Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
" Kau boleh tolong aku tak Jed? Aku dah tak tahu nak jumpa siapa lagi. Kau saja yang aku percaya sekarang ni. Aku harap sangat kau tak hampakan aku. Tolong Jed, patah balik pergi rumah aku," Suhana terpaksa. Keluarganya jauh di kampung. Rakan-rakan perempuannya yang lain tinggal bersama keluarga. Dia tinggal bersendirian di Bandar Kuala Lumpur itu.
" Kau nak aku patah balik rumah kau buat apa? Dah malam ni. Kau jangan cari pasal. Nanti jiran-jiran kau nampak, apa pulak mereka anggap kau nanti?" Majid memandu keretanya sambil bercakap dengan Suhana. Dia malas hendak patah balik walaupun tidak sampai 5 minit dia meninggalkan perkarangan rumah Suhana.
" Datang ambil aku boleh tak? Jangan banyak bunyi. Cepat tau Jed? Aku dah seram ni. Nanti kau sampai aku ceritalah ok?" Suhana melembutkan suaranya. Dia ketawa dalam hatinya kerana berjaya memujuk Majid untuk mengambilnya di rumah.
7 minit kemudian, Majid tiba di hadapan pagar rumah Suhana. Sebaik sahaja Majid ingin turun dari kereta, Suhana cepat-cepat membuka pintu kereta dan duduk di kerusi penumpang depan. Dia segera mengarahkan Majid bergerak. Majid seakan dipukau dan menurut sahaja perintah Suhana.
" Jed, sebenarnya aku tiada tempat tidur malam ni. Aku ingat nak tumpang rumah kau satu malam. Kunci rumah aku tertinggal di pejabat. Aku salah bagi kunci kat pengawal. Ni kunci pejabat," Suhana menunjukkan kunci itu kepada Majid. Mukanya merah menahan malu. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan Majid ketika itu. Begitu segan dirasakannya. Lagu ‘ Malu tapi mahu’ nyanyian Dina yang dimainkan di radio seakan memerli dirinya.
" Hahaha… Apa kejadah la kau bawak balik kunci mangga pejabat ni? Mesti kau salah bagi kunci kat pengawal ni. Kau ni baru 25 tahun tapi dah nyanyuk. Muka kedut apa pun tak, licin bak sutera adalah. Apalah yang kau fikir sampai tertinggal kunci rumah ni?" puas Majid menggelakkan Suhana. Mengalir air mata Majid dek ketawanya yang terbahak-bahak. Suhana diam sahaja. Nak dibalas tetapi sedang meminta bantuan Majid. Dia hanya memekakkan telinga sahaja.
" Eh, kejap. Kau nak tidur rumah aku? Mana boleh Sue. Kenapa kau tak tidur saja rumah jiran kiri kanan depan kau tu? Rumah aku tu rumah bujang. Even aku tinggal dengan adik aku saja, tak manis la Sue," Majid buntu. Hendak dibawa ke mana rakannya itu. Otaknya ligat memikirkan cara. Lagu yang berkumandang di radio seakan mendesaknya untuk menyelesaikan masalah itu sesegera mungkin.
" Aku bukan tak nak Jed. Jiran aku kiri kanan Cina. Gila apa kau nak aku tidur rumah mereka. Jiran depan pulak dah berkeluarga. Tak nak kacau keharmonian mereka. Aku seorang saja bujang dekat kawasan tu. Aku betul-betul dah tak tau Jed. Nak tidur depan rumah takut kena denggi pulak. Dahlah kes demam denggi makin teruk sekarang ni," sayu suara Suhana. Dia berdoa dalam hatinya agar masalah malam itu dapat diatasinya. Terbayang di matanya akan kepayahan penduduk Palestin yang kehilangan rumah akibat bedilan tentera Israel yang kejam. Dirinya hanya tiada tempat berteduh untuk satu malam tetapi mereka, hanya runtuhan batu yang tinggal menjadi kediaman bermalam-malam.
" Ok. Kau tidur rumah aku malam ni. Adik aku pun ada. Maisara balik rumah hari ni. Nasib baik je. Kalau tak, memang aku tak tahu bagaimana nak tolong kau. Aku tidur di masjid malam ni. Pagi esok, sebelum pengawal tukar shif, kita ambil semula kunci rumah kau," Majid memberi cadangan. Suhana mengangguk sahaja. Dia bersyukur kerana nasibnya baik malam itu. Majid menelefon adiknya di rumah memberitahu akan perancangannya pada malam itu.
10 minit kemudian mereka tiba di rumah Majid. Maisara menyambut Suhana dengan senyuman manis. Maisara sempat mengenyitkan matanya apabila bertentangan mata dengan abangnya. Majid menjelirkan lidahnya sebelum bergerak ke masjid. Malam itu Suhana tidur bersama Maisara. Malam itu baru Suhana tahu bahawa ibubapa Majid sudah meninggal dunia. Majidlah yang bertanggungjawab menjaga adik tunggalnya itu. Suhana melelapkan mata setelah Maisara meminta izin untuk tidur.
Majid terjaga apabila ada seorang lelaki mengetuk cermin pintu keretanya. Dia melihat jam. 5:30 pagi. Dia termenung seketika. Memandang kubah masjid yang tersergam indah. Lelaki tadi masuk ke masjid sambil memandang ke arah Majid dan tersenyum.
" Lama aku tak berjemaah di masjid. Maghrib dan Isyak pun aku malas jemaah di masjid. Astaghfirullah, lalainya aku. Kalau tak kerana kau Sue, entah bila aku dapat kesedaran begini agaknya," Majid tersenyum mengingatkan peristiwa yang membawanya ke masjid malam itu. Dia mengerjakan solat sunat dan terus bersama-sama jemaah lain menunaikan solat Subuh. Ketenangan yang sekian lama hilang akhirnya terbit jua dalam dirinya.
" Kak, jom sarapan sama-sama. Abang dah sampai. Dia tunggu kat ruang tamu. Sara dah siapkan sarapan," Maisara mempelawa Suhana. Suhana cepat-cepat menyiapkan dirinya kerana memikirkan kunci rumahnya yang harus segera diambil.
" Aduh, malunya aku. Dahlah menumpang rumah Jed ni, tak tolong pula sediakan sarapan. Ingat aku ni permaisuri ke nak layan aku baik sampai begini? Mana nak letak muka ni?" Suhana berperang dengan perasaannya. Majid melihat Suhana dan tergelak sambil menuding jari ke arah pakaian Suhana. Maisara hanya tersenyum melihat gelagat abangnya itu. Suhana sudah tidak keruan diperlakukan Majid sebegitu.
" Baju semalam. Haha..Busuk, busuk. Kau tak mandi pagi ke? Kau ni pun, pinjamlah baju Sara dulu. Nak pergi pejabat tak kan pakai baju semalam kot. Aku tak kesah. Kalau Hakim nampak nanti, tak ke jatuh saham kau. Pergi la tukar baju kejap," Majid terus menikmati sarapan pada pagi itu. Maisara membantu abangnya menuangkan milo panas ke dalam cawan.
" Kau ni Jed. Aku mandi tau? Aku nak cepatlah. Takut tak sempat jumpa pengawal tu sebelum pertukaran shif. Boleh tak kau makan cepat sikit? Aku tak tukar baju pun boleh. Hakim tu tak datang kerja hari Sabtu. Lagipun hari ni kerja separuh hari je pun," Suhana terus duduk di sebelah Maisara. Tudung yang dipakainya dibetulkan. Dia melihat Majid makan dengan tenang. Tidak sangka Majid telah memikul tanggungjawab yang besar dalam usia yang muda.
" Biarlah terlepas kak. Boleh akak tidur dengan saya lagi malam ni. Esok malam saya dah balik asrama semula. Satu malam lagi kak. Temanlah saya tidur malam ni," Maisara menggoncang-goncang peha Suhana. Suhana hanya tersenyum lalu menggeleng. Majid tersedak mendengar kata-kata adiknya itu. Cepat-cepat dia meneguk air bagi melegakan tekaknya.
" Tak nak. Abang nak tidur mana? Tak kan nak tidur masjid lagi? Tak sanggup la abang. Abang rindu nak peluk bantal busuk spongebob abang tu. Tak kan nak bawak pergi masjid?" Majid membuat muka selambanya. Tangannya tidak berhenti menyuap makanan ke mulutnya. Dia tidak setuju dengan cadangan adiknya itu. Suhana menunjukkan ibu jari sebagai isyarat bagus kepada Majid.
" Ok Sue. Jom pergi. Takut terlepas pulak jumpa pengawal. Langsung tak masuk rumah kau hari ni lagi. Dahlah baju tak bertukar. Haha, busuk," Majid terus berlalu pergi menghidupkan enjin kereta. Suhana segera mengekori Majid selepas bersalaman dengan Maisara. Maisara hanya memandang sahaja kereta Majid keluar dari rumah dan menuju ke pejabat.
Nasib Suhana baik pagi itu. Pengawal itu masih bertugas ketika mereka tiba di pejabat. Pengawal itu tersenyum melihat Suhana. Suhana memulangkan semula kunci mangga pejabatnya. Keychain berbentuk arnab yang tergantung di kunci rumahnya membuatkan Majid dan pengawal itu tergelak. Merah padam wajah Suhana ketika itu.
Setelah tamat kerja tengahari itu, Majid menyakat Suhana. Majid melompat-lompat seperti arnab apabila Suhana tersalah mengeluarkan kunci untuk mengunci pejabat mereka. Suhana menyiku perut Majid sehingga senak jadinya. Seperti biasa, Majid menghantar Suhana pulang ke rumah. Majid menutup hidungnya ketika Suhana turun dari kereta. Suhana bengang lalu menghentak bumbung kereta Majid itu. Majid menjerit geram dengan tindakan Suhana. Namun, Suhana masuk ke dalam rumahnya seperti lipas kudung.
" Sengal kau Sue. Kalau kemek bumbung Myvi aku ni, kemek batang hidung kau aku tumbuk. Tak nak lah. Nanti orang kata aku dayus pulak. Tak lawa nanti bidadari aku tu hidung pesek. Ganas pun ganas lah, janji aku selesa dengan kau," Majid memecut Myvi kesayangannya menuju ke rumah. Sikap selamba Suhana membuatkannya tertarik pada wanita itu. Dia selesa berdamping dengan Suhana kerana Suhana seorang yang jujur pada dirinya sendiri. Majid tersenyum seorang sambil memandu membelah jalan raya yang lengang petang itu.
Malam itu Suhana mengemas rumahnya. Tinggal sendirian lebih selesa. Itulah Suhana. Bukan tidak suka berteman, cuma dia pantang ditegur dan disuruh itu ini. Kalau ada teman serumah yang cerewet, takut bermasam muka pula. Rumah teres setingkat itulah tempatnya melepaskan lelah dan berehat di hujung minggu.
" Dah lama aku tak keluar dengan Hakim. Minggu lepas dia outstation. Di pejabat asyik sibuk je. Tahulah awak tu pengurus, tapi takkanlah tiada masa langsung untuk aku. Kalau aku mintak keluar, nampak sangat aku ni terhegeh-hegeh pulak. Asyik Majid je yang teman aku. Kesian pulak dia tu. Minggu ni tak payah keluarlah. Madihah pun balik asrama nanti mesti Majid hantar," Suhana memandang ke langit malam itu. Menghirup teh Cina yang menjadi kegemarannya sejak kecil.
‘ Petang esok free x? Boleh lunch dgn saya’. Sms daripada Hakim.
" Yeaaaaaaaaaaaaaaaaaaahh, Hakimku sayang," Suhana menjerit kegembiraan. Dia menari-nari shuffle di halaman rumahnya sambil membuat tarian zapin.
" Woi amoi, lu suda gila ka? Itu jin sudah masuk lu punya badan ka? Manyak suwey punya pompuan. Haiyo," En.Lee terkejut melihat kelakuan Suhana. Suhana menundukkan kepalanya tanda meminta maaf. En.Lee menyambung membaca surat khabar manakala Suhana cepat-cepat masuk ke rumah.
" Malunya ya Allah. Selalu tak ada apek tu waktu begini. Nasib baiklah tergerak hati nak pakai tudung duduk depan tadi. Esok jumpa Hakim. Yeye," Suhana terus melompat ke atas katil. Dia memejamkan matanya sambil membayangkan wajah Hakim. Tiba-tiba dia turun dari katil dan berlari ke arah almari. Habis semua baju dipunggahnya. Dia mencuba setiap pakaian yang ada. Bersepah bilik tidurnya dikerjakan.
" Haa, pakai ni la esok. Last aku pakai 3 bulan lepas masa function dekat Desaru," Suhana bergaya di hadapan cermin almari. Satu keluhan panjang dilepaskan apabila dia tersedar akan keadaan biliknya yang seperti dilanda putting beliung. Dicampaknya sahaja pakaian-pakaiannya yang bersepah tadi ke dalam almari.
Petang itu Majid kelam-kabut kerana Myvinya tiba-tiba rosak. Maisara sudah mengomel panjang kerana dia pasti akan lewat untuk kembali ke asrama. Majid buntu. Tidak tahu di mana silapnya. Air bateri cukup. Minyak hitam baru sahaja ditukar. Petrol diisinya penuh kelmarin. Takkan sudah habis hari ini fikir Majid. Peluh-peluh menitik dari dahinya.
Maisara yang sudah tertekan menghentak bumbung kereta Myvi sekuat hati. Majid yang sedang duduk di dalam kereta terkejut dan secara tidak sengaja terpulas kunci kereta. Enjin Myvi hidup dengan tiba-tiba. Majid yang hendak marah Maisara terbantut. Maisara membuat muka bangga.
" Kalau Sara tahu, awal-awal lagi dah hentak awek abang ni. Sayang sangat kereta dia ni. Dahlah bang, cepat la jom. Sibuk tengok awek dia tu. Tak calar pun lah bang, bukan Sara cakar guna kuku," geram Maisara dengan Majid. Majid masih tidak berpuas hati apabila ada orang menghentak Myvinya. Wajah Suhana terbayang di matanya apabila membelai bumbung Myvi itu. Suhanalah orang pertama yang mengasari kekasihnya kini, Myvi putih kesayangannya itu.
Hakim dan Suhana berjalan beriringan di taman tasik. Suhana berasa sangat gembira kerana dapat melepaskan rindunya pada Hakim. Tersenyum-senyum Suhana sepanjang berdamping dengan Hakim. Petang itu sungguh nyaman dan indah. Mengelilingi tasik buatan di sisi Hakim membuatkan Suhana terlalu bahagia hari itu.
" Awak, kenapa senyum dari tadi ni? Manislah bila awak senyum. Saya happy petang ni dapat keluar dengan awak. Di pejabat kita tak boleh macam ni. Nanti staf lain nampak apa pulak diorang fikir. Harap awak faham," Hakim mempersilakan Suhana duduk di atas bangku. Hampir separuh tasik telah mereka pusing. Mereka berdua membuang pandangan ke arah tasik.
" It’s ok. I know that. Don’t feel guilty. I am happy as long I know I am the only woman that u love," perlahan sahaja namun sudah cukup membuatkan dada Suhana berdebar. Hakim tergelak kecil. Mereka berdua melihat kanak-kanak kecil berlari riang mengejar rama-rama.
" Saya lega sangat hari ni dapat jumpa awak. Rasa terbang semua masalah saya. Dengar suara awak, tengok awak senyum, buat kepala saya jadi ringan. Masalah pejabat hilang, masalah budak-budak lagi," Hakim menggeliat seketika. Mendepakan tangannya sejauh mungkin. Lagak mencampak segala masalah ke dalam tasik.
" Budak? Awak ni dah ada…," Suhana menoleh ke arah Hakim. Dia yakin dia tidak salah mendengar. Jarak antara mereka dekat.
" Yelah. Budaklah. Takkan badak pulak kot. Rumah saya tu jiran ramai berkeluarga. Kawasan baru buka. Semuanya anak-anak kecil lagi. Faham-fahamlah budak bagaimanakan? Sakit kepala saya. Sabtu Ahad nak rehat pun boleh sakit kepala. Main kejar-kejarlah, naik basikal laju-laju. Kalau saya terlanggar nanti tak pasal je masuk penjara," Hakim menerangkan sambil meregangkan ototnya. Dia melihat wajah Suhana seperti terkejut dan berubah ceria. Dia menghela nafas kelegaan.
Hakim melambai ke arah Suhana setelah Suhana masuk ke dalam rumah. Sepanjang perjalanan pulang, mereka banyak berdiam diri dan hanya melayan lagu yang berkumandang di radio. Hakim berharap Suhana tidak berfikir bahawa dia sudah
" Takkanlah dia dah kahwin kot. Muda lagi tu. Tengok gaya pun belum matang je nak jadi suami orang, lagi pulak ayah. Dengan budak pun dah tak suka, apa lagi baby. Aku kena ajar dia suka budak ni. Hihihi," Suhana duduk melepaskan lelah di ruang tamu. Seharian menghabiskan masa bersama Hakim betul-betul memenatkan tetapi dia puas.
2 bulan berlalu…
‘ Han, ada game futsal lagi 1 bulan. Nak join ke tak? Harap sangat kau main. Kita training macam biasa. Balas hari ni jugak’. Mesej diterima daripada Farahin.
" Yes, ada pun game futsal. Dah lama aku tak menerajang bola ni. Alamak, aku dah lama tak berlatih ni. Mesti kelakar kalau aku main balik ni. Ala, bagaimana ni? Majid. Haa, mesti Majid boleh tolong aku," Suhana segera membalas mesej menyatakan persetujuannya untuk menyertai pertandingan futsal.
Petang itu Suhana menyampaikan hajatnya kepada Majid. Majid yang memandu hanya memasang telinga.
" Jed, nak mintak tolong kau lagi boleh tak? Aku seganlah nak mintak tolong kat Hakim. Kau ni best sikit. Bolehkan Jed? Kau kan baik hati," begitu lembut tutur kata Suhana. Dia memandang Majid dengan penuh harapan. Majid menghentikan keretanya ketika melalui sebuah padang besar. Majid mengajak Suhana untuk mengambil angin petang. Suhana hanya menurut kata-kata Majid. Dia terfikir kenapa Majid membawanya berjalan petang itu.
" Kau nak aku tolong apa pulak kali ni Sue? Dulu kau tidur rumah aku, tu pun aku dah segan sangat. Minggu lepas kau ajak aku teman kau main permainan kanak-kanak. Naik kuda pusing-pusing. Dah tahu aku geli main benda-benda tu, tak matang sungguh. Tu aku boleh terima lagi. Yang paling aku tak tahan, ikut kau tengok wayang. Dahlah kau tengok cerita ‘Maut’, tak best langsung. Aku nak tengok ‘Sifu dan Tongga’, kau suruh jugak duduk sekali tengok ‘ Maut’," Majid meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Suhana. Hilang egonya selaku lelaki sejati. Namun, dia cuba bersabar. Dia akan menjadi yang terbaik untuk Suhana.
" Ala Jed, kali ni la aku rasa paling senang. Dulu kau tak macam ni pun, membebel mengalahkan nenek aku punya moyang. Aku cakap sekali, laju kau siapkan. Aku nak kau ajar aku. Tak kan tak boleh kan? Kau kan bestfriend aku. 1 bulan lagi aku ada futsal game, tapi aku ni ayat je gempak. Main futsal aku tak reti, main takraw aku tahulah. Hehehe," Suhana menepuk bahu Majid sambil mengenyit mata. Dia membuat gaya sedang merembat bola sambil melompat-lompat seolah menanduk bola.
" Laa.. Kau tak tahu main futsal ke? Kau ni Sue, bikin aku cuak je la. Aku ingat kau nak suruh aku ushakan Hakim jambu tu. Bukan aku tak tahu kau ada hati kat dia. Kau tak payah nak sorok apa-apa dari aku lah. Haha," Majid lega. Mengajar seorang gadis lasak bermain futsal. Seperti mengajar anak itik berenang terbalik. Sudah ada asas, cuma perlu diasah sedikit. Lebih melegakan kerana Suhana belum meminta perkara yang memang dia tak akan buat, mencari seorang suami untuk Suhana.
" Jed, itu aku boleh buat sendiri lah. Kau ingat perempuan macam aku ni saham merudum ke? Tengok parut di lutut lah. Aku dah keluar dengan dia banyak kali. Tak sanggup tunggu lagi. Lantaklah apa orang Melayu kata. ‘ Perigi mencari timba’ . Kadang-kadang aku rasa memang perlu pun sebab apa tau? Sebab nak keluarkan daun-daun kering, segala kejadah alam yang mengotorkan perigi kan? Terpaksalah perigi cari timba. Wakaka," Suhana tergelak memikirkan kata-kata Majid. Tidak mungkin Majid berasa cemburu. Majid begitu selamba dan kerana itulah dia senang berkawan dengan Majid.
" Ikut kau lah Sue. Hakim tu Hakim jugak, bila kau nak mula training? Isnin sampai Jumaat petang aku tak free. Kalau kau sanggup main malam, aku ready je. Sabtu dan Ahad memang aku on 24 hours. Game lagi 4 minggu, aku tak rasa kau boleh power main kalau training weekend je," Hakim terkejut namun dikawalnya sebaik mungkin. Majid memulakan rancangannya untuk meluangkan masa lebih bersama Suhana. Walaupun Suhana agak senget, tetapi dia selesa bersama Suhana kerana dia akan berasa gembira dan segala masalah seolah-olah hilang bersama hilaian tawa mereka bersama.
" Team aku training tiap-tiap petang kecuali Sabtu dan Ahad. Kita berlatih pagi Sabtu dan Ahad pun ok gak kan? Petang Sabtu aku ada hal. Petang Ahad bolehlah kita jogging sama-sama kasi up sikit stamina? Bernas tak idea otak aku ni? Aku nak kau ajar skill yang pelik-pelik. Setakat Kaka tu aku tak mainlah. Aku nak lagi up daripada Messi. Bolehkan? Aku tahu kau hebat bab-bab futsal ni," Suhana menumbuk belakang badan Majid. Majid tersenyum setelah perjanjian termeterai.
Pagi Sabtu itu menjadi saksi betapa gigihnya Suhana berlatih membuat skill yang hebat. Majid membantu sambil memberi teguran tentang gerakan kaki Suhana. Anak-anak muda di gelanggang futsal lain memerhatikan saja telatah mereka berdua. Suhana tidak berpuas hati kerana segala percubaan skillnya tidak menjadi. Majid hanya ketawa melihat Suhana. Majid merampas bola di kaki Suhana dan mempamerkan kemahirannya . Terlopong mulut Suhana melihat betapa ligat kaki Majid beraksi bersama bola.
" Gempak betul kau Jed. Tak sangka pulak aku kau sehebat ni. Muka skema je, toya pulak tu. Kadang-kadang rasa nak siku pun ada tengok muka kau. Nasib baik kau ni baik dengan aku. Kalau tak, dah lama aku hentak je muka selenger kau tu," Suhana bergurau setelah 2 jam berlatih. Termengah-mengah Suhana dikerjakan dek Majid merangkap jurulatih futsalnya itu.
" Baru sikit tu. Dengan kau aku main-main je tadi. Masa game lagi best aku buat. Aku dah lama tak main la. Cepat pancit tadi. Dulu aku relax je. Main 4 jam terus tak ada masalah. Sekarang ni lari kejap dah semput. Tu yang aku sikit-sikit je tadi," Majid mengelap peluh yang membahasi mukanya. Suhana yang duduk agak jauh tercengang mendengar kata-kata Majid. Sudah separuh mati dia bermandi peluh, tambah dengan tudung litupnya lagi. Majid hanya kata itu sekadar bermain-main.
Setelah siap menukar pakaian, mereka bergerak ke restoran berhampiran dan menikmati makan tengahari. Mereka lebih banyak diam kerana Suhana sudah keletihan. Suhana tidak sedar Majid sedang memerhatikan wajahnya. Majid berkira-kira berapa lama dia akan gembira begini bersama Suhana. Adakah akan ada lagi peluang sebegini untuk dia lebih dekat dengan Suhana.
Hasil latihan 3 minggu bersama Majid, skill Suhana sudah bertambah maju. Rakan-rakannya kagum. Suhana tergelak-gelak melihat rakan-rakannya yang lain cuba untuk melakukan aksi sama sepertinya. Ada yang terpijak bola dan tergolek, ada pula yang tergelincir dan macam-macam lagi.
" Fuiyo Han, mantapnya kau main. Dulu setakat kau rembat bola ni kuat, aku tak hairan sangat sebab aku pun dah boleh sepak bola ni kuat. Kau memang dah sangat maju la Han. Aku yakinlah kita boleh menang. Mesti Abang Hakim kau kembang hidung tengok kau main nanti," Farahin membodek Suhana. Iri hari muncul di hatinya kerana Suhana lebih handal beraksi. Sebagai ketua pasukan, kredibilitinya seakan tergugat.
Minggu depan bermula pertandingan futsal wanita terbuka. Pasukan Suhana tidak lagi melakukan latihan berat. Setiap petang mereka hanya melakukan aktiviti ringan bersama-sama bagi mewujudkan persefahaman yang lebih kukuh.
Pelajar sekolah Maisara dilanda sakit keracunan makanan. Ramai pelajar dihantar pulang ke rumah akibat penyakit itu. Cuti darurat diberikan selama 3 hari bagi membersihkan kawasan kantin dan dewan makan. Maisara juga tidak terlepas menjadi mangsa keracunan makanan. Namun, nasib Maisara lebih malang kerana kesan keracunan makanan telah menyebabkan dia dijangkiti darah berkuman.
" Adik awak memerlukan rawatan segera. Kita tak boleh tunggu lagi lama. Ini akan membahayakan nyawanya. Hatinya telah rosak teruk. Mungkin akibat keracunan makanan yang serius, darah adik awak dijangkiti virus. Hatinya tidak mampu untuk terus membersihkan darah yang terlalu kotor dan tercemar akibat serangan virus," Dr.Shifaa memberi penerangan kepada Majid. Majid meraup mukanya. Satu keluhan berat dilepaskannya. Terbayang wajah pucat adiknya yang sedang terlantar tenat.
" Buat masa ni, pihak hospital tidak mempunyai bekalan organ hati. Kami hanya memiliki buah pinggang dan jantung sahaja. Kami hanya boleh melambatkan kesan yang lebih teruk tetapi untuk tempoh yang sekejap sahaja. Kita perlu mencari penderma hati secepat mungkin," Dr.Shifaa faham situasi Majid ketika ini. Namun, sebagai doktor, dia perlu jujur dengan pesakitnya.
" Boleh saya dermakan hati saya untuk adik saya? Saya sanggup hadapi segala risiko. Saya tak mampu tengok adik saya terlantar lebih lama. Setahu saya bukan seluruh hati akan diambil, cuma sebahagian sahaja. Hati itu nanti akan tumbuh perlahan-lahan mejadi saiz asal kembali. Betulkan doktor?" Majid tekad untuk mendermakan hatinya sendiri. Dia sudah tidak mempunyai sesiapa lagi saudara melainkan adiknya sendiri. Dia rindukan gurauan dan usikan nakal adik kesayangannya.
" Betul apa yang awak kata tu. Tapi awak perlu ingat. Keadaan awak sudah tidak lagi seperti dahulu selepas pembedahan. Hati awak akan menjadi kecil kerana sebahagian telah didermakan. Proses pertumbuhan semula hati memakan masa. Ketika itu nanti, kesihatan awak mungkin tidak stabil," Dr.Shifaa sudah bersedia dengan jawapan. Sudah dijangka jawapan daripada Majid. Bukan kali pertama dia berdepan dengan situasi ini.
" Tak mengapa doktor. Saya faham semua tu. Bila pembedahan boleh dijalankan? Esok boleh?" Majid segera menyatakan hajatnya. Majid tidak mampu lagi menanggung keperitan lebih lama. Janjinya kepada ibu dan ayah dipegang kemas. Tidak akan sesekali dikhianati amanah ibu ayahnya.
" Kalau begitu kata awak, saya terima je la. Sila isi borang ni menyatakan persetujuan awak untuk menjalani pembedahan hati. Tentang pembedahan tu, paling cepat Sabtu ni. Maknanya awak ada 4 hari dari sekarang untuk bersedia," Dr.Shifaa menyerahkan borang kepada Majid untuk diisi. Majid memenuhkan ruang kosong pada borang itu dan menurunkan tandatangannya di akhir borang tersebut.
Dr.Shifaa menyimpan borang tersebut. Majid melangkah keluar dari bilik doktor tersebut dan menuju ke bilik yang menempatkan adiknya.
" Sara, abang janji abang akan jaga Sara sampai abang sendiri dah tiada. Tahan sikit dik, abang cuba sedaya yang abang boleh," Majid menggenggam erat tangan Maisara. Maisara hanya memejamkan mata. Sudah 2 hari Maisara dalam keadaan begitu. Majid kini hanya menghitung hari.
Majid telah memaklumkan mengenai keadaan adiknya kepada pihak sekolah Maisara. Pihak sekolah memohon kemaafan atas perkara yang menimpa Maisara. Pihak sekolah juga berjanji untuk membantu meringankan kos pembedahan. Majid tenang dan tidak menyalahkan pihak sekolah.
Dia cuma mengingatkan pengetua sekolah agar lebih mementingkan kebajikan pelajar. Dia juga berterima kasih kepada pengetua kerana sudi meringankan kos pembedahannya dan adiknya nanti.
Pagi itu Majid dan Suhana bekerja seperti biasa. Ketika rakan lain sibuk dengan tugasan masing-masing, Majid melangkah ke dalam bilik pengurusnya.
" Boss, boleh saya minta cuti seminggu? Saya harap rahsia ni antara kita berdua saja. Mula isnin depan. Saya ada pembedahan yang perlu saya jalani. Ini melibatkan hidup mati adik saya. Saya harap boss boleh luluskan," Majid berjumpa dengan pengurus pejabatnya, En. Hakim. Suasana di bilik pengurus itu senyap seketika. Hanya kedengaran bunyi pendingin hawa.
" Majid, saya hormati pendirian awak untuk merahsiakan perkara ini. Sakit apa pun awak tak beritahu. Tak mengapalah. Saya luluskan permohonan awak dan saya tambah lagi seminggu. Bonus lagi, cuti awak ni cuti bergaji. Awak jangan risau. Pembedahan tu pasti memakan kos yang tinggi," En.Hakim memandang Majid dengan perasaan simpati. Dia tidak dapat menolong perkara melainkan memberi perangsang kepada Majid.
" Terima kasih encik. Saya harap kalau pekerja lain bertanya, encik jawab saja saya dihantar bertugas ke Sabah dan Sarawak ke, saya outstation ke. Bolehkan En. Hakim?" En.Hakim mengangguk. Persetujuan dicapai. Majid keluar dari bilik dan menyambung tugasannya.
Majid menghantar Suhana pulang seperti biasa. Suhana kelihatan riang petang itu kerana pasukannya dikhabarkan mendapat ‘bye’ bagi pusingan pertama. Majid hanya focus pada pemanduannya sahaja sambil otaknya ligat berfikir..
" Sue, aku ada benda nak cakap ni. Minggu depan aku tak datang kerja. Mungkin seminggu kot. Budak ofis lain tak tau. Aku nak beritahu kau sorang je ni. Tak nak pulak kau tertanya-tanya, kata aku sombong pulak ke. Sue, sabtu ni aku…..," belum sempat Majid menghabiskan ayatnya, Suhana menepuk kuat tapak tangannya dan menoleh ke arah Majid.
" Haa.. Jed, Sabtu ni dah start game. Kau datang tau tengok aku main. Nanti bolehlah kau tegur aku. Biar semua cuak tengok skill aku. Hakim pun datang sekali. Bolehlah kau borak-borak sambil tengok aku main. Kau mesti datang tau Jed. Tak datang siap kau aku hentak-hentak," Suhana memukul perlahan bahu Majid. Majid tersenyum kelat namun tak dilihat oleh Suhana.
" Woi, nasib baik tak terbabas awek aku ni. Kan aku sedang memandu ni? Insyaallah aku datang tengok kau main. Match kau pukul berapa mula? Kalau tengahari baru mula, malas aku nak tengok. Dahlah panas, baik aku lepak kat rumah," Majid mengawal semula stereng Myvinya. Dia berkira-kira untuk memberitahu perkara sebenar kepada Suhana.
" Match aku pukul 9:30 pagi. Bukan tengahari pun. Ahad baru suku akhir sampai final terus. Kalau kau dah malas sangat nak tengok, kau datang Sabtu pun ok. At least, kalau aku kalah, kau dapat tengok aku main Sabtu tu. Boleh lagi kau ajar dan tegur aku masa tu. Tapi aku yakinlah, pasti pasukan aku main masa final. Sebab pasukan aku hebat," Suhana meletak tangannya di dada dan dijulang ke atas. Majid hanya tersenyum dan mengangguk. Pembedahan akan bermula jam 2 petang. Dia sempat untuk menyaksikan perlawanan futsal Suhana.
" Kau nak cakap apa tadi Jed? Pasal kau tak datang pejabat minggu depan. Seminggu pulak tu. Melampau betul. Kenapa?" Suhana tiba-tiba teringat akan ayat tergantung Majid sebentar tadi. Suhana menanti jawapan dari Majid.
" Hakim kau hantar aku outstation. Mungkin Sarawak atau Sabah. Aku malas nak kecoh, takut orang kata aku tak buat kerja. Jalan je lebih. So, sebagai bestfren aku, kau berhak tahu ke mana aku pergi. Aku tak nak kau macam mereka yang lain. Fikir aku bukan-bukan. Ok?" Majid menunjukkan tanda ‘peace’ sambil memandu. Suhana pun membalas. Suhana rasa sangat bahagia kerana mempunyai sahabat yang begitu memahami dirinya.
Suhana melambai mesra ke arah Majid. Majid membuat ‘flying kiss’ kepada Suhana. Sudah lama mereka tidak begitu kerana sudah terbiasa berkasar sesama sendiri. Suhana menggelengkan kepalanya memikirkan gelagat Majid yang dianggapnya sudah buang tebiat.
3 hari berlalu…
" Sara, abang datang ni. Sara tahan lagi sikit ye, esok kita mulakan perjuangan. Sara kena kuat untuk terima hati abang ni. Walaupun hati abang ni jiwang, tapi cukup kuat untuk sembuhkan Sara. Abang yakin Sara akan sembuh. Sara sayang abangkan? Jadi, Sarah kena sihat lepas dapat hati abang," Majid membelai kepala Maisara dengan penuh kasih sayang. Dikucupnya dahi adik tunggalnya itu lama-lama. Dr.Shifaa yang memerhatikan mereka berdua menyeka air mata yang bergenang di tubir matanya. Esok pembedahannya akan bermula.
Pagi Sabtu itu Hakim menjemput Suhana di rumah. Suhana begitu riang apabila pertama kalinya dapat menaiki kereta bersama-sama Hakim. Hakim kelihatan bergaya pagi itu apabila memakai sut sukan lengkap jenama Reebok. Suhana tersenyum melihat kekacakan Hakim. Mereka berdua bergerak ke tempat pertandingan.
" Lambat pulak Sue ni. Dia yang beria-ria suruh aku datang. Alamak, aku lupa pulak game dia start 9:30. Sekarang baru 8:45. Aku rasa team Sue tu yang baju ungu," Majid melangkah ke arah kumpulan wanita berjersi ungu. Sedang dia melangkah ke sana, Hakim dan Suhana pun tiba. Hakim kelihatan terkejut melihat Majid berada di situ. Suhana melambai-lambai ke arah Majid. Majid tenang menghampiri mereka.
Suhana menyertai rakan-rakannya manakala Hakim dan Majid duduk di bangku penonton. Sebentar lagi perlawanan yang melibatkan pasukan Suhana akan bermula. Suhana bermain di posisi penyerang. Hakim dan Majid memberikan sorakan kepada pasukan ‘ Tak Kuasa You’ iaitu pasukan Suhana.
" Bila pembedahan kau? Bukan hari ni ke?" Hakim kelihatan tidak senang dengan kehadiran Majid. Perwatakannya berubah sama sekali ketika di pejabat dan di luar pejabat.
" Boss jangan risau. Saya ada sehingga tengahari saja. Match Sue lepas tengahari nanti saya pergi hospital. Boss ingat tau janji kita. Suhana tak tahu langsung," Majid sentiasa mempamerkan ketenangannya. Perkara itulah kadang-kala menimbulkan sakit hati kepada Hakim.
Suhana bermain cemerlang. Segala skill yang diajarkan Majid kepadanya dilakukan dengan penuh kemas. Rakan sepasukan yang lain semangat melihat gaya permainan Suhana yang mengagumkan. Pihak lawan kini ketinggalan 2 gol. Separuh masa pertama tamat dengan pasukan ‘Tak Kuasa You’ mendahului dengan 2 jaringan.
" Jed, gempak tak aku main? Berguna habislah skill yang kau ajar tu. Ada apa-apa yang cacat tak masa aku main tadi?" Suhana termengah-mengah ketika berborak dengan Majid. Hakim hanya melihat sahaja.
" Kau main dah best. Lepas ni kau jangan golkan. Ikut nasihat aku. Kau pass kepada Liana, biar dia pula yang score. Aku yakin second half nanti mereka akan attack kau saja. So, better kau slow sikit. Lagi satu, kau tak payah la nak buat gaya Messi betul-betul. Hodoh rupa kau jadinya. Hahaha..," Majid memberikan nasihat kepada Suhana. Rakan-rakan yang lain mendengar dan menyusun strategi baru.
Perlawanan separuh masa kedua bermula. Suhana menggelecek pasukan lawan. Dua orang telah dilepasinya. Liana berlari ke depan. Suhana membuat hantaran lambung apabila ada pemain lawan menerjahnya. Liana membuat sepakan gunting dan bola menerjah jaring gol.
" Gooooooooooooolll," Hakim dan Majid serentak menjerit dan bangun.
Majid membuat isyarat bagus. Hakim menepuk tangan dan bersorak nama Suhana. 5 minit berlalu dan perlawanan tamat. Pasukan ‘Tak Kuasa You’ menang ke atas ‘ Power Puff Gurlz’,3-0.
Suhana menjadi pemain paling digeruni lawan ketika ini. 3 perlawanan yang mereka harungi semuanya membuahkan kemenangan. Farahin mengarahkan pasukannya agar tidak terlalu bangga dengan kemenangan yang dikecapi. Semua ahli pasukan bersorak kuat tanda bersemangat untuk menang.
" Sue, dah tengahari lah. Aku balik dulu. Perut aku dah bernyanyi lagu ‘ Mahakarya Cinta’ ni. Lapar sangat ni. Dah tak tahan. Ingat tau nasihat aku. Kau jangan over sangat. Sekarang ni ramai akan attack kau. Kau main dah cantik. Bangga aku sebagai jurulatih," Majid tersenyum. Dia memandang Suhana semahunya. Hakim hanya berdiam diri apabila Majid memberi nasihat kepada Suhana.
" Kau ni Jed. Makan saja la dalam kepala kau tu. Aku ada match lagi lepas ni. Tunggu la kejap lagi," Suhana tidak mahu Majid beredar. Dia seakan bersemangat main apabila Majid ada walaupun Hakim turut memberikan sokongan.
" Tak boleh. Nanti aku pengsan lagi susah. Ni last kita dapat jumpa. Seminggu akan datang baru boleh jumpa kat pejabat. Minggu depan kau suruhlah En. Hakim jemput kau pulak. Bukan minggu depan je, minggu-minggu yang seterusnya pun lagi bagus. Hahaha…," Majid tergelak apabila dapat menyakat Suhana. Suhana yang rasa diperli menumbuk dada Majid. Hakim hanya terseyum.
" Doakan aku selamat pergi dan balik. Tak balik pulak aku nanti sesat kat Sabah tu. First time ni pergi sana. Kau main elok-elok. Jaga diri baik-baik," Majid memegang kepala Suhana. Suhana seakan dikejutkan dengan arus elektrik kerana itulah kali pertama Majid memegang kepalanya. Selepas bersalaman dengan Hakim, Majid keluar dari stadium tertutup itu. Suhana hanya melambai-lambaikan tangannya. Seakan begitu sedih dirasakannya kini melihat Majid tiada lagi menemaninya bermain petang itu.
‘ Aku sayangkan kau Sue. Jaga diri. Kaulah yang selalu buat aku gembira’ Majid melangkah keluar dan menuju ke perhentian teksi.
Tepat jam 2:00, pembedahan pun bermula. Dr.Shifaa dibantu oleh sepasukan jururawat yang bertungkus-lumus bersama-samanya sepanjang pembedahan itu. Majid dan Maisara masing-masing dibius. Tidak sampai 2 minit, pandangan mereka berdua menjadi gelap.
Dr. Shifaa membedah dada Majid. Pembantunya menghulurkan pisau bedah. Penuh cermat dan teliti. Suasana di bilik bedah tenang. Dr. Shifaa memberikan tumpuan yang tinggi. Sebarang kesilapan kecil akan membawa kesan yang buruk. Sebahagian hati Majid dipotong dengan berhati-hati. Dada Majid dijahit semula selepas berjaya memindahkan sebahagian hatinya.
Tepat jam 4:30 petang, pemindahan hati berjaya dilaksanakan. Sebahagian hati Majid kini berada di dalam tubuh Maisara. Kedua-dua mereka telah selamat menjalani pembedahan. Semua pasukan bedah mengucapkan syukur kepada Ilahi. Dr.Shifaa berasa lega kerana Allah memudahkan urusan pembedahan sebentar tadi.
" Yeaaaaaaaaaah, kita masuk suku akhir esok," Farahin melonjak kegembiraan. Suhana dan rakan yang lain turut gembira dengan pencapaian mereka. Hakim tersenyum melihat kejayaan pasukan Suhana. Perlawanan petang itu tamat pada jam 6:00. Suhana bersalaman dengan rakan-rakannya dan menuju ke kereta Hakim.
" Esok awak ambil saya macam pagi tadi bolehkan? Saya dapat masuk suku akhir. Awak sokong saya lagi tau? Majid dah fly ke Sabah. Dah tiada siapa nak sokong saya lagi selain awak," Suhana mengingatkan Hakim sebelum turun dari kereta. Hakim sekadar mengangguk dan terus memandu pulang.
" Aku dah tiada pencabar. Aku akan pastikan aku menang dalam perebutan ni. Aku tahu kau sayangkan Suhana lebih daripada sekadar kawan Majid. Aku lelaki macam kau jugak," Hakim akan cuba mendapatkan Suhana secepat mungkin. Dia mahu melupakan segala sejarah lama dengan mengahwini Suhana.
" Aku nak mesej Jed la beritahu aku dah dapat masuk suku akhir esok.Mesti dia bangga dapat anak murid hebat macam aku ni," Suhana menekan butang Nokianya dan menghantar mesej.
‘ Sending failed’.
" Mesti Majid kena hantar ke ceruk mana entah ni. Tiada line la ni. Aduhai, mana la kau pergi Majid?" Suhana bersandar di kerusi ruang tamunya. Keletihan yang amat sangat memnyebabkannya terlena lebih awal selepas solat Isyak.
Pandangannya berpusing. Kepalanya masih berat. Digagahinya juga untuk sandar di katil namun dadanya tiba-tiba begitu sakit. Majid terbaring semula. Sinar mentari pagi menyilaukan matanya menyebabkannya terjaga dari lena.
" Sara…," Majid menoleh ke arah Maisara sedang tidur ketika itu. Mereka berdua ditempatkan di bilik yang sama. Dr. Shifaa melangkah masuk dan memeriksa keadaan Majid.
" Untuk 5 hari ni, kami terpaksa menahan kamu berdua bagi melihat perkembangan. Jika Sara menunjukkan tanda bahawa badannya gagal menerima hati kamu, kami terpaksa membedahnya sekali lagi," Dr. Shifaa menulis laporan pada fail pesakitnya. Majid masih berasa lemah badan akibat pemindahan sebahagian hatinya semalam.
Suasana di gelanggang futsal pagi Ahad itu bertambah ceria. Lebih ramai penonton hadir memberikan sokongan. Hakim mengambil tempat seperti semalam. Suhana dan rakan-rakannya melakukan regangan badan.
" Han, member kau yang macam coach tu mana? Kenapa tak datang hari ni? Siapa nak ajar kau nanti?" Farahin bertanya sambil melakukan lompat bintang. Rakan yang lain menanti jawapan.
" Dia outstation ke Sabah. Aku boleh buat lagi bagus daripada semalam. Yang penting kita main sebagai pasukan. Betul tak?" Suhana meninggikan suaranya. Mereka semua serentak menjerit bagi membakar semangat.
Perlawanan suku akhir bermula. Pasukan ‘ Tak Kuasa You’ menentang pasukan ‘ Gurlzack’. Wisel dibunyikan. Kedua-dua pasukan sama hebat. Serangan masing-masing dapat dinafikan oleh kehandalan penjaga gol. Separuh akhir pertama berakhir tanpa jaringan.
" Jed, aku perlukan kau," Suhana seolah-olah tidak berdaya untuk bermain. Dipandangnya wajah Hakim. Dia cuba mengumpul semangat melihat senyuman Hakim.
Separuh masa kedua bersambung. Rembatan Suhana dari tengah gelanggang terkena tiang dan melantun ke dalam gol. Mereka mengubah strategi kepada bertahan. Selepas 5 minit beraksi, wisel penamat dibunyikan dan pasukan ‘Tak Kuasa You’ layak ke separuh akhir.
" Aku yakin kau mesti tengah main sekarang ni Sue. Aku jugak yakin sekarang ni kau sedang hilang semangat. Kau kena kuatkan semangat Sue. Bayangkan aku tengah ajar kau. Pasti kau boleh gempak," Majid melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Sarapannya dijamah sedikit sahaja. Dia sedang risaukan Maisara yang masih belum terjaga dari lena yang panjang.
‘ Aku ada di sini Sue. Senyum dan tarik nafas. Kau hebat’, Suhana tersentak. Suara Majid berlegar di gegendang telinganya. Matanya melilau sekeliling dewan tertutup itu mencari Majid. Tidak jumpa. Suhana tersenyum. Dia tahu Majid sentiasa ada di sisinya.
Perlawanan separuh akhir sedang berlangsung. Pintu gol pasukan ‘Tak Kuasa You’ bocor buat kali pertama. Pihak lawan terus menyerang namun mereka mampu bertahan sehingga tamat babak pertama.
Suhana memejamkan mata dan membayangkan Majid membebel kepadanya. Dia tersenyum dan ketawa sendirian. Memiliki sahabat sebaik Majid. Dirinya bersemangat kini.
Pasukan Suhana lebih banyak menyerang pada babak kedua. Pasukan lawan memantapkan pertahanan dan menyukarkan usaha menghasilkan gol penyamaan. Ketika perlawanan berbaki 30 saat, Suhana membuat gerakan menarik sehingga dapat melepasi 3 pemain lawan. Berhadapan dengan penjaga gol, Suhana tenang menyumbat gol penyamaan dan mengheret perlawanan ke penentuan sepak penalti.
Tendangan penalti pertama pihak lawan dapat ditepis oleh Mushamma selaku penjaga gol pasukan ‘Tak Kuasa You’. Liana tenang menyempurnakan tendangan penaltinya. Penalti kedua pihak lawan terkena palang gol. Farahin membuat rembatan kencang yang menggegar jarring. Maka, pasukan ‘ Tak Kuasa You’ berjaya mara ke perlawanan akhir.
" Alang-alang kita dah sampai final ni, kita main habis-habisan. Jangan tertekan. Just enjoy ourselves. Play as a team. Apa-apa jadi pun, kita tetap…………," Farahin mematikan ayatnya.
" Tak Kuasa Yoooooouuuu," jeritan semangat mereka bergema ke seluruh stadium tertutup. Majid sentiasa memberikan senyuman kepada Suhana tanda semangat.
Wisel berbunyi. Suasana stadium menjadi gamat dengan jeritan dan sorakan penonton yang gegak-gempita. Kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang bertenaga. Saling berbalas serangan. Permainan pantas yang ditunjukkan menghiburkan para penonton. Babak pertama berakhir dengan seri tanpa jaringan.
Suhana menarik nafas panjang dan tersenyum. Majid sedang memerhatikannya. Itulah yang sedang dirasakannya kini walaupun hanya ilusi semata.
Babak kedua bermula. Masing-masing bermain dengan berhati-hati. Mushamma bekerja keras menjaga gawangnya. Kecekapannya diuji bertali-arus. Suhana menggelecek pasukan lawan. Liana dan Farahin sudah berlari ke depan. Suhana diterjah keras oleh pasukan lawan. Sepakan percuma diberikan kepada Suhana.
Farahin dan Liana berdiri di hadapan bola. Pasukan lawan membina benteng. Liana melakukan muslihat dan membiarkan Farahin melakukan sepakan. Bola itu terkena tiang dan melantun ke kaki Suhana. Suhana menghayun sekuat hati dan satu rembatan padu dilepaskan.
" Gooooooooooooll. Yeaaaaaaaaaahh!!" gamat dewan dengan jeritan penonton. Pasukan Suhana memperkuat pertahanan. Serangan pihak lawan gagal menembusi Mushamma.
" Prriiiiiiiiiiitt!!" wisel ditiup. Pasukan ‘Tak Kuasa You’ melompat kegembiraan. Hakim tersenyum riang melihat Suhana menang.
Penyampaian hadiah disampaikan oleh En. Luqman selaku pengarah pertandingan. Suhana dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan dan Liana dianugerahkan Kasut Emas kerana menjaringkan 6 gol sepanjang perlawanan. Pasukan ‘Tak Kuasa You’ membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM5000.
Pasukan ‘Tak Kuasa You’ bergambar bersama piala yang mereka menangi. Mereka tersenyum puas kerana berjaya merangkul gelaran juara. Suhana sangat terkilan kerana Majid tiada ketika dia dinobatkan selaku pemain terbaik pertandingan.
" Sayang, awak memang hebat la. Tak sangka abang sayang ni pandai main bola. Abang pun tak sehebat sayang," Hakim memuji Suhana. Suhana terasa mukanya panas. Hakim tidak pernah memanggilnya sayang sebelum ini dan menggelarkan dirinya sendiri dengan panggilan abang.
Hakim menghantar Suhana pulang ke rumah. Dihadiahkannya senyuman paling manis buat Suhana. Suhana membalas kembali senyuman itu dan melangkah masuk ke rumah.
Suhana menghempaskan badannya ke katil kerana terlalu letih. Dicapainya Nokia dan dia mendail nombor Majid.
" The number u’ve just dialed is out of coverage. Please leave a message".
Suhana sedih. Majid seakan-akan membawa diri. Dia tidak dapat menyampaikan khabar gembira itu kepada Majid. Dipandangnya piala yang dimilikinya selaku pemain terbaik.
" Kalau tak sebab kau Jed, aku tak dapat piala ni," Suhana merenunug kipas yang berputar di siling. Wajah ceria Majid menjelma.
4 hari berlalu…
" Nampaknya esok awak berdua sudah semakin sembuh. Insyaallah esok kamu boleh pulang. Maisara menunjukkan prestasi yang baik. Sara, awak tak bimbangkan saya. Badan awak boleh menerima hati abang awak tu," Dr. Shifaa membelai kepala Maisara. Maisara tersenyum dan memeluk doktor yang begitu penyayang itu.
" Awak pula Majid. Awak tidak boleh secergas dulu. Itu awa kena ingat selalu. Jangan lupa makan ubat yang diberi. Badan awak belum cukup kuat untuk menerima keadaan baru ni. Awak kena banyak berehat," Majid faham. Dia berharap agar cepat hatinya tumbuh semula supaya dapat menemani Suhana seperti dulu.
‘ Han, Ahad ni kita sambut kemenangan kita di KLCC pukul 2:00pm’. Mesej daripada Mushamma.
Petang Jumaat itu Majid dan Maisara pulang ke rumah. Maisara terus ke dapur dan memasak. Majid duduk di ruang tamu dan menonton televisyen. Dia menghidupkan telefon bimbitnya. Dia membaca mesej daripada Suhana dan tersenyum.
" Aku dah agak mesti kau menang punya. Hebatlah kau Sue," Majid menonton rancangan kegemarannya, Naruto di TV3.
" Hakim, awak free tak Ahad ni? Boleh tak teman saya pergi KLCC.Nak celebrate duit minggu lepas," Suhana menghubungi Hakim pada malam itu.
" Abang tak free lah. Abang ada hal sikit. Abang dah janji dengan kawanlah nak pergi memancing. Dah lama abang tak pancing ikan," Hakim terpaksa menolak pelawaan Suhana kerana dia ada hal yang lebih penting. Suhana akur dan mematikan talian.
" Kalau Majid ada, mesti dia boleh temankan aku. Masalahnya dia di Sabah lagi sekarang ni. Aku pergi naik bas je lah," Suhana terus menutup lampu bilik tidurnya dan memejamkan mata.
Petang Ahad itu, pasukan ‘Tak Kuasa You’ menghabiskan masa di Mid Valley. Mereka bermain bowling, menikmati makan tengahari bersama, dan menonton wayang. Mereka semua bergelak ketawa. Suhana agak muram kerana masih memikirkan Majid yang sudah lama tidak dihubunginya. Mereka membatalkan rancangan ke KLCC kerana hujan tiba-tiba turun dan mereka tidak sempat untuk ke sana.
" Eh, Hakim. Apa dia buat di sini? Kata nak pergi pancing. Aduh, kan hujan sekarang ni. Mestilah dia tak jadi pergi," Suhana meminta izin untuk berpisah sebentar daripada kumpulannya.
" Hai Hakim. Awak buat apa di sini? Tak jadi memancing ke?" Suhana gembira dapat bertemu Hakim petang itu. Namun, kegembiraannya tergugat apabila seorang anak kecil berlari dan memeluk kaki Hakim.
" Abang, tolong pegang beg saya ni," seorang wanita datang dan menghulurkan tas tangannya. Suhana rasa seperti hendak pitam. Wanita itu terus menyambutnya.
" Maafkan abang Sue. Abang baru rujuk balik dengan isteri abang ni semalam. Abang tak mampu lupakan dia. Abang sayangkan Suhana tapi abang lebih pentingkan anak abang," Suhana menyeka air matanya. Suhana berlari selaju yang mungkin. Tidak sanggup lagi dia berhadapan dengan situasi itu.
Wanita tadi memeluk suaminya. Hakim pasrah menerima keadaan ini. Didukungnya anak kesayangannya sambil mengacah-acah anaknya itu.
Suhana menuju ke dalam lif. Ketika dia melangkah masuk, dia terlanggar dada seseorang. Lelaki itu terbatuk teruk.
" Jed? Kau ke ni?" bulat mata Suhana melihat lelaki di depannya itu. Cengkung. Kurus.
" Sue, kenapa kau nangis ni?" Majid terdorong ke belakang. Dia tersandar di dinding lif. Suhana menangis semahunya di dada Majid. Kesan jahit pembedahan belum kering sepenuhnya. Majid menahan sakit akibat Suhana menekan kepalanya di dadanya.
" Hakim, dia dah kahwin. Aku dah kena tipu. Kau pergi mana selama ni? Kenapa badan kau kurus sangat? Kau sakit ke Jed. Muka kau pucat," Suhana meluahkan perasaannya di ruang legar Mid Valley. Majid hanya mendengar penuh setia. Dirasakan dadanya sangat pedih namun dia berlagak tenang.
" Kau buat apa kat sini Jed?" Suhana sudah mula tenang. Majid menunjukkan plastic putih.
" Aku beli DVD cerita Jepun. Dah bosan sangat. Kat sana aku kena hantar ceruk mana entah. Line handphone pun tiada," Majid masih merahsiakan perkara yang sebenar.
" Jed, sebenarnya aku rindu sangat dekat kau. Jangan pergi jauh-jauh lagi. Kaulah kawan baik aku dunia akhirat," Suhana meluahkan kerinduannya pada Majid. Majid hanya tersenyum dan ketawa kecil.
" Hahaha… Wakakaka.. Kau ngigau apa malam tadi sampai rindu pada diri aku ni?" Majid terkejut mendengar pengakuan daripada Suhana.
" Yang kau ketawa lebih-lebih ni kenapa? Kau gelakkan aku Jed? Kena kau!" Suhana menumbuk dada Majid sekuat hati. Kerinduan yang menggunung diterjemah melalui gurauan kasar mereka seperti biasa.
Kesakitan menjalar ke seluruh urat saraf. Majid tidak mampu untuk bertahan lagi. Majid tumbang ke belakang. Dunia Majid menjadi gelap. Suhana kaget.
" Kau jangan main-main Jed. Kenapa lembik sangat kau hari ni? Woi Jed! Bangunlah," Suhana menampar-nampar pipi Majid. Majid tetap begitu. Kaku. Suhana menjerit meminta tolong. Majid dihantar ke hospital dengan segera.
" Sebenarnya kami baru jalani pembedahan. Abang dermakan sebahagian hatinya untuk Sara sebab doktor kata pembedahan perlu segera dijalankan. Badan abang tak berapa kuat lagi. Mungkin sebab tu abang tumbang," Maisara menerangkan perkara sebenar kepada Suhana. Suhana terkejut mendengar kata-kata Maisara.
" Kenapa kau tak pernah beritahu aku semua ni Jed? Aku ni siapa Jed? Aku ni kawan kau. Kau tak adil dengan aku Jed. Aku tak pernah tahu kau hilang seminggu sebab ni. Jeeeeeeeedd!!" Majid masih lagi tidak sedarkan diri. Suhana menelefon rakan-rakannya memberitahu keadaan dirinya kini. Dia duduk di sebelah Majid. Majid bernafas tenang. Suhana memandang wajah pucat Majid. Tiba-tiba dada Majid berombak kencang.
" Nurse!!! Cepat!!!" Dr. Shifaa bergegas masuk ke wad Majid. Maisara menggenggam erat tangan abangnya. Suhana tidak henti-henti menangis. Dr. Shifaa mengarahkan mereka berdua keluar.
Suhana dan Maisara berpelukan. Di dalam hati mereka tidak berenti memohon doa agar Majid dipanjangkan usia. Pintu bilik dibuka. Dr.Shifaa melangkah keluar dan memandang mereka berdua. Dr. Shifaa tersenyum.
" Majid seorang pesakit yang kuat. Saya kagum dengan dia," Dr. Shifaa dipeluk erat oleh Suhana dan Maisara.
" Kamu boleh masuk tapi jangan lama sangat. Bagi dia berehat," Dr. Shifaa terus melangkah pergi.
" Jed, Aku betul-betul minta maaf. Aku tak tahu langsung. Kau tak pernah nak ceritakan kepada aku. Ni yang aku rasa nak hentak je kau tau tak?" Suhana menangis dalam ketawa.
Buntang mata Majid melihat Suhana mengangkat tangannya namun dipeluknya Maisara sekuat hati. Majid hanya tersenyum.
" Lepas ni kau dah tak boleh nak hentak aku atau pukul aku lagi. Nanti aku dah tak boleh nak temankan kau lepas ni," Majid tersenyum lemah. Maisara menggenggam erat tapak tangan abangnya.
" Abang jangan pergi. Dalam badan Maisara ada hati abang. Maisara tak tahu bagaimana nak teruskan hidup tanpa abang yang selalu jaga Sara. Abang dah banyak sangat berkorban untuk Sara. Terima kasih abang," Maisara menangis keharuan. Suhana mengusap kepala Maisara. Terharu dia rasakan melihat pengorbanan Majid kepada adiknya.
" Jed, aku janji aku takkan sentuh kau lagi. Aku akan jaga kau baik-baik sampai kau boleh jaga aku semula," Suhana memberi senyuman semangat.
" Maaf, minta pelawat beredar segera. Beri ruang dan masa kepada pesakit untuk berehat," seorang jururawat masuk dan memeriksa Majid. Suhana dan Maisara keluar dari bilik dan menuju ke surau hospital untuk sujud syukur.
Majid pula ditinggalkan sendirian di dalam bilik. Jururawat tadi keluar dari bilik itu. Majid yang keletihan dan kesakitan akhirnya terlelap bersama air mata kesyukuran kepada ILAHI kerana masih memanjangkan umurnya.
~sekian~
p/s: karya ketiga selepas 0-0 dan Panas yang Hilang.
citer nih agak panjang untuk sebuah cerita pendek a.k.a cerpen, tapi ku gagahkan jua utk membaca...
pengolahan cerita ada, tapi feeling tak sampai kat pembaca...papepun, congrats
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
huhu..panjangnyer..
tapi best laa..
pompuan main futsal?
shuffle + tarian zapin..
wakakaka...