Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
KEMBOJA….. " BUNGA NI BUKAN UNTUK ORANG YANG DAH 'PERGI' KE? "
" Four minutes to safe the world??" Isfail Quddus bertanya hairan. Tak pernah didengarinya sebelum ini. Siapa pulak yang menyelamatkan dunia dalam masa empat minit?? Power rangers. Ultarman ataupun Mask Rider. Mungkin Cybord 001 barangkali. " Kau..kau berlakon hairan ni apahal..aku tanya kau ada lagu 4 Minutes ke..?" Kali ini Razan pula bertanya hairan. Kurang dengarkah kawannya yang seorang ini? Sibuk sangatkah dengan computer sampaikan apa yang diperkatakan olehnya tidak dapat ditangkap masuk ke telinga?? " Oh.. lagu Madonna dengan Justin Timberlake tu.. ada…ada..ingatkan apa tadi…" " Lain kali aku cakap dengarlah elok-elok.." ujar Razan sambil menghulurkan henset pada Isfail untuk membluetooth lagu itu. Namun Isfail tidak menyambut, menolak pun tidak, dia masih menatap wajah Razan. " Pendrive tak ade ke..?" soal Isfail sambil jari- jemarinya mengklik sesuatu dengan tetikus computer. Mungkin mencari folder menyimpan lagu di dalam Media Player. " Kat dalam henset kau tu tak ade ke?? Kan senang Bluetooth je.." tingkah Razan. Sebenarnya dia malas untuk mengambil pendrivenya yang ada di dalam beg. " Tak ade..aku tak sempat nak masukkan dalam henset aku..lagipun lagu tu aku baru download semalam.." Isfail menerangkan perkara yang sebenar. Muka Razan berubah kerana kecewa. " Allah… hentikanlah buat muka macam tu, esok aku bagilah kau lagu ni.." " Kau janji tau…aku suka gila lagu tu.." jelas wajah Razan penuh mengharap. Isfail hanya mengangguk kecil. "Eh, pehal wangi semacam ni..?" Razan bersuara sambil hidungnya bergerak-gerak menghidu sesuatu. Matanya memandang segenap arah untuk mencari arah di mana munculnya bau wangi semacam itu. Tiba-tiba matanya tertera pada bakul yang berisi kuntuman bunga yang bewarna putih Dia meuju ke arah bakul yang terletak berdekatan dengan tingkap rumah Isfail Quddus. Isfail Quddus hanya melihat gelagat Razan dari tempat duduknya. Ternyata rakannya itu berminat dengan bunga yang ada di dalam bakul berbentuk separa bulat itu. " Bunga apa ni.>?" soal Razan sambil mencium haruman dari kelopak bunga berwarna putih. " Kemboja.." Isfail Quddus menjawab ringkas. Razan bersuara lagi, kali ini matanya menatap wajah Isfail Quddus. " Cantik.." pujinya dalam senyuman. " Emm..betullah tu.." kini mata Isfail Quddus pula yang menatap wajah Razan. Dia mengukir senyum. " Tapi bunga ni, bukan untuk orang yang dah 'pergi' ke…??"
Pada waktu ini Isfail Quddus memerlukan seseorang untuk menemaninya. Dia harus meluahkan segala yang terpendam dalam hatinya. Pada fikirannya, dia hanya membayangi wajah Razan, sahabat baiknya dari dulu hingga kini. Sahabatnya dari kecil lagi. Tidak hairanlah ada yang 'tersenyum-tersenyum' bila melihat mereka bersama kerana mereka sangat rapat. Perli atau senyum senang itu Isfail Quddus tidak pernah diambil tahu. Kadang-kadang ada yang salah anggap dan berandaian itu dan ini tentang hubungan mereka. Oleh kerana itu, terbit sesuatu yang ganjil apabila dia bersama rakan baiknya itu. entah perasaan apa yang hadir dalam hatinya dia tidak tahu. Namun salahkah sesuatu perasaan itu terbit di antara hati terhadapnya, dia yang bernama Razan itu. " Apa pendapat kau tentang cinta?" Isfail Quddus mula membuka soalan yang berlegar di fikirannya. " Kita dah kawan hampir berbelas tahun, baru hari ni kau 'berani' tanya aku tentang cinta.." Bukan jawapan pada soalan Isfail Quddus yang dijawab Razan, tetapi pernyataan yang mengundang reaksi kurang puas hati dari Isfail Quddus yang diberinya. " Tolong jawab soalan aku.." Isfail bersuara sambil menatap tajam wajah milik Razan. Ternyata Isfail Quddus serius dalam pertanyaannya. " Cinta…aku tak pernah bercinta, tapi aku tahu apa maknanya cinta.." Razan tidak terus menjawab solan Isfail Quddus, tetapi dia memulakan jawapannya dengan mukadimah terlebih dahulu. Isfail Quddus nampaknya setia menanti jawapan dari bibir Razan. " Cinta…semua orang bersedia untuk menempuhinya, walaupun ia datang secara tiba-tiba…ia sesuatu yang membuai perasaan..apabila ia ada, semuanya jadi indah. Kita rasa ingin mengejarnya sampai hujung dunia." Kata-kata Razan terhenti sesaat dua. Selepas itu dia menyambung lagi. " Kalau kita sukakan seseorang tu..tolonglah bertindak sebelum terlambat. Bagi tahu dia tentang apa yang kita rasa terhadap dia.." ujaran Razan berakhir di situ. Isfail nampaknya cuba untuk merungkaikan apa yang mengusutkan rasa dalam hatinya. " Tanda-tanda cinta..??" Isfail Quddus bertanya lagi pada Razan. Razan tidak terus menjawab tetapi dia menggumam dahulu. " Hmm…bagi aku, bila kita cintakan seseorang, kita selalu nak dia ada dekat dengan kita walaupun sebenarnya dia terlalu sangan dekat dengan kita…" " Macam aku rasa kat kau…" akui Isfail Quddus. Razan terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh Isfail Quddus sebentar tadi. " Errr…kau ni biar betul.." teragak-agak Razan bersuara. Dia menjarakkan diri daripada Isfail Quddus. Isfail Quddus pula tidak berganjak dari menatap wajah Razan. " Tak salahkan kalau aku suka kau, aku dah tau hati budi kau..lagipun kau kawan baik aku.." " Tapi…ermm..aku tak tahulah…" ujar Razan teragak-agak lagi. " Seorang lelaki boleh bercinta dengan seorang perempuan walaupun nama perempuan tu macam nama lelaki. Razan..aku betul-betul sukakan kau..Bukan setakat suka tapi dah cinta pun…." Luah Isfail Quddus lancar. " Em..lagu aku..lagu yang aku mintak ada…" Razan mengubah topic perbualan. Nmaun Isfail Quddus tidak memperdulikan kata-kata Razan malah tangannya menghulurkan bunga kemboja yang pada setiap kelopaknya ditulis perkataan " I LOVE U ". Lambat-lambat Razan menyambutnya. " Razan Warda.. seperti yang kau cakap tadi walaupun kita selalu dekat. kita selalu bersama, tapi aku selalu nak kau terus dekat dan dekat dengan aku. Bila kau tak ada, aku rasa rindu..jadi..kalau boleh, terimalah aku seadanya,,," Razan menatap anak mata milik Isfail Quddus. Dia mencari jawapan cintanya di situ. Ternyata dia nampak keikhlasan yang lahir dari hati kawan baiknya. Lalu Razan mencapai pen dan menambah satu nombor pada perkataan yang tertulis di kelopak bunga kemboja yang Isfail Quddus berikan padanya tadi. Razan mencabut kelopak bunga yang ditambah huruf pada perkataannya. Setelah habis menulis, Razan memberikan kelopak bunga kemboja itu pada Isfail Quddus dengan senyuman manis yang menemani. Dan dengan senyuman juga Isfail Quddus menyebut perkatan yang tertulis di kelopak bunga kemboja itu. Akhirnya cinta Isfail Quddus berbalas juga oleh kerana di atas kelopak bunga itu tertulis perkataan " I LOVE U 2…"
sush sbnrnye nk wat cerpen apth lg novel..igt sng ke? bc mmg la sng pastu kritik sbb xpuas bc..haha.congrat kp writer.kemboja..ada kwn name kemboja..hehe =p
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
nmpk cam rushing sgt la...
but ok la