Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Persahabatan yang ini aku pegang hingga dewasa. Aku semainya dengan gelak tawa dan aku tahu satu hari nanti persahabatan ini ada berubah dan segalanya akan menjadi sesuatu yang asing bagi kami berdua.
Aku, Naouh. Aku hanya berpegang pada satu slogan. 'Agi Idup Agi Ngelaban!'. Bagi aku kehidupan ini seperti peperangan yang kita tak pasti bila ia akan muncal dan ketika ia muncul segalanya akan membentuk kehidupan kita.
Aku pusing ke belakang kelas. Papan kenyataan kelas kelihatan menarik setelah diubah suai oleh Sakinah. "Saki! Kenapa hodoh sangat. Kau tak nampak ke? Warna putih mana sesuai dengan warna emas. Nampak kolot!"jerit aku kepada Sakinah yang baru selesai mengemas bahagian belakang kelas.
Inilah dia Sakinah. Gadis yang setiasa bersama aku selama 12 tahun. Persahabatan ini akan aku jaga seperti apa yang aku katakan tadi. Walaupun bukan aku yang akan menjaganya sehingga tua nanti.
Sakinah menoleh ke papan kenyataan. "Ye ke? Alah..susahla. Aku suka warna putih. Kau pulak suka warna emas. Jadi aku fikir kalau combined warna kegemaran kita..mesti nampak sempurna."ujar Sakinah.
Dia tak henti memandang papan kenyataan belakang kelas. Aku hanya mengeleng sambil tersenyum. "Sakinah! Kau pasti ke aku suka warna emas ni? Aku lelaki..mana suka warna emas! Lelaki suka warna hitam la!"usik aku lagi.
Sekali ini Sakinah menoleh. Wajahnya memandang tepat ke arah aku. "Kau bukan lelaki yang macam lelaki yang ada dalam dunia ni."kata-kata Sakinah membuatkan aku terasa sayu. 'Jikalah kau tahu perasaan aku Saki.'
Aku hanya mengangguk lantas maju ke belakang kelas. Pintu belakang kelas aku buka besar-besar. "Saki..kau nak balik dengan aku ke dengan ayah kau?"soal aku sambil mengeliat di hadapan kelas tingkatan 5 Dedikasi.
Sakinah mencapai beg aku dan begnya. "Aku nak ikut kau tapi kau jangan bawa kereta kau tu laju-laju. Seram aku.". Dia menyerahkan beg aku dengan senyuman yang teramat manis.
"Alah! Kalau kau nak naik kereta slow-slow..kau naiklah kereta ayah kau. Aku punya kereta sport! Apa class bawak perlahan-lahan."usik aku lagi tidak henti.
Sakinah mencebik. "Kalau kereta sport pun..kau jamin ke bila accident aku selamat?"sindir Sakinah.
Aku tergelak. 'Aku jamin Sakinah. Kalau kau dengan aku..pasti kau selamat kerna aku sangat mencintai Siti Nur Sakinah.'. Aku menoleh memandang Sakinah yang memandang aku dari tepi. "Selamat. Aku akan pastikan kau selamat. Walaupun nyamuk gigit aku tetap biarkan asalkan bukan nyamuk aedes."usik aku lagi.
Sakinah menolak muka aku yang terus menerus memandangnya. Aku tahu dia dah blushing time tu tapi aku giat mengusik dia kerana hanya dengan usikan itu..dia akan mengerti segalanya.
***
Penilaian Kokurikulum Kedua berjalan dengan lancar bagi aku. Aku tahu keputusan aku kali ini bukanlah yang terbaik dan aku mencatat rekod apabila aku hanya mendapat 6% untuk kertas Biologi dan yang semua ujian yang lain aku gagalkan tapi tak lah seperti kertas Biologi aku.
Ini semua kerana Siti Nur Sakinah. Aku mahu dia sentiasa disebelahku. Dia sentiasa menemani aku dengan mengulangkaji dengan aku. Sakinah memandang aku yang mengisi ruang di belakang tempat duduknya di dalam kelas. Kerusinya dipusingkan supaya senang untuk memandangku. "Apa semua ni Naouh?"soal Sakinah perlahan.
Aku memandang Sakinah yang menunjukkan semua kertas aku yang gagal. Aku tersenyum. "Aku sakitla time jawab semua kertas soalan tu. Lagipun aku tak ada masa nak study. Kau pun tahukan..perlawanan bola keranjang minggu depan."jawab aku panjang berjela.
Sakinah mendengus. "Bodohnya kau ni! Kau tahu tak..aku ingat nak beat kau kali ni tapi..kau buat aku kesal dan sesal."bisik Sakinah perlahan. Dia suka mengawal suaranya daripada dapat di dendagari oleh Dinesh yang berada di sebelahnya dan Fania yang berada belakang aku.
Untuk pengetahuan. Di sebelah meja aku diisi dengan beg sekolah aku. Tiada ruang tuk sesiapa selain Sakinah untuk duduk di meja di sebelahku. "Alah..apa nak kesal dan sesal. Kau dah lulus dengan jayanya. Semuanya A1. Tak happy?"usik aku.
Aku seronok melihat dia berjaya. Dia kan tersenyum apabila dia mencapai kejayaan tapi kali ini dia lansung tidak tersenyum malahan tiada senyuman hambar darinya.Semuanya hambar dan segalanya berpunca daripada aku.
"Aku lansung tak happy! Kau tak berjaya dengan aku. Dulu kita belajar Tae Kwan Do..semua kita buat sama-sama sehingga berjaya dapat tali pingang hitam. Kita belajar mengaji. Kita mengaji sampai menangis-nangis kena pukul tapi kita tetap tahan.Ahkirnya kita khatam sama-sama jugak."
"Paling aku tak boleh nak lupa bila kau tolong aku buat esai bi..aku tolong ko buat esei bm. Ahkirnya kita dapat belajar sama-sama. Tapi kenapa keputusan kita kali ni jauh sangt bezanya. Macam bukan kau yang jawab semua soalan dalam kertas ni!"bebel Sakinah.
Aku memandang ke luar kelas. Perlahan-lahan aku memandang ke arah Sakinah ketika dia menguis tangan aku supaya memandangnya. Aku mengeluh perlahan.
"Siti Nur Sakinah. Kau buat aku sakit telinga!."ujar aku lantas aku bangun dan menuju ke luar kelas.
Sakinah tersenyap. Ada beberapa pelajar menoleh ke arah Sakinah dan salah seorangnya aku pasti itu mata milik Rihan.
***
Aku dapat melihat keakraban Sakinah dan Rihan. Hati aku terusik dengan gelak tawa sakinah. Baru dua hari kami tidak beregur sapa Sakinah sudah mendapat pengganti aku. Aku tersenyum dalam diam. Aku terlalu bodoh menjangkakan hubungan kami akan berkekalan.
Aku melangkah ke dalam kelas dengan hati yang sebal. Sakinah memandang aku dari jauh apabila dia bersama Rihan. Aku tahu kerana mata itulah yang menjadikan aku khayal ketika bersamanya.
"Naouh! Apasal kau tak datang perjumpaan semalam. Kau sebagai Presiden Kelab pun tak datang. Kesian aku tenguk Sakinah buat kertas kerja sorang-sorang. Nasib baik sikit je yang nak disiapkan. Dah la balik sekolah jalan kaki semalam. Kelmarin pun sama. Aku ajak tompang tak nak."tegur Dinesh dengan dahinya yang berkerut-kerut.
Aku hanya senyap. "Bagusla tu..exercise sikit."jawab aku selamba.
Dinesh mengerutkan dahinya. "Hisyyhh..pelik betulla kau ni! Dulu kau lansung tak bagi dia balik jalan kaki. Sekarang kata exercise pulak. Aku tenguk Saki tu tak la gemuk sangat. Kau ni anehla."bebel Dinesh lagi.
Aku memandannya tajam. "Dah habis!"tegur aku lantang. Seluruh kelas memandang kearah kami berdua. Ya! Aku bersalah kerana aku menyalahkan diri aku sendiri bukanya Dinesh.
Dinesh tersentap. "Maaf Dinesh. Aku tengah tension ni."ujar aku laju. Dinesh kembali tersenyum. Dia menepuk bahu aku perlahan-lahan.
"Kecerderaan kau tak baik lagi ke?"soal Dinesh lagi. Aku hanya mengangguk dan mengeluh kesal. Aku kesal dengan cara permainan aku sekarang. Segalanya tidak kena kerana kecerderaan yang aku dapat sebelum penilaian kokurikulun kedua dulu dan pertandingan akan berlansung dua hari lagi.
Dinesh mengeluh sama. Ketika itu Sakinah datang megisi ruangnya di sebelah Dinesh. Matanya lansung tidak menyapa aku. Aku tahu dia terasa dengan kata-kata dan perbuatan aku terhadapnya.
Aku ternampak sebungkus kotak yang dibalut dengan cantik. Aku anggarkan ia daripada Rihan yang mungkin baru memberinya sebentar tadi. Aku hanya mengeluh. "Dinesh aku nak minta maaf kalau apa yang aku buat tadi menyakitkan hati kau."ujar aku laju apabila melihat Sakinah masih tidak mehu melayani aku.
Dinesh hanya mengangguk. "Kau jaga diri kau. Jangan desak sangat diri kau tu. Kalau boleh kau nak sumbat semuanya dalam diri kau. Kau bagilah aku kongsi masalah dengan kau. Bukan begitu Sakinah?"tegur Dinesh apabila dia melihat kedinginan hubungan kedua-dua sahabat yang akrab selama ini.
Sakinah menoleh. "Lantak dia la."jawab Sakinah selamba. Dia memandang panahan mata aku yang terang tang-tang mahu mencabarnya.
Dinesh terdiam apabila aku mencapai beg sandang aku dan disarungkan ke bahu. "Saki..kau dah melampau. Aku tak pernah nak suruh kau ambil berat tentang aku. Aku lansung tak pernah terasa bila kau kata apa-apa tentang aku. Hanya satu je yang aku nak kau tahu. Aku harap kau jaga diri kau." "Jangan balik sekolah jalan kaki. Kalau ayah kau tak boleh nak ambil aku boleh tolong ambil kau. Aku pun bukannya sapa-sapa dalam hidup kau tapi kau penting dalam hidup aku.. Kita sahabat yang menghabiskan masa selama 12 tahun bersama."ujar Aku lantas terus menoleh dan berlalu keluar dari bilik darjah.
Hari ini aku lemah terbaring di atas katil sambil mengira helaian rambut di kepala. Hati aku masih lagi panas dan sangat terasa dengan kata-kata Sakinah. Aku mencapai bola keranjang yang selalu mendatangkan kejayaan kepada aku untuk mencapai kejayaan yang telah aku gapai bersama pasukan sekolah.
Ada kenangan yang telah membuatkan aku jatuh hati padanya. Kejayaan aku disambut dengan ciuman di pipi oleh Sakinah dan aku masih mengingati perkara itu. Mungkin Sakinah sudah melupakannya tapi ia masih lagi segar di kepala aku.
"Naouh..aku suka tenguk kau main bola keranjang. Harap kau boleh terus bermain untuk kejayaan kau dan kegembiraan aku melihat kau berjaya."ujar Sakinah. Kata-kata itulah yang telah menjadikan aku seorang yang berdaya saing. Sesiapa sahaja boleh menjadi saingan terhebat aku dan aku pasti akan kalahkannya untuk melihat dia gembira.
***
"Naouh! You tak boleh bermain untuk tournament kali ni. Kaki you yang terseliuh tu masih belum baik jadi I nak you berehat dan berusaha untuk tournament selepasnya sebab I sangat-sangat perlukan you."ujar jurulatih aku En. Lee. Aku hanya senyap dan mengangguk. Aku juga tahu masalah yang aku hadapi. Kesakitannya masih terasa dan aku masih tidak mampu membuat balingan yang tepat. Dari jauh aku dapat melihat Dinesh yang sibuk berlari satu gelangang.
"Coach, saya minta maaf."pinta aku perlahan.
Encik Lee hanya senyum. "It's okey..seseorang perlukan rehat dan masa ini adalah masa untuk you fikirkan apa yang you mahukan. You boleh buat ulangkaji untuk mata pelajaran you yang tiba-tiba merosot."bisisk Encik Lee sambil berlalu.
Aku hanya senyap lalu berlari menuju arah Dinesh yang masih sibuk dengan lariannya.
"Coach cakap apa?"soal Dinesh.
Aku hanya tersenyum. "Aku kena direhatkan." Aku menoleh ke arah Lab.Chemistry. Di situlah selalunya Sakinah menonton latihannya dan menunggu masa untuk pulang bersama.
Aku mengeluh lagi,lagi dan lagi. "Apa salah aku?"soal aku pada diri aku sendiri. Aku terasa dengan setiap perilaku Sakinah yang selalu membuatkan aku cemburu. Aku cemburukan hubungannya dengan Rihan dan aku cemburukan sifatnya yang tidak pernah mudah jatuh cinta dengan sahabat sendiri seperti aku!
***
Dalam sejarah apabila aku membawa seorang gadis selain sakinah naik ke kereta aku untuk ke sekolah. Manusia itu adalah sepupu aku yang tiba-tiba mahu bersekolah di Kuala Lumpur dan aku menjadi mengsanya. Sepupu yang kejam dan brutal.
"Naouh,mana Sakinah? Dah lama gila aku tak jumpa dia. Dia sihat ke?"soal Amelna dengan hati yang kembang.
Aku memandangnya dengan pandangan yang hairan. "Kau jangan nak hyper pulak. Aku dengan dia tak de apa-apa. Lagipun hubungan kami sedikit rengang dan dia mana kenal kau. Kau je yang terlebih kenal dia."ujar aku pantas.
Aku tak mahu Amelna memalukan diri sendiri dan diri aku juga. Sampai je di sekolah Amelna terus dibawa ke kelas aku dan dia memilih untuk duduk bersebelahan dengan aku. Ini membuatkan aku bengang. Seluruh kelas bersorak seronok padahal mereka semua tidak tahu bahawasanya anak gadis yang manis disebelah aku adalah sepupu aku sendiri. Sakinah memandang dengan pandangan yang tajam.
Amelna menjadi rapat dengan Sakinah. Apa-apa sikit semua ditanya kepada Sakinah dan membuatkan Naouh meluat. "Amel! Kau boleh tak tolong jangan kacau si Sakinah tu."ujar aku bengang apabila melihat Sakinah masih tidak menghiraukannya. Amelna tersenyum. "Sorry. Aku dengan Sakinah adalah perempuan. Persahabatan kami adalah di antara perempuan dan perempuan bukannya lelaki dan perempuan. Jangan risau. Aku akan jaga Sakinah bagi pihak kau."usik Amelna sambil mengangguk mengia-iakan kata-katanya.
Aku dah mendengus. "Kau Amelna..memang sengaja nak kenakan aku ke? Aku dengan Sakinah adalah sahabat yang terbaik tapi di sebabkan perselisihan faham..aku dengan dia menjadi rengang dan hubungan dia dengan Rihan membuatkan aku menjadi takut dan tak mahu lagi rapat dengannya. Aku takut aku kecewa dengan persahabatan kami."ujar aku panjang berjela supaya Amelna mengerti tapi ia seperti mencurah air ke daun teratai!
"Nouh..Sakinah dan couple dengan Rihan. Semalam."kata-kata Amelna membuatkan aku tersentap.
"Couple!!?"
***
"Ya..aku dah couple dgn dia. Kalau kau tanya sebabnya..aku cuma nak cakap yang aku hanya sayangkan dia ketika ini."ujar Sakinah ketika aku bertanya direct dengannya di dalam kelas.
Dinesh memandang Sakinah tajam. "Sakinah. Kau ni gila ke? Macam mana kau boleh suka pada Rihan?"
Amelna hanya senyap. Dia memandang aku yang masih tersentap dengan jawapan Sakinah. Aku terus bangun dan mencapai beg sandang di bawah meja. "Naouh,please. Ini bukannya caranya. Kenapa kau asyik nak larikan diri dari masalah. Setiap kali kita bertengkar kau mesti lari ke tempat lain."ujar Sakinah.
Aku memandang Dinesh dan Amelna lantas mata aku memandang Sakinah yang masih menanti jawapannya. "Sebab aku tak boleh nak tahan daripada menyayangi kau lebih dari menyayangi diri aku sendiri dan kau pulak sibuk dengan Rihan yang bodoh!"jerkah aku.
Seluruh kelas memerhati.
Syafiq sebagai presiden kelas terus bangun dari duduknya. Dia menuju kearah aku dan Sakinah yang sedang berdiri melawan panahan mata sesama sendiri. "Stop it Sakinah. Naouh. Tolong berlagak macam kau berada di dalam kelas yang bagus. Bergaduh macam ni cuma mengambarkan sikap kita yang seperti kanak-kanak."ajak Syafiq kepada aku dan Sakinah.
Dinesh dan Amelna menahan Sayafiq dari terus berceramah. "Class..kita pergi makmal physic dengan kadar yang segera. Cikgu nak bagi ujian dan latihan."jerit Syafiq apabila disuruh Dinesh dan Amelna.
Kelas menjadi sunyi dan hanya kedengaran suara Amelna dan Dinesh yang kerisauan. Bersuara sesama sendiri.
"Kenapa dengan kau ni Naouh! Bila kau jadi kurang ajar ni?"soal Sakinah geram.
Aku tersenyum. Sekarang dia kata aku kurang ajar. YA! Sebab aku kurang ajarlah aku boleh terjatuh cinta pada kau tapi aku tak pernah menyesal kerana bercinta lebih baik memberi daripada menerima. "Sekarang kau panggil aku kurang ajar sebab Rihan. Kau cakap member lama kau kurang ajar! Sekarang aku nak tanya kau. Siapa yang kurang ajar bila kena tangkap dengan Cik Lee dalam bilik stor tengah buat perkara yang tak senonoh!!"sergah Aku.
Amelna dan Dinesh mengetuk dahinya. Ini adalah rahsia mereka bertiga kerana hanya mereka bertiga ternampak perkara yang disembunyikan Rihan selama ini dan memanggil En. Lee menyisat.
Dahi sakinah berkerut. Dia memandang aku meminta penjelasan. "Sakinah..aku sayang kau. Aku cuba sebaik mungkin untuk menjaga kau tapi kau sendiri yang tak tau nak jaga diri kau. Untuk sekian kalinya kau panggil aku kurang ajar kerana lelaki lain. Dalam dunia ni semua lelaki sama kecuali aku sebab aku sibuk menjaga hati seseorang yang serupa emas tapi mensia-sianya."ujar Naouh lantas keluar dari bilik darjah 5 Dedikasi.
***
Dari jauh aku memerhatikan perlawanan yang berlansung antara sekolah aku dan juga Sekolah Tinggi. Aku hanya mengeluh. Inilah kali pertama aku menjadi penonton. Jika tidak..dipadanglah segalanya menjadi titik kejayaan.
Aku mengeluh. Telefon bimbit aku berbunyi nyaring. Laju aku mengangkatnya tanpa melihat siapa pemanggilnya. "Hello. Naouh bercakap."ujar aku lembut.
Namun hampa tiada suara daripada si pemanggil. Aku juga senyap dan membiarkan sahaja panggilan itu berjalan. Aku melihat skrin telefon. SAKINAH!!??
Aku menarik nafas panjang selepas 5 minit tiada suara daripada Sakinah. "Saki..kau nak apa?"soal aku laju. Aku menarik nafas panjang sekali lagi.
"Naouh,maafkan aku. Aku dah buat salah pada kau."bisik Sakinah. Suaranya juga sedikit mendatar dan ke dalam.
Aku tersenyum. "Tak pe Saki. Janji kita masih berkawan. Aku tak boleh hidup tanpa kawan macam kau. Kaulah segalanya bagi aku selepas kita menjadi rapat dari umur 6 tahun lagi dan aku harap kau dapat kembali semangat kau dan kepercayaan kau kat aku."ujar aku senafas.
Aku terdengar Sakinah tergelak kecil. "Naouh,bila kau jadi matang ni? Ayat kau dah berubah dan berisi."ujaran Sakinah membuatkan aku tersentap lantas terburai tawaku.
"Ini semua sebab kau tak nak kawan dengan aku lagi. Kau selalu tak hiraukan aku. Aku sakit pun kau tak tahu. Aku jatuh masa latihan pun kau tak perasan walaupun kau memerhati dari lab.chemistry dan semuanya sebab cinta kau yang buta tu."sindir aku tajam. Aku hanya mahu kau sedar sayang dan bukan mahu mengungkit segalanya.
Sakinah mendesis. "Kau ni kan! Saja je nak perli aku kan? Dah la..tak nak aku kawan dengan kau lagi!"jerit Sakinah kuat. Suaranya yang kuat bergema.
Aku mendengar gemaan suara Sakinah lantas menoleh ke arah kanan. Aku tersenyum melihat Sakinah memusingkan badannya sambil mencebik. Aku menekapkan telefon ke telingga. "kau tak nak kawan dengan aku?"soal aku sengaja.
Aku tergelak. "kalau tak nak kawan..apa kata kalau kita kahwin?"ujar aku selamba. Sakinah terus menoleh lantas menjelirkan lidahnya. Aku tergelak besar. Apa yang membuatkan sakinah sedar dari lamunan cintanya dan kembali kepada aku? Dari jauh aku melihat Amelna melambai-lambai. Ini mesti kerjanya.
Aku menuju kearah Sakinah. "Wei saki..kau datang sini sebab nak minta maaf je ke? Tak nak minta jadi couple?"soal aku selamba.
Sakinah mengerutkan dahinya lantas menolak aku kuat. "Naouh,aku sebenarnya nak minta maaf dengan apa yang dah berlaku. Aku tak tahu yang selama ni kau sayangkan aku. Kau cintakan aku. Kau mahukan aku. Aku pulak baru sedar yang kaulah selama ni berada bersama aku tapi aku menghampakan kau." "Aku tahu kau gagalkan paper kau sebab nak buat ulangkaji dengan aku tapi aku tak hiraukan sebab aku tahu kau boleh buat…aku fakir kau saja nak malukan aku dengan markah kau jadi aku pulaukan kau. Aku tak tahu yang selama ini kau main bola sampai injured sebab aku. Aku tahu semua tu. Aku tahu dah."ujar sakinah panjang lebar.
Aku hanya tersenyum dan memandang perlawanan yang hanya berbaki 5 minit dan markah jaringan adalah seri. Aku mempunyai ada satu akal. "Aku akan maafkan kau bila sekolah kita menang dan kau kena buat sesuatu yang kau nak lupakan iaitu pada hari kejayaan aku 2 tahun lepas.
Sakinah memandang aku lantas menjeling. Aku tahu dia marah tapi nak buat macam mana. Aku ni seorang yang suka menggungkit dan dengan itulah tamatnya perlawanan apabila wisel di bunyikan dengan kejayaan aku mendapat markah ciuman daripada insan yang sangat aku sayangi dan hargai. Sampai mati aku akan menjaga Siti Nur Sakinah seperti aku menjaga diri dan hati aku dan walaupun nyamuk biasa mengigit..aku tak akan biarkan nyamuk aedes kerana aedes mengundang kematian.
"Saki..bila kita nak kahwin?"
Sakinah tersenyum. Dia mencapai sebuah bungkusan yang dibalut dengan cantik dari beg silangnya . Aku seperti pernah lihat bungkusan ini.
"Apa ni? Kecil dan panjang!"soal aku lagi.
Sakinah tersenyum. "ridsect..pembunuh semua jenis nyamuk."usik Sakinah sambil berlari mendapatkan Amelna yang menunggu dengan sabarnya.
Aku tergelak. Apasalahnya jika betul pun. Ada kebaikannya dari keburukan.
hehehe.. sape yang bace cete ni ngan kusyuknya msti tau pe relationship cete ni ngan nyamuk ades.. kan naouh kate nk jge saki even dari gigitan nyamuk skali pon.. ades 2 kan slh satu name nyamuk, so kt c2 la relationshipnye.. got it? =)
wElL d0nE... teringat lak aku kt serangan nyam0k kt skola ari 2.. habis kaki aku merah2 kne gigit,, dah 2 xde sape p0n offer nk sapu ubat.. kirenye nyam0k nieh cam org jaat r gak.. btw cinte zaman kanak2 mmg besh,, pure n simple..
wah... best nyer citer awak.. sweet sangat... ade sesetengah tuE, hampir sama ngan kisah yean.. subjek yang mereka ambik tuE p0n sama gak... Bio....he3 best citer neE...!!! tulis larh bnyk2,k???? confirm yean bace punyer..!! ekeke
gud job........... not bad la jugak cite nie........ agak x tersusun tp still menyeronokkan pah nie kalo nak wat lagi wat besh2 tau.......... buat biar trsusun sikit.......... btw it realy a nice story........ ~keon~
bleh tahan ar... tp ayat tonggang langgang! btw, aper kene mgene ngan nyamuk aedes 2 haa.. yg lg aku x paham ridsect 2 nak wat aper lak?! ke writer baru lps kene denggi?.. so trauma ngan nyamuk aedes lalu serapkn msok dlm citer nih bab da telalu trauma ngan nyamuk aedes!! heheh...;)
not bad laa fwenz . .tp xkn kiz pp jea..huhu^,^ NANA SAYANG ALEP<33
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
agak menarik..keep it up =)