dari keluarga aku beb…" Dalie berkata dengan nada yang serius sambil matanya melihat ke dinding. Tidak tahu apa yang sedang dilihat Dalie. Mungkin cicak barangkali.
"Hai… sudahlah tu Dalie.. Jom balik.. Hari dah nak Maghrib ni." Jeff mengajak Dalie pulang ke rumah dengan nada seperti lelaki yang mempunyai jawatan tinggi dalam sesebuah syarikat.
"Ko dah tak betul ke? Kita datang sini pukul 9.00 pagi. Ni baru pukul 10.00 pagi kau dah kata Maghrib? Weh, ejas la jam kat otak kau tu Jeff oi… Ko pakai jam Canada ke…" Dalie ketawa dengan kuat sekali sehingga pelanggan-pelanggan yang lain turut ketawa sama walaupun mereka tidak tahu apa yang melucukan.
Jeff tertunduk malu setelah mendengar kata-kata Dalie tadi. Melihatkan Jeff yang beriya-iya mahu pulang, Dalie membatalkan niatnya dari terus melayari internet. Mereka berdua bangun lalu pulang. Tiba-tiba mereka terdengar suara dari belakang menjerit-jerit memanggil mereka. Mereka mendapati seorang lelaki berlari-lari kearah mereka berdua sambil memegang paying kecil di tangannya. Apabila lelaki itu berhenti dihadapan mereka berdua, Lelaki itu mula berkata dalam nada yang tercungap-cungap.
"Weh, ko tau tak kenapa aku mengkelakarkan diri aku berlari kat korang?" Tanya lelaki tersebut sambil bercekak pinggang dan mengerutkan dahinya.
"Er… Jogging?" jawab Jeff.
"Joging apenye sambil bawa payung?" lelaki tadi mengajukan soalan lagi.
"Haaa.. kalau tak jogging mesti lumba lari baton kan?" jawab Dalie dengan yakin.
Dengan geram lelaki tadi menjawab, "Aku ketuk kepala korang dengan payung ni kang! Sebab aku kejar korang pasal korang tak bayar duit kafe siber tadi!! Dengan yakin je korang keluar tadi!! Geram aku!! Bayar cepat Rm4.00!!" Herdik lelaki tersebut.
Dengan pantas mereka membayar kepada lelaki tersebut, Tiba-tiba lelaki itu berkata lagi.
"Dah la lari macam tu je! Bayar dengan suit syiling pula tu! Huh!" bentak lelaki tersebut.
Mereka berdua melarikan diri dengan sekuat hati kerana khuatir payung terbang mengekori mereka dari belakang. Sesampainya mereka ditempat yang diyakini selamat, Dalie membuka cerita tadi semula.
"Jeff, aku rasa aku memang dah jatuh hati dengan awek tu, aku akan ingat nama dia… Nazz…: kata Dalie sambil melihat ke langit.
"Habis apa kau nak buat sekarang? Kau tak pernah jumpa dia, macam mana kau nak dapat dia?" Tanya Jeff dengan kehairanan.
"Kau tengok ni…. Hehehe…" Dalie mengeluarkan sehelai kertas yang bertulis mengenai biodata seseorang. Dalie menghulurkan kertas tersebut kepada Jeff sambil tersenyum dan mengangkat keningnya. Bongkak sungguh wajah Dalie ketika itu.
Jeff membacanya dengan penuh teliti. Maka jelaslah kertas yang mengandungi biodata itu adalah berkenaan gadis yang Dalie idamkan. Lalu Jeff melihat Dalie dari atas hingga ke bawah. Sambil menggelengkan kepalanya Jeff berkata.
"Dalie, layak ke kau dengan dia ni? Macam mustahil je…." Jeff cuba memprovokasi Dalie yang sedang hanyut dibuai angau.
Dalie ketawa dengan riang sekali. Sesekali nada ketawanya seolah-olah mempunyai bunyi yang jahat. Lalu mereka berdua pulang ke rumah.
#######################
Di rumah, Dalie mencapai gitarnya lalu memetik tali-tali di gitar tersebut sambil mulutnya terkumat-kamit seperti sedang mengatakan sesuatu. Lalu Dalie mencapai sehelai kertas dan sebatang pen terus dia mencatatkan sesuatu di atas kertas tersebut. Tertulis di atas kertas tersebut sebuah perkataan, "Kau Istimewa". Rupanya Dalie sedang mencipta sebuah lagu. Sememangnya minat Dalie dari kecil lagi menyanyi dan mencipta lagu, cintanya kepada seni memang tidak dapat dinafikan lagi apabila ramai gadis yang longlai dengan puisi dan sajaknya. Dengan rupanya yang agak tampan sememangnya tiada seorang gadis pun yang tidak terpikat. Tetapi Dalie tidak melayani seorang gadis pun kerana dari dahulu lagi Dalie mengimpikan gadis idaman yang sering muncul didalam mimpinya. Dan kini Dalie benar-benar melihatnya dengan mata kepalanya sendiri bahawa gadis tersebut benar-benar wujud di dunia realiti. Inilah yang dipanggil keajaiban.
Telefon bimbit Dalie berbunyi, Dalie melihat nama pemanggil yang menelefonnya. "Ouh… Fatin rupanya…". Fatin ialah adik angkat Dalie yang sudah dianggap adik kandungnya sendiri. Mereka berdua sering melakukan aktiviti mengenakan orang, dan bergosip bersama-sama. Dalie pun menjawab panggilan itu.
"Hello? Boleh Fatin bercakap dengan Abang Dalie?" Tanya Fatin. Lalu Dalie menjawab.
"Dalie takde, ini cina punya nombor." Dalie cuba bergurau senda.
"Abang, jangan main-main la… Fatin ada berita penting ni. Abang mesti suka tau?" kata Fatin.
"Haa.. apa dia? Cerita la cepat." Jawab Dalie ingin tahu.
Fatin menjawab, "Ni pasal Nazz tu, tadi Jeff jumpa Fatin lepas tu cerita semuanya. Jadi Fatin cari la biodata lebih lagi tentang Nazz tu dan akhirnya Fatin jumpa data dekat mana dia tinggal dan dekat mana dia belajar. Disamping tu, umur dia tua setahun dari abang tau? Tak kisah la kan… Lagipun usia bukanlah penghalang… Betul tak? Jadi Fatin dah suruh kawan-kawan cari rumah dia. Dan akhirnya kitorang jumpa tau? Lawa rumah dia bang…" terang Fatin dengan panjang lebar.
"Fatin!!! Kau memang magik!!! Cekapnya kau! Tak sia-sia aku ajar kau ilmu menyiasat ni tahun lalu." Dalie bergurau dengan nada yang girang.
"Biasalah abang, fatin kan pandai dalam hal-hal macam ni… Lagipun abang nak sangat dengan dia.. Fatin pun tolonglah.. Kesian abang sebab gadis khayalan abanglah kini abang masih membujang sampai sekarang." Fatin cuba membodek.
"Fatin, kalau betul kau dah jumpa rumah dia apa kata esok juga bawa abang kesana… Teringin abang nak kenal-kenal dengan dia." Kata Dalie yang sudah tidak sabar lagi untuk bertemu dengan gadis idamannya.
"Relax brother… Be smart man…" Fatin bertutur dalam bahasa inggeris.
"Kenapa pula dik? Ada apa-apa yang tak kena ke?" Tanya Dalie kehairanan.
"Ye la, takkan abang terus nak jumpa dia lepas tu ajak berkenalan. Tiba-tiba je abang kenal nama dia… Mesti dia curiga kan?" Jelas Fatin.
"Lagipun kita belum tahu latar belakang awek ni… Perangai dia.. Cara dia bergaul… Kita perlahan-lahan la bang. Cinta sejati ni kita kena kayuh dengan tenang… Baru la kita sedar betapa mahalnya nilai cinta ni bang." Tambah Fatin lagi setelah mendengar Dalie mendengus tanda kecewa.
"Baiklah! Abang setuju! Kita siasat dulu okey??" jawab Dalie dengan nada yang bersemangat.
"Haaa… macam tu la abang Dalie… Romeo Malaya… Hehehe…" Fatin membodek.
"Haha pandailah kau…" bisik Dalie didalam hati.
"Okey lah bang, esok Fatin pergi siasat lagi.. Lepas tu Fatin beritahu hasilnya pada abang ya? Bye! Assalamualaikum?" Fatin menamatkan perbualan.
"Waalaikumussalam.." Dalie menjawab salam.
Lalu Dalie teringat kembali lagu yang baru hendak diciptanya sebentar tadi. Dia merenung isi di atas kertas tersebut sambil tersenyum. Dalie baring di atas katil sambil gitarnya dikendong dan memetik kembali melodi-melodi yang dicipta sebentar tadi.
"Nampaknya lirik sahaja yang belum siap… Aku akan siapkan lirik ni berdasarkan diri dia… Nazz… Tunggulah kemunculan aku menyuluh cahaya didalam hati kau…" Dalie bercakap sendirian.
"Hiyaaarrrgh!!! Tunggulah!!!!" tempik Dalie bersemangat.
###########################
Di keesokan paginya, seperti biasa selepas menunaikan solat subuh, Dalie bergegas ke tasik berdekatan rumahnya untuk mengambil udara segar sambil memainkan kesemua lagu ciptaanya seperti biasa dengan hanya sebuah gitar. Dia akan ditemani Jeff seperti selalu.
"Dalie, sebenarnya kenapa kau nak sangat gadis idaman kau tu?" Tanya Jeff tiba-tiba.
"Sebenarnya aku nak perjalanan cinta aku ni sentiasa indah. Setiap kali aku menempuh hari-hari yang berlalu, maka tarikh aku bertemu jodohku semakin hampir. Misteri yang bakal menjelma tu buat aku tidak sabar lantas aku mengkhayalkan bagaimana rupa jodohku nanti. Sehinggakan terciptalah gelaran yang aku beri, gadis idaman. Sememangnya aku benar-benar kagum dengan ciptaan ALLAH yang mencipta wanita dibumi ni untuk menemani kaum lelaki. Seni yang terdapat pada kaum wanita ni memang istimewa sehinggakan kaum wanita tercatat di dalam sajak-sajak, puisi, lagu dan sebagainya. Perempuan ni kan jeff, lembut, sensitif, anggun, bercahaya, dan diibaratkan sebagai bunga. Pernah tak kita dengar lelaki ibarat bunga? Lain jadinya kan? Jadi itu yang membuatkan aku benar-benar kagum. Untungnya kita sebagai lelaki kerana dapat dan layak untuk memiliki seorang wanita yang dianugerahkan ALLAH S.W.T kepada kita. Memang jodoh tu rahsia ALLAH. Dan rahsia tu la yang buat kita gembira untuk terus mencari dan berharap serta berdoa. Dan kau tahu kenapa aku nak sangat gadis tu? Sebab yang aku khayalkan bagaimana rupanya benar-benar wujud didalam dunia realiti. Tu yang buat aku bersemangat.." terang Dalie panjang lebar.
"Kau nak tau tak Jeff apa impian aku yang sebenar?" tanya Dalie kepada Jeff yang sejak dari tadi setia mendengar penerangan Dalie.
"Apa dia Dalie? Nak tau juga." Jawab Jeff ingin tahu.
"Aku nak kumpul duit berbillion-billion untuk membeli tanah yang besar dan disana ada bermacam-macam keindahan alam semula jadi aku tanam. Kemudian aku beli rumah yang besar untuk aku dan keluarga aku serta jodoh aku tinggal bersama. Tapi lain-lain rumah. Namun tetap di atas tanah yang sama. Barulah seronok. Sebab cita-cita aku adalah untuk satukan balik keluarga. Dan duit lebih boleh bawa satu keluarga tunaikan umrah bersama." Habiskan masa dengan ketenangan sahaja." Terang Dalie.
"Memang semua orang nak macam tu Dalie…" jawab Jeff.
"Sebenarnya banyak lagi aku nak buat. Sampai gempar satu dunia ni, tapi biar aku rahsiakan dulu sebab takut orang lain ambil idea aku ni. Tapi aku cuma boleh katakan apa yang bakal aku buat tu bakal bahagiakan semua orang. Tu sahaja yang boleh aku beritahu" tambah Dalie lagi.
"Apapun yang kau nak buat, aku sokong Dalie." Jeff berkata dengan penuh bangga.
"Dalie, kenapa kau minat sangat belajar seni pertahankan diri ni?" Tanya Jeff lagi.
"Aku nak lindungi sidia. Aku tak nak sidia sakit pun. Semua ni pun atas izin ALLAH." terang Dalie.
"Aku rasa kau ada banyak lagi rahsia perancangan kau ni. Tapi kau sorok je. Tapi tak mengapa… Sekurang-kurangnya kau ada hala tuju dan tahu apa yang perlu dibuat". Jeff memberi kata perangsang.
Secara tiba-tiba telefon bimmbit Dalie berbunyi. Dalie menjawab panggilan tersebut.
"Hello abang, Fatin ni. Ni dia maklumat yang Fatin dapat. Alamat dia…. Tinggal di kawasan….Nama sebenar dia….. bla.. bla…" Fatin memberitahu segalanya kepada Dalie.
"Baik dik, abang akan ke sana sekarang juga!" jawab Dalie lalu mematikan telefon.
"Jom Jeff, aku dah dapat alamat perempuan tu. Ikut aku." Kata Dalie sambil menarik tangan Jeff.
Mereka ke kawasan perumahan gadis tersebut dengan hanya menaiki bas dan lebih banyak berjalan kaki kerana kekurangan wang ketika itu akibat terlalu ingin cepat.
"Penatnya aku jalan kaki Dalie…. Kau tak penat ke?" Tanya Jeff yang kepenatan.
"Aku tak kira sakit atau tersungkur! Dalam cinta kena ada perjuangan Jeff.." jawab Dalie bersungguh-sungguh.
Sesampainya mereka dirumah gadis tersebut. Dalie mengecam dan meneliti kawasan rumah tersebut supaya tidak lupa untuk datang sekali lagi.
"Sekarang mari kita pulang. Esok pagi kita bertolak awal." Dalie mengarah.
"Fuh! Penatnya ikut kau Dalie! Baru sampai dah kena balik?? Aduh… seksanya…" rungut Jeff.
"Alaa… ikut je la… nak buat macam mana… Kereta aku kan dalam bengkel sebab rempuh surau haritu. Kau la yang suruh aku pandang kat awek jalan-jalan haritu. Dah selamat rempuh surau. Nasib baik langgar pagar je dan pak cik yang jaga surau tu mintak ganti rugi. Kalau dipelankungnya kita kat situ tak ke naya?" Dalie menjawab dengan mata yang terbeliak.
"Eh sori… Lupa pula aku hehehehe…" Jeff tertunduk malu. Lalu mereka berdua pun pulang.
##############################
Keesokan harinya mereka berdua menaiki sebuah kereta kenari untuk ke rumah gadis tersebut. Niat Dalie hanya untuk memerhatikan apakah aktivit yang dilakukan gadis itu setiap hari.
Sesampainya mereka disana, mereka meletakkan kereta di tepi taman tersebut dan terus duduk dibangku yang telahpun disediakan. Tiba-tiba mereka terlihat seorangg gadis keluar dari rumah dengan ditemani seorang lagi gadis yang lain. Mungkin rakannya barangkali. Dalie asyik memerhatikan mereka tanpa disedari bahawa mereka juga diperhatikan oleh seorang pemuda yang berusia dalam lingkungan 25 tahun. Pemuda itu merapati mereka berdua lalu mencekup leher Jeff.
"Ooo… korang intai awek-awek tu ye!!! Kurang ajar korang!!!" jerit pemuda tersebut sambil membeduk belakang Dalie dengan kuat sekali. Gadis dan rakannya itu terdengar kekecohan tersebut lantas merapati mereka bertiga dan meleraikan pemuda tersebut. "Bang Long, apa ni pukul-pukul orang. Tak elok bang! Sudahlah tu bang. Malulah orang tengok." Lerai gadis tersebut.
"Abang tak kira, budak berdua ni ekori korang. Diorang dari tadi perhatikan kamu berdua. Dari semalam lagi abang nampak mereka berdua didepan rumah kita Nazz!" pemuda itu menjerit lagi.
"Abang saya tak salah bang, kawan saya ni nak berkenalan dengan adik abang je. Kami tak buat apa-apapun! Nak berkawan!" terang Jeff tersekat-sekat.
PAAANNG!!!! Satu lempangan yang padu hinggap dimuka Jeff. Jeff tersungkur menyembah bumi. Pemuda itu tidak menghiraukan lagi kata-kata orang disekelilingnya. Dia seperti seekor singa yang sedang kelaparan ketika itu. Tanpa sebarang belas kasihan, pemuda tersebut memijak kepala Jeff sambil meludahnya. Kejam sekali pemuda itu.
Dalie yang sudah tidak dapat menahan sabar, terus meleraikan pemuda tersebut daripada terus menyeksa rakan karibnya itu. Pemuda tadi menepis kemudian menerajang ke perut Dalie namun sempat juga ditepis Dalie hasil perguruannya dalam seni mempertahankan diri. Namun pemuda itu jauh lebih kuat dan pantas. Akibatnya, tangan yang dalie tepis tadi berpusing lalu terus hinggap ke muka Dalie. Dan satu tendangan yang cukup padu mengenai dada Dalie. Dalie jatuh ke bumi dalam keadaan terduduk.
"Abang!!!!! Sudahlah tu!!!!" gadis tadi menjerit dengan nada yang nyaring. Pemuda itu tadi tergamam lalu berdiam diri disitu. Tidak lama kemudian barulah pemuda itu tadi bersuara kembali.
"Hoi budak-budak! Kalau korang berdua datang lagi ke sini, aku bantai habis-habisan!!!" jerit pemuda tersebut memberi amaran.
"Abang… tolonglah…. Saya datang dari jauh… Saya tidak berniat jahat abang…. Saya cuma ingin berkawan dengan adik abang sahaja…" Dalie cuba menerangkan kepada pemuda tersebut.
"Ahhh…. Aku tak kira!! Kalau kau datang sekali lagi aku parang korang berdua!" pemuda tadi enggan mendengar penjelasan Dalie.
Jeff hanya menarik Dalie untuk pulang. Namun Dalie tetap enggan pulang selagi tidak mengenali gadis tersebut. Tetapi Berjaya juga Jeff memujuk Dalie lalu mereka berdua pulang.
############################
Di malam harinya, Dalie baring ditepi tasik seorang diri sambil melihat bintang. Lalu Jeff datang menyapa.
"Dalie, apa kau buat termenung ni?" Tanya Jeff.
Aku sedang memikirkan masa depan aku dengan awek tu. Aku betul-betul nakkan dia sebab dia memang wujud dalam khayalan aku. Aku memang mahukan dia Jeff.
"Baiklah, esok kita datang lagi ok?". Jeff cuba memujuk Dalie.
"Baiklah!" jawab Dalie sambil tersenyum.
###############
Perkara ini berterusan sehinggalah 3 tahun sudah berlalu. Dalie tetap berusaha sekuat mungkin mendapatkan gadis tersebut. Ketika itu Dalie sudahpun meyiapkan lagu KAU ISTIMEWA. Dalie telahpun mula mencari wang dan sudah mampu berdikari sendiri. Hinggalah pada suatu hari… Sedang Dalie asyik memerhatikan gadis idamannya itu dari jauh, datang beberapa orang pemuda menerkan Dalie.
"Aku dengar kau minat sangat dengan awek tu! Kau jangan mimpi la! Aku dah rapat dengan keluarga awek tu! Lambat laun boleh aku bertunang dengan dia". Lelaki tadi cuba membuat Dalie marah.
"Aku tak kira siapa kau, kalau kau guna mata pisau sebesar penumbuk pun aku takkan berundur. Aku kejar awek ni dari sebelum jumpa dia sampailah dapat tengok dia depan mata. Tolonglah jangan kacau aku!" Jawab Dalie.
Gadis itu terlihat kejadian tersebut sewaktu mahu membuka tingkap. Lantas gadis itu bergegas ke arah mereka.
"Baim! Tolong jangan kacau dia… biarkan dia…" rayu gadis tersebut.
"Ahh… aku peduli apa, dia nak dapatkan kau, mana boleh!" Baim tidak mempedulikan rayuan gadis tersebut.
"Aku dengar kau ada silat, aku pun ada, jom main betting! Kalau kau kalah teruk, Nazz jadi aku punya! Setuju???" ajak Baim.
"Ok!! Aku tak takut!!! Aku mati sekalipun takpe!!! Cepatlah!!!" Dalie tidak mahu lari dari cabaran Baim kerana bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Nazz.
"Demi awak saya buat apa sahaja, apa-apa jadi pada saya, ingat kat saya selalu Nazz… Saya sayang awak selamanya walaupun kita tak pernah bercakap atau berkenalan dengan lebih rapat.. Biarlah apa yang saya tunjuk hari ini menjadi tanda betapa saya mahukan awak menemani hidup saya." Kata Dalie pada Nazz.
Baim terus melepaskan tumbukan sulungnya. Dalie menepis dan terus menepis. Tiba Dalie pula menyerang, Baim tetap melakukan perkara yang sama seperti yang Dalie lakukan tadi iaitu sekadar menepis. Mereka berlawan dengan hebat sekali. Sehinggakan memakan masa sejam lamanya. Masing-masing cedera teruk. Secara tiba-tiba satu terjahan hinggap ke belakang Dalie. Lalu rakan-rakan Baim yang lain turut serta menyerang Dalie yang cedera terus. Dalie dibelasah dengan kayu, besi, dan yang paling teruk dengan parang. Darah menitik-nitik membasahi tanah di taman itu. Baim menarik tangan Nazz lalu meninggalkan Dalie bersendirian tidak sedarkan diri disitu. 17 minit kemudian, Jeff sampai kerana telah berjanji menemui Dalie disitu selepas kerja. Bagaikan dipanah petir Jeff melihat Dalie yang tidak bergerak di atas tanah yang penuh darah. Jeff memapah Dalie ke dalam kereta dan membawanya ke hospital. Jeff melihat didalam genggaman tangan Dalie ada secebis kertas yang bertulis (Because of you Nazz). Sebaik sahaja Jeff menarik kertas tersebut dari genggaman Dalie.
Selepas dirawat, Dalie mula sedarkan diri. Dalie hanya melihat Jeff dan rakan-rakan yang lain disebelah katilnya dengan wajah yang sayu. Doktor muncul dan mengatakan bahawa Dalie boleh pulang keesokan harinya.
3 hari berlalu, Dalie tetap pergi ke taman itu seperti biasa dengan ditemani 12 lagi rakannya yang lain. Secara tiba-tiba Baim dan rakannya lalu disitu. Lantas menerpa kearah Dalie. Dengan pantas Dalie menumbuk Baim dengan padu. Baim tercampak kebelakang. Namun Dalie terperanjat bahawa Nazz ada dikalangan rakan-rakan Baim. Rupanya Nazz berada di dalam Honda Civic Baim. Dia telahpun menjadi kekasih Baim. Hati Dalie hancur. Dalie mendekati Nazz lalu bertanya,
"Mengapa? Mengapa awak pilih dia? Sedangkan saya bersungguh-sungguh mahukan awak dengan seikhlas hati saya…." Tanya Dalie dengan sebak.
"Awak tidak tahu hal sebenarnya…. Pergilah awak pulang semula…. Saya kini bukan seperti yang awak sangkakan lagi…" rayu Nazz.
"Apakah maksud awak?" Tanya Dalie kehairanan.
"Baim dan rakannya telahpun memperkosa saya sebaik sahaja awak dipukul dengan teruk tempoh hari… Mereka merakam video saya diperkosa… Kini saya terpaksa mengikut kehendaknya atas dasar takut video saya tersebar.." terang gadis itu didalam keadaan sebak.
"Apa!!!!! Saya tidak peduli, awak pernah muncul didalam khayalan saya selalu, dan awak betul-betul wujud sekarang, saya tidak mahu melepaskan peluang untuk hidup bersama awak. Saya tidak kisah siapa awak yang sekarang! Sebab impian saya dari kecil adalah untuk memiliki gadis seperti awak!! Saya tidak mahu melepaskan saat begini!!" kata Dalie sambil memegang tangan gadis tersebut dengan erat dan mengeluarkan air mata.
Secara tiba-tiba Baim bangun dan menerajang Dalie dari belakang. Dalie tersungkur. Mereka berlawan semula dengan hebat. Baim yang berbadan lebih besar dan gempal berjaya menjatuhkah Dalie yang masih cedera akibat dipukul pelbagai senjata tempoh hari. Dalie tersungkur. Tiba-tiba sebatang kayu ada ditangan Baim. Dalie hanya mampu melihat. Dan kayu itu menerjah kemuka Dalie dan segalanya menjadi gelap. Dalie hanya mendengar sayup-sayup raungan gadis itu menyuruhnya pergi sahaja dan lupakan dirinya buat selamanya.
##########################
Setahun sudah berlalu, Dalie menghilangkan diri begitu sahaja selepas kejadian tersebut. Ramai rakannya mencari tetapi tidak diketemui. Dalie melarikan diri begitu sahaja. Siapa yang tidak bersedih apabila kekasih idaman sejak dari kecil telah dicemari dan menjadi milik orang.
"Korang tak rindu ke Dalie haa?" Tanya Jeff kepada rakan-rakannya yang lain.
"Mestila rindu beb… Dia la yang selalu buat meriah." Jawab Shah.
"Tu la, kalau dia ada, dah lama kita kerjakan udang kat tasik tu" Ihsan pula menjawab.
"Inilah dia kisah cinta yang tidak kesampaian." Tiba-tiba perkataan itu terkeluar dari mulut Razif.
Fatin adik kepada Dalie datang merapati rakan-rakan Dalie yang sejak tadi rancak bercerita mengenai kenangan bersama Dalie. Lalu Fatin membuka mulut.
"Korang jangan risau la. Aku kenal sangat abang Dalie. Dia pasti akan kembali.) jawab Fatin sambil tersenyum.
Begitulah kisah Dalie seorang pemuda biasa bercita-cita luarbiasa yang mengejar gadis yang ajaib baginya dimana daripada khayalan benar-benar wujud dialam realiti. Kisah ini adalah berdasarkan kisah benar Cuma nama gadis idamannya ditukar agar dia tidak dikenali orang. Dan jalan ceritanya diubah sedikit agar tidak Nampak terlalu menyayat hati. Hingga kini tidak diketahui apakah yang rahsia yang ingin Dalie lakukan sehingga orang ramai mampu bahagia. Dan Dalie pernah berkata bahawa lagu Kau Istimewa ciptaanya akan dia persembahkan di televisyen dan dicorong-corong radio agar gadis idamanya itu dapat mendengar lagu tersebut. Ada yang mengatakan Dalie masih berada di sekitar tempat tinggalnya. Ada yang mengatakan Dalie sedang belajar disebuah kolej untuk mempelajari selok-belok perniagaan dan masih gigih meneruskan impiannya. Yang penting Dalie masih ada di celah-celah masyarakat dan menunggu masa untuk kembali semula untuk menggapai kemenangan cintanya. Kisah ini akan bersambung semula sebaik sahaja Dalie kembali...
hmmm...best citer ni.. klu ada jdoh x kmana.. xsngka ada lg l'laki sbaik dalie... arap nazz sbr ngn dugaan 2 n x btndak melulu.. dktkn dri pd ALLAH.. ada hkmah dsblik kjadian..
erkk... kisah benar ker?? tp penulis buat cite nie mcm XLOGIK. aku xley feel langsung... klakar ade laa... ade ker ea mcm 2 jew... mcm ntah hape2 jew... penulis improve more k.
cite yg mmbosankn..dh la x logik langsung.. cmne la penulis ni buat cite...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hmmm...best citer ni..
klu ada jdoh x kmana..
xsngka ada lg l'laki sbaik dalie...
arap nazz sbr ngn dugaan 2 n x btndak melulu..
dktkn dri pd ALLAH..
ada hkmah dsblik kjadian..
*pmnat novel*