Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sedar tak sedar keputusan SPM dah nak keluar. Nak masuk lapan belas tahun dah umur aku. Ibaratnya bagai semalam aku masih bergelak ketawa dengan tiga jantung hati yang sangat akrab denganku. Buat kerja bangang, tayang muka selamba. Sakitkan hati junior macam orang sewel. Masa duduk melangut macam ni, terbit pula suatu perasaan. Rindu pada kenangan lama. Kenangan terhadap Izul, Tasha, dan Syah. Macam-macam ragam kerenah mereka. Aku tak mungkin dapat lupakan mereka semua. Kami tetap kawan sampai mati. Itu ikrarku. Betapa berertinya mereka buat diri ini.
Tak keterlaluan rasanya kalau aku katakan hanya mereka yang memahami aku. Aku terlalu menyayangi mereka. Persahabatan yang mereka garap ke dalam diri aku sangat memberi makna. Hinggakan aku akan kesunyian tanpa mereka. Izul akan sentiasa ku ingat dengan mata bulatnya yang macam anak patung. Comel kawan aku ni. Tasha si nakal yang suka sangat membebel. Syah? Lanun terhebat dalam kumpulan kami. Telatahnya yang gila-gila itu buat kami tak kering gusi. Syah pandai melawak. Walaupun menjadi pujaan dara di sekolah, dia sentiasa merendah diri.
Sekarang….
Aku masih termangu. Menunggu kelibat Tasha untuk pulang ke kampung bersama-sama. Sungguh duka berita yang ku terima saat fajar mula menyinsing. Hampir terhenti degupan jantung ini.
"Aiza, kau okey ke?" soalan daripada Tasha tak mampu untuk aku jawab. Serba salah tatkala melihat raut wajahnya yang pucat itu.
"Tak," hanya sepatah bicara daya untuk aku ucapkan. Ya! Hanya sepatah. Selebihnya hanya air mata yang menjadi jawapan.
"Kita ikut Izul dekat Sungai Besi, dia dah tunggu kat sana," aku hanya mengangguk. Hanya Allah yang amat tahu rasa hatiku saat ini. Sepanjang perjalanan aku berusaha untuk mengawal emosi. Tidak mahu segalanya terlihat ketara. Tasha juga pasti sedang bersedih. Izul pun.
"Za, biar aku drive. Kau perlu berehat ni," aku hanya menurut dan memberikan isyarat lampu kepada pengguna jalan raya yang lain.
Aku alpa, ikut kata hati sedangkan memandu di jalan raya bukanlah seperti berjalan di tengah bendang. Aku tetap pegun. Masih terus-terusan kaku di tempat duduk penumpang. Aku minta maaf Tasha. Tak dapat nak bercakap banyak dengan kau. Hati aku hancur luluh.
Satu persatu kenangan bersamanya berlayar di ruang mata. Zaman nakal kami di usia kanak-kanak. Aku dan Syah sering menghabiskan masa bersama. Mengail ikan di dalam petak sawah. Terkadang tahap kenakalannya melonjak sampai tak teragak menaikkan belut untuk tatapanku. Bila aku melenting, dia ketawa terkekeh-kekeh. Tapi itu semua dulu. Desiran kenangan terindah yang tak mungkin terulang lagi.
Air mataku menitis. Murah benar tumpah pada waktu begini. Aku lemah tak bermaya mengenangkan Syah.
Terlalu cepat kau pergi sahabatku. Baru sebentar kita menjengah alam kerjaya. Apatah lagi dirimu, hanya sempat mencurahkan seketika bakti buat anak bangsa.
"Aku nak isi jiwa anak-anak kita dengan ilmu, Za. Aku nak belajar tinggi, kemudian curahkan segala pengetahuan kepada anak kampung. Biar mereka juga jadi anak terulung yang menggenggam wacana. Aku mahu lakukan sesuatu," penuh keazaman saat dia melafazkan bicara itu.
Ku lihat wajahnya bersungguh. Izham Syah, anak muda yang aku kenali ini berjiwa besar. Dia memiliki impian sedalam lautan untuk menjadi seorang guru. Menebar jasa untuk mendidik anak-anak yang sering menyentuh hatinya. Berbakti di sebuah perkampungan yang daif, serba kekurangan. Namun itu semua tidak pernah menjadi halangan. Sungguh bicaranya serius. Bukan main-main. Cikgu Syah, itulah nama yang meniti di bibir penduduk kampung. Bangga mereka dengan jejaka berhati mulia ini. Sebagai sahabatnya aku tumpang gembira.
Badanku terasa panas macam nak demam. Makin menggigil bila perjalanan kami semakin hampir dengan kampung halaman. Meski padi melambai-lambai, hatiku dipagut sedih. Tidak ceria seperti selalu. Ku renung Tasha yang menumpukan sepenuh perhatian kepada pemanduan.
Surah Yassin yang diputarkan pada pemain cakera kami biarkan berulang-ulang. Lunak suara ustaz itu sedikit sebanyak mengubat kedukaan aku dan Tasya. Walaupun dalam keadaan ‘darurat’ ini, aku mahu mengiringi pemergian seorang teman yang teramat disayangi dengan menyedekahkan bacaan ayat-ayat suci buatnya. Ayat-ayat lazim aku baca dengan penuh keiklhasan.
Di kampung, menyelusuri epilog kenangan.
Aku longlai. Ibarat hilang upaya untuk membuka pintu kereta. Ku pandang Tasha dan Izul. Mengharapkan kekuatan daripada mereka berdua. Wajah Izul suram. Matanya memerah. Aku menghela nafas dalam-dalam. Izul masuk ke dalam rumah kayu itu mendahului kami berdua. Aku dan Tasha berpegangan tangan. Mengharapkan agar ketabahan masih bersama kami pada saat getir sebegini.
"Ya Allah," hanya kata itu yang dapat aku lafazkan tatkala menatap sekujur tubuh arwah Syah. Wajahnya sungguh bersih bagaikan sedang lena diulit mimpi. Meski pucat, namun dia seakan damai dalam pembaringan. Sahabatku telah pergi buat selamanya. Aku harus redha. "Syah dah takde," bisik Tasya sayu. Air mata menitis laju di pipi kami. Izul memalingkan wajahnya. Dia mengesat air mata dari terus jatuh ke pipi. Setelah dapat menenangkan diri, dia menghampiri jenazah lalu mengucup dahi arwah Syah buat kali terakhir. Ucapan selamat tinggal seorang lelaki buat sahabat karibnya. Aku dan Tasya berpelukan. Pilu… tak sanggup melihat wajah sugul Izul. Aku mententeramkan ibu dan bapa Syah. Tentu kehilangan mengejut ini sukar untuk mereka tempuh. Tambahan pula, Syah merupakan anak sulung harapan keluarga. Dia menjadi idola adik-adiknya kerana memiliki jiwa murni.
"Syah dah meninggal. Subuh tadi baru anggota penyelamat menjumpai mayatnya. Air terlalu deras," aku terkedu tatkala menerima perkhabaran itu daripada ibu.
Hampir terlepas telefon daripada pegangan. Masa itu dunia dirasakan terbalik. Baru kelmarin kami berbual, banyak cerita yang dikongsikan. Dan dia tak henti-henti bercerita tentang kegembiraan bergelar pendidik. Malah pemergiannya juga adalah kerana rasa tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Syah hanyut setelah berusaha untuk menyelamatkan anak muridnya yang dibawa arus deras. Mereka berdua terkorban. Sudah janji sahabatku pergi dengan cara begitu…
"Hajat dia untuk jadi cikgu termakbul jugak. Syah, budak yang nakal. Suka ponteng kelas tapi bijak. Dia selalu protect kita. Dia yang paling garang dan lucu," bicara Izul kedengaran tersekat-sekat. Sahabatku ini tak kurang bijaknya, dia menggapai cita-cita untuk terbang di awan biru. Memastikan penumpang selamat tiba ke detinasi yang dituju. Tasha menjadi arkitek, manakala aku memilih kerjaya sebagai Pereka Hiasan Dalaman.
Aku melontar pandangan pada sungai yang menjadi saksi kenakalan kami. Saat dua orang anak tarzan itu bergayut pada pokok, aku dan Tasha ligat menyimbah air. Sudahnya mereka akan menyerah kalah setelah menggigil kesejukan. Kami tertawa.
"Kita dah hilang seorang. Tempat yang kosong tak mungkin terisi semula," luahku kelu.
"Biarkan sahaja kekosongan itu, sebab kita takkan sama lagi tanpa kehadirannya," sambung Tasha. "Dan Izham Syah, kau sahabat kami yang tiada galang-ganti buat selamanya," Izul bersuara. Ada sendu dalam bicara itu. Kami menguntai ucap kata masing-masing. Ibarat mencantum serangkap puisi. Bercerita tentang hebatnya kuasa sebuah persahabatan.
Kembara kami di kampung masih belum sempurna. Demi mengubat kerinduan pada secebis kenangan yang amat mahal, diatur langkah untuk mengintai tirai memori sewaktu menimba ilmu di sekolah lama. Pintu pagar yang berdiri teguh membuatkan air mataku mengalir deras. Di sini biasanya aku bergandingan dengan arwah untuk menahan pelajar yang datang lewat. Hampir sahaja aku terjelopok. Senyuman nakalnya terbayang di ruang mata. Usikan dan gelak tawa arwah Syah, kian dirindui.
Mujurlah hari ini merupakan hari Sabtu. Dapatlah kami masuk ke dalam bilik darjah yang menyimpan seribu satu memori buat kami berempat. Tak banyak yang berubah. Kami menapak ke blok yang menempatkan kelas tingkatan tiga. Masih segar di ingatan, pada masa ini kesewelan kami tiba ke kemuncak. Nasib baik keputusan PMR tak terbabas. Kalau tak naya kena bambu.
Kami duduk di tempat masing-masing. Aku dan Tasha duduk bersebelahan. Izul lebih gemar duduk di meja hadapan. Tapi dia yang sering tertidur dalam kelas. Sehingga cikgu membaling kapur, barulah dia akan tersedar. Ku renung tempat duduk belakang sekali yang kosong. Posisi kegemaran Syah. Seakan dia hadir bersama kami. Bergelak ketawa seperti dulu. "Tiap kali cikgu masuk, ada orang akan kena baling kapur," usikan Tasha meleburkan lamunanku. Izul tergelak. Namun tak sekuat biasa.
"Siapa suruh dia kuat tidur," giat Tasha lagi.
Ku biarkan mereka bergurau sesama sendiri. Aku bangun dan menuju ke tingkap. Di situ bagai ternampak-nampak kelibat Syah sedang membaling roket kertas. Memang itu hobinya! Dan aku pula akan jadi sasaran. Tak mengapa, dia akan dapat habuan juga. Ku koyak sehelai kertas daripada buku conteng dan menggumpal kertas itu sehingga membentuk sebiji bola. Nah! Dia akan cuba mengelak. Tapi kemahiran ku membaling agak hebat.
Aku tergelak sendiri. Tanpa sedar air mata membasahi pipi. Ku pujuk hati agar tidak menangis lagi. Syah telah pergi buat selamanya namun dia tetap hidup dalam sanubariku. "Za kau okey ke?" Soal Izul. Aku mengangguk. Tasha mengelus bahuku.
"Jom kita balik," ajakku.
Mereka akur. Kami jalan beriringan meninggalkan kelas. Berat rasa hati untuk melangkah keluar dari perkarangan sekolah. Terlalu sarat kenangan yang kami ciptakan bersama di sini. Aku tak terdaya untuk melupakanmu Izham Syah. Kami mencintaimu… Ucapku sebelum berlalu.
Buat arwah Izham Syah,
Moga bahagialah engkau di sana. Allah lebih menyayangimu. Sesungguhnya kenakalan, gelak tawa dan senda gurau takkan luput dari ingatan ini. Semoga dikau beroleh ketenangan. Kami tetap mengingatimu sebagai sahabat yang terbaik. Al-Fatihah.
Sahabat yang menyayangimu hingga ke akhir hayat, -Aiza- -Tasha- -Izul-
terima ksh sudi menghayati nukilan saye =) dan turut merasai kesedihannya.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sdEy ahh...