BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Mac 27, 2009
Cerpen : Secangkir Pengorbanan, Secebis Harapan
Nama Pena : SYIQA RAHMAT

Fatin Asyira terjaga dari lenanya apabila jam locengnya berbunyi nyaring. Dia mencapai jam locengnya lalu menekan punat jam tersebut. Biliknya kembali sunyi. Fatin Asyira bingkas bangun lantas mencapai tuala mandinya dan meluru ke bilik air. Dia perlu bersiap untuk ke kelas tuisyen yang akan bermula pada jam 5 petang.
Selesai mandi, dia mencapai pakaian dan menunaikan solat asar. Usai solat, dia mengenakan solekan yang nipis ke wajahnya. Dia tersenyum sendirian di hadapan cermin apabila fikirannya teringatkan jejaka itu. Fatin Asyira tidak sabar untuk menatap wajah lelaki yang telah mencuri hatinya itu. Dia tidak peduli akan pandangan rakan-rakannya bahawa dia ke pusat tuisyen itu hanya untuk memikat, bukan untuk belajar. Fatin Asyira hanya memandang sepi kata-kata mereka. Bukan dia tidak belajar, tetapi dia cuma berasa senang hati apabila dapat menatap wajah pemuda itu. Fatin Asyira sedar, dia tidak boleh terlalu hanyut dengan perasaannya kerana dia bakal menempuhi peperiksaan yang penting pada penghujung tahun ini iaitu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Fatin Asyira mencapai beg sandang dan kunci motornya lalu bergegas keluar dari biliknya. Dia perlu segera tiba ke pusat tuisyen unuk mendapat peluang berbual dengan lelaki yang menjadi idaman hatinya seperti kebiasaannya.

Lampu trafik bertukar merah. Syazrie Alfie mendengus geram. Cuaca pada hari ini membahang. Lalu lintas pula sesak. Hatinya bertambah mendidih. Jika dia tidak mempercayai kata-kata Syukri, pasti dia tidak akan bergaduh dengan Diyana; teman wanitanya yang berkulit cerah dan memiliki hidung yang mancung itu. Dan, jika tidak bergaduh dengan Diyana, pasti dia tidak akan terlewat seperti ini. Tetapi, apakah yang dikatakan oleh Syukri itu benar belaka? Syazrie Alfie melihat jam tangannya. ‘Argh! Setengah jam lagi kelas akan bermula.’ Syazrie Alfie merungut di dalam hati. Sebaik sahaja lampu isyarat bertukar warna hijau, dia terus memecut keretanya menuju ke destinasi yang dituju.

Fatin Asyira resah menanti kemunculan pemuda itu. Dia menjeling jam yang tergantung di dinding. Syareena yang perasan akan tingkah laku Fatin Asyira mencuit temannya, Fifi, lantas kedua-duanya menoleh ke arah Fatin Asyira lalu tersenyum nakal.
"Buah hati awak tak datang lagi ke?" Fifi mengusik nakal.
"Buah hati? Siapa?" Kening Fatin Asyira seolah-olah bercantum.
"Kura-kura naik perahu, pura-pura tak tahu konon. Macamlah kita orang tak tahu awak tunggu siapa. Kejap lagi sampailah dia tu," Syareena menyampuk sambil menekan punat hijau di mesin fotostat yang betul-betul terletak di sebelah Fatin Asyira.
"Kak Fifi, Kak Syareena, Fatin tak tunggu siapa-siapa la. Fatin cuma…" Fatin Asyira tidak meneruskan kata-katanya apabila dia terlihat pemuda yang dinanti-nantinya menolak daun pintu untuk masuk ke ruangan pejabat itu. Fifi dan Syareena memandang antara satu sama lain lalu tersenyum penuh makna. Fatin Asyira berpura-pura tidak melihat senyuman nakal Fifi dan Syareena itu. Dia kaget apabila melihat wajah pemuda itu yang agak mencuka.
"Hai!" Pemuda kacak itu menegur Fatin Asyira sambil menoleh melihat jam yang tergantung di dinding. "Saya ingat saya yang lambat,"
"Kenapa cikgu nampak moody aja?" Fatin Asyira memberanikan diri bertanya.
"Ha? Nampak sangat ke?" Fatin Asyira mengangguk. "Hurm..traffic jammed tadi," Syazrie Alfie cuba menyembunyikan perkara sebenar. Mereka berdua lantas keluar beriringan keluar dari pejabat itu lalu menuju ke Bilik A untuk memulakan kelas.

Syazrie Alfie mengeluh. Dia bosan melihat Diyana yang menayangkan wajah selamba sejak mereka tiba di restoran mewah itu. Malah, sejak dia menjemput wanita itu dirumahnya sebentar tadi untuk menikmati makan malam bersama, setiap perlakuan wanita itu amat menyakitkan hatinya.
"Diyana, betul ke apa yang Syukri beritahu I?" Syazrie Afie merenung Diyana yang masih berwajah selamba.
"Syaz, tak habis-habis lagi kesangsian you pada I?" Diyana meletakkan sudu dan garfu ke pinggan sambil menghirup jus tembikai dari gelasnya.
"Of course I am! Selagi you tak mengaku dengan jujur, I tak akan singkir kesangsian I pada you! " Syazrie Alfie mula berang.
"Apa yang you nak I cakap? Mengaku pada you? Okey! I mengaku! Memang I pernah tidur dengan Syukri," darah panas mula menyerbu wajah Syazrie Alfie.
"How dare you, Diyana Datuk Dzifrie!" Syazrie Alfie menggenggam penumbuknya.
"But, it was four years ago! Masa tu, kita orang masih belajar di London . Darah masih muda. I tak berniat untuk membohongi you. I terlalu sayangkan you! I tak mahu kehilangan you, Syaz!" Air jernih mula membasahi wajah Diyana yang licin dan bersih tanpa dicemari oleh sebiji jerawat pun.
"I tak sangka, Diyana," Syazrie Alfie merenung wajah Diyana. "I menyesal mencintai you. I menyesal mencintai seorang perempuan yang tak jujur seperti you. You baliklah kepada Syukri dan lupakan I. I tak sanggup untuk terus bersama dengan you. I akan minta ibu bapa I putuskan pertunangan kita. Selamat tinggal," Syazrie Alfie lantas bangun dan berlalu meninggalkan Diyana yang menangis teresak-esak.
Diyana menyesal kerana menurut kehendak Syukri. Jika dia tidak tunduk pada kemahuan Syukri ketika itu, pasti Syazrie Alfie tidak akan meninggalkan dirinya seperti ini.

Program Cuti Sekolah Mei/Jun telah tiga hari bermula. Hari ini adalah hari Khamis. Mengikut jadual hari ini, subjek Fizik akan bermula pada jam 9.30 pagi. Fatin Asyira melihat jam tangannya yang berwarna merah jambu. ‘Ah! Baru pukul 8.15 pagi. Lebih baik aku pergi bersarapan dulu,’ getus hati kecilnya. Dia melangkah pantas menuju ke restoran mamak yang berhampiran pusat tuisyen. Fatin Asyira memilih tempat duduk lantas memesan makanan.
Sejurus kemudian, dia terpandang Syazrie Alfie melangkah masuk ke restoran tersebut. Fatin Asyira melemparkan senyuman ke arah guru Fiziknya itu.
Syazrie Alfie menghampiri meja Fatin Asyira lalu menarik kerusi di hadapan gadis itu. Hati Fatin Asyira berdebar-debar apabila Syazrie Alfie duduk dihadapannya. Bukan tidak pernah mereka duduk berhadapan sebegitu. Cuma, mereka tidak pernah berdua-duaan sebegitu. Fatin Asyira perasan, wajah lelaki yang dipujanya itu keruh dan tidak seceria selalu. Mata lelaki itu juga kelihatan sembap; tanda tidak cukup tidur.
"Hai, cikgu. Good morning!" Syazrie Alfie tersenyum mendengar sapaan Fatin Asyira.
"Good morning, girl. Dah pesan makanan?" Soal Syazrie Alfie sambil melambai memanggil pelanggan. Fatin Asyira sekadar mengangguk. Dia masih merenung wajah tampan Syazrie Alfie walaupun pelayan yang dipanggil telah berlalu. Syazrie Alfie tersengih melihat kelakuan Fatin Asyira. Namun, dia dapat mengesan satu perasaan yang halus menjalar di seluruh sarafnya.
"Kenapa? Mata saya ada tiga ke?" Fatin Asyira menjadi kalut apabila ditegur sebegitu oleh lelaki pujaannya itu.
"Tak adalah. Cuma, cikgu nampak macam ada masalah aja. Cikgu tak cukup tidur ke?" Fatin Asyira masih merenung gurunya merangkap jejaka pujaan hatinya itu. Syazrie Alfie menghela nafas panjang. Dia belum bersedia untuk bercerita tentang masalahnya kepada sesiapa, kendatipun kepada Puan Zulaikha, ibunya sendiri. Namun, Syazrie Alfie dapat melihat cahaya keikhlasan dari anak mata gadis di hadapannya itu. Gadis itu seolah-olah ingin berkongsi kekecewaan yang dialaminya.
"Err...Sebenarnya…" Syazrie Alfie menjadi gugup.
"Kalau cikgu tak mahu cerita pada saya, tak mengapalah. Saya tak kisah." Fatin Asyira menghadiahkan sekuntum senyuman buat Syazrie Alfie.
Sejurus kemudian, telefon bimbit Fatin Asyira berbunyi. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan tertera 1 New Message pada skrin telefon bimbitnya itu.

‘Syira yg cantik manis, aku dh sampai KL ni. Kau tak mahu jumpa aku ke? Aku rindu la kat kau ’

Fatin Asyira tersenyum riang apabila membaca sms dari Zulfikri itu. Sebaik sahaja dia ingin membalas sms itu, telefonnya berdering. Pantas sahaja dia menjawab panggilan dari sahabatnya itu.
"Helo Zul. Aku baru aja baca sms kau," Syazrie Alfie memasang telinga sambil berpura-pura menikmati roti canai yang terhidang.
"Ya ke? Syira, bila kau nak jumpa aku? Aku tak lama kat Kuala Lumpur ni. Lusa aku nak balik ke Sabah . Aku sedang cuti semester," Fatin Asyira berkira-kira masa yang sesuai untuk bertemu sahabatnya yang seorang ini.
"Hurm…Esok boleh? Hari ni aku ada kelas pagi dan petang. Pagi esok, kat Titiwangsa, okey?"
"Okey. Set, ya. Esok aku jumpa kau kat Titiwangsa. Mesti kau makin comel, kan Syira?" Fatin Asyira tergelak kecil mendengar kata-kata Zulfikri itu.
"Macam-macamlah kau ni, Zul. Okeylah. Bye," Syazrie Alfie dapat merasakan bahawa dia cemburu apabila melihat kemesraan antara Fatin Asyira dan sahabat lelakinya itu walaupun hanya dalam telefon.
Selesai menikmati sarapan pagi, mereka berjalan beriringan menuju ke pusat tuisyen. Syazrie Alfie merasakan seolah-olah telah bertahun-tahun lamanya dia mengenali gadis yang bernama Fatin Asyira itu. Walaupun dia sering berbual dengan gadis itu, namun, dia tidak pernah berasa begitu hampir dengan gadis itu seperti mana yang dia alami pada hari ini. Gadis itu bijak menutur kata dan senyum tawanya mendamaikan jiwa serta mampu membuatnya terlupa akan masalah yang membebankan jiwa dan mindanya.

Fatin Asyira leka memerhatikan bunga teratai yang hidup subur di permukaan tasik. Sekumpulan burung terbang bebas dan bayang-bayang burung-burung itu jelas kelihatan di permukaan tasik.
"Hoi! Kau berangan dah sampai ke mana?" Fatin Asyira menoleh. Dia berpura-pura mengerutkan dahi, tanda tidak puas hati.
"Kau ni Zul, tak ada sivik langsung! Terkejut aku!" Zulfikri tertawa geli hati melihat wajah Fatin Asyira yang berpura-pura marah.
"Alah..rileks la Syira ku sayang. Kau ni makin comel la bila marah. Hurm… Makin tembam aku tengok kau sekarang ni. Bila nak kurus?" makin masam wajah Fatin Asyira.
"Kau ni kejam la Zul !" Zulfikri tergelak kecil mendengar kata-kata Fatin Asyira. Gadis itu telah lama bertakhta dihatinya, sejak mereka mula berkenalan setahun yang lalu. Cuma, dia tidak berani meluahkan kata.
"Kau tak rindu aku ke Syira? Aku rindu sangat kat kau. Lain la bila kau dah kahwin dengan aku nanti. Hari-hari aku boleh tengok kau," Fatin Asyira mencebik.
"Rindu dekat kau nak buat apa? Baik aku rindu kat Cikgu Syazrie tu. Lagi bagus. Dia tu lagi handsome dari kau. Kau tu, asyik tak ada duit 24 jam. Suruh belanja pun tak mahu," Ngomel Fatin Asyira. Zulfikri tergelak besar mendengar kata-kata Fatin Asyira.
"Bukan aku tak mahu belanja kau. Cuma, aku nak simpan duit untuk pinang kau," Zulfikri tersengih apabila melihat jelingan Fatin Asyira. Begitulah keadaan gadis itu setiap kali Zulfikri ‘meluahkan rasa’. Mungkin gadis itu tidak faham dan menganggap kata-kata Zulfikri itu hanya gurauan. Zulfikri mengeluh.
"Kau ni kenapa, Zul? Ada masalah ke?" Zulfikri hanya menggeleng apabila Fatin Asyira mengajukan soalan itu. Mereka berdua menghabiskan masa bersama-sama sepanjang hari itu. Zulfikri berasa bahagia kerana dapat bersama dengan gadis pujaannya itu kendatipun hatinya bagai disiat-siat apabila Fatin Asyira begitu asyik bercerita tentang Syazrie Alfie.

Fatin, boleh sy jumpa awk esok? Slps kita habis kelas, kita jumpa di luar,boleh? – Syazrie

Fatin Asyira terkejut apabila mendapat sms daripada lelaki yang dipujanya itu. "Aik, dari mana dia dapat nombor telefon aku? Ini mesti kerja kak Fifi atau Kak Syareena," Fatin Asyira menggumam sendiri. Namun, pantas sahaja jemarinya membalas.

Okey. Tapi di mana? Sy perlu beritahu mama dulu. Lagipun, sy perlu decide sama ada nak bawa motor atau tidak.

Fatin Asyira menekan punat send dan menanti jawapan dari Syazrie Alfie dengan sabar. Sejurus kemudian, telefon bimbitnya berbunyi. Fatin Asyira membaca mesej yang dikirimkan untuknya.

Tak tahu lagi di mana. Beritahu mama awk ,sy akn hantar awk blk sblm pukul 9.00 malam. Jd, awk tak perlu bawa motor.

Fatin Asyira tersenyum membaca mesej itu lantas membalas sms dari Syazrie Alfie itu.

Okey. See you tomorrow. Good Night. Sweet dream

Malam itu Fatin Asyira tidur dengan lena bermimpikan Syazrie Alfie.

Fatin Asyira terkesima. Dia seperti tidak mahu percaya akan cerita yang baru dikisahkan kepadanya itu. Cikgu Syazrie rupa-rupanya baru sahaja putus tunang! Fatin Asyira tidak menyangka bahawa Cikgu Syazrie yang dipujanya selama ini adalah tunangan orang.
"Cikgu dah fikir masak-masak? Cikgu masih cintakan dia, bukan? Kenapa cikgu tak cuba maafkan dia?" Tiba-tiba Fatin Asyira berasa kesal kerana mengajukan soalan itu apabila melihat raut wajah Cikgu Syazrie yang bertambah keruh. "Saya minta maaf, cikgu," Syazrie Alfie tersenyum. Kelat sahaja senyuman itu. Nampak ketara bahawa senyuman itu sengaja diciptakan.
"Tak mengapa. Awak tak perlu meminta maaf. Saya sudah fikir masak-masak. Saya tidak menyesal. Kalau awak tanya saya soalan itu sebelum saya mengetahui perbuatan dia, memang jawapan saya ialah ‘ya, saya cintakan dia’. Tapi, sekarang tidak lagi. Hati saya dah ada pada orang lain. Saya dah maafkan dia. Cuma, macam yang saya katakan tadi, hati saya telah saya berikan kepada orang lain," Fatin Asyira terkedu mendengar pengakuan itu. Hatinya terasa sakit. Hatinya menangis. Namun, dia tetap cuba melindungi raut wajahnya agar perasaanya ketika itu tidak dapat dikesan oleh Syazrie Alfie.
Selepas pertemuan dengan Cikgu Syazrie Alfie petang itu, sikap Fatin Asyira berubah sama sekali. Fifi dan Syareena yang paling terasa akan perubahan itu. Hal ini kerana, Fatin Asyira sudah tidak lagi ingin berbual dengan mereka tentang Syazrie Alfie. Jika gadis itu bertemu dengan mereka, perkara yang dibincangkan hanyalah tentang yuran dan perkara yang berkaitan sahaja. Jika ditanya tentang Syazie Alfie, rautnya akan berubah dan tidak menegur mereka selama berhari-hari lamanya. Sikap Fatin Asyira itu berlarutan sehingga Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjelang. Setelah itu, kelibat Fatin Asyira sudah tidak kelihatan lagi di Pusat Tuisyen Teraju Citra.

Fatin Asyira melangkah masuk ke kedai buku Kinokuniya yang terletak di KLCC. Dia mahu mencari novel yang terbaru di pasaran. Fatin Asyira bergerak dari satu rak demi satu rak. Selepas menjumpai novel yang menarik, dia melangkah ke kaunter bayaran untuk menjelaskan harga novel tersebut. Tiba-tiba Fatin Asyira berasa bahunya di rempuh lalu novel yang berada di genggamannya terjatuh.
"Saya minta maaf, cik. Saya tak sengaja," Fatin Asyira mendongak. Jantungnya seolah-olah telah berhenti dari berdenyut.
"Cikgu Syazrie?" Fatin Asyira gugup.
"Fatin?" Lelaki itu juga jelas kelihatan amat terkejut. Namun, dia cuba mengawal emosinya. "Fatin, mari kita pergi minum. Bolehlah kita berborak panjang," Syazrie Alfie tersenyum lega apabila Fatin Asyira mengangguk setuju.
Fatin Asyira menjelaskan harga novel yang telah dipilihnya. Kemudian, mereka berdua beriringan menuju ke Medan Selera. Syazrie Alfie berasa sungguh gembira kerana doanya telah dimakbulkan oleh Allah. Saban waktu dia berdoa agar ditemukan semula dengan gadis itu setelah tiga tahun terpisah, walau hanya untuk sedetik waktu.
Selepas pertemuan mereka di KLCC, Syazrie Alfie dan Fatin Asyira sering mengatur janji temu. Perasaan cinta buat Fatin Asyira semakin tebal dan subur di hati Syazrie Alfie. Hidupnya akan lengkap jika gadis itu menjadi suri hidupnya. Dia bercadang untuk meluahkan rasa hatinya pada gadis itu apabila gadis itu pulang dari Sabah kerana menghadiri majlis perkahwinan Zulfikri.

Seisi rumah gempar. Bakal pengantin perempuan telah melarikan diri. Zulfikri tidak mampu untuk berkata-kata. Hatinya hancur. Dia kecewa dan terluka. ‘Sampai hati kau perlakukan aku begini, Zurina!’ Zulfikri meraup wajahnya.
"Zul, sabar ya. Allah sedang menduga kau. Itu tandanya Allah sayang akan kau. Aku tahu kau sedih dan terluka," Fatin Asyira menyentuh lembut bahu Zulfikri. Adik perempuan Zulfikri merenung sayu ke arah abangnya itu.
"Aku tahu perkahwinan kami ni dirancang keluarga kami. Kenapa dia tak membantah dulu? Aku menyesal terima keputusan keluarga aku. Sebenarnya, aku…" Zulfikri tidak mampu meneruskan kata-kata. Tiba-tiba, Puan Melor dan Encik Firdaus melangkah masuk ke dalam kamar itu.
"Maafkan ibu, Zul. Ibu bersalah. Ibu tahu kau malu. Ibu pun malu juga. Maafkan ibu," Puan Melor menangis teresak-esak. Encik Firdaus hanya memandang anak dan isterinya dengan sayu. Dia terpandangkan Fatin Asyira. Lantas dia terfikirkan sesuatu.
"Zul, ini ke Syira yang kau selalu ceritakan tu?" Zulfikri memandang Fatin Asyira lalu mengangguk perlahan. Encik Firdaus tersenyum kelat sebelum menyambung kata. "Syira sudah berpunya?" Jantung Fatin Asyira berdegup kencang. Namun, dia mengangguk sambil menjeling ke arah Zulfikri. "Syira, ibu dan ayah kau turut hadir bersama kau, bukan?" Fatin Asyira menarik nafas dalam dan mengangguk perlahan. Zulfikri mengangkat kepalanya dan memandang tepat ke wajah ayahnya.
"Tidak, ayah! Zul tahu apa yang ayah ingin lakukan. Zul tak bersetuju!" Zulfikri meninggikan suaranya. Mana mungkin dia bersetuju. ‘Tidak mungkin! Kali ini aku mesti bertegas! Syira cintakan Syazrie, dia tak cintakan aku!’
"Tak mengapa, Zul. Aku redha," Zulfikri merenung Fatin Asyira. Gadis itu tersenyum. ‘Oh gadis! Betapa sucinya hatimu!’

Syazrie Alfie terkedu tatkala membaca sms yang dikirimkan oleh Fatin Asyira. Dia merasakan bahawa takdir cuba mempermainkan dirinya. Namun, cepat-cepat dia beristighfar. Ya Allah! Mengapa KAU duga aku begini? Mengapa dia tidak ditakdirkan untuk menjadi milikku? Syazrie Alfie lantas mengirimkan pesanan untuk bertemu empat mata dengan gadis yang amat dicintainya itu.

"Fatin, saya tak pernah menyesal kerana menyintai awak. Cuma, saya amat menyesal kerana tak luahkan perasaan saya sejak tiga tahun dulu pada awak. Saya tahu, awak juga mencintai saya. Tapi, sudah takdir yang menentukan bahawa antara kita hanya wujud perasaan cinta. Tapi, kita tak mampu untuk memiliki antara satu sama lain. Saya tahu, berdosa jika saya mengimpikan untuk memiliki isteri orang. Tapi, izinkan saya untuk mengingati awak sebagai gadis yang pernah bertakhta di hati saya. Cinta memerlukan pengorbanan, dan ini adalah pengorbanan saya untuk awak. Saya sedar, saya mencintai awak. Tapi, tak semestinya saya perlu memiliki awak. Cukuplah saya pernah memiliki cinta awak. Saya berdoa agar awak akan mengecapi bahagia. Saya yakin, dia mampu membahagiakan awak," Fatin Asyira tidak mampu untuk menahan air matanya dari tumpah dan membasahi pipinya yang gebu.

Sebaik sahaja Fatin Asyira melabuhkan punggungnya dibirai katil, dia mengeluarkan sampul merah jambu yang dihulurkan oleh Syazrie Alfie kepadanya sebelum mereka berpisah petang tadi. Dia membelek sampul itu sebelum mengeluarkan isi sampul itu.

Khas buat tatapan bidadari yang pernah bertakhta di hati ini…

Kasihku buatmu hadir tatkala aku ditimpa badai…
Aku mahu kau tahu rahsia hatiku…
Aku mahu kau tahu akan kesakitan yang aku rasai…
Tatkala kau semakin jauh dariku…
Mana mungkin aku menggapaimu lagi..
Namun, kau tetap bintang yang berkelipan
Untuk menerangi malamku…
Bayanganmu tetap bidadari yang menemani hidupku…
Kau tetap mimpi yang melenakan tidurku…
Tapi…
Ketahuilah bahawa
Jiwa dan ragaku tidak rela melihat bungaku
Dimiliki kumbang lain…
Biarlah aku pergi…
Agar hatiku tidak terus berdarah
Doaku untukmu akan terus mendampingimu
Biarlah aku yang menangis..
Agar senyum bahagia terus menghiasi wajahmu…

Aku yang mencintaimu,
-Syazrie Alfie-
-4 Januari 2007-


Fatin Asyira tidak dapat menahan perasaannya. Dia menangis teresak-esak ketika Zulfikri melangkah masuk ke dalam kamar beradu mereka. Zulfikri mengambil kertas yang digenggam erat oleh isterinya itu lantas membacanya. Hatinya terluka pedih membaca bait demi bait yang ditulis oleh Syazrie Alfie.
"Maafkan abang, Syira. Semua ini salah abang," Zulfikri mendakap isterinya lalu mengusap lembut rambut isterinya itu. Dia berdoa agar diberikan kekuatan untuk menghilangkan penderitaan isterinya itu, sekaligus membahagiakan Fatin Asyira, wanita yang dicintainya sejak empat tahun yang lalu, sejak dia mula mengenali isterinya itu lagi. Bahkan, ketika itu isterinya itu baru berusia 16 tahun.
"Ya Allah! Aku masih mencintai Syazrie. Mengapa kau wujudkan rasa cinta di hati ini sedangkan KAU tidak takdirkan untuk kami bersama? Berdosanya aku, Tuhan! Ampunilah aku, Ya Tuhan! KAU berilah jodoh yang terbaik buat Syazrie dan KAU wujudkanlah rasa kasihku buat Zulfikri, suamiku ini,"

-Tamat-
posted by Penulisan2u @ 6:47 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
15 Comments:
  • At 27/3/09 11:20 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hmmm,,
    besh cte neh...
    ciap de pic writer lak tuh!!
    hehee...

     

  • At 28/3/09 12:26 PG, Blogger umairah said…

    cinta xsemestinye bersatu..
    jarang de ending cte camni..
    len dr yg len..
    ske2...

     

  • At 28/3/09 4:37 PTG, Blogger A said…

    syiqa,sedih nye cte awk.. :((

     

  • At 28/3/09 7:25 PTG, Blogger Syiqa Rahmat said…

    Tanpa Nama: Err... cute kan writer tu? wakakakakaka =)) Btw, thanks eyh sbb sudi gak baca ni..

    Umai: tau xpe....

    Ainaa:sedihkan?Ade iras2 cerita kita ngn Al-Junid tu tak? x)

     

  • At 29/3/09 3:12 PTG, Anonymous mala said…

    waaaa.....sedeynyerrrr... terkezut bc...tapi tu la takdir namanyer.... moga kita semua dapay mengecapi bahagia.... walaupun hanya dgn melihat kebahagiaan org lain... :)

     

  • At 30/3/09 12:34 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam...
    best cite ni tp sedih la endingnya...
    moralnya meski pun kita mencintai seseorang x semestinya kita dpt memiliki dirinya kan?
    cite ni jg mengingatkan kite spy redha ngan takdir...

     

  • At 30/3/09 1:24 PG, Blogger Liling said…

    Akaka.Mengapakah ada dsebut nama sabah?Akaka.Weh-skema woh.gAMBAR.

    Huhu.Good story.=D Sedey lae toh =(

     

  • At 31/3/09 12:24 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedih ler juga...tp kalau ending dia bersatu dengan cikgu tu lagi best...kang kang

     

  • At 31/3/09 5:13 PTG, Anonymous bb^butterflyy~~ said…

    OMG. gila sama cite kau ngn ckgu junid. kan syiqa kan ? HAHA. teraju citra ? haha. takyah ah kaver bbe. titian cahaya sudeyhh. ktorang sume tawu camne kau sangap ngn si junid towhh. wakaka! ;)

     

  • At 31/3/09 5:22 PTG, Blogger Syiqa Rahmat said…

    bb^butterflyy~~

    npe la serabut sgt ni? mana de same.. iras2 jer.. dush dush dush... ni semua rekaan je,ok? imaginasi semata2.. *jgn kantoikan aku bleh x?*

     

  • At 6/4/09 11:50 PG, Blogger Kartika Sri Dewi said…

    aii dlam hati kan nk dngn cikgu..knp x buat ending ng cikgu jer?? hahahaha!

    btw, nice dear..

     

  • At 7/4/09 12:04 PG, Blogger Syiqa Rahmat said…

    wakakaka... malu la klau ending mcm tu... *blushing*

    btw, thanks sis! :-*

     

  • At 12/4/09 2:18 PTG, Blogger hanafi (afiq82) said…

    sememangnya menarik tapi kurang tertarik.. bg sy terlalu banyak dialog kat dalam cite ini. apapun dari jalan cerita mmg best.

     

  • At 12/4/09 9:18 PTG, Blogger Syiqa Rahmat said…

    Thanks hanafi :)

    Saya akan cuba karang cerpen lain yg lebih tertarik :)

     

  • At 18/4/09 2:17 PTG, Anonymous ieja said…

    wuu...sedey nye bace...thanx syiqa...nice story..wat sy pk jodoh tu pasti ade..Allah tetapkan pd smua..cume kite xtau yg mane..walaupun blambak ade depan mata...thanx again n congrats

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group