Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Pergi!Pergi kau dari sini.Aku tak nak tengok muka kau lagi kat sini.Pergi!Aku kata pergi,pergi!"
"Mak,maafkan Alin.Alin tak sengaja.Maafkan Alin…"
"Kau ingat semudah tu kau nak minta maaf?Kau ingat dengan maaf kau tu boleh bawa Akim balik?Kau ingat dengan maaf kau tu boleh kejutkan Akim dari kubur?Kau yang menyebabkan dia mati.Sekarang kau keluar dari rumah ni,sekarang jugak!"
"Mak!Alin tak pernah mintak pun perkara ni terjadi.Semuanya bukan kawalan Alin.Percayalah Mak.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segalanya.Maafkan Alin,Mak…"
"Tidak!Kau jangan fikir semudah goreng kacang aje Mak boleh maafkan kau.Mak tak dapat terima Akim pergi tinggalkan Mak.Mak tak pernah sangka kau ada niat untuk bunuh adik kau sendiri.Mak tak pernah sangka!"
"Mak,Alin tak pernah terdetik niat macam tu pun pada Akim.Masa tu,Alin nak tukar lorong,sekali tu…"
"Sudah!Mak tak nak dengar apa-apa lagi dari mulut kau.Keluar!"
Tanpa sepatah kata,Shazlina menurut.Dia harus keluar dari rumah itu.Apa yang berlaku adalah disebabkan kecuaiannya.Dia tidak mahu orang-orang yang disayangi mendapat malu gara-gara perbuatannya.Hakikatnya dia turut berasa sedih atas pemergian Akim.Akim adalah seorang adik yang sangat disayanginya,adik yang tak pernah berjauhan darinya.Andai dia dapat putarkan balik waktu,nescaya dia tidak akan mengulangi perbuatannya yang bodoh itu.
"Ingat Alin!Selangkah kau keluar dari rumah ni,anggaplah yang kau bukan anak Mak lagi.Mulai sekarang kita dah tak ada apa-apa ikatan lagi.Anggaplah yang Mak dah mati,mati bersama-sama Arwah Akim."
Air mata yang ditahan mengalir jua.Shazlina tidak mampu menahan sebak,apatah lagi apabila insan yang bergelar ibu berkata sedemikian rupa.Adakah tidak ada secebis kemaafan di hati Mak untuk Alin?Adakah Mak menyesal kerana melahirkan Alin selama ni?Adakah…Shazlina tidak mampu meneruskan kata-kata mahupun saat ini hatinya sedang galak berbicara.
***********************************************
Shazlina berjalan tanpa arah tuju.Kakinya hanya melangkah tanpa mengetahui ke mana destinasi yang hendak dituju.Perut yang kosong mula memainkan lagu.Shazlina menekan-nekan perutnya,meredakan kesakitan yang kunjung tiba.Dia akhirnya terduduk di tepi jalan.Melihat keadaan jalan raya yang sesak mengingatkan peristiwanya bersama Arwah adiknya.Air mata dengan sendirinya mengalir di pipi Shazlina.Kenapa kau yang pergi dik?Kenapa bukan Akak?Kenapa?
"Adik ada masalah ke?Boleh pak cik tolong?Adik ni dari mana nak ke mana?"
Shazlina pantas menyeka air mata yang mengalir.Shazlina memandang pak cik tua di hadapannya.Mungkinkah pak cik ini juga mengalami nasib yang sama sepertiku?Aku memang tak guna!Seperti kata Mak,aku sanggup membunuh adik kandungku walaupun dahulunya kami memang rapat.Aku memang seorang kakak yang tak berguna! "Ermm tak ada apa-apalah pak cik.Saya saja je duduk-duduk kat sini.Apa orang cakap,ambil angin…"Shazlina sebolehnya melindungi perasaannya tika itu.Buat masa ini biarlah dia yang menyimpan segalanya.Segala yang pahit melanda hidupnya.
"Kamu ni nama apa?Kenapa duduk sini sorang-sorang?Mak ayah kamu mana?Kamu ada alamat rumah kan?Mari pak cik hantarkan."
"Nama saya Alin.Tak apalah pak cik.Maaf kalau Alin ganggu pak cik.Assalamualaikum."
Shazlina berlalu dari tempat itu.Dia tidak mahu kejadian yang menimpa dirinya diketahui orang lain.Matanya tertacap pada kaki kirinya.Kesan daripada kemalangan itu,dia kini terpaksa berjalan menggunakan tongkat.Tetapi Shazlina tidak mudah melatah kerana mengganggap segala yang terjadi adalah suratan Ilahi.
"Ayah cakap dengan siapa tu?"
"Entahlah.Ayah pun tak tahu.Tapi Ayah boleh rasakan anak itu dalam kesusahan.Mari kita tolong dia,Rizal."
"Mungkin perasaan Ayah je kot.Tak apalah.Nanti kalau kita jumpa dia,kita ajak dia tinggal dengan kita,ye?"
"Haa yelah."
Rizal memaut lengan Pak Halim.Dia turut merasakan apa yang dikatakan Pak Halim sebentar tadi.Dia melihat Shazlina dari jauh.Timbul rasa simpati dalam dirinya.Tak apalah,kalau ada jodoh pasti aku jumpa perempuan tu lagi.Senyuman terukir di bibirnya.
********************************************
Shazlina melangkah dari satu gerai ke satu gerai.Dia cuba meminta secebis makanan,tetapi tiada seorang pun mengasihaninya.Shazlina memegang perutnya.Perut yang sudah lama tidak berisi dengan makanan.Buat masa ini,dia tidak kisah andai terpaksa memakan sisa-sisa makanan orang asalkan perutnya tidak kelaparan.
"Encik,tolonglah…Berilah saya sedikit makanan.Saya mohon…"
"Pergi kau dari sini.Pengemis macam kau ni tak diperlukan kat sini.Pergi dari sini!"
"Tapi…"
"Ahh tak ada tapi-tapi.Pergi!"
"Encik,tolonglah…"
Shazlina segera berlalu dari tempat itu.Betapa susahnya untuk dia mendapatkan secebis makanan.Kalaulah aku kat rumah…Ahh!Kau takkan dapat balik lagi Alin.Kau dah lupa ke yang Mak baru je halau kau.Perlahan-lahan air matanya mula menitis.
"Nah,awak makanlah." Shazlina mendongak.Seorang lelaki asing tersenyum ke arahnya.Dia sama sekali tidak mengenali lelaki itu.Walau bagaimanapun dia tidak akan pernah menerima sesuatu daripada orang asing apatah lagi dalam keadaannya yang memaksa seperti ini.Shazlina mula mengangkat punggung untuk menjauhi lelaki itu.
"Awak nak pergi mana?"
"Maaf.Saya tak boleh terima makanan tu.Saya tak kenal awak.So,saya tak ada sebab nak terima makanan tu."
"Tapi…awak kan lapar?Makanlah.Dari tadi saya perhatikan awak.Awak tak kesiankan perut awak ke?Makanlah.Sikit pun tak apa.Saya temankan,okay?"
"Tak apalah.Saya boleh bertahan lagi.Insya’ALLAH."
"Macam nilah.Kalau awak tak nak makan kat sini mari ikut saya."
"Awak nak bawa saya pergi mana?"
"Awak ikut je.Tapi saya janji saya takkan apa-apakan awak.Awak selamat dengan saya.Percayalah."
Tanpa sepatah kata Shazlina menurut.Bukan dia sengaja ingin mengikut lelaki itu,tetapi apabila memikirkan dirinya begitu asing dengan tempat itu dia terpaksa membuat keputusan ini.Shazlina berharap lelaki itu adalah dari kalangan orang yang berhati mulia.Orang yang sanggup menolong orang yang lemah sepertinya.
"Kita kat mana ni?"
Lelaki itu hanya tersenyum.Dia lantas keluar dari perut kereta dan kemudiannya membantu Shazlina.Shazlina tidak membantah segala gerak-geri lelaki itu dari tadi.Seketika mata mereka bertaut.Gulppp!Mata dia…Shazlina sedarlah,kau tak layak untuk dia.Itu kenyataannya.
"Awak ikut saya masuk dalam rumah tu.Ada orang tengah tunggu awak.Masuklah."
Shazlina melangkah masuk.Dia bagaikan tidak percaya tempat yang dia sedang berdiri.Dia bagaikan terpinga-pinga.Rumah itu terlalu mewah untuk orang-orang sepertinya.Apa tempat ni?Dahlah rumah ni besar lepas tu tak ada orang pulak tu.Serammm…
"Silakan masuk nak…"
Shazlina berkalih ke arah suara itu.Pak cik itu…Dia tidak ingat siapa gerangan pak cik yang baru menegurnya sebentar tadi.Tapi…entahlah.
"Pak cik ni siapa?"Shazlina berkerut dahi.
"Anak tak kenal pak cik ke?Kan kita pernah jumpa sebelum ni.Anak tak ingat?" Shazlina menjengah-jengah kotak fikirannya.Baru dia teringat,pak cik itulah yang menegurnya di tepi jalan sebelum ni.Tapi macam mana aku boleh terjumpa pak cik ni kat sini?Atau dia pemilik rumah besar ni.
"Pak cik buat apa kat sini?Saya kat mana ni?"
"Anak jangan risau.Kamu selamat kat sini.Ini bukan rumah pakcik tapi rumah Rizal."
"Rizal tu siapa pulak?"
"Rizal tu sayalah."
Shazlina memandang lelaki itu.Rasa macam tak percaya lelaki itu pemilik rumah besar itu.Tapi kenapa pula dia dibawa ke rumah itu?Apa motif mereka?Adakah mereka sengaja merancang semua ini untuk menculik aku?Tapi takkanlah.Mereka tak nampak macam jahat pun.Aduhh!Tak fahamlah aku.
"Saya kat mana ni?Pak Cik ni siapa?"Tanya Shazlina kehairanan.
"Pak Cik bukan siapa-siapa kat sini.Orang yang ada hak untuk buat keputusan dalam rumah ni adalah Rizal sendiri.Pak Cik yang suruh dia bawa kamu datang sini."
"Saya tak kenal Pak Cik dan Rizal.Saya minta maaf.Saya rasa saya perlu beredar dari tempat ni.Assalamualaikum."
"Tunggu!Pak Cik rasa kamu orang baru kat sini.Tinggallah kat sini buat sementara waktu.Kamu tak keberatan kan Rizal?"
"Rizal terima aje keputusan Pak Cik.Rizal tak kisah kalau dia tinggal kat sini.Sekurang-kurangnya Pak Cik ada teman."
"Kamu naik atas,lepas tu mandi.Pak Cik tak nak dengar apa-apa alasan daripada kamu.Pergilah."
Shazlina melangkah setapak demi setapak.Dia berpaut pada setiap batang anak tangga tersebut.Rumah itu begitu asing bagi dirinya.Apakah dia akan bisa menyesuaikan diri dalam rumah itu?Adakah mereka boleh menaruh kepercayaan daripada kedua-dua orang yang baru dikenalinya?Biarlah masa yang menentukan semuanya.
*********************************************
"Maaf kalau saya bertanya.Saudari ni dari mana?Macam mana saudari boleh ada kat bandar ni?Tentunya saudari tak pernah ke sini,bukan?"Dalam keterpaksaan Rizal cuba bertanya.
"Panggil je Alin.Memang benar saya tak pernah ke sini.Tempat ni begitu asing buat saya.Saya tak tahu nak ke mana lagi.Tanpa bantuan Encik,mungkin saya tak berada di sini hari ni."
"Mungkin jodoh awak dengan saya kot…"
"Mungkin…"
Bergema tawa mereka di ruang itu.Walaupun baru bertemu Shazlina tidak sedikit pun berasa kekok untuk bergaul dengan Rizal.Apatah lagi Rizal sudi mengajaknya tinggal di rumah itu.Hatinya tiba-tiba sedih mengenangkan peristiwa yang membawanya melalui kehidupan yang sukar seperti hari ini.Nasib baik ada Rizal dan Pak Cik Man.
"Akak,Akim nak jalan-jalan dengan Akak boleh tak?"
"Kenapa Akim tanya macam tu?Untuk adik Akak yang seorang ni Akak sanggup bawa Akim ke mana aje.Akim cakap je,Akak bawa Akim jalan-jalan."
"Akak boleh janji dengan Akim tak?"
"Janji apa Akim?"
"Janji kalau Akim tak ada lepas ni,Akak jaga Mak baik-baik tau.Akim sayang sangat pada Akak dengan Mak.Akim tak nak Mak dengan Akak sedih kalau Akim tak ada lepas ni."
"Akim,kenapa adik cakap macam ni?Akim nak tinggalkan Akak ke?Dah…Akak tak nak Akim cakap macam tu lagi.Meh naik cepat!"
"Akak janji dengan Akim tau!"
Tidak semena-mena air matanya mengalir.Rizal kaget melihat situasi itu.Aku dah tersalah cakap ke?Aduhh macam mana ni?
"Alin…Awak tak apa-apa?"
"Saya okay je.Saya naik atas dulu ye?"
Rizal mengekori langkah Shazlina melalui ekor matanya.Gadis itu banyak menyimpan misteri dan lebih tepat lagirahsia yang sengaja disembunyinya selama ini.Enam bulan berlalu.Banyak masa yang terluang dihabiskan bersama Shazlina.Baginya Shazlina menepati ciri-ciri wanita idamannya dan tidak salah kalau menganggap dia telah jatuh cinta dengan gadis itu.
******************************************
"Kalau macam tu mari saya bawa awak jumpa dengan mak awak.Mesti awak rindukan mak awak kan?"
"Tapi…"
"Tak ada tapi-tapi.Jom!"
Sepanjang perjalanan Shazlina merasakan hatinya gelisah.Dia kurang pasti adakah itu perasaan gembira atau…Adakah Mak sihat?Tunggu Alin balik Mak.Alin rindu sangat kat Mak.Senyuman terpalit di wajahnya yang manis.
Kereta Rizal menyusur masuk ke lorong laluan rumahnya.Semakin dekat hatinya semakin berdegup laju.Tapi kenapa ramai sangat ni.Apa yang berlaku pada Mak?Soalan yang bermain-main di ruang minda sukar menemukan jawapan yang pasti.
"Assalamualaikum.Mak Mah,Mak ada?Alin nak jumpa Mak.Mak!Alin balik ni."
"Alin sebenarnya…"
Mata Shazlina melilau mencari ibunya tetapi bayangannya langsung tidak ketemu.Mana Mak ni?Matanya tertacap pada sebuah keranda yang dibiarkan kosong tiada penghuni.Shazlina tahu kini ibunya telah pergi menghadap Ilahi.Air matanya menitis jua.Digagahi juga untuk berjalan namun…sepasang tangan menyambutnya dari terus jatuh ke tanah.
Kali terakhir Shazlina menatap wajah ibunya.Kenapa Mak tinggalkan Alin?Kenapa Mak???Shazlina menggoncangkan badan ibunya yang kaku ditemani kain kafan.Rizal di sebelah hanya melihat,sedih melihat situasi tika itu.Tidak dinafikan hatinya turut sebak melihat kesedihan Shazlina tika itu.
"Alin,ni ada surat untuk kamu nak…"
Shazlina membuka sampul usang itu.Setiap bait kata-kata diamatinya,tulisan yang membuatkan dia rindu kepada pemiliknya.Diiringi air mata dia mula membaca…
Anakku Shazlina,
Mak minta maaf andai waktu Alin baca surat ni Mak sudah tiada di sisi Alin..Mak tak pernah berniat untuk menghalau Alin dari rumah kita ni..Sebenarnya Mak tak pernah salahkan Alin atas apa yang telah berlaku..Mak redha dengan pemergian Akim..Alin seorang anak yang baik..Mak minta maaf kerana tidak mampu menjadi seorang ibu yang baik terhadap anak-anak Mak..Redhakan pemergian Mak sebagaimana Mak redha atas pemergiaan Akim..Maafkan Mak..Jaga diri baik-baik,nak..
Titipan kasih seorang ibu..
"Sabarlah Alin.Ada hikmah di sebalik segala yang berlaku."
Rizal memapah Shazlina menuju ke pusara.Suasana yang suram tambah membangkitkan kesyahduan Shazlina.Dia tidak pernah duga ibunya akan pergi secepat ini.Derhakakah aku sebagai seorang anak jika di saat terakhirnya ibu,aku tiada di sisi?Sesungguhnya aku telah gagal menjadi seorang anak yang solehah.
Setelah menyiram air mawar,Shazlina terduduk di tepi pusara ibunya.Air matanya tidak henti-henti mengalir sedari tadi.Dipegangnya batu nisan yang tegak berdiri.Tercatat nama Arwah ibunya.Ibu yang selama ini telah bersusah-payah menjaga makan dan minumnya setelah pemergian ayah.Mak,macam mana Alin nak teruskan kehidupan ini tanpa Mak di sisi Alin?Dia menyeka air matanya dan berlalu keluar dari tanah perkuburan itu.
"Saya rindukan Mak."
"Alin,saya kan ada.Izinkan saya menemani awak dan berkongsi setiap detik suka dan duka bersama awak.
"Maksud awak Rizal?"
"Sebenarnya Rizal tahu ini bukanlah waktu yang sesuai untuk membicarakan hal-hal sebegini.Tetapi dia juga tidak boleh menipu dirinya sendiri.Dia tidak sanggup membiarkan Shazlina melalui hari-harinya sendirian.Sudah tiba masanya untuk dia menggalas tanggungjawab itu.
"Beri saya masa Rizal.Saya janji saya takkan kecewakan awak."
*****************************************
"Mak,Alin datang ni.Alin datang bawa cucu Mak.Duduk sayang."
"Mak,Alin dah nikah dengan seorang lelaki yang sanggup menerima Alin seadanya.Alin sekarang ni dah sembuh.Alin dah boleh berjalan dengan sempurna.Alhamdulillah."Air mata kegembiraannya mengalir jua tanpa diminta.
Setelah membacakan Surah Yassin,mereka bertiga menyiram air mawar di pusara sepi itu.Rizal mengelus lembut jari isterinya manakala Shazlina pula memimpin anak mereka yang menjangkau usia dua tahun itu.Hadirnya Raffiq menyerikan lagi rumah tangga yang terbina.Tentunya kebahagiaan menjadi milik mereka,Rizal,Shazlina serta permata hati mereka Raffiq akhirnya.
ya saya mencintai awak.Sudikah awak menjadi suri di hati saya?"
cite ni bayak bgi aku pengajaran bagi aku sedar kita kena hargai selagi ibu kita ada kadang seowg ibu dia xkan tujuk dia sayang kt ank dia tp lam hati tuhan ja tau
pepe aku suka cita nie sbb dia da wat aku nagis taniah la buat penulis nie pepe nti wat la yang lg sedih taw
jalan cerita dia kelam kabut sikit walaupun diselitkan unsur kesedaran..dlm keadaan cerpen sebegini tidak wajar ada perkataan so...namun syabas kepada penulis cerpen ini.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cewahh...
swit nye laki cam rizal tuh!!!