Ahad, Mac 22, 2009

Novel : Mendung Berlabuh 1

Nama Pena : Aeryana

Airmataku mengalir lagi. Seperti tidak akan surut. Peristiwa pagi tadi masih bermain-main di benakku. Pedih di hati masih terasa dan menusuk ke jantung.

" Abang...abang jangan sedih-sedih tau. Ayang tetap tunggu abang. Jangan risau tentang ayang. Jaga kesihatan. Jaga diri. Ayang tau abang sakit. Ayang tak nak abang sakit...hmm sayang ", pesanku kepada orang yang aku cintai, Rosmin. Yang nyata kata-kataku itu membuatkan dia semakin sebak sehingga mengalirkan airmata. Aku berpaling ke arah Farha, anak kecil yang bakal aku tinggalkan.
" Kakak…kakak jaga ayah ya sayang. Jangan nakal-nakal. Dengar cakap ayah ya sayang. Kakak mesti belajar rajin-rajin ok", aku senyum kepadanya walaupun airmataku sudah tidak dapat ku tahan lagi. Aku bakal merindui anak kecil ini. Ku lihat tergambar kesedihan di lubuk mata anak itu. Mungkinkah disebabkan aku menangis di depannya atau dia memahami keadaanku walaupun dia baru berusia 3 tahun. Lantas ku cium dahi anak kecil itu. Airmataku jatuh membasahi wajahnya. Aku merenung ke arah Rosmin. Ternyata dia juga tidak merelai perpisahan ini. Tanganku digenggam erat. Esakan kecil mulai terdengar di sudut bibirnya.
" Abang, kita kena sabar ya sayang. Kita bukan berpisah untuk selamanya tetapi hanya untuk sementara sehingga masalah kita selesai. Kita tidak boleh terus berkeras. Mesti salah seorang harus mengalah. Ayang tetap sayang, cinta dan merindui abang. Hanya abang dihati ayang. Cuma…yalah sekarang ni keadaan kita masih bercelaru. Ayang tidak mahu menambah keruh keadaan. Biarlah ayang mengalah dulu. Bagi ruang untuk abang dan dia untuk berfikir dengan tenang. Selagi kita bertiga terus begini, takkan ada jalan penyelesaian yang kita dapat. Kalau hendak mengikutkan kehendak ayang, ayang pun tidak rela meninggalkan rumah itu, meninggalkan Farha, meninggalkan abang dan dia tapi ayang terpaksa untuk kebaikan kita bersama. Sabar ya sayang ‘, aku terus memujuk buah hatiku yang semakin tenggelam di dalam kesedihan.
" Ayang…abang bukan apa…abang sedih kenapa ayang yang keluar dari rumah tu. Tidak pernah abang mengalami perasaan serba salah yang teramat sampai begini. Abang mengharapkan kita bertiga dapat hidup sebumbung tanpa sebarang masalah. Sekarang ni masalah kita sampai ke telinga keluarga masing-masing. Abang malu yang. Malu sangat dengan mak bapa ayang. Apalah tanggapan mak bapa ayang terhadap abang. Lepas tu keluarganya pun sudah tau tentang kita bertiga. Tapi kalau bukan ada yang membatu apikan dia mungkin takkan separah ini masalah kita yang. Abang sedih, malu… mana nak letak muka. Mak dan bapa ayang pun macam dah tak suka dengan abang. Semua gara-gara masalah kita ni. Mungkin salah abang juga kerana terlalu ikutkan keinginan untuk beristeri dua. Tapi ayang sudah tahu kan perkara ni semua bermula dari dia. Dia yang mencadangkan agar abang mengahwini ayang kerana dia tahu sebelum ni hidup ayang terumbang-ambing. Tidak tentu hala tuju. Ayang pun dengar sendiri dari mulut dia bahawa dia sanggup bermadu dengan ayang. Sekarang ni dah terlanjur abang sayangkan ayang timbul pula masalah tidak setuju ", Rosmin meluahkan seluruh perasaannya yang terbuku sejak semalam lagi. Aku membisu. Membiarkan dia meluahkan apa yang dipendamnya selama ini. Aku memandang tepat ke arahnya.
" Abang…ayang pun tidak mahu perkara ini berlaku tapi mungkin ada silapnya dari ayang juga sehingga dia marah dan mengambil keputusan begitu. Abang dan dia tidak salah. Dia ada hak ke atas abang kerana abang suaminya. Ayang tidak ada hak terhadap abang kerana kita belum pun sah sebagai suami isteri. Abang kena ingat tu. Apa-apapun sekarang kita banyakkan berdoa semoga kita akan menemui jalan penyelesaian. Abang sabar je ok ", aku menggenggam erat tangannya. Sejuk. Aku mengalih pandangan ke laman rumah makcikku, tempat persinggahanku sebelum aku mencari rumah sewa baru. Di situ mak dan bapaku duduk memerhatikan tingkah kami berdua.
" Abang…kita kena bersurai sebab ayang tak nak menambah kemarahan mak dan bapa. Abang tak nak bersalaman dengan mak dan bapa dulu? Sekurang-kurangnya ambillah hati orangtua ayang. Ayang tau dorang marah tak lama. Nanti kalau abang pergi macam tu je tambahlah dorang marah. Abang jumpa dorang dulu ok? ", aku menarik tangannya agar dia mengikutiku keluar dari perut kereta.
" Kakak nak ikut salam nenek? " Aku bertanya kepada Farha yang duduk di belakang.
" Kakak tak nak salam. Kakak mahu nenek ikut rumah", Farha membalas kataku dengan pelatnya. Aku tersenyum lalu aku mendukungnya keluar dari kereta untuk menemui emakku.
" Makcik saya minta maaf kerana makcik datang ke rumah dalam keadaan kami bermasalah pula. Sama juga dengan pakcik. Saya minta maaf kerana pakcik baru pertama kali datang bertandang ke rumah tapi ini pula kejadiannya ", Rosmin tunduk. Dia menguis-nguis rambut puteri hatinya.
Merah mata mak. Bapa pun sama. Aku tahu mereka boleh merestui hubunganku dengan Rosmin tetapi status Rosmin sebagai suami orang menjadi kebimbangan mereka. Mak menyeka airmata yang bergenang di kelopak matanya.
" Makcik tak marah Min. Makcik faham perasaan isterimu. Mana ada perempuan di dunia ini yang rela dimadukan walaupun zahir dari mulutnya sendiri tetapi mungkin berat dihatinya untuk menunaikan. Makcik pun tidak menyangka perkara ni berlaku. Tapi bagi makcik, makcik faham. Makcik pun perempuan juga. Makcik pun sudah bergelar ibu dan isteri. Makcik minta maaf juga kalau kedatangan makcik menyusahkan kamu sekeluarga. Makcik bawa Nor keluar bukan kerana makcik tidak suka dia tinggal bersama-sama kamu tapi biarlah dia mengalah dulu. Redakan keadaan dulu. Makcik tidak marah. Bagi makcik dalam kehidupan memang ada masalah. Tidak ada insan yang sempurna. Makcik anggap Min dan isterimu macam anak makcik sendiri apatah lagi kamu semua sebaya dan pernah bersekolah sama-sama. Nor dan isterimu pula kawan baik dari sekolah lagi. Makcik dah kenal Min. Apa-apapun semoga dia dapat menimbang balik dan berfikir dengan tenang ", emak memandang ke arahku. Airmataku mengalir lagi. Begitu juga dengan Rosmin. Bapa pula diam membisu.
Rosmin menyalam tangan kedua orangtuaku dan meminta diri untuk pulang. Aku menghantar mereka berdua ke kereta. Aku salam dan cium tangan Rosmin dengan hati yang berat. Rosmin mencium dahiku dan mengusap lembut kepalaku.
" Ayang…abang pergi dulu. Jangan lupa jaga kesihatan dan jangan lupa kirim khabar kepada abang ok. Tak dapat call, ayang sms saja ok. Abang sayang ayang selamanya ", Rosmin berpesan kepadaku. Bahuku terhenjut-henjut kerana menahan perasaan sedih. Aku mencapai Farha dan aku peluk anak itu semahu-mahunya. Tangisanku mulai pecah. Aku tidak dapat bertahan lagi.Aku tidak dapat bertahan lagi. Aku terduduk di sisi kereta Myvi Silver milik Rosmin. Rawan hatiku mengiringi pemergian mereka.Rosmin menggengam tanganku.
" Ayang jangan begini please. Makin sedih abang tengok keadaan ayang macam ni. Ayang juga suruh abang untuk bersabar. Ayang kena tabah sayang. Nanti abang cuba pujuk dia mana tahu keadaan kita boleh jadi bagus lagi. Bangunlah sayang, jangan buat abang macam ni. Abang tak nak tengok ayang bersedih. Tolonglah senyum untuk abang sebelum abang balik ", Rosmin memujukku. Aku turuti kata-katanya. Aku berdiri perlahan-lahan.
Rosmin beredar perlahan memasuki kereta. Aku menutup pintu kereta dengan hati yang berat. Aku mengukir senyuman seboleh mungkin tapi senyumanku hambar. Namun untuk menjaga hatinya aku cuba sebaik mungkin untuk menjadi kuat.
" Abang jangan pandu laju sangat. Ingat abang tu bawa Farha. Boleh jadi gila ayang kalau sesuatu terjadi dengan abang dan Farha. Jaga diri ya sayang ", aku berpesan.
Rosmin memandangku lama sebelum menghidupkan enjin dan berlalu pergi. Aku mengiringi pemergiannya sehingga bayang kereta itu hilang dari pandangan.

* * *

Terhenti lamunanku bila telefon bimbitku berdering. Ku lihat di skrin terpampang 1 mesej diterima. Aku buka sms yang datang dari Rosmin.

" Ayang buat apa? Mesti ayang menangis sekarang ni kan?.,.Ayang jangan sedih k. Abang di sini ok juga. Cuma rasa sunyi sebab tiada gelak tawa ayang. Abang rindu dengan ayang…ayang tau tak? si kakak marah dengan abang. Dia tanya abang kenapa abang tinggalkan mummy dan nenek di rumah Makcik Jenab? Abang jawab mummy dan nenek pergi lawat Makcik Jenab. Dia merajuk yang. Dari tadi dia sebut mummy je…Makin rindu abang dengan ayang…"

Laju airmataku membasahi pipi. Tidak ku balas sms itu. Aku tidak dapat menyusun kata-kata yang sesuai kerana dia pun tahu sikapku. Sudah masak dengan perangaiku yang agak manja dan mudah mengalirkan airmata. Tidak lama kemudian telefon bimbitku berdering lagi. Ada mesej lagi.

" Ayang kenapa tak balas sms abang? Jangan sedih sangat k. Ok la nanti kalau ayang dah berhenti menangis ayang sms abang ok…Jangan nangis lagi…abang sayang ayang…"

Makin sebak dadaku. Betapa hati lelaki itu sangat memahami hatiku. Aku sayang dengannya. Akhirnya, aku menangis sehingga aku tertidur.

...bersambung...

3 ulasan:

  1. wahh sedihnya...citer bermadu ke..sambung2 cepat...

    BalasPadam
  2. this story so best n romantic i hope u can continue this story.. i was cried when read this story.. cayok2

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama24/3/09 8:37 PG

    enjoy the story

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan