Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Suanana pagi di pekan Jelebu sangat berlainan dengan tempat tinggal Hawa. Di Jelebu, bunyi ayam berkokok masih lagi kedengaran membangkitkan mereka yang masih lagi terlena. Kicauan burung seolah-olah meringankan suasana pagi itu. Berbeza dengan kota tempat tinggalnya. Enjin kereta dan motor telah kedengaran seawal enam pagi. Udaranya yang bercampur toksik kadangkala membuatkan kenyamanan pagi hilang serinya. Hawa masih lagi membaringkan dirinya walaupun matanya sudah tercelik. Akal fikirannya melayang sebentar mencari ilham untuk menulis cerpen yang akan dikarangnya. Sudah menjadi kebiasaan dia menulis pada waktu lapang. Jika idea untuk menulis cerpen datang menjelma, dia terus mencatat pada buku nota kecil yang selalu menjadi peneman Hawa walau dimana dia berada.
Hawa mula membangkitkan dirinya dari katil, mukanya dikerutkan, badanya mula digeliatkan seperti biasa dan kakinya masih lagi diluruskan.
"Alhamdulilah, Adam tidak seperti apa yang aku sangkakan." dia mula bermonolog di dalam hati. Hatinya yang gusar dek ketakutan tidur di rumah orang yang tidak dikenali hilang dan rasa kagum bercampur terharu dengan pertolongan pemuda bernama Adam. Ubat nyamuk yang diberikan malam tadi, masih lagi bernyala. Hawa tersenyum sendiri apabila mengingatkan gelagat mereka malam semalam. Orang yang disangka jahat, seperti bapa saudaranya ternyata baik. Sangkaan Hawa meleset jauh sama sekali. Pening di kepalanya masih lagi berbisa. Tetapi beransur kurang dengan bantuan ubat panadol yang diberikan Adam. Sekali lagi dia mula tertarik dengan jejaka yang baru dikenalinya. Bagi Hawa, Adam berbeza dengan lelaki yang dikenalinya sebelum ini. Kebanyakan lelaki yang cuba mendekati Hawa, hanya mahu tubuhnya sahaja. Nasib baik Hawa seorang gadis yang berpendidikan agama dan diajar baik buruk, dosa dan pahala dalam Islam. Kerana tanggapan itulah yang membuatkan Hawa menganggap Adam sama seperti lelaki yang lain, suka mencari kesempatan. Bagi Hawa, tidak ada kucing yang menolak ikan, jika ikan yang besar dan lazat ada di depan matanya.
Tetapi Adam berbeza, sangkaannya meleset sepenuhnya. Dia merasa kagum dengan sikap lelaki tersebut.
"Allahhuakhbar" suara Adam kedengaran di bilik sebelah.
Hawa bangun dan membangkitkan badannya daripada katil, lalu berjalan menuju ke arah suara itu. Tombol pintu dibuka dan tirai diselak. Dia terlihat Adam yang berpakaian lengkap berwarna putih, sedang berdiri. Hawa berjalan mendekati Adam.
"Ooo..tengah solat." benaknya didalah hati sambil kedua-dua tangan digosokkan dimatanya.
"Taat sungguh Adam kepada perintah agama. Tadi malam dia membaca Al-Quran, sekarang awal pagi dia menunaikan tanggungjawab kepada Allah S.W.T. beruntung siapa yang bersuamikan Adam." Sambungnya lagi.
Tanpa berlengah masa, Hawa berjalan menuju ke bilik tidurnya dan mengeluarkan barang pakaiannya daripada bag yang belum sempat dia keluarkan malam tadi kerana keletihan dek berjalan jauh, dan pening kepala. Langkah demi langkah diatur menuju ke bilik air.
Di bandar dan kota, air sejuk boleh menjadi panas, tetapi di kawasan pedalaman seperti di Jelebu ini tiada pemanas air, penyaman udara dan asrto. Hawa terpaksa mandi pada pagi itu walaupu kesejukkan. Setelah segayung, segayung lagi air dia menjuruskan keseluruh badannya. Badan yang penat, kembali menjadi segar. Mata yang mengantuk juga sudah semestinya kembali segar dek kesejukkan air yang dimandinya. Setelah selesai mandi, Hawa keluar daripada bilik mandi dan berlari-lari anak menuju ke biliknya. Dia khuatir, Adam terlihat keadaanya yang sedang berkembankan tuala.
Adam tidak segar dengan gelagat Hawa kerana dia sedang khusyuk membaca doa memohon hajat dan ditemukan jodoh. Adam tidak sangup lagi hidup sendirian setelah kematian isteri ketika melahirkan anaknya yang pertama. Luka dihatinya masih lagi berbisa dan bernanah. Impian yang diharapkan kekal berpanjangan, Cuma menyinggah untuk seketika. Namun, sebagai orang yang berpegang teguh kepada agama, Adam perlu redha dan patuh akan ketentuan ilahi. Selesai doa dibaca, air mata Adam menjurai keluar dek mengingatkan arwah isterinya yang tercinta. Adam redha dan mungkin semua ini ada hikmahnya. Setelah selesai solat, Adam mengaji Al-Quran untuk menambahkan ilmu dan menguatkan iman di dadanya. Dengan membaca Al-Quran, Adam dapat sedekahkan bacaan tersebut kepada arwah isteri dan anaknya. Semasa membaca Al-Quran, matanya melihat Hawa yang lengkap bertudung dan menutup aurat keluar daripada bilik tidurnya. Adam hanya melihat langkah gadis itu dan meneruskan bacaannya. Setelah surah yusuf habis dibaca, Adam memberhentikan bacaanya. Al-Quran ditutup dan dijunjung sebanyak tiga kali.
Adam bangkit dan melihat jam di dinding telah menunjukkan tepat 7.00 pagi. Langkahnya diatur menuju ke dapur.
"Assalamualaikum, selamat pagi" Tiba-tiba suara Hawa jelas kedengaran.
"Waalaikumusalam, selamat pagi" Jawab Adam.
"Marilah duduk, saya telah buatkan sarapan untuk awak" kata Hawa sambil meletakkan semangkok nasi goreng di atas meja. Lalu air dituang ke dalam kopi. Adam hanya memandang kelibat wanita yang baru dikenalinya semalam dan mendapatkan tempat dimeja makan.
"Lawa baju" Sinis Adam.
"Maaf, saya pakai baju ini tanpa beritahu awak dahulu. Saya ambil baju ini di dalam almari" Balas Hawa.
"Tak mengapa. Lagi pun baju tu baju arwah isteri saya. Sekarang dah tak ada siapa yang pakai. Sesuai dengan awak. Ambillah saya hadiakan untuk awak"
"Terima kasih. Awak sudah beristeri?" Tanya Hawa dengan seribu pertanyaan.
"Ya, tetapi sudah meninggal dunia ketika mahu melahirkan anak kami yang sulung" balas Adam sekali lagi.
Wajah Adam terlihat jelas kesedihan. Mukanya ditunduk dan menghela nafas panjang. Hawa serba salah bertanyakan soalan sedemikian. Lalu dia pun membisukan diri. Keadaan menjadi sunyi sepi seketika.
"Eh..kenapa senyap je ni. Marilah kita sarapan. Sejuk tak sedap pula." Adam mula memecahkan sunyi tersebut sambil mecedok nasi goreng yang ada di atas meja.
"Baiklah.." Jawab Hawa ringkas sambil mengukirkan senyuman.
"Saya terpaksa mencari tempat tinggal lagi. Kalau boleh, hari ini juga saya nak keluar. Buka apa, kita ni bukan muhrim dan berdua pula tu. Saya tak nak orang lain fikir yang bukan-bukan. Saya harap awak faham." Sambung Hawa.
"Saya faham. Nanti saya akan carikan tempat tinggal untuk awak." Jawab Adam
"Terima kasih awak"
Adam dan Hawa masing-masing menghabiskan makannya. Adam kelihatan berselera makan masakan Hawa. Mungkin sedap yang dirasa walaupun hanya menghidangkan nasi goreng. Hawa mampu tersenyum melihat gelagat Adam. Hawa gembira kerana diberikan hadiah yang paling berharga dalam hidup Adam iaitu baju yang dimiliki oleh isterinya. Sepansang baju kurung bersutera lembut warna kelabu lembut. Dikiri kaki kain tersebut terdapat beberapa garis jalur emas. Tundungnya pula berwarna putih kehitaman dan bermanik halus. Sungguh cantik baju itu dikenakan ke badan Hawa. Ketika sedang makan, Adam menceritakan baju yang dia hadiahkan kepada awrah isterinnya.
Ternyata baju itu adalah baju hadiah yang terakhir yang diberikan oleh Adam kepada arwah isterinya dan arwah tidak sempat mengenakan pakaian tersebut. Namun, Adam gembira baju tersebut akhirnya memiliki tuannya.
harap2 sambungannya mereka kawin dan dapat anak serta bahagia sampai akhir hayat... hahahahaha... pandai2 jer aku ni ske ati penulis ni ar kan? hihihi...tahniah!!!
haloo... awak ni org jelebu ker? sapa ckp xde aircond,heater n astro kat jelebu? even streamyx,3G pun ada tau... pekan Jelebu ialah -> Kuala klawang! jgn tulis sebarangan... buat research sket sblm tulis k!!
saya minta maaf kalau awak tesinggung, tetapi nasihat saya baik awak tanya saya dahulu sebelum awak terus menuduh sembarangan. maaf. tujuan saya menyatakan sedemikian adalah untuk menggambarkan kehidupan mewah yang dilalui oleh Hawa ditempat asalnya berbanding dengan kampung Jelebu. tak semua rumah ada aircond, heater dan astro (tak tertumpu kepada jelebu sahaja). mungkin Anak Jati Jelebu terlepas pandang, ada saya nyatakan kehidupan dan bentuk rumah Adam yang tak serba mewah.
** harap baca betul-betul dan jangan tuduh sembarangan - saya pun asal orang jelebu - ***
ank jati jelebu...awat la hang ni...org b'ckp psl novel ni,hang pi sbuk2 ngan hang nye jelebu ak...btw,abg aloha u nye karya ni mmng best...truskan k...
kepada komen di atas, hahaha..cerita nie bersambong la...emosi tak tentu pasal plak...inilah manusia...sila baca sambungan hadiah teristimewa II... best2..aku suka story dia...ada banyak pengajaran..thanks..
best cerita ini..saya suka..kalau saya yang jadi hawa, saya bersyukur kerana ada insan yang sangup mencintainya yang telah dinodai..good job...cuba yang terbaik..
thanks abg aloha bestnya cerita ini!!!!!!!!!!! hehehhe...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hmmm..ada smbg lg x..bg la depa kawin..musti best..