Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Shaza bersendirian mengadap bayu laut china selatan. Fikiranya kosong. Dia melepaskan keluhan kecil, seolah cuba menghalau sesuatu dari fikiran. Keong duduk disebelahnya, menghulurkan sebatang rokok. Shaza tergelak. "Sejak bila pula aku merokok?" "Sejak bila pula pandai termenung?", soalan vs soalan. Kau tak boring ke pandang laut. Aku baru saja naik darat. Cari la tempat yang seronok sikit untuk bermenung". "Aku tak ajak kau datang pun." "Aku teman saja, takut-takut ada perkara yang tidak diingini berlaku pada kau". "Ye la tu. Pergi hisap rokok jauh sikit, busuk la." Keong buat-buat tak dengar. "Ma aku tanya kau nak datang rumah tak hujung minggu ni, dia nak suruh Si Semail sembelih ayam". "Segan la aku. Macam menyusahkan je". "Menyusahkan apa pulak, datang makan je". "Bukan menyusahkan aku la, menyusahkan Ma kau. Suka sangat belit ayat orang tau." "Wa Cina ma…"Keong berlawak lagi. Gelaknya solo. Shaza langsung tidak memberi respon. "Ada masalah ke? kekasih lari ye?". "Kekasih aku ada kat sebelah je", tanpa segan silu. Keong bangkit, berjalan menuju ke gigi pantai, kemudian berhenti. "Haihhh, Cinta itu buta dan membutakan mata hati. Cuba tengok aku ni. Selekeh, gelap, tak hensem. Kau ni buta ke." "Hati dah suka, nak buat macam mana." "Dah kahwin nanti kau nak makan apa, pasir. Anak kita nak pakai lampin apa, kain buruk." "Tak ada la sampai macam tu. Nanti aku kan kerja." "Sanggup ke nak tanggung laki", Keong perli. "Kenapa mulut kau ni pedas sangat!". "Kenapa kau ni tak faham-faham!". "Hish!", Syaza berlalu geram.
-----------------------------------------------
Ayah tertidur di kerusi malas di ruang tamu. Rindukan ibu la tu. Sejak ibu meninggal, dunia ayah kosong. Hari-harinya sunyi. Terkenangkan kisah mereka aku kadang-kadang tergelak sendirian. Tak sangka perempuan secerdik ibu pernah mencintai nelayan kampung. Cinta ibu begitu setia hingga ayah hampir berputus asa semasa memikat ibu dahulu.
"Sebab tu ayah begitu sayangkan ibu ye?". Ayahnya mengangguk perlahan. Matanya bersinar-sinar setiap kali ibu disebut. "Benda yang susah nak dapat, memanglah kita akan hargai". "Apa kelebihan ibu?", dia cuba mengorek rahsia perempuan melayu yang ada pada ibu. "Dah suka, jerawat batu pun dianggap tahi lalat."
Aku gelak mendengarkan perumpamaan ayah. Ayah ni ayat dia cukup manis kalau berbicara. Dengan ibu, suaranya seperti berbisik, tak pernah menengking atau meninggi suara. Gaya romantik gitu. Dah tua-tua pun gatal. Kisah curang ibu tak pernah aku bongkar pada ayah. Ibu begitu sempurna di matanya. Aku sentiasa merasakan ibu sebenarnya tidak layak memiliki lelaki sebaik ayah.
"Ibu pernah tak sakitkan hati ayah?" "Pernah, tapi ayah tahu dia sebenarnya geram sebab cinta dia dengan si nelayan tu tidak berkesudahan. Jadi ayah sabar je, bagi dia masa untuk menerima." "Mereka sama-sama mencintai ke?" "Rasanya ya. Ayah pun kurang pasti."
Aku sekadar menduga ayah. Kebenaranya sudah aku temui di dalam surat-surat lama ibu. Seminggu setelah pemergian ibu, aku bersendirian mengemas barang-barangnya, sambil menangis. Sayang aku terhadap ibu tetap ada. Ada sekeping surat lama terselit pada sebuah buku usang. Tertera alamat Keong, si nelayan. Aku menjejaki alamat tersebut, ternyata khabar gembira yang mengakhiri perjalananku ke Tok Bali, Kelantan. Tempat itu kampung ibu, tapi hanya sekali aku sahaja aku pernah kesana. Saudara-mara ibu banyaknya di sebelah pantai barat. Ibu anak tunggal, dibesarkan di kampung bapanya. Keong memulangkan semua surat-surat utusan mereka. Dari surat pertama kiriman ibu sehinggalah yang terbaru, seminggu sebelum kematianya. Dari situ aku sedar, cinta ibu terhadap Keong begitu utuh. Kasihan ayah.
"Kenapa cinta kamu tak kesampaian?" Keong menjawab sambil terbatuk-batuk. "Mesti kita mahu yang terbaik untuk orang yang kita sayang. Aku nelayan, macam mana nak bahagiakan dia." "Cinta suci bukan berlandaskan material," aku gemar menduga. "Shaza layak untuk menerima yang terbaik. Kalau kita betul sayangkan seseorang, kadang-kadang lebih baik untuk melepaskan sahaja dia pergi."
Aku kagum. Tak sangka pak cik yang sudah terketar-ketar dihadapanku ini masih sarat dengan rasa sayang terhadap ibu.
Itu kisah Keong, yang rela melepaskan cinta demi kebahagiaan ibu, walaupun aku sedar dia menyesal sebenarnya. Dengan ayah lain pula ceritanya.
"Sejak terpandangkan wajah ayu ibu, ayah terus angau. Ayah minta dengan cara baik untuk berkawan dengan ibu. Ibu kata dia tak kisah. Dalam ramai-ramai lelaki yang cuba memikat dia, ayah juga yang menjadi pilihan ibu. Padahal ayah ni orang yang paling tak layak dari segi penampilan dan harta."
Aku tahu, ibu sengaja membalas dendam pada Keong. Dia ingin membuktikan bahawa duit dan rupa bukan ukuran, sebab itulah aku ber-binti-kan Faisal. "Sebelum kahwin ibu ada menceritakan perihal si nelayan. Dia kata dia perlukan masa untuk melupakannya". Ayah bersahaja berkongsi cerita dengan ku. Sukar untuk meneka sama ada ayah cemburu atau tidak dengan pengakuan ibu itu.
Hamdan lelaki ketiga dalam hidup ibu. Waktu itu usiaku 10 tahun. Inilah kisah kecurangan yang aku sembunyikan dari ayah. Ayah dihantar mengajar ke Perlis, meninggalkan kami di Selayang. Ibu kesunyian. Selepas aku ke sekolah, ibu gemar keluar bersiar-siar di taman. Suatu hari aku keracunan makanan, hampir tengah hari, ambulan tiba dihadapan rumah menghantarku, disamping beberapa teman yang lain. Kelibat ibu bersama seorang lelaki menerjah pancainderaku sewaktu melalui kawasan taman. Ibu kelihatan begitu ceria, lain sekali sewaktu bersama ayah. Aku sentiasa sedar ibu dingin dengan ayah. Sakitku hilang tiba-tiba waktu itu.
Aku cuba memikirkan kemungkinan penafsiranku tersilap. Dengan pengalaman berusia 10 tahun aku sendiri keliru. Peristiwa itu aku lupakan begitu sahaja selepas itu, sehinggalah usia mencecah 15 tahun. Hamdan berkebetulan menjadi guru Sejarah ku. Aku nakal waktu itu, dengan otak yang bergeliga tetapi kurang matang aku merangka pertemuan mereka.
"Ibu tolong jemput ye hari ni", aku bernada manja, gaya anak tunggal. "Ibu kerja la sayang. Suruh ayah jemput". Ayah bersetuju tanpa banyak soal. Hish, ayah ni, rosak plan. Cubaan pertama, gagal.
Cubaan kedua: aku sengaja menyertai latihan bola keranjang yang diajar Cikgu Hamdan. "Ibu, petang ni datang jemput ye", aku menghubungi pejabat ibu. Sejak bekerja ibu semakin jarang di rumah. Aku tak sempat menemuinya pagi tadi meminta agar dijemput. Ibu keluar awal-awal pagi. "Nanti ibu telefon ayah. Ibu banyak kerja lagi ni sayang. Telefon ibu balik dalam 10 minit lagi ye." Aku berdoa sepanjang sepuluh minit itu, berharap rancanganku berjalan lancar. "Ayah datang jemput kamu, tunggu kat tempat biasa".
Ayat ibu menghancurkan harapanku. Ayahhhhh! "Bukan ke ayah kata ada meeting lepas sekolah," aku berharap ayah akan menolak permintaan ibu kerana kerja. "Memang la, tapi anak ayah ni siapa yang nak jemput", dia tersenyum memandangku. Hatiku sayu tiba-tiba. Spontan aku memeluknya. "Ayah tengah bawa kereta la ni", suaranya garau tapi mesra.
Tiada cubaan ketiga selepas itu. Aku cuba melupakan kemungkinan kisah curang ibu. Aku cuba memandang Cikgu Hamdan tanpa syak wasangka. Ibu, aku cuba mempercayai bahawa kasih sayang dia cuma pada ayah.
Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Ketentuan dari Tuhan kadang-kala datang tanpa di duga. "Ibu!", buat kali pertama sejak bekerja ibu datang menjemputku. "Anak ibu", ibu mendepakan tangannya, mengalu- alukan aku ke dakapannya. Kalau kawan-kawanku nampak, mesti diaorang menyampah. Aku semangnya digelar anak manja.
Kata ibu, dia sedar aku terabai. Dia memohon maaf kerana tidak menyedarinya terlebih awal. "Kesian anak ibu, sampai kena minta dijemput sebab rindukan ibu". Aku senyum kelat. Tiba-tiba rasa berdosa. Walaupun hubungan ibu dan ayah kurang mesra, namun kasihnya terhadap aku tidak berbelah bahagi. Aku tidak patut meraguinya, hati kecil berbisik.
Takdir Tuhan berjalan sebagaimana yang dirancang. Cikgu Hamdan dan ibu terpandangkan satu sama lain, terus wajah mereka berubah. Sehingga ke hari ini aku tak lupa ekspresi wajah mereka: terkejut, takut, pucat. Sejuk tangan ibu waktu itu. Apa yang aku rasakan selama ini rupa-rupanya betul.
Aku bersemuka dengan Cikgu Hamdan. Hatiku meronta-ronta untuk mengetahui hakikat hubungan mereka. Andaian tidak berasas memakan diriku. Aku perlu bukti yang kukuh. Cikgu Hamdan meti-mati menafikan pertanyaan ku. "Saya pernah Nampak Cikgu dengan mak saya di taman dekat rumah, lima tahun dahulu," air mukanya berubah. "Silap orang agaknya", dia menghalau ku, cuba mengelak pertanyaan seterusnya. "Saya dah bagitahu ayah", fikiranku mula dicucuk syaitan. Aku sedaya-upaya cuba menahan diri dari melontarkan ayat itu. Mulutku dikunci rapat. Akhirnya aku berlalu, enggan memaksa Cikgu. Biarlah orang dewasa dengan masalah mereka.
Cikgu meninggalkan aku dengan sepucuk surat setelah SRP berakhir.
Cikgu tak mahu mengganggu peperiksaan kamu, jadi Cikgu diam waktu tu. Ya, kami pernah berhubung. Tapi cukuplah Cikgu katakan itu cuma satu kesilapan. Cikgu sedang menghadapi masalah dengan isteri waktu itu, ibu kamu pula kesunyian. Kami sekadar merpati yang patah sayap, dan saling membantu. Harap kamu tidak memadang serong pada Cikgu dan ibu kamu.
Ringkas.
Aku berpindah sekolah selepas itu, ke sekolah tempat ayah mengajar. Setiap kali terpandangkan wajah Cikgu aku naik meluat. Dia guruku, namun perasaan yang ada ni sanubari ini tak mampu aku singkirkan.
Cikgu berbohong padaku. Kisah mereka bukan kisah merpati patah sayap. Mereka merpati yang sengaja cari pasal. Diari ibu aku baca. Kisah kecurangan mereka adalah satu hakikat. Setelah ayah kembali ke Selayang barulah mereka berhenti berhubung, bermakna kecurangan ibu berlansung selama tiga tahun. Apa yang mengejutkan aku, Cikgu Hamdan hampir menceraikan isterinya demi ibu. Begitu butakah cinta berlandaskan nafsu?
"Ayah", aku mengejutkan ayah yang lena di kerusi malas. Gambar ibu erat di pelukannya. Hatiku sebak. Walaupun ibu pernah curang, namun kehadiranya membawa bahagia pada ayah. Ayah begitu setia pada ibu yang sentiasa dingin. Aku amat mengaguminya, dan waktu ini aku tidak dapat mengekang air mata simpati pada ayah. Ayah terkejut sewaktu aku memeluknya.
Mungkinkah bahagia turut dirasai Keong dan Hamdan sewaktu mereka berkasih dengan ibu?
Aku berusaha menghubungi Cikgu Hamdan. Niatku baik, sekadar bertanyakan khabar. Aku dimaklumkan dia ditempatkan di rumah orang tua di Shah Alam. "Shazana", itu panggilannya pada ku. Aku terpana. Begitu hebatkan penangan cinta ibu. Aku tidak mampu berkata-kata. Hanya air mata simpati yang gugur, seperti dua hari lepas dihadapan ayahku.
"Abang tak kisah, tapi kita kena pastikan mereka layak duduk disini", suamiku lembut berbicara. Aku mengangguk. "Mereka layak bang". Mereka layak sebagai ganti terhadap apa yang ibu pernah lakukan pada mereka. Aku menempatkan Hamdan dan Keong di rumah orang tua yang diasaskan suamiku. Ayah kami tinggalkan di sana siang harinya. Waktu malam dia pulang kerumah. Pelik rasanya melihat mereka bertiga duduk bersama-sama, berbual dan berkongsi kisah silam. Aku baru perasan mereka punya persamaan, dari segi sikap dan tutur kata, begitu juga pandangan terhadap sesuatu perkara. Patutlah ibu jatuh cinta pada mereka.
Aku tahu ibu tak bersalah, ibu sekadar mencari cinta. Tapi cinta yang disulam tanpa cahaya Ilahi takkan membawa bahagia. Sehingga kini aku tidak pasti siapa yang paling dicintainya. Adakah Keong yang sentiasa berutus surat dengan ibu, ataupun ayah yang setia, mungkin juga Hamdan yang dikatakan paling memahami di dalam diari. Ibu sendiri tidak pernah memberi konklusi kisah cintanya.
Aku sentiasa mengujungi pusara ibu, mendoakan agar dosanya diampuni Sang Pencipta cinta. "Ita sayang ibu…………….".aku menghadiahkan bacaan Yasin kepadanya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
huhu..
bley than cta ni...
tp ada y kkurangan lg...