Ahad, Mac 22, 2009

Novel : My love story 7

Nama Pena : iman Armani

Hanis lelaki gemuk yang aku jumpa dulu sedang tersengih kearah ku.aku tiba-tiba jadi tak keruan. Perut yang tadinya lapar kini sudah mula kenyang. Haris memerhatikan aku dengan muka pelik dan tanda Tanya.


" Syaz.. kenapa ni? Macam tak selesa je… ada apa-apa yang tak kena ke?
Sambil matanya memerhati sekeliling
"eh tak ada apa… hurm… perut rasa tak selesa.. saya nak gi toilet jap ye..
"owh o.k saya tunggu…

Haris tersenyum memandang ku..aku pura-pura senyum.menyembunyikan risau jauh dari pandangannya. Entah Berjaya ke tak agaknya… at least aku cuba…
Belum pun sempat aku melangkah ke pintu masuk toilet satu suara menyapa ku dari belakang..

"hai Syaz.. da tak kenal saya lagi ke?
"err hai.. buat apa kat sini?
"tak buat ape.. saje cari awak… awak sihat? Tadi tu siapa? Boyfriend awak ke?
"owh tak.. maksud saya ya… boyfriend saya.. (jawabku gagap-gagap)
"awak tak pernah sebut pun pasal dia sebelum ni..
"bukan penting pun.. eh o.k la.. lama pulak dia tunggu saya karang (aku mencari alasan untuk beredar)

" eh kenapa tak makan lagi? Tanyaku pada Haris..
" tunggu awak la..
" owh yeke… sambil mataku meliar memerhatikan kelibat Hanis yang berjalan di belakang ku.
Kulihat Haris tersenyum di hujung bibir bila matanya bertembung dengan pandangan mata Hanis.
Aku pura-pura tidak Nampak apa yang berlaku. Otakku mula mencipta soalan.

"haris.. awak senyum pada siapa?
"tak ada siapa… salah ke?
"tak la salah… saja saya nak tau.. mana la tau kalau awak ternampak kawan- kawan awak ke.
"Eh tak da la.. saya memang suka tersenyum… lagaknya macam tiada apa-apa yang berlaku.
"owh.. ingatkan awak Nampak siapa-siapa yang awak kenal ke

Kami berbual-bual sampai terlupa hari sudah menginjak ke petang. Tiba-tiba handphone ku berdering. Cepat-cepat aku keluarkan dari saku seluar.. nama ayah tertera di skrin. Aku tekan butang hijau sambil jari telunjuk ku rapatkan ke bibir. Isyarat supaya Haris tidak bersuara.

"hello ayah.. kat seremban ni… ha.. kejap lagi balik… da makan dah.. dengan kawan.. kejap lagi gerak la.. hari ni tidur rumah Mak Lang.. o.k bye….

Aku tersenyum memandang Haris.. " ayah saya call tadi.. eh jom teman saya shoping kat dalam sebelum saya balik.
Tanpa bersuara Haris hanya mengikuti langkah ku. Otakku pula mula ligat mencipta soalan untuk memeriahkan suasana.. aku memang suka bercakap. Bosan la senyap.

Aku melangkah masuk dalam Watson mencari pencuci muka dan multivitamin aku yang sudah habis sambil langkahku di perhatikan Haris dari arah belakang. Dia tersenyum ke arahku.. aku sengeh pelik.
"apa yang awak perhatikan? Awak ketawakan saya ke?
"eh mana ada.. Cuma saya rasa awak macam mak nenek.. ketawanya pecah di hujung bicara. Aku mengetap bibir menahan geram.
Dapat semua barang yang di cari aku keluar berjalan-jalan pula dalam Parkson. Kemudian ke kedai perfume seterusnya ke kedai hand bag dan lagi dan lagi. Aku toleh ke kiri kanan dan ah di belakang rupanya si Haris. Ku lihat kedua-dua tangannya penuh menjinjing barang-barang yang aku beli. Aku ketawa.. dia bengang.

"awak sorry ye.. saya tak perasan dah beli banyak. Sian awak.. tapi…. Saya nak beli baju satu je lagi…. Boleh ye.. kataku dengan nada manja yang takut-takut.
Dah la baru je kenal tiba-tiba kena teman aku bershoping sakan pula. Mesti dia berang. Ah lantak la.
"ye la awak.. saya o.k lagi ni… kalau awak nak borong lagi 20 beg pun saya boleh angkat. Katanya sambil mengerling ke arah ku.
"hehe perli la tu.. aku tersenyum manis. Haris diam.
Jam sudah menunjukkan angka 5.30 petang.Aku menunggu bas di stesen Terminal One untuk pulang. Haris masih di sisi menemaniku sehingga bas sampai.
"awak bas saya da sampai. Saya nak gerak dulu.. hati-hati bawa moto balik nanti ye..
Pesanku pada Haris.
"o.k thx.. hati-hati see ya… bye

Sampai di jalan utama rumah Mak Lang, gelap gelita aku turun dengan barang-barang yang penuh di tangan.
Aku keluarkan handphone dan mendail nombor Nadia. "Alamak tak ada coverage.. alahai time ni la nak buat hal” mataku tiba-tiba terpandang sesusuk tubuh yang berjalan mendekatiku. Lagaknya macam lelaki. Aku takut.. perlahan-lahan kaki ku undur kebelakang. Cuba mencari tempat yang lebih terang. Dan aku Berjaya buat panggilan. "Nadia.. kau kat mana? Aku takut la kat depan ni gelap. Can you pick me up? Cepat sikit aku takut la.
5 minit kemudian Nadia sampai dengan motor kriss nya.
"wei thanks..
"no problem..
Aku sampai di rumah Mak Lang dengan selamatnya. Terus hantar sms pada Haris.
~ awak saya da sampai rumah.. awak da sampai ke?
~saya dah sampai.. rehat la.. :-)

Begitulah buat pertama kalinya aku berjumpa dengan Haris. Walaupun Cuma beberapa jam.dan tiada apa-apa perasaan antara kami.. tapi tetap menjadai sejarah kerana di situlah segalanya bermula.. aku pasti tersenyum setiap kali mengenangkan peristiwa itu.

***** bersambung*********


P/s sorry agak lambat masuk entry baru. apepun thx dengan comments dan yang sudi membaca karya saya.

5 ulasan:

  1. no comment! plot nampak menarik

    *M^r!@*

    BalasPadam
  2. npe xsmbg2 lg ni..!!!

    BalasPadam
  3. nape la pendek2 sgt,,, ade blog x?

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama3/7/09 3:08 PTG

    blog xde lagi la... nti saya sambung lagi ye... sy bz sgt la lately so... xde focus..! thx sudi baca

    **author**

    BalasPadam
  5. ixora_gurlz18/8/09 8:22 PG

    mnenyer nx ep..
    da lme tggu......

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan