Ahad, Mac 22, 2009

Novel : Cinta tak diduga 2

Nama Pena : miss carrot

BAB 2

Nadrah yang terkejut dengan tengkingan Tengku Khairafique terus menjawab dengan takut2.
Sorry, Nadrah tak sengaja.Tadi Nadrah hanya teringatkan sesuatu,sebab tu Nadrah menjerit.Sorry again…

Menyusahkan! kata Tengku Khairafique lalu meneruskan perjalanan.Nadrah yang terkedu mendengar jawapan Tengku Khairafique terus mendiamkan diri.Dia lansung tidak memandang muka dan bercakap dengan Tengku Khairafique sepanjang perjalanan mereka,dia betul2 terasa hati dengan Tengku Khairafique.Dalam kesenyapan itu,Nadrah tertidur.

Nadrah...Nadrah...cepat bangun.Nadrah merasa tubuhnya digoncang kuat.Sekejap la,mengantuk la,jawab Nadrah separuh mamai.Nadrah! jerit Tengku Khairafique.Apabila mendengar namanya dipanggil buat kali yang entah keberapa,Nadrah membuka sebelah matanya.Aaaaaa! jerit Nadrah dengan kuat.Dia terkejut melihat Tengku Khairafique mencerlung kepadanya.Seram,katanya dalam hati.

Amboi , liat betul nak bangun! kata Tengku Khairafique geram.Cepat ikut aku…arahnya.Baiklah,jawab Nadrah perlahan.Tiba2 Nadrah melihat Tengku Khairafique masuk ke dalam sebuah butik pengantin.Asal lak lelaki ni bawa aku kat sini,buang tabiat ke? kata Nadrah perlahan.Tapi dia tak sanggup nak bertanyakan hal itu kepada Tengku Khairafique kerana bimbang ditengking lagi,tak sanggup.Jadi dia hanya mengikut sahaja kemana Tengku Khairafique pergi.Apabila Tengku Khairafique masuk ke dalam butik pengantin tersebut, datang seorang perempuan yang usianya dalam lingkungan 30-an.

Assalamualaikum, ni En.Tengku Khairafique ke? Yang buat temujanji pagi tadi? tanya perempuan tersebut kepada Tengku Khairafique.Ermm…ya,sayalah yang membuat temujanji pagi tadi.Saya Tengku Khairafique dan sebelah saya bakal tunang saya… katanya sambil berpaling ke arahku.Nad hanya tersenyum apabila Tengku Khairafique memperkenalkannya kepada perempuan tersebut.Sila ikut saya, kata wanita tersebut sambil bergerak kearah mejanya…ini adalah contoh2 baju pertunangan,kata wanita tersebut sambil menyerahkan dua album yang agak tebal kepada Nadrah dan Tengku Khairafique.Nad hanya menyambutnya dengan perasaan hambar.Entah,mungkin bagi orang lain pertunangan akan meninggalkan kenangan yang terindah selain daripada perkahwinan,namun bagi dia pertunangannya dengan anak Tengku yang membosankan ini adalah satu malapetaka yang amat dasyat.Dahlah sombong lepas tu suka mengarah2 orang,dia ingat dia tue siapa agaknya.Mesti ibu bapa dia nie terlalu manjakan dia sejak kecil ni.Bosan aku…bisik Nadrah Nadini.Muram saja wajahnya ketika itu.

Lebih kurang sepuluh minit membelek album baju pertunangan tersebut,tiba2 handphone Tengku Khairafique berdering,dengan pantas dia menjawabnya panggilan tersebut.Nadrah hanya menjeling sahaja.Dia malas nak ambil tahu siapakah gerangan yang menelefon bakal tunangnya itu.Nmun setelah lima minit bercakap,Tengku Khairafique tiba2 bangun dari tempat duduknya lalu pergi meninggalkan Nadrah terkontang kanting disitu.Nadrah hanya mampu melihat dengan pandangan kosong.Dia tergamam sekejap dengan perlakuan Tengku Khairafique,kemudian ia cepat2 sedar lalu tanpa membuang masa Nadrah bangun dari kerusinya lalu mengejar Tengku Khairafique.Dia lansung tidak menghiraukan reaksi perempuan yang bekerja di butik tersebut.Dalam fikiran dia sekarang hanyalah Tengku Khairafique,tergamak lelaki itu meninggalkannya tanpa apa2 pesanan seolah2 dia tak ada maruah.Tapi,usaha Nadrah hanya sia2 kerana Tengku Khairafique telah pergi meninggalkannya dengan menaiki kereta Ferrarinya itu.


Arghhhhhh…!!jerit Nadrah.Dia lansung tidak menghiraukan pandangan orang yang lalu lalang disitu.Dia sangat benci akan Tengku Khairafique pada saat itu.Mahu saja dia mencekik lelaki tu,geram sangat.Lelaki itu telah membuatkan dia malu kerana telah meninggalkannya dalam butik tadi,macam dia pula yang terhegeh2 nak bertunang dengan lelaki itu.BENCI!!
Tengku Zulkarnain sedang enak menjamu selera di Restoran Cik Salmah.Restoran ini memang terkenal kerana makanannya yang enak dan pelbagai jenis serta harganya yang berpatutan.Dia mengajak adiknya,Tengku Khairafique makan bersamanya.Sebaik sahaja adiknya sampai,terus dia mempelawa untuk duduk.Tengku Khairafique yang memandangnya hairan lalu bertanya,tadi abang cakap ada hal penting nak beritahu Q dan suruh Q cepat2 datang tapi Qtengok abang ni macam biasa ja.Macam tak ada apa2 pun,kata Tengku Khairafique lalu duduk bertentangan dengan abangnya itu.

Sebaik sahaja mendengar pertanyaan adiknya itu, terus dia gelak besar.Hahahahaha…kamu kena tipu la Q, abang gurau je la...abang sengaja cakap macam tu takut kau tak nak datang jumpa abang.Abang bosan makan sorang2.Tersengih sahaja dia mendengar jawapan abangnya itu.Abang, saya tentu datang kalau abang yang ajak saya makan.Takkan saya nak menolak kalau ada orang nak belanja, tak gitu?? kata Tengku Khairafique sambil menjeling kepada abangnya itu.Hmmm...yer la tu.Bukannya abang tak tahu yang adik abang yang sorang ni kuat bekerja dan adakalanya sampai lupa nak makan.Maklumlah syarikat semakin maju sekarang ni.Dah tu, nak bertunang pula tue.

Macam mana tunang? Sihat? Kenapa tak ajak dia makan dengan kita skali? tanya Tengku Zulkarnain.Kata2 Tengku Zulkarnain terus mematikan selera Tengku Khairafique yang sedang leka menikmati sup tulang.Ya Allah…Q lupa pasal Nadrah.Q tertinggal Nadrah dekat butik pengantin tadi,kata Tengku Khairafique separuh menjerit.Tapi tak mengapalah, dia boleh pulang sendiri lagipun bukannya dia tak tahu jalan pulang, selamba saja Tengku Khairafique berkata lalu menyambung suapannya yang terbantut tadi.Tengku Zulkarnain terkejut dengan perbuatan adiknya itu.Tinggalkan bakal tunang macam tu aje? Gila ke adik aku nie?

Q,kau dah gila ke? Kenapa laa kau buat bakal tunang kau macam tu,tak baik la.Lagipun kesian la kat dia kena tinggal macam tu je.Malu la dia,nanti apa pula kata orang.Tengku Zulkarnain meleteri adiknya itu.Geram pula dia apabila adiknya memperlakukan bakal tunangnya itu sewenangnya.Alaa…abang ni, biarlah dia.Malas Q nak ambil tahu pasal dia.Ikut kau la Q, apa2 jadi jangan kata abang tak nasihat kat kau pula.Tengku Khairafique lansung tidak menghiraukan kata2 abangnya itu.Abang macam mana sekarang? Awek sihat? Tengku Khairafique menukar perbualan mereka.Abang mana ada awek, single mingle skang, lagipun tak ada siapa yang nak kat abang ni, hahaha...Ek’eleh abang ni, konon tak ada awek la, tak ada orang nak la...padahal baru minggu lepas Q nampak abang keluar dengan seorang perempuan.Lawa lagi.

Tak ada la Q, tue kawan abang je la...dah la jom sambung makan, banyak pula dia bercakap, ujar Tengku Zulkarnain.Macam mana aku nak balik ni, beg tangan aku tertinggal dalam kereta Tengku Khairafique.Dah lewat petang ni.Handphone pun dalam beg tangan.Macam mana ni…kata Nadrah perlahan.Perasaan sedih mula mengundang.Kenapa dia diperlakukan sebegitu rupa,ditinggalkan terkontang kanting tanpa penjelasan.Apa dia ni perempuan murahan ke untuk diperlakukan sedemikian rupa.Tiba2 hujan turun dengan lebatnya disertai dengan kilat yang sabung menyabung dan guruh yang berdentum dengan kuatnya ,Nadrah segera mencari tempat berteduh tapi hampa,hanya ada beberapa batang pokok sepanjang jalan tempat dia berdiri,nak pergi berteduh bawah pokok tu dia takut disambar kilat,sejak kecil dia memang takut dengan bunyi guruh dan kilat yang sabung menyabung.Lalu dia mengambil keputusan untuk berdiri disitu sahaja kerana dia tidak ada pilihan.Nadrah amat berharap yang Tengku Khairafique menyedari bahawa Nadrah ketinggalan beg tangan dalam keretanya.Dia juga amat berharap bahawa seseorang mengetahui yang dia sangat kesejukan disini,tapi siapa? Kawan2nya tidak tahu dia datang kesini.Siapa yang akan menolongnya?

DI RUMAH SEWA NADRAH…

Mana Nad ni,dah hampir malam ni,ujar Myra yang mundar mandir di hadapan Fifi.Eh Myra,kau ingat kau sorang yang risaukan si Nad tu,aku pun risau la.Tapi jangan la mundar mandir depan aku,pening lar.Dah la si Nad tu tiba2 keluar dengan lelaki tu,entah kemana diorang pergi sampai sekarang tak pulang lagi.

DI PEJABAT MEGA JAYA HOLDING

Naishah saya pulang dulu ya,kata Tengku Khairafique kepada setiausahanya yang manis itu.
Baiklah bos,hati2 memandu,kata Naishah sambil memerhatikan Tengku Khairafique yang berlalu pergi.Sebenarnya dia sudah lama menyukai bosnya itu,tapi dia tidak berani untuk menyatakan rasa cinta dia kepada bosnya itu kerana taraf dia dengn Tengku Khairafique jauh berbeza.Bagai langit dengan bumi.
Tengku Khairafique melangkah lesu masuk kedalam keretanya.Sebaik sahaja Tengku Khairafique masuk ke dalam kereta mewahnya itu, dia baru perasan yang Nadrah tertinggal beg tangannya dalam kereta dia.Ermm, kalau beg tangan dia ada kat sini,jadi macam mana dia nak pulang ke rumah?Mesti dia tiada duit untuk tahan teksi ataupun naik bas,lagi pula sekarang kan hujan lebat.Apakah Nadrah masih menunggu aku disana erk? bisik Tengku Khairafique.Risau dia memikirkan soal Nadrah.Apakah aku patut kembali ke sana untuk melihat keadaan dia atau aku pergi sahaja rumah sewa dia.Mana tau dia sudah pulang.Tapi macam mana dia nak pulang sedangkan beg tangannya tertinggal dalam keretaku.Bingung dey,apakah benar aku harus kembali ke tempat tadi?

14 ulasan:

  1. Tanpa Nama22/3/09 9:35 PG

    apsal xde pmbuka n pnutup kte???
    citer cm best..
    please make correction...

    BalasPadam
  2. thanz..nnti sye akn cuba baiki..

    BalasPadam
  3. sambung la lagi...cam best ja..

    BalasPadam
  4. jahatnye laki tu...
    benci2.....
    huhuhu

    BalasPadam
  5. bila nk sambung ni
    x sbr tunggu
    cpt la...........

    BalasPadam
  6. terlalu lama menanti smbg cerita...
    macam mana nak best.....

    BalasPadam
  7. sory..sye sibuk sket tuk finl exam..sye da upload siri ke-3 dan ke-4..sory again..

    BalasPadam
  8. penulis ada blog x.....
    berilah.... x sabar dah ni heheh...

    BalasPadam
  9. klik jer kt cekodokmasin tue..tue blog sye..

    BalasPadam
  10. maaf skali lgi..
    sye xdpt nk upload siri yg ke 3 dan ke 4 tu krn brlakunye msalah yg tk dpt dielakkn,,
    jdi..utk ape2 hal..sile ke blog sye..

    BalasPadam
  11. ala naper x de sambungan lagi... pleasssssss

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama1/6/09 1:00 PG

    saye tk phm.. knape bile click yg cekodokmasin, die klua yg profile blog awk.. bkn blog awk.. mcm mane plak nk prg blog awk?? hehe.. bez sgt crite ni!!

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama30/7/09 1:33 PG

    wooo...aq x tau mne 1 dialog ah..
    sowii writer..

    BalasPadam
  14. maaf kpd sesiapa yg trtunggu2 smbungn cerite CINTA X DI DUGA..saye skang da msukkn citer tue ngn smbungnnye skali dlam blog..kalau rjin,sile kunjungi blog sye tuk smbungn citer ni..

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan