Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Ibu kau kerja apa hah Han?" bola mata Rifhan melirih ke arah Suraya, kawan sekelasnya. "Kenapa ?" tanyanya malas. Tak seperti ingin tahu. "Alah..hari tu aku nampak dia malam-malam kat Ipoh...Aku tak caya. Tapi aku tengok sekali lagi memang macam mak kau. Dia pegang tangan laki india. Laki tua!" "Kau nampak?" Suraya angguk. Rifhan memandang Suraya sebelum mengeluh perlahan. "Mak kau nampak?" "Tak!" "Kenapa mak kau tak nampak?" "Sebab aku pergi dengan ayah." "Ayah kau nampak?"Suraya mengeleng. "Kan kau cakap..kalau nampak mak kau..jangan tunjuk kat siapa pun..." Rifhan senyum. Suraya kawan yang baik. Mengikut kata-katanya. Tak macam Syukri. Malam tu Syukri ke Ipoh bersama ibunya. Syukri nampak ibunya dari dalam restoran KFC. Ibu keluar dengan lelaki seusia ibu. Namun mukanya macam jahat, hitam dan kotor. Penuh jambang. Syukri ceritakan pada dia dan janji Syukri akan meyimpan rahsia itu. Tapi Syukri tipu! Keesokkan harinya, Rahman, Gopal dan Zamri mengejeknya... "Han..ada bapak baru!!! Ibu Han keluar dengan laki baru!!!" mereka mengejek gadis itu sebelum ketawa besar. Rifhan geram. Sepakat pertemuan empat mata antara dia dan Syukri dibuat habis sekolah petang itu.Sebijik tumbukan hinggap diperut Syukri!
Malam itu ibu pulang awal. Jam 8.00 malam. Sebab ibu pun keluar awal. Ketika itu, Rifhan di sekolah agama. Ibu mengajak dia ke pasar malam. Rifhan berasa sungguh seronok. Sudah lama dia tidak ke pasar malam bersama ibunya. Kali terakhir pun bulan lepas. Jika ke pasar malam, macam-macam yang ibu beli. Makanan, pakaian, getah, pin rambut, selipar yang cantik-cantik.. Sampai rambang mata gadis itu nak memilih. Tapi ibu tetap menunggu. Kata Ibu.. "Han pilih lah...Ibu nak tengok Han pilih"Ibu senyum. Ibu juga turut membeli murtabak daging kesukaannya dan seplastik buah rambai dan mata kucing. Puas dia makan malam itu. Ibu hanya bantu mengupas sebelum disuap ke mulutnya. "Ibu...Esok ibu kerja malam lagi?"Tanya Rifhan. Salina bangun lalu menuang air tea ke dalam cawan. Cawan itu dihulurkan pada anak tunggalnya itu. Rifhan ambil dan meneguk lambat-lambat. "Sayang nak ikut ke?" Rifhan angguk. "Betul nak ikut ?" Bersungguh-sungguh Rifhan mengangguk. "Mana boleh...Han kan nak UPSR tahun depan...Han nak kena belajar...jadi anak yang pandai. Bila Han belajar pandai-pandai..dapat keputusan bagus..Han boleh masuk Universiti. Keluar universiti Han dapat kerja bagus-bagus...duit banyak...Han boleh beli kasut lawa, baju cantik..Rumah pun boleh beli...Kereta sampai sepuluh." Rifhan tersenyum. Seronok mendengar bicara si ibu. Sambil itu kotak ingatan kecilnya membayangkan. Seronok! "Han nak duit banyak-banyak ibu..." ujurnya. Si ibu mengerut dahi. Bersungguh pulak anaknya. " Kenapa? " "Ibu kerja kan sebab nak duit..."Ibu muda itu terhenti senyumnya. "Ibu kerja sebab Rifhan lah...Rifhan per mata hati ibu..." Salina membelai rambut anaknya. "Boleh tak kalau ibu tak kerja?" "Mana boleh sayang...Kalau ibu tak kerja, Han tak boleh ke sekolah...tak boleh makan, tak boleh bayar duit sewa...Ibu kena kerja lah sayang..." "Han tak mahu pergi sekolah...Ibu tak payah lah kerja. Ibu kata ibu sayang Han. Han tak suka ibu kerja... Han balik sekolah, ibu tak ada..Han sorang je... Ibu balik Han dah tido. Jumpa pagi-pagi aje."Lirih suara anak kecil itu. Air mata Salina mula bergenang. Disapunya perlahan supaya si anak tidak melihat. " Kalau anak dara ibu ni tak suka.... nanti ibu tak kerja lagi... Jangan sedih sedih sayang. Cepat peluk ibu.. Kesian kat ibu...cepatlah peluk ibu..."Tubuh anak beranak itu bersatu.
"Iye...Kau tak percaya mak kau kerja peluk laki...Dah dua kali aku nampak. Mak aku kata kerja jahat tu..!" Telinga Rifhan panas mendengar bicara Syukri. Budak gemuk itu masih tidak puas hati.Sudahlah gemuk, mulut pun jahat. Patutlah semua benci! Ah! Sejak dia menghadiahkan sebiji penumbuk di perut Syukri, budak itu makin kerap mengejeknya. Rifhan naik jengkel. Meluat! Dia menolak Syukri. Syukri jatuh. Cermin matanya jatuh lalu pecah. Pelajar-pelajar dalam kelas itu diam. Masing-masing terhenti unutk melihat babak itu. "Han! Asal kau pecahkan cermin mata Syukri?" Zahid menjerit. Ifhan diam. Dia memandang Zahid sebelum memandang Syukri. "Aku cakap cikgu!" ujur Syukri. Rifhan memandang sinis. Seperti tidak takut. "Pergilah kalau berani gemuk!"
Tiga libasan rotan hinggap di tapak tangan Rifhan. Sakitnya seperti mata pisau yang menghiris kulit. Cikgu Salman, penolong kanan sekolah memanggilnya hari itu juga. Syukri benar-benar mengadu. Esok Cikgu itu mahu berjumpa dengan ibunya. Rifhan serba salah. Nak atau tidak dia perlu membawa ibunya. Malam itu, di ruang tamu lama Rifhan menunggu ibunya. Hingga jam 12 tengah malam, mata Rifhan benar-benar mengantuk. Rifhan ambil sekeping kertas. Lalu dicoret sesuatu.
Ibu,Han tunggu ibu lama...Ibu... Han jahat...Han dah pecahkan cermin mata Syukri. Tapi Syukri lagi jahat. .Esok ibu kena datang sekolah dengan Han..
Malam jumaat itu Salina tidak bekerja. Ibu Rifhan cuti. Anak kecil itu sungguh seronok. Dari dalam bilik bau telur goreng mata kerbau yang dimasak ibunya harum semerbak. Rifhan berlari ke dapur. Dilihat ibunya cantik. Takkanlah ibunya yang cantik ini keluar dengan laki gemuk, hitam, jahat seperti yang diperkatakan oleh Syukri. Syukri penipu! Dengki! Rifhan menidakkan hakikat yang dia sendiri ketahui. "Kenapa Han jadi macam tu?"Rifhan diam "Ibu hantar sekolah supaya Han jadi pelajar yang baik...Ibu hantar sekolah agama supaya Han tau apa tu dosa...Han buat Syukri macam tu..Kan berdosa..." "Dia mula dulu..Han tak ganggu dia..Dia kata ibu jahat tau. Han tak suka."Salina tersenyum. " Han rasa ibu jahat ke?" Rifhan diam. Lama memikir akhirnya dia mengeleng. "Ibu tak jahat..ibu baik tapi ibu kerja jahat..."Salina terkedu. Anaknya ternyata makin dewasa. Makin matang. "Han tak suka ibu kerja peluk-peluk orang...Ustazah kat sekolah kata berdosa. Han tak mahu ibu berdosa"Air mata anak kecil itu merembes keluar. Salina menyeka air mata anaknya. Dikucup lembut dahi anaknya. "Ibu janji esok ibu tak kerja lagi..Ibu dah berhenti..."Bisik Salina lembut. Rifhan terhenti tangisnya. Lama dia menatap wajah si ibu. Tidak percaya! Salina angguk. "Esok ibu hantar Rifhan sekolah tau...Bagi ibu pelukan cepat!"
Suasana rumah kembali suram. Tetamu yang datang beransur pergi. Rifhan duduk di dinding. Ingatannya kabur. Saat tu dia tidak tahu untuk memikir apa. Hanya kain baju kurung ibunya di peluk lembut. Rifhan ingat lagi cerita semalam. Masih terasa kehangatan pelukan si ibu. Tak sangka pelukan di pagar sekolah semalam pelukan terakhir dari ibunya. Kalau dia tahu ibunya akan di langgar kereta sewaktu pulang daripada menghantarnya kesekolah...sumpah! dia takkan merengek pagi itu minta di hantar. Sumpah! Dia tidak akan meminta ibunya berhenti kerja malam itu. Pasti ibu masih tidur selepas subuh kerana kepenatan kerja. Oleh itu, tidak perlu menghantar dia ke sekolah. Semua salahnya. Ibu meninggal kerana dia. Rifhan kembali menangis. Dia teringat ibunya. Ibu tak punya siapa...Ibu tak ada emak, ayah, saudara...Rifhan pun sama sekarang. Tak ada nenek, datuk, ayah, saudara...Sekarang Rifhan juga tak punya ibu...Sampai hati ibu tinggalkan Rifhan.
Dua hari kemudian, Mak Su Salmah jiran sebelah datang. Rifhan hanya diam selepas diterangkan sesuatu. Dari tapi pintu dapur dia melihat dua orang perempun tersenyum kearahnya. Rifhan datang kearah perempuan itu selepas dipujuk Mak Su Salmah.. "Saya Ummi Rifhan..." Salah seorang wanita itu memeluk Rifhan. Rifhan kaku sahaja. Namun sempat dikerling pada kad yang tergantung di tudung wanita itu. Puan Aishah Azhar...Pembimbing rumah anak-anak yatim Nur Hidayah. Ah! Inilah kisah dan adat hidup mereka yang merempat... Anak kecil itu menangis dalam hati kali ini. Dia teringat janji ibu yang akan menjaganya sampai bila-bila.
betullah. sedihlah cerita ni. kasihan betul pada budak kecik yang tak tahu ape2. tp lumrah lah tuh. kawan2 yg jahat selallu akan mengejek. huihhhhh sedehhhhh
btol2. buat la smbngannya lg. time han dh bsar. good job.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sdey cte neh...
ade kelainan,,
gud job writer!!