Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hana mempercepatkan langkahnya, sepantas yang terdaya. Doanya dalam hati agar hari ini dia tidak terlewat lagi tiba di kuliah. Terasa peluh merembes keluar membasahi pakaiannya. Namun itu tidak menghalang Hana meneruskan perjalanannya ke universiti yang jauhnya lebih kurang tiga kilometer dari rumah sewa yang dikongsi bersama rakan-rakan. Kurang asam punya kawan! Tinggal aku macam tu je, bukannya nak kejut aku bangun! Bentak hati Hana sambil mengesat peluh yang menitik di muka. Hana menarik muka masam. Dia melirik jam tangannya yang menunjukkan tepat jam lapan suku pagi. Hish, lewat lagi la nampaknya! Matilah aku! Mesti kena sindir dengan prof. Kim, lagi-lagi si gemuk tu! Ujarnya dalam hati apabila teringatkan Professor Kim yang amat cerewet orangnya. Pernah sekali assignment miliknya di ‘reject’ Professor Kim lalu mengarahkan Hana menghasilkan assignmet baru. Hanya tuhan yang tahu betapa sakit hati dan kecewanya Hana apabila assignmet yang dibuatnya dengan tekun ditolak mentah-mentah. Semenjak kejadian itu, Hana agak menyampah kepada Professor Kim yang baginya seorang cerewet dan agak berkira dalam soal pemberian markah.
Sesampainya Hana di perkarangan National University of Seoul Korea, dia bergegas ke dewan kuliah. Dia menarik nafasnya dalam-dalam dan telah mempersiapkan diri dari segi mental dan juga fizikal untuk menjawab segala macam pertanyaan yang bakal disoal Professor Kim. Berbagai-bagai alasan yang direkanya sebentar tadi hanya menanti masa untuk dikeluarkan. Dia menguak daun pintu dewan kuliah. Seraya itu, anak matanya membulat mencari kelibat professor Kim. Dewan penuh dibanjiri mahasiswa dan mahasiswi, tetapi Professor Kim tidak pula kelihatan di situ. Hana mengukir senyuman lega menampakkan barisan giginya yang putih itu. Fuh, lega aku dia tak sampai lagi! Katanya dalam hati sambil melabuhkan punggung ke kerusi yang masih kosong lalu mencapai nota ringkas untuk dibaca.
Waktu makan tengah hari telah tiba. Hana dan Lia segera ke tempat makan untuk mengisi perut mereka yang kosong. Mereka memilih tempat duduk yang agak tersorok di bahagian belakang. Setelah memesan makanan, Hana terus memulakan perbualan. " Sampai hati kau tak kejut aku bangun, Lia," kata Hana lalu menyuapkan Kimchi ke mulutnya. "Aku bukannya tak kejut kau, kau yang tak nak bangun. Tidur mati agaknya. Letih aku kejut, then kau kata kau nak pergi sendiri. Aku teruslah pergi kuliah," balas Lia yang merupakan kawan karib Hana sejak di bangku sekolah menengah lagi. "Bila masa pula aku kata nak pergi sendiri?" Hana menyoal Lia. Dahinya mula berkerut. " Bila masa kau tanya? Kau yang beria-ria cakap nak pergi sendiri. Hei, aku tak pernah nak mereka-reka cerita la wei, bukan macam kau, asyik nak kelentong Prof. Kim. Kadang-kadang, kesian aku tengok orang tua tu, asyik kena tipu dengan kau. Bila datang lewat je, adalah alasan kau!" sindir Lia sambil menunggu pesanan makanannya tiba. " Betul ke aku kata nak pergi sendiri ? Tak perasan pula aku cakap macam tu, ngigau kot," Hana tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. " Lia, bila makanan kau nak sampai? Jenuh aku tunggu, aku punya kimchi pun dah nak habis. Lepas ni ada kelas la, aku tak nak lewat lagi," ujar Hana sambil menyuap suapan Kimchi yang terakhir ke mulutnya. "Entah, aku pun tak tahu. Mana aku punya order ni? Eii, entah-entah aunt tu lupa aku punya order kot?" Hana hanya menjungkitkan bahu. Lia segera bangun menuju ke arah salah seorang pelayan di situ. Tidak beberapa lama kemudian, kelihatan Lia kembali menuju ke arah Hana dengan muka monyok. " Aunty tu kata dia lupa nak buat aku punya order, terpaksalah aku berlapar sampai habis kelas nanti," Lia mengeluh panjang. " La…kesiannya kau. Aku ada gula-gula, kau nak tak?" soal Hana sambil menyeluk beg yang tersangkut di bahu. "Hana, kau ingat gula-gula tu nasi ke?? Tak kenyanglah wei, tapi disebabkan aku dah terlalu lapar, gula-gula pun gula-gulalah, asalkan adalah juga benda yang boleh masuk dalam perut aku ni," Hana tersenyum mendengar kata-kata kawan karibnya itu. Dia terus menghulurkan beberapa biji gula-gula kepada Lia dan terus bangun menuju ke kelas seterusnya.
Setelah tamat kelas, mereka berdua beriringan berjalan kaki menuju pulang ke rumah sewa. "Hana, malam ni aku tak makan kat rumah, aku keluar dengan Jae Won tau," beritahu Lia kepada Hana. " ooo… mamat Korea tu, korang ni couple ke? Baik semacam je… ada apa-apa eh?" Lia mula tersenyum-senyum. " Nak kata tahap couple, belum lagi. Sebab dia pun tak pernah cakap apa-apa lagi, tapi aku rasa dia tu minat aku la," Hana menjengilkan matanya. " Ceh, perasaan mamat tu suka kau pula, dulu bukan kau pernah kata mamat-mamat kat Korea ni bukan citarasa kau ke? Tak handsome lah, mata tak bulat lah, putih sangat lah. Kau kata kau nak yang macam muka Orlando Bloom. Yang aku tak boleh lupa sampai sekarang yang bahagian kau kutuk aku sebab aku minat mamat yang Chinese look. Sekarang Orlando Bloom kau dah tercampak kat mana aku pun tak tahu. Jae Won yang original Korea juga pilihan hati kau, biar benar?" Lia lantas menggigit bibirnya mendengar sindiran pedas daripada Hana "Hana, jahatlah kau! Mentang-mentanglah dulu aku kutuk taste kau, sekarang kau sindir aku cukup-cukup. Ok la, aku tarik balik semua yang aku terlepas cakap dulu," Hana tertawa mendengar kata-kata Lia. "Baru kau tahu sepet tu best, lain kali jangan sesedap rasa mengutuk taste orang lain," kata Hana diiringi tawa yang masih bersisa. "Eh Hana, sukanya kau gelakkan aku, kau tu bila pulak? Asyik bersendiri je , tak ada ke yang berkenan di hati?" Soal Lia. Gelak Hana terhenti tiba-tiba .Sunyi. Lia memandang Hana yang kelihatan seperti merenung sesuatu. " Kau tengok apa? Hana?" Lia cuba melihat kearah yang direnung Hana. Pada mulanya Lia tidak nampak apa-apa yang dapat menarik perhatiannya tetapi anak matanya terhenti kepada seorang insan yang amat dikenalinya. Insan yang sedang bermain-main dengan seorang kanak-kanak perempuan yang berusia lingkungan tiga hingga empat tahun. Cukup dikenali! " Hana, tu bukan ke Sha…" Lia tidak sempat menghabiskan ayatnya kerana Hana tiba-tiba berlari meluru ke arah insan tersebut. Hana yang tercungap-cungap berlari berhenti di hadapan insan tersebut. Hana seperti sedang meneliti sesuatu yang tersangat aneh dihadapannya. Mata Hana tidak berkelip walau sesaat. Seorang lelaki yang Hana cukup kenali. " Aneongaseyo ( hello)" sapa lelaki itu ramah sambil menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat, walaupun lelaki itu kelihatan sedikit ragu-ragu. Hana tidak mengendahkannya dan terus menerus meneliti lelaki itu.Satu persatu daripada hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Tiada kata yang dapat diluahkan Hana ketika itu. Hana kaku. Seakan tidak bernafas. Sesungguhnya hanya tuhan yang tahu betapa gembiranya dia menemui lelaki yang begitu dia rindui.Terlalu rindu. Entah mengapa bayangan Shafiq Hazril tiba-tiba menjelma di ruang mata. "Shafiq," ucap Hana sepatah. Lelaki itu kelihatan terpinga-pinga. "Kenapa awak ada kat sini? Awak bukan dah..." Hana tidak menghabiskan ayatnya kerana terlalu terkejut melihat keajaiban yang berlaku di hadapan matanya. "Awak orang Melayu ke? Orang Malaysia?" soal lelaki itu. Hana tersentak. "Shafiq, awak cakap apa ni?" Hana tidak menjawab pertanyaan lelaki itu, sebaliknya bertanyakan lelaki itu soalan.Kali ini reaksi lelaki itu nampaknya lebih tepinga-pinga. " Miss, are you okay? Who’s Shafiq? May I help you?" tanya Lelaki itu bertalu-talu. " Shafiq, apa ni? Hana pun Shafiq tak kenal ke? Ni Hana lah, Shafiq. Hana Athirah! Sampai hati, Syafiq! Mana Syafiq pergi selama ni? Bertahun-tahun Hana tunggu Shafiq balik! Tak pernah sekalipun Syafiq call tanya khabar, jumpa apatah lagi! " Hana mula bertindak di luar jangkaan dengan menggoncangkan bahu lelaki itu. Air mata Hana yang bertakung di tubir mata kini mencurah selebat-lebatnya. Lia yang daripada tadi berdiri dari jauh melihat reaksi Hana, kini bergegas meluru ke arah Hana. Lia segera mendapatkan Hana dan menenangkannya."Lia, Shafiq dah tak kenal aku!" tangis Hana mendayu-dayu. Lelaki itu kini kelihatan kaget melihat keadaan Hana. "Hei, Shafiq kau buat apa kat Hana hah?!" Suara Lia mula meninggi. " Miss, I don’t know what is going on now, Who’s Shafiq? I’m not Shafiq that you are looking for. Why she’s crying?" Lia mengerutkan dahinya.Bukan Syafiq? Detik hati Lia "Huh? So, who are you?" soal Lia pula. "Erm, I’m Muiz," balas lelaki itu pendek. " Muiz?" Kali ini kerutan di dahi Lia sudah dapat menggambarkan yang dia benar-benar tidak faham apa yang berlaku. Tangisan Hana pula semakin mendayu bak hujan yang turun tiada hentinya.
*************************
Sejurus kejadian itu, Lia meminta Muiz untuk makan malam bersamanya dan Hana. Tujuan Lia meminta Muiz berbuat demikian adalah untuk menerangkan satu persatu kepada Muiz agar dia tidak salah faham dengan apa yang terjadi. Mahu tidak mahu, Lia dengan berat hati terpaksa membatalkan temujanjinya dengan Jae Won pada malam itu.Mereka bertiga bertemu di sebuah restoran tempatan yang menyediakan makanan halal. Restoran itu merupakan satu-satunya restoran yang menyediakan makanan halal bagi orang Islam di Bandar Seoul. "Hmm… awak memang serupa dengan Shafiq," Lia berkata kepada Muiz. " Memang sama la, saya tak tahu nak bezakan awak dengan Shafiq, exactly same!" Lia berterus terang kepada Muiz. Muiz hanya tersenyum simpul walaupun seribu satu soalan sedang bermain di kotak fikirannya. Hana hanya membisukan diri dan merenung Muiz yang duduk bertentangan dengannya. Hana menatap wajah Muiz. Hana meneliti satu persatu. Mata Muiz yang redup mengingatkan Hana kepada Shafiq. Bibir dan hidung mancung Muiz, bagi Hana semua itu merupakan milik Syafiq. Kekacakan Syafiq kini terserlah di wajah milik Muiz. "Awak ni betul ke bukan Shafiq, Shafiq Hazril?" Hana yang hanya mendiamkan diri akhirnya bersuara.Hana inginkan kepastian. " Ya, I bukan Syafiq yang you cari Miss Hana, I Muiz." Hana mengangguk lemah. Tiba-tiba hatinya dipaut kepiluan yang amat sangat. Sesungguhnya ujian yang diberiMu Tuhan amat berat untuk ku lalui. Air matanya berjuraian lagi. Hana tidak dapat menahan sebak di dada. " Izinkan saya keluar sekejap," pinta Hana lalu meninggalkan meja dan menapak menuju pintu keluar restoran. Muiz mengeluh panjang. "Biarlah Hana layan perasaan dia, kejap lagi dia ok la," kata Lia yang memang arif dengan sikap Hana. Suka menyendiri apabila dirudung kesedihan" Miss Lia, can I ask you something?" tanya Muiz sambil menggosok-gosokkan tangannya. " Boleh, selagi apa yang ditanya tidak terlalu private," Lia menghirup kopi panasnya yang dipesannya sebentar tadi. " Kenapa Miss Hana bertindak macam tu sekali, maksud I kenapa dia tiba-tiba je menangis lepas nampak I? Cakap perkara yang pelik-pelik dan… Shafiq tu siapa?" Lia menarik nafasnya perlahan-lahan. " It’s a long story, erm…very long story." Muiz hanya mendiamkan diri, menunggu Lia menyambung percakapannya. "Lebih kurang enam tahun lepas semasa kami berdua berada dalam tingkatan empat, Hana sebenarnya telah mempunyai seorang insan yang amat istimewa dalam hidupnya. Hana memang benar-benar ikhlas menyayangi insan tersebut . Senang cerita, diorang ni memang couple yang sayang – menyayangi." Lia menghirup kopi panasnya lalu menyambung ayatnya." Tapi, mungkin Hana memang tidak ditakdirkan untuk hidup bersama insan itu." Muiz yang daripada tadi tekun mendengar, tiba-tiba bersuara, " Oh, maksud you that guy tinggalkan Hana ke?" Lia mengangguk perlahan. "Lelaki tu tinggalkan Hana. Lelaki itu tinggalkan Hana bukan kerana lelaki itu jahat ataupun dia berlaku curang, tetapi lelaki itu telah pergi menyambut seruan ilahi. Lelaki itu terlibat dalam satu nahas kapal terbang. Hana tak dapat terima kenyataan yang perkara ni berlaku kepada insan yang dia amat sayangi, iaitu Shafiq." Lia meneruskan lagi percakapannya." Yang paling menyedihkan apabila mayat Syafiq tak dijumpai sampailah ke hari ini. Saya ingat lagi macam mana keadaan Hana, asyik menangis, murung, dia macam dah takda life. Hana sebenarnya tak dapat terima kenyataan. Jadi, dia selalu cakap yang yang Shafiq masih hidup, sebab dia kata tak ada orang boleh prove yang Shafiq dah mati." Lia menarik nafasnya dalam-dalam lalu menyambung lagi. " Kalau awak nak tahu, arwah Shafiq tu, wajah dia seiras awak. Memang sama. Tak sangka boleh jumpa pelanduk dua serupa. First time nampak awak petang tadi, saya memang ingat awaklah Syafiq." Terang Lia sungguh-sungguh. Muiz seakan terkedu mendengar segala butir bicara yang keluar dari mulut Lia. Sukar untuk dia percaya, namun itulah kenyataannya. Tidak pernah dia menyangka ada insan lain yang mempunyai iras yang sama dengan wajahnya. Muiz termenung panjang. "Encik Muiz dah faham apa yang berlaku sebenarnya?" soal Lia apabila melihat Muiz termenung. " Ya, I dah faham apa yang berlaku," balasnya ringkas.
****************************
Hana membiarkan rambutnya yang panjang mengurai ditiup bayu malam itu. Dia memeluk tubuh. Cuaca malam di Bandar Seoul agak mendung, semendung hati Hana yang dipalu kesedihan. Tiada lagi air mata yang bergenang di pipi gebunya namun memori silam yang telah lama cuba dilupakan menerjah kembali. Bayangan Shafiq Hazril sekali lagi berlegar-legar di ruang mata. " Hana, after this school holidays, Shafiq pindah ke SAB tau." Tangan Hana yang sedang membetulkan beg yang dipakainya serta merta terhenti lantas memandang Syafiq. " Pindah ke SAB?" soal Hana kehairanan. "Yup, I’m moving to SAB, kenapa tak boleh ke?" Hana menggaru kepalanya yang tidak gatal. " Maksud Syafiq, pindah ke SMK Aminuddin Baki?" Shafiq mengangguk laju. " Aik? Kenapa Syafiq nak pindah sekolah pulak? Kena kick dari Fairview ke?" Berkerut muka Hana apabila mendengar Syafiq ingin bertukar sekolah dari Fairview International School ke sekolahnya, SAB. " Mana ada Syafiq kena kick, Syafiq budak baiklah. Saja tukar selera. Hana macam tak suka je Syafiq nak tukar SAB,"Ujar Shafiq. Hana hanya mendiamkan diri seperti sedang memikirkan sesuatu. " Ok lah Hana, Papa Syafiq dah panggilah . Syafiq nak pergi dah. Flight kejap lagi," Syafiq bangun dan segera mencapai beg berodanya. " Hana tak nak pesan apa-apa ke?" soal Syafiq. "Hana tak nak apa-apa. Just want to remind you jaga diri baik-baik kat Sydney nanti. One more, jangan lupa balik Malaysia, mentang-mentanglah jumpa minah-minah cun dekat sana. Enjoy yourself there." Syafiq tersenyum. "Hana, take care. I’m gonna miss you. Jaga diri elok-elok. Syafiq nak pergi ni." Syafiq berlalu sambil melambaikan tangannya ke arah Hana. " Take care ya, Hana" Laung Syafiq. Hana menunjukkan isyarat ok kepada Syafiq. Syafiq melakar senyuman menampakkan lesung pipit yang dimilikinya. Senyuman terakhir untuk Hana yang terlalu disayangi. Akhirnya kelibat Syafiq Hazril hilang daripada pandangan mata dan Hana Athirah terus berlalu meninggalkan KLIA.
***********************************
"Mama, Faris nak makan. Faris laparlah." Rengek anak kecil yang hampir berusia empat tahun itu. "Sabar ya, sayang. Mama tengah masak ni, kejap lagi kita dinner, Faris pergilah tengok kartun dulu," Ujar Hana yang sibuk menyiapkan hidangan makan malam. Dia mengerling jam dinding yang tersadai di belakang pintu.Mana dia ni? Tak sampai-sampai lagi. Bisik hati Hana. Kerisauan mula bertandang di hati. Setelah selesai memasak dan mengemas bahagian dapur, Hana melangkah ke ruang tamu. Dia mencari-cari anak kecilnya Faris yang telah menjadi sebahagian daripada hidupnya. Dia melihat anak kecilnya sudah terlena di atas kerusi sofa. Hana menghampiri permata hatinya itu " La… kesiannya anak mama, sampai terlentok tunggu mama masak," Hana mengusap-ngusap kepala anaknya yang sedang nyenyak tidur. " Manalah papa Faris ni, janji nak balik pukul 8.30, sekarang nak dekat pukul 9.30 pun tak sampai rumah lagi." Rungut Hana sendirian. Hana segera mencapai telefon. Lama ditunggunya, namun panggilannya tidak berjawab. Hana merengus. Tidak sampai setengah jam, dia terdengar deruman enjin kereta yang biasa menjengah di telinganya. Pintu rumahnya diketuk. Hana menguntum senyuman. Dia segera berlari dan membuka pintu untuk tetamu yang amat dinantinya. " Assalamualaikum sayang. How are you?" Muiz menyapa ramah. "Quite fine." sambut Hana ringkas. Huluran salam tangan Muiz disambut Hana dengan mesra. Muiz melangkah masuk dan terus merebahkan diri ke sofa. Mungkin keletihan. Kerjaya Muiz sebagai juruterbang MAS sememangnya tidak mengenal erti masa. Sebagai seorang juruterbang yang berhemah, Muiz tidak pernah menolak segala jadual penerbangan yang telah ditetapkan. Selagi dia mampu untuk melakukannya, dia pasti akan melaksanakan tugasnya dengan baik "Kenapa lewat sampai?" tanya Hana lalu melabuhkan punggungnya di sisi Muiz. "Sorrylah sayang, tadi flight delay 45 minit." Pantas tangan Muiz mencapai remote control dihadapannya lalu menekan butang yang terletak di bahagian atas untuk menghidupkan televisyen. " Kenapa Abang tak call? Risaulah Hana," Muiz mematikan televisyen apabila tiada rancangan menarik yang disiarkan. "Abang lupalah, sayang. Next time, Abang janji call Hana kalau lewat, ok?" Muiz menatap wajah isteri tercintanya itu. "Promise? Abang ni bukannya boleh percaya sangat," Muiz melakar senyuman manis. " Abang janji," kata Muiz sambil mengangkat tangannya seolah-olah sedang berikrar. Hana tersengih. " Abang laparlah. Hana masak apa hari ini?" Muiz menyoal lagi. " Hana tak masak hari ini."Bohong Hana. Sahaja dia ingin menduga reaksi suaminya. "Kalau Hana tak masak, jom makan kat luar." Lantas Muiz bangun lalu mengorak langkah. " Hana masaklah, makanan ada kat dapur tu." Muiz tersenyum lebar. "Abang dah agak dah, Hana mesti masak punya! I know my wife very well!" Hana gembira mendengar pujian suaminya. " Owh, maksudnya kalau Hana tak masak Hana bukan isteri Abanglah ye," Muiz tergelak lagi mendengar kata Hana. " Ish, macam tu pulak.Kalau Hana tak masak pun takpe, restoran melambak kat luar tu.Abang tak kisahlah.Kalau ada makanan tapi kalau takda Hana, pun tak selera jugak," ujar Muiz sungguh-sungguh. \"Hana dear, you want to know something?\" soal Muiz, tiba-tiba riaknya bertukar serius. \" Ada apa, bang? Is there anything important that i should know?\"Hana menanti jawapan, direnungnya wajah Muiz dalam-dalam. \" I love you!\"ucap Muiz perlahan. Hana tergelak besar. \"Dah agak dah mesti abang nak cakap macam tu! Abang sayang, I love you too! sampai bila-bila!! yes. sampai bila-bila...\" Muiz mengukir senyuman nakal. "Abang nak mandi dulu, nanti Abang turun makan." Muiz segera menghampiri Faris yang sedang nyenyak tidur . Setelah Muiz membelai manja rambut Faris dan dia terus mendaki tangga dan menuju ke bilik air.
Hana keluar menikmati angin malam yang sepoi-sepoi bahasa di halaman rumah. Minggu hadapan dia akan ke rumah Lia untuk meraikan perkahwinan Lia bersama lelaki pilihannya Lee Jae Won atau nama Islamnya Mohd Fakhrul Adam. Dia tumpang gembira atas perkahwinan rakan karibnya itu. Hana merenung bulan purnama yang mekar semekar hatinya sekarang. Sesungguhnya dia amat bersyukur kepada tuhan yang esa kerana telah menemukan dia dengan lelaki yang begitu penyayang dan menyayanginya dengan penuh ikhlas. Hana tidak menyangka pertemuan antara dia dan Muiz kira-kira empat tahun dulu membawa mereka hingga ke jinjang pelamin. Sangkaannya, Muiz telah dimiliki wanita lain kerana kali pertama bertemu Muiz dia melihat Muiz sedang mengendong anak kecil. Rupa-rupanya anak kecil itu merupakan anak kepada abang Muiz yang menetap di Korea. Pada masa itu, Muiz sebenarnya sedang melawat abangnya yang bekerja di Korea. Setelah menamatkan pengajiannya, Hana pulang ke Malaysia dan terus mendirikan rumah tangga bersama Muiz. Hana yang bekerjaya sebagai arkitek kini berkhidmat di sebuah syarikat terkemuka di ibu kota. Kenangan bersama Syafiq Hazril tetap tersemat di jiwa dan tidak mungkin dilupakan sepanjang hayatnya. Cinta Syafiq Hazril merupakan cinta pertama yang pernah berada di hati Hana namun kini, cinta lelaki yang bernama Muiz Daniel lebih teguh berdiri mencengkam mahligai hatinya.
citer yg bagus ... klu cerpen ni dijadi kan novel lagi bagus ... anyway,well done!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
nice story anyway..
tp ending da tau dah..musti muiz gnti syafiq
papepun, tahniah coz bkan senang nk wat cerpen n keep up d gud work..
-Uyunn-