Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Farah menunggu kehadiran Fatin dengan penuh sabar. Sudah hampir sejam dia termangu sendirian di taman rekriasi ini, namun kehadiran Fatin masih belum kunjung tiba. Farah diulit perasaan resah. Fatin tidak pernah lambat sekiranya mereka bertemu janji. Tiada pula panggilan dari Fatin. Ada sesuatukah yang menimpa sahabat karibnya itu? Kemalangan jalan raya? Ya Allah, minta dijauhkan kecelakaan itu daripada Fatin. Sempat dia berdoa dalam hati. "Fara, aku minta maaf." Fatin bersuara dengan termengah-mengah. Gadis itu segera melabuhkan punggungnya di sebelah Farah. Farah menarik nafas lega. "Mana kau pergi? Lama tau aku tunggu." Farah menyuarakan kebimbangannya. "Aku terjumpa Zaquan masa on the way ke sini tadi." Mendengar Fatin menyebut nama Zaquan, hati Farah diserang perasaan berdebar-debar. Zaquan adalah lelaki pertama yang telah membuka pintu hatinya 11 tahun lalu, ketika berada di tingkatan empat. "Kau mesti tak percaya, Farah. Aku jumpa Zaquan. Dia makin handsome tau. Kalau aku tak ada apa-apa dengan Aizat, aku goda dia time tu juga," cerita Fatin bersungguh-sungguh. Farah membisu. 11 tahun dia setia pada cinta Zaquan. Setia pada cinta yang dia sendiri tidak pasti. "Aku ajak dia ke sini tadi. Tapi dia kata, dia ada hal yang nak diselesaikan. Kalau tak, mesti kau dapat jumpa dia, kan?" Fatin tersenyum nakal. Farah mengerutkan dahinya. Fatin tahu ke yang dia ada hati pada Zaquan? "Buat apa jumpa dia? Dia pun bukan ingat kat aku pun." "Kau ni, bukannya aku tak tahu yang kau tu pendam perasaan kat Zaquan sejak sekian lama. Aku kan, kawan baik kau." Muka Farah sudah merona merah. Macam mana Fatin boleh mengetahui isi hatinya itu? Soal hati dan perasaan, tidak pernah dikongsikan dengan sesiapa pun. "Mana ada. Perasaan budak-budak je tu. Sekarang ni, dah terkubur perasaan tu," Farah menafikan. "Terkubur kat mana? Aku tak jumpa nisannya, Farah. Habis tu, kenapa kau tak terima Nadzmi? Aku rasa, Nadzmi tudah cukup baik untuk dibuat suami kau. Rupa ada, pelajaran ada, harta ada. Memang padanlah dengan kau," ujar Fatin. Farah tersengih. "Aku tak bersedia lagilah. Kau ingat, kahwin ni senang sangat ke? Kau dengan Aizat tak kahwin pun lagi." Fatin ketawa. "Aku tengah tunggu dia kumpul duit. Kami dah bersedia untuk menempuh alam rumah tangga ni." Farah mendengus. "Entah-entah Zaquan tu dah bawa balik minah mesir. Dia tu kan, kaki perempuan. Agaknya dah ada anak pun." Zaquan memang terkenal dengan sikap playboynya. Lelaki itu mempunyai rupa paras yang menarik. Menawan hati setiap gadis yang memandangnya. Dengan kelebihan itu, Zaquan gemar bertukar-tukar pasangan. Farah sendiri tidak percaya dia boleh terpikat pada Zaquan. "Apalah kau ni, belum apa-apa dah menyerah kalah," Fatin memberi kata-kata peransang. "Betul apa. Dia tu mana pernah pandang aku. Aku ni, bukannya cantik pun." "Farah, cantik bukan terletak pada rupa paras. Cantik yang sebenarnya lahir daripada hati yang bersih, akhlak yang mahmudah." "Itu kata kau. Ada Zaquan cakap macam tu?" soal Farah. ` "Memanglah tak pernah," jawab Fatin perlahan. "So, kau jangan nak membangkitkan isu ni lagi. Malaslah cerita pasal dia lagi. Kau nak jumpa aku ni, apa hal?" "Nasib baik kau ingatkan aku. Hujung bulan ni, kita balik Johor. Budak-budak ni, nak buat reunion." Fatin memberitahu tujuan asal dia mengajak Farah keluar. "Malaslah nak pergi. Hujung bulan ni, aku sibuk sikit." "Pergilah. Zaquan dah confirm nak pergi." "Boleh tak kau jangan kaitkan aku dengan nama Zaquan. Aku memang sibuk." Fatin mengeluh. "Tak bestlah kalau kau tak ada. Takkan aku nak pergi seorang kot?" "Bukan tak ada budak lain." "Farah, pergilah. Aku dah lama tak jumpa kawan-kawan kita. Kau pun sama. Demi aku, Farah. Kita pergi, ya," rayu Fatin. Farah serba salah. Mendengar rayuan Fatin membuatkan hatinya berbelah bagi. Dia pun bukannya tidak mahu bertemu dengan kawan-kawan lamanya. Tetapi, mengenangkan Zaquan telah pun telah balik ke Malaysia dan telah bersetuju untuk turut serta dalam majlis reunion nanti, perasaan malasnya membuak-buak. Dia tidak mahu bersua dengan Zaquan. Cukuplah 11 tahun dia menanti. Dia tidak mahu hatinya sakit, melihat Zaquan hadir bersama pasangannya nanti. "Farah, aku merayu kat kau ni. Kita pergi," pujuk Fatin lagi. Farah mengeluh. Lambat-lambat dia menganggukkan kepalanya. Tidak sampai hati melihat Fatin merayu lagi. Fatin tersenyum gembira. Pantas dia meraih Farah ke dalam pelukannya, tanda terima kasih yang tidak terhingga. "Fatin, lepaslah. Orang tengok tu." Fatin ketawa terbahak-bahak sambil meleraikan pelukkannya. ***** Farah bersiap seadanya. Kebaya nyonya sudah tersarung di badannya. Dikenakan juga sehelai selendang bewarna biru muda, sedondon dengan kebayanya. Solekan yang nipis, sesuai untuk majlis makan malam. Hanya menunggu Fatin bersiap sahaja. Sahabat karibnya itu memang lambat bersiap. Ingatannya berkalih pada Zaquan. Sejak Fatin mendakwa terserempak dengan Zaquan, hatinya tidak tenteram seperti dahulu. Hatinya sering membayangkan Zaquan di sampingnya. Berharap agar cinta pertamanya itu bakal disimpulkan dengan ikatan perkahwinan. Tetapi, dia sedar, segalanya adalah sesuatu yang mustahil. Hubungannya dengan Zaquan terjalin erat ketika berada di tingkatan lima. Ditakdirkan, mereka sekelas buat kali pertama. Selalu juga dia berbual-bual dengan Zaquan pada waktu petang. Berbicara mengenai zaman silam dan masa hadapan. Ketika itu, Farah berasa bagaikan di awangan. Berkongsi cerita bersama insan yang tersayang. Tetapi, sayangnya Zaquan tidak tahu perasaannya pada lelaki itu. Hubungan itu terputus sebaik sahaja mereka berdua tamat tingkatan lima. Melalui teman-teman, Farah mengetahui Zaquan melanjutkan pelajaran ke Mesir, mendalami bidang perubatan. Sejak sampai semalam, Zaquan tidak menegurnya. Untuk memulakan langkah, perasaan malu menebal di dalam jiwanya. Perigi tidak akan cari timba, itulah prinsipnya. "Farah, kau dah siap ke? Jom, kita..." Farah menghadap Fatin yang tercengang melihatnya. Kenapa dengan Fatin? Nampak hantu ke? "Kau ni, kenapa? Dahlah lambat bersiap. Ni, nampak hantu pula ke?" rungut Farah. "Cantiknya kau, Farah. Aku ingat siapalah tadi. Kau nampak cantik bersolek macam ni. Barulah Zaquan nampak," puji Fatin. Farah tersenyum hambar. Tiada harapan untuknya memenangi hati Zaquan. Selama ini, lelaki itu seperti tidak menyedari kehadirannya. "Jangan cakap pasal Zaquan lagi, boleh tak?" "Aku suka tengok kau dengan dia. Susahlah nak tutup mulut aku ni," ujar Fatin. "Aku malas nak turun. Fatin mendengus kasar. "Menyampah aku. Jom, turun." Fatin sudah mendapatkan Farah dan menarik tangan sahabatnya untuk turut sama hadir dalam majlis makan malam ini. Farah terpaksa mengikut. Sampai sahaja di pintu dewan, hampir semua mata di situ memandangnya, termasuk Zaquan. Farah menundukkan mukanya. ‘Lain sangat ke penampilan aku malam ni? Kenapa semua orang pandang aku macam tak pernah tengok ni?’ "Fatin," tegur Farah. Fatin menghadap temannya. "Aku pakai bedak comot ke? Kenapa budak-budak kat depan tu pandang aku, semacam je?" tanya Farah. "Mana ada. Kan aku dah cakap, kau nampak cantik sangat malam ni," tegas Fatin. Farah tersenyum malu. "Betul ke ni? Kau jangan main-main dengan aku?" "Aku ni, pernah ke tipu kau?" Farah menggeleng laju. "So, jangan banyak tanya lagi." Farah mengangguk-angguk. Fatin membawanya ke sebuah meja bulat. Di situ kelihatan beberapa orang teman rapatnya dahulu, Nazira, Iza, Filza, Nabila dan Ain. Dia dan Fatin. Tujuh orang kesemuanya. Majlis bermula tidak lama selepas itu. Dipengerusikan oleh Afif, selaku ketua. Doa dibaca oleh Shafiq, untuk memberkati majlis yang mereka adakan ini. Sesekali, mata Farah mencari kelibat Zaquan. Hanya kesempatan ini sahaja yang dapat digunakan untuk menatap wajah kacak lelaki idamannya itu. "Jom, makan," Nazira bersuara. Farah kembali ke alam nyata. Dia cuba untuk menumpukan perhatian pada teman-temannya. Namun, bayangan Zaquan tidak mampu untuk ditepisnya. Hari esok bakal menjelma, dan mereka akan terpisah lagi. "Farah, kau ni merindu cik abang ke? Diam je dari tadi," tegur Iza. Farah tersenyum malu. "Mana ada cik abang yang nak rindu?" "Dia tengah layan perasaan tu. Ada yang buat-buat tak nampak kehadiran dia," ujar Fatin sambil tersenyum nakal. Farah sempat mencubit paha Fatin. Tidak suka apabila Fatin cuba membuka cerita mengenai Zaquan. "Sakitlah, Farah," Fatin mengaduh. Farah tidak mempedulikan. Siapa suruh pandai-pandai buka cerita orang? Rasakan kenikmatan cubitan itu. "Ala, siapa yang tak nampak tu, Fatin?" soal Ain pula. "Entahlah. Ni, tengah frust. Esok dah nak balik, tapi si dia tak nak tegur Farah. Tu yang monyok je muka." Semakin seronok Fatin mencanang cerita. "Fatin! Merepeklah kau ni. Korang janganlah percaya cakap Fatin ni." "Maaf mengganggu korang semua makan, salah seorang sahabat kita ada pengumuman yang nak dibuat. Nak jemput kita semua makan nasi minyak ke, Zaquan?" suara Afif berkumandang di corong pembesar suara. Farah menelan air liurnya berkali-kali. Betul ke apa yang Afif cakap tu? Zaquan nak kahwin dengan siapa? "Tengoklah tu, dah semacam aku tengok kawan kita ni," ujar Fatin sambil disambut oleh gelak tawa rakan-rakan yang lain. "Oh! Zaquan ke orangnya?" soal Nabila. Fatin mengangguk-agguk. Farah sudah tidak peduli. Apa yang ingin diketahuinya adalah pegumuman yang bakal disampaikan oleh Zaquan. Siapa agaknya gadis bertuah itu? "Assalamualaikum, sahabat-sahabat sekalian. Maafkan saya kerana mengambil sedikit masa kawan-kawan pada malam ni. Pegumuman yang bakal saya sampaikan ni, lebih kurang macam Afif beritahu tadi. Jemputan makan nasi minyak saya." Zaquan memulakan bicaranya sambil tertawa. Farah tergamam. Penantian 11 tahunnya bakal berakhir malam ini. Bodohnya dia kerana setia pada cinta Zaquan sedangkan Zaquan tidak pernah tahu perasaannya ini. Penantian yang tiada ertinya. Air matanya mengalir perlahan membasahi pipi. "Sebelum tu, saya nak ucapkan jutaan terima kasih pada seseorang yang menjadi pembakar semangat saya selama ni. Sejak zaman sekolah dulu, sampailah dia menghilangkan diri. Kalau boleh, saya nak dia naik atas pentas. Saya persilakan Nur Farah Irina." Farah terkejut apabila namanya disebut oleh Zaquan. Zaquan memandangnya dari atas. Apa semua ini? Dia segera menyeka air matanya yang masih lagi mengalir deras. Semua mata tertumpu kepadanya kini. "Cepatlah naik, nanti cik abang Zaquan awak tu lari pula," usik Fatin. "Betul ke Zaquan panggil aku naik?" sempat Farah bertanya pada Fatin. "Nur Farah Irina. Nama kau, kan? Memang dia jemput kau naik atas pentas tu," ujar Fatin. Farah teragak-agak. Namun, digagahainya kakinya untuk melangkah naik ke pentas. Semuanya sedang menunggu Farah naik ke atas pentas bagi meneruskan agenda Zaquan. Farah berhenti di sisi Zaquan. Perasaan berdebar menguasai dirinya apabila Zaquan menghadapnya. Mengapa ada perasaan ini? "Farah, Zaquan ucapkan terima kasih pada Farah kerana Farah tak jemu bagi nasihat pada Zaquan supaya Zaquan bangkit demi mencipta kejayaan dan seterusnya meneruskan impian Zaquan untuk menjadi seorang doktor. Hari ni, Zaquan yang berdiri di hadapan Farah, dah pun bergelar doktor. Walaupun Farah lenyapkan diri Farah daripada Zaquan, segala nasihat Farah, Zaquan simpan kemas dalam hati. Nasihat itulah yang menjadi pembakar semangat Zaquan." Farah terdiam mendengar kata-kata Zaquan. Sungguh, lelaki ini tidak pernah melupakan dirinya? Benarkah apa yang pernah diucapkannya pada lelaki itu tidak pernah dilupakan? Zaquan melutut di hadapannya dan mengeluarkan sebuah kotak kecil dari kocek seluarnya. "Farah, sukar untuk Zaquan lepaskan Farah daripada hidup Zaquan. Sudikah Farah jadi isteri Zaquan?" Farah benar-benar terpana. Zaquan melamarnya. Di hadapan rakan-rakan mereka. Adakah apa yang didengarinya tadi realiti atau ilusinya semata-mata. Farah memandang wajah Zaquan. Tiada insan lain yang berada di hatinya selain lelaki ini. Perlahan-lahan Farah mengaggukkan kepalanya. Zaquan tersenyum. Cincin dari kotak kecil itu dikeluarkan dan disarungkan ke jari manis Farah. Farah menitiskan air matanya. Gembira. Rakan-rakan mereka bertepuk tangan dan bersorak gembira. Farah dan Zaquan beriringan turun dari pentas. Hatinya benar-benar bahagia kini. Cinta pertamanya akhirnya bersambut jua. "Zaquan," panggil Farah. Zaquan memandang Farah. "Kenapa Zaquan pilih Farah? Kenapa bukan kekasih-kekasih Zaquan yang lain?" soal Farah ingin tahu. "Sebab Farah bukan kekasih Zaquan. Farah adalah segala-galanya buat Zaquan. Satu dalam seribu. Seramai mana pun kekasih Zaquan dulu, Farah adalah yang palin istimewa," jelas Zaquan. "Tapi Farah tak cantik macam kekasih-kekasih Zaquan." "Rupa paras tak kekal Farah. Kecantikan Farah terserlah dari dalam, yang membuatkan Zaquan terus membayangi Farah." Farah diam, berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Zaquan. "Ada apa-apa lagi yang nak ditanya?" soal Zaquan pula. Farah menggelengkan kepalanya. "Nasib baik ada Fatin. Dia yang beritahu Zaquan yang Farah ni masih single, masih menunggu Zaquan. Kalau tak, Zaquan tak berani nak melamar Farah depan orang ramai macam ni." Farah terkedu. Fatin. Jadi Fatin telah berkomplot dengan Zaquan untuk semua ini? Patutlah, Fatin tidak pernah jemu untuk berbicara soal Zaquan kepadanya. "Minggu depan, Zaquan hantar rombongan meminang Farah. Bulan depan, kita bertunang, hujung tahun ni, kita kahwin." "Cepatnya merancang." "Nanti Farah hilangkan diri lagi. Siapa yang nak kahwin dengan Zaquan?" Farah tersenyum. "Buat apa nak larikan diri lagi? Nanti kekasih-kekasih Zaquan muncul datang cari zaquan balik." "Tahu pun. So, hujung tahun ni, jadi tau." Farah mengangguk. Dia mengucapkan syukur pada Illahi. Penantinya akhirnya menemui noktah. Muhammad Zaquan dan Nur Farah Irina. Dua hati ini akhirnya bersatu.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best la...
good job....