Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Hani, aku tahu pasti kau datang ke rumah ni sebab kau ingin mengambil harta milik papa aku bukan?" "Kau tidak layak berada di sini, Hani.Aku yakin kau bukan anak papa." "Aku tidak akan pernah mengaku kau adalah adik aku." Itulah kata-kata kesat dan tohmahan yang pernah aku terima dari kakak tiri ku, Emelda. Sejak dari awal lagi, kedatangan aku ke sini tidak pernah di sambut mesra oleh Emelda. Bukan sahaja Emelda malahan ibu tiri ku, Datin Normah dan Norman, sepupu di sebelah arwah papa ku. Cacian dan tomahan yang dilontarkan oleh mereka terpaksa aku telan. Derita yang aku rasa mengalahkan peperangan dunia. Derita ini sungguh sedih dan aku sendiri tidak tahu bilakah semua penderitaan ini akan berakhir. Aku tidak sanggup menghadapi semua ini lagi dalam hidup aku. Aku rasa seolah-olah dunia ini tiada makna dalam hidupku lagi. Aku sedar pada awal kedatangan ku ke sini menimbulkan kecurigaan kerana mereka tidak menyangka arwah Datuk Johari mempunyai seorang lagi isteri selain Datin Normah. Aku diberi nama Hani Sophia oleh kedua-dua orang tua ku. Aku dilahirkan di Johor Bharu dan dibesarkan di Melaka. Semasa kecil,arwah papa jarang berada di pandangan ku. Apabila aku bertanya pada ibu,ibu menjelaskan papa mermpunyai keluarga lain di Kuala Lumpur. Namun, arwah papa tidak pernah mengabaikan aku. Arwah papa akan memastikan aku mendapatkan apa yang aku hajati.Arwah papa juga tidak pernah membezakan aku dengan Emelda.Jika arwah papa membeli hadiah untuk Emelda aku juga akan memperoleh barang yang serupa. Penderitaan aku bermula sejak papa meninggalkan aku dan ibu. Selepas kehilangan papa, kesihatan ibu tidak menentu. Ibu selalu mengadu sakit dada dan apabila aku ingin membawanya ke hospital ibu menolak. Akhirnya Ibu meninggalkan aku seorang diri dan mengikuti jejak papa. Aku bagaikan sudah jatuh di timpa tangga. Aku kini hilang tempat mengadu. Mujurlah ada keluarga Mak Limah yang sudi mengambil berat tentang aku. Mak Limah selalu memastikan aku mendapatkan makanan dan keperluan yang lain dengan secukupnya. Anak Mak Limah, Alif Azizie merupakan sahabat baik ku yang selalu ada di samping ku. Alif adalah seorang lelaki yang baik, kacak dan beriman. Alif sering membantu aku dalam pelajaran dan sangat memahami aku. Aku sangat bersyukur kerana mengenali Mak Limah dan keluarganya. Selang dua bulan kemudian, ketika aku sedang mengemas rumah, aku terdengar bunyi enjin kereta masuk ke halaman rumah. Kelihatan seorang lelaki dipertengahan umur keluar dari perut kereta dan menuju ke arah ku. Dia memperkenalkan diri sebagai Encik Amir, peguam yang telah di lantik oleh arwah papa. Encik Amir menyatakan hasrat arwah papa yang ingin aku menetap di rumah isteri pertamanya di Bukit Gasing, Selangor jika ibu meninggal dunia. Pada mulanya aku terfikitr untuk keluar dari rumah ini kerana tidak tahan di perlakukan sebegini rupa. Namun, mengenangkan wasiat papa yang ingin aku tinggal di rumah ini maka aku turutinya. Kini, sudah setahun aku tinggal di rumah agam ini dan aku masih lagi bertahan di rumah ini. Lamunan aku terhenti kerana bahu ku di tepuk oleh teman baik ku, Suziela.Suziela merupakan seorang gadis yang cantik dan bersikap kebudak-budakkan. Aku dan Suziela kini menutut di sebuah kolej terkemuka di Kuala Lumpur. Kami kini di semester kedua manakala Emelda dan Norman di semester kelima. "Kau tak sihat ke?" Suziela bertanya. "Tidaklah….aku sihat." "Aku lapar lah…temankan aku makan boleh tak?" kata suziela. "Boleh." Kami menuju ke arah gerai makanan kesukaan kami yang terletak di hadapan kolej kami. Ketika aku sedang enak menjamu selera, dari jauh kelihatan Emelda dan Norman.mereka berdua menuju ke arah kereta mewah milik norman dan memecut laju. "Bagaimana hubungan kau dengan kakak kau?."Suziela bertanya. "Kak Emelda masih membenci aku. Pelbagai cara aku lakukan untuk berbaik dengannya namun Emelda menjauhkan diri dari ku." ‘Tetapi kini hubungan aku dengan Emelda dan mama sudah nampak sedikit perubahan. Mereka kini tidak mencaci dan menghina aku. Mereka juga memastikan aku memperoleh segala keperluan ku. Namun, mereka masih dingin dan tidak bersikap mesra dengan ku,"jelas ku kepada Suziela. "Jangan sesekali kau mengalah. Percayalah, suatu saat nanti Emelda dan keluarganya akan menerima kau dalam hidup mereka." Suziela memberi nasihat kepada ku. Aku hanya mampu berdiam diri. Selepas tamat sesi pembelajaran pada hari itu,aku pulang ke rumah agam. Aku menuju kearah bilik ku dan terus membersihkan diri ini. Selepas aku selesai mandi , aku ingin ke dapur untuk menghilangkan dahaga. Ketika aku menuju ke arah tangga aku ternampak Mak Jah, pembantu rumah membawa mangkuk berisi bubur nasi menuju ke arah bilik Datin Normah, mama Emelda. "Mak Jah…..adakah Datin tidak sihat?" "Ya……..Mak Jah nak hantar bubur nasi ni kepada Datin." Biar saya saja yang hantar." "Tapi……."kata Mak Jah sambil menunjukkan riak muka serba salah. "Jangan risau,Mak Jah." Tok! tok! "Masuk."
" saya bawakan bubur nasi untuk Datin. Jemputlah makan, Datin." "Hani, jangan panggil saya Datin. Panggil saya mama. Kita kan sekeluarga." "Hani, mama ingin memohon maaf atas sikap kami pada Hani. Sebenarnya, kami sekeluarga terkejut apabila Encik Amir memberitahu kami arwah suami mama mempunyai anak dengan perkahwinan keduanya sedangkan kami tidak tahu arwah mempunyai isteri lain selain mama. Mama tahu Hani amat terguris dengan kata-kata cacian dan tomahan yang pernah kami lontarkan pada Hani." "Tolong maafkan mama, sayang." rayu mama padaku. "Mama, saya sudah lama memaafkan mama. Saya juga mewakili arwah kedua –dua orang tua saya ingin memohon maaf atas apa yang telah berlaku. Saya amat sayang pada mama dan mama tidak patut memohon maaf . Saya amat memahami perasaan mama.kalau saya di tempat mama mungkin saya akan melakukan perkara yang sama." "Terima kasih sayang." Aku dan mama saling berpelukkan. Aku bersyukur kerana mama sudi terima aku. Aku kini tidak akan merasa sunyi lagi. *************************************
Hari ini adalah malam minggu. Seperti biasa Norman dan Emelda akan keluar berjumpa teman mereka dan pulang lewat pagi. Setiap kali pulang ke rumah, Norman dalam keadaan mabuk. Emelda pula terpaksa membantu Pak Mat, pemandu mama membawa Norman ke biliknya. Itulah rutin pada hujung minggu yang dilakukan Norman dan Emelda. Mujurlah aku tidak terikut dengan budaya liar itu. Keesokan harinya ,aku melihat Norman bersiul-siul menuju kearah keretanya. Siulan Norman terhenti apabila dia sedar aku sedang memerhatikan dirinya. Norman sempat memberikan pandangan kepada ku seolah – olah ada dendam di dalam hatinya. Dari jauh aku terlihat Emelda sedang munuju ke arah Norman. Aku memberanikan diri mendekati Emelda. "Kak Emelda nak ke mana?" aku bertanya. "Kau jangan busybody boleh tak?" "Saya rasa bukan satu kesalahan andai saya bersikap mengambil berat." jawabku dengan wajah yang tenang untuk menutupi rasa takut yang bersarang di hati. "Aku nak ke KLCC." jawab Emelda. Acuh tak acuh. Lalu memasuki perut kereta Norman dan terus memecut laju. ************************* "Maaf….saya tidak dapat membalas perasaan awak itu. Saya hanya menganggap awak sebagai kawan . Tidak lebih dari itu." "Tetapi saya berjanji hanya akan setia dengan awak sahaja. Saya tidak boleh hidup tanpa awak. Tolong terima cinta saya ini. I love you so much,Hani."rayuan Haikal Zaril. Sudah lima kali Haikal Zaril meluahkan perasaannya kepada. Aku tidak mampu membalasnya kerana aku tidak bersedia lagi untuk mempunyai komitmen dalam perhubungan cinta. Aku tidak bermaksud untuk menyakiti hati Haikal. Aku tidak mampu untuk menipu perasaan ini. Aku tidak pernah sekali pun mencintainya.Di hati ini wujud rasa serba salah. Aku sangat senang berkawan dengan haikal Zaril. Namun,perasaan sayang aku kepadanya tidak lebih dari kawan.
*********************************** Hari ini Suziela tidak dapat menhadiri kelas. Suzeiela tidak beberapa sihat.. Aku baru sahaja habis kelas Bel 260 yang merupakan kelas Bahasa Inggeris. Begitu banyak kerja rumah yang diberikan oleh pensyarah ku, Syamsul Fozy. Sementara menunggu kelas seterusnya, aku menuju ke ruang pelajar di tingkat empat. Telefon bimbit ku berbunyi. Sedang aku mencari dimanakah telefon bimbitku berada, aku telah terlanggar seorang lelaki. Lelaki itu mempunyai wajah seperti pelakon korea, Rain . Lelaki itu memperkenalkan diri sebagai Adam Haris.Kami saling bertukar nombor telefon. Selang tiga minggu kemudian, aku dan Adam Haris mula menjadi rapat. Aku tahu ada mata yang memandang kami seolah – olah cemburu dengan hubungan kami. Namun aku tidak perduli. Bagi aku Adam seorang lelaki yang sangat serasi dengan ku. Adam sangat memahami aku dan dia juga selalu memberi nasihat kepada ku Malam ini aku dan Adam akan menonton wayang.Mama telah memberikan keizinan kepada ku. Sewaktu aku menuruni anak tangga, aku melihat Emelda menanti dibawah.Aku memberi senyuman namun Emelda tidak membalasnya. Sewaktu aku menuju ke pintu utama rumah agam itu, Emelda tiba-tiba bersuara. "Tolong jangan pergi Hani." Kau tak kenal siapa sebenarnya Adam Haris.Dia seorang kaki perempuan.Aku tak mahu kau terluka nanti." Kak Emelda,selama ini akak tidak pernah melayani saya seperti seorang adik.Saya seolah-olah orang asing dalam hidup akak dan kini ingin menggagap saya sebagai adik pula ?" "Akak…..saya tahu berfikir dengan sendiri. Saya harap akak tidak menghalang saya lagi." Aku segera menuju ke kereta Adam dan memasuki perut kereta itu. Adam memecut laju. Aku tidak dapat menumpu perhatian semasa wayang di tayangkan. Aku berasa bersalah kerana aku bersikap biadab kepada Emelda. Kami seterusnya pergi makan malam di sebuah restoran makanan segera. Aku tidak berselera untuk menjamah makanan dihadapan ku. Selepas makan aku sepatutnya pulang namun Adam menukar rancangan. Dia membawa aku ke rumah sewanya . Menurut Adam,dia tertinggal hadiah yang ingin diberikan kepada ku di dalam kamarnya. Adam menjemput ku masuk ke dalam rumahnya. Aku seolah –olah bagai lembu dicucuk hidungnya.sewaktu aku memasuki kamarnya ditingkat dua,Adam terus memasuki bilik air. Biliknya sangat bersih dan aku kagum dengan sifatnya itu. Tiba-tiba sepasang tangan memeluk aku dari berlakang. "Adam, awak tolong jaga kelakuan awak .Saya tak suka di perlakukan sebegini ."
"awak ,kalau awak sayang saya awak haruslah tunjukkan perasaan itu.Pada zaman ini hanya dengan cara ni saja cara kita menunjukkan perasaan kita pada seseorang." "awak boleh boleh lakukannya dengan sesiapa yang awak inginkan..Tetapi jangan saya..Saya merayu pada awak." "Sayang…. I love you so much dan disebab itu saya harap awak tunjukkan juga perasaan awak kepada saya."Adam menghampiri aku.Aku dalam ketakutan. . Kini aku teringat pada kata-kata Emelda tadi.Emelda, tolong bantu aku. Tiba-tiba pintu ditendang. Aku dan Adam terkejut. Emelda dan Norman kini berada di depan mata ku. Norman menghadiah sebiji penumbuk hinggap tepat ke pipi Adam. Emelda menghampiri aku dan mententeramkan aku yang dalam ketakutan. Perasaan takut hilang apabila aku di dalam pelukan Emelda. "Mari kita bawak lelaki dajal ini ke balai polis." Norman bersuara . Di balai polis,aku menceritakan cerita yang sebenarnya. Rupa-rupanya sudah ramai gadis hilang harga diri di sebabkan Adam. Norman dan Emelda pula mengikuti aku selepas aku keluar dari rumah . Mereka risau akan keselamatan aku. Aku menyesal kerana aku pernah menyayanginya. Adam di berkas. Aku pula dibawa ke hospital. Menurut doktor aku tiada kecederaan. Emelda dan Norman sentiasa menemaniku. Aku berasa selamat di sisi mereka. Semasa di dalam kereta kami bertiga berdiam diri. Hanya suara radio sahaja berkumandang di dalam kereta mewah itu. "Kak Emelda…saya ingin memohon maaf.Kalau saya mengikuti nasihat akak semua ni tidak terjadi. Semua ni salah saya."aku menangis. "Semua ini sudah berakhir.kita lupakan semua ini. Kakak juga ingin memohon maaf atas semua kesalahan akak kepada Hani. Lupakan saja perkara yang sudah berlalu dan mulakan hidup baru." Aku di peluk erat oleh Emelda.Aku sangat gembira apabila emelda membahasakan diri sebagai kakak. Aku sangat bersyukur kerana aku tidak menjadi mangsa Adam dan aku kini mempunyai keluarga yang baharu dan bahagia. Empat tahun kemudian,Emelda bakal diijabkabul dengan Norman,sepupu kami sendiri.Norman dan Emelda tidak lagi seperti dulu.Mereka sudah berubah sejak kejadian pada hari itu. Aku pula bakal bertunang dengan Haikal Zaril.Kesungguhan Haikal dalam mendapatkan cinta dariku telah membuat aku terpaut padanya.Aku dilayan seperti seorang puteri dari kayangan. Suziela pula bakal berkahwin dengan teman ku ,Alif Azizie.perkenalan mereka amat unik kerana mereka berkenalan semasa mereka sama- sama menyertai Khidmat Negara.Pada mulanya kawan ,namun selepas mereka bertemu dua tahun lalu perasaan sayang wujud dihati mereka.Mereka kini dikurniakan sepasang anak kembar perempuan. Mama pula sudah dua tahun meninggalkan kami dan mengikuti jejak ibu dan papa.namun kami gembira kerana kami sudah menunaikan segala hajat mama. Mama berhajat agar dapat melihat kami berjaya mempeoleh ijazah.Kami juga sudah bersama dengan mama menunaikan haji. Aku dan emelda kini bagaikan isi dengan kuku.kami tidak mampu dipisahkan lagi. Kami kini menjadi rakan kongsi dan membuka sebuah syarikat menerbitkan karya –karya golongan belia dalam usaha membantu kerajaan menghasilkan belia yang berkemahiran dan kreatif dalam berkarya.
Salam. Cerita banyak yang tergantung. Tup2 dah sampai klimaks cerita. Cerita yang ringkas tetapi xdapat difahami oleh pembaca.(Hanya penulis shj yg faham). Bahasa dan intonasi yang biasa.Tdak menarik untuk membaca.
aduiyy... penin la ayat2 kamu ni,, agak skem la.. penulis pnuntut jurusan kesusasteraan ke? Dlm bkrya x prlu smpit idea kite dgn mnulis mgikut bhsa yg terlalu protokol.. nanti karya awak jadi kaku... nway~ nxt time wat g yg beh power ek? idea da ada just nk kna asah lgi.. maaf ats kritikan ~salam~
citer nie mmg x besh... skema,tergantung...... hehehe... citer nie wt utk subjek kesusasteraan... so kne gne ayat yg skema ckit.... sy menhargai kritikan anda... terima kasih...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ermmm,,
gaya bhsa yg agak skema...
>mya nuryana<