Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"NADIA, boleh Ayu tinggal sementara di sini?" esak tangis Rahayu kedengaran. "Tapi.. Bagaimana dengan kedua ibu bapa Ayu? Apakah mereka tidak mahu membuat jalan penyelesaian hidup Ayu?" Nadia memberikan pengharapan kepada Rahayu. "Mereka sudah tidak memperdulikan hidup Ayu lagi Nadia, untuk apa Ayu hidup lebih lama, jika kehidupan ini sentiasa diburu dengan bayang-bayang hitam yang menyelubungi hidup ini." Rahayu seolah sudah berputus harap untuk meneruskan hidupnya. "Beristighfar Ayu, ini semua ada jalan penyelesiannya, jangan bertindak terburu-buru, ini akan lebih berdosa, dosa yang satu belum terhapus, malah dosa seterusnya lagi yang igin diperbuat, jangan kufur Ayu. Sedarlah dengan apa yang kita miliki di dunia fana ini, dunia yang hanya dipinjamkan sementara kepada kita." Nadia seolah berkhutbah di depan Rahayu. Kini khutbahnya betul-betul didengar oleh Rahayu. "Benar Nadia, dunia fana ini telah banyak mengajar erti kehidupan, hanya makhluknya saja yang tidak tahu mengukur dan menilai apa yang diciptakan Tuhan, Ayu telah memalukan keluarga Ayu, lebih-lebih lagi dengan papa, Ayu sudah mencoreng arang di muka keluarga Ayu sendiri, tiada gunanya Ayu hidup lagi Nadia." "Taubat Ayu, semua masalah ada jalan penyelesaiannya. Bagaiman kita cari Roy? dan selesaikan masalah ni bersama. Apa Roy sudah tahu yang Ayu mengandung anaknya ini?" Nadia memberi saranan agar Rahayu tidak membuat keputusan tidak terburu-buru. "Tidak mungkin Nadia, Roy telah jauh meninggalkan Ayu. Roy telah kembali kepada keluarganya di Sydney. Ayu kesal Nadia, semua ini terjadi dari keluarga Nadia sendiri, papa dan mama telah mengabaikan tanggung jawab mereka pada Ayu, yang hanya mereka mampu berikan hanyalah kemewahan, tapi pendidikan moral, akhlak, agama, semua itu tidak ada pada Ayu." "Daddy, Ayu bosan di rumah nilah, boleh tak daddy belikan Ayu sebuah kereta sport untuk Ayu, nanti Ayu boleh keluar jalan-jalan, mummy sama daddy jarang sekali ada di rumah, Ayu bosanlah. Please.." Sejak Rahayu bertemankan sport wagon, Rahayu sudah jarang berada di rumah, malah hampir setiap malam baru Rahayu pulang. Begitu juga dengan kedua ibu bapanya, masing-masing sibuk dengan tugas dan bisnes. Kini Rahayu sudah mula mengenal pergaulan bebas, malah sudah berani mencuba gaya atau perwatakan sosial yang sepatutnya tidak dilakukan oleh gadis timur seperti dia. Rahayu merupakan seorang anak remaja yang lingkungan enam belas tahun itu adalah hasil perkongsian Hisyam dan Aminah. Ayah Rahayu adalah salah seorang ahli perniagaan besar dan maju dalam bidang perbisnesannya. Ibunya pula mempunyai beberapa buah cawangan butik terkenal di Negara ini. Rahayu adalah satu-satunya anak tunggal di sebuah keluarga mewah. Hendak dikata, semua permintaan Rahayu pasti akan tertunai dari ibu bapanya. "Pit.. Piiiit.." Bunyi hon sport wagon Rahayu kedengaran di gelanggang rumah Nadia. Nadia yang baru pertama kali mendengar jeritan yang menyengat di halaman rumah terus meluru ke beranda. Dia mendapati Rahayu melambai-lambai tangan memaksanya turun. "Nadia.. cepat turunlah, kita jalan-jalan, cepatlah.." teriak Rahayu dari dalam sport wagonnya. Nadia bergegas keluar pintu rumah dan meluru masuk ke dalam sport wagon mewah Rahayu. "Eh.. Rahayu, ini kereta siapa pulak?" Tanya Nadia hairan. "Eh.. Nadia, jangan banyak cakaplah, ini hadiah dari ibu bapa Ayu. Kita jalan-jalan ya." Pujuk Rahayu. Nadia diam saja dan akur. Sport wagon berwarna merah garang berlalu meninggalkan halaman rumah Nadia menuju destinasi-destinasi yang tidak menentu arah tujuannya. Ke mana saja Rahayu memandunya, ke situlah perginya sport wagon itu. "Kita nak ke mana ni Rahayu?" "Ke mana sajalah Nadia, lagi pula kita kan dah cukup remaja, kita bebas, malah ibu bapa Ayu tak pernah mengongkong ke mana saja Ayu pergi, mereka sibuk dengan bisnes mereka, dan Ayu.. bebas!" Rahayu sudah pandai menguasai bahasa yang sudah sepatutnya tidak terkeluar dari mulutnya. "Astaghfirullah Rahayu, ibu bapa mana yang tidak terurus dengan anak tu ha.. sepatutnya Ayu bersyukur, Ayu masih punya ibu dan bapa, dan Nadia.. Nadia hanya ada abang dan kakak yang melindungi hidup Ayu, bersyukurlah Ayu." Nasihat yang keluar dari mulut Nadia mungkin tidak didengar oleh Rahayu. Kebisingan dari CD player di dalam sport wagon memekak sedari tadi, Nadia terpaksa menyaringkan nada suara yang tinggi. Namun sia-sia sahaja Nadia berkhutbah di depan Rahayu. "Rahayu! Kurangkan sikitlah, memekak saja dari tadi." "Apa?" Nadia terus mematikan CD player. "Hantar aku pulang saja Rahayu, tiada gunanya kita ke sana ke mari tidak menentu ni," ujar Nadia sebal. "Sabarlah dulu Nadia, kita pergi minum-minum di cafe dulu, bagaimana?" Rahayu cuba memujuk hati Nadia. Nadia terpaksa akur dengan Rahayu. Sport wagon berhenti di hadapan sebuah cafe di pinggir jalan. "Cepatlah turun Nadia, di sini kita ramai kawan, kita boleh bertukar-tukar fikiran dengan mereka yang ada di sini." Rahayu dan Nadia meluru masuk ke ruangan cafe yang suasananya penuh dengan musik-musik rock. Nadia kaku. Nadia terpandang ramai anak-anak remaja saling bermesraan. Ada yang berpegangan tangan, duduk berpasangan seperti belangkas yang tidak tahu adat. Malah pakaian mereka yang turut memainkan peranan menzahirkan sifat mereka terlalu bebas dalam pergaulan. Di sudut lain, sepasang remaja memadu kasih dan saling bermanja-manjaan. Nadia jijik melihat semua yang ada. Nadia ingin saja keluar dari ruangan, namun Rahayu menyergah Nadia. "Eh.. Nadia, tunggulah. Ayu baru nak order minuman, duduklah dulu." Rahayu mendapatkan dua gelas air yang berbuih tinggi. "Minumlah Nadia, kita bersenang-senang dulu, kita buang stress. Kan kita baru saja selesai menjalani peperiksaan, sekurang-kurangnya fikiran kita akan terlepas dan bebas bagai merpati terbang di angkasa tinggi." "Tapi.. Nadia tidak pandai minum minuman beralkohol macam ni." "Ah.. sekali-sekala Nadia, come on.. cheers.." Rahayu terus melagakan gelasnya dengan Nadia. Rahayu meneguknya seperti biasa saja. Nadia menghidu air digelas dan menghirupnya. Nadia terbatuk-batuk. Baunya hanyir, membuatkan tekak Nadia loya. Nadia terus meluru ke tandas dan tidak tahan dengan rasa perit di tenggorakannya. "Nadia, kau tidak apa-apakan?" Rahayu merasa cemas juga dengan Nadia. Ayu tahu Nadia baru pertama kali mencuba meminumnya. Tapi Rahayu sudah biasa baginya. "Kita pulang saja Rahayu, nanti kakak dan abang Nadia mencari pula, tengok dah dekat ke pukul 4.00 petang." Nadia cuba memujuk Rahayu. "Sekejap lagilah Nadia, kan tujuan kita ke sini bersenang-senang." Rahayu dan Nadia berlalu dari tandas. Tiba-tiba datang seorang pemuda kacak berkulit putih kemerahan berbadan tinggi lampai dan berambut perang asli menghampiri mereka dan membuatkan Rahayu lemah semangat. ‘Wow! It’s fantastic.. It’s the first time I see the handsome man infront of me.’ Degup jantung Rahayu bergetar bila saja badan mereka bergeser dan menyebabkan air minuman di tangan seorang pemuda kacak berkulit putih kemerahan berbadan tinggi lampai dan berambut perang asli tertumpah di baju Rahayu. "Oops! Sorry girl.." Pemuda kacak berkulit putih kemerahan berbadan tinggi lampai dan berambut perang asli terus meminta maaf. "Oh.. never mind.." Rahayu terpinga-pinga. Untung saja pemuda kacak berkulit putih kemerahan berbadan tinggi lampai dan berambut perang asli kacak, malah Rahayu memberikan senyuman manis tanpa marah-marah. ‘Oh.. my god, he’s very handsome. I don’t want to waste my time, ini kesempatan buat aku untuk mengenalnya lebih dekat.’ Kata hati Rahayu sudah agak setengah gila bayang dengan pemuda kacak berkulit putih kemerahan berbadan tinggi lampai dan berambut perang asli. Kekacakan Roy benar-benar menggugat perasaannya. Roy jelas seperti seorang selebriti yang pernah ditontonnya di senetron televisyen. Hidung Roy mancung, kulitnya putih kemerahan, rambut ada stail, penampilan berpakaian ada sedikit gaya barat. Sebelah kiri kupingnya bertindik dengan subang silver. Tiba-tiba pemuda kacak berkulit putih kemerahan berbadan tinggi lampai dan berambut perang asli memberikannya sehelai sapu tangan untuk mengeringkan baju Rahayu yang basah tadi. Rahayu mengambilnya dengan senang hati. "Em.. I’m Rahayu, just call me Ayu." "I’m Roy, nice to meet you." Roy mengunjuk tangannya dan membuat perkenalan yang baru pertama kalinya itu. Rahayu menyambut tangan yang dihulurkan oleh Roy. Kedua tangan bersentuhan. Mata saling berpandangan. ‘Em.. boleh tahan juga gadis ini, I like her very much.’ Roy juga mengagumi Rahayu dalam diam dan membuatkan dia terpesona melihat keayuan Rahayu sesuai dengan namanya Ayu. Ayu memang menarik, kulitnya yang halus bak telur dikupas, matanya yang bulat bak mutiara, keningnya halus bak dialis, bulu matanya lentik, kedua belah pipi yang gebu, bibir yang tipis bak warna delima dan wajah bujur sirih Rahayu membuatkan hati Roy tertarik. Betul-betul memikat dan menawan. "Hmh!" Nadia menyergah Rahayu dan Roy. "Oh!.. Roy, please lets you know, she’s Nadia, my close friend." Roy dan Nadia bersalaman. "Nadia.." "Roy.." "Nice to meet you Nadia." "Nice to meet you too, kamu dah lama kenal?" Tanya Nadia pada Roy. "Oh.. no, just for a few minutes ago." Terang Roy. "Well, kalau macam tu, kita balik dulu ya." Nadia mengerling mata Rahayu. Namun Rahayu seolah belum puas untuk mengenali lebih lanjut lagi dengan Roy. "Roy, kami dah nak balik ni, em.. this is my phone number, please contact me ya." Rahayu sempat mencatat nombor telefon bimbitnya dikertas kecil untuk perhatian pada Roy. "Ok.. thanks Rahayu, I call you later, see you." Roy puas dengan kerenah Rahayu. "Ok.. Roy, bye.." Rahayu berlalu meninggalkan cafe dengan sebuah kenangan yang tidak akan dilupakannya. Saat-saat manis dengan apa yang baru dirasakan seusia remaja Rahayu memang sukar dilupakannya. Apalagi bila sang remaja sudah jauh ke arus perbatasan hidup. Batas-batas akan ditumbuhi lalang-lalang yang meliar. Tumbuhnya akan tinggi tanpa dibelenggu, walau terik mentari dan hujan panas yang menerjahnya, namun lalang-lalang akan tetap berdiri tegak di tengah belukar tanpa siapa yang peduli. Begitulah kehidupan arus moden Rahayu. Sejak Roy bertakhta di hatinya, Rahayu sering keluar bersama-sama Roy, malah Nadia sudah jauh terpinggir bagai melukut di tepi gantang. Teman sejatinya yang dulu sudah diketepikan sejak adanya Roy. Roy telah dapat menggait hati Rahayu dengan mudah, dan Rahayu juga mudah cepat jatuh cinta dengan pemuda yang belum dikenali sepenuhnya. Pergaulan beabs Rahayu dengan Roy sudah tidak terbatas lagi, malah Rahayu sekarang sudah ada trend baru, rambutnya yang dulu panjang paras bahu kini dipotong pendek ‘punk’ dan berwarna warni. Kedua belah kupingnya bersubang tiga baris, hidung pula seperti kerbau dicucuk hidung, dan t-shirt yang dikenakannya paras pusat memperlihatkan keindahan perutnya yang kempis dihias subang dekat pusatnya. Jeansnya koyak rabak juga trend anak muda terkini. Tiada siapa yang melarangnya. Nadia pula selaku teman karibnya sudah tidak dapat menguasai jiwa Rahayu. Roy merasakan puas dengan perubahan Rahayu kini. "Well.. you like nicely my sweet heart, I love you so much." "Thanks Roy, I love you too. Ayu tidak mahu kehilangan Roy, of course apa yang Roy nak perubahan Ayu, Ayu akan ikut, asalkan Roy masih tetap di hati Ayu." "Of course, tiada siapa yang menghalang cinta kita Ayu, kita bebas buat apa saja, asalkan Ayu sentiasa disamping Roy." Masa-masa terindah Roy dan Rahayu berlalu bagai arus di pergigian pantai. Ombak berkejar-kejaran ke sana ke mari, menghempas gelombang badai tanpa hentinya. Inilah kehidupan alam semesta yang diciptakan Tuhan yang maha esa. Kejadian alam yang sempurna telah tercoreng dengan kerakusan makhluk yang buas seperti Roy. Roy telah memerangkap jiwa Rahayu, cinta Roy rupanya hanya sementara untuk kepuasan nafsu durjana sahaja. "Nadia, Roy telah pergi meninggalkan Ayu, dia telah pergi selama-lamanya dalam hidup Ayu, Roy bukanlah orang yang Ayu harapkan selama ini, dia buaya bertopengkan manusia Nadia. Ayu benci! Benci! Benci!" Esak tangis Rahayu membuatkan hati Nadia sedih. Teman rapatnya hanya dipermainkan hidup oleh pemuda durjana, pemuda yang tidak beretika, senang dan mudah saja merosak akhlak remaja seperti Rahayu, kini Rahayu terpaksa menanggung beban sendiri. "Ayu takut Nadia.." Suara Rahayu tersentak. "Takut.. apa yang Ayu takutkan?" Tanya Nadia. "Ayu takut dengan kedua ibu bapa Ayu." "Kan dulu Ayu pernah kata, kedua ibu bapa Ayu tidak pernah perduli dengan apa yang Ayu lakukan, sekarang mengapa pula Ayu takut?" "Nadia, please.. fahamilah Ayu, Ayu sekarang bukan Ayu yang Nadia kenal seperti dulu, Ayu sudah terlanjur dengan Roy, apa jua yang kami perlakukan sudah lebih terbatas dalam pergaulan bebas. Ayu mengandung Nadia.." Tangis hiba Rahayu dan terus memeluk Nadia. "Astaghfirullah Ayu, mengapa Ayu lakukan semua ini, ini zina namanya, dosa besar, hidupmu di akhirat akan direjam, lagi pula ini menconteng arang di muka sendiri." Nadia turut bersedih dengan apa yang menimpa hidup Rahayu. "Tolonglah Ayu Nadia, bagaimana nak menyelesaikan masalah ini? Please.. Nadia, Roy sudah tidak dapat Ayu hubungi. Lagi pula kalau Roy tahu Ayu mengandung, tentu dia tidak mahu bertanggung jawab ke atas apa yang terjadi ini." Rahayu semakin pusing memikirkan hidupnya. Kearusan yang mengejarnya dalam kegetiran hidup telah membuatkan dirinya kini sedar. Tambahan lagi memikirkan bagaimana hendak bersemuka dengan kedua ibu bapanya. "Daddy.. Mummy.. maafkan Ayu, Ayu mengaku bersalah." "Tidak Ayu.. Daddy dan mummy bertungkus lumus mencari harta untuk kehidupan Ayu, malah Ayu membuat pekerjaan tidak senonoh di luar sana, Ayu nak minta apa saja, semua Daddy berikan, tapi inikah balasan Ayu pada kami.. pergi!.. pergi kau dari sini!" sebuah tamparan di muka Rahayu dan membuatkan Rahayu menangis. "Sudahlah bang, bukan jalan ini penyelesaiannya, kita cari pemuda bernama Roy tu, kita nikahkan saja mereka." Aminah cuba menenangkan fikiran suaminya. Namun apa yang diluahkan Aminah kepada Hisyam tidak berbaloi. "Tidak! Aku tidak mahu bermenantukan orang yang kita tidak tahu asal usulnya, tidak setarap dengan darjat kita, kita ada darjat! darjat! darjat! Di mana identiti kita?" Hisyam dengan angkuh menyebut-nyebut status dan darjat yang dia ada. Harta yang dikumpulnya untuk satu-satu anak tunggalnya tidak dapat menjamin hidup Ayu seutuhnya, malah Ayu kini hidup terombang ambing, ibarat perahu karam dan tiada kemudinya. Kemudi telah hanyut di bawa arus sungai yang mengalir deras. Perahu pula karam dan berlabuh di sungai dengan untung nasibnya. "Tuk.. Tuk.." "Assalammualaikum..?" Kedengaran suara dari luar rumah. "Waalaikumussalam." Suara dari dalam rumah. Ibu Rahayu terus membuka pintu dan mendapati Nadia tercegat di depan pintu dengan wajah hiba. "Mak cik, saya Nadia teman rapat Rahayu, Rahayu kini berada di rumah sakit, keadaannya sekarang lemah, baik mak cik pergi segera sekarang." Ibu dan bapa Rahayu mendapatkan Rahayu yang sudah tidak bernyawa lagi. Ruang wad kecemasan di rumah sakit dipenuhi dengan suasana hiba. "Maafkan mummy sayang, mummy yang salah dalam semua hal ini, kalau mummy tidak sibuk dengan urusan mummy, hidup Ayu tidak akan terbiar dan menjadi begini, mummy bersalah Ayu, mummy bukanlah seorang ibu yang baik, mummy pentingkan diri sendiri, mummy mengabaikan anak mummy satu-satunya ini." Nadia turut bersedih dengan apa yang disaksikannya lagak sebuah sinetron beraksi di sebuah lokasi penggambaran filem. Watak seorang ibu yang telah kehilangan anaknya buat selama-lamaya membuatkan hati mereka sedar ke atas apa yang mereka abaikan selama ini. "Mak cik, Ayu sudah sudah menggugurkan kandungannya melalui bidan kampung tanpa pengetahuan Nadia, Ayu banyak banyak mengeluarkan pendarahan dan akhirnya membawa padah kepada dirinya sendiri." Hisyam rasa serba salah bila memikirkan sikap keegoannya dalam menanai, membina dan mendidik anak remaja yang tidak dapat diurus seutuhnya. Malah Hisyam juga rasa bersalah dan mengakui betapa tanggungjawab seorang ayah dan selaku kepala keluarga telah membuatkan hidup Rahayu tidak menentu. Rahayu telah mencorak kehidupan remajanya dengan sendiri tanpa pengawasan kedua ibu bapa dengan sempurna. Kesempurnaan zahir telah dapat disempurnakannya dengan kemewahan hidup untuk Rahayu, namun kesempurnaan batin tidak ujud di hati Rahayu. Kekesalan Hisyam menerajui keluarganya kini telah membuatkan sebuah bahtera yang berlabuh di tengah pantai yang sering di landa badai. Hisyam juga kurang memberi perhatian pendidikan moral, akhlak, agama dan tatasusila sebagai anak timur yang mempunyai seni budaya terhormat. Kini segala-galanya telah hancur dan musnah. "Maafkan daddy Ayu.. daddy khilaf.. Daddy hanya mengejar kekayaan dunia, Daddy hipokrit.. Daddy bukan seorang ayah yang bertanggungjawab dalam keluarga ini.." Hisyam menangis dan memeluk sekujur tubuh Rahayu yang sudah kaku. ********************************************
Sinopsis: Cerpen : terlanjur
Mengisahkan hidup Rahayu yang berasal dari sebuah keluarga mewah. Ibu bapanya sibuk dengan urusan bisnes masing-masing. Rahayu diberikan kasih sayang dengan harta kekayaan, akan tetapi pendidikan akhlak dan agama tidak pernah diberi perhatian dan menyebabkan Rahayu bebas berbuat apa saja yang dilakukannya. Perjalanan hidup Rahayu yang mula mengenali Roy secara singkat di sebuah café membuatkan Rahayu mula jatuh hati dan akhirnya menyerahkan jiwa raganya kepada Roy. Rahayu mudah terdedah dengan ikutan trend Roy dengan penampilan yang tidak elok dari segi pakaian, perangai dan apa jua sikap yang tidak elok. Roy telah lari dari kehidupan Rahayu. Rahayu mengadu kepada Nadia (sahabat karib Rahayu) tentang nasibnya. Rahayu mengandung dan diketahui oleh kedua ibu bapanya, menyebabkan Rahayu dihalau keluar dari rumah. Rahayu berputus harap dan menggugurkan kandungannya melalui pertolongan seorang bidan kampung. Rahayu mengalami pendarahan yang banyak dan tidak dapat diselamatkan. Kedua ibu bapanya kesal dengan apa yang terjadi.
siap ada sinopsis lg...huhuhu.. bagus2..nak bg mudh phm bkn apa.. tp sinopsis xperlu ada pun xpa.. sbb ni bkn mcm dlm test sastera.. just cerpen jaa.. apa2 pun god luck.. kerana berani mencuba..:)>-
assalamualaikum...... hmM....lau nk wat sinopsis tu bleh....tp kat sinopsis tu xyah la tulis ending ye....just tulis tentang ayu....n persoalan tentang ayu....4 e.g: adakah roy juga menyayangi ayu? ..... tu contoh jew...lau nk wat sinopsis lorh... ermmm pape pon gud job.... tahniah da siapkan cerpen nie... gud luck...pasnie wat y terbaik ag k...
spt citer lain, citer ni msih stereotype. bukan anak org kaya jer terlanjur, minah2 kg pon byk terlanjur.cuba cari alasan lain selain daripada alasan mak bapak cbuk then xde saper nak layan kat rumah.
sebenarnya cerita ini sepatutunya I tak nak masukkan sinopsis, coz copy paste semua termasuk, lupa nak delete kot. Ini tugasan kuliah saya & cuba-cuba je masuk laman ni, by the way thanks for all the comments.....
tiba-tiba pemuda kacak berkulit putih kemerahan berbadan tinggi lampai dan berambut perang asli.. bla..bla..bla.. pemuda kacak berkulit..bla..bla.. TAH PAPE TAH! rujuk aje la dgn name die as roy! berulang kali nk sebut ciri-ciri fizikal dia.. tah pape tah... perbaiki lg kemahiran anda.. benda bole diperbaiki.. selamat maju jaya! huuhuh..
huuuh.. susah cket nak bagi komen ni.. hmm.. sy setuju sgt dengan komen yg atas.. 'pemuda kacak berkulit putih kemerahan berbadan tinggi lampai dan berambut perang asli' bla bla bla.. nape tak tulis je name die 'roy' kan senang.. berbelit.. pastu.. pelik arh cite ni.. patutnya sinopsis tu takyah ade.. okla.. keep it up!
untuk perhatian semua komen2 di atas, apa yang anda luahkan tu ada benar dan tidak.. penulisan tu ada beberapa gaya dan teknik, teknik penulisan yang dibuat itu adalah non kronologi... itulah anda-anda semua harus peka dalam bidang pengkritikan lebih dahulu sebelum mengkritik sesebuah karya seseorang... pelajari sedalam-dalamnya ilimu kritikan sastera...
Dalam cerpen ini ada tema berunsurkan moral dan akhlak seseorang muslim. Dari segi gaya/teknik ada imbasan muka. Penyusunan cerita/plot disusun mengikut non kronologi (bukan mengikut urutan waktu/masa). Aliran cerita ini adalah realisme yang menceritakan hakikat hidup sebenar. Mesej yang disampaikan adalah untuk menyedarkan sikap manusia terutamanya remaja dalam pergaulan sosial/bebas, manakala memperlihatkan sikap lalai kedua ibu bapa yang mementingkan keduniaan daripada akhirat sehingga menjebak kepahitan hidup anak sendiri.
komen2 di atas hnya dibuat oleh pengkiritik yg membaca untuk enjoy...xsemestinya kene tau ilmu sastera utk kritik...kritik je bknnye buatpe pun...kritik kan buat org lain sedar ape betul ape x...puji aje pun xgune...
kalau lah saya cikgu bahasa melayu, saya akan bg markah 90/100 untuk karangan SPM... kosa kata yang sgt cntik...perkataan yang menyeluruh...serta..gaya bahasa yag begitu teratur..
m penulis kena terima apa pun kritikan yang diberi sebab itu adalah risikonya setiap kali kita menulis. jgn cepat melatah... yang membaca terdiri drpd rmai golongan. ilmu kritikan sastera hanya golongan tertentu sja yang tahu. tak salah menerima pendapat dan komen org lain. m jgn kelam kabut menulis dan terus hantarkan karya. apa kata bila dah siap, simpan dulu. kemudian buka semula esok harinya dan edit mana yang perlu.dapatkan komen dari orang atau teman terdekat. baru lah orang kata karya ada mutu dan berkualiti. apa pun tahniah kerana karya anda tersiar. cuba lagi yang terbaik untuk masa akan datang...
citer yg best tapi susnan ayat x berapa ok.. anyway keep it up..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ler...x yah bgtau ending citer kat sinopsis..
minat nak bce pon ilang..