Ahad, Mac 22, 2009

Novel : Hot N Cold 6

Nama Pena : zarith natasha

DEWAN Meranti, dewan besar sekolah riuh rendah dengan suara para pelajar yang datang ‘uji bakat’ bagi menentukan kelayakan untuk menyertai coral speaking. Nak masuk coral speaking pun kena buat ujibakat jugak ke? Macam nak masuk AF la pulak. Aryana menggumam di dalam hati. Dia dan kawan-kawannya mengambil tempat di sudut kanan dewan. Jauh dari makhluk lain.
"Lambat lagi ke turn kita?" soalnya.
"Tak tau. Uni dengan Bat pergi tanya pun tak balik-balik lagi."jawab Bella. Tangannya jatuh ke dahi mengesat peluh.
"Panas la dewan ni. Ada aircond pun tak on. Kipas pun berpusing nak tak nak ja." Gumam Arissa. Badannya disandar pada dinding dewan.
"Ala. Rilex ar. Kejap lagi sampai la turn kita." Juwana mententeramkan para sahabat. Dia sudah duduk bersila di atas lantai.
"Oit makcik. Minta sedekah ke? Sorry la takde duit syiling." Satu suara menegur. Empat kepala menoleh ke arah si gerangan suara tadi.
"Ceh! Aku pun tak ingin syiling kau tu. Simpan je la dalam tabung gajah kau tu."Balas Juwana bila dia sedar kata-kata itu ditujukan kepadanya. Dia menjeling tajam pada Ahmad Firdaus @ Pidut classmatenya itu.
"Hai Pidut. Nak ngorat awek pun tak kena cara. Nak kitorang ajarkan? Kitorang ada rumus ni." Kata-kata Aryana itu dibalas dengan jelingan Juwana.
"Boleh jugak. Tapi aku nak rumus paling ringkas." Pidut ketawa dihujung ayat disambut oleh ketawa tiga gadis didepannya. Juwana masih dengan jelingan tajamnya.
"Girls.." Epon atau nama sebenar Saiful Asyraf pula menyapa.
"Epon!!!" serentak empat gadis itu menyahut. Sengaja mereka memberi respon begitu.
"Over betul korang ni." Epon senyum. Dia merupakan classmate Murni.
"Korang nak join jugak ke?" soalnya pula.
"Tak lah. Saja je datang buang masa kat sini. Kena jadi model kat sini." Jawab Arissa sinis. Epon dengan si Arissa pun satu hal. Pantang bertemu pandang ada saja nak di debatkan. Permusuhan kecil mereka bermula sejak mereka berebut membeli nasi ayam yang hanya tinggal satu ketika minggu pertama persekolahan bermula. Disebabkan perebutan hebat itu maka Mak Cik Onah si penjual nasi ayam tersebut menjatuhkan hukuman bahawa dia tidak akan menjual nasi ayam tersebut kepada mereka berdua. Maka pada hari itu kempunan lah keduanya nak makan nasi ayam. Pasal nasi ayam pun boleh jadi hal besar?
"Hak alorrh budak ni. Aku tak tanya kau pun. Tiba-tiba je menyampuk pe hal?" Muka Arissa di tenung tajam.
"Suka hati aku la mulut aku. Hang sibuk psai pa?" balas Arissa berang. Dah... dah start dah.
"Kerana mulut badan binasa..." tegas Epon tidak puas hati.
Arissa merapati Epon. Tangannya mencekak pinggang."Ingat aku takut?"
"Ooo... stop. Karang tak pasal-pasal korang yang di coral speaking kan." Bella menarik tangan Arissa.
"Rilex ar Epon, Rissa. Korang ni macam budak-budak la."
"Kau diam!" suara serentak Epon dan Arissa membuatkan Pidut tersentak. Aik? Aku pulak yang kena?
"Ni apsal pulak? Gaduh lagi ke?" tegur Hafizi yang baru masuk dewan. Dari luar lagi dia dah dengar suara Arissa dan Epon.
"Biasa la Fizi. Kau faham-faham je la diorang ni." Bella menjawab bagi pihak Arissa dan Epon. Mereka berdua pandang wajah masing-masing dengan jelingan tajam.
"Aku dah faham pun." Ujar classmate Aryana dan Bella itu sambil tersenyum nakal. "Gaduh-gaduh sayang,Bell." Kata-kata Hafizi membuatkan enam kepala bergabung ketawa. Dua kepala lagi mencebik.
Tawa Aryana terhenti bila matanya jatuh pada satu wajah yang amat dimusuhinya sedang berjalan ke arah mereka. Boyot disebelah melambai mesra.
"Oit korang pun join benda alah ni jugak ke?" Boyot menyoal sebaik saja kawan-kawannya dihampiri.
Dan buat pertama kalinya dalam hidup Aryana dia melihat senyuman dari bibir Carl Ezairy Bin Carl Ahadiat. Tapi sayangnya senyuman itu bukan ditujukan kepadanya. Hanya Epon, Pidut, Hafizi dan Boyot je yang dapat peluang itu.
"A’ah. Uni yang beriya-iya sangat nak join coral speaking dia ni. Korang pun?" balas Juwana ramah.
"Actually aku dengan Carl tak nak join benda alah ni. Tapi Teacher Hayati paksa kitorang. Nak tak nak kena nak jugak la." Boyot buat muka sedih. Carl seperti biasa. Berlagak bisu. Awak oi! Apsal suka diam je?
"Oit." Bella berbisik perlahan di telinga Aryana. Temannya itu masih statik merenung Carl yang sedang bercakap sesuatu dengan Pidut dan Epon.
"Aucch!" suara Aryana yang agak kuat itu menarik perhatian teman-temannya.
"Nothing." Dia tersengih bila semua mata terarah padanya dengan pandangan ‘apsal?’.
"Apsal kau siku perut aku?" Bisik Aryana ditelinga Bella. Perlahan tapi tegas.
"Kau tu tengok Carl sampai nak terkeluar biji mata. Nasib baik orang lain tak perasan." Bella tersengih nakal. Aryana tersentak seketika. Alamak! Yeke?
"Sapa cakap aku tak perasan?" Aryana tersentak lagi bila Juwana tiba-tiba masuk line. Temannya itu tersenyum penuh makna.
"Aku pun perasan jugak." Aryana, Bella dan Juwana pandang Arissa.
"Put, ada ‘something-something’ ke?" something-something bagi mereka bermaksud ada sesuatu yang membawa kepada maksud soal hati dan perasaan tentang cinta. Ahakzz!
"Korang jangan nak mengarut!" suara Aryana yang agak kuat itu menarik perhatian lima jejaka dihadapan mereka.
"Are we missed something, girls?" soalan Boyot itu dibalas dengan gelengan laju dari empat gadis itu.
"Sure?" Pidut tidak mahu ketinggalan.
"Oit! Come here!" sembilan kepala berpaling serentak ke arah suara yang datang dari tengah kelompok hamba Allah.
"Come!" Jerit Murni lagi. Tangannya menggamit Aryana , Bella,Juwana dan Arissa yang berada di sudut dewan besar itu.
"Coming!" empat suara itu membalas.
"Excuse us." Aryana melintasi lima jejaka yang sudah dikenali selama empat bulan sejak mereka berada disekolah teknik tersebut.Diikuti oleh Bella,Juwana dan Arissa. Fuh lega. Uni, aku sayang kau! Aryana senyum sendiri.


"KORANG, tadi Boyot suruh aku tanya korang ni." Nasi di dalam pinggan digaul perlahan. suasana dewan ketika itu agak sunyi. Mana taknya tengah kusyuk menghadap makanan.
"Dia tanya apa? Minta izin kita nak masuk meminang si loceng ni ke?" soalan spontan Juwana itu membuat Bella yang sedang meneguk air sirap tersedak.
"Sorry Bell." Juwana menggosok perlahan belakang Bella disebelahnya itu. Yang lain ketawa.
"Kepala hotak kau! Dari mana datang gosip aku dengan Boyot pulak ni? Pandai-pandai je." Marah Bella seraya tanggannya menepuk dada perlahan.
"Bukan ka hang dengan dia rapat?" senyuman Arissa melebar.
"Rapat je pun. Tak lebih dari kawan la." Nasi disuap ke mulut.
"Tapi aku tengok Boyot macam ada hati kat kau je." Aryana mencelah dengan mulut penuh.
"Ah takde nak lebih-lebihnya. Kitorang kawan je. Macam kau kawan dengan dia." Balas Bella.
"Tapi kalau la tekaan aku ni betul, apa respon kau?" Soal Aryana pula.
"Apa yang kau mengarut ni? Dah...dah... Cepat makan. Mama aku cakap time makan tak boleh bercakap. Kita kena hormatkan rezeki." Kata Bella selamba.
"Ye? Patutla bila time makan je kau orang yang paling ‘diam’. Rupanya hormatkan rezeki." Sindiran Uni dibalas dengan tumbukan perlahan dibahunya. Juwana, Arissa, Batrisya dan Aryana ketawa.
"Put, apa benda yang Boyot suruh cakap dengan kitorang tadi?" pandangan Batrisya terarah pada Aryana.
"Kan Wana dah cakap tadi. Dia minta izin kita nak masuk meminang Bell." Usik Aryana.
"Put." Suara Bella bergetar amaran.
"Okay, okay aku nak cakap la ni." Aryana menghabiskan kunyahannya. "Dia ajak kita buat study group. Korang setuju tak?" dia kembali menghadap nasi.
"Sapa lagi yang join?" Soal Arissa berminat,
"Dia kata budak-budak bilik dia pun join. Pidut, Epon, Fizi, Apit la kot. Diorang kan rapat." Aryana mencapai gelas plastik lalu meneguk air sirap.
"Kalau genk diorang ada, maksudnya si mamat bajet cool tu pun mesti ada." Sampuk Murni. Mendengar kata-kata Murni itu, Aryana sedikit tersentak.
"Put, awat dengan hang ni?" Arissa menyiku Aryana disebelahnya.
"Nothing." Balas gadis itu ringkas.
"Put, something-something?" soal Bella. Matanya merenung Aryana. Begitu juga yang lain.
"What?" Aryana bertanya bila lima mata merenungnya serentak dengan senyuman penuh makna.



ARYANA berjalan ke bilik guru dengan hati yang ragu-ragu. Apsal Teacher Hayati panggil aku ni? Dia mengomel sendiri. Ketika dia kusyuk bersembang dengan Bella, Boyot dan Hafizi tadi dia didatangi oleh seorang pelajar perempuan yang menyampaikan pesanan bahawa Teacher Hayati mahu berjumpa dengannya segera. Nak tak nak dia terpaksa turuti jugak tanpa sekelumit kerelaan.
"Teacher nak apa ye? Aku ada buat salah ke?" Bisiknya perlahan. Teacher Hayati merupakan guru yang tersenarai dalam list guru yang paling digeruni para pelajar.
"Opocot Pak lebai!" Aryana melatah bila tubuhnya terlanggar dinding.
"Apsal aku boleh langgar dinding ni?" dia menggomel sendiri. Kepalanya digosok.
"Dinding?" Satu suara menegur.
Suara sapa tu? Macam dekat je suara tu. Aryana masih pejam mata menahan sakit. Matanya dibuka perlahan. Sejak bila bilik guru dicat dengan warna putih? Setahu aku cat bilik guru warna kuning muda. Eh kejap-kejap. Dinding pun pakai lencana sekolah jugak ke?
"Ehem."
Aryana panggung kepala. SUBHANALLAH!
"Tak sengaja." Ia menapak tiga langkah kebelakang sebaik saja dinding bertukar menjadi manusia. Carl Ezairy?
"Lain kali kalau berjalan fokus betul-betul." Ujar lelaki itu sambil mengorak langkah meninggalkan Aryana yang masih terpinga-pinga.
"Eleh. Macam la awak tu fokus sangat. Kalau ye mesti awak dah mengelak kan?" Ternyata Aryana tidak berpuas hati dengan kata-kata yang dilemparkan oleh lelaki itu.
Lelaki itu menghentikan langkah. Dia menoleh ke belakang. "Kenapa ye awak selalu salahkan orang lain bila kesalahan itu berpunca dari diri sendiri?"
Mata Aryana membulat mendengar soalan yang spontan keluar dari bibir musuhnya itu. Dia ingin membalas tapi bibirnya terkunci rapat bila mata Carl jatuh pada wajahnya.
"Lagi satu, zaman sekarang Allah bayar cash bila kita buat dosa. Terutama sekali bila dosa mengumpat cikgu sendiri." Dengan ayat itu Carl berlalu meninggalkan Aryana yang masih terpempan dengan tembakan bertubi-tubi dari lelaki itu. Dia hanya memandang lelaki itu melangkah masuk ke bilik guru tanpa kata.

7 ulasan:

  1. Tanpa Nama22/3/09 8:42 PG

    silakan view my blog {http://zarithnatasha.blogspot.com/}
    thanksss...
    -zarith natasha-

    BalasPadam
  2. warghhhhhhhhh.
    suke2.
    kan dh kena sound dgn carl.
    he3.
    asal xley nk cmmnt citer dkt ur blog?
    he3
    smbung2
    -na'dz

    BalasPadam
  3. syer ske cter ni......
    cpatler smbung..
    x sbar rsenyer..

    BalasPadam
  4. hahaha..hate but love it..ah ha..=)

    BalasPadam
  5. Bkan Kaki Novel6/5/09 10:05 PG

    kenapa ya? hero dgn heroin mesti bergaduh dulu sblum startkn relationship? Kebykkn cita mcm 2 kn...
    persoalan nie sentiasa ada..
    Anyway,cita nie best!
    Bole tahan la...
    erm,rasanya cita HOT N COLD nie dok ranking yg ke-2 dlm list novel yg saya suka + cop best kt penulisan2u.
    Yg 1st 2, HOT GIMMICK^^
    Apa2 pun,truskn n pnjgkn lg episode cita nie ya?

    BalasPadam
  6. wwaaaaaaaaaaaaa..best giler citer ni beb.xm'bosankan. cpt2 ler smbg cter ni yer.......

    BalasPadam
  7. Diorang skolah men teknik ke?
    sya skolah kat perlis jugak...

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan