Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Akbar Berita Harian diselak satu persatu. Muka surat 12 diselak lagi. Terpapar di satu sudut kecil di sebelah kanan, artikel yang bertajuk Pameran Karya Cinta Aku. Mata Haikal lantas terhenti di situ. Satu pameran yang telah dinanti-nantikan sekian lama bakal diadakan di Dewan Khayangan Puri oleh seorang penulis berbakat tanahair Fisha Husin bersama Rizki Ikram yang merupakan pengukir arca terkenal berasal dari Brunei. Pameran yang bertajuk Karya Cinta Aku ini akan menjamu mata para pengunjung dengan hasil karya mereka bertemakan seni dan rekabentuk arca sepanjang minggu ini dari 9 Februari hingga 15 Februari. Bagi peminat seni rekabentuk arca dan yang ingin mengenali lebih dekat lagi dengan seni ini dialukan-alukan hadir beramai-ramai kerana masuk adalah percuma. "Inilah penyakit sekarang, kalau aktiviti ilmiah macam ni mesti kena masuk percuma barulah orang nak datang. Kalau acara-acara hiburan beratus-ratus pun orang sanggup beli tiket." Haikal mengomel sendiri. Helaian akhbar diselak lagi. "Ni pula pasal politik. Kucar-kacir pemimpin huru-hara negara. Politikus." Kepala digeleng-gelengkan. Jam di pergelangan tangan dijeling. Jarum di angka satu dan sembilan. Kopi dalam cawan sudah separuh tapi orang yang ditunggu-tunggu masih belum menjelma. Pengunjung di kafe tersebut semakin berkurangan. Mungkin mereka bergegas untuk masuk semula ke pejabat. Tetapi masih ada lagi kira-kira lima atau enam meja yang berisi. Mata Haikal masih meliar-liar mencari susuk tubuh orang yang bakal ditemuinya tengahari ini. Nafas lega dihembus apabila Fisha akhirnya muncul. Surat khabar dilipat pantas dan diletakkan di sisi meja. "Sorry, lambat. Jalan jam tadi." Tanpa dipinta Fisha menghempaskan punggung di hadapan Haikal. "Jam juga yang salah? Herm, jam aku pun baru je pukul satu, kau tak lambat pun." "Perli aku la tu? Aku tak buta lagi la, kopi tu pun dah tinggal separuh." Telunjuk Fisha ke arah cawan made from China itu. "Iyelah, sibuk sangat mengalahkan Obama yang tengah menguraikan krisis kewangan. Nasib baiklah aku bukan kerja pejabat. Kalau tak, kau sampai je tinggal cawan ni dengan meja yang kosong." "Sebab tu la aku boleh lambat-lambat,sebab aku tau kau tak kan bosan tunggu aku. Hehe. Aku bukan sengaja, tengah sibuk dengan persiapan pameran aku nanti." "Kau tak cakap pun aku tahu. Aku bukan buta isu-isu semasa, hari-hari aku baca Berita Harian. Baru tadi aku baca dalam paper pasal pameran kau tu. Lama juga kau buat sampai seminggu." "Itu pun kalau boleh aku nak buat lagi lama. Tapi kau pun faham kan, budget kekangan segala impian manusia. Sekurang-kurangnya cita-cita aku dah tercapai, cuma berdebar-debar dengan sambutan orang. Harap tempoh seminggu ni cukup berbaloi dengan usaha aku bertahun-tahun." "Aku yakin mesti grand punya. Lagipun kau pun dah cukup ramai peminat, berganding pula dengan Rizki Ikram. Jejaka paling berkarisma dari Brunei. Lain lak ceritanya kalau kau berganding dengan aku yang hanya pelukis jalanan ni. Sebab tu la senyap-senyap je kau nak buat pameran Karya Cinta Aku itu." "Lor, tak kan nak merajuk pula dengan aku? Tak gentle langsung! Bila kena dengan tema nanti aku ajak la kau. Tak kan aku nak sisihkan orang yang berada di belakang aku? Kau pun dah makin mantap sekarang aku tengok? Lukisan-lukisan kau pun dah banyak masuk galeri Sri Emas. Bukan calang-calang orang boleh masuk situ." "Tapi orang lebih kenal aku di jalanan. Aku pun lebih suka macam tu, membuatkan aku rasa dekat dengan dia orang, aku boleh tengok wajah dia orang yang puas hati dan gembira dengan hasil seni aku. Orang yang tak ada buku cek ataupun dompet berkulit asli pun mampu untuk memiliki lukisan aku. Seni ni tak memilih orang, Fisha." "Tapi orang yang memilih seni. Dia orang memilih apa yang suka dilihat, suka dibaca, suka dirasa, suka dipegang, suka dimakan. Kali ni aku pilih Rizki sebab dia pengukir arca. Kau pula dari pelukis potret sekarang dah mula jelas minat kau kepada benda yang lebih kritikal macam kura-kura dan alam laut kau. Pencinta alam la katakan?" "Sindir aku pula?! Ada cerita disebalik semua kura-kura aku tu Fisha. Bila kita suka melakukan sesuatu tu maksudnya kita cintakan ia biarpun cinta tu hanya satu jisim yang intangible tapi hasilnya adalah tak ternilai. Pakar matematik mahupun pakar ekonomi global pun tak boleh nak menilai cinta. Kau boleh ke?" "Cakap macam orang dilamun cinta. Hehehe." "Dilamun cinta dengan permaisuri ikan aku. Hahaha. Oklah Fisha, aku ada hal ni. Wish you good luck. K bye!!" Haikal bangun dan beredar selepas meneguk kopi yang masih berbaki. "Thanks, jangan lupa datang nanti!" Haikal menoleh dan tersenyum mendengar kata-kata Fisha itu. Fisha mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg tangan setelah mendengar bunyi mesej diterima. Mesej dari Rizki "Sayang, i"m waiting for you here." Fisha tersenyum sendiri. Semuanya berjalan dengan lancar dan sambutan dari pengunjung menggalakkan. Mungkin juga kerana ia julung kalinya diadakan dan menggabungkan dua nama yang cukup berbakat dan digemari oleh pencinta seni. Buat seketika dunia Fisha dan Rizki menerima tumpuan lebih dari biasa. Sama ada Fisha atau Rizki sendiri menerima pelbagai ajuan soalan dari media yang mengambil peluang untuk bahan cerita mereka. Ulasan untuk melariskan sesuatu yang boleh dijual. "Saya rasa kagum melihat hasil karya encik Rizki. Adakah arca-arca itu ditujukan untuk seseorang atau lebih tepat lagi kepada orang yang dicintai?" Aju salah seorang wartawan yang berada di situ. "Bagi saya tajuk pameran ini sudah cukup tepat untuk menggambarkan hasil-hasil karya saya. Ya, saya tujukan karya seni ini buat seseorang yang saya sayangi dan mereka yang istimewa dalam hidup saya." "Adakah orang yang encik Rizki sayangi itu ada di sini?" "Ya, berada hampir dalam hati saya." Mata Rizki tertumpu kepada Fisha yang berada di sisinya. "Adakah cik Fisha mengenali orang yang disayangi atau dicintai oleh encik Rizki?" "Orang yang saya maksudkan adalah peminat seni arca yang menyokong saya dari belakang terutamanya yang berkunjung ke pameran ini. Saya dan Fisha sangat menghargainya dan mengucapkan terima kasih buat anda semua." Ujar Rizki dan pandangannya masih kepada Fisha. Fisha membalas dengan senyuman. "Cik Fisha pula bagaimana? Adakah Karya Cinta Aku ini juga membawa maksud yang mendalam ataupun ditujukan kepada sesiapa yang istimewa?" "Dari awal lagi ketika proposal ini ditulis, saya berniat untuk tujukan apa yang berlaku pada hari ini kepada pencinta seni dan mereka yang berada dekat dengan karya saya, yang menyukai karya saya dan yang membaca tanpa jemu. Jadi pameran ini saya tujukan khas buat mereka yang menyokong saya dan saya amat-amat menyanyangi mereka." "Tapi apa yang kami dengar, encik Rizki dan Fisha mempunyai hubungan istimewa. Adakah ia benar?" Rizki dan Fisha saling berpandangan dan mereka ketawa mendengar soalan cepu emas itu. Soalan itu hanya dibiarkan tanpa jawapan dengan reaksi spontan mereka itu. Fisha sibuk melayan pengunjung yang datang dan membeli hasil tulisannya. Tanda tangan dan poster percuma diberikan. Dalam kesibukan itu, mata Fisha tertangkap susuk tubuh Rizki yang sedang berbual dengan seorang perempuan cina yang berpakaian agak menjolok mata. Skirt yang dipakai perempuan itu menampakkan pehanya. Mereka kelihatan begitu mesra sekali. Sebelum berpisah perempuan itu memeluk Rizki dan Rizki pula mencium pipi perempuan cina itu. Fisha pula hampir menitiskan air matanya di situ apabila melihat perbuatan Rizki. Perasaan cemburu hadir bagai memaksa Fisha untuk pergi menyerang Rizki dan pasangannya tatkala itu. Perasaan yang membuak-buak membuatkan Fisha tidak mampu sekadar duduk melayani pengunjung dan beraksi seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dia bukan gadis seperti itu. Fisha lebih praktikal dan sekurang-kurangnya dia perlukan penjelasan yang logikal. "Kenapa ni, semacam je? Panjangnya muncung? Boleh ikat reben." Rizki menghampiri Fisha. "Saya tengah marah dekat awak, mestilah kena muncung. Barulah awak boleh tahu." "Owh, marah dekat saya rupanya. Marah sebab saya tak layan awak eh?" "Sebab awak mesra sangat dengan seorang perempuan cina yang seksi. Saya nampak tadi." "Melissa? Dia kawan lama saya. Belajar satu kolej dulu." "Perlu ke peluk cium tu?" "Cemburu rupanya. Erm, patutlah pun. Hehe." "Kalau awak tak boleh nak jelaskan lebih baik dari itu, saya anggap awak tak jujur dengan saya, encik Rizki." Fisha bangun dan cuba beredar tapi ditahan oleh Rizki. "Saya dah jelaskan, apa yang awak tak puas hati sangat ni? Kan saya dah cakap, dia kawan saya. Itu je pun." "Maaf, saya tak boleh nak terima alasan awak yang sangat mudah tapi tak cukup kukuh untuk menguraikan keraguan dalam fikiran dan hati saya ni." Fisha meninggalkan Rizki sendirian. "Kau bergaduh dengan Rizki ke Fisha? Korang ni pun, sabar-sabarlah. Tinggal dua hari je lagi pun pameran ni nak habis." Ruhi muncul tiba-tiba. "Depan mata aku dia dengan perempuan lain, tak kan aku nak diam buat tak tahu je. Paling tak pun mestilah aku kena tanya dia. Tapi dia bagi jawapan skema kat aku. Benganglah aku." "Kalau dia dah minta maaf, kau maafkan je la dia. Mungkin memang betul dorang tak ada apa-apa. Kau tu je sensitif sangat." "Masalahnya langsung tak keluar perkataan maaf tu dari bibir dia yang tebal tu. Susah sangat agaknya nak minta maaf." "Fisha, kau tak rasa ke betapa dia cintakan kau. Kau sendiri tengok arca-arca yang dia buat tu. Semuanya untuk kau." "Kau tak dengar apa dia jawab dengan wartawan tadi? Semua tu untuk peminat-peminat dia, bukan aku." "Kalau dia mengaku untuk kau pun, mesti kau tak nak hubungan mesra korang didedahkan kepada umum kan?" "Entahlah, aku rasa dari jawapan Rizki tadi ada unsur tak jujur pada aku. Aku harap dia sedar tindakan dia tadi." "Aku harap kau dan Rizki boleh berbaik-baik sebelum pameran ni tamat. Kalau tak aku yang sudah nanti. Please Fisha?" "Aku cuba." Pameran hanya tinggal satu hari lagi. Fisha menyibukkan diri dan cuba mengelak dari Rizki. Rizki pula seperti sudah berpuashati dengan penjelasannya sebelum ini. "Fisha! Ada bungkusan untuk kau." "Kau buka je la Ruhi, malas aku nak buka." "Entah-entah dari Rizki. Mana tahu dia nak minta maaf dengan cara macam ni. Bukalah!?" Ruhi memujuk. Fisha mengambilnya dan mengoyakkan kertas pembalut berwarna hijau itu. Sebuah lukisan. Seekor kura-kura berenang bersama seekor ikan yang memakai mahkota seperti permaisuri. Tangan kura-kura memegang sirip si ikan dan berlatar belakangkan sebuah istana kaca. Di belakang lukisan itu disertakan sekeping nota. Hikayat.......Seekor kura-kura yang dahulunya tidak tahu berenang bertemu dengan permaisuri ikan yang telah mengajarnya bagaimana untuk berenang. Sebagai balasan, si kura-kura berjanji untuk membahagiakan permaisuri ikan itu. Terima kasih Fisha untuk hikayat itu, dan aku si kura-kura yang mendambakan permaisuri ikan untuk menjadi permaisuri dalam hatiku sebagai peneman sepanjang hidup ku. Dan kau adalah permaisuri ikan yang selalu bertakhta dalam hati ini. "Fisha?" Suara Haikal datang dari belakang. Fisha menoleh. "Haikal, hikayat cinta si kura-kura dan permaisuri ikan tu aku belum tamatkan lagi. Tapi sekarang aku dah tahu macam mana nak tamatkannya." Fisha menarik nafas dalam-dalam. Matanya masih pada wajah Haikal. "Macam mana?" "Permaisuri ikan dan si kura-kura berpimpinan tangan macam dalam lukisan tu. Dia menerima si kura-kura bersama cintanya." "Tapi aku hanya kura-kura, Fisha?" "Haikal, terima kasih kerana lukisan yang jujur itu. Terima kasih untuk segalanya. Permaisuri ikan yang mungkin mementingkan diri sendiri tak mampu menolak cinta si kura-kura yang tulus itu." "Fisha, i love you." Haikal akhirnya mengucapkan kata-kata yang sebegitu lama dipendamkan.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
fisrt..!
hehehe..
urm agak menarik jugak citer nier..
;p
~miera,form 3~