Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sudah puas dia berfikir apa yang patut dilakukannya, semua serba tidak menjadi. Segala yang dilakukan ada saja yang tidak kena pada dirinya. Entahlah dia pun tidak pasti yang sedang berlaku pada dirinya. Biasanya masa-masa yang ada digunakan untuk membaca dan mengulangkaji pelajaran tapi beberapa bulan ini dia sudah pandai memonteng kelas, tidak menyiapkan tutorial, tidur dan termenung. Dirinya sedang dalam kebingungan, menunggu yang tak pasti, menghitung hari demi hari. Tetiba dalam kebingungan itu, dia tersentak. Sesuatu bermain di benak fikirannya.
"Saya, Ilya Basyirah binti Mohd Ikram berjanji untuk patuh dan setia pada Allah dan Rasul-NYA, menjadi anak yang solehah, muslimah yang sejati dan insan yang berguna pada Agama, bangsa dan Negara." Patah-patah kata yang dikeluarkan oleh bibir munggilnya itu menggetarkan seluruh jiwanya. Mampukah Ilya Basyirah mengotakan janjinya itu? Janji yang bukan sekadar janji, janji yang bersaksikan empat orang fasilitator dan kawan-kawannya itu mengugat kemampuan dirinya.
Pantas Ilya mencapai buku teks java dan laptopnya. Setelah berjam-jam dia mengadap laptopnya tetiba; "Yes! Aku Berjaya!" jerit Ilya dengan penuh kegembiraan sehingga mengejutkan Farah yang sedang tekun membaca novel. "Ilya! Kau ni kenapa? terkejut aku, nasib tak de sakit jantung!"
"Ops, sori! Akhirnya aku berjaya siapkan assignment graphic cartoon ni. Itu yang aku gembira sangat tu. Boleh la esok aku tunjuk kat Doktor Azreen"
"Alhamdulilah. Wow! Cantiknya, hem..namanya DIDI. Pandai pulak main bola ek!" Ilya tergelak sambil mencubit pipi Farah. Sejak saat itu dia mula bermotivasi dan berminat untuk meneruskan pembelajarannya, dia bercita-cita untuk menjadi seorang programmer.
Perkenalannya dengan seorang jejaka yang bernama Adi Haikal membuatkan die mula terlupa pelajarannya. Dia tidak pernah berjumpa dengan Adi hanya sekadar bermesej dan berkenalan setelah Adi tersilap menghantar mesej kepadanya. Namun, setelah menjalin persahabatan selama dua tahun Adi Haikal telah menjadi buah hatinya.
"Ilya, aku pelik la dengan kau akhir-akhir ini. Dalam kelas, aku tengok kau tak beri perhatian pun, masa pensyarah mengajar kau asyik dengan mesej kau. Dah la tersenyum sorang-sorang, kau ni angau ek?" Luah Wani, sahabat baiknya. Ilya tersenyum dan mengangkat bahu dan berlalu pergi. Wani mengeleng-geleng kepala melihat reaksi Ilya. Farah, rakan serumah Ilya gusar melihat keadaan kawan serumahnya yang telah berubah. Final exam semakin hampir namun Ilya semakin hanyut dalam dunianya.
Ilya tidak dapat menahan gelojak hatinya dari terus bersedih, hari-hari yang dilalui bagai tidak bermakna, jiwanya tidak tenang, dia tidak bersemangat untuk meneruskan kehidupannya. Sudah hampir seminggu Adi Haikal menyepi.
Dalam pada semua rakan-rakannya berhempas pulas berjuang untuk menghadapi final exam, Ilya bermain dengan emosinya. Merenung kipas yang berputar, memandang buku-buku pelajarannya, tanpa sebarang perasaan. Tetiba hatinya tergerak untuk mendengar siaran radio IKIM.
"Ya Allah! Jika dia benar untukku, tetapkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu."
Hatinya terusik setelah mendengar lagu yang bertajuk permata yang dicari, dari kumpulan Dehearty. Dia pasrah. Dia mula bangkit, mengingati segala tanggungjawab dan amanah serta janji yang telah dilontarkannya. Harapan umi dan abahnya mesti diutamakan, hidup hanya sekali. Biarlah dia berjuang sedaya upaya untuk agama, bangsa dan Negara.
Lagipun Allah telah berfirman dalam surah al-Mulk, ayat kedua yang bermaksud; "yang menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."
"Kehidupan dunia ini tidak lain kecuali permainan dan hiburan, sedang kampung akhirat itulah hidup yang sebenar, andai mereka mengetahui". (Surah Al-Ankabut:64)
"Maafkan saya, awak Ilya basyirah?" Ilya mengangguk, dalam pada dirinya kelam kabut untuk menuju ke dewan peperiksaan itu, dia disapa dengan seorang jejaka. "Ada, surat untuk awak," ucap lelaki tersebut dan berlalu pergi. Ilya terpingga-pingga.
Sekarang baru jam 12.00am, exam Algebra jam dua petang, hem…sempat lagi baca surat ni. Eh, tau-tau jer aku suka color hijau pucuk pisang, detik hati Ilya.
Ilya Basyirah, Teguhkan iman dalam diri, moga dikau akan merasai betapa indahnya nikmat Ilahi. Yakin dikau akan dirahmati, harus kau percaya dengan pasti. Dunia tidak kekal abadi, Hanya menguji cekalnya hati. Jadikan perpisahan ini untuk menguatkan jiwa kita, agar tidak menjadi hamba nafsu, agar sentiasa merasakan kita ini hamba Allah. Jangan merasakan perpisahan ini sebagai kongkongan. Benarlah cinta melalaikan tanpa memikirkan batas syariat-Nya, ia hanyalah ujian yang akan membawa jalan ke syurga. Harap dikau tabah menghadapi kehidupan ini. InsyaAllah, setelah tiba waktunya akan ku ikat pertalian ini berlandaskan syariat-Nya. Dao-doakanlah moga jodoh kita bersama. Ikhlas dari Permatamu,
Muhammad Adi Haikal Bin Ismail.
Titip-titip bait kata yang ditulis direnung sedalamnya, menipulah hati ini jika tiada perasaan terguris. Air mata Ilya yang mula mahu mencurah ditepis pantas oleh tangan Ilya. Dia mesti menjadi bidadari besi sekuat Sumayyah yang mengintip serpihan kesabaran dalam menegakkan kebenaran, Aku perlu lebih cekal dan tabah dalam melayari bahtera hidupku.
Ilya menutup kelopak matanya. Akan ku serahkan hidupku ke dalam mencari redha- Mu. Setiap nafasku, langkahku, tindak tandukku, hafalan, amalanku, niatku, CINTAKU , KASIHKU, RINDUKU, DAMBAANKU adalah untukMU kerana dambaku pd KasihMU. Akan ku serahkan segalanya padamu. Kurniakan daku Cinta dan kasih sayang Mu. Ku yakini Mu pada Hati, Perkataan dan Perbuatanku. Andaikata diri hina ini layak, ku ingin nifakkan hidup ini pada jalanMu, menjadi Pemaisuri hati dan Bidadari pada insan yang sangat mencintai Mu. Detik hati Ilya Basyirah.
Sudah puas Ilya menunggu pelanggannya itu. Setelah lapan tahun berlalu, kini dia berjaya membuka syarikatnya sendiri dan mempunyai cawangan di seluruh dunia. Alhamdulilah, ucapnya perlahan. "Tahniah! Akhirnya awak berjaya menggapai cita-cita awak!" terpancul satu suara tanpa di sedarinya. Rupanya-rupanya, pelanggannya telah tiba. Wajahnya pernah ditatapi…
Seorang jejaka yang pernah bertaut di hatinya suatu ketika dulu dan kini tanpa dijangka mereka bertemu kembali. Wajahnya masih sama seperti dahulu, diselaputi dengan nur keimanan, berkulit hitam manis dan bercermin mata.
Tuhan Maha Kuasa. Hari bahagiaku tiba jua, aku bakal diijabkabulkan Adi Haikal. Debaran kian terasa, menanti bakal suami yang tak kunjung tiba. Peluh mula menyimbahi muka Ilya, Cincin pertunangan yang dipegang tiba-tiba terlepas dari tangannya.
Jantungnya tersentak. Ya Allah! Dugaan dariMu untuk menguji keimanan hambamu ini. Masjid yang ingin di bina musnah. Panggilan telefon yang diterima menghancurkan impiannya. Bakal suami Ilya telah pergi buat selama-lamanya setelah kemalangan semasa dalam perjalanan menuju ke rumah Ilya.
Benarlah kita hanya mampu merancang, sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah! Jodoh dan ajal hanya tuhan yang mengetahuiNya. Mungkin de hikmahnya. Inilah dugaan dan ujian dari Allah untuk menguji keimanan setiap hamba-hambanya.
Aku hanye insan bese~=), yang membuat cerpen saat tidak di duga, idea yang datang itulah yang dipaparkan..time kasih kepada yg sudi memberi komen, komen anda amat dihargai dan menjadi bekalan di masa hadapan.
sedihnyer...........nak wat cam ne......dah xdir kan..... semoge hamba allah tdk dpt nasib seperti ni.amin.kire best r cite ni........best sgt maksudnyer...........
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.