Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Mesej Ira aku biarkan tak berjawab. Aku sendiri tak tahu nak pergi ke tak ke reunion kelas darjah 6. Ayah dengan mak berjalan ke Terengganu. Aku tinggal dengan Angah kat rumah. Malas hendak memenatkan diri ke negeri pantai timur itu.
"Angah, kau jadi pergi kenduri kawan kau tak? Ira mesej. Dia ade buat makan-makan untuk kelas aku darjah 6 dulu. Kau boleh hantar aku?" ujarku sebaik sahaja masuk ke bilik Angah. Aku memandang muka Angah dengan penuh harapan.Angah yang sedang mencari baju merenung aku. Aku mula cuak. Alamak! Dia marah ke? "Kenapa kau tak bagi tahu awal-awal?" serius nada suara Angah. Tangannya kembali mencari bajunya. Aku menelan air liur. "Aku ingat malas nak pergi. Tapi, Ira dah 2-3 kali mesej tanya aku." Angah mengeluarkan sepasang baju kurung. Tanpa menoleh ke arahku, dia bersuara. "Pergi siap. Aku hantar kau pergi rumah Ira. Nanti dah habis kenduri aku ambik kau." Aku berjalan keluar dari bilik Angah. Yes!!!
Aku mengenakan blouse maroon berbunga kuning dengan seluar slack hitam. Hrm... Macam manalah rupa diaorang agaknya. Setelah tamat sekolah rendah, aku dan keluarga berpindah ke Kelantan kerana ayah dinaikkan pangkat. Ni pun balik semula ke Muar selepas ayah pencen. Suara Angah dari ruang tamu mematikan khayalanku. Selepas merapikan tudung, aku bergegas keluar.
***
Sebaik tiba di persimpangan rumah Ira, beberapa motosikal di hadapan rumahnya dapat kulihat. Macam ramai je. Aku terasa sedikit cuak bila membayangkan aku bakal berjumpa ex-classmate ku.
Angah memberhentikan kereta betul-betul di hadapan rumah Ira. Aku membuka pintu kereta. Seorang budak lelaki yang kebetulan berada di motornya melihatku. Matanya bulat. Angah pergi selepas aku turun dari kereta. "Hana?" budak tadi menegurku. Aku tersenyum. "Siapa ya?" soalku kembali. "Hei, ni Nazmilah. Kau tak kenal?" Lebar senyuman Nazmi melihatku. "Erk! Hehe... Sorrylah. Dah lama tak jumpa. Tak perasan pulak. Kau baru sampai?" Aku melihat Nazmi dari atas ke bawah. Jauh beza. Hampir 6 tahun tak jumpa membuatkan aku langsung tak kenal dia! "Yup! Jom masuk sama-sama," ajaknya. Aku mengatur langkah bersamanya.
"Woi! Tengok tu... Hana datang dengan Nazmi. Wah! Wah! Nazmi, dalam diam kau ek?" satu suara menjerit dari dalam rumah sebaik sahaja kami memberi salam. Aku menoleh, melihat Nazmi. Nampak mukanya yang putih berubah menjadi kemerah-merahan. Pandangan aku alihkan melihat dalam rumah Ira. Usikkan dari Syafiq tadi tidak kulayan. "Hana, kau datang jugak! Lama tak jumpa kau!" Ira muncul dari arah dapur. Aku bersalam dengan rakan perempuanku yang lain. Kemudian aku bergerak mendapatkan Ira. "Mestilah aku datang. Dah kau keje mesej dengan missed call je kerjanya!" Ira hanya ketawa. "Eh, pergilah makan. Nazmi, makanlah sekali. Ajak Hana ni hah. Makanan kat atas meja tu." Tunjuk Ira. "Kau dengan Nazmi je yang datang lambat. Yang lain dah lama sampai. Dah melantak dah," kata Ira. "Eh, kejaplah. Aku nak tukar kuah sup. Kasi panas sikit. Baru sedap." Ira kembali masuk ke dapur. Aku mengambil sedikit nasi himpit dan mencedok kuah sup setelah ditukar Ira. Aku mengambil tempat duduk di atas sofa. "Semua datang ke?" soalku kepada Reen yang kebetulan duduk disebelahku. "Tak jugak. Ada 2-3 orang yang tak dapat datang. Ada hal katanya," jawab Reen. Aku terus berbual dengan budak-budak lain sambil makan. Berkongsi cerita tentang peristiwa selama 6 tahun ini. Sesekali aku turut berbual dengan budak lelaki. Dan setiap kali aku melihat Nazmi, pasti dia tertangkap sewaktu sedang merenungku.
Handset di dalam kocek bajuku berbunyi. Angah. Aku menjawab panggilannya. Selesai menjawab panggilan, aku berjalan menuju ke arah Ira yang sedang berbual dengan Nazmi. "Sorry kacau kejap ya, Nazmi. Ira, aku dah nak gerak dah. Angah aku dah nak sampai," kataku. "Dah nak balik dah? Kejapnya. Aku ingatkan kau datang and balik dengan Nazmi tadi." "Banyaklah kau. Aku dengan Angah akulah." Aku melihat ke arah jalan. Kereta Angah dah sampai. "Oklah. Angah aku pun dah sampai. Aku balik dulu." Aku bersalam dengan Ira. Kemudian aku bergerak ke arah rakan-rakanku yang lain untuk bersalam.
Sewaktu hendak melangkah ke pintu, aku tidak perasankan kaki Syafiq yang duduk melunjur. Dan dengan penuh dramatisnya, aku tersadung kaki Syafiq lalu terjatuh. Aku menyambar apa sahaja untuk berpaut. Rupa-rupanya Nazmi yang ketika itu sedang berdiri di pintu aku sambar dan dia terjatuh bersama aku. Bulat mataku melihat Nazmi bila aku dapat rasakan bibirku dan bibirnya bertemu. Argh! Malunya! Tiba-tiba ruang tamu yang riuh sebentar tadi menjadi sunyi sepi. Aku dan Nazmi menjadi tumpuan. Cepat-cepat aku bangun dan keluar. Tidak menoleh ke belakang lagi.
***
Aku memegang bibirku. Tiap kali aku terkenangkan peristiwa 6 tahun lalu, pasti aku termalu sendiri. Sejak dari peristiwa itu, aku sering melarikan diri rakan-rakanku. Malu bila peristiwa itu diungkit. Rezekiku mendapat straight A di dalam SPM telah melayakkan aku mengambil TESL di Australia. Dan kini aku bekerja sebagai tenaga pengajar di MRSM Muar.
Semenjak dari peristiwa itu, aku langsung tidak bertemu dengan rakan-rakanku. Dengan Nazmi apatah lagi. Malu besar aku dibuatnya nanti walaupun sebenarnya tiada siapa yang bersalah aku rasa. Huh, jatuh imejku sebagai seorang remaja muslimah bila mendapat first kiss sebelum masanya. Kesian bakal suamiku nanti.
Sapaan daripada seorang pelajarku mematikan khayalanku. Aku menoleh ke arahnya lalu tersenyum. "Cikgu, cikgu free tak lepas sekolah? Saya ingat nak minta tolong cikgu hantar saya ke bandar. Nak beli barang untuk kelas," sopan Yani bertanya. "Saya free petang ni. Awak nak ke mana?" soalku kembali. Aku menyusun buku-buku essay pelajarku di atas meja. "Nak ke Wetex. Nak pergi Tanjung Mas Bookstore. Boleh ya, cikgu?" Aku berfikir sekejap sebelum memberikan jawapan. "Ok, awak tunggu saya kat kereta. Mungkin saya lewat sikit sebab ada kelas." Aku memberikan kata putus. Selepas mengucapkan terima kasih, Yani menginggalkan ku. "Jauh menung cikgu," tegur Cikgu Fadhil sebaik sahaja Yani pergi. Aku mengalih pandang melihat Cikgu Fadhil. Mengangkat kening, bertanya. "Tadi sebelum student awak datang, saya panggil 2-3 kali pun awak tak sedar," ujarnya. Aku hanya tersengih melihatnya dan tidak berkata apa. Lalu aku mengambil sebuah buku essay pelajarku untuk ditanda. Namun aku dapat merasakan yang pandangan Cikgu Fadhil tidak beralih sedikit pun. Alahai, tak selesanya. Aku mengangkat muka. "Kenapa?" soalku. Cikgu Fadhil menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum. Hai, tak faham aku!
Selepas habis sesi pembelajaran di kelas tingkatan lima, aku terus ke bilik guru. Berkemas. Kemudian aku ke keretaku. Aku lihat Yani dan Iza, rakannya sedang menungguku. "Maaf saya lewat," kataku. "Jom." Aku membuka pintu kerata lalu masuk ke dalam kereta. Setelah Yani dan Iza masuk ke dalam kereta, aku menghidupkan enjin dan bergerak menghala keluar. "Saya tinggalkan awak kat sini. Pukul 2 kita jumpa di sini," kataku sebaik sahaja kami tiba di Wetex. Yani dan Iza turun dari kereta. Aku masuk ke basement untuk mencari parking.
Sementara menunggukan pukul 2, aku berjalan-jalan di sekitar Wetex. Dari satu kedai ke satu kedai aku singgah. Lebih kepada mencuci mata. Sewaktu aku masuk ke dalam Watson, mataku cepat menangkap seseorang yang sudah lama tidak ku jumpa sedang membelek barang. Aku menelan air liur dan memikirkan kewajaran aku menegurnya. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk menegur insan itu. "Err, hai!" tegurku sebaik sahaja berdiri di sebelahnya. Lelaki itu menoleh sebaik sahaja melihatku. "Hana!" dia sedikit terjerit. Aku tersenyum melihatnya. "Lama tak jumpakan." "Ha'ah. Sejak reunion 6 tahun dulu aku langsung tak dengar cerita fasal kau. Aku tanya Ira pun dia cakap kau tak contact dia." Wajahku sedikit panas bila Syafiq mengungkit kisah 6 tahun dulu walaupun dia tidak menyebut tentang kes aku dengan Nazmi.. "Kau apa cerita sekarang?" Syafiq menyoalku. "Aku mengajar kat MRSM. Kau?" tanyaku kembali. "Aku kerja kat KL. Ni kat Muar ni pun balik kampung. Eh, nak phone number kau. Nanti boleh kita contact-contact." Syafiq menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan telefon bimbitnya. Selepas bertukar-tukar nombor telefon, kami berpisah.
Seminggu selepas berjumpa dengan Syafiq di Watson, barulah Syafiq menghubungi aku. Bermacam-macam-macam kisah keluar. Kecuali kisah aku dan Nazmi.
***
Malam itu aku terjaga daridapa tidur. Aku terasa badanku sejuk. Mimpi yang aku alami benar-benar menakutkan aku. Aku mencapai handset di tepi bantal. 3.30 a.m. Aku cuba untuk kembali tidur tapi tak berjaya. Lantas aku membelek-belek handsetku. Mebaca dan memilih mesej untuk dibuang.
Jariku terhenti menekan keypad handset bila tiba di nama Syafiq. Boleh dikatakan sejak 3 bulan lalu aku saling berhubung. Terasa bosan menunggu pagi dengan mata yang tidak mengantuk, aku memberi mesej selamat pagi kepada Syafiq. Tak lama selepas mesej dihantar, aku dikejutkan dengan panggilan telefon daripada Syafiq. Aik, mamat ni pun tak tidur jugak? "Hello, assalamualaikum," kataku sebaik sahaja talian bersambung. "Waalaikumsalam. Kau tak tidur lagi?" soal Syafiq. Aku bangun mendapatkan suis kipas. Ku perlahankan kelajuannya bila tiba-tiba terasa sejuk. "Tak boleh tidur. Aku mimpi entah apa-apa je tadi," ujarku seolah-olah mengadu kepadanya. Aku terdengar suara Syafiq ketawa perlahan. "Kau mimpi apa? Aku pulak mimpi dapat kahwin dengan kau." Kata-kata Syafiq mengundang tawaku. "Haha... Dalam nasib baik dalam mimpi je. Kalau betul-betul, tak sanggup aku." "Eleh, cakaplah macam tu. Sekali aku datang rumah kau, aku propose kau dan mak kau terima, baru kau tahu. Tapi untung apa kau kahwin dengan aku. Eh, aku tanya kau mimpi apa?" "Aku mimpi kena kejar dengan ular sawa besar kau tahu! Lepas tu bila dia dapat tangkap aku, dia belit badanku and patuk kaki aku. Peh, sampai sekarang aku terasa-rasa geli kena belit dengan ulat tu. Yaks..." Kuat ketawa Syafiq dapat aku dengar di corong telefon. "Woi, agak-agak lah nak gelak tu. Dah pukul 3 lebih ni kau tau!" marahku. Barulah ketawa Syafiq reda sedikit. "Kau nak tau tak? Orang dulu-dulu cakap, kalau kau mimpi kena patuk ular, maknanya ada orang nak masuk meminang. Pada pendapat aku pulak, kalau ular tu ular sawa besar macam yang kau cakap, mesti orang yang masuk meminang kau tu gemuk! Hahaha...." Ketawa besar Syafiq selepas mengenakan aku. Hai, kalau budak ni kat depan aku, dah lama aku ketuk dengan senduk! "Dahlah kau. Kenakan aku pulak. Aku merajuklah dengan kau. Huh. Assalamualaikum," nada suara aku buat ala-ala merajuk. Nak tengok apa agaknya Syafiq akan buat. "Okay. Merajuklah. Waalaikumsalam," balas Syafiq. Huh, boleh dia buat macam tu aje? What do you expect from him huh, Hana? Aku kembali meletakkan handset di sebelah bantal. Mataku dipejam. Cuba untuk tidur. Akhirnya aku terlena.
Setelah hampir seminggu aku 'merajuk' dengan Syafiq, akhirnya dia menghantar mesej kepadaku pada hari Jumaat. Mengajakku untuk berjumpa hujung minggu ni.
'Ko nk trun Muar ke?' tanyaku.
'Yup. Aq nk blanja ko mkn. Aq pn br gaji. Lgpun nk pjuk org yg tgh mrjk. Nti aq infrm nk jmp kt mne.' balas Syafiq.
Aku tersenyum membaca mesejnya. Masakan dia ingat aku benar-benar merajuk? Selepas aku sms dia alamat rumahku, aku kembali menyambung tugasku.
Akhirnya petang Ahad itu kami berjanji untuk berjumpa di Mc D. Dah orang nak belanja, aku pun setuju ajelah. Setelah memakirkan kereta, aku mengatur langkah ke restoran itu yang letaknya bersebelahan pintu masuk Wetex. Mataku melilau mencari kelibat Syafiq dari pintu masuk ke restoran itu. Namun yang aku lihat hanyalah pelajar asrama yang keluar outing. Aku berjalan masuk ke dalam restoran itu. Aku ternampak seorang lelaki yang sedang membuang pandang keluar cermin melihat jalan raya yang sibuk. Lagaknya seperti sedang menunggu seseorang. Aku mengatur langkah mendapatkan lelaki itu. Yakin itu adalah Syafiq memandangkan tiada lagi lelaki yang duduk berseorangan. "Hai, dah lama tunggu?" tegurku. Lelaki itu menoleh kepadaku. Aku menelan air liur. "Nazmi???" Dan lelaki itu tersenyum.
Aku membuang pandang melihat Sungai Muar di hadapanku. Selepas makan di Wetex, Nazmi mengajakku ke Tanjung Mas. Kami makan dengan perbualan paling sedikit. Sebenarnya aku masih keliru dengan apa yang berlaku sebenarnya. Waktu makan mataku sempat juga melilau mencari kot-kot Syafiq datang. Tapi hampa. "Nah." Nazmi menghulurkan air yang dia beli sebentar tadi. "Thanks." Aku menyedut air itu dengan straw yang disediakan. Air kelapa. "Kenapa diam je? Sejak kita makan tadi Hana tak banyak bercakap. Kalau kat telefon rancak pula bercerita." Nazmi memulakan perbualan. Dia mengambil tempat duduk di sebelahku dan turut membuang pandang melihat ke arah sungai. "Tak tahu nak cakap apa." Lagipun terkejut bila terjumpa dengan awak sebab saya janji dengan Syafiq... Tambahku di dalam hati. Buih-buih di permukaan sungai aku tenung. "Hana..." panggilnya. Menoleh ke arah Nazmi "Sebenarnya, tujuan saya jumpa dengan Hana hari ni bukannya setakat nak belanja makan je." Nazmi mengalih pandang ke arahku. Mukaku sedikit panas apabila Nazmi ralit memerhatikanku. Tiba-tiba Nazmi berdiri dan melutut di hadapanku. Tangannya mengeluarkan sesuatu dari kocek seluar. "Be my wife?" tanya Nazmi penuh pengharapan. Dan lidahku menjadi kelu.
***
Badanku sedikit letih sejak pagi tadi. Aku berjalan menuju ke bilikku. Kamar yang dihias indah dengan warna biru-putih sungguh menenangkanku. Tanganku mencari tuala dari dalam almari. Selepas mengambil apa yang patut, kakiku melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri. Selesai mandi, aku mengambil wudhu' untuk menunaikan solat isyak. Sebaik sahaja aku keluar dari bilik air, Nazmi masuk ke dalam bilik. "Tunggu abang. Kita solat berjema'ah." Nazmi melangkah ke dalam bilik air. Aku menyarungkan telekung dan membentangkan sejadah untuk aku dan Nazmi. Aku duduk di atas sejadah sementara menunggu Nazmi.
Selesai bersolat, aku menyalam tangan Nazmi dan Nazmi mencium dahiku buat kali kedua selepas akad nikah pagi tadi Wajahku sedikit panas dengan tindakannya. Aku bangkit sambil membuka telekung. Setelah meletakkan telekung di rak khas, aku menyambut sejadah yang dihulurkan Nazmi. Kemudian Nazmi menarik tanganku untuk duduk di birai katil. "Boleh Hana tanya sesuatu?" soalku kepada Nazmi. Melihat Nazmi menganggukkan kepala, aku meneruskan kata-kata. "Apa sebenarnya yang berlaku? Hana tak faham." Nazmi tersenyum melihatku. Tangan kananku di capai.
Mana taknya aku tak faham. Lepas Nazmi propose aku kat Tanjung Mas, Nazmi membawaku pulang ke kampungku di Parit Jawa. Di kampung barulah aku tahu yang keluarga Nazmi telah datang ke rumahku minggu lepasnya untuk melamarku dan mak memberikan kata setuju tanpa pengetahuanku selepas Nazmi memberitahu mak aku yang aku telah tahu mengenai lamaran itu dan aku setuju. Aduhai, nasib baiklah aku tiada steady boyfriend lagi masa tu. Dua minggu lepas kami bertunang dan pagi tadi kami dinikahkan. Tak sempat aku nak bertanya apa-apa kepada Nazmi memandangkan dia sibuk bekerja di Hospital Kuala Lumpur. Kami berhubung pun melalui sms dan itu pun sekadar bertanya khabar dan persiapan majlis pertunangan dan pernikahan.
Aku teringat sewaktu aku meminta Nazmi menemani aku ke rumah cikgu Fadhil untuk memberikan kad undangan perkahwinan minggu lepas. Cikgu Fadhil tersenyum je bila membuka dan membaca kad itu. "Patutlah asyik berangan je sampai saya panggil 2-3 kali pun tak dengar. Rupa-rupanya teringatkan cik abang." Sakan cikgu Fadhil mengusikku. Nazmi di sebelah tersenyum-senyum melihatku.
"Hana ingat lagi yang Hana jumpa Syafiq di Watson?" Nazmi menyoalku. Aku sedikit pelik dengan soalannya. Mana dia tahu? "Sebenarnya, Syafiq housemate abang kat U. Dia tahu yang abang dah lama cari Hana sejak kita terkiss dulu." Mukaku sedikit merah bila dia membuka cerita 6 tahun dulu. Aku hanya diam untuk membenarkan Nazmi terus bercerita. "Masa Syafiq dengan Hana tukar-tukar nombor, sebenarnya Syafiq bagi nombor abang." "Dan abang terus berlakon menjadi Syafiq?" lancar lidahku memanggil Nazmi abang. "Bila masa abang berlakon jadi Syafiq? Cuba Hana cakap? Abang tak pernah cakap abang Syafiq," katanya lagi. "Tapi abang tak pernah kenalkan diri abang sebagai Nazmi." Aku sedikit tak puas hati dengannya. "Pernah tak Hana tanya? Takkan." Aku menarik nafas panjang. "Dah Syafiq yang bagi number tu. Mestilah Hana fikir yang contact Hana tu Syafiq." Nazmi tersenyum. Tanganku di tangannya tak dilepaskan. "Sebenarnya abang ada jugak terfikir nak cakap kat Hana. Tapi abang takut Hana akan larikan diri lagi. Hana tahu tak betapa susahnya abang nak cari Hana sejak 6 tahun dulu. Dah lah Hana tak contact Ira langsung. Abang tanya budak-budak lain pun diorang cakap tak tahu. Dan bila abang dah jumpa Hana, Hana ingat abang nak lepaskan je peluang tu? Tak mungkin Hana..." panjang lebar penerangan Nazmi. Aku terkelu. Dia cari aku. Kenapa? "Tapi kenapa abang cari Hana? Kita dah cukup malu dengan kes kita dulukan. Dahlah Hana yang jadi penyebabnya." Aku memandang wajah Nazmi. "Sebab abang nak tuntut hutang kat Hana." Serius nada suaranya. "Hutang? Bila masa Hana ada hutang dengan abang?" soalku pelik. "Ada..." balasnya. "Hutang apa?" soalku lagi tak berpuas hati selagi aku tak tahu. "Hana dah curi first kiss abang dulu. So, Hana kena kahwin dengan abang sebab abang hanya nak first kiss dengan isteri abang," ujar Nazmi tersenyum-senyum. Aku menampar lembut bahunya. "Dan sekarang hutang Hana dah selesai." Nazmi membawa tanganku ke bibirnya.
***
"Tak sangka aku dapat jumpa kau lagi." Ira memelukku sebaik sahaja aku sampai di rumahnya. "Kenapa kau tak contact aku langsung? Kau dah lupakan aku ye?" ada nada sedih dalam suaranya. Aku menepuk-nepuk bahu Ira. "Bukannya dah lupa. Aku malu lah nak jumpa korang lepas kes tu," terangku. "Eh, ramai ke yang dapat datang hari ni?" soalku kepada Ira. "Insya-Allah semua datang. Mungkin ada yang bawak family kot," jawapan Ira membuatku pelik. "Siapa yang bawa family?" "Hai cik kak ni, abang kau tak cerita ke yang Syafiq dah kahwin. Lagi, Aina, Reen dengan Lee. Semua tu dah kahwin. Syafiq tu kahwin masa tahun akhir kat U. Sekarang dah ada 2 orang anak dah." Lincah tangan Ira menyusun makanan di atas meja. Hari ini sekali lagi kami akan berkumpul. "Syafiq dah kahwin?" Aku terkejut dengan cerita Ira. Nasib baiklah yang mesej aku tu Nazmi. Kalau tak, mahu aku kena kejar dengan isteri Syafiq! "Ha'ah. Tapi kau dengan Nazmi je lah yang kahwin dengan classmate." Ira mengusikku. Aku tersengih.
Reunion kali ini agak meriah. Tambah lagi dengan suara kanak-kanak yang bermain di laman rumah Ira yang agak lapang. Boleh dikatakan hampir semua rakan-rakanku datang. Mereka hanya tersenyum bila aku memberi tahu yang aku sudah berkahwin dengan Nazmi. Entah apalah yang diorang fikirkan agaknya. Hehe... "Abang," aku memanggil Nazmi yang sedang berbual dengan Syafiq di laman. Nazmi menoleh dan melambaikan tangannya, memintaku datang kepadanya. Aku mengatur langkah menuju kepada Nazmi. Dalam pada itu, kaki aku tersadung tunggul kayu yang tersembul keluar dari tanah. "Ya Allah," aku hampir tergelincir jatuh. Namun sempat aku menarik baju Nazmi. Peristiwa 6 tahun dulu berulang kembali bila elok je aku jatuh dengan Nazmi. Nazmi memelukku kejap. Sekali lagi kami menjadi perhatian. Aku dan Nazmi sama-sama bangun. Aku membersihkan bajuku yang ada kesan rumput. Nazmi turut melakukan perkara yang sama. Mukaku panas kerana malu. "Ooooo...." sorakan daripada ex-classmate ku membuatkan aku berdiri di belakang Nazmi. Nazmi menarik tanganku supaya aku berdiri di sebelahnya. "Nazmi, pegang tangan Hana kuat-kuat. Nanti dia lari lagi," usik satu suara. "Hana takkan lari lagi dari aku. Aku dah ikat dia," balas Nazmi. Wajahku di pandang sayang. "Hana nak malu apa lagi. Kita dah kahwin dah pun," bisik Nazmi perlahan di telinga kananku. Hai... Kenapalah tiap kali reunion aku mesti terjatuh? Tapi reunion jugaklah yang menemukan jodohku dengan Nazmi. Oh reunion!
maaf ya bg mreka yang krg slesa dgn pgunaan bhs sms.. sy gunakan bila watak dlm cerita mendapat atau memberi sms.. thanx kpd semua yg sudi baca.. cerpen lain, yop, aku sayang kau dengan cinta untuk ain. enjoy reading!
idea yang bagus...cerita pun menarik. pendek kata, jalan cerita indah lah. tapi, jangan biasakan penggunaan bahasa sms ni. rosak bahasa kita. berkarya, berkarya juga tapi jangan langgar hukum tatabahasa kita.
salam... mengingtkn sy pd zaman sek rendah.. lm x jumpe ngan diorg... nice story..little bit different from others... kalo terlalu ikut hukum tatabahasa pun, boring gak kn... kene hati2 sket...
ha'ah best sgt citer ni..teringat kes kat skul..but not kiss k.. tp ktrg xde ending..cz tu dulu2 time minat2 je.. xtau lak kalau die tertangkap cintan kat aku dalam diam..hehe..ahaks -purplefreesia_88-
comelnye cerita... huhu..rase cm berdebar-debar lak... bulan 5 nie aku ade reunion.. haha...tp xmungkin la jadi cmtue kan...hahaha nice story.. to writer = keep it up
ramainyer org komen... nak komen pun kne roll down byk kali haha.. best...terutama sbb Kg tercinta msuk dlm cter nie... MUAR..penulis org muar ke prnah duk muar..??? anyway..cter ni comel...huhu
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
yea..yea..
jadik org 1st komen..
huhuhuhu
best laa cite nie..
congrats to writer..