Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Krriinggggggggg!!!!! Krinngggggggg!! Telefon pejabatku berbunyi. "Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Amira?" Terdengar suara asing di hujung talian. "Ya, saya Mira, siapa di sana tu?" "Saya Faizal, dari Damansara. Sebenarnya saya ni secret admire awak. Boleh saya bersahabat dengan Mira?" Dia bertanya lagi. Haaa...secret admire? Mustahil. Ntah dari mana datangnya lelaki nie, alih-alih jadi peminat misteri konon. Huh.......Aku mengomel sendirian. "Hello....hello Mira." Bertalu-talu dia memanggilku. Aku tersedar dari lamunan. "Ah yer, saya masih di sini. Faizal? Rasanya tak pernah pulak saya dengar nama awak sebelum nie. Dari mana awak dapatkan nombor telefon saya?" Aku bertanya untuk mendapatkan kepastian. "Emm..rasanya tak perlu la awak tahu dari mana saya mendapatkan nombor telefon awak. Yang penting saya ikhlas nie." "Iyer ke ikhlas? Tapi, mustahil saya akan menerima awak sebagai kawan, sedangkan saya tak tahu pun asal-usul awak. Baik awak bagitau saya, sape sebenarnya awak nie!" Aku semakin berkeras dengannya.
Setelah didesak, dia pun menceritakan segalanya. Namanya Muhammad Faizal Bin Haji Harun. Berasal dari Negeri Sembilan dan bekerja di Damansara. Umurnya 26 tahun. Katanya lagi, dia mula berminat untuk mengenaliku semenjak kali pertama lagi bersua di mesyuarat antara syarikat tempat kami bekerja. Lalu, tanpa pengetahuanku, dia meminta nombor telefon pejabatku melalui operator syarikat. Memandangkan dia begitu beria-ia hendak menjalinkan persahabatan denganku, lantas aku pun menerima salamnya dengan hati yang terbuka.
Dari hari menjangkau ke bulan, persahabatan kami semakin terjalin rapat. Sifatnya yang suka berlawak dan bergurau membuatkan aku sentiasa ceria.
Sehinggalah di suatu hari, sedang aku menikmati sarapan pagi, mama bertanyakan soalan yang tidak pernah aku duga. "Mira, setiap malam ada je panggilan untuk Mira. Siapa tu? Buah hati yer? Kenapa la tak bagitahu mama yang anak mama nie dah ada buah hati?" Terkejut aku dibuatnya. Dengan rasa malu, aku menjawab, "Mana ada la mama. Dia tu kawan je. Katanya peminat misteri Mira....namanya Faizal. Dah hampir lima bulan kami berkawan". "Macam mana orangnya, Mira? Dah jumpa ke belum? Kacak tak?" Mama bertanya penuh minat. "Belum la mama. Nanti la dulu. Satu hari nanti, Mira akan jemput dia ke rumah kita untuk berjumpa dengan Mira, papa dan mama sekali. Ok?" Aku senyum manja pada mama. Mama hanya tergelak memandangku.
Malamnya, aku menerima panggilan dari Faizal. "Assalamualaikum Mira, apa khabar hari nie?" "Waalaikumusalam, saya sihat alhamdulillah." Jawabku penuh riang. "Mira, boleh saya berkata sesuatu?" Faizal memulakan bicara. "Apa dia Faizal?" Terdengar keluhan resah Faizal. "Mira, saya sukakan awak. Dari sehari ke sehari, perasaan rindu ini bertukar menjadi sayang. Dah lama saya pendamkan. Tetapi untuk meluahkannya...saya takut awak tidak dapat menerima luahan hati saya ini. Mira, sudikah awak menerima saya di dalam hidup awak? Saya ingin sekali menggenggam jari-jemari awak sepanjang hidup saya." Aku tergamam. Aku akui, aku juga telah mula sayangkan dia. Tapi, aku....bukankah terlalu awal untuk aku menyayangi dia? Bagaimana pula perasaan sayang boleh wujud, sedangkan kami belum pun bersua muka..hanya suara yang menemani diri. Ahh....bingungnya. Seribu soalan bergolak di fikiranku. "Mira, are you still there?" Aku tak tahu lagi apa yang harus aku katakan. Lantas aku memintanya untuk memberikanku sedikit waktu untuk berfikir. Aku juga mahukan sebuah pertemuan untuk aku membuat keputusan yang terbaik bagi diriku. Faizal bersetuju. Selepas mengucapkan salam, aku terus memutuskan talian tanpa menunggu balasan darinya.
Malam itu, aku tak dapat melelapkan mata. Puas aku mencuba, namun gagal. Aku biarkan mataku melayan perasaan hati dan akhirnya terlelap juga.
Pagi ini aku bangun lebih awal dari kebiasaannya. Setelah menunaikan solat Subuh, aku keluar untuk berjogging di kawasan rumahku. Tetapi, sebaik sahaja aku membuka pintu, sejambak mawar merah menjadi tetamu pagiku. Aku mencapai jambangan tersebut. Aku tatapi setiap bait-bait indah yang ternukil di nota:
Sayangku Amira Balqis,
Maafkan Faizal kerana mengganggu pagimu. Tetapi inilah tanda kasih sayang Faizal terhadap Mira. Sebagaimana mekarnya jambangan mawar merah ini, begitu jugalah mekarnya ingatan dan sayang Faizal terhadap Mira. Diharap Mira sudi menerima jambangan hati ini.
Yang Merinduimu,
Muhammad Faizal Hj. Harun
Aku menatap dan mencium jambangan mawar merah itu berkali-kali. Tidak tahu mengapa, tapi yang pasti aku gembira dan tersenyum menerima jambangan hati Faizal. Semenjak dari itu, setiap hari aku menerima jambangan bunga dari Faizal. Malah dari sehari ke sehari, jambangannya semakin besar. Kata Faizal, semakin besar jambangan bunganya, semakin dalam jugalah cintanya padaku.
Tibalah hari untuk kami bertemu. Pertemuan pertama dirumahku. Aku menjemputnya makan malam di rumah dan sekaligus untuk memperkenalkan kepada mama dan papaku. Tanpa sebarang alasan, Faizal bersetuju. Malam itu aku sungguh gembira kerana segalanya berjalan dengan lancar. Mama dan papa juga menyukai Faizal. Kata mereka, Faizal seorang yang baik budi bahasanya. Aku terasa bahagia sekali.
Dari pertemuan yang pertama ke pertemuan-pertemuan yang seterusnya mengakrabkan lagi perhubungan kami. Genap usia perhubungan kami lapan bulan, aku sambut cinta Faizal. Hatiku terasa amat sayang dan cintakannya. Setiap kata-katanya memberi semangat kepadaku. Petah bicaranya membuat hatiku bak pelangi, senantiasa ceria. Aku tersenyum sendirian. Faizal, betapa bertuahnya aku memilikimu
Malam tadi Faizal menghubungiku. "Assalamualaikum Mira." "Waalaikumusalam." Jawabku ceria. "Mira, hujung minggu nie, Faizal nak pulang ke kampung dan Faizal merancang untuk menceritakan segala-galanya tentang kita kepada keluarga Faizal. Lepas itu pandai-pandai la Mira menyediakan apa yang patut yer." Aku terkejut. "Ha...menyediakan apa yang patut? Maksud Faizal...?" "Ye sayangku Mira, Faizal nak bawa rombongan meminang dan sekaligus bertunang bunga comel nie untuk Faizal." Mendengarkan katanya, kami sama-sama tergelak. Girangnya hatiku tak terkira. Terima kasih Faizal. Akhirnya dapat juga kita disatukan.
Sudah tiga hari Faizal pulang ke kampung. Namun aku masih belum dihubungi. Tiba-tiba handset ku berbunyi. Terdengar suara Faizal di hujung talian. "Assalamualaikum sayang, apa khabar?" dengan nada yang geram aku menjawab, "Waalaikumusalam, saya sihat. Aii...Encik Faizal baru teringat kat saya ke? Faizal tau tak, setiap hari Mira menunggu panggilan dari Faizal. Bila Mira call handset Faizal, asyik tak dapat je. Mira rindu sangat dengan Faizal. Sampai hati Faizal buat Mira begini!" kedengaran ketawa Faizal. "Jangan la marah sayang, nanti berkedut muka tu. Faizal ok la. Dalam masa tiga hari nie Faizal gunakan sepenuhnya untuk berbincang dan menyiapkan barang-barang hantaran untuk Mira, Mira tunggu yer, hujung minggu nanti Faizal datang dengan tiga buah kereta." "Mak aii.....ramainya Faizal." Faizal ketawa lagi. Ntah kenapa Faizal lain benar malam ini. Mungkin kerana terlalu gembira. Jadi aku biarkan saja walaupun ketawanya tak henti-henti. "Mira, Faizal nak pergi meminang. Bukan nak pergi ke ‘sana’. Kalau pergi ke ‘sana’, memanglah Faizal kena pergi seorang diri." Aku terkejut. Tanpa sedar ada air mata yang bergenang di kelopak. "Faizal, tak baik cakap macam tu. Faizal tak sayangkan Mira ke?" "Laa....Mira, nape cakap macam tu pulak? Faizal sayang sangat pada Mira tau. Ok la, Faizal tarik balik kata-kata Faizal tadi. I am so sorry my dear." Faizal ketawa lagi. "Ok la, kita jumpa hari minggu nie yer. Bye!" Faizal terus mematikan talian tanpa sempat aku mengungkapkan betapa sayang dan rindunya aku kepada dia. Aku termanggu sendirian.
Tanpa membuang masa aku memberitahu mama dan papa tentang niat suci Faizal. Dalam masa yang singkat, sempat juga kami menyediakan segala peralatan pertunangan. Saudara-mara juga telah dihubungi.
Hari yang ditunggu telah pun tiba. Aku didandan cantik oleh Mak Ngah, yang juga merupakan Mak Andamku. Aku menunggu dengan penuh sabar. Masa berjalan, Faizal lambat dari waktu yang ditetapkan. Mama hanya tersenyum melihatkan kelakuanku. Tak senang duduk aku dibuatnya. Yang mampu aku lakukan hanya berdoa agar segalanya selamat.
Tiba-tiba papa masuk ke bilikku. "Mira, mereka dah sampai. Mira keluar kejap nak." "Baiklah papa." Dengan senyuman manis aku keluar ke ruang tamu. Aku lihat mama dan papa memandang sayu kepadaku. Hatiku terdetik melihatkan pandangan mereka. Aku terlihat pula rupa-rupa yang tidak ku kenali. Mungkin inilah ahli keluarga Faizal, dengan pantas aku melontarkan senyuman. Mereka membalasnya, tetapi hambar.
Seketika mataku tertumpu pada sekujur tubuh kaku di tengah-tengah ruang tamu rumahku. Tubuh yang tidak bergerak dan berselimutkan kain putih dengan kesan darah sana sini. Aku tergamam. Aku menoleh ke arah mama. Mama segera mendapatkan dan memelukiku. Tanpa sedar air mataku bercucuran. Tetapi....tidak! tidak!. Aku mesti dapatkan kepastian. Sebelum sempat aku bertanya, seoarang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai abang Faizal, Firdaus, memulakan bicara. "Mira, maafkan abang. Sebenarnya kami dah tiba di KL pada waktu yang dijanjikan, beserta dengan segala peralatan pertunangan kamu berdua. Faizal memandu bersendirian. Sementara abang dan keluarga yang lain menaiki dua buah kereta yang berasingan. Tiba di satu selekoh tajam, Faizal tidak dapat mengawal kenderannya, lalu terlanggar lori dari arah yang bertentangan. Kami segera membawa Faizal ke hospital, dengan harapan dia dapat diselamatkan, tetapi........" Abang Firdaus tidak dapat meneruskan kata-katanya lagi. Seluruh rumah sunyi sepi, yang terdengar hanya esak tangisan. "Boleh Mira lihat mayat Faizal, abang Firdaus?" "Boleh Mira."
Aku membuka kain yang menyelimuti tubuh Faizal perlahan-lahan. Aku tatapi wajah putih bersih Faizal. Aku cium kedua pipi dan dahinya. Aku peluk tubuh kaku Faizal seeratnya. Terasa tak ingin aku meleraikan pelukan itu...tetapi apa dayaku. Aku menangis sekuat hati. "Fazal......Faizal!! Kenapa Faizal tingalkan Mira?" Abang Firdaus menghamipirku. "Sabar Mira, sabar. Ini semua ketentuan Yang Maha Esa, kita harus terima dengan redha dik." Aku menangis lagi. "Mira, ini ada hadiah dari Faizal. Kata arwah, ini hadiah istimewa untuk hari pertunangan kamu berdua. Tapi, dia tak sempat untuk menghadiahkannya sendiri kepada Mira. Ambil la." Aku mengambilnya. Di atas sekeping nota tertera:
Sayangku Amira......
Maafkan Faizal kerana meninggalkanmu tanpa sebarang kata. Maafkan Faizal kerana mengingkari janji kita untuk hidup bersama. Faizal juga tak sanggup untuk berpisah denganmu, sayang. Tetapi kita tidak dapat melawan takdirNya. Sayang, terimalah hadiah ini sebagai tanda ingatan kasih abadi kita. Ingatlah sayang, cinta kita adalah cinta yang teristimewa. I love you forever my cute princess.
Kekasihmu,
Faizal.
Dengan sebak aku membuka balutan hadiah tersebut. Di dalamnya terdapat sebuah bingkai gambar yang cantik beserta dengan sekeping gambar yang telah dicantumkan. Gambar aku dan Faizal. Ntah bila Faizal sempat mengambil gambarku...aku sendiri tidak menyedarinya. Di belakang bingkai gambar tersebut tertulis ungkapan terakhir dari Faizal.
'Cinta dan kasihku nan abadi. Tercipta hanya buatmu sang puteri. Aku teramat mencintaimu Amira Balqis.'
mmg betol ler pelik ye faizal leh tau dia nak mati siap tinggal nota ;lagi, pas2 asl lak mayat dia pi bawak umah amira? siap berdarah lagi..mmg x logik
klu psl nota 2,bese r kn org nk mati leh rse kelainan die dlm 40days...tp klu psl berdarah2 time g umah mira 2 mmg xlogik r coz die dh g hosp...xknla diorg biar je,x bersihkn...huhu
aku heranla..die ckp bawa faizal pi hospital napa xmandikan je kat hospital.. mesti mayat die dah bersihkan.. pastu dia bwk mayat faizal siap ada darah lg mna boleh.. ptt die mandikan dlu mayat2 n baru bwk mai.. cite ni ok dah.. just kat citu ja xlogik ckit.. satu lg yg aku xlogiknya..die xcident gan lori.. tp muka die xhancus n bersih ja.. kalu pikir logik kalu xcident depan sama depan xperla gak..ni die ckp faizal xcident depan dgn lori korang bayangla sdiri na..mcm ner keadaan die:-? so aku harap penulis perlu berhati2 dlm menyusun ayat.. kdg2 benda ni kita tgk xlogik gak..
ok apa2 pun best da cite ni menyentuh jiwa.. god luck buat penulis..:)>-
BETUL2 setuju yg msa nk ending tu mcm x lojik je kan.....dh g hosp. tp still ada darah....ish..ish musykil napa x bawa blik umah mak dia....n dah tu xda ikatan yg sah bolh plak si mira tue peluk n cium mayat..kalo dh dimndikan org bukn muhrim x sentuh mayat hanya family terdekat jer.... sory erk bnyak komen plak cerpen ni dh bes tp 2 la ending tu musykil ja....maf bnyak2....iema
kui3.. kesian penulis kena hentam.. lain kali nk wat cerpen tu,pikir btul2 n baca ulang2 cerpen tu.. xdela kena hentam mcm ni.. citer punyer la best.. silap kt ending jer. terus hancus..huhu...
stupid story! bdk bodoh mna yg wat????????? x logic lgsung!!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
so sad...
nanti gi cerpen best gi tau!