Ahad, Mac 22, 2009

Novel : Haruskah Kita Bersama 9

Nama Pena : nae

Ira masih lagi tidak dapat menumpukan perhatian pada kerjanya. Semua yang dibuat serba tak kena.

Baru sebentar tadi dia tersalah masuk ke tandas lelaki. Mujurlah hanya makcik cleaner sahaja yang berada di situ.

Kelibat Zara masih tidak kelihatan sejak kejadian pagi tadi. Ira cuba mendail nombor Zara tetapi panggilan hanya masuk ke peti suara. Kemudian Ira menelefon pula ke pejabat Eddy. Menurut secretarynya, Eddy langsung tak masuk office sejak pagi tadi hinggakan Tan Sri yunus mengamuk sakan sewaktu meeting.

" Ish... kusut aku. Apa kene ngan diorang berdua ni?," Pening Ira memikirkan kejadian pagi tadi.

Bagaimanapun kejadian itu dilupakan seketika kerana dia perlu mengetuai meeting pada hari tersebut. Hampir satu hari Ira dan teamnya terperuk dalam meeting room bagi membincankan projek terbaru mereka. Kemudian Ira bergegas pula bertemu dengan client di Shah Alam. Hampir pukul 10 malam barulah Ira sampai di rumah. Pada waktu itu Ira merasakan hampir tercabut saja seluruh tulangnya dek kerana penat berkejar ke sana kemari.
Sebaik saja memasuki rumah,Ira terus menghenyakkan tubuhnya di sofa dan bersandar malas. Tiba-tiba terdengar derap tapak kaki di belakang. Alangkah terperanjatnya Ira melihat Eddy yang masih dengan pakaian pejabatnya pagi tadi.

" Satu hari ni kau ade kat rumah ke? Kenape tak pegi meeting?,"tanya Ira bertalu-talu

Tanpa menjawap pertanyaan Ira, Eddy terus baring di atas sofa tersebut dan menyandarkan kepalanya di peha Ira. Ira tersentak dengan perlakuannya.

" What the...," niat Ira untuk menyumpah Eddy terhenti apabila melihat matanya yang masih merah seperti kesan menangis. Hati Ira tersentuh kerana ini pertama kali dia melihat lelaki menangis. Sekali lagi dia tidak tahu apa yang harus dilakukan.

"Ish... macam mana ni? Kalau Aiman yang nangis boleh jugak aku peluk cium," bisik
Ira dalam hati.

Tanpa berfikir panjang Ira perlahan – lahan mengusap rambut Eddy. tatkala itu perasaan kasih – sayangnya melimpah ruah terhadap lelaki itu. Ira sendiri tidak sedar sejak bila dia mula menaruh perasaan terhadap lelaki itu. Namun perasaan itu disimpan kemas dalam hatinya.

"Lima tahun, Ira. Dah lima tahun aku cuba lupakan dia. Tiba-tiba dia muncul balik kat depan mata aku,"Eddy meluahkan perasaannya.
Sebelum ini dia tidak pernah menceritakan perkara ini kepada sesiapa termasuk ibubapanya. Ira seperti dapat merasakan penderitaan yang ditanggung oleh Eddy selama ini.

" Kau still sayangkan dia kan?," tanya Ira. Dia sudah dapat mengagak ‘dia’ yang dimaksudkan oleh ialah Zara. Lantas Ira menyadari bahawa dia telahpun tewas sebelum berjuang. Dia sedar yang dia memang tak setanding dengan Zara dari segi gaya dan personaliti.

" Entahlah....yang pasti aku tak boleh lupakan dia. Macam mana teruk pun dia hancurkan hati aku dulu, aku tak pernah benci pada dia,"jelas Eddy.

" Kalau macam tu korang still ada peluang lagi nak berbaik. Cubalah bawak berbincang. Maybe apa yang dia buat dulu ada sebabnya,"pujuk Ira.

Tanpa disuruh, Eddy mula menceritakan detik perkenalannya dengan Zara sewaktu di US sehinggalah bagaimana Zara menolak mentah-mentah lamarannya.

Kebanyakan perkara yang diceritakan oleh Eddy hampir sama dengan apa yang diceritakan oleh Zara. Cuma Eddy masih belum tahu yang tindakan Zara bersebab.

" Aku mesti tolong diorang. Mamat ni dah salah faham dengan Zara," bisik hati Ira. "tapi aku macam mana?," sekali lagi dia bertingkah dalam hati. " Aah..ni bukan masanya aku nak pentingkan diri. Mungkin ni lah jalan keluar untuk rumahtangga aku yang takde kesudahan nih. mungkin dia bukan untuk aku," hati Ira berbisik lagi. Kali ini dia nekad untuk menjernihkan kembali hubungan antara Zara dan Eddy. dia harus melakukannya segera sebelum dia hanyut lebih jauh dengan perasaannya sendiri.

" Oit..kau dengar tak apa yang aku cerita tadi?," sergah Eddy membuatkan Ira tersentak.

"Tak..aku tertidur.. oklah aku masuk dalam dulu," jawab Ira seraya mahu bangun tetapi usahanya tidak berhasil kerana kepala Eddy masih lagi di atas pahanya.

" Macam tu je ? takde kata-kata nasihat ke? Cadangan ke?," tanya Eddy tak puas hati

" Nasihat aku, better kau pegi jumpa dia tanya what exactly happen that day. Dari apa yang kau cerita tu, aku rasa kau dah salah paham kat dia.

" What do u mean?," tanya Eddy. dia dapat merasakan yang Ira seperti sudah tahu perkara yang terjadi antara dia dan Zara.

Lantas Ira menceritakan perkara sebenar yang diceritakan oleh Zara kepadanya suatu masa dulu tentang bagaimana dia diugut oleh Hisyam untuk melukakan hati Eddy. setelah selesai menceritakan segalanya, Ira hanya mengeluh panjang. " lepas ni semuanya akan berubah," bisik hatinya

"Kurang ajar! Hisyam memang dah melampau. Kenapalah aku ni bodoh sangat ak siasat dulu perkara ni," serta – merta Eddy teringat sewaktu pergaduhannya dengan Zara lima tahun dulu, dia dapat merasakan ada sesuatu disembunyian oleh wanita itu tetapi disebabkan oleh perasaan marah yang amat sangat Eddy tidak menghiraukan itu semua. Sudahnya 5 tahun dia menderita dan menyalahkan Zara.
" Ira, kau mesti tolong aku," pinta Eddy.

..........................................................................................................

" Macam mana pipi you? Dah ok?," tanya Ira sambil membelek wajah rakannya itu.

" Dah ok sket. Smalam kan i dah ambik MC rehat kat rumah. Err..i nak tanya you sket boleh tak?," tanya Zara teragak –agak.

" Mesti you nak tahu hubungan i dengan Eddy kan?,"
" Hmm..kalau u tak keberatan, i nak tahu sangat. I rasa hubungan you all bukan setakat kawan biasa kan?, duga Zara.

" Yeah, he’s my husband. Kitorang dah kawin 3 bulan lepas,\"

Serta-merta air muka Zara berubah. Tak sangka Eddy telahpun melupakannya. Tanpa disedari airmatanya mengalir laju.

" I tak sangka diabetul-betul dah lupakan i. Tapi salah i jugak dah hancurkan hati dia. mesti dia bencikan i sekang ni," ujar Zara sambil mterus menundukkan wajahnya untuk mengelakkan Ira melihat dia menangis.

"I tak pernah bencikan u, Zara.," serta merta Zara mengangkat wajahnya apabila mendengar suara yang sangat dikenalinya.

" Eddy! apa you buat kat sini? Mana Ira?," tanya Zara yang sedikit terperanjat dengan kedatangan Eddy.
" Dah la tu. Jangan nangis ok. Ira dah ceritakan semuanya kepada i. Sepatutnya i yang mintak maaf kat you. Tak pasal –pasal berkasar dengan you semalam.

" Memang patut pun i kene tampar. I ni mudah tunduk pada ugutan Hisyam," balas Zara
" Huh, hampir lima tahun. Sia- sia macam tu je. I harap lepas ni kita dapat sambung semula hubungan kita.
" Err..you dengan ira..,"

" Pasal tu you jangan bimbang. Kami kawin pun atas desakan keluarga. Nothing happen between us. I anggap dia macam kawan baik i. Dia pun anggap i macam tu. Lagipun kalau bukan sebab dia, mungkin kita tak berbaik lagi sekarang," jawab Eddy.

Dari jauh kelihatan Ira hanya melihat adegan di hadapannya dengan linangan air mata. Sebelum ini, dia selalu bertanya apa rasanya jatuh cinta. Tapi hari ini, dia sendiri telaah merasa bagaimana seksanya jatuh cinta dan putus cinta dalam masa yang sama. Pada saat dia menyedari dia telah jatuh cinta pada suaminya sendiri, dia telahpun kehilangan cinta tersebut. Dan lebih menyedihkan lagi, dia hanya bertepuk sebelah tangan.

13 ulasan:

  1. best..tp nape skit sgt..
    penulis xde blog ker??
    smbung lg ye..!

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama22/3/09 7:14 PG

    wat lah blog...sng nk bc...pless

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama22/3/09 8:57 PG

    aduh..kesian kat ira..
    penulis buatlah blog ye..
    tak sabar nak tau crite slanjutnye...

    BalasPadam
  4. sambung please...

    BalasPadam
  5. cian ye kat ira....
    harap eddy x wat keputusan terburu2 la...
    n x cerai ngn ira.. biala dy anggap zara kwan dy je kan..
    n zara xkesian ke ngn ira...
    dowgkan pompuan...t thu perasaan masing2kan...
    harap sangat eddy n ira...

    BalasPadam
  6. tul2...
    sy sokong pa yg dak sengal ckp tu..
    biar lar diorg b'sama..

    BalasPadam
  7. blog pleaseeeeeeeeee.....
    kat sini lambat la..

    BalasPadam
  8. betol2...watla blog..tak pon uploadla n3 panjang sk8...huhuhu
    dying nak bace next n3 ni...pleaassee.....

    BalasPadam
  9. nama pun cinta...
    ada manis ada pahit...
    ada suka ada duka...
    sumer tu mainan hidup...
    hrp2 eddy tau menilainya..he3
    sambong la cpt2 ye...

    BalasPadam
  10. pendek sgt...sye bce nie spti bce sinopsis plak...hehe...

    BalasPadam
  11. cian kat ira...
    tpi klo eddy ngan ira
    mcm new plak ngan zara...
    mungkin dua-dua perlukan
    eddy kOut...
    penulis dew blog x???
    klo dew bg r...
    snang ckit nk bce...
    pew2 pon cte nie best...
    'GOOD LUCK'

    BalasPadam
  12. cpt sikit smbungn nyaa..xsabar nk smpai ending nyaa

    BalasPadam
  13. weh,ak nangeh...
    syahdu la plak bace pagi2 bute ni..
    ak letakkan diri ak kat tempat ira..
    waaaaaaaaaaaaaaaa (i_i)

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan