Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"KAU diam!!" tengking Akmal, kasar. Tergamam Azeliza. Akad nikah baru lima jam tadi, sekarang suaminya sudah tunjuk belang. Azeliza terdiam sahaja. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di atas katil. Dia terlena selepas suaminya itu melelapkan mata.
3 BULAN KEMUDIAN..
"ENCIK Akmal ada?" soal Azeliza lembut. "Ada, tunggu sebentar ya," jurukaunter itu tersenyum ramah. Azeliza duduk di sofa yang disediakan. "Puan Azeliza?" soal satu suara. "Saya," Azeliza menoleh. Lelaki yang tidak dikenalinya. "Cari Encik Akmal?" soalnya agak sinis. Azeliza angguk. "Oh.." dia tersenyum, penuh makna.
Azeliza bingung. Tiba-tiba jurukaunter itu mengajaknya ke bilik Akmal. Azeliza bangun. Perlahan, dia menapak ke kamar suaminya.
"Kau buat apa kat sini?" soal Akmal, kasar.
Tersentak Azeliza. "Iza lalu sini tadi. Singgah nak jumpa abang," ujar Azeliza, lembut. "Nak apa?" soalnya sambil lewa. "Saja," jawab Azeliza, tersenyum. "Pergi balik sekarang," arah Akmal. Dia memandang tepat wajah wanita itu. Azeliza melangkah keluar dari syarikat suaminya.
"MAMA, abang kemalangan," suara Azeliza tersedu-sedu menangis ketika menghubungi ibu mentuanya. "Apa? Mama datang sekarang!" mama kedengaran cemas. Setengah jam kemudian, kelibat mama mula kelihatan. "Macam mana Akmal?" soal mama, mengusap bahu menantunya.
"Abang koma," Azeliza masih menangis. "Syhh..doakan Akmal selamat ya," mama mengucup dahi menantunya itu. Azeliza angguk dalam sendunya.
Mereka melangkah masuk bersama-sama ke kamar Akmal. "Abang.." Azeliza mengusap lengan suaminya, lembut. Lelaki itu kaku. Kepalanya berbalut dan alat bantuan pernafasan melekap di hidung lelaki itu. "Abang..Iza datang ni," ujar Azeliza, sebak melihat keadaan tubuh suaminya calar balar.
"Syhh…Iza rehat dulu," ujar mama. Azeliza angguk, sememangnya tubuhnya agak penat kerana mengemas rumah petang tadi untuk makan malam istimewa suaminya. Alih-alih, dikejutkan dengan kemalangan.
Dia terlena di sisi Akmal.
"Abang, Iza tahu abang marahkan Iza. Cuma Iza tak tahu, apa yang abang marahkan. Tak apalah, bang. Marahlah, Iza rela asalkan Iza tak kehilangan abang. Iza cintakan abang. Iza tak boleh hidup tanpa abang. Iza sayangkan abang," Azeliza terlena pada malam kedua menemani suaminya, selepas mengungkap kata itu.
Esok paginya, kepalanya berat dan perutnya mual. Dia mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan disahkan mengandung 2 bulan. Gembirakah? Sedihkah? Azeliza bingung sendiri.
Esoknya, Akmal dibenarkan pulang.
AZELIZA termuntah-muntah lagi sebaik sahaja sampai di rumah. Dia berkumur perlahan, cepat-cepat melangkah ke ruang tamu. Tidak mahu suaminya mengesyaki apa-apa. Tanpa disedarinya, Akmal nampak kelakuannya sebentar tadi.
Wajah lelaki itu kehairanan. Bini aku sakit ke?, getus hatinya.
Azeliza tampak pucat dan agak lemah. Perlahan-lahan suaminya dipapah ke kamar mereka. "Nanti, abang tidur sini. Iza tidur kat sofa pun tak apa," Azeliza membetulkan cadar, terbatuk perlahan. Akmal hanya berdiam diri. Egonya tinggi, tidak mahu mengambil tahu hal isterinya.
Azeliza memicit dahinya yang sakit, perlahan. "Duduklah, bang," Azeliza membantu suaminya melabuhkan punggung di atas katil. "Iza masakkan bubur ya," Azeliza melangkah keluar dari bilik itu. Akmal memandang keliru isterinya yang berbaju kurung berlalu.
"Abang..makan ya," Azeliza duduk perlahan di birai katil, meletakkan bubur di atas meja. "Aku tak nak makan!" keras suara Akmal. "Abang, abang ‘kan sakit. Kenalah makan, biar cepat sembuh," ujar Azeliza sambil menyuap suapan pertama. Akmal makan juga.
Azeliza tersenyum manis.
LAMA Akmal mendiamkan diri, langsung tidak mahu berbicara dengan isterinya. Langsung tidak mahu mengambil berat. Hanya membiarkan isterinya itu melakukan tugas-tugas berat yang sepatutnya dilakukan olehnya. Seringkali ternampak Azeliza muntah malam, hati Akmal diserbu hairan.
"Abang.." panggil Azeliza lembut. Akmal tidak menoleh, diam sahaja.
"Iza ada sesuatu nak bagitahu. Iza dah mengandung. Nak masuk 3 bulan," ujar Azeliza malam itu. Akmal semerta menoleh ke arah isterinya yang sedang membasuh pinggan. "Betul?" soalnya dalam nada gembira. Azeliza angguk perlahan.
"Lepas ni, jangan buat benda berat-berat lagi," pesannya. Wajah Azeliza agak berbunga gembira mendengar kata-kata suaminya. "Aku cakap untuk pastikan anak aku sihat. Jangan nak mengada-ngada," ujar Akmal, tegas. Azeliza angguk dan tunduk sedikit. Sebak dengan kata-kata suaminya.
"Iza naik atas dulu," ujar Azeliza, lembut. Langkahnya diatur pantas ke tingkat atas. Dia masuk ke bilik kedua. Tubuhnya dihempas lembut di atas katil yang bercadar satin biru lembut.
"Umi..kenapa Iza diduga macam ni?" Azeliza bersuara perlahan dalam tangis, teringat arwah ibunya. "Sakitnya umi.." Azeliza merintih. Tangannya perlahan-lahan menyentuh perut yang masih kempis. "Umi, Iza tak tahu kenapa Iza diduga macam ni. Bukannya Iza tak nak terima takdir ALLAH, tapi Iza keliru, umi.." ucap Azeliza, tersedu-sedu. "Umi..doakan Iza diberi kekuatan umi. Iza tak mampu," tangisan Azeliza kedengaran teresak-esak. Akmal di luar kamar, hanya mencari dengar perlahan-lahan. Hatinya juga dipagut sayu.
Namun egonya mengatasi segalanya.
"TAK payah masak malam ni. Aku beli bungkus," ujar Akmal ketika kandungan isterinya sudah melewati bulan kelima. Azeliza angguk perlahan, mengusap perlahan perutnya yang dilapisi jubah merah hati. "Iza tak nak makan. Abang beli untuk abang cukuplah," ujar Azeliza, perlahan sambil melabuhkan punggung di birai katil.
"Apasal tak nak makan?" matanya mencerlung ke arah wanita itu. "Iza tak larat," ujar Azeliza, lembut. "Habis, anak aku macam mana?" soal Akmal lantang. Azeliza mengeluh kecil. "Tak apa. Nanti, Iza makan roti aje untuk anak abang," ucap Azeliza perlahan, sebak.
"Jangan nak mengada! Nanti kau sakit, anak aku pun kena sama!" tengkingnya. Azeliza terdiam. "Abang, Iza betul-betul tak larat nak makan. Iza rasa nak muntah aje," ujar Azeliza, perlahan mengharapkan simpati suaminya. "Kau sakit ke?" begitu kasar sekali soalan itu meluncur dari bibir suaminya. Azeliza menggeleng.
"Aku tak kira. Kau kena makan," ujarnya sebelum melangkah keluar dari rumah untuk membeli makanan. "Umi.." Azeliza merintih. Dia tidak didera fizikal tetapi emosinya bagai hendak pecah menanggung beban.
Tidak lama kemudian, suaminya pulang. Nasi goreng kampung diserahkan kepadanya. Azeliza menyambut perlahan. Diperhati suaminya mengunyah nasi itu, laju sahaja. "Apasal tak makan? Kau tengok aku makan, kenyang ke?" soal Akmal kasar.
Azeliza angguk. "Aku tak kira, kau makan sekarang!" suruhnya.
Perlahan, Azeliza mengunyah nasi goreng itu. Sesuap dua nasi masuk ke perutnya, dia berlari ke tandas. Muntah dihambur.
Akmal bergegas ke arahnya. Belakang isterinya dilurut. Azeliza termuntah teruk. Perit rasanya.
Tidak diduga, Akmal mengusap jemarinya, memberi kekuatan. Azeliza melarikan jemarinya, dia tidak mahu tersentuh hati dengan tindakan suaminya. Dia tidak mahu tertipu dengan kasih seorang suami. Dia takut makan hati kemudian hari. Akmal pula tergamam dengan tindakan isterinya.
Azeliza masih termuntah. Usai lega menghambur segalanya, Azeliza berkumur perlahan. Wajahnya pucat. Akmal merangkul pinggangnya, memimpinnya keluar. Azeliza terduduk di atas sofa di ruang tamu, lemah sekali.
"Kau okay ke?" soal Akmal, walaupun risau, ayatnya tetap tidak berubah. Masih menggunakan ‘aku’ ‘kau’. Cuma ton suaranya benar-benar risau. Azeliza angguk, memicit dahinya. "Iza nak naik atas," Azeliza bersuara perlahan, masih menanggung peritnya sakit itu.
"Aku dukung," Akmal pantas bangun, bersedia untuk mencempung isterinya. "Tak apa, Iza jalan sendiri. Menyusahkan abang aje," Azeliza bangun, payah sekali.
Akmal hanya memerhati isterinya menaiki anak tangga ke kamar mereka. KEESOKAN paginya, Akmal terjaga awal. Dilihatnya, Azeliza masih terlena pucat. Biasanya Azeliza akan mengejutkannya.
"Bangun.." Akmal menggoyang tubuh wanita itu. Azeliza membuka matanya kelat. Dahinya berkerut, matanya yang terbuka tadi silau dek sinaran cahaya lampu. Azeliza bangun dari pembaringannya perlahan-lahan. Perutnya diurut perlahan.
"Okay ke?" soal Akmal. Azeliza tidak menjawab, cuma tersenyum pahit. Dia menuruni katil dan terus ke bilik air. Akmal memerhatinya. Azeliza mendirikan solat selepas menyarung sehelai baju mengandung berwarna hijau lumut. Rambut panjang mengurainya disikat dan dibiarkan mengalun lembut.
"Iza turun dulu," ujar Azeliza, penuh sopan dan menuruni anak tangga menuju ke dapur untuk menyiapkan sarapan untuk suaminya. "Abang, makan dulu.." ajak Azeliza apabila ternampak kelibat suaminya menuruni anak tangga sambil membetulkan tali leher.
Akmal makan sepinggan spaghetti yang digoreng pedas oleh isterinya, benar-benar menepati seleranya. Namun, dia ego tidak mahu menambah.
Kemudian, dia terus berlalu keluar. Azeliza tersenyum senang apabila melihat kepuasan yang cuba disembunyikan pada wajah suaminya tadi. "Anak umi nak makan ke?" perlahan, Azeliza mengusap perutnya yang berdenyut perlahan. Azeliza makan sedikit spaghetti itu sebagai pengalas perut. SATU perkara yang disedarinya sejak mengandung, Akmal sering pulang untuk makan tengah hari.
"Abang nak makan ke mandi dulu?" soal Azeliza, lembut. Jemarinya berpaut pada dinding, kepenatan. "Tengoklah nanti. Aku nak siapkan kerja dulu!" ujar Akmal sambil lewa. Azeliza angguk perlahan. Dia melangkah ke dapur semula.
Senduk digunakan untuk mencedok nasi. Matanya mengerling perut yang sudah mula kelihatan itu. Kadang-kadang si kecil suka benar menunjal. Azeliza hanya tersenyum pahit, mengusap perlahan perutnya. "Umi minta maaf," ujar Azeliza, perlahan.
"Dah siap ke belum?" soal Akmal dengan suara garaunya. "Dah. Sekejap ya, bang.." Azeliza membawa pinggan ke meja di mana suaminya sudah melabuhkan punggung, melihat-lihat lauk pauk hari itu. "Tak makan?" soal Akmal apabila dilihat hanya ada sepinggan nasi.
"Iza tak makan tengah hari ni sebab baru makan ubat," ujar Azeliza. "Iza teman abang makan aje ya," kata wanita ini lagi. "Tak boleh makan ke lepas makan ubat?" soal Akmal sambil mencedok ikan siakap masak tiga rasa kegemarannya. "Doktor kata tak boleh, nanti lain pulak effectnya," jawab wanita ini. Akmal hanya terdiam, menikmati masakan isterinya.
"BILA ultrasound baby?" soal Akmal sambil merenung isterinya yang baru menyudahi bacaan al-Quran. "Pagi esok, pukul 10," jawab Azeliza lembut sambil membuka telekung dan melipat rapi. Wanita ini bangun perlahan-lahan dan meletakkan al-Quran di atas rak almarinya. Telekung disimpan di dalam almari. Dia melangkah perlahan ke arah meja solek dan mengambil pek ubatan dan vitaminnya.
Ditelannya satu persatu sebanyak 6 biji. Banyaknya! Semuanya kerana kandungan yang satu ini. Wajahnya pucat sedikit kerana penat.
Kemudian, dia menapak ke birai katil dan duduk perlahan. Perutnya diusap. Tunjalan si kecil jelas terasa, bagai memujuk hatinya. Dia membaringkan tubuhnya dan menarik gebar perlahan-lahan menyelimuti kedinginannya. Jelas, urat-urat kebiruan pada jemari, lengan dan wajahnya dek kesejukan.
"Nak tidur dah ke?" soal Akmal yang masih bersandar pada bahu katil. "Tak adalah, nak baring-baring dulu. Kejap lagi nak masak sahur terus, tak adalah nak kena bangun banyak kali," jawab Azeliza, memicit kepalanya.
Jemari Azeliza perlahan, mengusap perut yang sudah memboyot menanti hari itu. Dia mendesis perlahan apabila si kecil menunjal ari-arinya. Akmal hanya mencuri pandang, masih ego mahu mengambil tahu hal isterinya walaupun itulah tanggungjawabnya.
Telefon bimbit Azeliza berbunyi. Tubuhnya diangkat perlahan-lahan dan talian disambut.
"Assalamualaikum," Azeliza memberi salam, terkejut juga menerima panggilan seawal pagi itu daripada ibu mentuanya. "Waalaikummussalam, Iza," agak cemas suara umi. "Kenapa umi? Ada tak kena ke?" soalan Azeliza menggamit perhatian Akmal.
"Abi masuk wad," ujar umi. "Okay, okay. Iza datang dengan abang sekarang," ujar Azeliza, turut cemas. Talian dimatikan tanpa salam. "Kenapa?" soal Akmal. "Abi masuk wad," ujar Azeliza, mengulang kembali perkara yang diberitahu kepadanya sebentar tadi. Akmal turut bersiap ala kadar untuk ke hospital.
"Okay ke?" Akmal bertambah cemas melihat isterinya berkerut dahi mengurut perut. "Okay," jawab Azeliza perlahan sambil membetulkan duduknya.
Akmal hanya mengerling dalam kesuraman lampu jalan raya.
"UMI, macam mana abi?" soal Azeliza selepas bersalaman dengan umi mereka. Kelihatan adik bongsu kembar Akmal, Eliza dan Elisa turut berdiri di sisi umi. "Tak tahu lagi," jawab umi. Suaranya terketar takut terjadi sesuatu kepada abi.
"Kejap ya, umi.." Azeliza melangkah perlahan ke arah kaunter. Perutnya yang memboyot agak menghalang pergerakan. Akmal, umi, Elisa dan Eliza hanya memandang.
Azeliza bercakap-cakap seketika dengan jururawat bertugas. Kelihatan jururawat itu mengangguk-angguk sambil tersenyum. Azeliza mengambil kot doktor dan penutup mulut yang dihulur oleh jururawat bertugas. Kemudian, melangkah ke arah umi.
"Abang, umi..Iza nak masuk dalam. Tengok abi macam mana," ujar Azeliza sambil menghulur beg tangannya pada Akmal. Akmal menyambut. "Macam mana Iza boleh…." Umi kehairanan. "Iza pernah jadi doktor sebelum kahwin dengan abang," jawab Azeliza sambil mengenakan kot itu. Umi memandang Akmal, Akmal memandang Azeliza.
Dia tidak tahu menahu langsung bahawa isterinya berkelulusan doktor. "Iza masuk dulu, ya," ujar Azeliza, tersenyum manis dan melangkah ke arah wad yang menempatkan abi.
"ABI okay. Tak ada apa-apa serius. Cuma lepas ni, kena jaga makan," ujar Azeliza selepas menanggalkan topeng mulutnya. Umi angguk seraya memeluk Azeliza erat, mengucapkan terima kasih. Azeliza tersenyum manis. "Jangan nangis lagi ya, umi," Azeliza mengesat air mata ibunya. Akmal hanya memerhati. Sayangnya berputik di situ.
Ego…
"Iza tak nak sahur?" soal umi. "Dah pukul berapa ni? Tak sempat kot. Tak apalah," Azeliza mengerling jamnya. "Tak apa ke perut kosong macam ni? Cucu umi boleh puasa?" soal umi. Azeliza tertawa kecil, melihat umi mengusap perutnya.
"InsyaALLAH boleh," jawab Azeliza.
Umi tersenyum.
AZELIZA terbatuk kecil, kesejukan di hospital agak mengganggunya. Wajahnya semakin pucat dan nampak kering. "Iza boleh puasa tak?" soal umi, mengusap belakang Azeliza lembut. "Boleh," jawab Azeliza perlahan. Akmal hanya memandang.
"Bila bersalin?" soal umi. "Seminggu lagi," Azeliza tersenyum. "Tak sabar umi nak tengok cucu sulung umi," umi tersenyum gembira. Azeliza turut tersenyum walaupun hatinya agak berdebar untuk melalui detik itu. Akmal lebih-lebih lagi, tidak sabar bergelar abi.
"Iza penat ke? Baliklah berehat dulu," saran umi. "Tak apalah. Kesian abang nak ulang alik," ujar Azeliza, mengerling suaminya. "Tak ada apalah," umi tersenyum kecil. "Tak apalah. Iza nak tunggu abi," Azeliza menolak lembut. Umi tersenyum, memeluk bahu Azeliza.
"IZA, kata pukul 10 ada ultrasound baby, jom. Dah pukul 9.30 ni," ujar Akmal. Di hadapan keluarga, pandai dia menggunakan kata nama ‘Iza’. Azeliza angguk.
"Umi, Iza pergi ultrasound baby sekejap ya," Azeliza bangun perlahan-lahan. Umi angguk. "Jaga Iza baik-baik," pesan umi apabila dilihat kedua-duanya mula menapak ke lif. Akmal angguk.
"PUAN Azeliza, ya?" doktor itu tersenyum ramah. Azeliza tersenyum, angguk. Dia melabuhkan punggung di sisi suaminya. "Macam yang saya cakap minggu lepas, kita akan buat ultrasound baby hari ni. nak tahu macam mana kedudukan baby, keadaan baby, degupan jantung baby. Macam-macamlah," ujar doktor itu, tersenyum di akhir katanya.
Azeliza angguk, tersenyum kecil. Akmal juga tersenyum.
"Baring di katil dulu, ya," suruh doktor itu. Azeliza menapak ke katil yang telah disediakan. Perlahan-lahan tubuhnya dibaringkan. Akmal berdiri di sisinya. Azeliza terkedu, terasa air matanya ingin mengalir.
Doktor itu berdiri di sisinya juga. Jubah merah hati itu diselak. Azeliza awal-awal lagi sudah memakai kain dalam berwarna gelap. Jelas kelihatan urat-urat biru sekeliling perut wanita itu dek membawa tampungan yang besar dan berat. Doktor berkaca mata itu menyapu sejenis gel pada permukaan perutnya sebelum menekap teleskop di situ.
Kemudian, terpapar gambar aktif si kecil di dalam perutnya. Azeliza mengurut perlahan pinggang kanannya. "Baby so active, ya!" doktor itu tertawa kecil melihat si kecil menunjal-nunjal perut Azeliza. Akmal turut tertawa kecil. Azeliza tersenyum lemah. "Okay, as usual, baby punya kedudukan betul. Tak songsang," ujar doktor itu sambil menggerakkan teleskop ke serata perut wanita ini.
"Your baby are twins!" ujar doktor itu tiba-tiba. Azeliza tidak dapat menahan rasa terkejutnya. Akmal terlopong mendengar kata-kata doktor itu. "Ya, your babies," ujar doktor itu, tersenyum. "Tengok ni, ada dua degupan jantung baby," ujar doktor itu sambil mengunjukkan jemari telunjuknya pada skrin.
Azeliza angguk, memahami skrin itu kerana pernah mengambil course yang sama.
"Congratulations!" ucap doktor itu. Azeliza hanya angguk, mengucapkan terima kasih. Dia masih terkejut. "Kenapa baru tahu sekarang?" soal Akmal hairan. "Baby kecil sangat agaknya dulu. Biasanya macam tu. Sebab tu, mesin tak dapat kesan baby," ujar doktor. Akmal angguk, memahami.
"Kesian you. Banyaknya urat," doktor itu mengusap spontan bawah perutnya yang sememangnya dipenuhi urat biru kehijauan. Sekali ditunjal si kecil, pasti putus!
"Dengar degup jantung baby pulak ya," doktor itu menekan-nekan beberapa butang. Seketika, degupan jantung si kecil kedengaran. "Jantung baby normal," doktor itu tersenyum lagi. Azeliza tersenyum lega. "Okay, kita nak timbang berat pula," ujar doktor itu seraya menanggalkan stetoskopnya dan disangkut di leher.
Usai menimbang berat badan, mereka menunggu di luar bilik doktor untuk mengambil ubat.
"Yang ni makan 3 kali sehari, sebelum makan. Pil merah-putih ni, makan 2 kali sehari, sebelum makan. Vitamin, 3 kali sehari, bila-bila masa." Bertambah tiga lagi pil yang perlu dimakannya. "Saya nak tanya, kalau puasa macam mana ya?" soal Azeliza, lembut dan penuh hemah.
"Oh, puan puasa ya? Kalau puasa, tak apa. Makan waktu sahur dan waktu malam sahaja," ujar jururawat bertugas, tersenyum manis. Azeliza angguk, tersenyum memahami. "Anak sulung ke?" sempat jururawat itu menyoal sementara Akmal membayar. Azeliza angguk. "Tahniah. Semoga semua selamat," ujar jururawat itu. Azeliza mengucapkan terima kasih.
"MACAM mana?" soal umi. Hairan melihat wajah anak menantunya ceria. "Umi, baby ni kembar umi," ujar Akmal penuh bangga sambil mengusap perut isterinya spontan. Dahi wanita itu dikucup. Azeliza tergamam, terkedu sekali lagi. Dia tidak minta suaminya menjadi sehipokrit itu di hadapan keluarga. Dia takut jatuh kasih pada suami yang tidak memerlukannya.
Biarlah sekadar menjaga makan minum suaminya, menyayanginya sebagai suami tetapi tidak dikasihi suaminya seperti itu sehingga menyebabkan dia berharap sesuatu yang mustahil. Azeliza tersenyum pahit.
"Kembar?" umi juga terkejut. Azeliza angguk. Pinggangnya dipeluk erat oleh Akmal. "Amboi abang! Tak nak lepas dah Kak Iza!!" usik si kembar itu, nakal. Azeliza tertawa hambar. Akmal tersengih, mengetatkan pelukan. Azeliza agak kekok.
"Bagilah Iza tu duduk dulu. Kesian penat bawa baby berat," ujar umi, kasihan melihat wajah pucat menantunya. Akmal tersengih, membawa isterinya duduk di sisi.
Azeliza tunduk, mengejipkan matanya menahan air mata mengalir. "Sakit ke?" soal Akmal risau. "Tak," jawab Azeliza perlahan, meraup wajahnya atau lebih tepat, mengesat air matanya yang hampir menitis. "Penat?" soal Akmal lagi. Azeliza menggeleng.
Umi, Eliza dan Elisa hanya memandang. Azeliza tersenyum pahit. Segalanya berbaur menjadi satu di dalam dadanya.
"TAK payahlah masak. Abang beli aje," buat pertama kalinya, Akmal membahasakan dirinya Abang. Azeliza terkedu lagi. "Tapi, makanan mentah banyak lagi, tak membazir ke?" soal Azeliza, perlahan, melabuhkan punggung di atas sofa sambil memicit lembut betisnya yang kelenguhan.
"Tak apa. Nanti, kalau umi datang, umi masaklah guna yang tu," Akmal berujar. Azeliza angguk sahaja. Malas mahu bertekak.
"Iza naik atas dululah, nak solat. Abang pergi beli sendiri tak apa ‘kan?" soal Azeliza seraya bangun perlahan-lahan dari sofa untuk ke tingkat atas. Akmal angguk. Senyuman melebar sedari tadi. Azeliza melangkah naik ke tingkat atas untuk menunaikan solat Maghrib. Akmal pula berlalu keluar.
Azeliza menutup pintu kamar dan menangis perlahan. Dia sayu. Teramat sayu. Seketika, hanya tangisan yang menemaninya. Kemudian, wudhu’ diambil dan solat Maghrib disusuli dengan solat hajat. Kemudian, dia melangkah ke kamar tetamu. Di situlah tempatnya selalu meluah rasa hati sendiri.
Perlahan, punggungnya dilabuhkan di atas katil itu. "Umi.." air matanya mengalir lagi. Perutnya diusap. "Apa salah Iza umi? Iza tak faham semua ni," dia teresak-esak menangis. "Iza tahu, Iza tak ada di hati abang. Iza tak tahu kenapa abang berubah kasih dengan Iza. Sebelum kahwin, abang janji tak akan sia siakan hidup Iza, tapi apa semua ni, umi?" Azeliza merintih sendiri.
Tanpa sedar, Akmal sudah berada di luar bilik mendengar setiap patah bicaranya.
"Iza tahu, abang jaga Iza sebab anak-anak ni saja. Walaupun Izalah yang mengandungkan anak ni, Iza yang akan susukan anak-anak abang ni..tapi Iza tetap tak ada dalam hati abang, umi," tangis Azeliza. "Iza pun tak tahu apa akan jadi bila anak-anak ni lahir nanti, umi," Azeliza mengelus perutnya.
"Doktor cakap, Iza ada komplikasi. Baby pun ada komplikasi. Iza takut tak dapat hidup lama. Iza takut tak dapat curahkan kasih Iza pada anak-anak Iza macam umi curahkan kasih umi pada Iza dulu," Azeliza bersuara dan pernyataan ini menyentak hati Akmal kerana dia tidak mengetahui apa-apa pun.
"Iza tak bagitahu abang sebab Iza tak nak abang tiba-tiba sayangkan Iza sebab simpati atau sekali lagi sebab anak-anak dalam kandungan Iza ni. Iza sedar diri Iza. Iza lebih selesa mengikut jejak umi," kata-katanya begitu perlahan dan sayu sekali.
"Biarlah abang cari isteri yang lain selepas ketiadaan Iza. Biarlah wanita yang menjadi pilihan abang yang menjaga anak-anak abang. Sebab awal-awal lagi, abang dah bagitahu, ini cuma anak-anak abang. Iza seolah tak punya hak, umi.." Azeliza menahan air matanya kali ini. Hatinya terlalu bengkak, sakit.
Akmal pula terkedu. Dia tertanya-tanya mengapa tidak diluahkan perkara ini kepadanya.
"Umi..doakan Iza selamat lahirkan anak-anak ini. Dan, kalau lepas tu takdir Iza syahid, Iza redha," Azeliza menangis lagi. Air matanya mencurah-curah. Akmal yang mendengar terasa sangat bersalah. Dia bersalah kerana membiarkan dirinya dikuasai ego sehingga tidak langsung mengambil berat tentang kebajikan isterinya. Sehinggakan isterinya mengalami komplikasi pun tidak diketahuinya!
Dan, dia juga rasa bersalah kerana mengenepikan hak wanita itu sebagai ibu kepada anak-anaknya. Padahal, Azelizalah yang menanggung sakit pening, muntah loya, sengal-sengal pinggang sendirian membawa tampungan itu. Selepas ini, bakal melahirkan pula anak-anak itu dalam keadaan masing-masing menghadapi komplikasi. Berdosakah wanita itu?
Kejamnya dia membiarkan wanita itu sakit sendirian. Akmal berlalu ke tingkat bawah.
Azeliza mengesat air matanya dan kemudian berlalu keluar dari kamar yang menjadi kamar hatinya selama ini. Dia menuruni anak tangga perlahan-lahan dan terlihat Akmal sedang termenung panjang di atas sofa dengan bungkusan nasi di atas meja.
"Abang dah lama sampai?" soal Azeliza, lembut sambil melangkah perlahan menuju ke arah suaminya. Akmal menggeleng sahaja. Azeliza tersenyum manis.
"Abang nak makan sekarang ke? Iza siapkan," ujar Azeliza sambil mengelus bawah perutnya perlahan. Akmal hanya diam tidak berkuit. Matanya tak lekang memandang wajah pucat lesu itu. Kemudian, pandangannya dijatuhkan ke arah perut membusung itu. Leka beberapa saat sebelum wajahnya diraup kasar.
Azeliza terdiam apabila melihat reaksi suaminya. Tahu mood suaminya tidak baik. Jemarinya mencapai plastik berisi dua bungkus nasi itu. Dia melangkah ke dapur dan menghidangkan nasi tersebut ke dalam pinggan. Air untuk suaminya disediakan.
"Abang, Iza dah siap. Makan ya," Azeliza memanggil lembut. Akmal bangun malas, melangkah ke arah isterinya. Dia hanya memandang Azeliza menyuap makanan sedikit demi sedikit. "Abang tak nak makan ke?" soal Azeliza apabila menyedari suaminya asyik merenungnya. Akmal tunduk dan mula menyuap makanan, tidak mempedulikan soalan isterinya.
Azeliza menyuap kembali nasi yang masih berbaki lebih separuh. Akmal mencuri pandang wajah yang dalam diam mula disayanginya itu.
AZELIZA melipat telekungnya rapi usai membaca al-Quran surah Luqman dan Maryam untuk anak-anaknya selepas solat Isya’. Kepalanya kekal dikenakan serkup. Sarung lengan berwarna hitam dikenakan dengan baju kaftan biru lembut itu. Akmal hanya memandang hairan dengan pakaian isterinya.
Azeliza melabuhkan punggung perlahan-lahan di birai katil sambil menggosok-gosok kedua telapak tangannya. Kemudian, perlahan-lahan tubuhnya dibaringkan mengiring menghadap suaminya yang sedang melayari internet bagi menyiapkan kerja syarikat. Gebar ditarik sehingga ke paras dagu. Kelihatan urat-urat kebiruan pada pipi putihnya.
Tidak mahu mengganggu isterinya yang kepenatan, Akmal hanya menggunakan lampu meja peneman setianya.
Kira-kira dua jam selepas isterinya terlena, 11 malam, Akmal turut terlena keletihan. WANITA ini terjaga tiba-tiba. Perutnya yang memboyot dielus lembut. Sakit. Menyucuk-nyucuk pada bahagian ari-ari.
Dahi Azeliza berkerut sedikit. "Kenapa ni sayang?" soal Azeliza perlahan kepada anak-anak di dalam kandungannya. Si kecil menunjal-nunjal ari-arinya. Azeliza mendesis perlahan, sakit.
Azeliza menoleh ke sisinya, wajah suaminya nyenyak terlena. "Sayang sabar ya. Jangan keluar lagi. Kesian abi, abi dah tidur," bisiknya perlahan dengan dahi yang masih berkerut menahan sakit. Dia tidak sanggup mengejutkan suaminya yang kepenatan bekerja. Perutnya digosok-gosok perlahan dan akhirnya terlena.
DUA jam kemudian, jam 3 pagi, Azeliza terjaga kembali. Kali ini terasa kain yang dipakainya lencun. Perutnya juga semakin berdenyut-denyut pedih. Azeliza menggosok-gosok perut itu supaya sakitnya beransur hilang. Namun, sakit tetap terasa malah semakin kuat sehingga Azeliza mengerang kesakitan. Akmal yang terdengar sayup-sayup suara isterinya terjaga.
Wajah yang merenik peluh dingin isterinya dipandang. "Kenapa ni? Nak bersalin dah ke?" soal Akmal, cemas. Azeliza hanya mampu angguk, tidak terdaya mengeluarkan suara. Akmal pantas mencempung tubuh wanita ini ke kereta. Bakul peralatan bayi sudah lama dimasukkan ke dalam kereta.
AZELIZA dimasukkan ke wad bersalin. Akmal juga ikut bersama, memegang jemari isterinya erat, kejap bagai tidak mahu dilepaskan. Wajah Azeliza kemerahan menahan sakit.
Doktor memeriksa kandungan Azeliza. "Tunggu terbuka 7cm lagi. Baru 3cm," ujar doktor itu. Azeliza memegang erat jemari suaminya, menggenggam sakit. Air matanya mengalir lesu. "Syhh, sayang. Jangan nangis, abang ada kat sini," bisik Akmal perlahan. "Ingat ALLAH, ya sayang," ujar Akmal lembut di telinga kanan isterinya. Azeliza angguk dalam keadaan matanya terpejam rapat. Bibirnya diketap.
Tangisan seorang bayi selepas 20 jam di dalam wad bersalin membuatkan Azeliza menghembus nafas lega. Segala kesakitannya hilang serta-merta sebaik sahaja terlihat wajah anak itu. Tubuhnya sangat sihat dengan berat 4 kilogram. Beberapa minit kemudian, si adik menyusul dengan berat 3.4 kg. Azeliza mengucapkan syukur kelegaan.
"Alhamdulillah.." Azeliza berbisik sendiri, perlahan sahaja. Akmal mengucup dahi wanita itu, tanda tahniah. Azeliza dipindahkan ke wad biasa. Akmal tersenyum ke arah isterinya. Azeliza terkedu sendiri.
assalamualaikum. ini karya pertama saya. tak tahulah okay ke tidak. harap sudi komen ++ kritik kalau ada yang tak kena.
babe..nape cm tergantung huh??sdp2 sy da feeling2 gler..pas2 da abes....ape jd kt relation dieorang?? haihs.....but best laa..u actually do make me cry...huu~
salam.... idea yang disampaikan menarik.. olahan cerita saja kurang menarik, berterabur dan lintang pukang... saya tertanya2 first ibu akmal dipanggil mama n second dipanggil umi..?
crte ni mnrik... tp msih x fham mcm mne diorg blh kwin,atas dsr cnta or plhan kluarga...?????? crte ni mcm trgntung la... ape2 pn tniah krna krna brjya hsilkn crte ni... ln kli blh la bt crte yg lbih mnrik dri kslpan cerpen ni....
gantug...hehehe... pelikkan ley kawin coz x ske??? downg becinta ke sblm kwen or tbe2 kne kwen?? cm ne downg ley kawen ek????? kate iza 2 ade komplikasi tp die selamat??? die bersalin normal jek....
salam sorry byk sgt kekurgn cerpen ni. saya pun x check dulu bcoz karya ni dah lame buat. sy p0n dah lupe ape yg sy taip. main post aje. sorry sgt2..
lgp0n.. erk, mane la sy tau.. mom-to-be to cmne.. sy dak skola nengah lg mase wt cerpen ni.. skg p0n mnengah rendah baru. x blaja lg cmne mom-to-be tu..
bnyk yg t'gntg..awl2 dh x brapa phm..mcmmn bleh bnci plak.. then ap jd lps dh b'slin 2?camner ngan komplikasi td? ad effect k x?wawawawa..penat bc t'gntg mcm nie.. tp mampu wat ak menangs sbb iza t'pksa tgg drita sndrian..rsa mcm iza 2 sgt tbah dan bleh ak jdkn pngajrn..thanks a lot...
ha klau nk post len ok gak... tp tmbh skit reason knp iza 2 dbenci (klau dh bnci watper kwn daa..), then bgtau ending dia,komplikasi 2 jd ap?, suami dia 2 dpt k x trnkn ego dia, mcm mn dia b'baik blk ngan iza 2... then lg 1 knp kwn sekerja akmal 2 snyum sinis bla kata " kamu ni isteri akmal k"? nape? akmal 2 ader pompuan len ke? bleh tmbh sume nie..??then baru cerpen nie b'tmbh lngkp.. try again..try ur best!!
sebuah karya yang sangat menyentuh hati serta diselitkan unsur2 keislaman. Sgt jarang cerpen yg mengutarakan isu islamik spt ini. Walaubagaimanapun, cerita ini agak mengelirukan sedikit kerana tidak dijelaskan mengapa si suami begitu membenci si isteri.. Dan bagaimana pula mereka boleh bersama sedangkan si suami enggan menunjukkan perasaannya terhadap si isteri? Di harap penulis dapat menggarap sebuah kisah yg lebih mantap lg. However, good job!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ape kes tergantung weh!xboleh blah bace karya mcm nni....nak buat, buat r betol2!