Ahad, Mac 22, 2009

Novel : Maafkan Aku Mama Prolog

Nama Pena : Sarah Shafawati bt Saadun

PROLOG

Aku kesunyian, Merentasi malam yang indah
Tanpa sesiapa.

Terasa diri kekosongan, Di dalam suara-suara
Yang tak bernama.

Waktu yang tidak dijangka, Hadir sebuah nama indah
Menyeri hidupku.

Bagaikan mimpi yang indah, Kerna dapat aku mencapai
Nada-nada bersamamu.

Kau membawa bahagia, Memudarkan sejarah bias
Luka cinta yang lama.

Kau penawar hidupku, Ku meaih suci cintamu
Setiap ku perlukanmu.

Aku sayang padamu, Tak akan ku ulang
Kesilapanku yang berlalu.

Seringku lari dari matamu, Malu aku bertentang dengan
Mata yang memikatku..


Bab 1

Nadia berlari memasuki bilik dan terus mendail nombor telefon Nerman. Tangisan tidak putus-putus mengalir di pipinya yang gebu. Nadia menjadi sukar untuk bernafas. Penyakit lelahnya menyerang.
"Abang..", Nadia bersuara dengan nada yang tersekat-sekat.
"Ya sayang, kenapa ni?"
"Mama dapat tau pasal video kita.", Nadia terus menangis sekuat hati sambil menekapkan bantal ke mukanya kerana takut Mama mendengar tangisannya itu.
"Hah?!". Nerman membisu.
"Katakan ni semua tipu Nadia."
"Betul bang, Nadia tak tipu."
Nadia meletakkan telefon kerana mendengar suara mamanya berbincang dengan sepupunya bersama suaminya.
"Kita suruh je dia orang kahwin makcu. Saya tengok Nerman tu baik je."
"Baik apanya bang kalau dia dah buat Nadia macam ni. Ini lelaki bodoh namanya. Makcu kalau dia ugut nak buat salinan video tu makcu terus bagi tau kita orang. Kita buat laporan polis terus."
Nadia panas hati mendengarkan perbincangan Kak Mas dengan suaminya itu. Mereka yang mendapat tahu tentang perbuatan Nadia dan Nerman di komputer riba Nadia, menghina Nadia dan Nerman tanpa belas kasihan.
1 jam kemudian, Nerman datang ke rumah Nadia untuk berjumpa dengan mama Nadia. Mama Nadia keluar dan menyuruh Nerman tunggu di luar. Tidak lama kemudian Kak Mas dan suaminya tiba.
"Em, masuklah". Suami Kak Mas bersuara dengan nada yang keras dan menyindir.
Nerman dan Nadia memasuki rumah. Nerman disuruh duduk di kerusi meja makan. Begitu juga dengan Nadia tetapi Nadia mengendahkan suruhan Kak Mas.
"Apa yang Nerman fikir hah?. Nadia tu baru je umur 20 tahun. Nerman yang dah 23 tahun sepatutnya bimbing Nadia. Kenapa kamu buat macam ni?", Kak Mas bersuara dengan nada yang kesal. Tiba-tiba suami Kak Mas menyampuk.
"Kau orang buat kat mana tu? Rumah kau ke Nerman?".
Nerman hanya mengangguk.
"Berapa round kau orang buat? 2 round ke 3 round?". Suami Kak Mas mengejek.
"Ni nak pergi Penang, cari port la ye.", Semua nama tempat di Pulau Pinang suami Kak Mas nyatakan kerana Pulau Pinang ialah tempat kelahirannya. Seperti dia pula yang tau port-port yang dia nyatakan itu.
"Kau tau tak hukuman kat penjara tu apa? Aku boleh sumbat kau orang kat situ. Biar dua-dua kena sebat.", suami Kak Mas bersuara dengan gahnya kerana dia adalah seorang polis, polis bantuan.
"Abang..", Kak Mas seperti tidak bersetuju dengan kata-kata suaminya. Kak Mas lalu menyambung.
"Tau tak dosa buat maksiat ni dosa besar? Apa yang mendorong kau orang buat macam ni? Siapa yang minta dulu?"
"Sama-sama minta Kak Mas.", Nerman menjawab.
"Menggoda sangat ke Nadia ni? Nadia kau tak nak cakap apa-apa ke? Kau tak nak bela diri kau ke?
Nerman hanya mampu membisu sambil menguis-nguis tapak tangannya. Begitu juga Nadia.
"Kau orang ni memang bodoh. Mak cik tau Nadia ni suka ceritakan pasal bapak dia. Tu yang engkau ambil kesempatan kan.", mama Nadia tiba-tiba bersuara.
Nadia hanya menahan sabar. Nadia memandang ke arah suami Kak Mas. Suami Kak Mas menggunakan telefon bimbitnya merakam wajah Nadia dan Nerman yang berada di dalam keadaan bersalah.
Nadia bersuara.
"Wah, dah main nak record pulak. Ok. Kau nak record sangat kan. Aku rasa kau tak layak nak nasihat kami. Sebab perangai kau pun tak senonoh. Setakat polis bantuan dah nak berlagak. Apa pulak hukuman untuk polis bantuan yang pergi rumah isteri orang, yang meraba isteri orang, berdua-duaan dengan isteri orang? Apa pulak hukuman untuk seorang cikgu yang meraba anak dara orang? Apa pulak hukuman untuk seorang suami yang curang dengan isteri dia? Sebabkan perangai kau tu isteri kau pun curang tau tak? Ada dua jantan lagi. Kau orang jangan cakap kau orang pun tak pernah buat benda-benda macam ni. Isteri kau pernah tunjuk gambar kau dengan dia sebelum kau orang kahwin, gambar kau orang berpeluk-pelukkan dekat rumah sewa kau. Mama, sekarang ni siapa yang ambil kesempatan? Mama boleh terima orang yang ambil kesempatan ni masuk rumah kita?! Mama tau kan polis bantuan ni dah raba Nadia dulu! Kenapa Mama tak bagi tahu Baba! Kenapa Mama lepaskan dia macam tu aje?! Kak Mas nak cerita pasal dosa pahala kan? Apa pulak dosa seorang isteri yang curang dengan suami dia? Kak Mas tau tak dosa isteri yang curang pada suami, dosanya lebih besar daripada dosa buat maksiat!"


"Kurang ajar!", Satu tamparan menyinggah ke wajah Nadia.
"Nadia! Kau dengar tak Kak Mas cakap ni? Mengelamun pulak dia!"
Nadia hanya mampu menghela nafas yang panjang. Ternyata lamunannya itu tak mampu untuk Nadia bertindak untuk menjadi kenyataan.
"Dahlah, jom lah kita balik Mas. Biarkan budak-budak ni."
Nerman melangkah keluar sambil menoleh ke arah Nadia.
"Nadia, cakap dengan mama abang tak pergi Penang."
Nadia hanya membisu.

Bab 2

Nadia melemparkan senyuman pada Nerman tetapi Nerman hanya menggeleng kepala menolak senyuman Nadia kepadanya. Nadia merasa amat sedih kerana itu pertama kali Nerman tidak membalas senyumannya. Mungkin peristiwa 3 jam lalu membuatkan Nerman bertindak demikian. Nadia memahaminya kerana Nadia sendiri sudah menjadi gila dengan semua ini. Satu langkah terpesong menyebabkan dirinya ditembak berkali-kali oleh mamanya. Nadia tahu mamanya berdendam dengan lelaki kerana kecurangan ayah Nadia terhadap mama Nadia. Namun, begitu juga dengan Nadia yang berdendam dengan sikap dan layanan ibunya terhadapnya selama ini.
"Kak Nadia, pandanglah kamera!"
Nadia hanya mampu mengukir senyuman yang tawar pada lensa kamera. Junior-juniornya kehairanan melihat pewatakan Nadia yang lemah dari tadi. Biasanya Nadia pantang bertemu dengan kamera. Nadia pasti menggayakan pelbagai reaksi wajah. Tetapi kali ini..
Sepanjang perjalanan ke Pulau Pinang, Nadia masih berada dalam keadaan terhad bersama Nerman. Tidak dapat mendakap kebahagiaan seperti sebelum ini kerana Nadia ditemani adiknya, Nikisya. Nikisya seorang adik yang saiz badannya lebih besar dari Nadia tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan Nadia. Setiap perbuatan Nadia pasti diadukan kepada mamanya. Nikisya yang begitu rapat dengan mamanya membuatkan Nadia hampa kerana terpaksa melalui keadaan yang dipinggirkan keluarga menyebabkan Nadia sendiri meminggirkan dirinya. Namun, Nadia perlu menumpukan perhatian pada Kejohanan Taekwondo yang bakal berlangsung di Pulau Pinang. Nadia nekad untuk mencipta sejarah dalam dirinya bagi membangkitkan semangat yang sudah lama terkurung di dalam tubuhnya selama ini.
"Ibu.", Nerman menahan sebak.
"Eh, kenapa kau menangis ni?", Ibu Nerman seperti dapat menghidu masalah yang dihadapi anak sulungnya itu.
"Along tak dapat jumpa Nadia lagi."
"Bertenang Along. Cuba cerita dengan ibu apa yang dah jadi."
"Kami ada buat salah. Lepas tu mak Nadia dapat tahu.", Nerman menjelaskan dengan nada yang tersekat-sekat.
Nadia memerhati Nerman dari jauh. "Tengah cakap dengan ibu kot." Bisik hatinya. Nadia mendekati Nerman diikuti oleh Nikisya.
"Abang telefon ibu ek tadi?"
"Aah. Nah 100 plus abang beli untuk Nadia."
Nadia tersenyum. "Terima kasih bang."
Nadia menjadi sebak kerana kekasihnya itu sering tidak pernah melupakannya walaupun sesaat.
"Niki, kalau boleh jangan lah bagitau Mama pasal kami kat sini ya?", Nerman seperti merayu kepada Nikisya kerana Nerman mahu menghabiskan sisa-sisa waktunya bersama Nadia.
"Ye lah.", Nikisya menjawab sepatah.

Jam menunjukkan 6.30 pagi. Nadia tidak menahan air yang sejuk pada waktu begitu. Ditambah pula mood yang disangka mimpi rupanya realiti yang terpaksa dihadapinya pada waktu-waktu genting begini.
Nadia memerhatikan junior-juniornya mendirikan solat subuh. Nadia menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya menahan kesejukan. Tanpa membersihkan diri, Nadia bersiap untuk turun ke bawah. Sementara menunggu Niki, Nadia meninjau ke asrama lelaki mencipta andaian Nerman sudah bersiap.
"Lambat gila bas ni. Dah dekat 3 jam tunggu. Naik pitam aku."
"Aku dah call banyak kali. Dia cakap dia dari KL."
"Kepala otak dia dari KL. Apa pasal tak tidur sini je. Bodoh betul."
Nadia menahan kesakitan kepala mendengar rungutan-rungutan junior-juniornya kerana bas yang dinantikan masih belum kelihatan. Kuih yang dijamah tidak mampu untuk dihabiskan.
"Abang dah mamam?", Nadia terus mengajukan soalan pada Nerman sejurus melihat Nerman berjalan ke arahnya.
"Belum sayang. Nadia dah mamam?", Sambil Nerman mengusap kepala Nadia.
"Mamam sikit je. Tak habis la. Abang habiskanlah ek."
Nerman menghabiskan sisa baki kuih Nadia. Sambil Nerman menjamah kuih karipap kegemarannya itu, Nadia melentokkan kepalanya di atas bahu Nerman. Nerman berhenti mengunyah. Penglihatan Nerman menjadi kabur. Air matanya yang tidak mampu ditahan, akhirnya jatuh ke tangan Nadia yang sedang berehat di lutut Nerman. Nadia merasai seperti titisan air jatuh ke tangannya. Nadia memandang Nerman yang sedang mengesat air matanya.
"Abang, kenapa ni?"
"Tak ada apa-apa Nadia. Abang sedih je sebab kita kena tempuh ujian Allah sebesar ini."
"Abang. Nadia yakin. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. Sebab Nadia yakin sangat dengan abang. Nadia yakin dengan kesungguhan abang terhadap Nadia. Nadia tahu abang sayang Nadia sebab Nadia pun sayang abang." Nadia mengukirkan senyuman berbentuk harapan terhadap Nerman. Nerman mengusap kepala Nadia membuktikan kalimah-kalimah Nadia terhadapnya adalah benar.


3

Aku nak capai matlamat aku hari ini. Tunjuk kepada semua orang yang aku tak lemah! Tak mudah dipijak. Aku nak buktikan kepada Mama, Baba, Kak Mas yang aku ni tak bodoh! Satu hari nanti mereka akan sedar yang mereka adalah silap!
Nadia menghela nafas yang panjang. Selepas ini gilirannya untuk memastikan acara berkumpulan pasukannya untuk memiliki emas. Didahului dengan ayat-ayat suci Al-Quran, Nadia melangkah dengan penuh keyakinan. Nadia yakin apa yang dia usahakan selama ini pastinya membuahkan hasil.
"Priiiit.", Wisel berbunyi menandakan waktu perlawanan sudah bermula.
Nadia memandang ke arah lawannya. Lawannya yang pernah ditemuinya sebelum ini dengan sebuah kekalahan. Pastinya kekalahan itu tidak akan ditemuinya pada hari bersejarah ini. Senyum Nadia dibuatnya. Nadia mengorak teknik tendangan yang agresif. Tapak kakinya yang sepatutnya berada di muka suami Kak Mas, kini berada di wajah lawannya yang memberi 3 mata.
"Priiiiiiiiiiit." Tamat sudah durasi perlawannya. Kini, keputusannya pula ditunggu dengan penuh gelisah. Pengadil memegang kedua-dua tangan peserta. Nadia memejamkan matanya. 3 saat kemudian, kedengaran ramai orang bersorak kegirangan. Nadia membuka mata. Kelihatan tangannya berada lebih tinggi dari kepalanya. Nadia melompat kegembiraan kerana pasukannya mendapat pingat emas untuk kategori yang diacarainya. Semestinya suatu pencapaian yang ingin dicipta Nadia selama ini.
"Abang! Nadia menang! Yeah!!" Nadia berlari ke arah Nerman.
"Ye ke? Wah, tahniah sayang. Macam ni lah manja abang! Abang menang first round je. Second round dah terpeleot. Kaki abang injured. Kalau tak mesti menang punya second round tu, Hehe."
"Tak apa bang. Lepas ni banyak peluang lagi. Niki lagi lah. Jadi pemain simpanan pun dapat emas juga."
Mereka ketawa sesame sendiri tetapi tawaan dari Niki tidaklah segirang Nadia dan Nerman. Pastinya Niki akan mengadukan perbuatan Nadia dan Nerman kepada Mamanya sepanjang perlawanan itu berlangsung.


Sudah 2 hari perlawanan Taekwondo peringkat Kebangsaan itu berlangsung. Usaha ahli-ahli Din’s Taekwondo Academy pastinya membuahkan hasil yang dapat dibanggakan kerana mereka mendapat tempat ketiga. Setiap ahli yang menjadi peserta tidak pulang dengan tangan kosong dan pastinya kegembiraan terpapar di wajah-wajah mereka.
Namun, kegembiraan itu hanyalah sementara bagi Nadia dan Nerman. Mereka sedar hari itu merupakan hari terakhir mereka akan bersama. Nadia menatap wajah Nerman yang sedang tidur mengiring menghadap Nadia. Kerusi bas yang keras itu membuatkan Nerman seperti tidak selesa untuk merehatkan diri. Begitu juga dengan Nadia. Nadia membelai wajah Nerman. Nerman terjaga dari tidurnya dan melemparkan senyuman yang lemah terhadap Nadia.
"Abang, lepas ni kita tak dapat jumpa lagi."
"Abang tahu sayang. Tak tahulah bila kita boleh jumpa lagi kan."
"Tapi abang jangan lupakan Nadia ye."
"Tak pernah niat abang untuk lupakan Nadia. Abang akan rindu Nadia."
Nadia hanya mampu menghela nafas. Tiba-tiba Nadia menerima pesanan ringkas dari telefon bimbitnya.
‘Sarah, Mama tahu kau dah berseronok dengan jantan tak guna tu kan. Lepas ni Mama nak kau jangan tinggal sembahyang. Kau tu dah buat dosa besar. Kau sekarang berada bawah kawalan Mama selagi kau tak kahwin.’
Aku tak akan ikut arahan Mama. Mama tak pernah nak faham Nadia. Mama tak pernah nak fikirkan kebahagiaan Nadia. Mama tak nampak ke Nadia menderita selama ni? Kenapa Mama mesti nak fikirkan diri Mama yang kononnya Mama seorang je yang menderita disebabkan Baba? Habis! Nadia ni macam mana? Kasih sayang Mama dangan Baba Niki yang dapat. Nadia dapat kosong, Mama! Kosong!
Air mata Nadia berderai laju. Tangisan Nadia dikesat oleh belaian Nerman.
"Sayang, be tough ok. Abang tahu Nadia akan terseksa kat rumah tu. Tapi ingat, abang sentiasa ada untuk Nadia. Kalau ada apa-apa berlaku, call abang terus ye Nadia."
"Ok abang.",Suara Nadia teresak-esak. Tangannya digenggam erat oleh Nerman.
"Shh. Sayang. Sabar ye sayang. Masa abang tak ada jaga kesihatan ye. Kalau Mama marah Nadia, Nadia diam je tau. Jangan melawan cakap Mama ye. Ikut je cakap dia. Lama-lama nanti reda la Mama tu.

Bersambung…

5 ulasan:

  1. umm..maaf kalau terasa tapi crite ni psl dorg t'lanjur ke??hmm..x bce smp abes coz rse x sesuai sye nk bce..hmm..knapa dorg mcm x b'slh n family mcm x kesah eh??

    BalasPadam
  2. ak x pham bce cite ni..
    b,belit2
    intro x clear!!!

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama23/3/09 9:56 PG

    erk .. korang ni baru baca novel ek.. bacalah bg abis dulu ... baru ada perkataan terlanjur je dah kondemkan penulisan org lain ...

    Balasan untuk komen petama : sila baca sampai habis, pengarang ni ambil sebahagian plot cite sahaja. Org yg blaja kritikan sastera pun baca sesebuah penulisan sampai habis dan membuat penelitian baru bleh komen kesesuaian bahan bacaan tersebut.

    Balasan untuk komen kedua : baru blaja baca novel ek, tak semestinya sesebuah penceritaan akan menceritakan segalanya pada intro ... kadang2 pengarang akan meletakkan "flashback" atau pun pengenalan sesuatu watak dan struktur cerita di pertengahan ataupun klimak sesebuah novel.

    Bagi golongan formalis, sastera terhasil daripada suatu proses yang bebas daripada rantaian kehidupan lain, maka itu pendedahan karya tidak mementingkan perkaitannya dengan faktor kehidupan yang lain, memadai dengan melihat antaranya, tema, plot, perwatakan, gaya bahasa dan simbol-simbol yang digunakan dalam karya.(Utusan Malaysia)

    BalasPadam
  4. sy nk komen tentang komen ke -3
    wah mcm terer sastera je :)

    BalasPadam
  5. waaaaa..
    nmpk perbincangan hgt...
    apa pun good luck utk penulis..
    chayuk!!!!

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan