BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Selasa, Mac 24, 2009
Cerpen : Kekasihku Si Kidal
Nama Pena : Ayie Iwaniey

Syafina memerhatikan sekeliling dewan. Semuanya tekun mendengar ceramah. Dia paling tidak gemar menghadiri ceramah. Bosan. Baru 10 minit dalam dewan, dia dah mula gelisah. Macam manalah nak habiskan 2 jam ni cepat-cepat. Kejap lagi kena jumpa Prof Noor pulak. Prof Noor ni pun satu, masa-masa inilah dia nak jumpa aku. Dahlah report student belum habis tanda lagi. Dari pagi lagi kerjanya hanya menanda laporan amali pelajar dan rasanya belum sampai separuh pun siap ditandanya, sampai terlepas waktu makan tengahari. Sedar tak sedar dah hampir pukul dua petang, bergegas dia ke Medan Kuliah 12 untuk menghadiri ceramah tersebut. Lapar, perutnya asyik menyanyi. Malam ni nak makan apa ya? Dapat tomyam ayam merah kat BB Seafood pun best juga ni. Dia merancang dalam kepala.
"Ehem," lamunannya terhenti. Syafina pantas mengalihkan pandangan ke hadapan, pura-pura tekun mendengar setiap butir bicara yang keluar dari mulut penceramah pada petang itu.
"Ehem ehem," lagi sekali dia terdengar orang berdehem, lebih kuat dari yang sebelumnya. Dia mendongak. Terserlah dipandangan matanya, seorang lelaki memakai kemeja putih sedang tersengih di depannya, sambil memegang sebuah kerusi. Alamak, ingatkan aku berkhayal, memang betul ada orang berdehem rupanya. Dah berapa lama mamat ni berdiri kat sini? Dia perasan ke aku duk berangan?
"Nak duduk sini boleh?," lelaki itu bersuara. Syafina hanya mengengsotkan sedikit kerusinya ke sebelah kiri untuk memberi ruang kepada lelaki itu menumpang 4 kaki kerusinya. Mamat ni dahlah datang lambat. Tiba-tiba pula datang menempel disebelahnya. Macamlah tak ada meja lain. Syafina mengangkat muka memerhati ke sekeliling dewan. Semua meja telah diduduki oleh peserta lain.Yang berkongsi 3 orang untuk dua meja pun ada. Cuma dia yang keseorangan, bertemankan sebuat printer yang ada disebelahnya. Mungkin printer urusetia yang diletakkan di situ. Syafi, kau ingat mamat ni nak sangat ke duduk kat sebelah kau. Kalau ada meja kosong tak adanya dia nak duduk kat sebelah kau. Perasan sungguh! Dia mengerling sekilas ke arah lelaki di sebelahnya. Tidak pernah dilihat pun sebelum ini. Staff baru eh? Boleh tahan mamat ni. Kacaklah jugak seposen dengan kaca mata. Rabun rupanya. Syafina mengalihkan tangannya. Membetulkan duduknya supaya lebih selesa. Niatnya untuk menganalisis mamat disebelahnya terus terhenti apabila seisi dewan riuh dengan tepukan. Hah? Apa yang sebenarnya berlaku? Dilihatnya semua orang sedang ketawa. Penceramah di depannya masih lagi memegang mikrofon. Mamat disebelahnya pun tengah bergelak sakan. Alamak comellah pulak. Dia tersenyum. Seronok juga kalau setiap kali pergi ceramah jumpa mamat comel macam ni. Tak adalah aku mati kebosanan. Ceramah? Ya Allah! Aku tengah menghadiri ceramah rupanya. Dipandang handout di depannya. Masih lagi muka surat pertama. Dilihat pada skrin didepannya, sudah slide ke 19, maknanya dah muka surat ke 4. Kalut dia membuka muka surat itu. Mesti mamat sebelah aku ni fikir macam-macam. Berangan je kerja. Hai Nur Syafina. Apa nak jadi ni, orang suruh pergi ceramah, kau duduk berangan sorang-sorang. Pantang ada mamat kacak sikit mulalah nak berbunga. Fokus. Fokus. Semua ni mainan perasaan saja. Syaitan, pergi main jauh-jauh. Fokus Syafi, fokus. Bayangkan penceramah di depan itu adalah Brad Pitt. Sure boleh concentrate punya.
Sekali lagi dia membetulkan duduknya, betul-betul menghadap ke penceramah. Penutup pen dibukanya. Tengok, dah lebih setengah jam ceramah, baru nak buka tutup pen. Handout lelaki disebelahnya dah penuh berconteng.

Meja yang didudukinya terasa sengat sempit. Meja yang sepatutnya untuk dua orang itu, terpaksa dikongsi dengan lelaki disebelahnya dan juga sebuah printer. Setiap kali ingin menulis, kerap kali tangannya berlaga dengan tangan mamat tu.
" Sorry," lelaki tersebut meminta maaf daripadanya lalu kembali menulis. Dia hanya mengangguk. Pandangan dihalakan kembali ke arah skrin. Mencatat isi-isi penting. Sekali lagi tangan lelaki tersebut melanggar tangannya. Kali ini agak kuat, sampai terconteng kertasnya.
"Sorry lagi sekali," mamat tu tersengih. Ni apahal la pulak mamat ni asyik terlanggar tangan aku. Nasib baik lapik baju kurung. Kalau tak, tak pasal-pasal batal wudhuk, tapi aku bukan ada wudhuk pun. Bendera Jepun tengah berkibar. Kalau pun nak ngorat guna lah taktik lain. Ni taktik zaman bujang lapuk di aplikasikannya. Syafina menggumam dalam hati. Malas nak layan. Harapkan muka je kacak, tapi miang la pulak. Belum sempat dia mengengsot ke sebelah kiri, lagi sekali lengan kanannya disiku oleh lelaki tersebut. Ini sudah lebih. Saja nak mencabar kesabaran aku yang sememangnya tak pernah nak sabar ni. Dia berpaling ke sebelah kanannya, berniat untuk menegur.
"Alamak, awak. Saya memang tak sengaja. Macam ni lah gayanya kalau nak tulis cepat," dia mengangat tangan kirinya yang sedang memegang pen. Lah, kidal rupanya mamat ni. Patutlah asyik berlaga saja. Ingatkan nak ngorat aku.Dia tersenyum cuma dalam hati. Perasan tak habis-habis. Hari ini sahaja dah berapa kali dia syok sendiri.

Habis ceramah dia bergegas balik ke pejabat. Prof Noor tengah menunggu. Dibiarkannya sahaja mamat kidal itu terjerit-jerit memanggilnya. Apa hal pula mamat tu memanggilnya. Takkan nak minta nombor telefon kot? Lagi sekali Syafina membuat andaian yang berbaur syok sendiri. Tanpa menunggu lebih lama terus dia memecut keretanya laju. Minta maaflah encik kidal yang comel, saya memang kejar masa.

*****

Malam itu, seperti biasa Syafina makan malam di BB Seafood Restauran. Terletak di Gong Badak, cuma 5 minit menaiki kereta dari rumah sewa mereka. Restauran itu adalah tempat kegemaran mereka untuk menjamu selera. Sudahlah selesa berhawa dingin, makanan pula kena dengan seleranya, dan harga pula agak berpatutan. Cuma satu yang dia tidak suka, lepas balik makan, baju mesti masuk mesin basuh, tak boleh nak recycle walaupun hanya pakai tak sampai sejam. Bau makanan kuat sangat sampai lekat kat baju, tudung dan semualah yang berfabrik. Mungkin sebab restauran tu pakai air-cond, udara pun berpusing sekitar situ sahaja.
Selepas memesan makanan kegemarannya, tomyam ayam merah, nasik putih dengan telur dadar, dia berpaling ke arah Hafiza yang sedang asyik bermesej dengan tunangnya, Mikail.
"Tersengih-sengih. Tak ada kerja lain. Pagi petang siang malam duk ralit bermesej je. Meh sini aku tengok jari kau, ada bengkak ke tak," Syafina menjangkaukan tangan untuk mencapai tangan Hafiza, tapi sempat ditepis oleh temannya itu.
"Kau ni kalau tak ada unsur dengki dengan aku memang tak sah. Kacau je,"
"Yelah, kau seronok bermesej, aku nak cakap dengan siapa. Dengan kad menu ni?," Syafina mengangkat kad menu ditanggannya berpura-pura bertanyakan sesuatu kepada kad tersebut. Hafiza hanya menggeleng. Kepala temannya yang seorang ini bukan boleh dipakai. Biol sikit. Kalau malam-malam lain tiada masalah sebab biasanya mereka datang berempat, tapi malam ini hanya mereka berdua. Alisa sudah dua hari balik ke Kajang untuk berjumpa suaminya, manakala Kak Hajar pula tidak mahu makan malam ini. Ingin berdiet katanya.
"Yalah, yalah. That's the last message. Mikail pun ada kerja nak buat. Em, itulah kau. Hari tu, aku nak kenalkan kau dengan Zairul, kau tak nak. Jual mahallah konon. Zairul tu walaupun baru saja masuk jabatan aku, tapi aku dah kenal dia lama. Lebih lama dari aku kenal kau, cuma tak adalah rapat macam kau. Yalah, dia kan lelaki. Mana boleh rapat lebih-lebih. Marah abang Mikail aku," panjang lebar pulak Hafiza ni bersyarah. Syafina hanya mencebik mendengar patah-patah perkataan yang keluar dari bibir comel Hafiza itu.
" Kau ni semua orang kat jabatan kau, semua nak perkenalkan dekat aku. Haji Mus, ketua jabatan kau tu, tak nak pulak kau kenalkan dengan aku?,"
"Eh boleh. Aku tak ada masalah kalau kau sanggup jadi nombor 3. Aku rasa Tuan Haji pun lagi suka,"
"Gila kau. Malas aku nak layan,"
"Okay, tukar topik. So, macam mana dengan ceramah tadi? I bet mesti sangat 'seronok' kan?," Hafiza mengangkatkan kedua-dua tanggannya, dan digerakkan kedua-dua jari tengah dan hantu.
"Em, seronoklah sangat. Kau tahu sajalah aku macam mana kalau pergi ceramah," Syafina membalas, sungguh dia tidak ingat langsung apa topik penting yang dibincangkan. Hafiza hanya tergelak, faham benar dengan perangai kawannya itu. Belum pun orang kat depan memulakan topik, Syafina kat belakang dah mula berangan ceritanya sendiri, sudah terbang ke ISS tanpa perlu naik soyuz pun.
"Aku tak boleh nak concentrate sangat, ada mamat kat sebelah asyik duk langgar tangan aku je. Bukan sekali dua, berkali-kali. Pastu baru aku perasan dia kidal. So, aku rasa dia bukan sengaja kot,"
"Wah, orang berceramah kat depan, kau duk main langgar-langgar tangan kat belakang la pulak. Handsome tak mamat tuh?,"
"Nasib baiklah kacak kan. Nak marah pun tak jadi. Tapi dia bukan sengaja kan,"
"Apa nama dia? Kenalkanlah kat aku,"
"Kau ni memang gatal betul. Baru 10 minit tadi duk berkasih-sayang dengan abang engineer kat Penang tuh, tiba-tiba dah nak berkenalan dengan mamat kidal tuh. Lagi pun, aku bukan tahu nama dia, jabatan mana, bila masuk. Habis saja ceramah aku terus blah, tak sempat nak minum pun. Aku nampak mamat tu panggil aku, siap duk melambai-lambai lagi, tapi sebab tadi aku dah janji nak jumpa Prof Noor, so aku pecut jelah. Tak tahulah pulak kenapa mamat tu panggil aku,"
"Dia nak mintak nombor telefon kau kot,"
"Pandailah kau. Tapi kalau ya pun seronok jugak. Mamat tu comel. Ada ciri-ciri lelaki idaman aku. Kalau dapat confirm tak cari lain,"
"Weh minah. Siapa yang gatal sebenarnya? Aku ke kau? Belum apa-apa dah berangan sorang-sorang," tak faham betul Hafiza dengan Syafina ni. Kebetulan waktu itu hidangan mereka tiba, terus dia mencapai sudu untuk menghirup sup sayurnya tanpa mempedulikan Syafina. Tak boleh layan orang yang suka syok sendiri ni. Dah kenyang beranganlah tu.

*****

Zairul mengetuk pintu pejabat rakan satu jabatan dengannya. Bila terdengar suara seseorang menjerit ' masuk' dari dalam, dia terus memulas tombol pintu bilik itu.
"Assalamualaikum, Cik Fiza,"
" Waalaikumussalam. Ada apa kamu nak jumpa saya, ya?," Hafiza tidak menoleh ke pintu. Matanya masih dihalakan ke arah komputer. Dia mengandaikan Hadri datang kerana baru 10 minit yang lalu, Hadri menghantar pesanan ringkas untuk berjumpanya. Cepat pulak Hadri ni, kata nak datang pukul 4.
" Saya datang ni nak hantar rombongan meminang," Hafiza terkejut. Ni bukan suara Hadri.
"Hampeh kau, Zairul. Saja nak kenakan aku,"
"Kau tu yang ralit sangat buat kerja. Sampai tak sempat nak pandang muka aku yang kacak lagi tampan ni,"
"Perasanlah kau,"
"Memang hakikat pun aku ni kacak kan," Hafiza hanya mencebik. Dia pelik dengan sikap Zairul. Lelaki di depannya itu agak menarik dimatanya. Tidaklah kacak, tapi tetap sedap mata memandang. Manis-manis saja. Nak perkenalkan dengan si Syafi, awal-awal lagi minah tu dah reject.
"Kau ni anti perempuan ke Zairul? Aku tak faham betullah, puteri dari kayangan mana yang kau tunggu sebenarnya,"
"Belum ada yang berkenan,"
"Itu aja lah jawapan kau sejak bertahun lalu," tiba-tiba Hafiza terfikirkan sesuatu yang agak bernas baginya. Jika Syafina menolak tak bererti dia gagal. Dia boleh mencuba melalui Zairul pulak.
"Aku ada kawan yang masih single. Manalah tahu kan kalau-kalau kau berkenan. Merasalah aku nasi minyak dalam jangka masa terdekat ni,"
"Sejak bila pulak kau jadi agen pencari jodoh ni, Fiza? Kerja sampingan ya?,"
"Kerja sampingan tak bergaji. Alah, bolehlah Zairul. Aku pasti kawan aku tu menepati citarasa kau. Cun sangat,"
"Terima kasih jelah Cik Fiza. Aku tak berminat,"
"Ceh, jual mahal betul. Kau belum tengok lagi kawan aku. Nanti jangan menyesal. Ni apahal kau datang bilik aku ni?," Hafiza bengang kerana Zairul pun menolak niat murninya untuk menyatukan lelaki itu dengan Syafina.
"Wah garang betul kau. Aku saja datang melawat bilik kau. Besar jugak bilik kau ni ya. First time aku datang sini,"
"Aku kenal sangat kau, kau takkan datang sini kalau tak ada apa-apa. Cepat cakap," Hafiza menggesa. Zairul menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Nak cakap ke tak nak? Malulah pulak nak bagitahu minah ni.
"Em, aku nak tanya sesuatu kat kau. Tapi kau jangan gelak ya,"
"Apa dia?,"
"Er, aku nak tanya sebab kau dah lama kerja kat sini. Mesti kau kenal ada seorang perempuan ni. Tapi aku tak pasti dia dari jabatan mana. Aku duduk kat sebelah dia waktu ceramah minggu lepas. Tak sempat nak berkenalan, dia dah blah dulu," sudah seminggu dia cuba menjejak perempuan yang berkongsi meja dengannya itu. Ada juga dirisik-risik dari Kak Pah, jiran di sebelah ofisnya, tapi Kak Pah pun tak kenal perempuan tersebut. Jalan terakhir yang dapat difikirkan, tanya pada Hafiza walaupun dia tahu akan 'masak' nanti dia digelakkan oleh Hafiza.
"Wah patutlah kau tolak mentah-mentah kawan aku tu, rupanya dah jumpa puteri lindungan matahari. Siapa dia?,"
"Kalau aku tahu aku tak tanya kau," dia bangun mengelilingi bilik Hafiza. Kemas bilik minah ni. Wangi pulak tuh. Biasalah bilik perempuan. Berbeza benar dengan biliknya. Maklumlah dia lelaki, mana minat nak hias-hias bilik ni, yang penting perlu kemas dan bersih. Itu sudah memadai. Terdapat sebuah almari tinggi di sebelah kanan bilik, menempatkan pelbagai buku, tesis, artikel dan journal. Dinding tidak dibiarkan kosong. Pelbagai perhiasan ditampal oleh Hafiza. Dan dibelakang pintu, bergantungan tag-tag nama Hafiza, bagi segala macam majlis yang telah dihadirinya ataupun program di mana dia sebagai urusetia.
"Cuba cerita kat aku macam mana rupa dia,"
"Dia tinggi sikit daripada kau, body sedang-sedang, tak kurus tak gemuk, ada tahi lalat kat dagu. Sweet sangat. Lagi satu dia pakai MyVi hitam," Zairul masih ingat lagi ciri-ciri yang ada pada gadis yang telah buat dia senyum sorang-sorang selama seminggu ini. Dia kemudiannya mendekati sebuah meja yang tersusun pelbagai jenis piala dan souveniers milik Hafiza. Juga terdapat beberapa buah bingkai gambar.
Hafiza mengumpul segala maklumat yang keluar dari mulut Zairul. Dia mengerutkan kening. Tinggi, body sedang-sedang, ada tahi lalat kat dagu. Dia cuba mengingati semua staff perempuan di UMT yang dikenalinya. Kak Zam pun ada tahi lalat kat dagu, tapi takkanlah Zairul minat dekat ibu beranak tiga itu? Tak masuk akallah pulak. Lagipun, Kak Zam lagi rendah daripadanya. Agak 'rendang' pulak tu. Confirm bukan Kak Zam. Ada lagi ke perempuan yang ada tahi lalat kat dagu? Kalau ada pun, Syafina. Tak mungkin minah tu kot. Tapi MyVi hitam? Kenapa ciri-ciri kereta tu sama pulak dengan kereta kesayangan Syafina? Adakah ini bermakna…
"Fiza, ni kawan kau ke? Perempuan ni lah yang aku cari!," belum sempat Hafiza membuka mulut, Zairul terlebih dahulu mengetahui hakikat sebenar. Hafiza tersenyum. Masih memandang Zairul yang memegang bingkai gambarnya dengan Syafina yang dirakam sewaktu hari pertunangannya 5 bulan yang lalu. Betullah telahannya. Tapi kenapa sebelum ni dia tidak pernah terlintas pun waktu Syafina bercerita mengenai Zairul. Langsung dia terlupa yang Zairul kidal. Bukan dia tidak tahu akan hakikat itu. Penat saja dia mengaturkan rancangan mahu satukan mereka, rupanya mereka lebih dahulu berjumpa, sama-sama angau antara satu sama lain pulak tu. Lagi senang kerjanya.
"Fiza, dia ni kawan kau eh? Siapa nama dia? Kenalkanlah kat aku," Zairul separuh merayu.
"Kau baru saja tolak tadi waktu aku nak kenalkan dia dengan kau,"
"Alamak, dia ke yang kau cakap tadi. Kalau dia ni, kau tak offer pun, aku nak. Besar tapak tangan aku ni, kalau tak cukup aku sediakan lengan, bahu , semua aku bagi,"
"Iskh, tak sabar-sabar lah kau ni Zairul. Tadi jual mahal sangat," Zairul hanya tersengih. Hafiza senyum, dikepalanya sudah terlukis rancangan untuk menyatukan mereka berdua.

*****

Telefon bimbit Syafina berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk. Dilihatnya sepintas lalu, dari orang yang sama. Dari pagi tadi lagi dia saling berbalas pesanan ringkas dengan Zairul. Dia membiarkan sahaja mesej tersebut. Berniat untuk menghabiskan kerja dulu, sebelum menjawab mesej itu. Takut lambat menyudahkan kerjanya jika terlampau leka mebalas mesej dari Zairul. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Bila mesejnya tidak dibalas, Zairul menelefonnya pula. Ada-ada saja lelaki itu.
"Awak, jomlah lunch dengan saya hari ini," setelah memberi salam, Zairul terus mengajaknya untuk makan tengahari bersama.
"Saya dah janji dengan kawan nak makan tengahari dengan dia. Tak elok mungkir janji. Lain kali ya kita jumpa ya,"dia menjawab. Memang dia telah berjanji untuk makan tengahari dengan Hafiza. Mengamuk pula minah tu kalau dia mungkir janji.
"Awak memang macam tu, saya tahu dah alasan awak," Zairul seakan merajuk.
"Betul awak, saya dah janji dengan kawan saya. Saya janji, lain kali kita keluar makan tengahari sama-sama,"
"Betul ni?," suara Zairul seakan tidak percaya.
"Betul," dia membalas lagi.
"Janji?,"Zairul menagih janji.
"Ya janji," dia kemudiannya memutus talian, setelah Zairul mengucapkan salam.

Syafina senyum sendiri, macam kanak-kanak la pulak Zairul ni, siap kena berjanji lagi. Tapi dia yang membuatkan Zairul jadi begitu. Bukan tidak pernah Zairul mengatur pertemuan, tapi dia yang selalu menolak. Dia senang dengan Zairul, walaupun tempoh perkenalan mereka belum pun mencecah satu bulan. Dan dalam tempoh itu, tidak pernah sekali pun mereka keluar bersama. Hanya berbalas mesej, dan sesekali Zairul menelefonnya. Walaupun berkhidmat di universiti yang sama, dia tidak pernah bersua muka dengan lelaki itu. Dia tahu Zairul mengenali dirinya, cuma dia tidak pernah tahu bagaimana rupanya orang yang bernama Zairul itu. Tidak terbayang rasanya. Hafiza selalu mengejeknya, mengatakan bahawa dia takut untuk menghadapi kenyataan. Gadis itu pernah juga menunjukkan gambar Zairul kepadanya, tapi cepat-cepat dipejamkan matanya rapat-rapat. Hafiza pun malas untuk melayaninya. Dia tahu Hafiza seakan berputus asa dengannya. Gadis itu yang bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan dia dengan Zairul, tapi dia selalu tidak serius tentang itu. Dan perkenalan mereka melalui telefon ini pun hasil kerja Hafiza juga. Masih diingat lagi beberapa minggu yang lepas, Hafiza meminta maaf daripadanya dengan tiba-tiba, tanpa sebab. Tak ada ribut, tak ada hujan, tsunami jauh sekali.


"Kau ni kenapa? Kau dah buat salah apa dengan aku sampai minta maaf macam ni? Kau patahkan cd My Girl aku ya?,"dia bertanya. Hafiza hanya menggeleng.
"Ha, aku tahu. Mesti kau dah tumpahkan kopi atas poster Lee Dong Wook aku lah ni. Kau tahukan susah payah aku berebut dengan Laila masa nak beli poster tu," geleng lagi jawapan dari Hafiza.
"Habis tu? Kau bagi Go-cat lagi kat Memey?," Syafina meneka lagi. Pernah sekali Hafiza memberikan makanan kucingnya kepada ikan guppy peliharaan Syafina. Mungkin tak sesuai, terkapai-kapai Memey, tinggal nyawa-nyawa ikan dah Memey yang memang semulajadi ikan itu. Nasib baiklah Memey tak arwah. Syafina dapat lihat Hafiza menggeleng lagi sambil menunduk.
"Habis tu apa?," Dia malas nak meneka. Bosan.
"Aku bagi nombor fon kau kat Zairul," perlahan saja dia menuturkannya. Takut benar dia jika Syafina melenting.
"What?,"kuat Syafina menjerit. Ha kan dah cakap.
"Kau ni memang saja nak menyusahkan aku tau. Entah kat mamat manalah kau bagi nombor fon aku," Syafina membebel. Sakit hatinya dengan Hafiza, suka-suka saja menjaja nombor telefonnya. Dibuatnya Zairul tu mamat dari Bangla ke macamana? Tapi tak logik la pulak Zairul tu dari Bangla, sedap je nama Zairul tuh. Nama melayu tulen, lagipun takkan lah tak siuman si Fiza ni nak kenalkan aku dengan mamat bangla pulak. Iskh, dah ke mana-mana aku melalut ni.
"Aku minta maaf sangat, tapi Zairul tu memang betul-betul nak kenal dengan kau. Bagilah dia peluang. Berkawan je dulu, kenal hati budi," Hafiza memberi cadangan. "Banyaklah kau punya hati budi. Bukan kau yang kena layan mamat tu, aku ni ha," dia masih lagi tidak berpuas hati dengan Hafiza.
"Nanti kalau dia telefon, kau layanlah elok-elok kawan aku tu,"
"Tak nak," Syafina membalas selamba.
"Tak baik tau Syafi. Orang tu ikhlas nak kenal dengan kau,"
"Tak nak," masih sama jawapan dari Syafina.
"Mak aku cakap, tak baik hampakan perasaan orang,"
"Tak nak," lagi meleret ucapan 'tak nak' daripada Syafina. Aku lastik juga mulut minah ni dengan getah rambut baru dia tahu. Syafina masih lagi memusing-musingkan handsetnya sambil matanya menghala ke arah televisyen yang menyiarkan cerita bersiri korea 'Bad Love'. Tiba-tiba telefon bimbit tersebut berbunyi. Akibat terkejut terus terlepas dari tangan Syafina, lalu jatuh ke atas ribanya. Dilihatnya nombor itu, tiada dalam simpanannya. Dia gelisah.
"Fiza, aku rasa ni kawan kau tulah. Tolong la angkatkan untuk aku," dia sudah tidak senang duduk.
"Tak nak," Hafiza membalas. Macam kenal je ayat!
"Tolonglah Fiza," Syafina masih mencuba.
"Tak nak," tersengih-sengih Fiza menjawab. Syafina mencapai kusyen untuk dibalingnya ke arah teman serumahnya itu. Tapi Fiza lebih pantas berlari menuju ke biliknya. Iskh, apa aku nak buat ni. Nak jawab ke tak nak? Tenang Syafi, tenang. Dengan ucapan Bismillah dia menekan punat hijau.


Lamunannya terhenti apabila telefonnya sekali lagi mengalunkan lagu 'Lelaki Itu' nyanyian Anuar Zain. Dilihatnya di skrin, tertera 'Perempuan Ini'. Ini mesti kerja Hafiza. Ditekan punat hijau.
"Wei, kau kat mana lagi ni Syafi?,"bergema suara Hafiza. Kalau tak korek telinga 2 minggu pun sure boleh dengar lagi dengan jelas jeritannya itu.
"Kalau ya pun bagilah salam dulu, minah,"
"Hehe assalamualaikum, Cik Syafi. Cik Syafi kat mana ni?," terus bertukar sopan suara Hafiza.
"Aku kat ofis lagi,"
"Cepatlah sikit, kitaorang tunggu kau kat BB Seafood. Aku ada surprise untuk kau," serentak itu terus talian dimatikan oleh Hafiza. Sengal betul. Belum sempat apa-apa dia matikan talian. Hampeh punya kawan. Kitaorang? Siapa pulak dengan Fiza? Kak Zam kot. Selalu juga dia makan dengan kawan-kawan satu jabatan Hafiza. Tapi Fiza cakap pasal surprise. Surprise apa ya? Birthday aku lagi 8 bulan, 6 hari, 16 jam, 32 minit. Takkan dah nak bagi hadiah kot? Malas mahu menyerabutkan otak, dia mencapai gugusan kunci kereta di atas meja.


Sebaik tiba di BB Seafood, dia terus melangkah masuk. Pantas Hafiza mendapatkannya, menarik lengannya mendekati sebuah meja yang telah dihuni oleh seorang lelaki yang membelakanginya dan seorang lagi Kak Zam.
"Hai kak Zam," Syafina menegur Kak Zam. Kak Zam hanya tersenyum sambil mengangguk. Dipandang sekilas lelaki yang masih membelakanginya, rasanya dia tidak pernah mengenali lelaki ini. Kawan satu jabatan Hafiza agaknya.
"Syafi, ni aku kenalkan kawan aku, Zairul," pantas Syafi berpaling. Ke arah Hafiza, minah itu hanya tersengih-sengih dan cepat pula dia berpaling ke arah Zairul. Zairul sudah berdiri. Alamak!
"Zairul a.k.a your mamat kidal," perlahan Hafiza berbisik ditelinganya. Hantu punya kawan. Dia dah tahu yang Zairul ni mamat kidal comel tu, saja nak kenakan aku. Patutlah beria benar nak kenalkan aku dengan si Zairul ni.
"Hai awak," Zairul menyapanya.
"Hai," bergetar suaranya. Nak senyum pun tak jadi senyum. Sungguh dia tidak menduga ini surprise daripada Hafiza. Memang terkejut beruk dia. Langsung tidak bersedia menghadapi kemungkinan yang satu ini. Depertemukan dengan Zairul, face to face. Tidak tahu bagaimana untuk beriaksi, kalau dalam telefon Zairul tidak nampak mukanya, ini berdepan, mana mahu sorok muka. Dahlah depan si Fiza ni, dengan Kak Zam lagi.
"Ai, nak makan sambil berdiri ke?," Hafiza penat melihat mereka berdua, sorang duk tersenyum-senyum, sorang lagi muka merah sampai tak tahu macamana nak senyum. Syafina menjeling Hafiza, tajam. Jaga kau Fiza, balik rumah siap kau. Aku gunting baju tidur Lonney Tunes kesayangan kau tu. Dia melangkah merapati meja. Fiza dan Kak Zam sudah mengambil tempat sebelah menyebelah. Nak tak nak, dia terpaksa duduk di sebelah Zairul. Ni pun mesti awal-awal lagi akalan tunang Mikail ni, memang tidak dapat disangkalkan lagi. Di tarik kerusi perlahan. Tiba-tiba perbuatannya terhenti, apabila kerusi itu seperti ditolak kembali.
"Awak, tempat awak belah sini. Takkan dah lupa kot," Zairul menarik kerusi sebelah kanan untuknya, manakala lelaki itu melabuhkan punggungnya di sebelah kiri Syafina.
"Baru tak accident," Zairul menambah. Syafina mengangkat muka, merenung Zairul yang masih tersenyum. Alamak, comellah pulak. Kalau aku tahu Zairul kawan si Fiza ni orang yang sama dengan mamat kidal tu, dah lama dah aku setuju dengan cadangan Fiza nak kenenkan kami.
"Kak Zam, kita order dulu lah. Dua orang ni dah kenyang agaknya dengan aksi menjeling-menjeling ku bertentang. Mata kita sama memandang," nyanyian Hafiza yang tidak berapa sedap itu membuatkan Zairul dan Syafina tersentak. Syafina merenung Hafiza, dengan penuh 'kasih-sayang'. Hampeh punya kawan. Tak habis-habis nak kenakan aku. Tapi dia perlu berterima kasih kepada Hafiza. Kerana minah tersebut, sepanjang waktu makan tengahari dia tersenyum. Maklumlah, kat sebelah ada mamat kidal yang sangat comel.
posted by Penulisan2u @ 4:24 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
40 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group