BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Mac 09, 2009
Cerpen : Sambungan Cinta Antara Kita
Nama Pena : Ridhwan Zainudin

"MAAF, tiba-tiba ada perjumpaan. Saya kena pergi," ujar Khairul.
"Sekali lagi? masuk kali ni, dah tiga kali awak batalkan temu janji saat-saat akhir begini," rungut Nadzlia.
"Maaf, saya tak sangka pula pengerusi nak jumpa malam ni. Kita makan KFC lain kali ya. Saya janji!"
"Tak apalah. Dah tanggungjawab awak. Pergilah cepat. Nanti terlewat pula," balas Nadzlia, dengan wajah yang mencuka.
"Marah ke?"
"Tak adalah, Cuma geram sikit," Nadzlia menjawab.
"Sorry again. Saya pergi dulu ya," ujar Khairul lalu melangkah meninggalkan Nadzlia.
"Awak!"
Khairul berpaling apabila mendengar teguran dari kekasih hatinya itu.
"Berusaha ya!" laung Nadzlia.
Khairul menganggukan kepalanya sambil mengukir secarik senyum. Nadzlia memerhati langkah kaki Khairul yang semakin menghilang. Sebuah keluhan dilepaskan. Perlahan-lahan, dia turut mengatur langkah. Sepatutnya dia dan Khairul dalam perjalanan untuk makan malam di restoran KFC malam ini. Nampaknya, untuk makan malam kali ini, dia harus bersendirian di kafeteria, sekali lagi.
"Lia!"
Nadzlia mencari kelibat suara yang memanggil namanya tadi. Dari jauh, Farah melambaikan tangan. Nadzlia mengorak langkah ke arah teman sebiliknya itu.
"Kenapa tak keluar lagi? Kata nak makan malam dengan buah hati pengarang jantung kau tu," tanya Farah sejurus Nadzlia tiba di hadapannya.
"Dia ada meeting tiba-tiba," jawab Nadzlia, sayu.
"Again? Ish, ini tak boleh jadi! Kau biarkan je?"
"Habis, awak nak saya buat apa? Halang dia? Tak apalah, dah tanggungjawab dia, saya tak boleh kata apa," balas Nadzlia.
"Tapi, dah banyak kali dia buat kau macam ni. Kalau akulah, dah lama aku tinggalkan lelaki macam tu. Tak tahulah macam mana kau boleh tahan dengan dia," ujar Farah.
Nadzlia tersenyum. Tawar. Dia sendiri tidak mengerti kenapa dia masih bertahan sehingga kini. Namun, jauh di lubuk hati, Nadzlia tahu, cinta antara mereka masih tetap utuh.
"Dahlah, dari kita duk berbual macam ni, baik kau teman aku pergi beli makanan kat kafe. Kau pun dah tentu belum makan lagi. Jom!" Farah mengajak Nadzlia.
"Jomlah! Perut saya dah bergendang irama padang pasir ni," usik Nadzlia.
Ketawa Farah meletus. Nadzlia, memang seorang gadis yang tabah. Walau ada masalah melanda, wajahnya tetap tidak pernah lekang dari senyuman...

* * * * *

TELEFON bimbit ditangan dipegang erat. Ada risau yang menjengah hatinya. Sejak malam semalam sehingga kala ini, tiada khabar dari Khairul. Nadzlia gusar. Mesej yang dihantar, tidak berbalas. Panggilan yang didail, tidak berangkat. Ke manakah lelaki itu? Jatuh sakitkah? Ketukan di pintu membuatkan Nadzlia tersentak lalu membiarkan lamunannya tergantung tanpa tali. Pasti Farah sudah pulang dari kuliah. Pantas Nadzlia memulas tombol dan membuka pintu. Bukan wajah Farah yang menyapa matanya tetapi seorang gadis cantik berambut panjang separas bahu dan berkulit cerah yang berada di hadapannya saat ini.
"Maafkan saya, awak ni Nadzlia?" gadis berblaus merah jingga itu mengutarakan satu persoalan.
"Ya, saya. Awak ni..."
"Saya Mazni. Sekelas dengan Khairul,"
Dada Nadzlia bergetar hebat apabila nama lelaki itu meniti di bibir gadis di hadapannya. Apakah tujuan gadis itu ke mari?
"Saya nak sampaikan pesan darinya," ujar Mazni lalu menghulurkan sehelai nota yang dilipat kepada Nadzlia.
Perlahan-lahan Nadzlia mengambil nota kecil itu dari tangan Mazni. Dia tidak terus membuka nota tersebut sebaliknya memasukan nota itu ke dalam saku seluar hitamnya.
"Terima kasih," hanya itu yang mampu Nadzlia ucapkan.
"Sama-sama. Nice to get to know you. Khairul banyak bercerita tentang awak,"
Sekali lagi Nadzlia diterpa curiga. Apakah hubungan antara Khairul dengan gadis ini hinggakan Khairul begitu mudah bercerita tentang dirinya pada perempuan lain?
"Saya minta diri dulu. Bilik saya di tingkat atas. 201 C. Ada masa, datanglah ya," ujar Mazni lalu melangkah pergi.
Nadzlia segera menutup pintu biliknya. Nota kecil pemberian Mazni tadi segera dibuka. Benar, patah-patah kata di dalamnya adalah tulisan Khairul.

Lia, handphone Khairul rosak. Jadi, buat sementara ni, tak payahlah hubungi Khairul ya. Bila handphone Khairul dah elok nanti, Khairul inform pada Lia. Take good care of yourself. Love and always miss you! –Khairul-

Sejurus ayat terakhir habis dibaca, Nadzlia berasa lega. Jadi, inilah sebab Khairul tidak menghubunginya. Tiba-tiba hatinya diulit resah. Bagaimana caranya untuk dia menghubungi Khairul? Dia tidak tegar melangkah tanpa mendengar suara lelaki itu. Dia tidak bisa berdiri tanpa menatap wajah lelaki itu. Segugus nafas berat diluahkan. Dia yakin, Khairul pasti akan menghubunginya juga nanti.

* * * * *

NADZLIA mengatur langkah menuju ke tingkap biliknya. Langit malam direnung. Bintang-bintang yang bergelantungan tidak sedikit pun menceriakan hatinya. Hembusan angin malam, tidak sedikit pun mendinginkan jiwanya. Nadzlia mencapai pena mata bulat di atas meja lalu mula menulis sesuatu di atas sehelai kertas. Bait demi bait dicoret dan hasilnya sebuah luahan rasa. Nadzlia membacanya perlahan-lahan.

Setianya pungguk merindukan purnama
Begitulah setianya hati ini merinduimu
Setianya ombak menghempas pantai
Begitulah jiwa ini menyayangimu
Setianya malam menanti siang
Begitulah setianya sanubari ini menyintaimu

Rindu ini hanyalah untukmu
Sayang ini ikhlas padamu
Cinta ini istimewa buatmu
Namun,
Masih tidak mampu untuk menambat setiamu
Apalagi yang perlu diri ini pertaruhkan?

Memejam mata
Wajahmu berlegar di mana-mana
Membuka mata
Wajahmu tetap ada
Justeru
Bagaimana harus disingkir segala bayanganmu?
Aku keliru!

Serta-merta, kenangan lalu menyapa mindanya...

* * * * *

"EM, bila dah besar nanti, Lia nak kahwin dengan Khairul, boleh?"
"Ya, Khairul janji. Lia juga tak boleh tinggalkan Khairul ya,"
"Janji!"

Nadzlia ketawa kecil. Entah bagaimana dia boleh menuturkan kata-kata sebegitu ketika dia masih kecil lagi. Pasti kerana dia banyak melihat drama-drama cinta di televisyen waktu itu.

"Saya takkan lepaskan tangan ni," ucap Khairul.
"Janji?" soal Nadzlia.
"Janji!" ucap Khairul.

Janji itu masih disimpan erat di jiwanya. Kerana janji itu jugalah dia masih teguh berdiri di sisi lelaki itu. Dia yakin, Khairul tidak akan sesekali mengkhianati janji yang telah dimeterai itu. Cuma, sejak mereka melanjutkan pengajian ke salah sebuah universiti di selatan tanah air, hubungan mereka mula diduga.
Nadzlia masih ingat kala dia menerima berita bahawa dia dan Khairul akan belajar di universiti yang sama. Satu kebetulan, mereka mengikuti kursus yang sama. Cuma, mereka tidak sekelas. Dia di kelas A sementara Khairul belajar di kelas B. Walau tidak sekelas, mereka tetap boleh berjumpa. Semingu, dua, belajar di sana, hubungan mereka berjalan lancar. Siangnya, selepas kuliah, mereka akan bertemu di perpustakaan. Malamnya, mereka akan makan bersama-sama di kafeteria.
Sehinggalah Khairul mula aktif dalam kelab dan persatuan. Mulanya sekadar mencuba nasib dalam temuduga untuk menjadi ahli jawatan kuasa untuk persatuan fakulti. Mungkin sudah rezeki Khairul, dia telah ditawarkan untuk menjadi bendahari. Kemudian, Khairul memasuki kelab debat dan pidato. Tidak dinafikan, sejak di bangku sekolah, Khairul memang aktif dalam pertandingan debat dan pidato. Tidak lama selepas itu, Khairul ditawarkan untuk menyertai pertandingan badminton antara universiti.
Memang agak keterlaluan bagi pelajar baru, dalam semester satu untuk aktif sampai begitu sekali. Mungkin kerana sikap peramah lelaki itu ditambah dengan karisma yang sememangnya ada dalam dirinya, menyebabkan dia menjadi tumpuan.
Kesannya, hubungan mereka mulai renggang. Selepas habis kuliah, Khairul sibuk dengan latihan badminton. Malamnya, dia sibuk dengan latihan debat atau mesyuarat persatuan. Nadzlia tidak terlalu ambil hati pada mulanya bahkan dia bangga kerana berada di sisi seorang lelaki yang dikagumi dan dikenali semua pelajar di situ. Namun, lama-kelamaan, dia rasa terpinggir dan disisihkan. Khairul semakin lama semakin jauh.
Kadang-kala, hampir seminggu mereka tidak bersua-muka. Cuma mesej dan panggilan telefon yang jadi pengantara. Itu pun jika Khairul punya masa untuk membalas mesej-mesejnya dan jika bukan dia yang menelefon, janganlah mengharap untuk lelaki itu menghubunginya. Khairul terlalu sibuk sehingga Nadzlia rasakan tidak mampu lagi berlari untuk mengejar bayang-bayang lelaki itu.
Walau bagaimana pun, Nadzlia tekadkan hatinya. Dia tidak boleh mengalah. Dia harus kuat untuk pastikan cintanya tidak pudar. Cinta mereka tidak tawar. Namun, selama mana dia mampu bertahan?

* * * * *

"LIA, kau tak dengar cerita ke?" soal Farah ketika mereka sedang bersantai di dalam bilik petang itu.
"Cerita apa?"
"Tentang Khairul, teman lelaki kau tu," ujar Farah.
"Kenapa dengan dia?"
"Sekarang dah heboh yang dia rapat dengan setiausaha persatuan fakulti kita tu. Ada pelajar nampak mereka keluar berdua," Farah memberitahu Nadzlia.
Hati Nadzlia mula berbolak-balik. Dia sudah lama sebenarnya mendengar desas-desus begitu. Tentang keakraban hubungan Khairul dengan Mazni. Namun, dikuatkan hatinya agar tiada curiga atau ragu-ragu terhadap lelaki itu.
"Biasalah kalau mereka keluar berdua. Mungkin sebab tugasan. Lagipun, mereka kan sekelas?" ujar Nadzlia, cuba menyedapkan hatinya sendiri.
"Yalah, tapi kalau dah asyik berkepit 24 jam, bukan tugas namanya," Farah menyindir.
"Pandai-pandai je awak ni. Entah betul entah tidak cerita tu. Dahlah, saya tak mahu dengar lagi!" Nadzlia bersuara agak tinggi.
"Tak mahu dengar atau kau takut nak terima hakikat?"
Kata-kata Farah menusuk laju ke dalam hati Nadzlia membuatkan Nadzlia mengangkat muka, memandang tepat ke arah mata kawan sebiliknya. Farah tidak gentar. Dia turut membalas pandangan mata Nadzlia. Nadzlia perlu sedar akan hakikat yang Khairul semakin jauh darinya. Farah tidak mahu Nadzlia kecewa. Farah tidak mahu Nadzlia merana.
"Maksud awak?"
"Bila kali terakhir dia hubungi kau?" tanya Farah.
"Lima hari yang lepas. Dia mesej kata dia ada kursus tiga hari di Johor,"
"What? Lima hari lepas? Kau biar betul! Kau tak hubungi dia?"
"Saya tak mahu ganggu dia. Pasti dia sibuk dengan program," jawab Nadzlia.
"Jangan terlalu naif Lia! Kau sedar tak yang kau semakin kehilangan dia? Kau sedar tak?"
"Saya yakin pada Khairul," ucap Nadzlia.
"Yakin sahaja tak cukup Lia. Kau perlukan jaminan," balas Farah.
"Saya percayakan dia,"
"Huh, zaman sekarang kepercayan tu tak ubah seperti telur di hujung tanduk. Bila-bila masa sahaja telur tu akan jatuh, berkecai!" Farah memerli.
"Awak tak perlu masuk campur urusan saya!"
"Kau terlalu pesimis," bidas Farah.
"Itu hak saya!" bentak Nadzlia.
"Lia!
"Farah!"
Kedua-duanya diam tanpa kata. Bilik yang tadinya riuh dengan suara orang bertengkar, kini senyap-sunyi bagai kota yang baru dilanggar garuda. Mata bertentang mata. Lidah tidak mampu lagi bersuara.
Titis-titis air mata mula jatuh berjuraian di pipi Nadzlia. Dia sudah tidak mampu untuk membendung kesedihan di dalam hatinya lagi. Cukuplah, dia sudah penat, dia sudah tidak larat!
"Maafkan aku Lia. Aku tak bermaksud nak mausk campur dalam urusan peribadi kau. Tapi sebagai kawan, aku tak mahu lihat kau sedih," ujar Farah lalu bangun mendekati Nadzlia.
Perlahan-lahan Nadzlia ditarik ke dalam pelukannya. Semakin lebat air mata kawannya itu menitis, mencurah-curah bagai air terjun yang tidak pernah berhenti mengalir.
"Menangislah Lia, menangislah. Jangan disimpan lagi kesedihan itu," pujuk Farah dengan hati yang hiba.

* * * * *

PUSAT BELI-BELAH JAYA JUSCO tidak putus-putus dengan pengunjung yang rata-ratanya terdiri dari muda-mudi yang bersiar-siar bersama-sama rakan-rakan. Sudah lama Nadzlia tidak keluar membeli-belah, mencuci mata melihat keadaan di luar. Kesibukan dengan kuliah dan tugasan yang diberikan oleh pensyarah menyebabkan hasrat Nadzlia untuk keluar seringkali tergendala. Kebetulan, hari Sabtu ini dia tiada apa-apa kerja yang hendak dibuat. Ditemani rakan sekelas, Fatizah dan Azella, mereka bersia-siar di bandar Johor Bharu itu.
"Wei, tengok tu!" ujar Fatizah, menarik perhatian Azella dan Nadzlia.
"Apa? Apa?" tanya Azella.
"Tu! Bukan ke tu Mazni?" tanya Fatizah.
"Ha’ah! Siapa lelaki dengannya tu?"
"Ala, takkan kau tak kenal? Mamat tu punyalah famous kat kampus. Tu kan Khairul, bendahari persatuan fakulti merangkap pemain badminton handalan kampus kita," terang Fatizah.
"Iya? Jauh sangat, aku tak perasan. Wah... mereka tu couple ke? Sesuai sangat..." ujar Azella.
Nadzlia yang mendengar sudah hancur-luluh hatinya. Namun, seboleh mungkin dia mengukir senyum, tidak mahu kawan-kawannya meneka kesayuan di hatinya.
"Eh, dia orang datang sinilah. Jom, kita buat-buat terserempak nak," ajak Fatizah lalu menarik tangan Azella untuk mengikutinya.
"Hah? Eh, eh... tunggu saya!" pinta Nadzlia.
Hati Nadzlia sudah dicengkam gemuruh yang tidak mampu ditahan lagi. Jantungnya seakan-akan mahu tercabut keluar. Begitu teruja Fatizah ingin berjumpa dengan Mazni walhal mereka duduk sebilik.
"Hai Mazni!" sapa Fatizah.
Mazni kelihatan terkejut. Khairul apatah lagi tatkala melihat Nadzlia di depannya. Nadzlia hanya menundukan wajah, tidak mampu untuk memandang wajah kekasih hatinya itu.
"What a pleasant surprise! Tak sangka jumpa awak kat sini," ujar Mazni.
"Amboi, amboi, amboi... patutlah aku ajak keluar kau tolak. Rupanya ada teman lain. Kalau beritahu awal-awal kan senang. Ni nak sorok-sorok pula," usik Fatizah.
Mazni ketawa. Ketawa yang menyakitkan hati Nadzlia.
"Apalah yang awak merepek ni Fatizah..." balas Mazni.
"Kau orang berdua ni, sesuai sangat! Macam pinang dibelah dua! Jealous aku! Tak gitu Azella?"
"Ha’ah... sama cantik sama padan. Aku doakan semoga kekal sehingga ke anak cucu," Azella pula mengusik pasangan di hadapannya itu.
Mazni tergelak kecil. Khairul masih tidak melepaskan pandangannya dari wajah Nadzlia yang sejak tadi diam membisu. Apakah agaknya yang gadis itu sedang fikirkan saat ini?
"Er... maaf. Boleh tolong pegangkan barang saya sekejap? Saya nak ke tandas," suara Nadzlia.
"Okey," balas Fatizah.
Nadzlia melangkah laju meninggalkan kelompok kawannya itu. Dia sudah tidak mampu lagi menahan sakit hati. Peritnya bila mendengar kata-kata Azella dan Fatizah tadi. Khairul pula diam, tidak menafikan. Apakah lelaki itu sudah melupakan janji mereka?
Di dalam tandas, Nadzlia memandang wajahnya di cermin. Dia cuba untuk senyum. Kedua-dua jari menolak mulutnya ke atas namun tetap tidak mahu senyum.
"Jangan mengalah Lia! Kau harus kuat! Berusaha!" jerit Nadzlia.
Mujur tiada orang di dalam tandas waktu itu. Nadzlia membasuh mukanya, mengahrap agar resah di dalam hati beransur pergi. Setelah memastikan wajahnya tidak terukir riak duka, dia melangkah keluar.
"Nadz!"
Langkah kaki Nadzlia terhenti. Sudah lama nama itu tidak menyapa pendengarannya. Sekaligus dia diserbu hiba.
"Khairul..."
"Nadz, okey?" soal Khairul, bimbang.
"Saya okey je. Kenapa awak tanya?"
"Sebenarnya, saya dan Mazni..."
"Tak apa, tak perlu jelaskan. Saya faham. Awak berdua ada tugas, kan?" duga Nadzlia.
"Tak, bukan begitu. Saya hanya temankan dia keluar," jawab Khairul.
"Temankan dia? Maksudnya, satu temu janji?"
"Bukan! Mazni minta saya temankan dia untuk cari penaja bagi program yang kami akan jalankan nanti. Kami hanya singgah sebentar di sini," terang Khairul.
"Oh, begitu... tak apa, saya faham," balas Nadzlia.
"Nadz, saya minta maaf,"
"Untuk apa? Awak tak buat salah pun,"
"Mari, ikut saya," ujar Khairul lalu menarik tangan Nadzlia.
Nadzlia hanya menurut. Khairul membawa gadis itu ke taman berhampiran. Mereka perlu berbincang. Khairul tidak mahu ada curiga di hati Nadzlia. Mereka mengambil tempat duduk di atas bangku di bawah pohon semarak api yang rendang.
"Baiklah, dah lama saya tunggu saat begini. Saat di mana hanya ada awak dan saya," ujar Khairul.
Nadzlia buntu. Tidak tahu tujuan Khairul membawanya ke sini.
"Saya rindukan awak," ucap Khairul lalu merebahkan kepalanya di bahu Nadzlia tiba-tiba.
Nadzlia tergamam! Perlahan-lahan air matanya menitis. Dia juga rindukan lelaki itu. Teramat rindu! Rindu untuk menatap wajah Khairul, rindu untuk mendengar suaranya, rindu akan gurau-sendanya, rindu akan usikannya, rindu dan sangat-sangat rindu...
"Saya rasa terpinggir, rasa disisihkan. Awak sedar tak? Tak, awak tak pernah sedar. Awak terlalu sibuk dengan tanggungjawab. Awak pikul banyak sangat tanggungjawab sehingga tanpa sedar sedikit demi sedikit awak semakin jauh. Saya takut saya tak mampu kejar awak. Semakin saya mendekati, semakin jauh awak lari. Saya dah penat, dah letih!" luah Nadzlia dalam sendu.
Khairul hanya mendengar rintihan yang keluar dari mulut Nadzlia. Dia sendiri tidak menyangka, sudah terlalu jauh dia melangkah. Dia sendiri tidak menduga sudah terlalu besar jarak antara mereka. Tapi, jauh di lubuk hati, cintanya pada Nadzlia masih tetap utuh, masih kukuh, masih seperti dulu. Cuma, kesibukannya menyebabkan dia tidak dapat meluangkan masa bersama-sama Nadzlia.
Dia bukan tidak ingin, dia sangat mahu bersama-sama menganyam cinta, menyulam kasih tetapi dia gagal mengawal keterujaannya dalam menjalankan tugas. Dia fikir Nadzlia faham. Dia fikir Nadzlia mengerti. Khairul tahu Nadzlia bukanya gadis yang lemah, bukan gadis yang mudah mengalah. Buktinya, dalam kesibukan seharian, Nadzlia masih ada di sisi, masih sentiasa cuba mengejarnya. Namun, Nadzlia tewas juga. Khairul lupa, Nadzlia juga manusia. Punya hati dan perasaan. Punya kehendak untuk disayangi dan menyayangi.
"Maafkan saya," hanya itu yang mampu Khairul luahkan, selebihnya dia tidak tahu apa yang patut diungkapkan.
"Tak perlu. Awak tak bersalah. Mungkin saya tak cukup faham. Mungkin saya tak cukup kuat untuk terus berada di sisi awak," ujar Nadzlia.
Khairul mengangkat kepalanya. Jemarinya menyeka air mata yang mengalir di pipi gadis itu. Pasti Nadzlia amat menderita.
"Saya rasa, kita patut jarakkan diri buat sementara waktu. Saya perlu bersendirian. Saya rasa awak juga perlu masa untuk fikir arah hubungan kita," ujar Nadzlia.
"Mungkin betul apa yang awak katakan. Kita sama-sama perlu menilai semula hubungan ini. Mungkin kita terlalu terburu-buru,"
Nadzila terpana! Terburu-buru? Apa maksud Khairul? Adakah hubungan cinta mereka terburu-buru?
"Awak pergilah. Nanti Mazni tercari-cari pula," ujar Nadzlia dalam kesayuan.
"Nadz, jaga diri baik-baik ya. Saya minta diri dulu," pesan Khairul sebelum melangkah pergi.
Nadzlia memandang ke arah langit yang membiru. Adakah ini bermakna kisah cinta mereka sudah bertemu penamatnya? Entahlah, masing-masing mengantung kata. Mungkin masa ada jawapannya. Buat sementara ini, biarlah mereka berfikir semasaknya. Desiran dedaun pokok menghantar sedikit ketenangan dalam jiwa Nadzlia. Perlahan-lahan dia bangun. Hidup tetap perlu diteruskan. Andai masih ada cinta, hati pasti merasainya!

* * * * *

HAMPIR sebulan berlalu tanpa khabar dari lelaki itu. Nadzlia sudah dapat menerima kehidupan hariannya. Tanpa mesej, tanpa panggilan, tanpa apa-apa sapaan dari Khairul. Anehnya, mereka tidak pernah terserempak dalam tempoh ini. Mungkin Khairul benar-benar mahu melupakan dirinya. Mahu atau tidak, Nadzlia harus sedar akan hakikat itu. Bukankah dia yang meminta agar mereka tidak berhubung dalam suatu tempoh masa sehingga masing-masing yakin apa yang ada di dalam hati?
Pintu bilik dikuak. Terjengul wajah Farah dengan muka penuh ceria. Pasti ada khabar gembira.
"Senyum sampai ke telinga nampak? Ada apa-apa ke?" tegur Nadzlia.
"Jom, ikut aku ke bawah. Ada sesuatu untuk kau!" ajak Farah.
"Lah... apa pula ni? Tak mahulah saya,"
"Jomlah! Ada surprise tau,"
"Ish, berdebar pula saya. Cakap jelah. Kenapa nak kena turun bawah pula?"
"Kau ni banyak songeh pula. Ikut jelah!" desak Farah lalu menarik tangan kawannya itu.
Nadzlia hanya mengikut. Tidak mahu mengecewakan hati kawannya itu. Entah apalah yang Farah hendak lakukan kali ini. Masih Nadzlia ingat, waktu dia berduka dahulu, Farah memberikan coklat padanya selama seminggu. Bukan coklat yang harganya lima puluh sen atau seringgit tapi coklat Cadbury yang bersaiz besar itu. Hanya untuk buat dia tersenyum. Kata Farah, coklat dapat menggembirakan hati yang sedih.
Mereka sampai di tingkat bawah, di halaman kolej. Tiada apa-apa yang menarik di situ. Meliar mata Nadzlia mencari sesuatu yang dikatakan kejutan oleh Farah.
"Mana kejutannya?" tanya Nadzlia.
"Bawa bersabar. Kejap lagi sampailah tu," jawab Farah.
"Apa yang sampainya?"
"Hah! Tu dia!"
Sebuah van berwarna kuning berhenti betul-betul di hadapan Nadzlia dan Farah. Van yang cerminnya dilitupi langsir hitam menimbulkan curiga di hati Nadzlia. Apa pula yang Farah nak buat kali ini? Menculiknya? Ish, takkanlah! Dari dalam van, keluar enam orang kanak-kanak kecil. Di tangan kanak-kanak itu ada sekeping kadboard keras. Lantas, masing-masing mengangkat kadboard tersebut satu-persatu. Tertera perkataan "I MISS U". Kemudian kadboard tersebut diterbalikkan. Perkataan "SORRY!" pula yang tertera.
Nadzlia kebingungan. Tidak lama selepas itu, bunyi gesekan biola kedengaran dari dalam van. Indah dan mengasyikan. Seorang lelaki keluar dari dalam van itu dengan wajahnya ditutupi sejambak ros merah yang dipegang ditangan.
Farah menolak Nadzlia kehadapan. Nadzlia benar-benar terkesima apabila melihat wajah lelaki di hadapannya kala itu.
"Specially for my beloved lady," ucap Khairul lalu menghulurkan jambangan bunga ros itu pada Nadzlia.
Nadzlia menyambutnya dengan linangan air mata. Hampir sebulan tidak bertemu, rindu di hati sudah amat sarat!
"Boleh kita bermula semula?"
Nadzlia hanya mampu mengangguk. Dia menyapu air mata dengan jemarinya. Dipalingkan wajahnya ke arah Farah. Kawannya itu mengangguk, seolah merestui keputusannya.
"Dengan syarat, awak kena telefon dan hantar mesej pada saya tiap-tiap hari! Kalau tak, saya takkan bercakap dengan awak lagi..." ugut Nadzlia.
"Baiklah, apa sahaja yang awak minta,"
"Janji?"
"Janji!" balas Khairul.
Sekali lagi jari kelingking mereka bertaut. Kali ini Nadzlia tidak akan ragu-ragu lagi bahkan dia sebenarnya tidak pernah ragu-ragu. Dia yakin, Khairulnya yang telah diciptakan untuknya. Nadzlia bersyukur, dugaan kecil begini, semakin mengeratkan hubungan mereka. Semoga cinta antara mereka, akan terus bersemarak...

* * * * *

"APA yang dimenungkan tu?" tegur Khairul membuatkan Nadzlia sedikit tersentak.
"Tak ada apa. Cuma teringat waktu awak pujuk saya dulu. Dari mana awak dapat idea tu?"
"Farah yang cadangkan. Untuk pengetahuan awak, budak-budak tu semua anak-anak buah dia. Pemandu van tu pula paklong dia," jelas Khairul.
"Farah?"
"Selama kita berpisah, hanya pada Farah saya tahu tentang awak. Bagaimana keadaan awak, hidup awak, semuanya saya tanya pada Farah. Kira, dia macam reporter sayalah,"
"Oh... begitu. Siaplah dia nanti!" gurau Nadzlia.
"Janganlah marah dia. Seharusnya kita berterima kasih sebab dia banyak membantu kita,"
"Awak..." ujar Nadzlia.
"Ya?"
"Macam mana dengan Mazni?"
"Saya tak ada apa-apa hubungan dengan dia sejak dari awal lagi. Tak dinafikan, dia ada cakap dia sukakan saya. Tapi, saya dah ada orang lain, nak buat macam mana..."
"Maksud awak, kalau saya tak ada, awak pilih dialah?" Nadzlia menduga.
"Mestilah. Kucing mana yang menolak ikan. Dah lah cantik, pandai pula tu,"
"Khairul!"
Ketawa Khairul meletus melihat wajah Nadzlia yang mencuka. Sengaja dia mengusik teman wanitanya itu.
"Tapi, tak secantik awak," pujuk Khairul.
"Dah, dah... dah terlewat untuk awak pujuk saya. Sebagai hukuman, awak kena belikan saya coklat,"
"Hah? Mana nak cari coklat malam-malam buta ni?"
"Itu pandai-pandai awaklah ya. Selagi tak dapat, jangan cari saya!" ujar Nadzlia lalu bangun untuk meninggalkan Khairul namun langkahnya terhenti apabila tangannya dipegang.
"Saya takkan biarkan awak lari lagi," ujar Khairul.
Nadzlia mengukir senyum. Dalam hati, ada bahagia yang menjengah. Harapannya, kebahagiaan ini, akan terus menyelubungi hubungan cinta antara dia dan Khairul buat selamanya...

TAMAT
posted by Penulisan2u @ 3:29 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
14 Comments:
  • At 9/3/09 10:07 PG, Blogger Hafia Hana said…

    men is alwayz a man..no one can blame on that!

     

  • At 9/3/09 12:59 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Ini adalah sambungan Cinta Antara Kita yang pernah diupload di sini dahulu. Harap pembaca semua berpuas hati. Jangan lupa intai karya-karya saya yang lain di dalam penulisan2u ni ya.

    Sebuah kisah benar yang saya olah agar tidak terlalu berat untuk dibaca. Akhir kata, selamat membaca dan semoga terhibur... (*^_^*)

    p/s: Emi, thanks a lot for the support!!! =)

     

  • At 11/3/09 9:40 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sebuah cerita yang menyentuh perasaan... sy juga pernah mengalami apa yang dirasa... huhuhu... =(

     

  • At 11/3/09 9:42 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

     

  • At 11/3/09 9:47 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    biasalah, kehidupan ini penuh dengan onak-ranjau. terpulanglah bagaimana kita hadapinya. yang pasti, andai iman dan taqwa menjadi tunjang, insyaallah, semuanya pasti berjalan lancar... =)

     

  • At 14/3/09 7:04 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sweetnyer... tahniah! sambungan yg tidak menghampakan...

     

  • At 15/3/09 9:05 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nak lagi!!! boleh tak? =D

     

  • At 17/3/09 12:39 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    so sweet..tapi kadang kala kelekaan kita dalam menjalani kehidupan sampai terlupa org yg kita sayangi..but my bf alwayz @my site;-)

     

  • At 18/3/09 9:51 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    npe pmpuan sllu klah ngn lki...ini realiti...tp sde sgt...klu lki wt slah snang je kte maafkan..klu kte wt slah??snang ke die nk trima kte..sksa kte lg ade la...sde..

     

  • At 18/3/09 5:11 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    simple n menarik..
    I Love it!!!

     

  • At 19/3/09 8:32 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    urm....bez...menyayat hati..kn bez klau kehidupan aq camtu...kekasih yg setia menantiku....tp xder...dier ttp berubah...hurm...under18_remaja@yahoo.com

     

  • At 20/3/09 9:09 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cinta, menyakiti dan disakiti, adalah satu lumrah, satu hakikat. yang pasti, harus rasional dalam membuat apa pun keputusan... =D

     

  • At 28/3/09 12:11 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sweet ar citer ni... sambung lg bleh? tp yg 1st lg sweet... =P

     

  • At 29/3/09 11:40 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    amat romantis seperti yang pertama. tahniah! membuai perasaan saya...

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group