Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku bertemu dia sekali lagi.dlm kalut-kalut mengutip buku2 yang berselerakan, aku nampak dia berlalu pergi. aku berlari anak dalam hujan renyai untuk memanggilnya.yg lebih tepat,aku sebenarnya berlari untk m\'dptkannya,tp aku tidak pernah berpeluang utk berdepan dengannya.saban hari aku hanya akn melihatnya dari jauh. dia seakan tahu bila aku berjalan untuk menghampirinya.dia seakan tahu bila aku cuba memanggilnya, dia akan terus pergi tanpa menoleh walau sekali ke arahku.dia biar aku sendiri.dia biar aku terus berharap dan menanti!
Tuhan!!dia jelas di depan mataku. aku cuma menelan liur, melihat kelibatnya pada pagi itu. dia berpakaian sukan adidas dari baju, trek bottomnya , kasut dan juga beg sandangnya.nampak santai dan bergaya di mataku.sekali lagi aku ingin menjerit memanggilnya. sekali lagi dia akan berlari sejauh mungkin dari aku.aku cuba mengejar.sampaikan aku lelah dan x bermaya.sungguh!! dia telah melupakan aku.dia tidak perlukan aku.dia terus menjauh..dan semakin jauh.
tp aku masih setia di sini.masih ternanti2.masih mengingati setiap bait2 puisi yang dia hadiahkan 2tahun lalu.aku masih ingat kata-katanya yang terputus2 kerana menggigil kesejukan, sewaktu kami sama-sama terjatuh ke dalam sungai.dia berjanji untuk hidup demi aku.dia berjanji utk terus hidup di mata aku.dia berjanji akan terus menyayangi aku!
esoknya aku ke kampus,dengan muka yg sedikit muram,aku menggenggam diari hitam yang berhabuk itu. aku sengaja membawanya.aku bertekad untuk menunjukkan padanya bukti cinta kami yg hampir bersemi 2tahun lalu sblm dia hilang dari hidupku .dia yang menabur janji, tetapi dia juga yang mengkhianatinya.
aku berjalan lambat-lambat, melewati perpustakaan. orang masih ramai di situ. aku mengambil tempat di sebuah pondok rehat di hadapan perpustakaan.aku menunggu dan terus menunggu.tp hampa.biasanya, aku melihat kelibatnya di situ.jam 4ptg,di celah-celah orang ramai,dia akan berlari-lari menuruni tangga perpustakaan.setiap hari,dia akan muncul di depanku tetapi tidak langsung menoleh. tp berlainan pula hari ini. sudah puas aku menunggu,tp dia masih belum kunjung tiba. aku bgn,berjalan cepat-cepat ke taman. aku tahu dia juga suka ke taman.aku nmpk dia di situ 2 hari yang lalu.mungkin dia di situ, mengambil angin setelah penat menelaah di perpustakaan.aku melabuhkan punggung di atas bangku simen yang diwakafkan oleh Tuan Haji Zawawi.Entah siapa dia, aku langsung tidak tahu,cuma namanya tercatat di bangku itu,sebagai pewakaf.
ingatanku terus menerawang.mengingati detik-detik aku bersamanya. 2tahun tidak lama untuk aku terus mengingati kenangan2 indah itu.2tahun tidak cukup untuk aku melupakan semua janji2nya. 2tahun tidak mampu utk mengubah hati dan mindaku dari terus merindui dia.
aku melangkah longlai.lemah sendi-sendiku serasa tidak dapat lagi mengatur langkah.. Terasa ingin menjerit sekuat ati melaungkan namanya. Entah kenapa dia dingin terhadapku.entah kenapa dia langsung tidak mengingatiku.tidakkah dia rindu padaku yang selalu diusiknya setiap hari?2tahun yang lalu? Ya..manusia.aku mungkin lupa manusia cepat berubah.mungkin 2tahun sudah cukup untuk dia melupaiku sehingga xmungkin ada lagi sisa-sisa kenangan yang akan singgah di mindanya. Tak mungkin sesekali kenangan-kenangan itu akan menjengah fikirannya. Aku benar-benar tidak terdaya saat ini.aku meraung sekuatnya.tetapi raungan itu hanya bergema di ruang hati.
Sebuah kereta yang meluncur laju berhenti tepat di sisiku.aku yang lemah dan hampir terduduk pantas disambar oleh pemandu kereta tersebut lalu di papah masuk dgn cermat ke dalam Toyota Camry hitam berkilat itu. aku hanya membiarkan diriku disandarkan di kerusi belakang kereta tersebut. Aku menutup mata,memejam rapat-rapat.agar bayangnya hilang dan tidak akan muncul lagi.sesungguhnya aku benar-benar sesak dalam kekalutan dan kepedihan hati saat itu!
Aku terbaring lesu.wajahku pucat, kata mama. aku dpt rasakan bibirku merekah,pedih bagai dikopek2 kulit bibirku itu.aku tidak langsung berselera.puas mama memujuk supaya aku menjamah sedikit makanan tetapi aku m’geleng.tekakku terasa kering. Makanan yang terhidang bagaikan batu-batu dan kulit-kulit kayu yang tidak langsung indah dipandang, apatah lagi untuk disumbat ke kerongkongku. Ada air yang mengalir dari mataku,meluncur perlahan di pipiku yang cengkung. Mama kelihatan kaget, terkejut, lantas dia cepat-cepat mengesat air mataku, tanpa sedar air matanya lebih laju berjuraian. Dia tersenyum.dia mengusap rambutku dan mencium dahiku. Sentuhan kasih syg inilah yg aku dambakan sejak bertahun-tahun yang lalu.kini aku mendapatnya dlm saat aku terbaring lemah. Aku melihat mama berlari keluar dari bilik dan memanggil abah dan adikku. Mereka bagaikan terkejut dan tidak percaya. Setelah dua tahun, akhirnya aku mampu menangis!
Aku dibawa ke hospital bila keadaanku semakin lemah. Aku terlantar dengan wayar yg berselirat di badanku. Entah terapi apa pula kali ini, aku langsung tidak mahu ambil tahu. Yg aku mahu hanya dia.aku ingin sekali menatap wajahnya. Di kala keseorangan sebegini, hatiku benar-benar mendamba kasihnya. Aku memejam mata.membiarkan kenangan itu kembali bermain dan berlegar-legar di fikiran. Terasa begitu sakit kepalaku apabila kenangan itu semakin berputar-putar. Kenangan itu semakin kabur, tetapi bayang wajahnya semakin jelas. Aku benar-benar tidak pasti, mimpi atau realiti. Terasa tgnku hangat disentuh. Terasa dahiku dikucup lembut. Terasa ada elusan di pipiku. Air mataku menitis lagi.kali ini lebih laju bila aku bagai dapat mengecam sentuhan itu.dia!
"Aina.." Samar-samar aku terdengar suara mama memanggilku. Kepalaku berdenyut-denyut. Aku membuka mata perlahan-lahan. mama menggenggam jari jemariku. Aku nampak abah tersenyum. Aku nampak adikku Azua juga tersenyum. Mereka kemudian merapatiku. Mencium dahi dan kedua belah pipiku. "Syukurlah, Aina dah sedar" kata abah perlahan sambil tangannya mengusap kepalaku. Kelihatan seorang doktor dan 2org jururawat mendekatiku. Mereka memeriksa nadiku, mata, dan anggota badanku yang lain Aku cuba mengukir senyum sambil mataku mula meliar memerhati di setiap sudut bilik itu. Kemudian aku mengangguk sendiri. Aku faham kini. Aku benar-benar faham.
Aku dibenarkan pulang setelah doktor mengesahkan kesihatanku stabil Rupanya aku telah koma selama 3 hari. Sepanjang perjalanan pulang, aku tidak henti-henti tersenyum. Mama, abah dan adik nampaknya begitu gembira melihat senyumanku. Kata mereka, sudah dua tahun mereka ’kehilangan’ku. 2tahun? Fikiranku segera mengimbas peristiwa-peristiwa yang berlaku 2tahun yg lalu.
Aku dan dia berada di tahun akhir pengajian di sebuah universiti di selatan tanah air. Kami mula berkenalan semasa minggu orientasi pelajar-pelajar baru dan hubungan kami mula akrab selepas itu. Aku dan dia sering menelaah pelajaran bersama-sama di perpustakaan. Setiap Rabu dan Khamis, tepat jam 4ptg, aku akan bercekak pinggang di pondok rehat sambil melihat dia berlari-lari termengah-mengah menuruni tangga perpustakaan untuk mendapatkanku. Setiap hujung minggu, aku dan dia akan ke taman.kami akan berjoging bersama-sama dan akan sama-sama berhenti berehat di bangku simen wakaf Tuan Hj. Zawawi. Aku bahagia bersamanya. Dia lah yang menyinari hari-hariku.Dialah sahabat baikku, dialah teman akrabku dan tidak terkecuali perasaanku yg tiba-tiba timbul untuk memilikinya lebih daripada itu.
Hari terakhir kami di kampus, aku membonceng motosikalnya. Dia membawaku bersiar-bersiar. Kami begitu gembira menikmati hari-hari terakhir kami bergelar siswa dan siswi di universiti itu. Aku dan dia menyanyi-nyanyi sambil tanganku erat memeluk pinggangnya. Dia membawaku menyusuri jalan-jalan kampung yang berhampiran kerana jalan bandar telah kerap kami lalui. Aku benar-benar bahagia di sisinya. Aku hampir terlupa aku masih mempunyai keluarga. keluarga? entah. Bagi aku dia lah segala-galanya .Aku dapat merasakan aku tidak akan dapat hidup tanpanya. Dialah satu-satunya manusia yang mampu membahagiakanku. Aku langsung tidak perlukan keluargaku saat itu. Aku tidak lagi bersedih bila melihat ibu bapa orang lain mengunjungi anak-anak mereka di kampus. Aku tidak lagi berasa sedih bila setiap kali aku pulang ke rumah, mama, abah dan adik tidak ada di rumah.. aku tidak lagi sedih apabila mama dan abah lebih menumpukan perhatian terhadap kerjaya dan terhadap anak mereka yg satu itu.
Tiba-tiba hujan turun dgn lebat. Dia memecut laju motosikal Kriss birunya. Katanya,dia tidak mahu aku demam dan ingin segera mencari tempat berteduh. aku memintanya memperlahankan motosikal tetapi dia berkeras untuk cepat-cepat sampai ke sebuah pondok kecil di seberang sungai. Kami terpaksa melalui sebuah jambatan kayu untuk sampai ke pondok kecil itu. Tapi, malang tidak berbau, jambatan itu terlalu licin dan ada kayu-kayunya yg tlh patah dan reput menyebabkan dia yang tengah memecut laju tidak dapat mengawal motosikalnya. Aku dan dia terpelanting ke dalam sungai. Air sungai pula semakin deras kerana hujan yang semakin lebat. Kami masih mampu mengapungkan diri dan cuba berenang ke tepi. Saat itu,aku dan dia cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan diri masing-masing. Dia sempat memegang tgnku dan menolakku hampir ke tebing. Aku sempat mencapai pokok-pokok renek yg t’dpt di tebing sungai. Dlm keadaan yg genting dan menggigil kesejukan, aku mula menangis krn melihat dia masih terkapai-kapai utk menyelamatkan diri. Aku terdgr dia bersuara dgn suara terputus-putus dan perlahan,dia berjanji untuk hidup demi aku. dia berjanji utk terus hidup di mata aku,dia berjanji akan terus menyayangi aku. Itulah kata-kata terakhirnya sblm motosikalnya yg berada di bahagian tepi jmbtn itu tiba-tiba jatuh menghempapnya.
Semenjak itu, aku tidak pernah sesekali menangis. Air mataku seakan kering setelah seminggu aku meratap kehilangannya. Setiap hari aku akn berulang alik ke kampus utk menunggunya spt biasa. Setiap kali juga aku dpt merasai khdrnnya di mana-mana. Tetapi aku pelik krn dia tidak semesra dl. Aku ternampak kelibatnya di mana-mana. Tetapi dia seakan tidak mengenaliku. Setiap hari aku membaca diari hitamku yg telah kumuatkan semua kenangan bersamanya Aku terlalu merinduinya sehinggalah hari aku jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Aku sakit krn tidak langsung menemuinya hari itu. Selama dua tahun aku dpt melihatnya dr jauh, itu sudah memadai bgku walaupun dia selalu menjauhiku. Tetapi hari itu, dia tidak muncul lg. Tetapi dia tetap mengunjungiku di saat aku terlantar di hospital.itulah kali terakhir aku melihatnya.
Slp sedar dari koma, saat itu, aku bagaikan mendapat kekuatan baru. Aku tersenyum krn aku bagaikan br tersedar dari mimpi dan angan kosongku. Aku kini sedar dia telah tiada .dia telah dijemput Ilahi 2tahun yg lalu. Aku sendiri yg melihat jasadnya yg telah kaku setelah dibawa keluar dr sungai itu. Aku sendiri yg melihat dia dikafankan. Aku sendiri melihatnya ditalqinkan.Tp hati dan fikiran aku tidak mahu menerima hakikat itu, hati dan mindaku terlalu berdegil membuatkan aku menghabiskan waktu 2tahun dgn sia2.Tetapi, bg aku,dia sbnrnya tlh menunaikan janjinya utk terus hidup demi aku, utk terus hidup di mata aku, dan terus menyayangi aku.dia muncul dlm ilusi aku.tapi kali ini aku bertekad, aku akan biar dia pergi. Biarlah aku yg membuangnya jauh2 krn aku tidak sanggup lg hidup dlm kenangan. dia sebenarnya hanyalah satu ilusi yg aku cipta sendiri!
cerita ni macam dalam movie SEPI sila muncul dengan karya yang lebih original agak membosankan apabila kerap membaca cerita2 yang diolah daripada novel2 lain atau filem2.. maaf..
asal dpt feel time bca, pd aku ok sgt da lebey2 aku pon bkn pernah tgk citer SEPI tu xper, ari nie klu dlyn ciplak 100% esok lusa dlyn amek 50% lak k n lama2 dlyn akn come out ngan idea sndrik smer benda ada proses nyer yg pting dlyn jan give up n terus asah bakat 2
ala.,ok r 2..mybe ni karangan pertama dlyn kot.. nanti lama2 die pandai r buat cite yg lg menarik.. chayOk2 dlyn..(^^,)
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cerita ni macam dalam movie SEPI
sila muncul dengan karya yang lebih original
agak membosankan apabila kerap membaca cerita2 yang diolah daripada novel2 lain atau filem2..
maaf..