BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Mac 09, 2009
Cerpen : Kerana Zurina
Nama Pena : Rimara

Aku menyanyi gembira. Cuti akhir tahun telah pun tiba. Pada waktu cuti ini, aku berpeluang ke Sabah, kampung abang ipar aku. Selain dapat pergi ke tempat orang, aku juga berpeluang untuk menaiki kapal terbang buat kali pertama dalam hidupku. Namun, jauh di dalam hatiku, aku mempunyai satu matlamat untuk ke sana. Aku ingin mencari teman wanita memandangkan di sekolahku, tiada seorang pun yang aku minati.
"Di sana nanti, Im nak cari awek," aku memberitahu salah satu niatku apabila di sana, tetapi dengan nada ingin bergurau walau pun sebenarnya aku serius.
Abang ipar yang aku panggil Bang Adnan dan kakakku yang bernama Kak Ani hanya tersenyum dan ketawa apabila aku berkata sedemikian.
"Di sana orang tak panggil awek, orang panggil bujang," Bang Adnan memberitahuku.
Setiap kali aku bersuara, pasti timbul topik perbualan yang berkaitan dengan apa yang aku suarakan. Begitu juga kali ini. Abang ipar dan kakakku mula berbual tentang dua gadis yang mereka kenal di sana. Abang Adnan menyebut nama salah seorang daripada mereka. Namanya Amirah menurut Bang Adnan. Dia merupakan anak saudara kepada Bang Adnan. Kak Ani menyebut nama yang seorang lagi. Zurina namanya. Dia merupakan adik kepada Bang Adnan. Dia dan Bang Adnan merupakan anak kandung kepada lelaki yang sama tetapi ibu kepada kedua-dua mereka pula adalah dua orang wanita yang berlainan. Aku terbayang-bayang bagaimana agaknya rupa mereka berdua.
Malam itu, aku diminta untuk menjaga anak saudaraku yang merupakan anak Bang Adnan dan Kak Ani.
"Im, tolong jaga Arif. Along ada kerja nak buat ni," kakakku meminta pertolonganku.
"Bang Adnan dan Afiq pergi mana?" tanyaku.
"Mereka pergi ke restoran KFC. Mahu membeli makanan untuk malam ni,".
"Eh, Bang Adnan tak tanya Im pun nak makan apa!".
"Dah awak tu berkurung dalam bilik. Ingatkan awak tidur,".
Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Rupa-rupanya Bang Adnan menghantar mesej bertanya tentang apa yang ingin aku makan. Aku menjawab mesej tersebut dengan ringkas.
"Siapa tu?" tanya Kak Ani.
"Bang Adnan. Dia tanya Im nak makan apa,".
Beberapa lama selepas itu, Bang Nan pulang bersama Afiq. Afiq merupakan abang kepada Arif. Usianya baru mencecah dua tahun. Dia pandai menari dan menyebut perkataan tertentu. Arif pula baru berumur dua bulan setengah. Dia sudah pandai meniarap. Kami berempat mula makan makanan yang dibeli Bang Adnan. Selepas makan, perutku amat kekenyangan. Walau pun sudah makan terlalu banyak, tapi aku takkan menjadi gemuk. Hal ini berlaku sejak aku kecil lagi. Tidak kira betapa banyak aku makan, aku tidak akan begitu berisi. Walau pun aku agak tinggi, tapi beratku hanya 42kg saja. Mulanya aku kecewa dengan situasi tersebut, tapi aku mula bersyukur kerana aku takkan mengalami masalah obesiti walau betapa banyak aku makan.
Kebetulan malam itu, Bang Adnan menerima cakera padat berisi video hari raya di Sabah pada tahun itu. Bang Adnan dan Kak Ani mengajak aku turut sama menonoton video tersebut. Kata mereka, boleh pilih gadis mana yang aku berkenan. Ketika aku menonton video itu, aku asyik menoleh ke belakang mendengar Bang Adnan berkata-kata.
"Im, itulah Amirah," Bang Adnan berkata padaku.
Sebaik saja aku menoleh, gadis yang dimaksudkan Bang Adnan tidak lagi kelihatan. Bang Adnan kemudiannya menunjukkan padaku gadis yang bernama Zurina. Waktu aku melihatnya, aku agak tertarik. Rupanya agak matang sikit berbanding rupaku.
"Berapa umur dia?’ aku bertanya pada Bang Adnan.
"Sebaya Imlah dia tu,"Bang Adnan memberitahuku.
Lewat malam itu, aku mula berangan. Aku berangan yang aku bertanya pada Zurina kalau-kalau dia sudi menjadi teman wanitaku.
Hari ini adalah 1hb Disember 2008. Hari yang bersejarah dalam hidupku. Buat pertama kalinya dalam seumur hidupku, aku akan menaiki kapal terbang. Aku terpaksa bangun awal pada pagi itu. Selepas semuanya siap, aku, Bang Adnan, Kak Ani, Afiq dan Arif bertolak ke lapangan terbang. Aku hanya menyumbat telinga dan mendengar lagu Alternative Rock sepanjang perjalanan.
Kami kemudiannya berhenti seketika kerana mahu menjemput anak saudara Bang Adnan yang bernama Majid. Dialah yang akan membawa kereta yang dipandu Bang Adnan ketika ini pulang ke rumah Bang Adnan di Kajang. Bang Adnan mula berbual dengannya dalam bahasa Sabah. Walau pun, aku kurang faham dengan apa yang mereka bualkan tapi aku tahu bahawa mereka berbual tentangku yang ingin mencari teman wanita di Sabah apabila Bang Adnan menyebut namaku dan perkataan ‘bujang’.
Beberapa puluh minit perjalanan, kami tiba di lapan terbang di Kuala Lumpur. Aku, Bang Adnan dan Majid mengangkat beg keluar daripada kereta. Kemudian, Majid beredar dengan memandu kereta Bang Adnan.
Selepas Bang Adnan menjalani pemeriksaan ke atas beg, dia mula mendaftar ke kaunter. Malang bagi kami kerana terlewat beberapa minit, kami tidak dapat menaiki kapal terbang tersebut. Akibatnya , Bang Adnan dan Kak Ani terpaksa menghabiskan RM2000 lagi untuk membeli lima tiket baru. Tiket yang terbaru menunjukkan jam 5 petang. Ini bermakna kami akan sampai di Sabah pada awal malam. Aku mengeluh. Baru pertama kali aku teruja untuk menaiki kapal terbang, ini pula yang berlaku. Lebih malang lagi apabila kami mendapat tahu bahawa penerbangan akan ditangguhkan sehingga pukul 6 petang.
Selepas letih menunggu, akhirnya kami berjalan ke kapal terbang. Aku dapat duduk di tepi tingkap, tempat yang aku telah booking daripada Kak Ani beberapa hari sebelumnya. Aku duduk berseorangan memandangkan setiap tempat duduk di sebelah kanan dan kiri hanya mempunyai 3 tempat duduk saja. Mungkin kerana terlalu letih sebab hanya berdiri sepanjang hari, aku terlena.
Aku kemudiannya terjaga. Kami pun hampir sampai ke lapangan terbang di Sabah. Beberapa lama teruja untuk menjejakkan kaki ke tanah Sabah, akhirnya sampai juga. Kami turun dari kapal terbang dan berjalan masuk ke dalam lapangan terbang.
"Im, kalau sampai ke tempat orang, kita kena cium tanah. Kalau tak, nanti kena sampuk," Bang Adnan memberitahuku.
Aku pun menyentuh tanah dan menciumnya seperti mana Bang Adnan melakukannya pada Afiq dan Arif. Selepas mengambil beg, kami berjumpa dengan abang ipar Bang Nan yang bernama Bang Lan. Dia merupakan biras kepada Kak Ani. Kami kemudiannya menaiki kereta Bang Lan untuk pulang ke rumahnya. Kami akan duduk di rumahnya sepanjang kami berada di sini. Kami singgah di sebuah gerai untuk membeli puding kelapa. Bang Adnan menyuruh aku merasanya. Rasanya agak sedap.
Beberapa jam perjalanan, kami akhirnya sampai di kampung Bang Adnan dan Bang Lan. Beberapa minit kemudian kami sampai di rumah Bang Lan. Mulanya, aku agak malu untuk masuk ke dalam rumah tersebut, tetapi setelah dijemput masuk, aku pun masuk ke rumah itu dengan penuh sopan, sikap yang tidak ada padaku ketika berada di Semenanjung. Aku berkenalan dengan Bob yang merupakan anak kepada Bang Lan dan isterinya yang bernama Kak Yasmin. Kak Yasmin merupakan kakak sulung kepada Bang Adnan. Mereka mempunyai seorang abang sulung yang dipanggil Bang Samad. Bob pula, menurut Bang Adnan merupakan anak saudaranya yang sebaya dengan aku. Aku cuba mengenal pasti penghuni rumah tersebut. Ada tiga orang lagi; ibu kepada Bang Adnan, kakak dan sepupu perempuan kepada Bob yang juga merupakan anak kepada Bang Samad. Lewat malam itu, aku dan Bob tidur lewat kerana asyik berbual, terutamanya tentang perempuan. Aku bertanya tentang kakak dan sepupu perempuan Bob. Menurut Bob, kakaknya dipanggil Kak Ji sementara sepupu perempuannya pula bernama Amirah. Aku terfikir jadi itulah Amirah yang dimaksudkan Bang Adnan dan Kak Ani. Bang Adnan munculkan diri di tempat tidur aku dan Bob. Dia bertanya tentang Zurina pada Bob. Baru aku teringat tentang dia. Rupanya dulu Zurina pernah tinggal di sini. Menurut Bob, Zurina telah pun pindah dan tinggal bersama ibunya dan bapa dia yang juga merupakan ayah Bang Adnan.
"Bob, Zurina tu satu umur dengan kita ke?" aku bertanya pada Bob.
"Tak. Dia satu tahun lebih tua daripada kita," Bob menjawab pertanyaanku.
"Hari itu, Bang Adnan bilang dia satu umur dengan kita," aku bersuara seperti tidak dapat menerima hakikat yang rupa-rupanya dia bukan sebaya aku. Aku fikir tentulah susah untuk memikatnya kalau dia lebih tua daripadaku. Pasti dia hanya akan anggap aku ini cuma budak-budak.
"Abang tersilaplah hari itu. Takkanlah kalau dia lebih tua, Im tak boleh berkawan dengan dia." Bang Adnan membalas kata-kataku.
"Im tak kisah kalau dia lebih tua daripada Im. Im takut dia tak boleh terima Im sebab Im lebih muda," jawabku.
Selepas Bang Adnan beredar, aku dan Bob meneruskan perbualan. Aku bercerita padanya bahawa di sekolah aku tak ada perempuan yang aku minati. Kalau ada pun, semua sudah berpunya atau pun jual mahal. Sebab itu, aku cuba mencari di sini. Aku bertanya tentang Amirah.
"Dia itu satu umur dengan kita. Dia sudah ada boy," Bob memberitahuku. Boy merupakan istilah yang digunakan di sini bagi menggantikan perkataan pak we yang digunakan di Semenanjung. Aku bertanya pula tentang status Zurina.
"Dia pun sudah ada boy. Dia itu playgirl," Bob menjawab pertanyaanku lagi. Aku kecewa apabila mendengar jawapan Bob yang mengatakan Zurina sudah ada teman lelaki. Tapi apabila Bob mengatakan bahawa Zurina itu playgirl, aku ragu-ragu.
"Dia playgirl ke? Bolehlah aku jadi salah seorang daripada boy dia," aku berkata dengan niat mahu bergurau.
Selepas berbual tentang perempuan, Bob tiba-tiba bertanya tentang telefon bimbit yang aku gunakan. Katanya, Bang Adnan memberitahunya bahawa aku menggunakan telefon yang canggih. Aku pun menunjukkan telefonku tanpa sebarang niat jahat mahu menunjuk-nunjuk. Bang Adnan turut memberitahunya bahawa aku memiliki PS2. Aku berasa gelisah. Aku takut orang-orang di sini menganggap aku ini orang kaya walau pun sebenarnya aku bukan. Aku takut mereka mempunyai pandangan tipikal bahawa orang kaya ini sombong dan aku juga sama saja seperti orang kaya yang lain. Selepas tengah malam, aku dan Bob terlena.
Hari ini, dua orang sepupu Bob datang ke rumahnya. Salah seorang daripada mereka bernama Rosli. Dia merupakan anak kepada Bang Long dan juga adik kepada Amirah. Seorang lagi bernama Dollah. Dia merupakan kacukan Melayu dan Cina. Aku berkenalan dengan mereka berdua. Kedua-dua mereka akan turut tinggal di rumah Bob untuk beberapa hari. Aku berasa seronok tentang hal itu kerana ada dua orang lagi kawan yang akan menemani aku di sini selain Bob, Kak Ani dan Bang Adnan. Bob memberitahu mereka tentang aku yang meminati ibu saudara mereka, Zurina. Aku cuma senyum sampai ke telinga mendengar Bob berkata sedemikian.
Bang Lan dan Bang Adnan membawa aku, Bob, Rosli dan Dollah ke sungai berdekatan. Dua orang lagi kenalan mereka turut ikut sama. Salah seorang daripada mereka ialah Bang Zunaidi yang merupakan abang kepada Amirah & Rosli. Seorang lagi bernama Bang Josh. Selepas menyalin pakaian, aku begitu teruja untuk mandi di sungai. Kerana terlalu teruja untuk mandi, aku mula lalai dan cuai. Kelalaian aku menyebabkan aku pergi ke tempat yang dalam dengan tidak sengaja.
"Bang Adnan! Bang Adnan! Tolong!" beberapa kali memanggil Bang Adnan, aku mula tenggelam.
Aku fikir aku akan mati di situ. Namun secara agak tiba-tiba aku timbul semula. Rupa-rupanya Bang Josh telah berjaya menyelamatkanku. Aku berterima kasih padanya. Selepas itu, aku agak takut untuk mandi di tempat yang dalam biar paras pinggang sekali pun. Aku cuma mandi dan bermain air di tempat yang cetek. Hari ini boleh dikatakan hariku yang paling tragik. Tapi aku masih menganggap hariku pada hari ini juga merupakan hari paling indah kerana aku sekarang berada di negeri seberang.
Apabila kami pulang semula ke rumah Bang Lan, mereka menceritakan tentang aku yang hampir mati lemas di sungai. Aku agak malu apabila mereka membuka cerita tentang hal tersebut. Lebih-lebih lagi di depan Kak Ji dan Amirah. Aku rasa tentulah mereka akan fikir aku ini tak macho langsung sebab tak pandai berenang.
Hari ini merupakan 6hb Disember 2008. Hari ini di rumah Bang Lan akan diadakan akikah untuk anak Bang Adnan dan Kak Ani yang bernama Arif. Suasana hari ini agak meriah. Aku berkenalan dengan sahabat Bob yang bernama Fendi. Aku juga turut berkenalan dengan seorang lagi kenalan Bang Adnan. Pak Cik Din namanya. Pak Cik Din suka bercerita tentang negeri kelahirannya ini. Dia juga suka bertanya tentang negeri kelahiranku. Aku juga gemar berbual dengannya.
Bob turut memperkenalkan aku dengan seorang lagi sepupu dia yang bernama Karim. Kononnya Karim hebat dalam bermain gitar dan melukis. Daripada raut wajah ibu Karim apabila memperkatakan tentangnya, sudah jelas menunjukkan bahawa ibunya itu bangga dengannya. Hal ini menyebabkan aku sedikit iri hati dan tertanya-tanya. Adakah aku telah cukup sempurna untuk ibu bapaku? Adakah aku telah cukup membanggakan ibu bapaku?
Aku agak teruja apabila Bob memberitahuku bahawa ramai bujang datang ke sini hari ini. Tapi apa yang membuatkan aku jauh lebih teruja adalah apabila Rosli memberitahuku tentang sesuatu.
"Zurina ada di sini," Rosli memberitahuku.
"Ya? Mana dia?" aku bertanya dengan penuh teruja.
"Entah. Dalam bilik mungkin,".
Dia hanya mengurungkan dirinya di dalam bilik bersama Amirah. Apabila dia keluar dari bilik tersebut, aku dapat melihat dia dengan mata kepala aku sendiri. Aku rasa rupa dia di depan mata aku lebih cantik berbanding dengan rupanya dalam video raya yang aku tonton beberapa hari yang lalu. Mulanya aku sekadar memerhati dia saja. Kemudian dia mengurungkan diri dalam bilik lagi.
Aku meminta bantuan Rosli dan Fendi untuk memberitahunya bahawa aku ingin berkenalan dengannya, perkara yang tidak pernah aku buat semasa di Semenanjung.
"Rosli, Fendi. Tolong bilang sama Zurina aku mahu berkenalan dengan dia,".
Mereka berdua meminta adik perempuan Zurina yang bernama Karina untuk memanggilnya keluar.
"Karina, tolong panggilkan Zurina, ada orang mahu berkenalan dengan dia," Rosli meminta bantuan Karina. Karina masuk ke dalam bilik di mana Zurina berkurung. Kemudian dia keluar semula tetapi kelibat Zurina tidak kelihatan. Karina memberitahu sesuatu pada Fendi dan Rosli. Mereka berdua kemudiannya berjalan ke arah aku.
"Macam mana?" aku mula bertanya pada Rosli dan Fendi sebaik saja mereka sampai.
"Dia malu," Rosli menjawab.
Inilah nasibku. Bila aku minati seseorang di Semenanjung, aku hanya pendamkan perasaan itu dan tidak berani tegur dia sehingga dia menjadi milik orang lain. Kini aku beranikan diri, perempuan itu pula tidak mahu berkenalan dengan aku.
Hari semakin kelam, langit mula menjadi semakin gelap. Fendi telah pun pulang ke rumahnya. Tapi, aku masih tidak dapat berkenalan dengan Zurina. Perasaan hampa mula timbul dalam diriku. Tiba-tiba dia munculkan diri kerana sudah mahu pulang. Dia datang ke tempat aku, Bob, Dollah dan Rosli berbual. Dia kemudiannya bersalaman dengan Bob, Dollah dan Rosli. Ketiga-tiga mereka menyuruhnya bersalaman dengan aku tapi dia hanya diam saja. Dia kemudiannya bersalaman dengan Kak Ani yang kebetulan duduk berdekatan di situ. Dia sekali lagi lalu di depan aku. Usaha Bob, Rosli dan Firdaus menyuruh dia bersalaman dengan aku membuahkan hasil apabila kami bersalaman di depan mereka dan Kak Ani. Bob, Rosli dan Dollah membuat bunyi seperti mengusik. Apabila dia keluar, Bob, Rosli dan Dollah mengekorinya. Aku turut ikut bersama. Dia memberikan nombor telefonnya yang baru kepada ketiga-tiga anak saudaranya itu. Dia kemudiannya mula mengangkat kaki mahu beredar.
"Bye!" entah macam mana ucapan itu boleh terkeluar daripada mulutku. Ucapan yang tidak pernah keluar apabila aku berhadapan dengan gadis lain yang tidak mengenaliku.
"Bye," dia mengucapkan kembali padaku tanpa berpaling padaku. Bob, Rosli dan Dollah membuat bunyi yang sama. Aku berasa amat gembira dan lega. Lega kerana usaha aku untuk berkenalan dengannya membuahkan hasil walau pun sedikit. Aku mula rasa angau dan teringatkan dia. Aku kemudiannya meminta nombor telefon dia daripada Bob. Sebaik saja aku mendapat nombor dia, aku terus menghantar mesej kepadanya.
"Hi, masih ingat saya? Saya boy yang ingin berkenalan dengan awak tadi. Macam mana? Adakah awak sudi berkenalan dengan saya?" aku menghantar mesej tersebut kepadanya.
Beberapa saat kemudian, telefon aku berbunyi.
"Sudi ba kalau awak," dia membalas. Aku gembira dengan jawapannya.
"Terima kasih kerana sudi. Nama saya Halim. Awak sudah ada boy atau belum?" aku bertanya lagi.
"Tak tahu. Hehehe. Just call me Zue, okay." Dia membalas tanpa menjawab pertanyaan aku.
"Okay. Awak pun. Just call me Im. Awak ada myspace atau friendster?," aku bertanya lagi.
"Ada friendster. Kenapa?".
"Beri saya alamat url awak, nanti boleh saya add awak." Aku memberitahu tujuan aku bertanya soalan sedemikian.
Jawapan yang diberi agak megecewakan.
"Ish, tak payahlah. Lagi pun I tak selalu online,".
Apabila dia menggunakan ‘I’, aku seolah-olah tertanya sama ada aku yang sedang cuba mengurat dia atau dia yang sedang mengurat aku.
"Tak apalah. Apa hobi awak?" kerana tidak mahu memaksa atau mendesak, aku mengajukan soalan lain.
Lama aku menunggu. Dia tidak memberikan jawapannya. Aku cuba bertanya soalan lain.
"Awak di sekolah ambil aliran apa?".
Namun, dia masih tidak membalas mesejku. Aku fikir mungkin kredit dia habis atau dia seorang yang kuat berahsia. Kemudian Kak Ani memanggilku masuk ke bilik di mana dia dan Bang Adnan tidur semasa di sini.
"Dah pandai mengurat, ya? Lawa ke?" Kak Ani mula mengajukan soalan. Lagaknya seperti bertanya tentang calon isteriku.
Aku hanya mendiamkan diri sambil tersenyum.
"Pandai pilih yang lawa. Lelaki dan perempuan boleh bersalaman ke?" kakak aku menyoal lagi.
"Habis tu, Bob, Rosli dan Dollah pun bersalaman dengan dia tadi," jawabku.
"Mereka tu anak saudara dia,".
"Ya tak ya juga. Tapi tadi tu, dia yang hulurkan tangan,".
"Awak ada minta nombor telefon dia ke?" Kak Ani bertanya lagi.
"Ada. Im minta dengan Bob," jawabku ringkas.
"Ish, gatalnya. Nanti, along hantar mesej ke abah ya. Along beritahu abah yang awak dah pandai mengurat," Kak Ani bersuara sambil tersenyum.
Aku hanya mendiamkan diri tanda tidak kisah. Bagi aku, lebih baik begitu. Pasti bapaku berfikir bahawa anaknya ini sudah besar.
"Abah, Im dah pandai mengurat. Dia mengurat adik Adnan yang paling lawa," begitulah mesej yang dihantar Kak Ani menurutnya.
"Biarlah, dia dah besar," itulah jawapan bapaku menurut Kak Ani lagi.
Tidak lama kemudian, Bang Adnan masuk ke bilik ini. Kak Ani memberitahu tentang apa yang berlaku sebelum Zurina pulang tadi. Bang Adnan hanya membuat bunyi. Aku cuma sekadar tersenyum.
Aku beredar dari bilik tersebut. Kemudian Bob dan Rosli memberitahu seseuatu yang agak melegakan aku.
"Zurina itu bukan playgirl," Bob memberitahuku.
"Tapi Rosli pun cakap dia itu playgirl," aku bersuara membalas kenyataan Bob.
"Kami dah sepakatlah nak kata begitu," Rosli menjawab.
"Kenapa?" aku bertanya.
"Kami saja nak uji kau," Bob menjawab pertanyaanku.
"Dia itu sebenarnya gadis yang baik," sambung Rosli. Baguslah kalau macam itu.
Keesokan harinya, kesemua penghuni rumah yang aku diami di sini, kecuali Amirah dan ibu kepada Bang Adnan, bersiap untuk ke pasar raya One Borneo. Aku, Bob, Rosli dan Dollah hampir serupa dengan baju hitam dan jeans. Cuma baju mereka bertiga ada collar manakala bajuku pula adalah baju v-neck.
Di pasar raya, Bob asyik menunjukkan padaku bujang-bujang yang ada di sini. Walau pun aku rasa gadis di sini lebih cantik kalau nak dibandingkan dengan gadis di sekolahku tapi aku seolah-olah tidak tertarik untuk melihat mereka. Adakah ini disebabkan oleh Zurina? Malah ketika sedang berjalan-jalan di sini pun, aku asyik teringatkan dia.
Hari ini adalah hari raya korban. Aku menghantar mesej hari raya kepada keluarga di Semenanjung dan kepada Zurina. Beberapa orang di Semenanjung membalas mesej raya yang dihantar olehku. Namun aku lebih gembira apabila Zurina turut membalas mesejku.
"Selamat Hari Raya juga," Zurina membalas mesejku.
"Hari ini datang ke sini tak?" aku membalas dengan harapan mendapat jawapan yang menggembirakan tetapi ternyata jawapannya agak mengecewakan.
"Tidak. Kenapa?" dia membalas lagi.
"Saja tanya. Di sana meriah ke raya? Aku bertanya soalan lain.
"Okay saja,".
"Di sini pun okay juga. Di sana makan apa?,".
Dia hanya mendiamkan diri tanpa menjawab soalanku. Aku membuat kesimpulan bahawa mungkin dia tidak suka berhubung melalui mesej dengan orang yang tidak dikenalinya.
Tarikh hari ini adalah 11hb Disember 2008. Tarikh di mana aku akan pulang ke Semenanjung. Aku agak sedih kerana aku rasa amat seronok berada di sini. Aku tidak tahu bila aku akan ke sini lagi. Yang paling mebuatkan aku sedih dan risau adalah aku tidak tahu bila aku akan dapat berjumpa dengan Zurina lagi.
Dalam perjalanan ke lapangan terbang, aku menhantar mesej yang telah aku tulis semalam dan disimpan dalam draft kepada Zurina.
"Assalamualaikum, Zue. Saya dalam perjalanan ke airport. Saya sudah mahu pulang ke Semenanjung. Saya malu mahu cakap ni, tapi saya harap kita akan berjumpa lagi suatu hari nanti. Awak bujang pertama yang bersalaman dengan saya walau pun tidak mengenali saya. Awak juga bujang pertama yang saya ucapkan ‘bye’ walau pun kita tidak mengenali antara satu sama lain. Saya amat gembira apabila awak megucapkannya kembali pada saya. Kalaulah awak masih tinggal dengan Kak Yasmin, tentu saya dapat mengenali awak dengan lebih rapat lagi. Saya harap awak sudi berkawan dengan saya. Tapi kalau awak tak sudi, tak apalah,".
Tidak berapa lama selepas itu, telefon aku berbunyi.
"Waalaikumussalam. Sudi. Hati-hati balik, ya. Saya pun gembira bertemu dengan awak," Zurina membalas mesejku.
Aku tersenyum sendirian membaca mesej tersebut.
"Mesej dengan siapa tu?" Kak Ani bertanya dengan nada mengusik.
"Adalah," aku teruskan menaip mesej.
"Terima kasih kerana sudi,".
"Sama-sama," dia membalas ringkas.
Dalam perjalanan ke lapangan terbang aku mendengar lagu kumpulan 6ixth Sense yang bertajuk ‘Long Distance’ dan lagu ‘Addicted’ dendangan kumpulan Simple Plan. Aku menghayati liriknya sambil mengingati Zurina. Jiwang karat!
Setahun kemudian…
Peperiksaan SPM telah pun berlalu. Aku berasa lega kerana akhirnya aku dapat menenangkan otak aku yang telah banyak didera untuk menjawab soalan-soalan SPM yang amat sukar. Sementara menunggu tibanya hari keputusan SPM keluar, aku cuba mencari kerja. Sekurang-kurangnya aku dapat memenuhi masa cuti aku dengan perkara yang berfaedah. Aku akhirnya diterima bekerja di sebuah kedai makan. Sambutannya agak menggalakkan. Aku hanya bekerja di situ selama sebulan. Setelah mendapat gaji pertama, aku berhenti. Aku hanya duduk di rumah, kerana minat dan cinta kepada seni, aku menghabiskan masa aku dengan melukis. Aku memasukkan hasil karya aku ke dalam scanner dan uploadnya ke internet. Aku juga banyak menghabiskan masa aku dengan bermain video game dengan adikku.
Beberapa bulan mengisi masa dengan perkara yang berfaedah dan tidak berfaedah, hari ini aku bersiap-siap untuk mengambil keputusan SPM. Sampai di sekolah, hatiku berdebar-debar. Setelah mengambil sekeping kertas yang tertera namaku, aku melihat sendiri keputusanku. 8A dan 1B! Aku amat gembira dengan gred yang aku perolehi. Selepas ini, pasti aku akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti. Balik ke rumah, aku menunjukkan kertas yang sama kepada ibu bapa dan adik-beradikku. Mereka tersenyum.
"Emak janji nak hadiahkan Im gitar kalau Im dapat result cemerlang," aku mula mengungkit janji ibuku.
"Petang ni, kita pergi beli," ibuku membalas.
Aku hanya tersenyum tanda gembira. Selepas ini, bolehlah aku mengaplikasi ilmu gitarku. Boblah yang bertanggungjawab mengajarku bermain gitar ketika aku berada di Sabah. Bercerita tentang Sabah, sudah agak lama aku tidak menghantar mesej ke Zurina. Bukannya aku
sudah ada perempuan lain atau apa, Cuma dia agak jarang membalas mesejku. Aku fikir tentulah dia sibuk memandangkan sekarang dia berada di universiti. Tentu dia tidak suka kalau aku asyik mengganggu dia. Kebetulan, Bang Adnan berada di sini. Aku pergi ke dapur di mana Bang Adnan makan berseorangan untuk mengajukan soalan mengenai adiknya itu.
"Bang Adnan, Zurina sekarang belajar di universiti mana?" aku mula mengajukan soalanku. Walau pun aku tahu Zurina sekarang belajar di universiti, tetapi aku tidak pernah tahu universiti yang mana satu. Bila aku tanya dia sendiri, dia tidak pernah memberikan sebarang jawapan.
"Dia belajar di sebuah universiti di Sabah," jawab Bang Adnan ringkas.
Aku hampa mendengar jawapan Bang Adnan. Barangkali mungkin dia tidak akan ke sini. Ini mungkin juga bermakna aku tidak akan berjumpa dengan dia lagi memandangkan aku merancang untuk melanjutkan pelajaran di ibu negara.
Beberapa bulan kemudian…
Aku kini dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, negeri di mana aku akan melanjutkan pelajaranku ke universiti. Bang Razak, iaitu abang sulungku, menjadi pemandu. Aku mengambil kursus seni halus. Memang sudah lama aku bermimpi untuk melanjutkan pelajaran dalam kursus tersebut. Selepas pengajianku di universiti, aku merancang untuk menjadi seorang pelukis komik atau pun novelis.
"Di sana nanti, kena belajar rajin-rajin. Jangan malas," abangku mula bersuara.
"Im tahulah," aku membalas ringkas.
Dalam perjalanan yang mengambil masa antara 3 hingga 4 jam itu, aku menghabiskan masaku dengan mendengar lagu, terutamanya lagu jiwang. Lagu-lagu yang aku layan ketika itu merupakan lagu-lagu jiwang dendangan kumpulan muzik tempatan, terutamanya lagu-lagu kumpulan 6ixth Sense, Spider, Iklim dan Sofaz.
Beberapa jam menempuh perjalanan yang membosankan itu, akhirnya kami sampai. Selepas mengangkut beg-beg milikku, Bang Razak menghidupkan enjin dan pulang ke Kuantan. Aku perlu mendaftar sendiri ke universiti. Dengan semangat berkobar-kobar, aku menjejakkan kaki ke dalam bangunan universiti tersebut.
Keesokan harinya, selepas kelas, aku berjalan-jalan dengan seorang rakan yang baru aku kenali hari ini. Zikri namanya. Sedang kami berjalan-jalan, langkahku tiba-tiba terhenti apabila aku ternampak seorang perempuan. Perempuan itu ialah Zurina! Macam mana dia boleh ada di sini? Kenapa dia ada di sini? Bukankah dia sepatutnya berada di Sabah? Bermacam-macam soalan bermain di kepalaku. Bang Adnan cakap dia belajar di Sabah. Aku meminta Zikri beredar dahulu dan aku memberanikan diri mendekati Zurina.
"Hi," aku mula bersuara. Dia agak terkejut melihat aku.
"Hi," dia membalas ringkas.
"Awak buat apa di sini? Ada lawatan ke?".
"Tak adalah. Saya belajar di sini,".
Mendengar jawapan dia aku agak terkejut.
"Tapi Bang Adnan bilang awak belajar di Sabah,".
"Tak adalah. Kalau awak nak tahu, Bang Adnanlah yang tolong kalau saya ada apa-apa kemusykilan,".
Sah! Bang Adnan telah berbohong padaku. Rupa-rupanya Bang Adnan merahsiakan kehadiran Zurina di sini. Di tanah Semenanjung. Tapi sekurang-kurangnya perasaan aku yang hampa bertukar menjadi gembira. Tiba-tiba seseorang memunculkan diri dan orang itu adalah Bang Adnan!
"Eh, Im buat apa di sini?" Bang Adnan mengajukan soalan yang sepatutnya ditanya olehku.
"Im belajar di sinilah. Bang Adnan pula buat apa?".
"Abang nak jemput adik abang. Kami nak pergi makan, nak ikut?".
"Bukan adik Bang Adnan ada di Sabah ke?" aku mengajukan soalan dengan niat untuk menyindir Bang Adnan kerana berbohong padaku.
"Abang saja berbohong. Saja nak test Im,".
"Test untuk apa?" Zurina mencelah.
"Adalah rahsia abang dengan Im. Im nak ikut tak pergi makan?"
"Nak! Nak!".
Masakan aku tak nak sedangkan Zurina ada sekali. Di dalam kereta, aku duduk di hadapan sementara Zurina duduk di belakang. Aku hanya mendiamkan diri. Tidak berani berkata apa-apa pada Zurina memandangkan Bang Adnan ada. Sampai di sebuah kedai makan, kami bertiga terus turun dari kereta. Bang Adnan bertanya sesuatu padaku.
"Im ambil kursus apa?".
"Kursus seni halus," aku menjawab ringkas.
Di meja makan kami menyambung perbualan.
"Zurina, kalau nak tahu, Im ni kuat berangan," Bang Adnan mula bercerita tentangku pada adiknya.
"Mana ada," aku menjawab tanda membantah kenyataan itu walaupun sebenarnya memang aku ini suka berangan.
"Im ni artis, tau. Dia pandai melukis dan menulis puisi," sambung Bang Adnan lagi.
"Tak adalah," aku bersuara sambil menundukkan kepala tanda berasa malu.
Apabila makanan sampai, aku cuma makan dengan penuh sopan. Maklumlah depan orang yang tidak mengenali kita, takkan nak makan secara gelojoh, apalagi kalau orang itu berlainan jantina dengan kita. Nak-nak yang kita minat. Selesai makan, aku hanya mendiamkan diri dan tersipu-sipu malu tak tentu pasal.
"Apasal, Im?" Bang Adnan bertanya setelah melihat perangaiku yang pelik itu.
"Tak ada apa-apa," jawapan yang biasa diberi apabila merahsiakan sesuatu.
Bang Adnan tahu sangat perangaiku. Kalau sudah berkelakuan pelik, pasti ada sesuatu yang dirahsiakan. Tapi aku sendiri pun tak ada rahsia apa-apa. Cuma aku sememangnya begini depan perempuan, apalagi depan perempuan yang aku berkenan.
Keesokan harinya selepas kelas, aku cuba mencari Zurina dan usaha kecil itu membuahkan hasil.
"Assalamualaikum," aku memberi salam.
"Waalaikummussalam,".
"Jom pergi makan,".
"Hari ni tak bolehlah. Saya ada hal hari ni,".
"Hari lain macam mana?".
"Hari Sabtu, saya free mungkin,".
"Hari Sabtu, kita pergi tengok wayang, nak,".
"Tak naklah," dia terus beredar.
"Saya belanja!".
Dia terus berlalu pergi. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Ada mesej masuk.
"OK," rupa-rupanya Zurina memberikan jawapannya. Yes! Berjaya aku mengajaknya keluar. Ini pertama kali aku mengajak perempuan keluar dan ianya berhasil.
Hari Sabtu akhirnya tiba. Hari ini merupakan hari yang bersejarah buatku. Buat pertama kalinya dalam hidupku, aku akan keluar berdua-duaan bersama perempuan yang aku minati. Macam tak percaya, tapi kena juga percaya. Aku berjumpa dengan Zikri di luar dorm.
"Zik, pinjam kereta kau," aku meminta bantuan Zikri.
"Tak bolehlah, hari ni aku nak keluar dengan Nia,".
"Kau nak pergi mana?".
"Ke bandar,".
"Bolehlah aku tumpang. Kebetulan aku pun nak ke bandar juga,".
Akhirnya aku sampai di destinasi. Aku mencari kedai makan di mana aku berjanji dengan Zurina untuk tunggu. Akhirnya aku menjumpai kedai tersebut. 10 minit kemudian, Zurina mula kelihatan. Aku mengangkat tangan supaya dia nampak aku. Kami mula memesan makanan. Sementara menunggu makanan sampai, kami berbual.
"Awak ambil kursus apa di universiti," aku orang pertama yang mengajukan soalan.
"Kursus perubatan. Awak pula?".
"Saya ambil kursus seni halus. Nak jadi pelukis kononnya. Tapi kadang-kadang saya pernah terfikir untuk menjadi seorang novelis,".
"Awak boleh lukis potret?".
"Boleh. Kenapa?".
"Nanti boleh awak lukis muka saya,".
"Boleh tapi saya tak ada gambar awak,".
"Awak ada bawa kamera, kan? Nanti kita jalan-jalan, kita ambil gambar,".
Aku macam tak percaya. Dia sudi ambil gambar dengan aku? Sukar untuk menduga macam mana perwatakan dia yang sebenar. Kalau mesra, macam mesra sangat. Kalau sombong, memang terlalu sombong.
"Hari jadi awak bila?" soalan ini pernah aku tanya dahulu melalui SMS tapi tidak dibalasnya.
"20hb Februari," dia beritahu aku! Memang sukar aku nak faham dia ni. Dulu dia langsung tidak memberikan apa-apa maklumat tentang diri dia. Sekarang aku nampak dia lebih terbuka memberitahu aku tentang dirinya.
"Sudahlah. Jangan asyik tanya pasal saya saja. Saya tak sukalah orang tahu banyak pasal saya," macam itu pula?
Rasanya dia memang suka berahsia tapi dalam masa yang sama, dia tak nak sakiti hati orang lain. Sebab itu dia hanya mendiamkan diri kalau aku SMS bertanyakan tentang dirinya.
Selesai makan, kami bergerak ke panggung wayang. Filem yang kami tonton merupakan filem romantik komedi. Ceritanya amat menarik. Aku tergelak melihat gelagat Saiful Apek dalam filem tersebut. Lain pula dengan Zurina, dia hanya tersenyum tanda terhibur. Atau senyuman itu hanya zahir pada wajah manisnya. Dalam hatinya, mungkinkah dia sedang berasa bosan?
Tamat cerita, kami mengangkat kaki keluar dari panggung wayang. Aku mula bertanyakan pendapatnya mengenai filem tersebut. Yalah, sebagai topik perbualan. Kalau tak nanti, tak ada apa yang nak dibualkan.
"Macam mana? Best tak cerita tu?".
"Best," dia menjawab ringkas.
Dia kemudiannya pulang dengan menumpang kereta kawannya. Aku pula? Terpaksalah aku menaiki teksi.
Di bilikku, aku tersenyum berseorangan. Tak sangka setelah lebih setahun, aku bukan saja dapat bertemu Zurina semula, malah aku dapat mengajaknya keluar bersamaku. Memori indah ini takkan aku lupakan sampai bila-bila. Tapi tiba-tiba aku terfikir pula, kenapa aku dan Zurina perlu naik kenderaan berasingan sedangkan kami tinggal di asrama di universiti yang sama? Aduh! Aku tak terfikir pula. Semuanya gara-gara cuba meniru novel jiwang yang aku pernah baca. Kononnya berjanji untuk berjumpa di satu tempat dan tengoklah, dah menyusahkan diri sendiri.
Hari demi hari, hubunganku dengan Zurina semakin rapat. Aku sekarang bukan sekadar kawan dia yang biasa, malah aku kini merupakan kawan baiknya. Tapi aku masih belum berpuas hati, seboleh-bolehnya aku mahu hubungan kami berdua lebih daripada hanya sekadar kawan baik. Setelah sebulan berkenalan dengan dia, aku rasa terpanggil untuk meluahkan perasaanku padanya lalu hari ini aku mengajaknya keluar. Kami duduk di sebuah meja makan.
"Zurina, saya ada sesuatu nak beritahu awak," aku mula menyusun ayat
"Apa?"
"Sebenarnya, saya sudah lama menaruh perasaan pada awak. Sejak pertama kali kita bertemu di Sabah. Jadi memandangkan kita sudah lama kenal, sudikah awak menjadi kekasih saya?" pertama kali! Pertama kali aku berkata sedemikian kepada seorang perempuan!"
Dia hanya diam seketika.
"Maaf," maaf?
"Saya tak boleh terima awak,".
"Kenapa?".
"Saya ada sebab saya sendiri kenapa saya tak boleh terima awak dan tak ada sebab kenapa saya perlu beritahu awak sebabnya,".
"Saya mungkin boleh terima hakikat kalau awak tak nak terima saya, tapi saya nak tahu sebabnya,".
Tanpa berkata apa-apa dia beredar dari situ. Aku cuma menundukkan kepala tanda kecewa. Aku berjalan berseorangan. Aku terserempak dengan Zikri dan kekasihnya, Nia.
"Im, kau buat apa di sini? Seorang saja ke? Tak bawa mana-mana awek ke?".
Soalan ketiga itu seolah-olah menyindirku tapi sebenarnya tidak memandangkan Zikri tidak tahu apa yang berlaku. Aku rasa niatnya cuma mahu bergurau.
Aku menceritakan pada Zikri tentang apa yang terjadi. Nia turut mendengar masalahku.
"Tak apa. Jangan sedih. Jangan mudah berputus asa. Kau kena berusaha lagi. Mana tahu bila dia dah nampak kau bersungguh-sungguh dan tidak berputus asa, mungkin dia akan terima kau juga suatu hari nanti," begitulah nasihat Zikri padaku.
"Thanks, bro. Aku pergi dulu," aku beredar dari situ.
Ada kalanya aku berpusing. Melihat Zikri dan Nia bahagia bersama membuatkan aku bersa cemburu dan iri hati. Aku tertanya-tanya dalam fikiranku. Bilakah aku dapat mengecapi kebahagiaan seperti itu? Akan sampaikah masaku untuk mengecapi kebahagiaan sedemikian?
Seminggu kemudian pada satu malam, terdapat pertandingan nyanyian yang diadakan di dewan. Aku membuat keputusan menyertai pertandingan tersebut. Aku menyanyikan lagu Spider yang bertajuk ‘Relaku Pujuk’.
Tiada lafas yang lebih agung,
Kalimah cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu,
Tiap jasa ku yang menanggung,
Permainan darimu,
Relaku pujuk.
Zurina yang menjadi penonton seolah-olah dapat merasakan lagu tersebut ditujukan kepadanya kerana dia dapat melihat aku menyanyi dan menghayati lirik sambil melihatnya.
Setelah hampir dua jam, maka tamatlah sudah pertandingan nyanyian tersebut. Pengacara majlis membuat pengumuman tentang nama pemenang. Hatiku agak berdebar-debar.
"Tempat ketiga jatuh kepada Asmadi! Berikan tepukan. Tempat kedua jatuh kepada Rahman! Tempat pertama jatuh kepada…" hatiku berdebar-debar.
"Halim!" huh?
Aku berjaya! Aku mendapat tempat pertama dalam pertandingan ini. Aku rasa aku patut mengucapkan terima kasih kepada Zurina kerana kalau bukan kerana dia, usahkan menang, sertai pertandingan ini pun aku tak ingin. Aku naik ke pentas untuk mengambil hadiah. Ketika menghulurkan tangan untuk mengambil hadiah, aku ternampak Zurina sudah mahu keluar dari dewan. Aku keluar dari dewan tanpa hadiah untuk mengejarnya.
"Zurina! Zurina!" aku terjerit-jerit memanggil namanya sambil kakiku berlari ke arahnya.
Dia berhenti.
"Zurina, tolonglah terima saya. Sudah lama saya pendam perasaan saya. Selama lebih setahun. Sekarang saya sudah luahkan segala-galanya, awak buat saya macam ni. Saya ni tak cukup bagus ke untuk awak? Atau awak tak boleh terima saya kerana saya lebih muda daripada awak? Awak takut saya ni tak cukup matang untuk awak?".
"Saya sudah ada orang lain,".
Aku terdiam mendengar jawapannya. Namun, aku berjaya bersuara semula.
"Siapa?".
"Kawan awak," kawan?
"Zikri?".
"Ya, Zikri. Dia sudah luahkan perasaan dia terlebih dahulu. Satu minggu sebelum kita berjumpa dan awak luahkan segala-galanya,".
"Tapi Zikri…".
Belum sempat aku berkata-kata, Zikri kelihatan bersama-sama teman wanitanya yang pertama, Nia. Aku dan Zurina melihat mereka berjalan berdua-duaan dengan penuh mesra sambil berpegang tangan.
"Zik, apa awak buat ni?!" Zurina menjerit pada Zik apabila dia dan Nia menghampiri kami.
Cepat-cepat dia melepaskan tangan Nia. Mukanya kelihatan pucat kerana dikelilingi oleh dua orang teman wanitanya.
"Rupanya awak sudah ada orang lain. Tergamak awak menipu saya selama ni. Awak bilang kekasih awak telah mati kemalangan, ini siapa?"
"You cakap I mati kemalangan? How could you?" selesai berkata-kata Nia bertindak menampar muka Zikri. Bunyinya cukup kuat kedengaran. Nia kemudiannya beredar dari situ. Zikri memegang pipinya menahan rasa sakit ditampar.
"Nia!" Zikri sudah tak tahu apa yang boleh dibuatnya.
"Zurina,". Zikri mendekati Zurina.
"Jangan sentuh saya!" Zurina bersuara.
Satu lagi bunyi penampar kedengaran apabila Zurina menghayunkan tapak tangannya ke pipi Zikri. Zurina kemudiannya beredar pergi. Aku menjerit-jerit memanggil namanya tetapi dia terus berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang. Aku menolak Zikri.
"Dah puas hati kau sekarang?!".
Zikri menolakku sebagai membalas perbuatanku tadi.
"Kau apahal?!".
"Aku yang patut tanya kau tu apahal?! Dah ada awek sibuk kacau perempuan lain,".
"Itu aku punya sukalah! Kau tu tak ada awek aku tak pernah sibuk pun!".
"Kau nak kacau perempuan lain aku tak kisah, tapi sekarang ni sebab kaulah aku tak ada awek! Kau kacau perempuan yang aku cuba pikat!".
"Hei, itu salah kau! Yang kau lambat sangat, siapa suruh!".
Tanpa berkata apa-apa lagi, aku bertindak menumbuk muka Zikri dan kami terus bergaduh. Pergaduhan selama beberapa minit itu terlerai setelah beberapa orang pelajar bertindak menghentikan pergaduhan kami. Habis muka aku dan Zikri lebam-lebam. Mulutku dan hidung dia pula berdarah. Sakit memang sakit tapi sakit lagi hatiku kerana kawan yang aku percayai selama ini telah merampas peluangku untuk menjadi kekasih Zurina.
Beberapa hari berlalu. Sepanjang beberapa hari itu, Zurina menjauhkan dirinya daripadaku. Aku amat kecewa dengan situasi tersebut. Aku tidak melakukan apa-apa kesalahan tapi aku menerima akibatnya. Atau aku sememangnya bersalah. Aku bersalah kerana menaruh perasaan padanya. Tapi salahkah aku menaruh perasaan pada seorang perempuan dan memasang keinginan untuk bercinta?
Pada satu malam, aku berjalan berseorangan. Berjalan dalam kehampaan. Aku ternampak satu rompakan di sebuah lorong. Dua orang lelaki sedang merompak seseorang. Pada mulanya aku tidak peduli, tetapi tiba-tiba aku ternampak mangsa rompakan tersebut. Mangsa itu adalah Zurina!
"Woi! Kamu berdua buat apa tu hah?!".
"Tak nampak ke? Kami tengah merompak cik adik nilah!" jawab salah seorang daripada perompak tersebut.
Walau pun panik, tapi demi Zurina, aku cuba memberanikan diri untuk menyelamatkannya namun lain pula yang jadi apabila aku dibelasah oleh dua orang perompak tersebut. Kepalaku terasa sakit. Pandanganku menjadi semakin kabur. Aku mula tidak sedarkan diri.
Aku tersedar semula. Setelah melihat sekeliling, aku mendapati aku berada di hospital. Aku ternampak Zurina berdiri berdekatan katilku.
"Zurina, apa yang sudah terjadi?"
"Masa awak nak selamatkan saya tadi, awak kena pukul dengan dua orang perompak tu sampai pengsan. Mungkin berkat doa saya, ada dua orang yang melalui lorong tersebut dan dua orang perompak itu terus melarikan diri,".
"Sudah cukupkah bukti yang menunjukkan yang saya benar-benar ikhlas mahu awak menjadi kekasih saya?"
Dia memegang tangan kananku. Biar betul!
"Lebih daripada cukup," dia tersenyum.
"Jadi?".
"Saya rasa saya patut beri awak peluang untuk menjadi insan istimewa di hati saya,".
"Maksud awak, pintu hati awak dah terbuka untuk saya?".
"Ya,".
Dalam keadaanku yang blur, aku tersenyum. Begitu juga dengan Zurina. Tangan kanannya menyentuh tangan kananku. Berbaloi juga aku melalui semua ini demi memenangi hatinya.
posted by Penulisan2u @ 2:53 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
9 Comments:
  • At 9/3/09 3:35 PG, Blogger nadiah_abdllah said…

    huhu... panjangnye...

     

  • At 9/3/09 2:09 PTG, Blogger no-u said…

    sorry ek baca separuh je......huhuhuh

     

  • At 9/3/09 7:40 PTG, Blogger Rimara said…

    terima kasih Penulisan2u kerana akhirnya menerbitkan karya saya. Sebenarnya rancang untuk buat cerita ni jadi novel tapi tak ada idea nak tulis panjang2. Cerpen ni jadi panjang sebab ada subplot yang tak penting...

     

  • At 10/3/09 12:48 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    dah kira panjang da ni....bengkok tengkuk nk m'bce nye...nex time ringkas,padat,n best...!sory....

     

  • At 10/3/09 6:12 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best r gak.....

     

  • At 10/3/09 8:29 PTG, Blogger Anis Mohd said…

    x tau la nk ckp pe..
    awal2 lg..
    rasa cm mls nk baca ..
    pnjg tp..
    gagal menarik mnt nak baca sampai abes..

     

  • At 17/3/09 4:48 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    panjangnyaa..8->nak baca pun malas je..baca komen2 korang jerla ek..apa2 pun god luck:)>-

     

  • At 18/3/09 4:59 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    panjang giler...
    sory yek..
    juz baca separuh jer...
    cam boring jer..

     

  • At 19/3/09 12:46 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    jln cter best tapi penggunaan ayat ader sket tak kena. t blh enhance ag, nice try...

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group