Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Anak cina itu memandangku lama. Aku mengerutkan dahiku. Apahal pulak apek ni? Dipegang pagar rumah yang memisahkan antara rumahku dengan rumahnya. Dia menghulurkan kereta mainannya melalui celahan pagar. Teragak-agak aku untuk mengambilnya. Gila apa? Nak bagi mainan kat orang. Aku masih tidak berganjak dari buaian pokok mangga yang dibuat papa setahun lalu. Aku memandangnya sepi. Dia mengunjukkan kembali mainan itu. Aku menggeleng perlahan dengan harapan dia mengerti aku tidak mahu kereta mainan. Kalau diunjukkan patung Barbie ataupun set masak-masak pasti aku tidak teragak-agak untuk menerimanya. Mata sepetnya masih lagi terlekat di wajahku. Comel sangatkah aku? Hehe, perasan sorang-sorang la pulak. Kemudian kedengaran suara amoi (ibunya tapi kupanggil amoi sahaja) memanggilnya. Dalam bahasa inggeris pulak tu. "Lee, come in. What are you doing there? Come in." amoi memanggil. Lee cuma memandang sekilas ibunya di dalam rumah. Dia memandangku kembali. "Wo bu yao. Wo hen xihuan ta." Itulah balasannya kepada panggilan ibunya. Aku yang sememangnya anak Melayu tulen ini sudah pasti tidak faham cakapnya. Apa yang ibunya cakap pun aku tak faham. Apatah lagi apa bahasanya itu. Aku memandangnya lagi. Tidak berapa lama kemudian ibunya keluar, bertujuan mahu membawanya masuk. Dia berkeras tidak mahu menurut. Tangannya masih menghulurkan kereta mainannya. Amoi memandangku sekilas. Dia tersenyum seraya berkata, "Sarah, hari panas woo. Tak mau masuk rumah ka? Kalau kamu tak masuk, Lee pun tadak mau masuk ma." Ujarnya. Masih bergelut dengan Lee yang enggan beredar dari tepi pagar. Aku cuma memandang kehairanan. Sibuk pulak amoi ni. Mak aku pun tak kisah aku lepak kat luar ni. Ni rumah aku, suka hati la nak duduk dalam ke, luar ke, atas bumbung ke, kenapa kau kisah. Tapi, aku jadi kasihan melihat Lee. Seringkali dia menanti di situ bila aku duduk di buaian ini. Tiada apa yang dibuatnya. Cuma memandang aku. Dan apabila amoi memanggil masuk dia akan bergelut begitu. Seringkali juga dia akan menjawab "Wo hen xihuan ta". Di rumahnya tiada pokok mangga, yang ada cuma bonsai-bonsai dalam pasu. Kerana itulah amoi selalu melarangnya keluar. Anak cina tak boleh main panas. Takut jadi hitam. Mak aku pernah cakap macam ni dulu. Lainla aku, aku duduk je bawah pokok ni. Nak jadi hitam pun tak risau sebab aku memang anak Melayu. Akhirnya, aku mengalah. Okla, aku masuk. Longlai aku atur langkah masuk ke dalam rumah. Lee masih merenung aku. Tapi, pandangannya sayu sangat hari ni. Kenapa ya? Aku bertanya sendiri. Esoknya, banyak lori datang, bukan ke rumah aku tapi ke rumah Lee. Aku tengok ramai abang dan pakcik mengangkat barang. Diorang nak mencuri ke? Terdetik dalam hati aku. Tapi aku buat tak kisah je sebab aku nampak amoi kat situ mengarah-arah diorang. Takkan nak mencuri kalau amoi ada dengan diorang? Aku tercari-cari Lee tapi dia tak muncul-muncul. Ni petanda buruk ni. Firasatku mengatakan (padahal baru umur 6 tahun). Setelah hari senja (aku tunggu diorang angkat barang sampai petang, tunggu Lee punya pasal), barulah kelibat Lee kelihatan. Dia nampak kemas dengan kemeja dan seluar barunya yang tak pernah aku tengok dia pakai (yela selama ni mengendap aku kat tepi pagar pakai short je). Dia pegang lagi pagar tu, macam selalu, dan kereta mainan semalam dihulurkan lagi melalui celahan pagar. Aku tak tahu lah kenapa tapi kali ni firasat aku kuat menyuruh ku bangun dan mengambil kereta mainan tu. Aku pun bangun dengan gaun kembang ku berjalan ke arah pagar dan kereta mainannya ku capai. Dia tersenyum menampakkan gigi rongaknya. Aku pun apa kurangnya. Tersengih-sengih malu. Almaklumla, dapat kereta mainan dari pakwe cina. Baru nak beromantik sikit ibuku keluar dan menegur amoi. Apa yang dibincangkan pun aku tak tau tapi wajah Lee dah berubah mendung. Dia cuba berbicra denganku tapi dia sekali dia cakap bahasa alien da. Aku tak faham sepatah pun dia cakap. Katanya, "Wo bu yao qu buguo wo yiding yiqi wo de baba he mama qu nali. Cong zheli zai nali hen yuan. Wo hen xihuan ni. Wo yiding hui zheli. Deng wo, hao ma?" aduh, kan bagus kalau aku faham apa dia cakap. Muka dia macam mengharap aku mengangguk je, aku pun mengikut firasat aku dan mengangguk-angguk macam nak gila. Lepas tu, amoi tarik tangan dia dan mereka masuk ke dalam perut kereta. Dia melambai-lambai dan aku pun lambai balik. Tak faham pun kenapa tapi aku ikut je gerak dia. Kang tak lambai nangis pulak. Perlahan-lahan wajahnya hilang dari pandangan. 15 tahun kemudian.... "Sarah, pergi ambil papa. Hujan ni. Nanti papa basah lenjun kalau jalan kaki. Naik motor cepat sikit." Aku yang baru hendak bermalas-malas setelah pulang dari kolej mengeluh perlahan. Nasibla jadi anak tunggul macam ni. Papa ni pun satu. Kereta bukan tak ada, yang rajin sangat nak naik komuter tu kenapa? Marahku sendiri. Kucapai dua helmet dan kunci motor di atas para. Tudung disarung. Lantas aku keluar dan menghidupkan enjin motor Ego kesayanganku. Stesen komuter tidak jauh dari rumahku namun aku terpaksa melalui jalan besar juga kerana tiada jalan pintas dalam taman yang boleh digunakan. Sampai di sana, papa baru sahaja melangkah keluar dari stesen. Baru sampailah tu. Ku berfikir sendiri. "Laa, kan papa boleh jalan?" ujar papaku risau. "yela tapi papa macam tak tau mama tu. Dia risau sebab hujan nanti papa lenjun pulak. Naikla. Sarah bawak, papa bonceng." Arahku. Papa mencapai helmet dan dipakainya, namun tidak diikat dengan betul. Sebaik dia menaiki motorku hujan turun bertambah lebat dan aku memecut lebih laju supaya cepat sampai ke rumah. Kang dua-dua lenjun, dua-dua demam lagi naya. Namun malang tak berbau, sebaik sampai ke selekoh masuk ke tamanku, sebaik aku membelok pandanganku sempat menangkap sebuah lori yang datang laju dari arah bertentangan dan lantaran terkejut, brek kutekan kuat. Aku mendengar suara papa yang semakin lama semakin sayup dari pendengaranku. Sebaik aku membuka mata, mama berada di sisiku, teresak-esak. Di mana papa? "mama, mana papa? sarah nak minta maaf dengan papa. mesti papa tengah sakit sekarang sebab Sarah bawa laju tadi. Mama..." mama cuma terus-terusan menangis. Aku dapat melihat wajah pak long dan mak long, kakak papa di sisi ku. Mereka memandangku sayu. "pak long, papa ok? Sarah nak jumpa papa." rintihku. Mendengar bicaraku, tangisan mama bertambah kuat. Mak long menenangkan mama dan aku dapat melihat kepayahan mak long menahan tangisnya. Kenapa mama menangis lagi? Hatiku mula merasa tak sedap. "Sarah," pak long bersuara. Aku dapat menangkap nada itu. Nada berat untuk memberitahuku sesuatu. "pak long, cakaplah papa ok, pak long. Cakap papa ok!" nada suaraku bertambah kuat dengan sendiri. Pak long masih diam. Jangan cakap.... "Sarah, papa...dah tak ada...3 hari yang lepas...papa meninggal Sarah....sarah dah koma 3 hari...jenazahnya dah dikebumikan. Maafkan kami, kami tak pasti bila Sarah akan sedar. Kami tak boleh tunggu." Bicara pak long putus-putus. Aku tergamam. Mustahil! Mustahil papa tak ada! Mustahil! "pak long tipu! Pak long tipu! Papa!!!!!" ********* Lama aku berteleku di kubur papa. mama setia menantiku. Air mataku tumpah lagi untuk kesekian kalinya pada hari ini. Pilu kerana tidak sempat meminta maaf kepada papa, tidak sempat memberitahunya aku sayangkannya yang teramat sangat, tidak sempat mengucup dahinya buat kali terakhir. Papa.... Sedu-sedu kecil kedengaran dari arah mama. Maafkan Sarah mama, ni salah Sarah. Kalau Sarah tak bawak laju, mesti papa masih ada dengan kita. Kita tak perlu datang sini mama. Aku sedar ini takdir tapi rasa sesal masih menghantuiku. Papa, mama, maafkan Sarah. "Sarah, jom, kita balik." Ajak mama lembut. Aku akur. Bingkas ku bangun lalu langkah diatur ke pintu pagar kawasan perkuburan ini. Dalam sendu yang masih bersisa, aku terpandang seorang lelaki cina bercermin mata hitam berdiri tegak di tepi pagar. Matanya yang ditutup dengan kaca mata itu membuatkan aku sukar meneka ke mana arah yang dilihatnya. Eh, tapi orang cina tak boleh masuk kubur Islam. Getusku sendiri. Ah, lantakla dia. Lantas dia membiarkan diri dibuai rasa sedih yang kembali bertandang. ********* "Sarah, ada apek cari kau." Hairan aku mendengar kata-kata Azli, teman sekelasku. "kat mana?" "kat ruang legar. Kau tengokla yang pakai sunglasses, tu dia la." beritahu Azli lagi. Aku pantas melangkah ke ruang legar kolejku di mana para pelajar suka berkumpul beramai-ramai. Mencari-cari insan yang memakai sunglasses. Tak ada pun. "Miss Sarah Razali, looking for me?" satu suara menegurku dari belakang. Kus semangat! Ku pusingkan badanku menghadap satu wajah lelaki cina yang macam pernah aku lihat namun tak dapat ku ingat di mana. "and you are?" tanyaku kehairanan. "Lee, Lee Beng Tat." Dia mengukir senyum padaku. Manis. "sorry, I don’t think we know each other but may I know, how do you know my name? and yet, that’s my full name." tanyaku lagi kehairanan. Tak puas hati betul aku. Entah stalker mana entah. Dia tersenyum lagi. "I know you, Sarah. Have you really forgotten me? I can’t believe it." Dia seakan-akan kecewa dengan sikapku. Apa nak buat? Aku sumpah tak ingat sapa mamat ni. Aku mana pernah ada kawan cina. "come on! Toy car? Short? Lee? The fence?" dia berusaha lagi membuatkan ingatanku kembali. Tapi, cam familiar je semua benda yang dia sebut tu. Aku merenungnya kosong. Tiba-tiba...Alamak! Macam tau je dia ni sapa! "Lee! Lee!" aku menyebut namanya berulang kali. Dia mengukir senyum lebar. "now you remember!" ************** "hei, kenapa muram je?" tegur Lee. Aku mengukir senyum nipis. "teringat my papa la." entahla, tiba-tiba sahaja aku teringatkan papa. Dan bagaimana pula aku boleh berada dengan Lee? Sejak our reunion hari tu, we all jadi rapat sebab dia ada kereta and mama dah tak benarkan aku merempit. So aku tumpang dia ke kolej hari-hari. Kebetulan pulak, tempat kerja dia pun berdekatan. So sekarang ni dia setia and sedia temankan aku ke mana-mana. Mama pun tak ada pilihan. Mama pun tumpang sekali apa? Pergi pasar! Hehe... "Sarah, let by gone be by gone. Jangan diingat kembali. I believe you believe in Qadha’ and Qadar right?" aku tersentap. Biar betul dia ni. Tahu aje. Hari tu dia lafazkan kalimah Subhanallah, Alhamdulillah dan Lailahaillah dengan lancarnya. Hari ni nak bercakap pasal Qadha’ and Qadar pulak? Sungguh aku hairan. Jika kami keluar bersama, pasti dia akan mengingatkan ku tentang solat. Aku yang Islam ni pun selalu terleka tapi dengannya mesti diingatkan. "you didn’t do your homework about my religion, did you?" ku ajukan soalan ini juga akhirnya. Mahu menjawab persoalan-persoalan di dalam kepalaku ini. Aku lihat dia menggelabah sedikit. "err, I did, a little."ujarnya sambil tersenyum. "but you know more than a little I think." Dugaku lagi. "well, selama ni pun I ramai kawan Muslims, I learned from them. I don’t think that’s the point la Sarah. You must remember, as a Muslim, you should not be like this. It is not right, am I right?" aku mengangguk lemah. "yes I know Lee. It’s just that... I miss him. That’s all."dia mahu meneruskan bicara namun telefon bimbitnya berbunyi. "wait, ok?" katanya seraya menjawab panggilan itu. Dia bercakap dalam bahasa mandarin, bahasa bertuturannya dengan kaumnya. Tiba-tiba aku terdengar satu ayat yang familiar. "wo xianzai yiqi ta. Mama, wo hen xihuan ta. Hao, hao. Ok, bye, bubbye." Dia mematikan talian. Aku masih merenungnya. "what?" tanyanya. Hairan melihat renunganku. "I remember that sentence. You used to say it every time your mother called you during those times." Wajahnya yang cerah merona merah tiba-tiba. "what? What sentence?" tanyanya. Namun pertanyaan itu tidak kedengaran ikhlas di telingaku. Aku pasti. Tapi aku mana reti cakap mandarin! "That sentence. Say it again." Desakku. Aku dapat mengecam ayat itu jika dituturkan orang. Dia terpinga-pinga. "Sarah, which sentence? I uttered a lot of sentences you know. How could I know which one you are referring to?" ujarnya lagi. Aku mengeluh perlahan. "forget it." Kataku dan tanpa aku sedari, Lee menarik nafas lega. ************ Aku dan mama melangkah masuk ke kawasan perkuburan. Lee menanti di dalam kereta. Usai kami menziarah kuburan, kami kembali ke kereta. Lee masih setia menanti di dalam. "pokok yang you tanam tu dah tumbuh kan?" tanya Lee sebaik kami masuk ke dalam keretanya gen2 nya. "yes, dah tumbuh." Aku menjawab pertanyaannya. Eh jap! Macam mana dia tahu aku tanam pokok kat kubur papa? dia tak pernah masuk kawasan perkuburan ni kan? Betul ke? Tiba-tiba aku teringat something. Lelaki cina kat kubur masa aku pergi ke kubur ayah for the first time! "you were the man, weren’t you?" tanyaku. Dia yang sedang menghidupkan enjin keretanya terpinga-pinga sebentar. "who?" tanyanya lagi. Dia juga seakan-akan mengelak bertentangan mata denganku. "how did you know I planted something on my dad’s grave?" dia menjungkit bahu. "well, err...I saw you tadi." Jelasnya. Aku merenungnya lagi. Tapi, dia bukan Islam la. Takkan la. Lantas aku membiarkan sahaja perkara itu berlalu. ************* "you tak ada boyfriend ke?" tanya Lee suatu hari. "you pernah tengok I ke hulu ke hilir dengan lelaki except you? Sebelum ni I tak tau la kenapa but I really don’t have the heart to get involved in such thing. Sekarang pun I hairan bila mama senang-senang bagi I ikut u ke hulu ke hilir. Mungkin sebab you are Chinese. So dia tak kisah." Aku membuat andaian sendiri. "I know. You are waiting for someone." Lee berkata perlahan. Aku merenung wajahnya. Serius sahaja, tidak seperti selalu. "why did you think so?" tanya ku. Dia menarik nafas dalam. "because he told you to wait for him. Don’t you remember?" sapa pulak yang apek ni maksudkan? Ish, pening aku. Aku masih memandangnya. Keliru. "Sarah, he told you that he will come back for you. Seriously Sarah, you have forgotten his vow?" nadanya kecewa. Apa yang apek ni merepek ni? "Lee! Apa yang kau cakap ni? Who is ‘he’? I don’t get it Lee." Aku merenungnya dalam. Cuba mencari jawapan. Dia tersenyum nipis. "the small Lee. He has come back for you. But in bigger size." aku terdiam. Cuba memproses apa yang cuba disampaikannya. The small Lee? Tapi...oh my God! ************ "Wo bu yao qu buguo wo yiding yiqi wo de baba he mama qu nali. Cong zheli zai nali hen yuan. Wo hen xihuan ni. Wo yiding hui zheli. Deng wo, hao ma?" Maksudnya: Saya tak mahu pergi tapi saya perlu pergi bersama ibu bapa saya ke satu tempat yang jauh. Saya sangat sukakan awak. Saya pasti pulang ke sini. Awak akan tunggu saya kan? *********** "mama, mama, wo hen xihuan ni!" petah anakku yang berusia 4 tahun itu berbicara. Suamiku yang sudah 5 tahun ku kahwini mendekati kami sambil tersenyum lebar. Aku juga turut tersenyum. "my baby, wo ye hen xihuan ni!" ucapku pada anakku dan dia terkekek-kekek ketawa. Suamiku memelukku dari belakang lalu menghadiahkan ciuman mesra di pipiku. "my baby, wo hen ai ni!" bisiknya ke telingaku. Aku cuma tersenyum bahagia mengenangkan dia suamiku yang tidak lagi bergelar Lee Beng Tat tetapi Muhd Farid Lee Abdullah sejak 14 tahun yang lalu.
so sorry kepada para pembaca...act masa sy hntr cerpen ni sy x perasan pun yg cerpen ni dh keluar...so sorry n plz forgive me for taking the space...but i really hope u guys enjoy reading it...anyway, thanks for ur concern...
xpe la bg la chance kat die...korg pun bc free je kn..len la kalu die dpt royalty cerpen die kuar byk2 kali...tp rs nya kalu bg sket roylti kt org2 yg hntr cerpen pn ok...website ni byk per org masuk
heheheh....bru nk comment da pernah kuar.....skali tengok byak da comment....hihihi.....tp xpela.....t awak kuarkan y len lak k.....jgn kuar y nie ag taw....hihi...
act, lps sy hntr n3 ni first time hr 2, sy x tau n3 ni dh keluar coz sebulan lbh x online...bila sy dh post kali ke2 baru prasan yg act dh ada...so sorry...anyway, nantikan karya trbaru sy, ONCE, FOR SAMUEL...selamat membaca dan jgn lupa komen k? tq n luv u all!!! :)
dah pernah kuar ka:-? biarla dah kuar byk kali pun korang baca jerla.. apa pun aslkan sy xpernh baca lg cite nih..hahhaaa.. nsbla kuar lg..xla sy kna ulang cerpen yg lama.. apa2 pun best sgt cite ni.. sy suka cite kawen dgn bangsa yg berlainan bangsa.. sbb dia ble mengeratkan lg hubungan tu gan bangsa lain.
apa pun sy harap penulis ada sambungan cite ni.. sy sokong penulis..:)>-
hmm...bila tgk komen pembaca yg baru baca cerpen ni, sy rs x rugi sy terhantar lg skali...kurg ckit rasa bersalah sy sebab tersilap hr 2...anyway thanks for the support...luv u all! :) anyway, sy dh hntr 2 karya baru...nantikan karya sy ye n sila komen after baca k...nama karya sy ~ONCE, FOR SAMUEL~ ~MASIH ADA WAKTU~...korg boleh lawat blog sy jugak utk karya terbaru...http://anarifartpieces.blogspot.com...slmt membaca n enjoy urself!
penggunaan bhase mandarin nyerr ade cikit slh laa.. tap..pape pon best gak... chayou2... zai jian.. :)
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
dah pernah kuar kan ni...;)