Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Cinta.....Hadirnya tanpa diundang...perginya tanpa pamitan...
Redza sibuk menatap nota-nota kuliah yang berselerakan di atas katil. Minggu depan final exam akan bermula. Tiba-tiba dia tersenyum...Ingatannya mula melayang mengingati kejadian siang tadi.
"Mal, kau kenal rapat tak dengan Nisrin tu?" serentak pandangannya dihalakan ke arah sekumpulan pelajar perempuan yang sedang rancak berbual. Kelihatan seorang gadis berkaca mata duduk menghadap meja Redza dan Akmal.
"Nisrin? Maksud kau Kak Nisrin ke?" balas Akmal sedikit pelik.
"Dia la! Ada berapa juta Nisrin yang kau kenal?" keras suara Redza.
Akmal sekadar senyum," Takde la... cuma aku pelik kau panggil dia Nisrin aje. Ermm...aku start kenal dia pun sebab kami satu group masa orientasi dulu. Tak la rapat sangat tapi bolehlah setakat nak berhai-hai tu.Yang kau tiba-tiba tanya ni apsal? Berminat ke?" sakat Akmal lagi. Mengerti yang teman baiknya itu tentu ada memasang apa-apa niat.
"Takdelah...aku tanya je," Redza berusaha menutup perasaannya sendiri. Bimbang disalah tafsir oleh Akmal.
"Tapi kan bro... kalau kau berniat nak tackle Kak Nisrin tu... aku nasihatkan kau baik kau lupakan ajelah. Macam la kau tak tahu yang dia tu tak berapa cakap sangat ngan boys?! Garang siot!!!! Kau kenal Abang Kamarul tak? Ala... budak yang perasan bagus tu?" Akmal membuka bercerita.
"Kamarul? Group leader kita kat kelas mikrob tu ke? Redza bertanya. Serentak ingatannya membayangkan senior mereka yang sering menjadi bualan teman-teman sekuliah. Ada rupa dan gaya mamat tu...
"Mamat tu la... ada hati nak tackle Kak Nisrin. Sem lepas dia siap bagi surat lagi kat Kak Nisrin time lab Bio.... Kau nak tau apa jadi?" Akmal terus memancing minat Redza.
Dia hanya terangguk-angguk. Malas mahu bersuara. Akmal ni pun satu...cerita jelah. Ni tersekat-sekat. Lembab!! Aku cepuk gak mamat ni karang!!!
"Kak Nisrin malukan dia... siap baca surat tu depan suma student lagi.. aku pun ada time tu. Kebetulan.. aku masuk lab diaorang. Malu beb si Kamarul tu... Sampai sekarang dia mengelak nak masuk kelas yang sama ngan Kak Nisrin. Tapi ramai student tau dia still usha Kak Nisrin dari jauh,"dengan penuh bersemangat Akmal bercerita.
"Hmm..ada story yang aku dah ter ‘miss’ rupanya...Boleh tahan gak minah ni... tapi... belum cuba belum tau!" dalam diam Redza mula memasang strategi. "Kakak pun kakaklah... apa la sangat ada pada umur... setakat tua setahun! Tapi tak nampak pulak dia tua dari aku!" Redza senyum sendiri. Sambil itu....seorang demi seorang pelajar bergegas memasuki dewan kuliah yang baru dikosongkan.
"Ok...we stop here. Anything you want to ask?" Dr Ridwan memandang semua pelajarnya di kelas itu.
"Dr... bila carry mark nak keluar? Final exam kan next week?" salah seorang pelajarnya bertanya.
"Carry mark u all saya dah tampal kat luar bilik saya. Nisrin...u got the highest mark. So, I want everyone in this class...please study harder. Look at Nisrin...she always get the highest mark in every test. Don’t try to be like her but try to study like her! Undertand?" Dr Ridwan memberi peringatan.
"Yes Dr...." hampir serentak mereka menjawab.
"Aiseh... asyik kau je yang dapat markah tinggi. Kasi can la kat aku plak," Lisa, teman baik Nisrin mengeluh.
"Alah..nasib aje. Aku pun bukan pandai sangat," acuh tak acuh Nisrin menjawab sambil tangannya sibuk mengemas barang-barangnya. Bimbang ada yang tertinggal. Maklumlah..dewan kuliah itu bakal digunakan oleh kelas yang lain pula nanti.
Dari tempat duduk belakang, sepasang mata sedang asyik memerhati semua tingkah Nisrin.
"Jom..," Akmal menepuk perlahan bahu Redza.
"Hai, Kak Lisa! Lama tak nampak. Amboi, makin cantik la akak ni! "Akmal menegur sewaktu Lisa dan Nisrin berjalan menuju ke foyer fakulti. Redza sekadar melemparkan senyuman. Pandangannya terus tertumpu pada Nisrin.
"Eh, Akmal! Sori la..akak tak perasan tadi. Kau ni...ada-ada aje. Nak akak belanja ke? Lisa mengusik Akmal.
"Boleh gak. Kami berdua ni tak makan dari pagi lagi,"Akmal tayang muka selamba. Redza yang berada di sisi hanya menjeling. "Hish...tak pernah dalam sejarah hidup aku perempuan yang belanja makan,"hatinya menggerutu.
"Jom makan kat cafe depan tu. Hari ni akak belanja. Actually..hari ni birthday Kak Nisrin," Lisa membongkar rahsia.
"Hello...tak reti-reti nak wish ke?" Lisa menegur bila dilihatnya Akmal dan Redza diam membisu.
"Happy birthday... semoga panjang umur,"serentak mereka bersuara sambil tersengih-sengih.
"Ikhlas ke ni? Macam terpaksa je?" Nisrin cuba mengusik. Dia tidak senang dengan tindakan Lisa sebentar tadi. "Takkan la birthday aku pun nak dihebohnya? Siap paksa-paksa orang lain wish lagi. Tak patut betul!!!"
Selesai menikmati makan tengahari, Akmal dan Redza meminta diri untuk pulang memandangkan kuliah mereka pada petang itu telah dibatalkan.
" Kau memang kamcing giler ke ngan Kak Lisa tu?" Redza bertanya.
"Kamcing tu ye tapi giler tu belum lagi la. Nape? Akmal cuba berlucu.
"Tak ..takde apa-apa.Eh! Kau ada nombor handphone Nisrin tak? Redza pantas menyoal.
"Tetiba je kau nak nombor dia! Apahal? Akmal agak terkejut.
"Alah...jangan banyak tanya boleh tak? Bagi je la. Ada tak?’ Redza sedikit mendesak.
"Aku takde nombor dia! Kau nak buat apa sebenarnya? Jangan cakap kau syok kat dia sudah...?!!," faham benar dengan sikap playboy kawannya yang seorang itu. Dalam satu semester entah berapa kali tukar makwe.
"Adelah...apa kata kau tolong aku mintak nombor dia kat Kak Lisa?" Redza mula berlembut.
"Ni yang berat ni...aku bukan tak nak tolong tapi aku segan la. Karang Kak Lisa pikir bukan-bukan lak. Macam la baru hari ni aku kenal kau! Kau mintak la sendiri kat Kak Lisa. Kang aku send nombor dia,"Akmal akhirnya membuat keputusan.
Malam itu, rancangannya berjalan lancar. Lisa nampaknya termakan helah Redza. Kata Redza, dia cuma hendak meminjam nota kuliah dari Nisrin. Nota top student la katakan...pasti berebut yang hendak meminjam sementelah lagi final exam semakin hampir.
Askum....dah tdo ke?
Wslm...blm. Sape ni?
Redza. knl x?
Redza?Knl! Ada hal ke?
Yup. Nk pnjm nota kuliah plant nutrition bleh? Nota sy byk miss la.
Akmal?
Sama je cm sy. Hehe. Plzz . Redza berbohong. "Sori la Akmal..aku terdesak ni".
Bla nk?Pg sok bleh?
Ok. Tggu ktner?
Kt library. Kul 9.
Hmm..ok. tq. Slmt hr lahir... may your wishes come true.. ; ) Nite...
Nisrin tersenyum...ade-ade je budak ni. Berapa kali nak wish?
Titt titt... Aii! Msg lagi? Hek eleh...siap hantar lagu plak...
Yang tulus ikhlas Ingin sekali sekala dirinya dibalas Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi Ingin sekali sekala jadi penerima Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta Dan leburkan saja serpihan calar derita
Selamat ulang tahun sayang Kini kau bersayap, pergilah terbang Rentaslah langit cita cita mu Harap nanti kita kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang Janganlah engkau tak terbang pulang Ku nanti penuh kerinduan Selamat tinggal, selamat jalan
Aku hanya ingin kan engkau setia Kerana setia yang mencipta bahagiamu
Nisrin hanya menggelengkan kepala. Lagu Selamat Ulang Tahun Sayang dendangan Imran Ajmain berkumandang. Apahal lak si Redza ni...hantar lagu tah apa-apa!! Lantak kau la..Asalkan kau bahagia. Seingatnya sudah hampir empat tahun mereka bergelar course mate namun tidak pernah sekalipun mereka berbual mesra. Entah angin apa yang bertiup di kampus mereka hingga menyebabkan Redza jadi begitu.
Dalam diam hati Nisrin tersentuh. Lagu itu juga yang hendak dihantar kepada Nazril sempena ulang tahunnya 2 bulan lepas. Namun, niatnya tidak kesampaian. Hubungan mereka terlalu kabur. Pemergian Nazril ke United States empat tahun lalu kerana melanjutkan pelajaran menjarakkan lagi hubungan sedia ada. Tiada janji yang terlafaz bahkan tiada ikatan yang boleh menyimpul kasih mereka.
"Aku harap sangat dapat jumpa Nazril lagi. Dapat tengok dari jauh pun takpe,"pernah dia menyuarakan keinginannya kepada Lisa.
"Apa yang kau dapat kalau tengok dari jauh? Tengok la depan-depan...cakap yang kau suka dia! Kan senang?" Lisa membebel.
"Gila kau! Malu la....tak sanggup aku!" Nisrin menolak keras. Baginya biarlah pihak lelaki yang memulakan langkah. Dia orang Timur, masih ada adab yang melingkari hidupnya.
Esoknya... pukul 8.15 lagi Redza sudah terpacak di pintu masuk library. Penat berdiri..dia duduk di kerusi yang disediakan. Sambil itu, matanya meliar mencari susuk tubuh Nisrin.
Langit kelihatan mendung. Titik-titik hujan sudah mulai gugur. Namun wajah yang dinanti tidak jua muncul. Redza semakin resah. Bimbang rancangannya pada pagi itu berantakan. Tangannya kejap menggenggam handphone. Berkira-kira mahu menghubungi Nisrin.
"Assalamualaikum. Dah lama tunggu? Sori ek," suara lunak Nisrin menyapa.
"Waalaikumsalam. Saya pun baru sampai," Redza tersenyum. Takpe..bohong sunat...hatinya berbisik.
"Nah...nota yang Redza nak. Ada apa-apa lagi?" Nisrin ingin segera berlalu.
"Awak nak cepat ke? Kalau tak kita boleh breakfast sama-sama. Saya lapar ni," adu Redza. Dialog yang sudah dihafalnya sejak malam tadi meluncur laju dari bibir.
"Breakfast? Sori...saya jarang breakfast. Lagipun saya nak cepat. Ada something saya nak cari kat library. Bye," Nisrin menolak. Pantas kakinya diatur menuju ke pintu masuk utama library.
Redza sebal. Rancangannya tergendala. Dalam hujan lebat itu dia berlari-lari menuju ke keretanya. Sengaja di parking jauh dengan alasan dapat berjalan berdua dengan Nisrin. Kesudahannya...dia sendiri yang basah kuyup. Nisrin ke mana...breakfast ke mana...
Peristiwa di library tempoh hari semakin menguatkan tekad Redza untuk mendekati Nisrin. Ikutkan hati, mahu saja dia merajuk tetapi bila difikirkan semula..mustahil Nisrin akan peduli. Redza bagaikan tidak wujud di hadapannya. Lantaran itu...pantang ada masa yang terluang, pasti ada sahaja sms yang dikirim kepada Nisrin. Walau jarang sekali Nisrin membalas namun dia puas.
Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang namun bayang Prof Hanif tidak juga kelihatan. "Janji pukul 4 tapi ni dah dekat satu jam aku jadi guard kat fakulti ni," Nisrin bercakap sendirian.
"Hai! Awak tunggu sapa?" Redza menegur. Sudah lama dia memerhati dari jauh. Sekejap-sekejap Nisrin melirik jam di pergelangan tangannya..sekejap-sekejap dia melontarkan pandangan ke tempat parking.
"Eh, Redza. Hai! Tengah tunggu Prof Hanif. Nak mintak sign dia untuk tesis ni," pantas diunjuk tesis yang siap berjilid di atas meja. "Tesis Redza dah siap?".
"Belum. Ada kat kedai lagi. Esok baru siap jilid. Prof ada meeting kat luar kot?" pandai-pandai aje Redza meneka.
"Maybe. Ingat nak hantar tesis ni kat office hari ni tapi Prof hilang la pulak," Nisrin ramah bercerita.
Titt..Titt
Sy ada di blk.
"Pergi dulu ek. Prof dah sampai," Nisrin tersenyum gembira sedang Redza hanya mengangguk.
Selesai mendapat pengesahan dari Prof Hanif, Nisrin berjalan laju menuju ke office Jabatan Sains Tanaman.
"Mudah-mudahan Puan Nora belum balik. Kalau tak kena usung lagi la tesis ni esok." Nisrin berdoa dalam hati.
Setibanya di pintu office, dia menuju ke arah meja Puan Nora. Selesai semua prosedur yang diperlukan, Nisrin menyerahkan tesisnya kepada Puan Nora. Syukur..Alhamdulillah. Setelah mengucapkan terima kasih, dia melangkah keluar dari bangunan fakulti.
"Nisrin! Tunggu kejap,"satu suara kedengaran lantang menjeritkan namanya. Mujur kala itu kawasan fakulti sudah agak lengang. Yang ada cuma beberapa orang pekerja di fakulti yang berlegar-legar di kawasan foyer. Mungkin menunggu seseorang untuk menjemput mereka pulang.
Redza termengah-mengah mendapatkan Nisrin. "Dah hantar tesis?"sibuk dia bertanya.
"Dah. Mujur sempat. Kenapa tak balik lagi?" Nisrin sedikit hairan.
"Saja. Saya tunggu awak. Jom ...kita pergi dinner. Saya belanja sempena awak berjaya hantar tesis hari ni,"selamba Redza mengajak sambil matanya mengerling jam di tangan.
"Dinner? Saya jarang..."
"Jangan cakap awak jarang dinner sudah..."Redza pantas memotong.
Nisrin ketawa kecil. Teringat saat dia menolak pelawaan Redza untuk breakfast bersama dahulu.
"Ooo...kalau macam tu, saya jemput awak kat kolej lepas Isya’. Kita makan berdua kat luar. Boleh?" Redza membuat perancangan sendiri.
"Takpelah..tak payah susah-susah. Saya makan kat bilik aje. Ermm..dah lewat ni. Saya minta diri dulu. Asssalamualaikum," Nisrin berusaha mengelak.
Janjinya suatu waktu dulu takkan dimungkiri. Dia takkan sesekali curang terhadap Nazril. Dengan Nazril pun dia tidak pernah keluar berdua inikan pula dengan Redza, course mate yang baru hendak mesra dengannya. Selama ini ramai yang mengatakan dia garang tetapi dia sendiri tidak tahu di mana garangnya dia. Mungkin perwatakkannya yang sentiasa serius menyebabkan ramai teman sekuliah menganggapnya begitu.
Redza bagaikan tidak percaya. Sebentar tadi dia berasakan bahawa Nisrin akan bersetuju dengan cadangannya namun dia hampa. Nisrin bagaikan jinak-jinak merpati. Semakin menjauh bila didekati..
Nisrin merasakan ada yang kurang dalam hidupnya sejak akhir-akhir ini. Rasa rindu pada Nazril tidak pernah padam. Namun dalam diam dia terpaut juga pada jejaka bernama Redza itu. " Tapi... dia kan muda dari aku? Tak sesuai la pulak!" ngomelnya sendiri.
Sejak penolakan Nisrin hari itu, Redza mula menjauhkan diri. Lantaran itu, nota kuliah Nisrin yang dipinjam tempohari hanya dikembalikan melalui Lisa. Kalau dahulu pantang sahaja mereka bersua, pasti ada saja modal Redza untuk berbual-bual dengannya. Kini, hanya senyuman sahaja yang sudi dihulurkan oleh jejaka itu. Adakalanya Redza buat tidak tahu jika mereka terserempak di mana-mana.
"Takkan merajuk kot,"pernah Nisrin terfikir sebegitu tapi apa rasionalnya Redza merajuk? Mereka hanya sekadar teman sekuliah.
Final exam sudah berlalu. Kini rata-rata pelajar sudah meninggalkan kawasan kampus. Bagi pelajar tahun akhir, masing-masing sibuk menyiapkan resume. Maklumlah, sudah tiba masa untuk mereka melangkah ke alam pekerjaan.
2 tahun berlalu...
Jd x join reunion sb2 ni?
X pasti. Kau join ke?
Yup. Jom la join skali..aku rindu nk jmpa bebdk 2.
Oklh..kta g sma. Naik keta aku. Kang aku jmput kau.
Mesej ringkas dari Lisa mengingatkan Nisrin akan reunion yang bakal diadakan Sabtu ini di Teluk Batik. Rindu rasanya pada teman-teman sekuliah. Rasanya bagai baru semalam mereka meninggalkan alam kampus.
Kini Nisrin bertugas sebagai Pegawai Penyelidik di Mardi sedang Lisa kini bergelar usahawan muda dengan bisnes cendawannya. Hanya e mail dan telefon penghubung kedua-dua teman rapat ini.
Nazril juga telah menamatkan pengajiannya dan kini bertugas sebagai jurutera mekanikal di salah sebuah syarikat terkemuka di ibukota. Itupun Nisrin tahu dari friendster. Tidak pernah sekalipun Nazril menghubunginya sekembalinya dia ke tanahair setahun yang lalu. Hatinya rawan...mengapa dia harus hidup di dalam teka-teki. Walau apa yang berlaku..setianya hanya untuk Nazril. Walau hatinya pernah goyah dengan kehadiran Redza.... "Ya ...Redza... bagaimana agaknya dia sekarang?" Nisrin tertanya-tanya. Sehingga cuti semester hendak bermula pun, dia tidak pernah lagi bertemu dengan Redza. Menurut Lisa, waktu itu Redza bekerja sementara sebagai Research Assistant Dr. Hamidi, Ketua Jabatan Sains Tanaman di Fakulti Pertanian UPM.
Nisrin terkocoh-kocoh keluar dari keretanya. Dia benar-benar sudah terlewat. Bimbang kedai cermin mata England Optical di The Mines itu sudah tutup. Siang tadi salah seorang salesgirl di kedai berkenaan menelefonnya memberitahu cermin mata yang ditempahnya sudah siap.
"Hai! I nak ambil my glasses la. Ni resit dia," Nisrin menghulurkan resit yang dipegangnya kepada seorang salesgirl di kedai itu.
"Sekejap aaa. You pilih dulu mana you suka," salesgirl berbangsa Cina itu berkata kepada seorang lelaki yang sedang asyik memilih frame yang sesuai di hadapannya. "Miss, you boleh duduk dulu," serentak itu, tergesa-gesa dia bangun menuju ke arah kaunter.
Nisrin tersenyum memandang lelaki di sebelahnya. Namun, seketika senyumannya mati.
"Nazril!" hatinya berbisik. Namun sebaris nama itu tidak terluah olehnya.
"Nisrin kan?" Nazril teragak-agak untuk menyapa. Sesungguhnya gadis di hadapannya ini jauh berubah. Nampak semakin cantik dan matang.
"Erm.. Nisrin la ni. Takkan dah tak cam muka Reen kot?" Nisrin mengusik. Mengusir jauh debaran di hati.
Hanya senyuman yang lahir dari bibir jejaka itu. Sesungguhnya doanya selama ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
"Here miss.. your glasses. You boleh check dulu. Kita boleh kasi betul mana yang patut," salesgirl tadi datang memecah kebuntuan antara mereka.
"Everything’s perfect!"ujar Nisrin selepas mencuba cermin matanya beberapa kali. Dia tersenyum puas. Selepas menjelaskan bayaran baki, Nisrin berpaling menghadap Nazril.
"Gembira dapat jumpa Naz hari ni. Dah dekat enam tahun kita tak jumpa kan? Naz tinggal kat mana?" Nisrin bertanya.
"Kat Bandar Tun Hussein Onn. Tinggal dengan family. Reen?"
"Family? Naz dah kahwin?Mmm.. Reen tinggal kat Kajang. Menyewa dengan member," riak wajah Nisrin sudah berubah.
"Eh..bukan! Naz belum kahwin lagi. Maksud Naz...Naz tinggal dengan parents Naz. Reen dah nak balik ke? Kalau tak keberatan...Naz nak ajak Reen pergi makan dulu," penuh mengharap Nazril bertanya. Sekian lama dia menjejaki Nisrin...akhirnya malam itu impiannya termakbul. Dia berazam tidak akan mempersia-siakan peluangnya pada malam itu.
"Makan? Naz bukan nak buat ‘spek’ ke?" Nisrin kembali bertanya.
"Next time lah. Tak lari pun kedai ni. Kita pergi makan ye?" sekali lagi Nazril mengajak.
"Boleh jugak. Reen pun tak makan lagi ni,"dia senang dengan pelawaan Nazril. Bagai pucuk dicita..ulam yang mendatang.
Mereka bergerak menuju ke food court di tingkat satu bangunan itu. Kedua-duanya lebih senang menikmati nasi campur.
"Reen dah kahwin?" tanya Nazril tiba-tiba.Walau dia tahu Nisrin masih single...namun dia mahu mendengar sendiri dari bibir gadis itu. Gadis yang dipujanya dalam diam. Lima tahun di perantauan bukan tempoh yang singkat. Tapi entah mengapa...tidak sekalipun dia mengutus sebarang berita buat gadis itu. Bukan kerana kasihnya sudah berubah namun dia cuba membuka sedikit ruang untuk dirinya dan juga Nisrin menyelami hati masing-masing. Seingatnya mereka tidak pernah membicarakan soal hati dan perasaan semasa di bangku sekolah dahulu. Nazril dengan teknologi kejuruteraannya manakala Nisrin dengan sains tulennya. Kedua-duanya lebih gemar berbalas senyuman jika bertembung di mana-mana. Lantaran itu, dia pasrah andai sekembalinya dia ke tanahair nanti, hati Nisrin bukan miliknya lagi.
"Kahwin? Soalan sensitif ni..." Nisrin cuba berlawak. "Nak kahwin dengan sapa ek? Takde pun yang masuk meminang,"acuh tak acuh dia menjawab.
"So.. still single la ni? Available perhaps?" Nazril mencuba nasib.
Nisrin cuma tersenyum. "Bertuah badan kalau ada yang suka kat Reen".
"Bukan takde yang suka tapi Reen yang memilih sangat kot?" Nazril terus mengumpan bicara.
"Camne la nak memilih kalau langsung takde pilihan?" tenang Nisrin menjawab. "Aku tunggu kau la mangkuk!!" jerit hati kecilnya. Bukan tidak ada yang bertanya namun setiap kali persoalan itu dibangkitkan oleh kedua ibu bapanya, setiap kali itu juga dia mengelak. Pelbagai alasan yang diberikan. Tak cukup tinggi la...hitam sangat la...dan entah apa-apa lagi alasan yang direkanya.
"Boleh percaya ke? So, it means Naz ada chance la ni?" Nazril mengusik. Di dalam hati dia bersyukur...mungkin ini masanya untuk dia mula memikirkan masa depannya. Masa depan bersama Nisrin...gadis kesayangannya.
"Well...up to you. Eh, dah lewat ni. Reen ni problem skit kalau drive waktu malam...," Nisrin bersuara. Dia baru tersedar cuaca di luar sudah semakin gelap.
"Naz boleh tolong hantarkan. Tak jauh mana pun Kajang tu," sengaja Nazril mencari peluang untuk bersama-sama Nisrin lebih lama.
"Takpe. Esok kan kerja. Baik Naz balik awal. Boleh jugak berehat," Nisrin menolak lembut. Bukan dia tidak mahu duduk lebih lama bersama Nazril namun dia sendiri memahami kesukarannya untuk memandu dalam silau lampu kenderaan di jalan raya.
Setelah bertukar-tukar nombor telefon, kedua-duanya mengucapkan selamat tinggal. Nisrin terus mendapatkan keretanya. Dia perlu segera pulang ke rumah.
Lucky I\'m in love with my best friend Lucky to have been where I have been Lucky to be coming home again
Handphone Nisrin berdering. Dia tersenyum. Panggilan dari Nazril!
Hello...Assalamualaikum...
Waalaikumsalam...Reen dah sampai rumah?
Dah. Ni tengah bersiap nak tido la. Naz kat mana ni?
Kat rumah gak. Tak puas la jumpa Reen tadi. Reen free tak weekend ni? Naz nak ajak Reen keluar.
Ermm...sori...weekend ni Reen ada reunion ngan bebudak u dulu.
Reunion? Tak nak ajak Naz join ke? Boleh gak Naz kenal-kenal ngan member-member Reen.
Naz nak ikut ke? Reen takut Naz tak biasa aje.
Tak lah... Naz acah aje tadi. Pergi la...sure Reen rindu kat diaorang kan? Kita boleh jumpa lain kali.
Nun di sana, Nisrin tergamam. Hampir tidak percaya dengan apa yang didengarnya. "Sayang? Nazril panggil aku sayang? Yabedabeduuu.." hampir dia terjerit saat itu. Malam itu, tidurnya lena bersulamkan mimpi-mimpi indah.
Hari minggu yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba juga. Selepas menjemput Lisa di Bandar Baru Bangi, mereka segera menuju ke Teluk Batik melalui Lebuhraya Utara Selatan.
"Kau tau sapa yang organize reunion kita ni?" Lisa bersuara memecahkan suasana.
"Ntah! Aku pun engkau yang bagitau pasal reunion ni. Kalau tak mampus aku tak tau," Nisrin menjawab sambil matanya tetap dihalakan pada lebuhraya.
"Akmal ngan Redza yang organize. Rajin gak diaorang tu buat semua ni. Aku ingat kalau Teluk Batik tu best...aku nak ajak hubby aku holiday kat sana nanti," Lisa memasang angan-angan.
"Hubby kau tak kisah ke kau tido kat sana? Sanggup ye dia jaga Adib sorang-sorang? Bertuah badan..," Nisrin mengulum senyum.
"Ala...selama ni dia pergi outstation tak pernah pun dibawaknya aku. Terkulat-kulat aku jaga si Adib tu sorang-sorang. Ni turn aku pulak nak enjoy!" adu Lisa penuh perasaan.
"Ooo...kiranya episod balas dendam la ni?" serentak itu mereka berdua tertawa.
"Kau apa cerita sekarang? Aku ada dengar something pasal kau dengan Redza," Lisa mula mengorek rahsia selepas tawanya reda.
"Redza? Apa kena mengena aku dengan dia?" Nisrin main tarik tali. Enggan berterus-terang. Dia sebenarnya faham apa yang dimaksudkan oleh Lisa.
"Eleh..kura-kura dalam perahu... kau jangan buat bodoh la. Redza suka kau kan? Kau ingat aku tak peka dengan isu semasa ke?" Lisa mencebik.
"Isu semasa la sangat..... tu isu zaman jahiliyah!! Kau jangan merepek boleh? Budak tu pangkat adik tau!"Nisrin ingin menamatkan segera topik itu.
"Banyak la kau punya jahiliyah! Apa lagi yang kau tunggu dari si Nazril tu? Ntah-ntah dia dah kahwin! Kau jugak yang masih mengharap!" tahu benar dia kisah cinta Nisrin yang belum kesampaian itu.
"Dia belum kahwin la...," pantas Nisrin menjawab.
"Mana kau tau? Cuba kau tengok Amy Mastura ngan Aqasha tu... at least cinta diaorang sampai tiga musim tau! Yang kau ni...semusim pun belum lagi!" Lisa merujuk vcd Cinta Tiga Musim lakonan penyanyi Amy Mastura dan Aqasha yang sering ditontonnya berulang-ulang kali. Kadang-kala Nisrin sendiri boleh menghafal dialog yang diucapkan.
"Aku dah jumpa dia!" dalam senyum Nisrin membuka cerita.
"Hah? Kau jumpa Nazril?" Lisa terkejut tidak percaya.
"Hmm..aku terserempak dengan dia kat Mines Rabu lepas," tenang Nisrin mengatur bicara.
"Aiseh...apsal aku tak tau ni? Satelit rosak agaknya!"Lisa sedikit merungut. "Patut la kau happy je. Berseri aje muka tu. Aku ingat kau happy pasal nak jumpa Redza hari ni,"
"Please... takde masa aku happy sebab budak tu. Mintak simpang la," bibir Nisrin terjuih sedikit. Benci dia apabila nama Redza terus disebut-sebut.
"Kau jangan kerek sangat! Kalau kau tersangkut kat si Redza tu...aku la orang pertama yang gelak kat kau nanti!" Lisa mencabar.
"Kita tunggu dan lihat!"dalam hati dia berdoa agar ditetapkan hatinya untuk Nazril seorang. Bimbang juga kalau kata-kata Lisa sebentar tadi menjadi kenyataan.
"Wei...bangun! Kita dah sampai ni. Membuta aje kau ni," Nisrin mengejutkan Lisa yang sedang lena.
"Dah sampai? Ala..lenguh la kaki aku ni," Lisa membetul-betulkan kakinya.
"Lenguh? Aku yang drive dari tadi ni tak lenguh? Kau yang tido tahap leleh air liur ni pun tau lenguh gak ek?" Nisrin memerli.
"Hehe..ala...sekali-sekala apa salahnya? Lagipun aku memang dah lama nak merasa tido dalam kereta kau ni," ada sahaja alasan Lisa untuk mempertahankan dirinya.
"Ye la tu. Kita nak ke mana ni? Aku tak nampak sesapa pun yang kita kenal kat sini," mata Nisrin liar memerhati sekeliling. Mencari-cari wajah-wajah yang mungkin dikenalinya.
"Assalamualaikum.... Sampai jugak awak kat sini ek," satu suara menegur Nisrin dari belakang.
Nisrin berpaling. Hampir tidak percaya dengan apa yang berada di hadapan mata. Dalam ramai-ramai kenalan universitinya..mengapa wajah itu juga yang pertama dilihat sesampainya di pantai Teluk Batik itu.
"Waalaikumsalam...awak apa khabar?" dalam kekagetan Nisrin masih mampu tersenyum.
Pertanyaan Nisrin tidak bersambut. Redza lebih senang memandang wajah gadis di hadapannya. Rindunya sedikit terubat. Wajah itu semakin cantik di penglihatannya. Dan senyuman itu...argg...senyuman itulah yang sering mengganggu tidurnya saban malam.
"Woi! Jauh berangan?" satu tepukan keras di bahunya menyedarkan Redza dari lamunan. Akmal di sisi hanya tersengih.
"Jom kita ke pantai. Diaorang suma tunggu kat sana," Akmal mengajak.
Dengan langkah yang berat, Nisrin mengatur langkah beriringan dengan Redza. Lisa dan Akmal sudah jauh di hadapan.
"Awak sihat?" Redza memecah kebisuan antara mereka.
"Alhamdulillah...saya sihat. Awak?" Nisrin kembali bertanya.
"Saya demam," lemah suara Redza.
"Demam? Awak dah makan ubat? Kenapa datang jugak kalau demam? Pergilah rest. Karang melarat pulak demam tu," Nisrin mula membebel.
"Saya demam rindu.Tapi sekarang, saya dah sembuh. Awak la ubatnya," Redza sedikit gembira bila Nisrin kelihatan mengambil berat akan dirinya.
"Huh..menyampah!" Nisrin mempercepatkan langkah. Ditinggalkannya Redza di belakang. Malas melayan karenah lelaki itu. Sedang Redza hanya tertawa besar melihatkan tingkah Nisrin.
Malam itu...mereka mengadakan barbeque di pantai. Angin malam yang bertiup menusuk hingga ke tulang. Nisrin sedari tadi asyik terbatuk-batuk. Adakalanya dia mengurut dada. Dia tidak tahan sejuk. Justeru itu, dia meminta diri untuk pulang ke chalet.
"Kau ok ke?" Lisa menghampiri Nisrin. Dia yang bimbangkan keadaan temannya itu, menyusul pulang tidak lama kemudian.
Batuk Nisrin tidak juga berkurangan. "Lisa...." dalam kepayahan, Nisrin memanggil Lisa. Dia sukar untuk bernafas. Dadanya turun naik dengan cepat.
"Kau kena asma ni..mana nebulizer kau?" Lisa panik melihatkan keadaan Nisrin. Pantas tangannya menyelongkar beg pakaian Nisrin. Namun, yang dicari tidak juga kelihatan.
"Kereta!" Lisa menepuk dahi. Dia sempat melihat nebulizer Nisrin di dalam kereta siang tadi.
"Assalamualaikum...Nisrin...," kedengaran satu suara memberi salam.
"Haa..Redza...nah..kau amik kunci ni. Kau cari nebulizer Nisrin dalam kereta. Cepat la! Nisrin kena asma tu". Lisa memberi arahan.
Dalam kekalutan itu, Redza berlari menuju ke parking. Mujur dia masih ingat di mana Nisrin meletakkan keretanya.
"Nah..nebulizer awak," suanya pada Nisrin.
Sekali...dua kali pam...Nisrin sudah kelihatan agak tenang berbanding tadi.
"Ok...tarik nafas..lepas slow-slow...kau ok ke?" Lisa menyoal.
Lama Nisrin terdiam sedang tangannya masih kejap menggenggam nebulizer. Jarang dia diserang asma seteruk itu. Mujur dia membawanya bersama. Sebagai persediaan pada mulanya.
"Thanks...aku dah ok. Aku nak rehat," Nisrin memohon pengertian dari dua insan di hadapannya.
"Saya balik dulu Kak Lisa. Ni saya bawakkan ayam panggang. Tolong tengok-tengokkan Nisrin ye. Apa-apahal akak contact saya ek," Redza melangkah keluar walau berat hatinya meninggalkan Nisrin dalam keadaan begitu.
Sehingga subuh, Redza gagal melelapkan mata. Handphonenya sentiasa di sisi. Bimbang kalau Lisa menelefonnya berkenaan kesihatan Nisrin.
"Hai! Sorang aje? Thanks pasal semalam. Lisa ada cerita kat saya. Kesian kat awak," Nisrin menghampiri Redza yang termenung di kerusi pada pagi itu.
"Eh! Awak dah sihat? Saya tak tolong apa pun. Kenapa kesian kat saya?" Redza menyoal kembali.
"Ye la..tak pasal-pasal awak masuk acara sprint. Lari 100 meter pulak tu," Nisrin ketawa.
"Bagus gak. Dah lama tak exercise," Redza turut ketawa akhirnya.
"So...friends?" kening Nisrin terangkat sedikit.
"Friends...,"Redza membalas. "Kawan pun kawan la. At least ada la jugak nama dalam relation ni," hatinya berbisik.
Siapa sangka..kejadian malam itu mengeratkan kembali perhubungan mereka. Kali ini Redza lebih berhati-hati sementelah lagi Lisa membuka rahsia tentang kehadiran Nazril dalam hidup Nisrin. Dia tidak mahu gelojoh. Langkah demi langkah diatur demi memenangi hati Nisrin. Walau tidak pernah bersua, dapat dirasakan saingannya cukup hebat di mata gadis itu. "The best man wins!" ikrarnya dalam hati.
Hari ini Nisrin kembali bekerja. Jadualnya padat dengan meeting dan beberapa projek yang memerlukan perhatiannya.
"Ala..apehal pulak nak berjemput ni? Tapi, bagus gak..aku pun malas nak drive," Nisrin berkira-kira di dalam hati.
Ok.c u...
Setelah mengirimkan alamat rumahnya kepada Nazril, Nisrin kembali menyudahkan kerjanya. Hatinya kembang setaman. "Rasa macam ada kupu-kupu lak dalam perut ni. Hish...tak sabar nak tunggu malam," dia senyum meleret.
Jam sudah menunjukkan pukul 7.35 malam. Selesai solat Maghrib, Nisrin segera bersiap. Dengan blouse longgar berwarna coklat dan seluar slack dari warna senada, Nisrin bergaya di hadapan cermin. Tudung bercorak abstrak dililitnya sekemas mungkin. Sempat juga dia mencalitkan lip gloss ke bibir. "Ok la kot. Aku nak jumpa Nazril je pun," dia menyedapkan hati.
Lucky I\'m in love with my best friend Lucky to have been where I have been Lucky to be coming home again
Handphonenya berdering... kelihatan nama Nazril tertera di skrin.
"Assalamualaikum," lembut Nisrin memberi salam.
"Waalaikumsalam. Reen dah siap? Naz kat depan rumah ni," suara Nazril kedengaran.
"Dah siap. Ok.Reen keluar sekarang," Nisrin membalas. Sambil itu tangannya mencapai perfume. Haruman Cool Water dari Davidoff tersebar ke segenap ruang bilik itu.
"Kita nak ke mana?" Nisrin bertanya sebaik mengenakan seat belt.
Nazril memandu dengan tenang. Yang kedengaran saat itu hanya lagu Cinta Antara Kita nyanyian pelakon Baizura Kahar berduet bersama kumpulan Duta.
Cinta antara kita tiada penghalangnya Walau akhir usia ku menyinta dirimu Ku hanya menunggumu mengata kau cintaku Ku kan berjanji menyintamu sayang
"Naz suka lagu ni. Kisah dua orang insan yang dah lama jatuh cinta tapi masing-masing tak mau mengaku. Sudahnya masing-masing saling berharap. Tapi mujur jugak happy ending," Nazril menyingkap rahsia lagu tu. "Apa pendapat Reen?" Nazril mengerling gadis di sebelahnya.
"Bagi Reen...lelaki tu patut luahkan perasaan dia dulu. Takkan la girl tu yang kena mulakan. Agaknya lelaki tu lembab tak? Girl tu bagi hint tapi dia still blur. Kesian that girl kena tunggu lama," Nisrin memberi komen.
Nazril hanya tersenyum, "So, bagi Reen lelaki kena start dulu la ye? Tapi zaman sekarang orang dah tak kisah sangat hal ni. Siapa mulakan dulu dah tak penting," Nazril mengeluarkan pendapatnya.
"Sapa orang tu? Naz ke? Kalau Reen, sampai mati pun Reen takkan cakap. Biar la apa nak jadi. Melepas pun melepas la... Reen orang Timur...tak manis kalau pihak perempuan yang mulakan dulu," Reen terus berhujah.
Kereta yang dipandu Nazril melewati The Mines Shopping Complex. Nisrin menjadi gusar.
"Naz nak bawak Reen ke mana? Inikan jalan ke Balakong? Takkan nak pergi rumah Naz kot?" soal Nisrin. Dia arif dengan jalan itu.
"Yup. Naz nak bawak Reen jumpa parents Naz. Just berkenalan. Kan Reen jugak kata tadi yang pihak lelaki perlu mulakan langkah pertama? Naz tengah buat apa yang Reen suruh la," selamba Nazril menjawab. Tiada langsung riak bersalah kerana membuat perancangan sendiri.
"Ta..tapi.. kenapa pulak kena berkenalan? Reen tak biasa la. Tak boleh batalkan ke? Lain kali ajelah," Nisrin memohon simpati.
Kereta Nazril meluncur laju dan berhenti di hadapan sebuah rumah teres berkembar dua tingkat.
"Jom masuk," Nazril mengajak.
Dalam takut-takut, digagahi juga kakinya mengikut langkah Nazril. Ikutkan hati, mahu saja dia angkat kaki dan berlari sejauh mungkin dari rumah itu.
"Tak guna punya Naz! Diam-diam dia kenakan aku!" hatinya menyumpah.
Seorang wanita lewat 50 an menyambut kedatangan Nisrin di muka pintu. Kekok juga dia sewaktu mencium tangan wanita itu tadi.
"Ni la Nisrin... calon menantu mak," Nazril memperkenalkan dia kepada wanita yang dipanggil mak itu.
Terbeliak matanya memandang Nazril. Hampir dia rebah mendengarkan perkataan menantu itu.
"Cis..memandai aje dia ni," Nisrin menjeling Nazril yang sedang tersenyum-senyum.
"Mari la masuk Nisrin. Kita makan dulu. Nasi dah siap makcik hidang. Aril, pergi panggil ayah kau. Tengah tengok berita tu," ibu Nazril memberi arahan.
"Yes madam," Nazril menjawab. Serentak itu, satu cubitan hinggap di lengannya.
"Main-main pulak dia. Dah, cepat pergi panggil. Kang sejuk pulak nasi ni," ibunya terus berleter.
"Ayah....mak ajak makan sekarang," dari jauh Nazril sudah melaung memanggil ayahnya.
"Hish budak ni... satu taman boleh dengar suara dia," ibu Nazril menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Hmm...dah sampai pun tetamu kita. Siapa nama?" ayah Nazril yang baru tiba bertanya ramah.
"Saya Nisrin. Pakcik apa khabar?" Nisrin tersenyum.
"Sihat. Dah lama kenal Aril? Satu U ke dulu?" ayahnya terus bertanya. Lagak seorang polis pencen pun ada.
"Kenal waktu sekolah. Saya tak pandai macam Nazril. Belajar kat sini je," Nisrin tiba-tiba rasa rendah diri. Maklumlah Nazril berkelulusan dari universiti luar negara sedangkan dia....
"Kat mana belajar pun sama. Rezeki masing-masing. Eh, makan la. Buat apa dipandang aje nasi tu. Aril..sendukkan Nisrin lauk tu. Budak ni.....kira perut dia aje. Nanti kalau dah kahwin, Nisrin kena la pandai masak asam pedas. Favourite Aril tu," ibunya bercerita.
"Ahh.. sudah!! Bala apa pulak yang datang ni? Sapa kata aku nak kahwin dengan dia? Lagi satu...aku paling benci asam pedas!! Nak makan pun tak ingin apa lagi aku nak masak!" hatinya menggerutu. Nazril di sisi hanya tersenyum-senyum. Lebih senang berdiam diri.
"Saya dan Nazril cuma kawan makcik. Baru-baru ni aje kami jumpa balik. Itupun kebetulan," dalam ragu-ragu Nisrin berterus-terang. Dia perlu bertindak lebih cepat untuk menyelesaikan salah faham ini.
"Mula-mula memang la berkawan. Makcik dan pakcik tak memilih. Kalau Aril dah berkenan, apa salahnya. Kami ni dah lama sedia dengan tepak sireh. Tunggu green light Aril aje," ayahnya bersuara.
"Ni pun baru Aril bawak girlfriend balik rumah. Sebelum ni liat bukan main. Alih-alih balik aje dari Mines minggu lepas, dia suruh makcik masak sedap-sedap malam ni. Katanya nak bawak balik calon menantu," ibunya membuka rahsia.
Nisrin hanya tersenyum. Tidak tahu hendak berkata apa. Nampaknya Nazril penuh dengan perancangan.
2 minggu selepas kejadian itu, Nisrin dikejutkan dengan panggilan telefon dari ibunya. Menurut ibunya, ada rombongan yang masuk meminangnya pada tengahari itu.
"Sapa mak?" Nisrin sedikit gusar.
"Orang KL. Katanya Reen dah lama kenal anak dia," ibunya masih berahsia.
"Habis...mak ngan abah jawab apa?" gementar dia menunggu jawapan.
"Mak ngan abah dah terima. Hensem budaknya. Ada mak dia tunjukkan gambar. Keja pun bagus. Mak pun suka dengan family dia," panjang lebar penjelasan ibunya.
"Tapi mak....." Nisrin cuba meminta simpati.
"Dah takde tapi-tapi lagi! Reen jangan malukan keluarga kita! Abah suruh buat majlis bulan depan. Tak payah nak bertunang lama. Kalau Reen dah kahwin....baru senang hati mak ngan abah," ibunya bagaikan tidak boleh berkompromi lagi.
Nisrin puas berfikir. "Siapa yang hantar pinangan? Maksudnya...aku sekarang tunang orang la! Orang KL? Nazril!!" Nisrin menepuk dahi. "Mamat tu bukan boleh harap. Ada aje surprisenya!" pantas tangannya mencapai telefon.
"Hello...assalamualaikum.." suara Nazril kedengaran riang.
"Waalaikumsalam...Naz buzy ke?" Nisrin bertanya.
"Taklah. Kat rumah ni. Naz EL hari ni. Ada urusan skit. Antara hidup dan mati.Kenapa? Rindu kat Naz ye?" Nazril cuba mengusik.
"Reen cuma nak tanya...Naz ada buat something ke kat belakang Reen?" penuh berhati-hati Nisrin menyoal.
"Something? Like what? Pinang Reen?Ntah ...Naz tak nak cakap!" serentak itu tawanya kedengaran.
"Takpelah...Reen ada keja lagi ni. Bye," pantas Nisrin mematikan talian.
"Eh, Reen....!" Nazril hanya mampu memandang kosong handphonenya. Talian sudah terputus.
Di pejabat, Nisrin bagai cacing kepanasan... "Memang tak reti nak berbincang la mamat ni!" marahnya dalam hati.
"Bagi laluan...pengantin lelaki nak masuk ni," jerit mak andam kepada para tetamu yang berada di bilik pengantin waktu itu.
Sebentuk cincin disarungkan ke jari manis Nisrin. Dengan penuh syahdu, dia membalas dengan mengucup tangan suaminya.
"Tahniah....kahwin jugak kau ek. Lepas ni kau jangan lupa kat aku," lirih suara Lisa di hari pernikahan Nisrin. Airmatanya menitis tatkala melihat teman baiknya sudah menemui cinta sejati.
"Apsal kau menangis ni? Dulukan kau cakap nak gelakkan aku? Tak pasal-pasal hujan pulak...," Nisrin mengusik temannya. Teringat dia kata-kata Lisa semasa mereka dalam perjalanan ke Teluk Batik dahulu, "Kau jangan kerek sangat! Kalau kau tersangkut kat si Redza tu...aku la orang pertama yang gelak kat kau nanti!"
Pinangan yang diterima dahulu rupanya dari keluarga Redza. Nisrin sendiri tidak tahu yang Redza rupanya orang KL. Lantaran itu, dia mengagak Nazril yang menghantar pinangan.
"Tahniah, Reen! Naz terlambat rupanya! Naz doakan Reen dan Redza bahagia dunia akhirat," tulus doa Nazril buat gadis itu. Hatinya sedikit pilu sewaktu meninggalkan majlis perkahwinan Reen. Rombongan peminangan dari pihaknya tiba hanya 30 minit selepas rombongan dari pihak Redza pulang.
"Terima kasih sebab saying sudi jadi isteri abang. Abang terpaksa guna taktik kotor ni. Sayang tak marah kan?" satu ciuman kasih hinggap di dahi Nisrin.
"Marah pun tak guna...kita dah nikah pun!" dia pura-pura merajuk. Dalam hati dia bersyukur... Allah memberikan petunjuk dalam solat istikarahnya. Dalam mimpi itu...dia melihat Redza sedang tersenyum memandangnya yang tercari-cari arah tujuan. Saat Redza menghulurkan tangan untuk membantu, Nisrin tidak ragu-ragu lagi menyambut huluran tangan itu. Yang pasti, cintanya kini melewati musim bahagia.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
okey,
thumbs up!
buat lagi cerpen!
:D
***
~myza2l~