Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
" Azirul Hakimi". Nama itu sering terukir di bibir Fasehah Natasyha sejak dua tahun dia di rantauan. Selama dia berada di bumi matahari terbit untuk meneruskan pengajiannya di University of Electrocommunication, Tokyo Jepun selama itu jugalah dia dan Azirul Hakimi saling berbalas emel tetapi sejak dua bulan yang lalu Fasehah Natasyha tidak lagi menerima balasan emel dari Azirul Hakimi. Bermacam-macam persoalan bermain di fikirannya. Adakah insan kesayangannya itu ditimpa kemalangan? Dalam hatinya dia mengharapkan bahawa andaiannya itu tidak tepat. " Ah, daripada aku memikirkan hal yang tak pasti tu , lebih baik aku baca buku. Ada gak faedahnya. Lagi pun exam dah nak dekat. Hmm ,tapi sebelum tu baik aku check emel dulu.” Fasehah Natasyha terus menuju ke meja yang menempatkan notebooknya dan dia terus bertindak membuka kotak emelnya. Ada satu emel daripada jejaka pujaan hatinya. Fasehah bersyukur kerana andaiannya bahawa Azirul ditimpa kemalangan adalah tidak tepat tetapi ayat-ayat yang ditulis oleh Azirul Hakimi dalam emelnya itu telah meragut "mood " Fasehah Natasyha untuk mentelaah pelajaran. "Azirul Hakimi bin Sufian bersama Zuhaniza binti Azmar akan dinikahkan di Masjid al-Hidayah , Kulim Kedah tepat jam 10 pagi esok." Hancur luluh hati Fasehah Natasyha setelah membaca ayat tersebut. Dia sudah tidak terdaya lagi untuk meneruskan bacaannya sehingga ke ayat yang terakhir. Walaupun dia cuba untuk tidak percaya akan berita yang baru diketahuinya itu tetapi dia perlu akur dengan keputusan Azirul Hakimi yang telah memilih Zuhaniza sebagai suri dalam hidupnya selepas dia mendengar pengakuan yang dibuat oleh Zuhaniza sendiri. " Memang aku akan menikah dengan abang Zirul esok. Hang tak mau mai ka ke majlis pernikahan kami?” soal Zuhaniza ingin menyakitkan hati Fasehah Natashya. Tanpa membalas kata-kata Zuhaniza itu Fasehah Natasyha terus meletakkan telefon. Hatinya berkata mengapa dia hendak menaikkan bil telefonnya untuk berbicara mengenai sesuatu perkara yang akan merobek hatinya sendiri. Walaupun hatinya sakit akan perbuatan orang yang paling dia sayang dan juga sahabat baiknya sendiri tetapi Fasehah Natasyha tidak mahu berdendam dengan mereka. Biarlah mereka memilih jalan hidup mereka sendiri. " Aku perlu kuat untuk meneruskan pengajian aku di sini. Aku tak boleh lemah. Aku percaya pasti ada insan yang lebih baik telah diciptakan untukku. " Fasehah Natasyha memujuk dirinya sendiri. Dia akhirnya mengambil keputusan untuk keluar berjalan-jalan di sekitar bandar Tokyo. Fasehah berasa tenang melihat pelbagai gelagat orang ramai yang lalu lalang di sekitar Bandar Tokyo. Bermacam-macam ragam itu telah menghiburkan hatinya. Dia berasa lebih gembira setelah membantu seorang nenek tua melintas jalan. Di dalam hati kecilnya dia merindui emaknya di kampung. Tanpa disedari oleh Fasehah Natasyha ada sepasang mata milik Zaquan Ikhmal yang sedang memerhatikannya dari jauh. " Boleh tahan cun juga ya cewek itu," bisik Mukhriz Syahrizal dalam dialek Indonesia kepada Zaquan Ikhmal. " Hmm….” Itu saja yang keluar dari mulut Zaquan Ikhmal. Tanpa diketahui oleh Mukhriz Syahrizal bahawa hati Zaquan Ikhmal merasa debaran yang amat sangat. Zaquan Ikhmal hanya membiarkan perasaannya itu begitu sahaja tanpa ada tindakan yang lebih berani. Mereka berdua memandang Fasehah Natasyha sehinggalah gadis itu hilang dari pandangan. Disamping itu tanpa disedari oleh Zaquan Ikhmal dan Mukhriz Syahrizal serta Fasehah Natasyha bahawa ada sepasang lagi mata yang asyik memerhatikan Fasehah Natasyha dari kejauhan. Sekembalinya di rumah, Fasehah Natasyha terus ke bilik air membersihkan diri dan tanpa melengahkan masa dia terus menunaikan tangungjawabnya kepada Yang Maha Pencipta. Walaupun dia di rantauan tetapi tanggungjawabnya yang satu itu tidak pernah diabaikan olehnya. Sesudah itu dia memohon keberkatan daripada Allah supaya dia tidak berasa sedih perihal berita perkahwinan Azirul Hakimi dengan teman baiknya sendiri. Malah dia mendoakan kesejahteraan mereka berdua semoga bahagia hingga ke akhir hayat mereka. " Ala, nanti Tasya akan tau jugak sapa bakal suami Hani tu. Dah lama tau Hani syok kat dia tapi dia ja yang tak pernah perasan akan kewujudan Hani kat sini." Zuhaniza menyatakan luahan hatinya kepada Fasehah Natasyha. "Hmm…Bakal suami?? Hani yakin ka yang dia akan jadi suami Hani nanti??Tadi Hani cakap yang dia tak sedar pun kewujudan Hani kat sini?? Macam mana dia nak kahwin dengan Hani pulak ni??" Soal Fasehah Natasyha membuatkan Zuhaniza kaget seketika. " Hani tau la apa yang Hani nak buat sampai dia jatuh ke tangan Hani nanti. Hani akan pastikan yang dia akan menjadi milik Hani walau dengan apa cara sekali pun. Hani tak kisah kalau ada yang terbunuh untuk Hani dapatkan lelaki pujaan hati Hani tu. Just wait and see what will happen later." Kata Zuhaniza dengan angkuhnya kepada Fasehah Natasyha. Fasehah terkejut mendengar pengakuan sahabatnya itu kerana baginya kata-kata sebegitu agak keras bunyinya dan tidak sesuai diungkapkan oleh wanita sesopan Zuhaniza. "Hmm, apa-apa pun Tasya sentiasa mendoakan agar Hani bahagia dengan lelaki yang Hani cintai. Tapi Hani , Tasya kenal ka dengan mamat tu ?” Fasehah bertanya untuk mengetahui dengan lebih lanjut. "Ala, Tasya kenal sangat dengan mamat tu. Nanti Tasya taulah sapa.” Zuhaniza menjawab dengan angkuhnya. Tindakan Zuhaniza itu telah membuktikan kata-katanya suatu ketika dahulu. Walaupun hatinya hancur tetapi tidak ada langsung air matanya yang tumpah. Akhirnya dia tertidur dalam mahananya. Bunyi alat penggera telah mengejutkannya pagi itu. Dia tidak sedar jam berapakah dia telah terlelap semalam. Sedar-sedar sahaja hari telah subuh. Setelah membersihkan diri bersolat dan bersarapan dia telah pergi ke kelas pada pagi itu seperti biasa. "Eh, tu bukan ke awek yang kita jumpa semalam tu ?" soal Mukhriz Syahrizal kepada Zaquan Ikhmal. Zaquan Ikhmal hanya mengangguk lesu. Dia agak keletihan pada hari itu. Dia tidak tidur semalaman kerana memikirkan tentang gadis pujaannya itu. Dia berdoa agar Allah menemukannya sekali lagi dengan gadisnya itu. Hati lelakinya terlalu takut untuk berterus terang akan perasaannya terhadap si gadis. Dia tahu bahawa rasa takutnya itu timbul kerana si gadis pernah menjelingnya pada suatu masa dahulu. Kejadian itu berlaku semasa dia masih lagi bergelar pelajar di University of Electrocommunication, Tokyo. Secara tidak sengaja dia telah terlanggar bahu gadis itu dan tanpa sempat dia meminta maaf gadis itu telah berlalu dan dia telah menerima hadiah yang paling tidak disangkanya. Gadis itu telah manghadiahkan satu jelingan buatnya. Hajat di hati mungkin boleh berkenalan tetapi lain pula jadinya. Kini dia telah pun menamatkan pengajiannya dan mereka hanya menunggu hari konvokesyen sahaja yang akan diadakan dalam tempoh sebulan dari sekarang. Gadis itu terlalu istimewa baginya. Walaupun dia tidak mengenali gadis itu dengan lebih mendalam tetapi hatinya sering berkata dialah gadis yang akan menjadi suri di hatinya. Hasrat hatinya ini tidak pernah di luahkan pada sesiapa pun hatta sahabat baiknya sendiri. Mana mungkin dia menjatuhkan maruahnya sendiri kerana dia pernah berjanji pada sahabatnya itu bahawa dia tidak akan jatuh cinta di Negara matahari terbit itu.
***************************************
" Sah !!" Semua saksi mengatakan pernikahan Azirul Hakimi dengan Zuhaniza itu sah. Zuhaniza seronok bukan kepalang. Akhirnya Azirul Hakimi tewas di tangannya. Walaupun begitu, hati Azirul Hakimi tidaklah segembira Zuhaniza kerana perkahwinan ini bukanlah seperti yang dirancang. Hal ini kerana Zuhaniza telah memerangkapnya sehingga mereka ditangkap khalwat. Sememangnya perkahwinan yang terjadi ini bukanlah atas kerelaan Azirul Hakimi namun dia akan cuba menjadi suami yang terbaik kepada Zuhaniza walaupun tiada sekelumit rasa kasih dalam hatinya terhadap isterinya itu. Sudah termenterainya ikatan dua umat Muhammad tetapi Zuhaniza tidak pernah mahu mengambil tahu akan perasaan Fasehah Natasyha yang sedang berduka. Tambahan pula sudah lama Zuhaniza menyimpan dendam terhadap Fasehah Natasyha yang sering menjadi kebanggaan semua orang. Selepas tamat sekolah, Fasehah Natasyha telah berjaya melanjutkan pelajaran di Jepun tetapi dia hanya layak untuk duduk di rumah dan menjaga adik-adiknya yang masih kecil kerana mendapat keputusan yang kurang baik. Sudah lama juga dia menyimpan perasaan pada Azirul Hakimi tetapi cinta Azirul Hakimi hanya pada Fasehah Natasyha. Sejak itu dia telah menjadikan Fasehah Natasyha sebagai musuhnya. " Baru puas hati aku. Aku telah menjadi isteri kepada Azirul Hakimi yang terlalu dicintai oleh Fasehah Natsyha. Biar hang rasa macam mana sakitnya hati aku bila semua orang sayangkan hang tapi aku dilayan macam sampah.” Hati Zuhaniza melonjak gembira atas kekecewaan yang dialami oleh "sahabat baiknya itu". " Abang, apa kata kita honeymoon kat Jepun. Dengaq kata Pulau Okinawa cantik bang. Nak tak bang? Zuhaniza memberikan cadangan." Jepun ? Awat pilih Jepun? Lagipun kan banyak tempat menarik kat Malaysia ni. Yang nak pi honeymoon kat negeri orang tu buat apa. Membaziaq duit ja. Bukan senang nak simpan duit." Azirul Hakimi membantah cadangan isterinya itu. Hal ini kerana cuti tahunannya hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Dia mahu memperuntukkan cuti itu untuk perkara-perkara yang perlu sahaja. Tambahan pula Fasehah Natasyha berada di sana . Walaupun dia telah bergelar suami kepada Zuhaniza tetapi jauh di sudut hatinya masih terlakar indah nama Fasehah Natasyha. Kalau nak honeymoon kita honeymoon dalam Malaysia cukup. Kalau tak mau dalam Malaysia tak payah nak honeymoon.” Azirul Hakimi memberi kata putus. Satu lagi aku nak bagi tau hang, kita tangguhkan dulu rancangan nak honeymoon tu, aku ada banyak kerja yang tertangguh kat pejabat tu." Balas Azirul Hakimi kepada Zuhaniza. Walaupun dia cuba ingin menjadi suami yang terbaik untuk Zuhaniza tetapi kadang-kala dia berasa muak kerana Zuhaniza yang memerangkapnya sehingga mereka terpaksa berkahwin. Zuhaniza menarik muka masam. ` Ah, aku baru saja uar-uarkan cadangan nak honeymoon ni kat member-member. Kalau tak jadi malu la aku Mana aku nak letak muka ni.` Zuhaniza bermonolog sendirian. **************************************************
Setelah kembali ke tempat duduknya di meja nombor 18 Fasehah Natasyha dikejutkan dengan kehadiran sekeping kad misteri yang tertulis hanya `Salam Perkenalan` tanpa ada nama pengirimnya. Di samping itu ada juga sekeping penanda buku berbentuk hati yang tertulis `Cinta Itu Indah` Dia tertanya-tanya siapakah pengirim misteri itu.. Tiada sesiapa yang ada berhampiran dengan mejanya. Ligat otaknya berfikir tetapi dia menemui jalan buntu. Oleh itu , dia hanya membiarkan sahaja persoalan tentang pengirim misteri itu tergantung di situ. Dia terus ke kaunter untuk membuat pinjaman buku Mass Communication dan terus bergegas pulang ke rumah sewanya. Rutinnya seperti biasa setelah makan malam dan menunaikan tanggungjawabnya yang satu itu dia pun mula mentelaah pelajarannya. Kursus Information and Communication Engineering yang diambilnya sememengnya jurusan yang popular di University of Electrocommunication, Tokyo Jepun . Oleh itu, dia perlu berusaha keras jika tidak mahu gagal dalam peperiksaan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Tambahan pula hanya dia seorang sahaja pelajar Melayu yang mengikuti kursus ini. Seorang lagi dari Brunei. Oleh itu, dia turut sama membawa nama Malaysia dalam bidang yang diceburinya itu. Disebabkan terlalu asyik mengulangkaji pelajaran, akhirnya dia tertidur di meja studinya. Deringan telefon pada pagi itu telah mengejutkannya dari tidur. " Ya Allah, aku tertidur di sini dari semalam. Alamak dah pukul 10.00 pagi , nampaknya terbabaslah subuh aku pagi ni. Eh, sapa pulak yang called aku tadi ni. Dahla pakai private number plak tu. Ntah-ntah panggilan dari syarikat mana-mana tak yang nak panggil aku temuduga untuk bekerja dengand depa?," rungut Fasehah Natasyha dengan nada kesal. Tanpa membuang masa dia terus ke bilik air untuk membersihkan diri. Sememangnya dia tidak ada kelas pada hari itu. Dia mandi agak lama dan dia bersyukur kerana kepada Allah S.W.T kerana "sahabat baiknya” telah datang pada pagi itu, jadi terselamatlah dia dari solat subuh pagi tadi. " Fuh, lega. Kalau tak,tak pasal-pasal dapat dosa.” Fasehah Natasyha berasa segar setelah sejam dia bermain air. Fasehah Natasyha mengenakan blaus berona hijau pucuk pisang dipadankan dengan kain tudung dari rona yang sama dan dipakainya pula seluar slack berwarna hitam menyerlahkan lagi kejelitaan gadis yang berusia 22 tahun ini. Setelah mengoleskan secalit lips balm di bibirnya dia terus bergegas ke perpustakaan yang terletak dalam kampus universitinya. Setelah tiba di perpustakaan, dia tetap memilih tempat yang sama iaitu meja bernombor 18 . Entah mengapa sejak setahun yang lalu meja itu sering menjadi tempat Fasehah Natasyha mengulangkaji pelajaran. Seperti biasa setelah meletakkan buku catatan di atas meja dia terus ke rak no. 21 yang menempatkan buku-buku berkaitan subjek yang diambilnya. Kadang-kala dia mendcari bahan rujukan menerusi online sahaja. Setelah kembali ke meja, kad misteri bersama penada buku seperti semalam terselit di celahan buku catatannya. Di atas kad tersebut masih tertulis `Salam Perkenalan` manakala di penanda buku yang berbentuk hati itu pula tertulis `kejujuran itu perlu …`. Ayatnya seperti tidak lengkap dan ini telah menimbulkan tanda tanya di fikiran Fasehah Natasyha. "Ish, sapa pulak ni yang dok main acilut dengan aku ni. Dia tak tau ka yang aku nak exam, boleh pulak dia dok main acilut-acilut dengan aku ni. Huh!!” Fasehah Natasyha merungut sendirian dengan sauara yang perlahan. Fasehah Natasyha berasa dirinya diperhatikan tetapi apabila dia memandang ke sekeliling tiada sesiapa yang memerhatikannya melainkan pelajar-pelajar yang khusyuk mengulangkaji pelajaran dan tekun menghadap buku. Mulai esok study week , jadi mesti ramai yang akan memenuhi perpustakaan ni, bisik hati kecil Fasehah Natasyha. Tiga minggu telah berlalu, peperiksaan untuk semester itu pun telah selesai tetapi Fasehah Natasyha masih menerima kad misteri bersama penanda buku itu. Dia berasa bingung dengan tindakan pengirim misteri itu. Tambahan pula si pengirim misteri mengetahui alamat rumah sewanya. Persoalan mengenai pengirim misteri itu telah membuatkan Fasehah Natasyha berada dalam ketakutan. Dia tertanya-tanya sendiri bagaimana si pengirim misteri itu mengetahui alamat rumahnya. "Ah, lantaklah asal dia tak mengancam keselamatan aku dah lah. Hmm, sepala yang dok buat kerja gila ni hantaq kad yang tulis salam perkenalan ni dengan penanda buku ni kat rumah aku ni. Arghh, pening kepala aku nak pikiaq aih, dahlah aku tak ramai kawan kat sini,” akhirnya Fasehah Natasyha membiarkan sahaja persoalan itu tanpa jawapan. Sepanjang cuti semester Fasehah Natasyha bekerja di di salah sebuah kedai buku yang terkemuka di Bandar Tokyo. Gajinya agak lumayan . Bolehlah dia menambah duit poketnya untuk menampung perbelanjaannya selama beberapa semester lagi. Pengirim misteri itu masih lagi menghantar kad dan juga penanda buku itu ke rumah Fasehah Natasyha. Genap 30 hari tiada lagi kad atau penanda buku yang Fasehah Natasyha terima. Dia tertanya-tanya lagi kenapa tiada lagi kad-kad misteri yang dikirim kepadanya. Adakah si pengirim misteri itu sudah bosan kerana tiada satu pun kad yang diabalsanya. Fasehah Natasyha berasa rindu pula untuk menerima kejutan pada setiap hari setelah dia pulang dari bekerja. Tetapi ternyata tiada lagi kad-kad misteri yang diterimanya. Sebenarnya Fasehah Natasyha tidak mengetahui bahawa pengirim misteri itu telah kembali ke Malaysia kerana terpaksa mengambil alih perniagaan keluarganya di Kulim Hi-Tech. Kad yang ke-30 itu merupakan kad yang terakhir yang dikirim oleh si pengirim misteri itu kepadanya. Dia terpaksa pulang ke Malaysia dengan tergesa-gesa kerana dia harus menggantikan ayahnya mengemudi syarikat keluarga mereka. Ayahnya terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Lunas berhampiran dengan Kulim Square semasa dalam perjalanan meghantar adiknya yang bongsu ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah. Oleh itu, memandangkan dia anak sulung dalam keluarga maka dialah yang terpaksa menguruskan perniagaan keluarga mereka di samping menjadi ketua keluarga. Entah bagaimana malam itu Fasehah Natasyha tergerak hati untuk membelek kesemua kad-kad dan penanda buku berbentuk hati yang telah menjadi kejutan buatnya selama 30 hari. Dia menyusun satu persatu penanda buku yang diterimanya. Alanagkah terkejutnya dia apabila mendapati frasa yang tertulis di penanda buku itu merupakan satu puisi yang cukup menyentuh hatinya dan pada baris yang terakhir ada tertulis S_A. Disertakan sekali dengan nombor telefonnya tetapi nombor itu tidak lengkap kerana ada sebahagiannya telah kabur dek terkena air hujan. Ada juga tertulis perkataan "see you in heaven” .
Cintaku, Cinta itu indah, Kejujuran itu perlu untuk melengkapkan cinta kita, Tidak semua orang di dunia berjaya mengecapi cinta bahagia, Tetapi sebagai hamba yang kerdil kita sentiasa mengimpikannya, Mengimpikan hidup kita diterangi dengan cahaya keimanan,
Cintaku, Tidak perlu mengejar harta dunia, Jika kehidupan akhirat sebagai galang gantinya,, Kerana, Hidup ini hanya sementara , Kehidupan yang dipinjamkan oleh ALLAH s.w.t kepada kita, Jadi penuhilah ia dengan perkara-perkara yang berfaedah, Tak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan Tak semua yang kita takuti akan menimpa kita, Allah telah menjanjikan yang terbaik buat umatnya yang beriman, Jangan leka dalam menjalankan tanggungjawab kepada Allah, Semoga masih ada ruang untuk umat Muhamamad ini Menemui cinta sejatinya bersama dengan hamba Allah yang solehah. Amin ya Rabbul Alamin.
Akhir kata dari hamba Allah yang hina. Senyum itu sedekah. Senyum selalu hati bahagia.
Setelah tamat membaca puisi tersebut hati Fasehah Natasyha tersentuh dengana bait-bait kata yang cukup menyentuh jiwanya. Tentu mamat ni seorang yang Islamic teka Fasehah Natasyha. Sememangnya dia mengimpikan seorang lelaki yang beriman . `Em, tapi dah takda kejutan kad-kad miteri lagi. May be dia dah give up kot. Nasib badan hanglah Fasehah Natasyha. Si Azirul Hakimi tu dah menikah hang juga la yang masih menyendiri, ` bisik hati kecil Fasehah Natasyha. Dia menganggap semua yang berlaku ini adalah sebagai suratan takdir. Tiga tahun sudah berlalu. Tahun depan merupakan tahun terakhir dia begelar pelajar di University of Electrocommunication, Tokyo Jepun . Walaupun begitu, dia tidak mahu tergesa-gesa pulang ke Malaysia kerana dia mahu meneruskan kehidupannya di negara matahari terbit itu . Hal ini kerana peluang pekerjaan dalam bidang yang diceburinya adalah lebih banyak ditawarkan di Jepun. Hatinya tersentuh juga kerana selama dia belajar di negara matahari terbit itu dia masih belum pernah pulang ke Malaysia menjenguk keluarganya. Bukan dia tidak mahu tetapi disebabkan oleh kos perjalanan yang sangat tinggi. Oleh itu, dia menangguhkan dahulu hasrat hatinya untuk beraya di kampung halamannya sendiri. Beraya dengan sahabat handai di rantauan juga tidak kurang seronoknya. Seluruh muslimin dan muslimat dari seluruh dunia yang merantau di Jepun akan bersolat aidilfitri bersama-sama. Fasehah Natasyha berasa terharu apabila dia melihat tentera Amerika beragama Islam yang datang bertugas di Jepun walaupun dikaitkan dengan kezaliman turut sama-sama menunaikan solat aidlfitri besama umat Islam yang lain. Walau di mana pun kita berpijak sebagai umat Islam kita perlu sentiasa mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.
**************************************
" Am, hang dok termenung apa ni ? Hang dengaq dak apa yang kau kata ni, minggu depan kita akan menerima staff baru. Dengaq kata cun wei. " Adam sepupu kepada Amar Shauqi menyampaikan berita. Amar Shauqi langsung tidak menunjukkan reaksi teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Dia hanya membiarkan pernyataan Adam itu di hembus bayu pagi. Syarikat Bumi Megah Bhd. merupakan usaha sama antara syarikat bapa Adam dan juga bapanya . sememangnya pemergian Amar Shauqi ke Tokyo tiga tahun yang lepas adalah untuk menyambung pengajiannya di peringkat sarjana selama setahun. Seperti kata orang-orang tua kita hanya mampu merancang tapi Allah jua yang menentukannya. Amar Shauqi pernah berhajat ingin melamar gadis yang berjaya mencuri hatinya d Tokyo tetapi belum sempat dia berbuat demikian ayahnya yang tercinta telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan dia dikehendaki pulang ke tanah air tercinta untuk menguruskan perniagaan keluarganya. Amar Shauqi juga tidak sempat menghadiri hari konvokesyennya di sana. Dia hanya pergi mengambil sijlnya semasa cuti semester yang lepas sahaja. Niatnya untuk bertemu dengan gadis yang berjaya mencuri hatinya juga tidak kesampaian kerana gadis itu telah pun berpindah rumah. Amar Shauqi kecewa. " Hoi,hang ni kuat berangan la. Patutlah takdak awek yang lekat. Sapa la yang nak kat mamat kuat berangan macam hang ni." Sergah Adam. Amar hanya mendiamkan diri. Dia bangun dan berlalu menuju ke jendela sambil memerhatikan permandangan bumi Kulim Hi-Tech." Cantik kan keindahan ciptaan Allah,” dia meluahkan rasa hatinya kepada Adam tetapi Adam seperti tidak tertarik hendak mendengar celoteh Amar Shauqi. Dia tahu jika sepupunya itu telah membuka cerita mengenai keindahan alam sudah tentu dia akan mengungkapkan tentang kekagumannya terhadap alam ciptaan Allah. Kadang-kadang Adam sudah naik bosan mendengarkan celoteh Amar yang panjang lebar. Adam meminta diri. Amar termenung lagi. Kali ini fikirannya melayang ke meja 18 di perpustakaan University of Electrocommunication, Tokyo Jepun. Di meja itulah dia selalu melihat gadis idamannya mengulangkaji pelajaran. Dia mencuri pandang dari rak-rak yang berdekatan. Dia kecewa kerana Fasehah Natasyha langsung tidak menghubunginya walaupun dia ada menyertakan sekali nombor telefon dan emelnya di Malaysia. Mungkin hati Fasehah Natasyha sudah dimiliki dan mungkin antara mereka tidak ada jodoh. Di kala sebahagian hatinya berkata demikian hatinya yang sebahagian lagi mengharapkan antara dia dan Fasehah Natasyha masih ada jodoh. Keesokan harinya semua ahli Lembaga Pengarah Bumi Megah Bhd. dikejutkan mesyuarat tergempar . Menurut pengerusinya Bumi Megah Bhd. Tuan Ahmad Syakirin, mereka akan menerima seorang Jurutera Teknologi dan Komunikasi yang baru menggantikan Encik Hairul Azrar. Beliau baru sahaja kembali dari sebuah negara yang tidak kurang hebat dan canggih teknologinya. Dengar kata beliau juga merupakan graduan dari salah sebuah universiti terkemuka di dunia. Amar Shauqi tersentak apabila pintu bilik diketuk dari luar. Dia mengelamun sebentar tadi. Terasa bagaikan ada arus elektrik yang mengalir dalam tubuhnya. Pintu bilik dikuak dari luar. Kelihatan seorang gadis manis bertudung merah jambu masuk kedalam bilik mesyuarat. Beliau mengenakan baju kebaya nyonya berona merah jambu yang sepadan dengan tudungnya. Gadis itu melemparkan senyuman kepada Amar Shauqi. Amar Shauqi kaget kerana dalam ramai-ramai ahli lembaga pengarah gadis itu tersenyum kepadanya. Sebenarnya Amar Shauqi bermain dengan perasaannya sendiri. Cik Aziqah , sila perkenalkan diri awak. Awak boleh berkomunikasi dalam bahasa melayu kerana peraturan syarikat ini supaya semua pekerja berkomunikasi dalam bahasa melayu kecuali ketika berurusan dengan syarikat luar. " Kata Tuan Ahmad Syakirin kepada Aziqah Zunaidah. Aziqah Zunaidah merupakan kakak kembar kepada Fasehah Natasyha. Mereka mengambil jurusan yang sama tetapi di universiti yang berbeza. Aziqah Natasyha menuntut di University of Noutingham , United Kingdom. Mereka belajar di universiti yang berbeza kerana mereka terpaksa akur dengan keputusan pihak penaja masing-masing. Aziqah mendapat tajaan MARA sedangkan Fasehah ditaja oleh PETRONAS. Aziqah Zunaidah menarik nafas sekali untuk menghilangkan debar di dada.y"Nama diberi Aziqah Zunaidah binti Khairuddin. Aziqah Zunaidah binti Khairuddin. Berasal dari Kulim,Kedah. Sememangnya saya di besarkan di sini . Oleh itu, saya ingin mencurahkan bakti di tempat kelahiran saya. Saya menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Teknologi dan Komunikasi dari Universiti of Noutingham, United Kingdom. Saya masih hijau di sini, diharap tuan-tuan dan puan-puan dapat memberi tunjuk ajar kepada saya selama saya bekerja di sini. Terima kasih kerana sudi menerima saya sebagai ahli keluarga baharu Syarikat Bumi Megah Bhd. Sekian, wassalam". Amar Shauqi berasa hairan kerana sangkaannya Aziqah Zunaidah adalah gadis yang di tunggu-tunggu selama ini. "Baiklah, sekarang sesi ahli lembaga pengarah pula yang memperkenalkan diri," kata Tuan Ahmad Syakirin. Semuanya telah memperkenalkan diri. Setelah semua ahli lembaga pengarah memperkenalkan diri Tuan Ahmad Syakirin menangguhkan mesyuarat dan beliau menyatakan bahawa satu tarikh lain akan dipilih kelak.” Tuan Ahmad Syakirin memberi arahan. Amar Shauqi menghampiri Aziqah Zunaidah. Dia tidak berpuas hati dengan pengakuan Aziqah Zunaidah bahawa gadis itu bukan lulusan University of Electrocommunication, Tokyo. "Boleh saya nak tanya Cik Aziqah satu soalan? soal Amar Shauqi. "Ya, silakan.” Balas Aziqah Zunaidah. "Kenapa awak kata awak lulusan dari UK. Awak bukan belajar kat Jepun ke dulu. Kalau tak silap saya pernah terjumpa awak kat bandar Tokyo”. Amar Shauqi inginkan kepastian. "Oh, pasal tu rupanya. Sebenarnya saya ada adik kembar yang belajar kat Jepun. Dia pun ambil jurusan yang sama . Cuma sekarang dia masih lagi berada di Jepun. Katanya, dia mahu mencari pengalaman bekerja di negara matahari terbit tu dulu. May be, lagi dua atau tiga tahun dia akan balik ke Malaysia.” Terang Aziqah Zunaidah kepada majikannya. " Oh, macam tu. Saya ingat junior saya yang akan menjadi jurutera baru di syarikat ni, rupa-rupanya kakak kembar junior saya. Tak apalah nanti kalau awak ada contact dia tolong sampaikan salam saya pada dia ya”, kata Amar Shauqi. Hatinya yang gembira kerana menyangka gadis yang dipuja-pujanya akan berkerja bersama-samanya. Walau bagaimanapun dia tetap bersyukur kerana harapannya untuk bertemu dengan gadis pujaannya itu akan tercapai. Dia telah memasang azam yang tinggi bahawa dia akan meminta alamat rumah Aziqah Zunaidah dan dia akan segera meminta mamanya masuk meminang Fasehah Natasyha secepat mungkin sebelum terlambat. Kalau terlambat alamatnya gigit jarilah dia. Setelah beberapa bulan Aziqah Zunaidah bekerja di Syarikat Bumi Megah Bhd Amar Shauqi telah berterus terang kepada Aziqah Zunaidah bahawa sudah tiga tahun dia memendam perasaan kepada Fasehah Natasyha. Dia juga menceritakan perihal kad misteri yang pernah dihantarnya kepada Fasehah Natasyha. Aziqah tidak terkejut mendengar pengakuan Amar Shauqi kerana Fasehah Natasyha telah menceritakan segala-galanya kepadanya. Dia berasa bahagia sekiranya adik kembarnya itu bahagia. Lagi pula Fasehah Natasyha mempunyai sejarah cinta yang pahit. Dia merestui sekiranya Amar Shauqi ingin menyunting adik kembarnya itu sebagai permaisuri hatinya. Pada pemerhatiannya Amar Shauqi seorang ketua dan insan yang baik. Memang sesuai jika digandingkan dengan adiknya yang seorang itu. Malam itu setelah dia pulang ke rumah terus dia menyampaikan hasrat hati majikannya itu kepada abah dan mamanya. Abah dan mamanya juga tidak membantah. Selepas mendapatkan restu kedua-dua orang tuanya, Aziqah Zunaidah terus menghubungi adik kembarnya yang kini berada di Jepun. Dia menjadi pengantara antara Fasehah Natasyha dan juga Amar Shauqi. Lagipun dia melihat cahaya kesungguhan ketika Amar Shauqi menyatakan hasrat hatinya itu. Selepas mendapatkan persetujuan darpada empunya badan, dia bertindak pula menghubungi Amar Shauqi untuk memberitahu akan persetujuan adikya itu. Amar Shauqi berasa sungguh bahagia kerana doanya siang dan malam membuahkan hasil apabila Fasehah Natasyha mahu menjadi suri dalam hidupnya. Malam itu juga dia melakukan sujud syukur dan solat hajat supaya rumah tangga yang bakal dibinanya mendapat keredaan Allah s.w.t. Majlis pertunangan telah berjalan dengan lancar. Mama Amar Shauqi sendiri terpesona melihat kesopanan yang di tunjukkan oleh Fasehah Natasyha. Sememangnya Fasehah Natasyha seorang yang bersopan santun dan lembut tutur bicaranya. Selepas melangsungkan pertunangan Fasehah Natasyha telah menamatkan perkhidmatannya di Jepun dan dia kembali untuk mencurahkan bakti di tanah airnya sendiri.
**************************************
" Oh, rupa-rupanya awaklah yang menghantar kad misteri dan penanda buku berbentuk hati tu ye?" Fasehah Natasyha ingin mendengar pengakuan daripada Amar Shauqi sendiri. "Sayalah orangnya. Saya nak mengaku secara bersemuka saya malu. Saya buatlah cara macam tu. Tapi orang tu tak hubungi kita pun padahal kita dah bagi dah nombor fon dengan emel sekali. Tiga tahun saya tunggu tapi habuk pun tak dak." Amar Shauqi meluahkan rasa hatinya kepada Fasehah Natasyha. "Bukan saya tak nak hubungi awak tapi nombor telefon tu dah kaburlah sebab kena air. Tapi kan sekarang saya dah jadi tunang awak apa yang awak risau lagi." Balas Fasehah Natasyha . "Saya mendoakan supaya rumah tangga yang akan kita bina kelak akan berkekalan hingga ke akhir hayat kita berdua. Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Zuhaniza dan Azirul Hakimi juga dijemput. Dendam Zuhaniza pada Fasehah Natasyha masih belum terlerai kerana Fasehah Natasyha mendapat suami yang lebih kacak daripada Azirul Hakimi dan suami Fasehah Natasyha juga mempunyai perniagaan sendiri berbanding suaminya yang hanya makan gaji . Dia telah mengatur strategi untuk menghancurkan hidup Fasehah Natasyha sekeluarga. Hatinya tidak pernah puas dengan apa yang dimilikinya selama ini. Dia berjanji pada dirinya sendiri bahawa dia akan memastikan bahawa Fasehah Natasyha akan menerima nasib yang lebih buruk daripadanya.
HASIL KARYA, AIMIERA ABIDIN,
tulis cerpen ni masa ngah tunggu keputusan SPM dulu..so, mb cerita ni masih blum matang lagipon ni my 1st cerpen kot...so, diharap akan ada komen membina yang dapat menaikkan lagi semangat saya untuk menulis..tq..
mintak maaf la semua...ni cerpen saya masa zaman hingusan... otak pon xberkembang kot...tp seingat saya, saya xplagiat dari mana2 novel... sambungannya insyaALLAH...saya agak bz skrg...insyaALLAH ada sambungan...tunggu habis final sem... tq atas komen2 anda..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
erm...
ade smbungan ehh cte neh,,