Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Cinta itu hadir lewat bicara tanpa kata-kata.... Hadzlan Hakimi Cinta itu hadir lewat senyum bahagia.....Cendana Dan cinta itu berakhir jua kerna setanggi... Sememangnya untuk yang tercinta.....
Ketika panas cahaya memancar ke bumi Sarawak, aku sudah berada di dalam kereta untuk menemui temanku. Aku tidak tahu apa mahunya hingga sepanjang malam semalam sahaja dia sudah menggesa aku untuk menemuinya sedang dia sendiri sedia tahu bahawa aku tidak sama sekali ingin menjejak ke Universiti Malaysia Sarawak itu semula. Setelah aku tamat pengajian lapan bulan yang lalu, aku tidak ingin lagi menjejak kaki ke ruang kawasan itu. Khuatir hati tercalar semula. Namun sejauh mana tega hatiku untuk diturutkan tika sahabatku yang punya empat tahun tempoh pengajian berbandingku itu memujukku untuk menemuinya saban malam. "Apa yang mustahak sangat ni?" soalku pada Khadija yang berpeluk tubuh memerhati tingkahku. "Kau nangis ke?" soal sahabatku itu di hadapan pintu ruang kediamannya. "Kalau iye pun, bagilah aku masuk dulu.." ujarku lalu meloloskan diri memasuki biliknya dan terus sahaja duduk di birai katil. "Kau ingat Alpian lagi ke?" soal Khadija yang masih dengan selimutnya itu walau jam sudah beralih ke angka 12. Aku tidak menjawab soalannya. Hanya airmata yang masih bersisa aku kesat perlahan. "Kenapa nak aku datang?" soalku terus. Tidak ingin gadis Labuan itu mengorek cerita sedihku lebih lanjut. "Sabarlah. Aku mandi dulu. Sesekali jenguk aku apa salahnya. Boleh kau belanja aku." Aku senyum mendengar kata-kata Khadija. Dia beralih dari kerusi yang didudukinya dan mencapai tuala. "Pergi mandilah. Busuk tau!" Khadija ketawa mengekek dan terus berlalu ke bilik air. Aku meneliti sekeliling. Betapa aku merindui bilik ini..Perlahan-lahan aku menyentuh dinding bilik kolej kediaman yang dahulunya didiami oleh aku dan Khadija. Masih ada tertinggal gambar yang belum lagi aku tanggalkan dari dinding bilik itu. Aku mencapai dan mencabutnya perlahan-lahan khuatir cat dinding tertanggal. "Aku tak sempat nak kemas bilik ni lagi. tu yang gambar tu aku belum buang," ujar Khadija tiba-tiba. Cepatnya dia mandi? Aku berpaling ke belakang. Hanya wajahnya yang basah. Mungkin dia hanya memberus gigi dan membasuh muka sebentar tadi. Aku tidak ambil tahu tentang itu. Aku kembali melihat foto yang sudah aku potong sekecil foto kad pengenalan. Foto itu tidak berkata-kata namun cukup membuatkan aku teresak kembali. Hati aku diasak kesedihan yang berganda. Sejuta kenangan manis dan pahit silih berganti yang hanya menerbitkan esak tangis aku. Aku terkesan sentuhan Khadija pada bahuku. Aku kian menangis dan menangis. Jika tadi aku menangis ketika memasuki gerbang UNIMAS kerna terimbas memori bersama Alpian. Dan kini aku menangis semula ketika menyentuh foto ini kerna terimbas memori bersama bekas tunangku, Johan. Beratnya dugaan hidup atas memori yang kunjung tidak padam begini. "Dahla Ana..semua tu dah berlalu.." ucapan Khadija itu pastinya tidak sedikit pun menghapuskan airmataku. Yang ada, aku terusan menangis hiba. Menangisi cinta yang kedua-duanya sudah berlalu..
------------------------
"Aku nak tunjukkan kau sesuatu sebenarnya" Khadija bersuara ketika kami sama-sama berbaringan di ruang bilik itu. Khadija yang putus idea untuk memujukku sebentar tadi kini beralih menyelongkar isi lacinya. Aku duduk di tengah katil ketika dia menyerahkan sepucuk sampul surat yang di dalamnya juga berisi foto. Aku terpana. Segalanya kaku begitu sahaja. Terpana ketika foto itu aku tatapi. Tiada hembusan nafas yang kedengaran. Bilik itu terasa sepi. Sunyi sekali. Dan mataku membulat menatap sehelai demi sehelai foto yang ada di hadapanku. "Apa ni Ija.." ujarku dalam serak suara. Tangisanku yang tamat sebentar tadi kembali ingin berembesan keluar. Aku tidak tahan melihat foto-foto yang ada di tanganku itu lalu aku mencampak jauh hingga membuatkan Khadija terkejut dengan tingkahku. "Apa ni Ija!" jeritanku menggamit kehadiran teman sebilik baru Khadija. Dia tercegat di tepi pintu memandang aku dan Khadija yang tertunduk mengetap bibir. "Ija! Jawabla!" aku menggoncang bahu Khadija keras hingga membuatkan teman sebilik Khadija itu memegang bahuku. Aku tidak mahu dia diam. Aku ingin penjelasan! "Itu gambar Sabri bagi aku..dia dapat dari facebook Johan..." perlahan jawapan Khadija. Aku melihat foto yang bertaburan di lantai. Tangisanku berderai hebat. Lebih hebat dari tadi. Segalanya terlalu merobekkan hatiku. "Kenapa..kau bagi aku?" soalku dalam esak tangis yang tinggi. Khadija tampak serba salah. Dia menggenggam erat tanganku. "Semua tempat yang kau pernah date dengan Johan..ada dalam tu.." Khadija melihat ke dalam mataku. Aku mengalih pandang pada foto-foto yang penuh di atas lantai lalu menunduk dan mencapai satu persatu. "Mana?" soalku pantas. Khadija merampas foto-foto tersebut dari tanganku. Aku mengesat airmata yang bercucuran. Hatiku terasa panas sekali. "Ini Putrajaya. Ini Port Dickson. Ini Banda Hilir..dahlah Ana..jangan kenang lagi Johan.." dia menunjukkan satu persatu dan aku tidak ambil pusing kata-katanya. "Aku tak pernah kenang dia lagi.." ucapku perlahan sambil meneliti terus foto di tanganku itu. "Jadi apa tangisan ini?" soalan Khadija aku tidak ingin jawab sama sekali. Aku pantas mencapai telefon bimbit dan mendail nombor Johan yang entah di mana dia. "Hello..abang, abang kat mana ni?" soalku ketika panggilan bersambut. Jantungku berdegupan ketika itu. Sungguh..aku terasa marah yang teramat sekali. "Ada kat rumah ni. makan" perlahan jawapannya. Entah betul, entah tidak, aku tidak ingin tahu. "boleh cakap sekejap?" soalku lagi. Khadija dan teman sebiliknya itu memegang lenganku dan bahuku. Aku tidak peduli. Aku harus punya penjelasan! "Aaa..bolehla. Kenapa?" soalnya setelah memberi kebenaran. Aku terasa otakku ingin pecah ketika itu juga. "Kenapa..kenapa abang bawak perempuan lain pergi tempat-tempat yang pernah kita pergi dulu? Kenapa? Kenapa?!" jeritanku bergema dia seluruh bilik. Teman Khadija tampak panik sedang Khadija sudah beransur ke kerusi di meja tulisnya. "Apasal ni?" Johan menyoal setelah diam agak lama. Mungkin terkejut dengan teriakan dan herdikan dariku sebentar tadi. "Ana ada dapat gambar abang dengan perempuan abang ambil gambar kat tempat yang kita pernah pergi dulu. Kenapa abang? kenapa?! Jawablah!" aku tidak dapat membendung amarahku. Aku kira saat itu syaitan bertepukan tangan melihat api kemarahanku yang menjulang tinggi. "Gambar mana satu ni?" dia masih dengan soalannya seperti tiada apa yang berlaku. "Dah tak payahlah nak tanya gambar yang mana..awak tu dah bawak perempuan lain pergi tempat Ana!" aku menjerit marah lagi. Airmata yang tadi bercucuran kering sebentar. Aku tidak ingin dia tahu bahawa aku menangis begini. Dia diam. Aku menanti jawapanya. "Jadi.." sepatah kata itu membuatkan aku ingin mencincangnya halus-halus. Andai sahaja aku bisa melakukan begitu... "Tu aje kenangan Ana dengan awak..Kenapa nak letak perempuan lain kat sana?! Even Ana pun tak pernah nak bawak Alpian pergi tempat yang ada kenangan kita berdua. Jadi kenapa nak tayang kat semua orang awak ada girlfriend baru, awak pergi ambil gambar macam tu terus nak tayang kat orang. Ana dengan Alpian pun tak pernah macam tu!" jantungku serasa ingin tercabut keluar kerna menjerit-jerit begitu. "jadi apa masalahnya? Awak lagi cintakan Alpian tu lebih dari saya" pantas sahaja dia membalas kali ini dengan menekankan nama Alpian, bekas kekasih aku yang aku cintai selepas putus tunang dengannya. "Yes..I did love him more than you. Tapi sedalam mana pun cinta Ana untuk dia, Ana tak pernah nak tayang kat orang yang Ana bercinta dengan dia. Ana tak pernah pulak nak pegang-pegang tangan dengan Alpian. So stopla abang..stop cakap yang Ana ni jahat sangat, cintakan orang lain. Ana cintakan dia lepas kita putus. And awak pun buat benda yang sama. Awak lagi teruk dari Ana..pegang sana, pegang sini, pergi tayang kat orang lain tapi konon selalu cakap yang awak je yang jaga hati Ana..jaga hati Ana ke macam ni? Pergi mampuslah kau!" aku menjerit lagi dan Khadija mengetap bibir sedang aku sudah mencampak telefonku entah ke mana. Biarlah jika pecah berderai sekali pun. Aku tidak peduli. Aku hanya ingin menghambur tangisanku saat itu. Aku ingin menangis sepuasnya di situ. Mengapa dia tidak memahami bahawa tempat itu amat bermakna buatku? Mengapa dia tidak mengerti bahawa aku berusaha menyimpan segala kenangan antara aku dan dia kerna dia sahaja yang aku kenang dari dulu hingga sesaat sebelum aku mengetahui hakikat perit tersebut. Dia tidak mengerti apa-apa kerna bagi dia, tempat itu tidak bermakna apa. Tapi bagi aku, hanya itu kenangan aku dan dia. Jarak yang jauh membuatkan aku terlalu menghargai setiap pertemuan yang tercipta. Tetapi dia..tidak memahami ini semua. "Dia selalu cakap aku je yang salah Ija..Aku bercinta dengan Yan, dia tuduh aku macam-macam. Dia cakap aku tak setia.. Dia cakap aku cintakan orang lain lebih dari dia..Dia tu apa Ija..Dia tak bercinta ke tu?" aku mendongak pada Khadija yang kembali duduk di katil mendepani aku. "Sabarlah Ana..Cukuplah kau cintakan dia.." Khadija membelai lembut bahuku membuatkan aku kembali menangis hiba. "Aku sangat benci dia Ija.." "Memang patutnya pun kau bencikan dia.. biarlah dia dengan hidup dia" Khadija menyokong perasaan benciku itu. Aku mengesat airmata menggunakan tisu yang dihulur oleh teman sebilik Khadija yang tampak sedih juga raut wajahnya. "Aku ada kenangan manis kat tempat-tempat tu Ija..Kenapa dia bagi kat orang lain?" soalku semula pada Khadija. Dia mengeluh kecil. Penat melihat aku yang melayan sendu yang kian tidak surut barangkali. "Kenapa dia bawa perempuan lain pergi situ.. Apa aku ni Ija.. Aku simpan baik-baik kenangan aku dengan dia, kenapa dia gadai kenangan aku dengan dia? Kenapa!" aku menjerit hiba semula. Dan Khadija pantas memelukku. Aku menghambur tangisan di bahunya. "Dahlah Ana..Kau patut bangga sebab kau yang pertama di hati dia. Perempuan tu tak boleh nak bangga apa pun. Tempat-tempat tu semua dah ada kenangan kau dengan dia. Bukan pure milik perempuan tu dah..Dahlah Ana.." pujukan Khadija itu tidak terkesan di hatiku. "Aku benci dia Ija.." aku merintih perlahan lantaran esakanku yang kian meninggi, tidak pula kian berkurang. "Maybe dia pergi tempat tu sebab dia nak lepas rindu kat kau. Maybe dia anggap perempuan tu boleh ganti tempat kau. Tu yang dia bawak perempuan tu pergi situ.." Khadija melepas pelukannya dan memandang kembali wajahku yang basah dengan airmata itu. "Aku tunjuk ni biar kau tak kenang cinta dia lagi.." Khadija membuang jauh-jauh foto-foto di hadapanku itu. Aku masih juga dengan esak tangisku yang entah bila akan surut. Mengapa pedih sekali? Mengapa setelah setahun berlalu, aku masih teresak begini? Dalam sekalikah cinta aku terhadap dia? Jika dalam, mengapa dia menidakkan kesetiaan aku dan kepercayaan aku? "Dah setahun berlalu, kenapa baru sekarang.. Dia bercinta dengan perempuan tu aku dah tau lama. Tapi kenapa baru hari ni aku dapat semua ni?" aku menyapu airmataku semula. Entah berapa banyak tisu sudah habis aku gunakan. Dan demi mendengar kata-kataku itu, aku dapat menangkap airmata yang turut turun dari mata teman sebilik Khadija itu. "Sabar Ana... mesti hikmah di sebalik semua ni." "Dia tipu aku Ija..Dia cakap dia pergi Banda Hilir dengan kawan-kawan dia..Tapi dia pergi dengan perempuan tu...dia tipu Ija!" aku kembali mengongoi hiba dan menjerit kuat. Aku tidak tertahan dengan segala penipuan, tuduhan dan kata-kata dari Johan yang menjengah ke kotak memoriku saat itu. aku benci dia! Sungguh! "Ye aku tau dia tipu..Cukuplah kau cintakan dia.." Khadija kembali memelukku. Aku tidak tahan begini Tuhan... "Aku cintakan dia lebih dari Alpian Ija..Dia tak pernah tahu Ija..Aku tak pernah benci dia walaupun dah putus. Tapi hari ni Ija..Aku sangat benci dia!" aku memukul belakang badan Khadija hingga memaksa dia meleraikan pelukannya semula. "berhentilah Ana dari kenang masa silam kau. Cinta tu dah berlalu.." lembut kata-kata Khadija buatku namun aku serasa seluruh organ dalamanku berkocakan hebat sehebat amarah, kesedihan dan detakan jantungku. "Salah aku ke cinta tu hilang? Salah aku ke kalau dia tak pernah percaya aku Ija? Salah aku ke kalau aku risau keadaan kitorang lepas kahwin nanti? Salah aku ke semua tu? Salah aku ke Ija?!" aku tidak peduli pada rasa loya pada tekakku. Aku ingin menghambur segala kekecewaan aku pada lelaki yang 4 tahun aku cintai itu. "Dah Ana..cukup..." pujukan Khadija aku tidak pedulikan. Aku kian menangis dan terus teresak-esak hinggakan aku terasa segala limpa, hati, jantung dan segala-galanya ingin berkocakan keluar dari badanku. "Aku nak muntah.." ujarku dan terus berlari menuruni katil. Uwekkk.... "Kau okey ke?" soal Khadija cemas sambil mengurut belakang badanku. "Okay.." jawabku dalam kesibukanku memuntahkan segala isi makanan yang ada di perutku. "Mana tak kau kurus.." ujar Khadija kemudian. Aku menekan perut cuba mengeluarkan sisa-sisa yang tertinggal sedang anak tekakku hampir terkeluar saat itu. Aku bisa nanar begini... Aku melewati pintu gerbang kampus induk itu ketika senja hampir menjemput tiba. Aku memandang dashboard. Pukul 5 petang. Aku mencapai telefon bimbit pada beg sandangku. -nanti along ambil kereta kat depan pintu jaga Aku memicit butang ok dan mesej itu dihantar pada alongku yang mengajar di kampus tersebut lalu meninggalkan kereta di hadapan pondok pengawal dan menapak ke stesen bas yang kelihatan sunyi sendiri. Seperti aku... Aku tidak tahu mengapa, aku mendatangi semula perhentian bas yang sering aku gunakan untuk menunggu bas bersama-sama Alpian dahulu. Saat itu airmataku ingin berjatuhan semula. -sy kecewa... Aku menghantar mesej ringkas ini pada Alpian pula. Aku menanti. Tiada balasan. Aku memandang pintu gerbang UNIMAS. Terbayang wajah Alpian yang kepanasan menanti aku untuk ke perhentian bas bersama. Dia tiada di situ..Jauh..Walau dia juga masih ada di dalam perut kampus UNIMAS, namun dia tidak ingin memunculkan wajahnya mahupun bayangnya padaku. Dia memang begitu.. Setelah kami sama-sama memilih untuk berpisah setelah Alpian tidak mahu meneruskan cintanya padaku, dia tidak pernah lagi muncul di hadapanku. Mungkin dia melawan perasaannya sendiri. Seperti juga Han Gyul yang terlalu cintakan Eun Chan di dalam drama korea Coffee Prince. Han Gyul marah Eun Chan menipu bahawa dia lelaki dan berpura-pura kononnya dia tidak ambil peduli pada Eun Chan sedang nyatanya Han Gyul melawan perasaannya sendiri. Alpian itu seperti Han Gyul. Yang terlalu cintakan aku dan berpura-pura dia tidak ambil peduli apa-apa pun berkenaan aku. Benarkah begitu? Bukankah itu andaianku semata pada lelaki yang tidak mungkin berkorban untuk menukar agamanya demi aku itu? jika dia menukar agama hanya demi aku, apa jugalah ertinya. Cintanya pada Allah..bagaimana pula nanti? Lalu kerna itu, aku dan dia memilih untuk berpisah sebelum cinta semakin membara. Mengenangkan cintaku yang kedua-duanya hilang ditiup angin, aku jadi dilanda kesedihan semula. Angin petang itu membuatkan aku teringat akan Johan, tunangku yang aku tinggalkan. Aku sendiri yang meminta kata putus darinya sedang dia adalah satu-satunya lelaki yang terlalu aku cintai. Sepatutnyalah. Dia cinta pertamaku. Namun di saat-saat akhir hubunganku dengannya yang hanya menunggu setahun lagi untuk bergelar suami isteri, dia tidak lagi mempercayai aku. Kata tuduhannya tujunya hanya untuk aku yang dikatakan punya banyak kawan lelaki sedang dalam hatiku, hanya dia yang satu setelah Allah Yang Esa dan Rasullullah Nabi Junjungan. Dia ingin aku bertanya soal pekerjaannya. Tapi bagaimana aku ingin bertanya jika dia tidak pernah menyatakan masalah pekerjaannya dan aku pula tidak tahu menahu soal kejuruteraan. Mengapa di saat akhir, baru muncul segala pergaduhan yang pastinya berlaku setiap hari dan hampir setiap saat. Menyedari bahwa keserasian kian berkurang, aku minta diputuskan dan aku tetap menggelarnya abang kerna rasa hormat. Aku menanti dia untuk memujukku. Namun tiada..Hinggalah aku bertemu Alpian. Lelaki Kelabit yang sentiasa senyum manis itu menambat hatiku ketika Johan kian jauh entah di mana. Namun percintaan aku dan Alpian tidak lama, hanya sepurnama. Kerna perbezaan agama, aku dan dia memilih untuk berpisah. Dua lelaki di dalam satu hati..Siapa yang lebih dekat padaku? Johan cinta pertamaku. Dan Alpian cinta suciku. Sepanjang aku bersama Alpian, aku tidak pernah bersentuhan kulit dengannnya. Mengapa? Mungkin kerna aku masih menganggap aku ini milik Johan. Namun Alpian sahaja yang bisa membuatkan aku berdetakan dan bahagia. Mungkin kerna aku tidak pernah mengalami cinta jarak dekat. Bersama Johan, aku di bumi Kenyalang dan dia jauh di Semenanjung. Jarak yang jauh tetap juga membuatkan aku setia padanya namun di saat akhir, segalanya tidak lagi dihargai. Jika aku tidak dihargai, mengapa mesti bertahan bersamanya? Aku mengeluh dalam hati. Mengapa begini? Aku membenci Johan..dia tidak ada lagi dalam kotak hatiku. Aku mencintai dia jauh lebih dalam berbanding Alpian. Hanya padanya aku sering katakan bahawa aku menyintai Alpian melebihi cintaku padanya dahulu. Alpian kenangan sebulan bercinta sedang dia...4 tahun. Aku membenci dia..Kata-kata itu terulang berkali-kali di dalam hatiku. Pin! pin! Bunyi hon itu mengejutkan aku. Sebuah bas mini berhenti di hadapanku. Aku melihat penumpang yang turun dan pemandu yang menggamit aku untuk menaiki van sapu. Lalu begitu sahaja aku meninggalkan kenangan bersama Johan dan Alpian jauh di belakang. Aku pantas mencapai tas tanganku lalu memasuki ruang van yang hampir penuh. Aku mencari tempat duduk kosong. Aku perlu duduk. Jika tidak pasti aku muntah semula. Kelihatan seorang lelaki memberiku ruang untuk duduk. Dia yang memakai cermin mata hitam itu senyum padaku lalu membuka cermin matanya. "eh eh.." aku mendengar panggilan daripada lelaki itu. Aku menoleh ke sebelah. Dia senyum. Aku turut senyum. Tawar. "kenapa bang?" soalku perlahan. Dia kemudian menunjukkan isyarat tangannya. Sekejap pada mataku, sekejap dia membuat mimik muka menangis lalu kemudian dia menuding padaku. Bisukah lelaki ini? Aku mencapai pen dan kertas dari dalam beg. -bisu? Tulisku lalu menyerahkan padanya. Dia membaca dan kemudian angguk lagi dan senyum lebar semula. Dia tidak sedihkah dikata bisu? -kenapa? Aku menulis lagi dan menyerahkan padanya. Dia membaca semula. Kali ini dia pula yang menulis. Tulisannya bersambung-sambung. Cantik sekali. Kalah tulisanku. Aku membaca tulisannya. -menangis? -ya..kenapa? Pantas aku menulis semula dan menyerahkan padanya. -jangan sedih. Senja cantik di luar. Aku membaca ketika dia menyerahkan padaku lalu cepat sahaja memandang ke luar bas. Segaris awan di kaki langit bertukar kemerahan petanda malam bakal menjengah. Aku memandang lelaki di sebelahku itu. Dia tersenyum bahagia. Tiba-tiba aku juga ingin senyum seperti dia walau hatiku bagai ditoreh-toreh sebentar tadi. Aku hanya ingin kelihatan seperti lelaki bisu ini yang bisa senyum pada sesiapa juga. Dia kemudian meminta kertas dari tanganku dan kembali menulis sesuatu di atasnya. -awak nampak cantik bila senyum. Senyum selalu Aku serasa ingin menangis lantaran terharu pada kata-katanya. Lalu aku senyum semanis yang boleh buat lelaki ini. Dia senyum lebih lebar dan angguk-angguk kemudian. Dia mengambil semula kertas di tanganku. -Hadzlan Hakimi, 30 Aku senyum tika dia menyuakan kertas itu padaku lalu aku mengambil pen dan menulis, -Cendana, 22 Dia membulatkan matanya lalu kembali senyum. -cantik nama dan muda lagi! kerja? Or study? Aku pantas membalas dengan menulis. Tiba-tiba aku berhenti menulis lalu memandang lelaki itu. mengapa mesti menulis lagi? Dia bukan pekak, bukan? Bukan semua orang bisu adalah pekak. Ada juga yang tidak pekak. "kerja" jawabku. Dia senyum lagi. Wajahnya tampak berseri sekali ketika menulis pada kertas yang hampir penuh dengan tulisan aku dan dia. -kerja mana? Aku berfikir sebentar lalu menjawab, "Dewan Bahasa" Dia angguk-angguk sambil senyum lebar. Aku tahu dia keriangan. -minta nombor telefon. Bolehkan? Sy suka pergi DBP Aku senyum pada Hadzlan. Terbang segala kesedihanku yang bergumpalan di dalam relung hatiku sesaat memandang wajah Hadzlan yang tenang sahaja. Dia menyimpan kertas yang aku sertakan nombor telefonku dan aku kemudiannya melambai padanya ketika aku turun di hadapan taman rumahku. Aku senyum pada Hadzlan yang bisu itu. Tiba-tiba aku terfikir, hanya dia yang membuatkan aku kembali senyum dengan sepenuh jiwaku. Dia yang membuat aku kembali seperti sedia kala. Hilang menjauh segala kesedihan dan amarahku demi memandang wajah penuh senyuman itu. Aku ingin kelihatan seperti Hadzlan yang tenang dan manis itu. @@@@@@@@@@ "Ana, kau ada tamu" laung teman sekerjaku. Aku yang sibuk menyemak peralatan untuk pementasan teater hujung minggu ini mengangguk sahaja. "Dia tunggu kat café" ujar Khairil yang melihat wajahku. "Okay. Thanks" aku senyum lalu melangkah ke café Dewan Bahasa dan Pustaka. Aku mencari siapa tetamu aku untuk pagi itu. Tiba-tiba aku terasa telefonku berbunyi. Nama Hadzlan tertera di situ. "Hadzlan..." sepatah aku bersuara sendiri lalu mendongak mencari-cari wajahnya. "e..e.." aku terdengar suaranya yang menggamit aku. Dia berdiri di hadapanku dengan senyuman. Hati aku dipanjat rasa gembira yang berlipat ganda. Aku tidak mempedulikan beberapa mata yang melihat aku bersama lelaki bisu itu. "Dah lama tunggu?" soalku ketika duduk di hadapannya. Dia menggeleng. "Nak minum? Saya order okay" ujarku kemudian lalu ingin melangkah ke kaunter untuk memesan minuman namun dia menahan pergelangan tanganku. Aku tersentak. Hatiku berdesir hebat ketika melihat senyumannya yang tidak pernah lekang dari bibir lelaki yang telah aku kenali hampir enam bulan itu. Hadzlan menyuruhku kembali duduk dengan menunjukkan pada kerusi di sebelahnya. Lalu aku duduk di sebelahnya dan Hadzlan kemudian mengeluarkan pen dan sebuah buku kecil. Aku ketawa senang melihat dia mula mengeluarkan buku kecil yang penuh dengan perbualan bisu kami setiap kali kami bertemu. Hadzlan senyum manis padaku. Aku menyukai senyumnya itu...sungguh..Aku terlalu merindui senyuman yang sudah seminggu hilang dari hari-hariku. -sy dtg bkn nak minum. Nk jumpa Cendana. Rindu.. Di hujung ayat yang ditulis Hadzlan itu ada senyuman lucu. Aku senyum lebar-lebar. Hatiku berbunga riang. "mana Alan pergi? Lama sangat tak nampak muka..dahlah pergi tak cakap kat Ana.." ada rajuk pada wajah dan kata-kataku. Hadzlan menulis sesuatu pada buku memori tersebut. Aku senyum lalu pantas membaca ketika dia menyerahkan padaku. -sorry. Sy pergi field trip Itu jawapan dia sedang aku kembali memandang wajahnya yang putih bersih itu. Pasti dia membawa pelajar kelas bahasa isyaratnya ke sesuatu tempat yang jauh. "Field trip? Kat mana?" aku terus sahaja bertanya terus. Dan dia pantas menulis. Aku mendekatkan wajahku pada badannya untuk membaca tulisan berbungannya yang cantik sekali itu. -Bintulu Aku angguk-angguk sambil menjauh sedikit dari badannya. Mengapa aku tidak diberitahu lewat mesejnya yang siang malam menjengah telefonku? "Tak ajak Ana pun.." ujarku sambil menunjuk sedikit rajuk. Dia mencuit hidungku. Aku ketawa senang. Tidak jadi merajuk. -Cendana busy..bila nak ada teater? Tulisannya itu aku baca semula. "Hujung bulan ni. kita datang sama okay" ujarku sambil senyum. Sepanjang enam bulan bersamanya, aku sentiasa senyum. Setelah hari aku kecewa itu, tidak pernah lagi aku menangis dan gelisah. Bersama senyumannya yang terpatri selalu di hatiku, aku sentiasa tersenyum senang. -okay. Sapa punya pementasan? Aku senyum senang dengan jawapannya. Lelaki bisu yang merupakan tenaga pengajar di sebuah institusi untuk orang-orang bisu itu menanti jawapanku. "DBP" -apa tajuk? "emm...Setanggi...setanggi ape entah" aku tidak dapat mengingati apa tajuk pementasan teater yang akan dibawakan oleh kumpulan pelajar dari UiTM dan UNIMAS itu. Hadzlan menulis sesuatu pada buku kecilnya. Aku ingin melihat apa ditulisnya. Namun kemudian dia melindungi buku itu dengan badannya. Hanya kemudian dia menyerahkan buku tersebut padaku. -boleh minta sesuatu? "cakap dulu. Nanti Ana fikir boleh bagi tak." hatiku berdetakan ketika menanti jawapn darinya. Apa mahunya? -temankan sy pergi pantai Aku senyum ketika membaca jawab balasnya itu. "bila?" -petang ni "okay" aku angguk ketika membaca jawapnnya pada buku kecil itu. Dia menulis lagi. Dan kemudian dia menunjukkan padaku. -serius? "ya.." aku ketawa senang. Beberapa mata memandang telatah aku dan Hadzlan. Aku tidak peduli. Aku ingin sentiasa senang dan gembira di sisinya. Aku hanya ingin dia mempamer senyumannya yang tidak pernah gagal untuk ditunjukkan di hadapanku sepanjang aku mengenali dia. Aku mensyukuri hidupku sebagai insan yang sempurna, biar tidak sesempurna insan lain namun lebih sempurna berbanding Hadzlan. Namun sesempurna aku, masih juga tercari-cari bahagia. Sedang Hadzlan yang tidak punya kesempatan untuk bersuara, senantiasa senyum dan kelihatan tenang. Sentiasa gembira dan bahagia. Aku menyukai lelaki ini..Lelaki yang mengajar aku untuk senyum dan bahagia..
------------------------
Selesai waktu pejabat petang itu, aku tidak menanti lama untuk keluar dari bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sarawak itu. Aku memasuki kereta Hadzlan untuk menemaninya ke pantai. Kadang-kadang juga dia pasti meminta aku menemani dia ke sini. Hadzlan yang aku kenali, sangat mencintai pantai dan senja. Dan dia senang merenung senja yang akan labuh di kaki langit. "kenapa nak pergi sini?" soalku ketika menuruti dia yang duduk pada sebatang pohon yang reput. Dia mengarahkan aku duduk di sisinya sambil tersenyum lebar padaku. Apakah lelaki ini tidak punya amarah pada hati? Hadzlan menyeluk seluarnya dan mengeluarkan sekeping foto. Foto senja. Tarikhnya adalah semalam. Apa maksudnya? Aku memandang wajahnya dan dia bagai mengerti lalu mencapai foto tersebut. Ada tulisan di belakang foto tersebut. Alan ambil gambar ni masa Alan rindukan Ana..Alan jauh kat Bintulu tapi Alan terasa dekat dengan Ana.. Aku bagai ingin menangis ketika membaca tulisan itu. Hadzlan dapat menangkap airmataku yang bila-bila sahaja bakal menuruni pipi. Hadzlan cemas lalu bertanya dalam bahasa isyaratnya. "Terharu..terima kasih..sebab rindukan Ana.." ucapku lalu menangis. Dia bingkas bangun. Mengambil sapu tangan dari poket seluarnya. Aku ketawa bahagia dengan tindakannya namun terdiam ketika dia menunduk mengesat airmataku. Jantungku berdetakan tidak keruan. Ya Tuhan..mengapa perasaan itu datang lagi? Aku kira aku tidak akan mengalami perasaan yang sama seperti perasaanku terhadap Johan dan Alpian dulu. Hadzlan terdiam lalu mengetap bibirnya. Aku tahu dia gelisah. Hanya kali ini dia tidak menunjukkan senyumnya. Apa sudah jadi? Lalu dia menyeluk poket seluarnya lagi dan mengeluarkan buku kecil sebelum menulis. Sesekali matanya melihat mataku. -Sorry Sepatah perkataan yang ditulis. Aku tidak mengerti maaf untuk apa. "untuk apa?" soalku merungkai persoalan. Dia mengetap bibir lagi. dia menunjukkan buku kecil itu. aku terpana. Tersentak. Nafas bagai tersekat di hujung anak tekak. Ya Tuhan... -Sebab..Alan cintakan Ana..sorry.. Dia yang bisu ini..mencintai aku. Dia yang membahagiakan aku setiap saat hanya dengan senyumannya ini mencintai aku..Ya Tuhan..bermimpikah aku? Dia menunjuk semula bukunya. -Sorry Perkataan itu lagi.. "untuk apa? Ana..Ana pun cintakan Alan..." ucapku perlahan dalam getar yang indah. Kali ini dia pula yang terdiam kaku. Aku tunduk dipandang begitu. Namun kemudian kedengaran tawa garaunya. Aku turut tersenyum. Malu sekali. Hadzlan mengangkat wajahku untuk menatap matanya. Aku benar-benar diserbu malu yang nyata. Bibirnya bergerak. Aku dapat menangkap ucapannya. -Thank you... Itu yang diucapkannya. Aku senyum malu dan bahagia. Betapa hati terisi dengan cinta yang menggunung. Hadzlan ketawa lagi. Riang sekali dia. Mungkin kerna bahagia, dia menarik aku dalam pelukannya. Aku terkesima. Namun aku tidak menolak pelukan itu. Di dalam pelukannya, hilang sudah bayang Johan..Terbang sudah wajah Alpian. Hanya Hadzlan yang aku cintai. Hanya dia kekasih aku kini.. Terima kasih cinta..kerna hadir semula..
---------------------------
Hujung minggu itu, aku dilanda kesibukan yang nyata untuk menyiapkan pentas dan peralatan yang diperlukan untuk raptai penuh pementasan teater. Teater yang dipentaskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sarawak itu akan dilakonkan oleh pelajar UiTM dan UNIMAS. Hingga petang sebelum raptai pementasan, aku tidak dapat melihat wajah kekasih hatiku, Hadzlan dan Khadija yang berjanji untuk datang. Hinggalah Dewan Suarah itu penuh dengan krew, aku masih belum dapat mencari masa untuk menjenguk mencari Hadzlan. "Busy nampak" sergah satu suara dari belakangku. Khadija tersenyum di situ. Aku angguk sahaja sambil menyemak beberapa peralatan yang diperlukan untuk slot terakhir kelak. "Mana pakwe kau?" soal Khadija tidak mempedulikan kesibukanku. "Entahlah. Dia mesej tadi dia dah sampai. Mana entah.." aku mempamer wajah kuatir aku pada Khadija yang hanya bercekak pinggang dan ketawa senang. Apa yang lucunya? "Bila nak start ni?" soalnya tanpa ambil tahu kebimbanganku. "Sejam lagi" "lambat lagi.." gumam Khadija sambil memainkan tas tangannya. Aku mengeluh. "Ana!" jeritan itu mengejutkan aku. Aku dan Khadija berpaling melihat Khairil yang bercekak pinggang. Apa mahunya? "Yep!" aku berdiri dan melihat pada lelaki tinggi lampai itu. "Mana setanggi?" soalnya keras. Berkerut dahiku. Apa setanggi? "Setanggi?" aku berfikir sejenak sedang Khairil sudah bercekak pinggang dan mendengus marah. Aku memandang sekeliling. Owh..setanggi..kemenyan… "Allah..dalam kereta aku. Kejap aku ambik" gelabah sekali aku dibuatnya. Aku terlupa untuk mengeluarkan setanggi yang aku baru beli semalam bersama Hadzlan. "Lari cepat!" arah Khairil keras. Aku kelam kabut dibuatnya. "Okay okay.." aku pantas ingin berlari namun kemudian melihat Khadija di belakangku. "Ija..kau tolong cari Alan. Nanti bawa dia datang sini okay. Rindulah" sempat aku berpesan padanya dan hasilnya bahuku dicuit keras. "Ee..gatal!" "Ija..aku tak tau kenapa..tapi kau cari dia okay. Aku macam tak sedap hatilah.." aku melurut bahuku sebelum menyatakan perasanku pada Khadija. Aku benar-benar terasa lain sekali tika ini. "Iyelah..tak sedap hati sebab takut girl lain pikat dialah tu" Khadija berseloroh padaku. Aku baru sahaja ingin menjawab balas namun terbantut ketika mendengar pekikan Khairil semula. "Ana! Cepat!" "Iyelah..hish!" aku mendengus marah. Ada sejam lagi. Relakslah. Huh! Aku pantas melangkah ke keretaku yang diparkir berjauhan dengan dewan. Ketika aku melintasi sebatang jalan yang memisahkan pintu dewan dan tempat letak kereta, ada seseorang yang membuatkan aku berdetakan. Aku terpana melihatnya di situ. Dan dia yang baru sahaja turun dari keretanya juga memandang aku yang tercegat di tengah jalan itu. Mengapa dia di sini? Mengapa sejauh ini juga dia tetap ada di hadapanku? "Ana.." ucapannya itu sepatah sambil tangannya menarik aku untuk ke tepi jalan. Mungkin dia khuatir aku dilanggar kereta yang bakal tiba bila-bila masa. "Joe..abang..kenapa kat sini?" aku yang tersentak dengan kehadirannya dan tindakannya itu, menepis lembut tangannya yang menggenggam lenganku. "temankan I..why?" suara dari belakang aku itu menjawab soalanku. Di situ adanya kekasih hati Johan. Aku serasa ingin pengsan dengan kejutan ini. Baru aku teringat gadis gedik itu pelajar seni UiTM. Pastinya dia yang akan terlibat sama dalam pementasan kali ini. Aku angguk-angguk sambil memandang gadis itu yang melingkarkan tangannya pada pinggang Johan. "owh..goodluck! bye!" aku ingin segera berlalu. Tidak kuasa melihat segala lakonan nyata yang ditunjukkan di hadapanku itu. Hati yang dahulunya remuk, kian bertambah parah. Aku ingin Hadzlan saat ini! Hanya dia yang aku ingin temui saat ini. "Ana!" aku dapat mendengar suara Johan menjerit namaku. Aku berpaling ke belakang. "ayang..I ada kat sini you nak kejar minah tu?" aku serasa ingin muntah mendengar kata-kata kekasih hati Johan itu. Johan tidak mempedulikan wanita itu hanya terus bergerak menemui aku yang sudah hampir ke keretaku. "Ana..abang dengar Ana bercinta?" soalannya mengejutkan aku pastinya. Kekasih hatinya menjeling padaku. Aku ingin menangis dengan situasi ini. Tolonglah! "dari mana kau tau?" soalku pantas. Aku tidak lagi menggunakan panggilan Ana-abang dengannya. Bukan milikku lagi pastinya. "tak perlu tau.." dia menyilak rambutnya. Aku tahu dia gelisah. Mungkin gelisah melihat pemergian kekasihnya yang terlalu dicintainya itu pastinya. Entah ke mana. Aku sendiri tidak ingin tahu pastinya. "and kau tak perlu tau sebab aku busy sekarang, sebab aku dah sangat bahagia. Aku benci kau!" aku menjerit lantang. Dia bercekak pinggang. Matanya marah memandang wajahku. "degil!" Johan menjerit kembali padaku lalu pantas tangan gagahnya itu menghayun tamparannya padaku lalu terus mencengkam semula lenganku. Kesakitan terasa di situ apatah lagi pabila aku meronta-ronta ingin melepaskan diri. "lepaslah! Apa kena kau ni?!" aku menjerit lantang semula dan dia tidak bagai tidak punya belas. Aku tahu dia penuh ego. Jika aku meronta lagi, aku pasti tamparan bakal menjadi hadiahku semula. Lalu apa aku harus lakukan? "e..e..." aku berpaling pada suara garau itu yang aku dengari. Di seberang jalan kelihatan Hadzlan yang tampak kalut melihat aku dalam keadaan sebegitu bersama Johan. Johan turut sama berpaling pada Hadzlan yang sudah berlari ke arahku. "Alan.." ada sedikit lega ketika melihat Hadzlan berlari padaku. Johan sudah melepaskan cengakamannya. Aku seperti dapat menghidu bahaya yang mendatang ketika Hadzlan berlari merentasi jalan yang memisahkan kedudukan tempat meletak kenderaan dengan dewan besar. Ada sebuah kereta yang dipandu laju yang turut ingin melintasi jalan tersebut. "Alan!Jangan!" aku cuba menghalang Hadzlan untuk terus mara. Namun aku kira aku yang terlalu lewat memberi amaran. Kereta itu lebih laju, lebih tangkas untuk menghumban Hadzlan sejauh yang mungkin dari kedudukannya sebentar tadi. Aku terpana. Terkesima. Senduku tiada di situ. Aku ingin Hadzlan aku! Johan terdiam. Sama-sama melihat tubuh Hadzlan yang tercampak jauh. Aku kaku. Kaku tidak bergerak. Hadzlan penuh dengan darah yang mengalir hebat. Hadzlankah itu? Hanya setelah Johan menarik aku, barulah aku berlari ke arah Hadzlan yang sudah berlumuran darah. Dalam hati aku berdoa agar bukan Hadzlan yang di situ. Tapi mana mungkin..sememangnya Hadzlan yang terdampar kaku di situ. "Alan! Alan..Alan bangun.." aku sudah tidak segan silu untuk memeluk tubuh Hadzlan yang sudah berlumuran darah di wajahnya. Hanya matanya yang masih terbuka untuk melihat wajahku. "Ana.." Johan menenangkan aku. Aku tidak mahu itu. Aku mahu Hadzlan aku! "Ana.." seru Johan semula. Dia memegang bahuku dan aku pantas menepis tangannya. Sekejapan sahaja kawasan itu penuh dengan orang ramai yang pastinya tertanya apa yang terjadi. Dan sekejapan itu juga Khadija dan krew teater sudah menggelingi aku yang terus diserbu sendu yang menyelimuti seluruh jiwa. "ija..Alan..call ambulance!" tegasku pada Khadija yang sudah dalam tangisannya. Dia menggeleng. Mengapa tidak? Aku melihat wajah Hadzlan yang sudah penuh dengan darah dari hidung dan mulutnya. Tangannya bergerak-gerak cuba menyatakan sesuatu. Tapi pastinya dia tidak mungkin dapat mengungkapkan sebarang kata-kata. Bukan kerana dia bisu. Namun pastinya kerna kesakitan yang ditanggungnya saat itu. "Alan.." hanya tangannya yang menggapai wajahku. Dan darahnya turut menghiasi wajahku pastinya. "Ana cintakan Alan..sangat cinta..tolong jangan pergi. Tolonglah bertahan sayang.." ucapku dalam sendu yang tertahan-tahan. Aku tidak segan silu lagi untuk mengungkapkan kata-kata itu. Biar semua orang tahu aku sangat mencintai dia. Biar semua tahu aku kesedihan. Biar semua tahu aku merana dan kesakitan melihat kekasih hatiku dilanggar sebegitu. Aku tidak ingin kehilangan dia! "Ana.." seruan Khadija itu aku tidak hiraukan. "Ija..Alan..aku nak Alan...aku nak Alan!!!" aku menjerit semula. Dan Khadija tersedu-sedu sambil memelukku erat. Aku hanya mahu Hadzlan. Aku perlu Hadzlan. Hanya Hadzlan! "ayang..I tak sengaja.." ucap suara itu. Aku memandang wajah pesalah yang melanggar Hadzlan hingga tercampak sejauh-jauhnya dari kedudukan asalnya. Johan berdiri mendepani kekasih hatinya. Aku tidak ingin tahu mengenai keduanya. "Bodoh!!!" jeritan Johan menggegar seluruh kawasan Dewan Suarah itu. Aku memandang dalam rembesan mata Johan menampar kekasihnya pula. Aku kira itu tidak mencukupi..aku serasa ingin membunuhnya. Aku ingin membunuhnya saat itu juga! Seperti dia yang sudah membunuh Hadzlan aku yang sudah tidak bergerak lagi itu.... tangannya sudah terkulai layu. Tidak lagi menjamahi wajahku. Tidak.. "Alan!!!!!" aku kira itu sudah pastinya tidak mampu membangkitkan Hadzlan yang terus bisu..Bisu dan terus bisu dari hidupku. Ketika senja melabuh tirainya, yang tertinggal hanyalah kenangan bersamanya. Dan kenangan terakhir aku bersamanya adalah malam semalam. Bersenda gurau ketika keluar membeli setanggi. Dan rupa-rupanya setanggi itu bukan untuk teater ini. Tetapi untuk kekasihku..yang aku cintai dengan segenap hatiku. Nyatanya..hakikatnya setanggi itu sememangnya untuk kekasih hatiku yang tercinta….
Tahniah. bagus. realiti. Watak yang memberi kesan. yg hadir dalam hidup tidak semestinya membahagiakan. yang hadir dlm hidup tidak semestinya untuk setia. benci watak Johan... Orang yang baik selalu terkorban...tak banyak jalan cerita begini.-zahar.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
so sad...