Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku tersenyum sendirian memandang ke arah langit yang hitam. Hanya cahaya bulan dan bintang serta cahaya dari lampu jalan yang menemaninya di kala itu. Cantiknya ciptaan Tuhan, desisku sendirian. Selepas makan malam tadi aku terus menyendiri di balkoni biliknya. Apahal aku touching sorang-sorang malam ni? Aku mengeluh. Ntah ar. Yang aku tau jiwa aku ni sesak dengan perasaan rindu yang makin hari makin menyesakkan dada. ******************************** Hari ini 1st day aku jejakkan kaki ke alam baru. Alam sekolah menengah. Aku melangkah masuk ke dalam kelas 1 KAA yang ditempatkan di tingkat 2, Blok C. Tanpa berlengah, aku menarik kerusi yang disediakan di belakang kelas. Aku memandang sekeliling kelas, erm tak ar ramai sangat students kelas ni. Tak sampai 30 orang pun. Agaknya sebab ni kelas aliran arab kot. Sedang aku bermonolog sendirian, seorang wanita 30-an melangkah masuk ke dalam kelas. Terus senyap suara-suara yang ralit berbual tadi. " Selamat pagi semua. Saya Puan Rushimah dan saya merupakan guru kelas kamu untuk sementara waktu ini. Jadi silakan perkenalkan diri kamu." Sorang demi sorang bangun memperkenalkan diri masing-masing. Mohammad Zulhariz a.k.a Zul Mohammad Abdullah Zaid a.k.a Zaid Mohammad Syahmi a.k.a Syahmi Ahmad Baihaqi a.k.a Bai Azfar Mohammad Al-Helmi a.k.a Helmi Nur Ain a.k.a Ain Nur Adilla – Dila Hanisah Huda – Nisa Ammanatasya – Tasya Noor Shairah – Shaira Siti Sarah Ahamad Muzakir – Sarah M Siti Sarah Ismail – Smile Nurshadatika- Shada Nur Sakinah- Kina Nur Athifah – Tipah Khairunnadiah – Kaerun Naddiah Syafiqah – Nadi Nurul Izzati – Zati Nur Saliza – Sally Zafirah – Zack Masturah
Dan bila tiba giliran aku, aku bangun dan memandang mereka seketika. " Wan Amirah. Just call me Wan." Selepas itu bermulalah kehidupan aku bersama rakan-rakan yang baru dikenali.
6 BULAN BERLALU
" Amiraaaahh……….cepatlah sikit. Dah pukul berapa ni? Hish, tak abis-abis dengan perangai dia." Mama ku terus berleter. Sebenarnya dah setengah tahun aku jadi penuntut di Sek Men Keb Darul Ehsan ni. aku bersyukur sangat-sangat sebab mak aku merupakan seorang guru di sana so kiranya no hal lah aku datang lewat pun sebab tak ada orang yang berani nak tegur. Tapi tulah, mama dah semedang je pun bising coz tiap-tiap pagi memang aku lewat ar nyer and bila dia punch kad merah je memanjang. Ceramah mama pun dah tak lut kat telinga ni sebab awal-awal lagi aku dah pekak kan telinga ni dengan kapas yang aku sumbatkan dalam lubang telinga ni. Hehe. Aku bukan saje nak datang lewat, tapi kalau ambil kesempatan pun ok jugak kan. Ye lah, orang laen kena denda dengan pengwas, tapi kalau aku selalu je pengawas-pengawas tu wat tak nampak. Hehe.
Aku melangkah masuk ke dalam kelas. Aku sebenarnya tak berapa suka dengan bebudak kelas ni coz semua buat hal sendiri and tak kisah orang laen. Kira macam selfish ar gak. So, kawan yang rapat dengan aku pun Dila, Nisa and Shaira sebab diorang di sama school dengan aku time aku muda-muda dulu (sek rendah lah wei). Aku tarik kerusi and duduk. Dila disebelah sedang sibuk wat keje. Minah ni pun kot ye khusyuk sangat pun takkan aku kat sebelah pun dia wat bodoh. Tak pe. Kita tengok sape yang bersuara dulu. " Wan, kau dah siap keje semalam?" ahah dia dah bersuara. Tapi mata tu still kat buku. Aku angkat kening. "Kerja ape?" "Math," jawab Dila sepatah lalu tersenyum sambil memandang ke mukaku. Aku wat muka selamba je. Dah tau dah maksud ko minah oiiii. "Dah." Pantas aku membuka zip beg sandangku. Tanganku pantas mencapai sesuatu di dalam beg. Mane plak ni? Ahah, dah jumpe. "Nah," aku hulurkan benda yang aku ambil di dalam beg dan diberikan kepada Dila. Pantas Dila mengambil buku Matematik itu dengan sengih yang kian melebar. " Aku pinjam n tiru k. Cayaaaang ko. Hehehe." Aku geleng kepala je dengan kawan aku ni.
TAHUN 2005
Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar sekarang aku dah form 2. And guess what? Aku dah dilantik sebagai pengawas sekolah. Hebat tak? Tapi perangai lama aku tu same je lagi cume dah tak sumbat kapas dalam telinga lah. Suasana dewan yang hingar bingar kian membingitkan telinga. Maklumlah, dah 2 bulan cuti and masing-masing tentunya banyak cerita yang nak dikongsi. Aku terasa macam ada orang berdiri di belakang aku. Aku segera pusing untuk melihat siapakah gerangannya. Erk? Tak pernah Nampak pun budak ni. Mataku menilik budak perempuan itu dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas. Macam budak sekolah agama je dengan tudung labuh. Eh, yang aku sibuk tengok budak ni nape? Tak ada faedah tol. Aku segera hadap ke hadapan semula.
Dah dekat sejam ceramah + taklimat + ntahpapelagintah kitaorang di arahkan masuk ke dalam kelas masing-masing. Tapi buat sementara ni, kelas 2KAA ditempatkan di Makmal Kimia 1 sebabapentah aku pun tak ambil tahu. Aku pusing ke belakang sekali lagi mana lah tahu kot-kot budak perempuan tu salah kelas or ape ker. Tapi budak tu still kat belakang aku and memandang aku. Aku tarik nafas. "Budak baru ke?" Budak perempuan tu angguk aje. Erk? Bisu ape? Ke ada jongkol emas dalam mulut tu. "Nama sape?" kalau dia tak jawab jugaj, memang lepas ni aku akan keluarkan kertas. E’eleh. Masalah betul pengawas ni. Tadi sombong semacam. Ni ramah pulak. Erm, tak ape. Kita tengok ape yang jadi. "Nad." Hah? " Nut? Nama penuh ape?" biar betul budak ni. Kacang nama dia. Aku ingatkan Mr. Bean je nama kacang kat muka bumi ni. Budak perempuan ni pun sama jugak. Or should I say, are u NUT?hehehe. Jahat tol. Daaa….banyak tanya pulak pengawas ni. "Nadzirah binti Ahmad Rashid." Owh, Nad rupenya. Cakap ar awal-awal. Aku angguk faham. Well, bertambah ar ahli THE 5th GENERATIONS OF KAA.
The rest is our secret.
Satu malam tika aku sedang merehatkan diri, tiba-tiba handset ku berbunyi. Siapa pulak yang ganggu keteenteraman awam malam-malam ni. Segera ku tekan punat hijau. "Hai". Erk sape ni? Wrong number kot. "Sape ni?" Tak sampai seminit kemudian mesejku berbalas. "Syahmi." Hah? Seteru aku tu? Biar betul mamat ni. Satu kelas tau yang aku dengan Syahmi ni macam anjing n kucing. Tak boleh jumpa. Mesti bergaduh. Kawan-kawan yang laen memang dah masak sangat dengan perangai kitaorang. Tapi semua tak mau masuk campur. "Ko nak ape?" "I love u." Giler ape mamat ni. Ko nak gulakan aku yea. Tengok ar ape aku wat esok.
Esok pagi-pagi lagi aku dah mulakan misi. Barang yang diperlukan dah aku simpan dalam beg. Baik je time rehat, aku halau bebudak gi kantin. Memang pun tak boleh ada kat dalam kelas time rehat. Aku pandang sekeliling. Alrite. Line clear. Terus aku menuju ke tempat duduk di sebelah pintu kelas. Kerusi yang elok di bawah meja aku tarik keluar. Matilah kau. Hehe. Hatiku berbisik jahat dan mula menyanyikan lagu-lagu riang. Tangan kananku menyeluk poket baju kurungku sementara mataku meliar memastikan line clear. Takut kantoi beb. Buat haru je nanti. Botol minyak cap kapak ku buka lantas ku tonggengkan isinya dan dicurahkan di atas kerusi mangsaku. Setelah selesai misiku, botol itu ku campak ke dalam tong sampah.
Loceng berbunyi menandakan berakhirnya waktu rehat. Aku masuk ke dalam kelas dengan muka toya. Wajah Syahmi ku pandang sekilas. Tak lama kemudian, Puan Hani, guru Bahasa Inggeris masuk ke dalam kelas. Syahmi yang duduk dihadapanku sudah tak senang duduk hinggakan Nadz menyiku lenganku dan menghantar isyarat mata. Aku cuma mengangkat bahu tanda tak tahu. Tapi di dalam hati hanya Tuhan. Pandai tak aku berlakon??hahaha. Petang itu aku dan kawan-kawan mengisi perut yang minta diisi di kantin.
"Weyh, ko perasan tak Syahmi laen macam je tadi. Lepas je kelas Pn Hani dia lesap. Nape erk?" tanya Kaerun. Kemudian dia mengangkat tangan membacakan doa. "Ntah mane aku tau. Ko tak tanya dia ke?" soal Zati. Nasi goreng disuapkan ke mulut. "Dia senggugut tak?" jawab Nadi cuba berlawak. "Banyak ar ko nyer senggugut. Sejak bila pulak dia ada penyakit perempuan?"jawab Kaerun dengan sisa tawanya. "Eh Wan, yang ko senyap je nape? Selalu ko ar yang banyak cakap." Empat pasang mata memandang aku. "Ntah-ntah ko…" "Makanlah wei. Jap lagi ada kelas Kemahiran Al-Quran(KKQ) kan. Kang lewat kang." Jawabku selamba. Masing-masing terus leka menjamu selera. Selamat rahsiaku.Hehehehe.
Hari ni hari Sabtu tapi aku kena pergi sekolah kerana ada gotong-royong. Kalau ikutkan hati, baek aku tarik kain selimut je tapi kalau tak pergi kena demerit. Masalah betullah. Tengah hari itu selesai je gotong-royong Tipah tarik aku ke bangsal basikal. "Weyh orang hantar mesej kat ko yang mengaku diri dia Syahmi tu actually bukan Syahmi ar." "Hah? Ko biar betul? Habis tu siapa?" aku tanya dengan perasaan tidak sabar. Tipah dah ketawa melihat reaksiku. " Kot ye pun jangan ar buka mulut macam tu. Jatuh rahang tu sampai kat lantai. Kang tak boleh tutup baru tau." Cis. Tak senonoh punya kawan." Cepat ar wei. Sape?" "Zaid." Dan sekali lagi rahangku jatuh. OMG. Pity u Syahmi.
TAHUN 2006
Waaaa………tahun ni PMR ar. Cuak sih. Erm, ari ni ada guru Agama baru menggantikan Ustazah Zawiyah. And you know what? Hubungan kitaorang dah bertambah akrab. Mungkin sebab kitaorang dah semakin matang dan mula menyayangi dan menghargai friendship yang terbina ni. And nama kelas kitaorang makin disebut-sebut. Yelah, setiap kali ada pertandingan seperti choral speaking,koir and drama mesti kitaorang bolot nombor satu punya. Itulah yang dikatakan, APA YANG PENTING? KERJASAMA. Tepat pada pukul 7.40 pagi, seorang cikgu muda melangkah masuk ke dalam kelas. Zul, sebagai ketua tingkatan mengucapkan selamat dan diikuti pelajar-pelajar lain. "Nama saya Ustazah Marzira. Mulai hari ini saya akan mengajar kamu menggantikan cikgu kamu sebelum ini. Jadi, sila perkenalkan diri masing-masing." Masing-masing mengambil giliran memperkenalkan diri. Bila tiba giliran Azfar dia segera memperkenalkan dirinya. "Nama saya Azfar. Saya tinggal di Selayang Baru dan saya seorang dua alam." Bergema ketawa kami sekelas. Tak tercapai dek akal yang dia akan memberitahu ustazah baru itu jolokan yang kami berikan kepadanya. AZFAR THE DUA ALAM BOY. Hehehe .
The rest is our secret.
SUASANA kelas tingkatan 3KAA sunyi sepi. Hanya bunyi helaian buku berselak dan kipas yang ligat berpusing aje kedengaran. Sesekali terdengar suara bisikan pelajar-pelajar kelas itu bertanyakan soalan itu ini. Aku meletakkan pen dicelah-celah buku rujukan Science lalu bersandar dibelakang kerusi. Huh, trial PMR minggu depan. Encik Kamal, cikgu Geografinya tak masuk kelas hari ni kerana ada mesyuarat di luar. Aku menebarkan pandangan keseluruh kelas. Susunan meja telah diubah ala-ala kedudukan di dalam parlimen. Saja nak berubah angin sebelum exam. Mataku meliar memandang kawan-kawan yang sedang khusyuk menghadap buku. Aku mengeluh perlahan. Penat, letih, bosan semua bergabung menjadi satu. Tiba-tiba kedengaran suara Azfar disebelah sana bertanya. " Wei, tombolo tu apa? Sikit punya banyak nak kena ingat bentuk muka bumi ni. Tombolo lah, tanjung lah, buah tanjung lah." "Banyak ar ko punya buah tanjung. Tombolo tu jalan dari darat ke surau," spontan Kaer menjawab. Beberapa pasang mata memandang Kaer. Masing-masing menunjukkan riak pelik. "Surau? Masa bila pulak ada surau kat pantai?" Serentak bunyi ketawa kedengaran di seluruh kelas. "Maksud aku dari pantai ke pulau," Kaer membetulkan kesilapannya. Namun, gelak tawa pelajar-pelajar 3KAA masih kedengaran. Itulah kesannya bila dah banyak sangat benda dalam kepala otak.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan akhirnya 3 tahun sudah berlalu peperiksaan PMR. Siapa sangka dalam tempuh itu, aku dah dilantik menjadi mentor si Syahmi, seteru aku dulu. Kitaorang pun memang dah ok. Dah tak gaduh macam dulu. Tapi dia still tak tahu ar ape yang aku dah wat kat dia dulu. Hahaha .Pasal Zaid pulak, aku dah settlekan dengan dia. Well, result PMR pun dah kuar. And batch kitaorang berjaya meletakkan SMK Darul Ehsan diantara sekolah top 3 di dalam Selangor. Kawan-kawan aku yang laen pundah berjaya dengan cemerlangnya. Sekarang ni masing-masing sedang cari arah tuju dalam mengejar impian dan cita-cita masing-masing. Nasib baik lah ada MySpace, Friendster and ym tempat kitaorang update citer masing-masing. Kenangan bersama The 5th Generations of KAA akan tersemat dihati ini. Owh angin, kau sampaikanlah rinduku pada mereka.
p/s : sungguh aku x reti nak berkarya. cuma nak berkongsi bersama apa yang pernah aku lalui bersama mereka yang pernah hadir dalam hidup ni. klo ikutkan byk lagi yang nak dikongsikan, tp rsenye nak wat cerpen bersiri o novel x takmampu ar...hope u enjoy n send me a feedback k
thankz for the comments... mmg ada niat nak smbg citer ni... in other words, nak wat yg lg proper, lgpn ni 1st try... Insya-Allah ble ada mase+idea, citer ni akan dismbg...
wan,best gile cter hang. aku pn layan jgak novel novel ni. nice try. tp kalo secret tu ko citerkan secare detail,mesti lagi best. bru readers tau ape yg sebnarnye ap yg berlaku.. nice try..
thankz again 4 ur comments... yeah tombolo is one of the best scene that happens in our lives....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Sambung la bagi habis betol2...lagi ok!