Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hari semakin gelap. Lelangit kemerahan menjadi legam. Angin senja menderu menusuk tulang hitam. Sang suria megah dengan perlahan membawa diri pergi. Memberi purnama peluang untuk bersinar. Aku masih lagi termenung mengingatkan masa lalu. Kenangan pahit diambing nyawa. Peristiwa yang masih berdarah dihati. Seperti ia hanya sahaja berlaku. Seperti ia satu kejadian yang baru sahaja berlalu. "Az!!!" aku berlari mengejar lelaki yang terbaling oleh kereta honda merah yang berlalu tanpa henti. Lelaki berkulit kuning langsat itu berbaring longlai dengan matanya tertutup rapat... cecair merah mengalir sekeliling... membasahi baju kemeja putih yang dibeli di Italy semasa percutian mereka berdua. "Az... bangun Az... Az... tolong lah... kenapa... kenapa you bodoh nah... kenapa... kenapa you tolak i... Az... bangun... Az... please..." manik-manik masin meleleh laju tanpa henti.. tanganku tidak sesekalipun melepaskan tubuh lelaki yang dicintai... lelaki yang tidak pernah jemu menunggu dan menjagaku... "An... I love you... always... forever..." Dengan itu, nafas terakhir dihembus perlahan. Az pergi untuk selamanya... "Astraghfirullahalazim..." Mukaku basah dengan tangisan hangat. Hati juga masih menangis. Aku melihat keluar jendela kearah langit hitam... malam dingin membuat hati sedih lebih lara... Malam itu aku tidur dengan kenangan. Tangisan menjadi teman, bulan menjadi saksi, angin menjadi merdu dan bintang menjadi lagu. ______________________
"Eh, nas... kau ni asyik termenung aje... kenapa? Kau rindukan dia ke? Alah... jangan fikirkan lagi. Kau tu tak lama lagi dah jadi isteri orang... takkan kau nak duduk terfikirkan dia aje... cuba gunakan otak sikit.. kalau bakal laki kau tahu macam mana? Kempunan kang kau..." Anita meleteh sepanjangan. Bukan dia tidak tahu yang aku akan bernikah hanya untuk menyatukan silaturahim yang telah lama terputus dek hasutan dengki. "Aku tak ade papelah... Cuma sakit kepala aje... Dari kelmarin lagi..." "Betul ke ni? Ntah – ntah kau nervous sangat... yelah kau kan dari dua minggu nak nikah... mesti tengah fikir pasal malam pertama..." Aku tenung dia macam harimau yang lapar. Meluat aku rasa dengan andaiannya. Aku pandag ke luar tingkap. Rangkai kemah berdiri tegak di belakang rumah. Cepatnya masa berlalu... "Eh, kau tak happy ke?" Aku pandang kearah Anita. Aku tahu dia seakan merasa keperitanku. "Anas, kau harus tabahkan hati. Aku tahu bukan senang untuk kau melupakan Azahar. Tapi kau harus ingat... Kita orang Islam harus terima hakikat qadak dan qadar. Permergiannya harus kau lepasi. Dosa kalau kita mengikat dia dihati. Iman baik orangnya. Aku kenal sangat hatinya. Kau jangan risau, kau tak akan di sia-sia olehnya." Ya.. Memang ada benar kata Anita. Iman memang lelaki yang baik. Amat sopan dan tertib orangnya. Penuh hormat sekali. Tapi sayang, aku tak pernah menaruh rasa sayang padanya. Malah aku hana menganggapnya sebagai teman sahaja. Kini semuanya akan berubah. Ya Allah! Kenapa harus kau duga aku sebergini. Pernah kau mendugaku dengan kepemergian Azahar... Kini, kau menduga aku sekali lagi dengan menjodohkan aku dengan lelaki yang tidak pernah aku cintai... Astragfirullahalazim... aku beristifar... menginsafi dosa yang aku lakukan tadi. ________________
Kedua tapak tangan dan kaki dihias kemas dengan inai yang di beli di india khas untuk upacara ini. Tersentuh hatiku apabila aku mendapat tahu yang Iman sendiri menjelajah dunia untuk membeli inai ini. Begitu besar pengorbanannya. "Anas, mama harap Anas akan bahagia dengan Iman. Mulai esok, kamu akan digelar seorang isteri. Jaga tata tertib, jalani tanggung jawabmu sebagai isteri solehah. Jangan lupa dengan hukum agama... " tangisan hangat jatuh ke tanganku. Aku tahu, pasti mama merasa berat untuk melepaskan aku. Dan dia terlalu inginkan kebahagiaanku. Dan ini, untuknya adalah yang terbaik untuk aku. Ya Allah, aku terima pemberianmu. Aku reda... Amin... "Aku terima nikahnya Anastasya Azura Binti Kamari dengan maskawin sembilan ratus sembilan puluh sembilan dolar tunai." "Sah" "Alhamdulillah..." Aku tersenyum. Hati ini berdebar menunggu Iman masuk kekamar untuk menyarungkan cincin ke jariku... Sambutan majlis perkahwinan yang diadakan dirumah sederhana, tapi meriah. Bermula dari akad nikah, malam berinai basar dan majlis persandingan. Aku bershukur kepada Ilahi kerana segala-galanya berjalan dengan lancar. Tapi perasaan sedih hinggap di hati ini. Selepas makan malam, Iman berbual dengan papa dan abang-abangku di ruang tamu. Debar menunggu kedatangannya kepadaku. Aku menghitung detik yang berlalu. Resah aku menanti. Apakah aku sudah bersedia untuk ini? Apakah aku boleh menerima sentuhannya nanti? "Assalamualaikum..." Mukaku yang cemas aku tenangkan. Dengan perlahan aku mengangkat muka. Ku pamirkan segaris senyuman. Salm diberi aku sambut perlahan. "Anas, abang nak minta izin baring ditepi. Boleh?" Aku hanya mengangguk. Badanku dibaringkan. Mataku di pejam. "Anas, boleh abang bertanyakan sesuatu?" aku membuka mata dan pandang kemukanya. "Anas dah bersedia?" Aku mendiamkan diri. Soalan tadi tidak ku jawap. Dia bagai mengerti kesunyianku. "Tak apa. Kita tidur sahaja. Bila Anas dah bersedia, baru abang lakukan" Dia tersenyum. Aku tahu dia cuba menutupkan kekecewaannya. ____________________
Setahun berlalu. Kasih sayang yang dicurahkan kepadaku tidak terbalas rasanya. Walaupun aku melakukan semua tanggungjawapku sebagai seorang isteri, tapi belaian nafsu suamiku tidak dapat aku puaskan. Hati ini, badan ini, masih belum lagi dapat memberi kepada suamiku. Tapi, tidak pernah Iman mengataan apa-apa. Serba salah aku rasa. Aku tahu ku berdosa kerana tidak dapat memberi satu hak kepunyaan suamiku sendiri. Walaupun hati ini semakin hari semakin sayang kepadanya, tapi belum cukup kuatnya untuk aku merelakan segalanya. "Haish, termenung nampak? Rindukan seseorang ke?" "Tak ada apa-apa, abang. Anas penat aja. Baru balik dari ofis." Iman hanya menganggukkan kepalanya menunjukkan pengertian. Kutatap mukanya. Tangannya aku sambut lalu ku cium. "Abang sudah makan? Nak Anas saji?" "Kita makan diluar aja malan ni." Malam itu, aku merasakan kehangatan cinta dan kasihnya pada ku. Dengan situasi yang gelap dan dingin, lilin merah yang dibakar dan keharuman makanan membuat aku rasa begitu senang. Beginilah hidup kami. Walaupun tidak pernah seranjang, kami tetap bahagia. Walaupun aku tahu. Dia masih lagi menunggu. Menunggu kesedianku. ____________________
Pulang ke rumah, aku duduk mengambil angin di balconi. Cahaya bulan mengambang dan bintang-bintang dilangit amat indah. Aku terus melayan angan diarus dengan keheningan malam. Kalaulah aku ini orang lain di keluarga yang lain, tentu dihabisi malam romantik ini dengan suami tersayang. Aku hanya tersadar apabila pautan lembut tangan Iman di bahuku. Hati menjadi debar. "Bulan mengambang penuh... cantiknya... sama serinya dengah isteri I yang tersayang." Fikiranku kini terarah pada desah nafasnya yang menggetar kalbuku. Dia bagaikan sedang menggodaku. Hatiku yang sudah sedia disarati rsah semakin tidak keruan. "Dah lewat malam ni... mari kita masuk tidur," ajak Iman. Aku terpegun sejenak.aku lantas berjalan mendahuluinya menuju ke bilik lalu terus ke kamar mandi.pintu bilik ku dengar tertutup kuat. Pintu robok baju terbuka tutup juga. Pasti dia sedang bertukar baju. Itulah rutin yang sudah aku lalai setiap malam. Akan dia menukar seluar ke kain pelikat. T-shirtnya di tukar ke singlet putih sulaman halus dibeli di Vietnam. Aku menolak kepala paip keatas atas dan terus mandi. Biar aku segar nanti. Tapi, malam ini aku merasa cemas. Terbayang dada Iman di mata kepalaku. Tertukar pula kepada matanya yang begitu menyenangkan hati... sedetik itu, aku bernekad. Inilah ketentuan Illahi. Dia suamiku yang sah. Dan kini aku haknya. Tanggungjawapku harus aku lalui. Dengan pantas aku mengeringkan badan dan mengenakan kain batik dan baju t-shirt yang longgar.langkahku tersusun rapi ke pintu lalu ku buka. Aku menjenguk ke Iman. Matanya tertutup. Tapi aku tahu dia masih terjaga. Aku berlalu dengan perlahan ke katil. "Abang, dah tidurke?" Iman membuka matanya. Pandangannya membuat hatiku berkocak-kocak. "Anas nak katakan sesuatu. Boleh?" dia hanya tersenyum. "Anas nak minta maaf." "Kenapa?" "Abang masih ingat lagi persolan abang pada malam pertama kita?" "Soalan apa? Kenapa?" "Malam ini, Anas nak minta maaf. Sebab tidak dapat melayan abang sebagai isteri yang sempurna. " "Abang menegerti perasaan Anas. Dahlah. Kita tidur aja." Aku baringkan diri disebelahnya. Belakangku, mendahuluinya. Samar-samar cahaya purnama menerangi ruang bilik. Berderau darahku apabila tiba-tiba tangannya melingkari pinggangku. Elusan jari jemarinya semakin meliar menggetarkan naluriku. Jantungku berdegup semakin kencang. Tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku berpusing. Mataku bertentangan matanya. "Anas sudi?" aku angguk. Senyuman manis terlukis di mukanya. Aku menutup mataku. Ya Allah...berikanlah hamba-MU kekuatan. Lepaskanlah aku dari derita ini, rintihku. Aku mghela nafas, menghimpun kekuatan yang masih bersisa. Mengharap agar semangat tertiup ke dalam diri. Aku biarkan dia melakukan apa saja mengikut kemahuannya. Ternyata, dia amat mengasihi aku. Dah badan ini halal dijamahnya. Dalam tergamam dan dan fikiran yang tidak keruan, aku ikutkan saja rentaknya. Suaranya dan suaraku aku dengar berpadu dalam desah nafas yang berat dan tidak teratur. Badan ini dilayan dengan teliti. Keselesaanku terjaga. Walaupun ini perit aku rasakan, tapi keintimannya amat aku amati. Iman menggemgam erat jari jemariku. "Anas..." Dalam cahaya yang samar, kutatap mukanya. Pipinya kuusap. Senyuman manis kuhadiahkan kepadanya sebagai tanda ucapan terima kasihku padanya. "Terima kasih, sayang..." bibirnya mendekati bibirku. Lalu dicium dengan penuh cinta. Kini. Sempurnahlah aku sebagai wanita bernama isteri. "Maaf... sebab malam pertama kita terlalu lewat dari yang sepatutnya..." Dia meletakan jari-jemarinya dibibirku, sekali gus mematikan kata bicara. "Saat ini... adalah saat yang paling berharga untuk abang... harap Anas tidak akan melupakannya..." Aku memejamkan mata... Mengucapkan syukur di dalam hati...
mak datok setahun tu...kalu laki laen dah lama dah bg madu bru kan..hehehehe..a"ah la cite cm d copy kat mane2..mcm penah bace..pa pun good try..taniah penulis..
eerrmmmm....nk komen jujur ke nk komen yg menjaga ati ni erk....huhuhuhuhuhu...x pe la...jujur la....citer ni x best...terlalu 'seksi'(ini mungin pendpt sy jer)...
hm..susah nk cr laki cam tu,..tp cte nie pndek sangt...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cte ni besh...tp yg last2 uh sebijik cm novel..
mcm novel KAU KEKASIHKU..novel alaf21..