Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Cendera pantas menunaikan tanggungjawabnya yang pertama hari itu, membersihkan tong sampah setiap meja di situ. Adoi penat! Dia meluruskan badan yang sakit kerana terbongkok-bongkok dari tadi. Tiba-tiba, matanya tertangkap kelibat seseorang.
"Lela!" jeritnya kuat.
Lela menoleh lalu tersenyum. Di tangannya sebatang penyapu dan penyodok.
"Cendera, awal hari ni?" Lela mendekati Cendera yang sudah tersengih-sengih seperti kerang busuk. "hehe, memang selalu awal. Cendera nak jadi rajin macam Lela. Cendera nak datang awal supaya Lela tak payah buat banyak kerja. Biar Cendera yang buat." Jelas Cendera bersungguh-sungguh.
"terima kasih Cendera. Dah habis nanti kita jalan sama ya." Ujar Lela lagi.
"baiklah Lela. Itu dah semestinya!" lalu Lela berlalu menunaikan kerjanya menyapu sampah di pejabat itu.
Mereka bertugas sebagai janitor di syarikat itu sejak 3 bulan yang lalu. Cendera rajin, Lela baik. Mereka bertungkus-lumus setiap hari memastikan pejabat itu bersih dan selesa untuk orang lain bekerja. Sedang Cendera melayan angan-angan memikirkan apa yang hendak dibualkan dengan Lela nanti, Cendera terdengar suara orang marah-marah di bahagian hadapan. Cendera bergegas menuju ke arah itu.
"awak buta ke? Kan saya tengah berjalan? Kenapa awak sapu kaki saya? Buta!" kasar bentakan itu. Cendera tidak sedap hati.
"maaf encik. Saya tak sengaja." Kedengaran suara itu gugup berbicara.
"apa maaf maaf? Kau tau tak, kasut ni, tak mungkin boleh diganti dengan gaji kau sebulan tau! Tengok, dah melekat kotoran. Kau memang buta, kau tau tak? Buta!" bentak suara itu lagi.
Cendera melangkah lagi ke hadapan lalu jelaslah pada penglihatannya situasi itu. Perasaan marah membuak-buak secara tiba-tiba.
"encik. Dia dah minta maaf, sudahlah tu." Sampuk Cendera tiba-tiba. Taufik bengang.
"kau tukang kutip sampah jangan masuk campur boleh? Ni urusan aku dengan dia." Cendera melihat Lela sekilas.
Air matanya sudah bertakung. Wajahnya sudah merona merah menahan malu diherdik di depan orang.
"encik, saya minta maaf bagi pihak dia. Maafkan dia." Ujar Cendera lagi mempertahankan Lela.
"argh! Apa-apa je la!" lantas Taufik berlalu pergi. Orang ramai yang berkerumun juga sudah beransur sedikit demi sedikit.
Cendera mendekati Lela yang sedang sibuk membersihkan mukanya. Malu Cendera melihatnya begini.
"ke mana?" "bumbung." Lela masih kehairanan namun dia tetap melangkah menuruti Cendera.
Bumbung bangunan itu berupa sebuah taman yang dikhaskan untuk majlis kenamaan sahaja. Taman itu cantik. Lela terpegun. Dia tidak pernah naik ke situ. Seakan dalam cerita dongeng.
"cantikkan?" Tanya Cendera. Lela tidak menjawab. Dia berpusing-pusing mengelilingi kawasan itu. Dia masih terpegun. Tidak sangka ada tempat secantik itu di sini.
"Cendera, mana awak tau ada tempat ni? Saya tak pernah tau pun." Ujar Lela riang. Cendera gembira melihta Lela senyum kembali.
"saya tersesat hari tu, sebab tu saya boleh tau."
"cantik sangat tempat ni. Macam dalam cerita dongeng."
"Lela, jom duduk." Cendera sudah melabuhkan punggun di sebuah buaian besi yang berukir cantik. Lela turut melabuhkan punggung di sisi Cendera.
Cendera memandang jauh, kosong. Lela juga mendiamkan diri, menghayati keindahan tempat itu.
"Lela, sampai bila Lela nak buat kerja ni?" Tanya Cendera tiba-tiba. Lela diam, melepaskan keluhan kecil.
"susah nak cakap Cendera. Lela miskin, mak dan adik-adik bergantung pada Lela. Lela kena bekerja Cendera. Kalau tak, mereka tak makan, tak sekolah." Ujar Lela sayu.
"habis diri Lela macam mana?"
"diri Lela? Tak pernah ada istilah tu dalam hidup Lela. Diri Lela tak pernah wujud. Yang ada Cuma keluarga Lela. Itu saja." Cendera menoleh memandang Lela. Sepasang mata redup itu direnungnya.
"Lela tak nak kahwin?" Lela diam, membalasa renungan tajam Cendera.
"kalau Lela kahwin, ada orang jaga Lela, jaga keluarga Lela. Lela tak perlu kerja macam ni lagi." Tambah Cendera.
"siapa orang tu Cendera, yang mulia dan boleh jaga keluarga Lela kelak macam mana Lela jaga mereka? Siapa dia? Ada ke orang macam tu? Susah Cendera, susah. Yang ada selalunya lepas kahwin isteri ikut suami, kena abaikan keluarga. Kalau tak derhaka dengan suami."
"Lela nak lelaki macam mana?" Cendera bertanya lagi.
"hmm, kalau boleh, Lela nak lelaki yang kaya, handsome, baik hati, penyayang, menghargai Lela dan keluarga. Yang penting dia boleh berjanji akan menjaga keluarga Lela macam mana Lela jaga keluarga Lela." Ujar Lela riang. Seketika senyumannya pudar.
"tapi Cendera, itu hanya mimpi seorang Cinderella melayu. Tak mungkin jadi kenyataan. Mana ada orang nakkan tukang cuci macam Lela ni. Kalau ada pun, takkan ada yang macam Lela impikan tadi. Betul tak?"
"kalau ada? Lela kena terus berharap. Kadang-kadang, harapan mungkin jalan pintas kepada kekecewaan tapi harapan membuatkan kita terus hidup. Impian membuatkan kita berusaha ke arah itu. Tercapai atau tidak belakang Kira kalau kita dah berusaha."
"hmm, tapi Lela tak nak berharap Cendera. Lela Cuma nak hidup sekarang. Untuk orang macam Lela, impian adalah pembunuh kehidupan. Kerana impian, hubungan kekeluargaan boleh terputus. Macam ayah Lela. Dia tinggalkan keluarga kerana mengejar impian hidup yang akhirnya membuatkan dia kecundang. Apa guna berharap? Bermimpi bila perkara tu hanya akan menghanyutkan kita Cendera?"
"Lela, janji satu perkara. Terus berharap. Cendera pasti suatu hari putera idaman Lela akan datang juga membawa Lela pergi dengan kuda berhias. Percayalah."
"Cendera, Cendera. Ingat cerita dongeng dulu kala ek? Apa-apa saja la. Jom, sambung buat kerja. Nanti kena marah lagi." Lela bingkas. Cendera masih duduk, memikirkan dalam kata-kata Lela. Hakikatnya, dia sendiri tidak pasti mungkinkah Lela bertemu putera idamannya?
Pulang kerja, Cendera pergi bekerja di gerai makan Pak Ali pula bagi mencari pendapatan tambahan. Hari itu, dia menerima tetamu yang tak disangka-sangka.
"encik Cendera b Mata?" Tanya lelaki itu, lengkap bersut hitam berkaca mata hitam.
"ya saya. Ada apa ya?"
"encik dijemput ke istana Rasa Sayang oleh baginda raja Sukarasa sekarang."
"hah? Kenapa? Saya anak raja ke?" Cendera riang. Akhirnya dapat juga dia jemput Lela dengan kuda berhias.
"boleh jangan perasan tak? Ada urusan lain. Tolong cepat. Raja nak pergi tempat lain pulak nanti."
Maka Cendera pun menaiki kereta mewah lelaki bercermin mata itu untuk mengadap raja.
Sampai di istana, raja sedang menunggu di atas takhtanya.
"encik Cendera. Ayah awak namanya Mata bukan?" "benar. Ayah saya Mata wahai raja yang mulia." "kami pernah berkawan dahulu. Semasa dia bekerja di istana di masa mudanya. Dan kami juga pernah berjanji akan bertemu kembali dan mengotakan janji kami untuk mengahwinkan anak kami iaitu encik Cendera dan puteri saya, Puteri Intan Payung."
"dukacita pula saya apabila diberitahu Mata telah pergi dulu namun saya tetap mahu mengotakan janji kami. Encik Cendera setuju?"
Cendera terkedu. Oh Lelaku! Bagaimana denga Lela? Kahwin dengan anak raja memang best, tapi Cendera tidak mahu meninggalkan Lela. Cendera rela tidak dapat kuda berhias untuk menjemput Lela asalkan dia bersama Lela. Cendera masih diam. Tidak tahu jawapan apa yang patut diberi.
"ampun tuanku. Apakah natijahnya sekiranya saya menolak tuanku?"
"apa? Anda tak mahu kahwin dengan puteri saya? Penghinaan apakah ini?" murka raja.
"tuanku, saya mencintai seorang gadis dan saya memang berhasrat mahu menjadi kaya dan melamar dia. Sekarang, peluang menjadi kaya telah muncul tetapi hasrat saya yang satu itu pula akan terhalang. Ampun tuanku. Saya benar-benar tidak pasti. Maafkanlah saya." Ujar Cendera jujur.
Raja berfikir sejenak.
"baiklah, anda boleh memilih untuk tidak menunaikan janji ini tapi ada syaratnya." Cendera tersenyum. Lela, tunggu Cendera!
*********
Lela memandang sayu bunga-bunga di taman itu. Cendera, di manakah kau?" Cendera berhenti kerja tanpa memberitahunya dan sekarang sudah 2 tahun mereka tidak bertemu. Cendera menyepi. Tak dinafikan Lela rindukan Cendera.
Sedang Lela bermenung, Lela terdengar riuh-rendah di bawah bangunan. Lela berdiri lalu dijenguknya ke bawah bangunan. Eh, bestnya! Pantas Lela berlari ke tangga untuk turun ke bawah. Sampai di bawah, dia terkejut apabila melihat sebuah kuda berhias di depan bangunan syarikat itu. Orang ramai juga sudah berkerumun.
Lela menghampiri kuda itu. Macam mimpi. Untuk siapakah kau wahai kuda? Diusapnya kuda itu.
"Lela." Lela menoleh. Cendera berdiri di situ, kacak dan tampan dengan persalinan mewah. "Cendera!" Lela tersenyum lebar. "Lela suka kuda ni?" "suka! Tapi, siapa punya kuda ni?" "Cendera la." Cendera menghampiri Lela lalu melutut di hadapan Lela. "Lela, sudikah Lela menjadi isteri Cendera?" "Cendera…" "Lela, jawablah ya. Cendera sakit lutut ni." Ujar Cendera separuh berbisik. Lela ketawa kecil. "ya Cendera. Lela sudi." "walaupun Cendera tak kaya?" "ya. Sebab Lela tau Cendera ikhlas." "walaupun Cendera kerja kotor?"
Kerja kotor?
"kerja apa?"
Cendera sudah berdiri. Tersengih-sengih.
"tak de apa-apa lah. Jom!" ajak Cendera. "naik kuda? Bestnya!" Lela riang. "eh tak la. Cendera iring je kuda ni, tak sempat belajar naik. Kita jalan-jalan keliling bangunan bawak kuda je." "Cendera!" "hahaha!" Cendera sudah ketawa terbahak-bahak. Lela menahan marah. "Cendera pergi mana selama ni?" "kerja la." "kerja apa?" "PECACAI ANGKAT NAJIS Indah Water!" "hah???"
*********
Apa syarat raja ek? Syaratnya, Cendera kena kerja dengan Indah Water 2 tahun. Kemudian baru raja akan lepaskan Cendera dengan saguhati wang tunai RM1 juta! Kiranya, si Cendera dah kaya la. That"s why dia boleh datang lamar Lela denga senang hati! Sekian, kisah Cendera Lela.
sorry if ada yang tersinggung dgn penggunaan word 'pecacai'...please remember that this is just an art of writing which aims to entertain people, not to humiliate them...therefore, whatever is written in this story is not related to any living or dead person as a whole...sorry again...actually it is sad when people take your idea wrongly...but its ok...i'll take that as a challenge... :)
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
erkk...
nk kate cte kayangan xjgak...
haishhh,,
>mya nuryana<