Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Langkah demi langkah Nenek Salmi gagahkan juga meskipun usianya telah mencecah 60 tahun. Dengan berbekalkan tulang empat kerat itulah, dia berusah mencari rezeki untuk membesarkan anak-anaknya sehingga kesemuanya berjaya ke menara gading. Wanita tua itu tidak pernah mengenal erti penat dan lelah meskipun dia kerap kali jatuh sakit. Baginya tiada istilah rehat dan buang masa, dia asyik dan mahu melakukan apa sahaja pekerjaan asalkan dapat perolehi wang dan dengan wang itu juga dia membiayai persekolahan anak-anaknya.
Nenek Salmi bukanlah seorang materialistik, dia bersikap sedemikian kerana mahu mencari rezeki untuk membesarkan anak-anaknya. Dia juga menjadi guru mengaji kepada anak-anaknya itu setelah nenek tua itu kehilangan suaminya hampir 40 tahun yang lalu. Kehidupan nenek Salmi berubah secara drastik semenjak pak alang, suaminya meninggal dunia akibat disengat binatang yang ganjil. Nenek Salmi meneruskan kudrat yang ada padanya untuk memberikan sedikit kesenangan dan melihat anak-anaknya berpelajaran. Akhirnya dengan berkat usahanya itulah, Rusdan, Rosnah dan Rostam berjaya melangkah kaki ke universiti.
Itu adalah perkara 20 tahun yang lalu. Namun sekarang semuanya sudah berubah. Kini, nenek Salmi telah pun berusia 60 tahun, badan yang dahulunya gagah berdiri dan mampu melakukan pelbagai pekerjaan hanya mampu berbongkok dan terbaring di katil yang usang. Nasib orang tua malang itu, diibaratkan menunggu ajal sahaja. Hidupnya kini hanya bersandarkan kepada belas ihsan dari jiran-jiran. Setiap hari, nenek malang itu disuapkan nasi dan dimandikan oleh Wani iaitu seorang remaja dalam lingkungan usia 23 tahun dan dia merupakan anak kepada cik Salmah iaitu jiran kepada nenek salmi sejak 25 tahun yang lalu. Cik Salmah jugalah yang banyak membantu kehidupan nenek Salmi sejak dia ditinggalkan oleh anak-anaknya.
"Mak, Wani kesian dengan Nenek Salmi. Kenapa anak-anak dia tinggalkan dia mak" timbul tanda tanya setelah saban hari Wani membantu jiranya itu. "Kau jangan jadi macam anak-anak tak guna tu, suka menyusahkan orang tua tu. Kalau anak-anak mak macam tu, dah lama mak bunuh." hati cik Salmah membuak-buak apabila Wani bertanyakan soalan sedemikian. "Mak ni, orang tanya saja. Dia pula yang naik angin" Wani kehairanan melihat gelagat ibunya. "Mak bukan apa Wani. Bayangkan seorang ibu boleh jaga berbelas-belas anak, tapi kenapa susah sangat seorang anak nak jaga seorang ibu" "Tapi kenapa mak?" Wani kebinggungan dan ingin ketahui perkara yang sebenarnya. "Dah, dah nak tahu saja budak ni. Buat kerja tu" Cik Salmah mengelak dari memberitahu Wani. "Pulak, huh..." Wani semakin binggung dan terus memarut kelapa yang disuruh ibunya itu untuk dibuat gulai lemak cili api.
Dua beranak itu sibuk memasak di dapur untuk menyiapkan juadah berbuka puasa. Seperti biasa mereka akan berbuka puasa di rumah Nenek Salmi manakala ayah dan abang-abang Wani akan berbuka puasa di masjid. Itu adalah rutin seharian mereka sewaktu menyambut dan menjalani ibadah puasa. Jiran Nenek Salmi satu ini sememangnya keluarga yang sangat prihatin kepada penderitaan yang dihadapi oleh nenek malang itu. Malah sewaktu, suami Nenek Salmi jatuh sakit, merekalah yang banyak membantu. Ketika itu, Pak Mat dan Cik Salmah baru sahaja mendirikan rumah tangga dan baru saja menjadi jiran kepada Nenek Salmi. Pak Mat dan Cik Salmah juga telah menganggap Nenek Salmi sebagai ibu mereka juga kerana Nenek Salmi adalah seorang wanita yang mereka kagumi dalam meneruskan kehidupan tanpa kehadiran suaminya.
"Mak, Wani nak pergi jenguk nenek ya" "Pergilah, mak nak siapkan gulai ni. Cakap dengan nenek sekejap lagi kita akan berbuka. Pergi bentangkan tikar dan suruh nenek mandi"
Sememangnya Nenek Salmi taat kepada ajaran agama. Walaupun dia tidak sihat, dia masih lagi meneruskan menjalankan ibadah puasa. Itulah dia Nenek Salmi, seorang wanita yang taat dan patuh serta penuh dengan semangat." "Assalamualikum nenek, nenek waktu berbuka dah nak masuk ni" Wani suka bermanja-manja dengan neneknya itu. "Waalaikumusalam, mari cu bangunkan nenek. Nenek mahu ambil air sembahyang. Nanti senang nak solat maghrib. "Baiklah nek."
Wani, Cik Salmah dan Nenek Salmi akan menunaikan solat maghrib setelah menjamah sebiji buah kurma dan selebihnya selepas solat berjemaah. Cik Salmah akan mengimamkan mereka. Nenek Salmi hanya mampu solat duduk kerana kaki yang dahulunya gagah berdiri seperti srikandi kini tidak berdaya untuk berdiri. Tetapi Nenek Salmi masih kelihatan gagah walaupun usianya hampir 60 tahun.
"Assalamualaikum" tiba-tiba terdengar suara memberi salam. "Waalaikumusalam" tersentak Wani dan Nenek Salmi, lalu mereka membalas salam tersebut serentak. "Mak, Wani dan nenek di dapur ni. Tolong nenek ambil air sembahyang" "Wani tolong nenek, mak siapkan hidangan untuk berbuka" Cik Salmah meletakan gulai masak cili api di atas lantai lalu membentangkan tikar yang belum sempat dibentangkan oleh anaknya itu.
"Kini telah masuk waktu berbuka puasa bagi daerah pontian dan kawasan yang sewaktu dengannya" "Alhamdulilah, dah masuk waktu berbuka tu. Wani, ambilkan nenek kurma" Cik Salmah menyuruh anaknya itu yang dari tadi tercegat memandang wajah sayu Nenek Salmi. Wani sebenarnya amat kasihan dengan kehidupan dan derita yang dilalui oleh Nenek Salmi. Seorang ibu yang sangup membesarkan anak-anaknya dengan bersusah payah dan akhirnya dipinggirkan setelah anak-anaknya senang dan hidup mewah. Ibu mana yang tidak sayang kepada anaknya. Jauh di sudut hati Nenek Salmi, walau keras dan benci sekali pun, dia tetap menyayangi anak-anaknya itu.
"Alhamdulilah, beberapa hari lagi kita nak raya" Wani tersenyum manja sambil mengangkat pinggan ke dapur. "Raya saja yang diingat, budak-budak zaman sekarang memang macam ini" Cik Salmah memandang sini ke arah anak bongsunya itu sambil tersenyum.
Perbualan dua beranak itu diperhatikan oleh Nenek Salmi yang tersandar di dinding semenjak tadi. Tiba-tiba setitis air matanya jatuh membasahi pipi yang kerap kali menerima titisan air seperti itu. Melihat gelagat dua beranak itu, mengingatkan Nenek Salmi kepada anak-anaknya. Ingin juga dia bermesra dan bermanja bersama anak-anakynya. Namun semuanya harus dilupakan. Kehadiran Cik Salmah sekeluarga sedikit sebanyak mengubati segala luka yang selama ini masih berdarah.
"Nenek beraya seorang lagi lah kali ini" suara kecil terdengar setelah beberapa minit mereka membisu. "Kenapa nenek cakap macam itu, mak, Wani, abah, abang Ipin dan Lan kan ada. Kita beraya bersama-samalah sama seperti tahun-tahun sudah" Wani cuba untuk mengiburkan hati nenek tua itu sambil mengukirkan senyuman manjanya. Hati Nenek Salmi sedikit terubat dengan telatah cucu kesayangannya itu.
"Betul cakap Wani tu, kami semua ada bersama-sama dengan mak cik. Anggaplah kami sekeluarga ini adalah keluarga mak cik. Lagipun bukan sehari dua kita kenal, hampir 20 tahun. Selama ni pun kita beraya bersama-sama" Cik Salmah cuba untuk menenangkan hati tua itu sambil mengurut badan Nenek Salmi.
Berjujuran air mata mula menderas dan kesunyian malam itu dipenuhi dengan segala kedukaan dan tangisan.
"Assalamualaikum, kami datang nak raya" Wani cuba mengacau ibunya tatkala ayah dan abang-abangnya solat raya di masjid. "Waalaikumusalam" "Siapa agaknya yang datang awal pagi raya ni" Cik Salmah tertanya-tanya sendirian dan berasa kehairanan. "Wani" jeritan kuat sebaik sahaja Cik Salmah melihat kelibat anaknya di muka pintu.
Jeritan itu mengejutkan jiran-jirannya yang lain termasuk Nenek Salmi yang cuba mengendap dicelah-celah tingkap. Tertanya-tanya juga dia, apa yang riuh di pagi raya di rumah jirannya itu.
"Dua beranak ini ada-ada saja" Nenek Salmi tergelak kecil apabila melihat telatah dua beranak tersebut. Teringat pula dia dengan tiga orang anaknya itu. Apa agaknya yang mereka buat sekarang, sihat ke mereka? Begitulah hati seorang ibu walaupun dia sedar dia terluka dengan sikap anak-anaknya. Bagi seorang ibu, anak adalah harta yang tidak ternilai dan tidak hilang nilai kasih itu walau seminit. Kasih ibu kepada anaknya adalah kasih yang abadi dan suci.
"Nenek! Nenek!" tersentak nenek salmi sebaik sahaja mendengar namanya dipanggil.
Dilihatnya dua kanak-kanak kecil berlari ke arahnya. Sayu hati nenek tua itu apabila kedua-dua budak kecil itu memanggilnya nenek. Nenek tua itu menggangap itu adalah ilusinya sahaja. Maklumlah orang tua, ada sahaja yang mereka fikirkan dan bayangkan. Banyak sangat imaginasi mereka.
Namun, semakin nenek tua itu menafikan kehadiran kanak-kanak kecil itu semakin kuat suara kanak-kanak tersebut. Kelibat kecil yang tadinya jauh semakin hampir dengannya. Dengan berpakaian lengkap berbaju melayu dan seorang lagi berbaju kurung. Sungguh cantik dan comel kanak-kanak tersebut. Setelah kanak-kanak itu berada di hadapan nenek tua itu, mereka berhenti seketika dan memeluk nenek tua itu. Nenek Salmi diam seribu bahasa dan memeluk erat kanak-kanak yang tidak dikenalinya itu. Dalam keadaan tidak sedar, terbit air mata Nenek Salmi untuk sekian kalinya membasahi pipi. Dia merasakan bahawa kanak-kanak kecil itu adalah cucunya, namun dia sekali lagi cuba untuk menafikan kerana takut dirinya kecewa dan terluka sekali lagi. Agak lama juga kanak-kanak tersebut memeluk Nenek Salmi, dan selepas itu mereka bersalaman dan mencium pipi Nenek Salmi.
"Cu, cu berdua ni anak siapa? Dari mana?" Nenek Salmi mula menggerakkan mulutnya setelah sekian lama kaku seribu bahasa. "Saya Amira dan ini adik saya Shamel" kanak-kanak itu memperkenalkan dirinya. Telahtah kecil mereka membuatkan Nenek Salmi asyik ketawa dan tersenyum. Nenek Salmi lupa akan jiranya, Cik Salmah dan Wani yang tadinya membuat bising dan menarik perhatiannya. "Mana mak bapa, Mira dan Shamel" nenek tua itu kehairanan melihat kanak-kanak itu sendirian tanpa ditemani oleh orang tua mereka. "Mak dan bapa kat masjid" jawapan Shamel yang berusia tiga tahun dengan ringkas.
Amira dari tadi melihat wajah tua itu dengan sayu sambil mengenggam erat tangan Nenek Salmi yang terlihat urat-urat ditangannya. "mak dan bapa suruh Mira dan Shamel jumpa nenek" dalam kebinggungan nenek tua itu bertanya " siapa nama mak dan bapa Mira dan Shamel?" "Abah nama Rusdan, mak pula Aisyah" jawab Mira ringkas.
Terkejut Nenek Salmi dan apa yang disangka rupanya adalah benar. Wajah Shamel seiras wajah anaknya iaitu Rusdan. Akhirnya segala teka-teki terjawab apabila muncul satu kelibat yang lengkap berpakaian baju melayu berwarna ungu cair dan bercermin mata. Nenek tua itu Cuma untuk mengusap-usap matanya yang sudah kabur. Seakan-akan dia tidak percaya, anaknya Rusdan berada di hadapannya itu. Dia cuba untuk menafikan kelibat anaknya itu dengan mengusap-usap matanya itu. "Mak, ini rusdan. Anak mak"
Kata-kata itu meyakinkan wanita tua itu. Apa yang dilihatnya bukan sekadar imginasi dan satu halusinasi, tetapi ianya adalah benar. Nenek Salmi mula menitiskan air mata dan merasakan dirinya adalah insan yang sangat gembira pada hari itu. "Dan, anak mak. Mana kau pergi selama ini nak. Lama mak tunggu kau semua"
Nenek Salmi menangis teresak-esak sambil menghulurkan tangannya dan menarik tangan Rusdan. Rusdan yang dari tadi tercegat di sisi ibunya itu menyambut tangan ibunya itu dan memeluk erat orang tua itu. Dia ingin merasakan kehangatan kasih sayang seorang ibu yang selama ini berpisah. "Dan minta maaf mak, Dan janji dan tak akan tinggalkan mak lagi" "Dan dan adik-adik lain tak salah. Dah lama mak maafkan dan" Nenek Salmi cuba menyembunyikan segala kedukaan sambil mengesat air matanya itu. Dia terluka dan lukanya terubat setelah melihat wajah anaknya itu.
"Assalamualaikum" Tiba-tiba terdengar beberapa suara memberi salam serentak di luar muka pintu. Keadaan yang hening dan penuh dengan kesyahduan itu terhenti seketika. Nenek Salmi terus meluru ke muka pintu dengan mengheretkan kakinya sebaik sahaja mendengar suara tersebut. Dia seolah-olah pernah mendengar suara itu dan akhirnya sekali lagi segala persoalan terjawab apabila dia melihat beberapa orang lengkap berpakaian raya berada di luar muka pintu rumahnya itu adalah anak-anak dan cucu-cucunya. "Rosnah! Rostam!" kuat nenek tua itu mengeluarkan suaranya itu. "Mak!!!" Rosnah dan Rostam terus meluru ke dalam rumah dan terus memeluk Nenek Salmi. "Mak, Nah minta maaf mak" Rosnah, anak perempuan tunggal Nenek Salmi memeluk erat ibunya itu. "Tam juga mak. Selamat hari raya maaf zahir dan batin mak. Tam, abg Dan, dan akak Nah betul-betul menyesal mak" Tam meminta maaf daripada ibunya sambil mengesat air matanya itu. "Mak maafkan anak-anak mak. Anak-anak mak tak ada wat salah pun. Yang sudah tu sudah ya. Kita mulakan hidup baru" terukir kegembiraan di wajah Nenek Salmi. "Maaflah, mak tak tahu anak-anak dan cucu-cucu mak balik. Mak tak masak untuk raya" sambung wanita tua itu sambil tersenyum dan mengesat air mata.
"Assalamualikum" Sekali lagi rumah Nenek Salmi menerima tetamu. "Siapa itu?" "Saya nenek, Wani. Wah ramainya rumah nenek ini" "Oh, wani sini cu. Nenek kenalkan, ini semua anak-anak dan cucu-cucu nenek" Kehadiran Wani mendapat perhatian salah seorang cucu Nenek Salmi iaitu Azuan. Azuan adalah anak sulung kepada Rostam dan Addila. Mata azuan memandang lama ke arah Wani menyebabkan Wani perasaan dengan pandangan tersebut membuatkan Wani malu tersipu-sipu. "Azuan, tengok apa tu" Rostam cuba mengusik anak terunanya itu. "Mana ada ayah" "Wani, ini anak nenek. Rusdan, Rosnah dan Rostam" Nenek Salmi memperkenalkan anak-anaknya kepada Wani. "Yang lain-lain tu menantu dan cucu-cucu nenek" sambungnya. "Jejaka kacak yang berbaju Melayu hitam itu Azuan namanya. Anak pak cik." Rostam mengusik Azuan dengan memperkenalkan anaknya kepada Wani. "Ayah" Azuan cuba menghentikan perbuatan ayahnya itu. "Ala Azuan ni, malu-malu pula. Wani, Azuan ni berumur 25 tahun dan baru saja tamat pengajian di UPSI. Dan yang penting lagi dia ni masih single lagi." kata ayahnya membuatkan semua yang ada di situ ketawa kecil.
"Nenek, mak suruh nenek dan semuanya datang ke rumah. kita makan-makan di rumah Wani." Wani cuba menghentikan dirinya diperhatikan mereka yang ada di situ dengan menyuruh mereka ke rumahnya dan setelah itu, Wani terus pulang ke rumah. Mata Azuan terus memandang ke arah Wani dari luar tingkap. Dia seolah-olah telah jatuh hati terhadap Wani.
Setelah Wani pulang ke rumah, Nenek Salmi menjelaskan kepada anak-anak dan cucu-cucunya bahawa Wani dan keluarganya itulah yang telah menjaga dan merawat Nenek Salmi selama ini. Dan Nenek Salmi amat terhutang budi dengan jiranya itu.
Sejak hari itu, Nenek Salmi sering dikunjungi oleh anak-anaknya itu dan kehidupan Nenek Salmi semakin bahagia dan sering kali tertawa. Wajah yang muram dan penuh dengan duka sekarang telah bertukar dengan kegembiraan. Kesihataan Nenek Salmi juga semakin baik dan pulih. Wani dan Azuan pula telah menjalinkan hubungan percintaan dan hubungan mendapat restu kedua-dua buah keluarga tersebut. Cik Salmah dan Pak Mat pula hidup seperti biasa dan selalu menjaga Nenek Salmi.
cerita ini banyak pengajaran dan harus dijadikan contoh kepada penulis lain yang hanya menulis tah apa2..idea ada tapi xpandai nk gunakan dan ulas..saya puji penulis cerpen ini..thaniah
jujur aku cakap aku suka cite nie...tapi kalau dia garap sikit masa si Sofea sakit...tu lagi besh...bagus...teruskan usaha....hope leh buat lagi better....cite ni memang besh...
cerita yang baik, jalan cerita pun baik ada nilai yang kuat dalam cerita ini, baik untuk dibuat pengajaran gud job penulis, tulis lagi ya, chayoo0o0o0kkk...
mcm mana umur 60 tahun ada cucu 25 tahun..maknanya dia umur 35 tahun dah ada cucu?.. syabas penulis kerana mengetengahkan cerita begini tetapi sila pastikan umur watak2 itu bersesuaian...
uwaa...cedihnyaa..teringat kat nenek aku..:((:(( lbh kurang dlm cite ni cam cite aku gak..anak2 ramai tp xdak sapa2 mai jenguk pun die.biar masa2 duk 1kmpg gan nenek aku tp anak2 xmai tgk gak.kejam kah mereka ni smua..cuma yg bezanya aku ni cucu yg jaga nenek aku smpai la die hembuskan nafasnya yg terakhir..tp aku bahagia sbb aku sempat berbakti gan die pd saat2 akhir..:-(
hargailah kedua org tua kita sesungguhnya ketika beliau msh hidupla kita ble berbakti kalu dah die xdak jgn d kesali lak.sob..sob..
best cite ni buat aku nak tiyak lak..:( GOD LUCK buat penuliss...:)>-
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
penulis asal pontian ke?
huhu...
tu je yang nak cakap...