Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sempit nafas ini bila mengenangkan dosa yang telah aku lakukan. Hidup umpama kupu-kupu malam. Berpeleseran sana sini sehingga lewat malam. Orangtuaku di kampung tidak mengetahui kegiatanku di bandar setelah aku meninggalkan kampung untuk berkerja di bandar. Pengaruh kawan dan kesesatan telah mengajarku menjalani hidup penuh kehinaan biarpun setelah aku berjaya menjadi penjawat awam namun tabiat burukku sukar untuk aku hindarkan. Baruku sedar kini semua itu hanya merosakkan diriku dan mencalarkan maruahku sebagai seorang wanita. Bodohnya aku. Mungkin ini balasan Tuhan atas dosa-dosa masa laluku. Di kala aku hebat menyayangi seseorang setulus dan seikhlas hati, dugaan yang maha dahsyat melanda diriku. Dan kerana kebodohanku juga aku telah dihalau dari rumah makcikku merangkap bekas majikanku sebelum aku berkerja di sektor awam. Aku telah melakukan kesilapan dan menimbulkan kemarahan di kalangan saudara-maraku di bandar tanpa sepengetahuan orangtuaku di kampung atas permintaanku. Gara-gara kena halau aku telah diselamatkan oleh kawan baikku Nina yang ketika itu aku tidak mengetahui dia ada niat untuk menjadikan aku sebagai madunya. Ketika itu aku sedang menjalani kursus anjuran kementerian tempatku berkerja pada hujung bulan Oktober 2008 di Pusat Latihan Islam Kundasang, Sabah. Sejak mengikuti kursus itulah timbul sedikit keinsafan pada diriku betapa aku wajib bersyukur kerana diberi peluang untuk hidup dan membetulkan segala kesilapanku. Namun apa yang berlaku aku telah dihalau keluar dari rumah makcikku hanya dengan sms sahaja dan ketika itu aku masih di Kota Kinabalu dan sedang dalam perjalanan untuk pulang ke Sandakan. Betapa rawan hatiku. Itupun kerana hubungan sulitku dengan seseorang yang aku kenali lewat chatroom dan membuahkan percintaan sungguhpun aku sedar lelaki itu adalah suami orang! Namun keterbukaanku dalam perkara ini menjerat diriku. Akhirnya aku akur dengan kehendak makcikku dan pada malam aku tiba di rumah makcikku betapa aku terkejut kerana barang-barangku ada yang sudah dibungkus. Dengan tidak semena-mena aku terfikirkan kawan baikku yang sedia memberi bantuan kerana perkara ini sudahpun ku adukan padanya sebelum tiba di Sandakan. Setelah aku siap mengemas barang-barangku ala kadar aku pun melangkah pergi dari rumah itu. Tembelangku sudahpun pecah. Namun atas dasar ego aku menguatkan diri di hadapan kawan baikku dan juga suaminya. Mereka membawaku pulang ke rumah mereka yang juga didiami oleh keluarga Rosmin. Malam itu aku bermalam di rumah mereka dengan tekad untuk mencari rumah sewa sebagai tempat tinggal baruku. Keesokkan harinya aku terpaksa mengambil cuti atas kebenaran ketua pejabatku. Aku dan Nina seharian mencari rumah sewa untukku. Sehinggalah malam tiba satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku dan juga telah menyebabkan aku sekali lagi merasa terhalau. Kakak Rosmin yang sulung telah salah faham tentang kehadiranku dalam rumah itu. Rosmin menyebelahiku atas alasan aku terpaksa tinggal sementara kerana perlu mencari rumah sewa. Namun tidak aku menyangka konflik yang dialami antara kawan baikku dan keluarga mertuanya sehebat itu. Rupanya kehadiranku tidak disenangi kerana aku menumpang tidur di kamar tidur milik Rosmin dan Nina tetapi aku tidak berniat pun untuk melakukan perkara yang bukan-bukan. Pertengkaran malam itu menyebabkan Rosmin dan Nina bersama puteri mereka melangkah keluar dari rumah itu termasuklah juga diriku. Aku telah meminta kepada Nina agar menghantarku ke rumah Anna, teman baikku selain Nina kerana Anna masih bujang sepertiku. Namun Nina berkeras dengan menyatakan dia rasa bersalah kerana aku terpaksa terhalau oleh keluarga mertuanya. Aku dan Nina serta Farha menaiki kereta Kenari miliknya manakala Rosmin pula dengan kereta Myvi Silvernya. Setelah sepakat, kami bercadang untuk tinggal sementara di hotel kos rendah sementara masih belum mendapat rumah sewa. Betapa aku terhutang budi kepada kawanku kerana pada masa itu wangku tidak mencukupi untuk aku tinggal di hotel. Malam itu berkampunglah aku bersama kawanku sekeluarga di hotel yang murah itu.
* * *
Bzzt..bzzzt..getaran telefon bimbitku yang memang tidak pernah lekang dari poket seluarku mengejutkan aku dari lamunan panjang. Ah..sudah pukul 7.23pm rupanya. Bisikku dalam hati ketika melihat waktu di skrin telefon bimbitku. Aku membuka sms tang dari Rosmin.
" Ayang..abang rindu ayang. Ayang buat apa sekarang? Masih menangis lagi? Ayang jangan terlampau bersedih nanti ayang jatuh sakit. Abang di rumah sekarang ni macam terasing yang. Macam dah tak dipedulikan lagi yang. Abang rindu dengan keceriaan ayang. Abang sayang ayang..I love u ayang ummmmuuaaaahh.."
Rintik airmataku jatuh. Rapuh benar hati dan perasaan ini. Betapa aku sangat menyayangi lelaki ini namun apa dayaku dia milik orang walaupun aku pernah memilikinya secara tidak rasmi suatu masa dulu.
Cepat jari-jemariku membalas sms dari Rosmin.
" Ayang ok sayang. Abang sudah makan? Si kakak mana? Ayang rindu dengan dia bang. Abang apapun akan terjadi ayang takkan meninggalkan abang. Ayang sanggup tunggu abang biarpun sampai akhir nafas ayang. Ayang sayang dengan abang.."
Airmataku berlinangan. Aku keluar ke halaman rumah untuk mencari ketenangan namun gagal. Makin kuat airmataku luruh. Kepekatan malam yang dihiasi bintang-bintang tidak dapat memberiku ketenangan. Kabur pandanganku kerana dibasahi airmata. Airmata aku hapus kerana telefonku bergetar lagi. Aku buka balasan sms dari Rosmin.
" Abang tak sanggup kehilangan ayang. Abang betul-betul sayang dengan ayang. Macamana lepas ni kalau ayang dah tak ada lagi? Macamana? Abang mau saja lepas cakap tapi takut mak dan bapa ayang lagi terkejut. Nanti jadi hal besar lagi. Apapun ayang sayang dengan ayang.."
Aku menaip sms membalas lagi sms dari Rosmin.
" Abang jaga diri baik-baik ok. Kalau abang sihat, sihat jugalah ayang. Kalau abang sakit, sakitlah juga ayang. Jangan abang sembunyikan lagi masalah abang dari ayang ok. Ayang sedia mendengar. Hati dan jiwa ayang hanya untuk abang. I really love you sampai ayang mati abang.."
Basah skrin telefon bimbitku akibat airmataku yang tak henti-henti mengalir. Aku merenung gambarku berdamping dengan Rosmin ketika kami bercuti di Tenom sebelum menjelang tahun baru 2009 bersama Nina, Farha, adik perempuan Nina dan Mamat, adik angkatku sekaligus teman rapat Rosmin. Dia banyak mengetahui cerita hidupku selama aku hidup bersama dengan Rosmin.
kn ke dah susah bercinta ngan suami orang.. wat sakit jiwa je.. banyak lelaki lain yang buleh dicintai..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
pengajarannye jangan rampas suami orang