Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Umi, umi…..boleh tak umi belikan baju ni untuk Fatin?" Tanya anakku sambil jarinya menuding ke arah baju tanpa lengan yang berwarna pink berlatarbelakangkan gambar Mickey Mouse. Aku tersenyum. Anakku ini memang suka sangat warna pink; boleh dikatakan semua baju dia berwarna pink. Warna lain memang tidak mendapat tempat di hati dia…’ like mother,like daughter’. "Tak boleh sayang…baju tu tak sesuai untuk Fatin. Seksi sangat la sayang. Nanti kita cari baju pink yang lain ya?" "Alaa umi, Fatin nak yang ni juga". Ujar Fatin lagi sambil merengek- rengek membuatkan aku tidak sampai hati untuk menolak permintaannya. Namun apakan daya; baju itu memang terlalu terdedah biar pun untuk seorang kanak- kanak yang berumur 5 tahun. "Fatin, kan umi dah pesan kita kena tutup aurat, Fatin ingat lagi tak?" " Ingat umi". Jawabnya pendek. "Haa dah tu baju ni kan tak ada lengan..hmm, jadi maknanya?" Ujarku, cuba berdiplomasi dengan anak sulungku ini. "Hmmm,maknanya baju tu tak boleh pakai la" "Haa tahu pun. Itulah anak umi. Pandai". Balasku sambil mencuit hidungnya ; manja. "Tapi kan umi…..kalau tak boleh pakai,kenapa kedai ni jual baju ni?" Ah,sudah……Tanya soalan maut pula. Takkan nak jawab yang tauke kedai ni memang saja- saja nak jual…mesti la tauke kedai jual berdasarkan trend terkini kan? Hatiku berbisik sendirian. "Hmm, sebab bos kedai ni tak tahu yang baju ni tak sesuai untuk dipakai oleh kanak- kanak macam Fatin. Kan bos kedai ni dah tua". Jawabku biar pun alasan yang diberikan agak tidak konkrit. Suka –suka hati aku je cakap bos kedai ni tua, entah – entah muda trang tang tang.Tapi kalau nak terangkan secara panjang lebar pun,mana mungkin kanak- kanak sekecil dia mengerti. Sedangkan orang dewasa pun tidak faham tentang tujuan menutup aurat, ini kan pula seorang kanak – kanak. Bagi aku, walau pun Fatin hanya lah seorang kanak – kanak dan tentunya segala amalannya tidak diambil kira oleh Yang Esa; namun didikan di peringkat awal adalah perlu…bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau dah terbiasa pakai baju yang terdedah sana, terdedah sini semenjak kecil lagi…apabila dewasa;tentu rumit kiranya untuk menghapus kebiasaan itu dan aku tak nak anakku menjadi salah seorang yang menjaja maruahnya kepada orang ramai. Tambahan pula, zaman sekarang ini penuh dengan kes penderaan seksual terhadap kanak – kanak dan aku tak mahu dan tak rela jika permata hatiku ini menjadi salah seorang mangsa kekejaman manusia bertopengkan syaitan tersebut. "Oh..macam tu ke umi". Ujar Fatin atau nama penuhnya Fatin Aina Bt Aizat Hakimi sambil mengangguk – angguk kepalanya, seolah- olah faham. "Yela sayang, lagi pun umi dah banyak kali dah kan cakap yang kita sebagai umat Islamtak boleh pakai baju yang seksi – seksi macam orang dalam tv tu pakai. Berdosa, nanti masuk neraka. Fatin nak jadi macam tu?" "Tak nak umi, Fatin tak nak jadi macam tu. Ustazah cakap neraka tu panas, ada ular besar dalam tu. Umi kan tahu Fatin mana la suka tempat panas – panas macam tu, kat rumah lagi best, ada air – cond". Ujarnya bersungguh – sungguh. " Hahahaha…..". Terlepas juga ketawaku. Biasa lah, anak zaman moden katakan....siap boleh bandingkan lagi neraka dengan air – cond. Rasanya kalau bukan di shopping complex ni, mahunya urat ketawaku terburai. Sungguh menggelikan hati…nasib baik urat ketawaku masih under control…kalau dah melepasi threshold value..rasanya bersambung lagi lah tawaku tadi. Hmmm , Fatin… Fatin. Ada – ada saja ayat dia yang menggeletek tangkai hatiku. "Kenapa umi?" Tanya Fatin; pelik barangkali melihat aku ketawa tiba -tiba . " Tak ada apa- apa la sayang. Hmmm, mana abah dengan adik Aiman ni, lamanya pergi toilet". Aiman adalah anak keduaku, muda 2 tahun dari Fatin. Aku meliarkan pandangan untuk melihat sama ada suami dan anakku itu telah datang atau belum. "Tu umi". Jerit Fatin kuat sambil mengunjuk ke arah abah dan adiknya yang sedang menuju ke arah kami berdua. "Abah..abah". Jerit Fatin lagi. Ish…suka sangat menjerit. Aku mengeleng –ngelengkan kepala melihat keletah Fatin. "Fatin, tak elok buat macam tu. Kan umi dah pesan tak elok jerit –jerit kat depan orang ramai. Kalau kat rumah tak apa la". Tegurku lembut. Itu la buah hatiku..tabiat suka menjerit memang sudah sebati dengan dirinya. Sudah berkali – kali ditegur pun,sama juga. " Ok umi, Fatin lupa la". Bisik Fatin perlahan. "Jom balik, ke nak beli apa-apa lagi". Tanyaku suamiku yang baru sahaja sampai di tempat kami menunggu. "Tak ada apa – apa dah. Lamanya abang pergi toilet..ke melencong tempat lain ni?". Tanyaku curiga. "Ish..awak ni…ke situ pulak. Abang pergi toilet je la. Kalau awak tak percaya, tanya la Aiman. Kenapa yang? Cemburu ke? Balas suamiku sambil ketawa. "Tak ada lah". Ujarku malu – malu. "Ada ke tanya macam tu depan anak –anak. Buat malu je". Bisikku perlahan kepada suamiku. "Alah abang gurau je la yang oi". Jawabnya, juga berbisik. "Apa umi dan abah bisik –bisik tu?". Tanya Fatin;ingin tahu. "Tak ada apa – apa la sayang". Ujar aku dan suamiku serentak… ahh,bahagianya saat ini. Aku tidak menyangka kebahagiaan ini menjadi milikku. Aku memandang suamiku. Dia tersenyum. Senyuman itulah yang telah memberi nafas baru dalam hidupku setelah aku hidup dalam trauma lebih kurang 3 bulan lamanya. Kisah silam yang ingin kulupakan sepenuhnya kini tiba – tiba seakan mengetuk peti mindaku…….kenangan pahit itu bermula….
- Lorong: berdekatan ladang getah,2002 –
Lorong sunyi itu sering menjadi laluanku untuk pulang ke rumah sewaku. Lorong itu biasanya menjimatkan masa aku; short cut katakan. Dengan memandu ‘sang kancil’, aku keluar dari pejabat tepat pukul 5.30 petang dan lorong sunyi itu sekali lagi menjadi jalan alternatif untukku pulang ke rumah sewaku. Entah kenapa..sebaik sahaja aku memasuki lorong itu, hatiku berdebar –debar,seolah –olah ada perkara buruk akan berlaku. Ish, simpang malaikat 44. Dah la aku ni seorang diri..pakaian pun sempoi saja. Aku pergi pejabat pun dengan ‘kemeja adik’ dipadankan pula dengan ‘seluar adik’. Tudung? Aku pakai,tapi selempang ke bahu. Pendek kata, memang tak ikut ciri – cirri yang dianjurkan Islam langsung..(tapi itu dulu..zaman kejahilanku). Tetiba, kereta aku mula ‘tersedak – sedak’. Ya Allah, kenapa pula ni? Time susah macam ni baru nak ingat Tuhan. Memang aku seorang yang teruk pun." Ish, time ni la nak buat hal pun". Bebelku seorang diri. Patut pun aku rasa tak sedap hati je, tengok – tengok kancil aku yang mogok. Lantas, aku pun memberhentikan keretaku di tepi jalan dan keluar dari kereta untuk memeriksa keadaan kancil kesayanganku itu. Sebaik sahaja aku membuka bahagian depan keretaku, kulihat asap berkepul – kepul keluar dari ‘mulut’ keretaku. "Eh, sejak bila pula Sang Kancil aku ni jadi perokok pula" . Detik hatiku nakal tanpa menyedari bahawa Sang Buaya sedang menunggu masa untuk membaham empunya Kancil ini.Ish..boleh pula mulut aku ni buat lawak, dah la hari pun dah nak malam. Seram pula rasanya. Sedang aku leka memeriksa apa yang tidak kena dengan keretaku, tetiba tangan kananku dipegang seseorang dengan kasar. Tanpa menunggu sesaat pun, aku berpaling. Darahku berderau, air liur yang kutelan dirasakan bagai pasir, kasar semacam. Wajah seorang lelaki yang agak menakutkan terpampang jelas di depan mataku. Ya Allah, ujian apakah ini? Kedua – dua tanganku ditarik kasar menuju ke tepi semak. Aku meronta – ronta untuk dilepaskan. "Apakau nak buat ni? Eh..lepaslah". Jeritku kasar. Walau pun takut, aku cuba memberanikan diri untuk melawan lelaki tersebut. Tapi sekuat mana la sangat aku ni yang sememangnya tidak ada basic langsung dalam seni mempertahankan diri ini. Kini, kesal mula beraja di hati apabila terkenangkan peluang untuk belajar seni mempertahankan diri pernah kulepaskan semasa zaman persekolahan dulu. "Hahahaha,kau tanya apa aku nak buat….tengok je la bodoh……". Kata lelaki itu dengan sinis. Dia menyentuh mukaku. Aku menepisnya..degupan jantungku sudah lari daripada irama asal..kenapa ni. Lelaki itu menolakku kasar, sehingga aku terduduk di atas hamparan rumput yang menghijau. Lelaki itu membuka bajunya, tanpa berfikir panjang pun, aku sudah tahu apa yang bakal dia buat terhadapku. Aku cuba untuk lari, namun apa lah sangat kudratku untuk melawan tenaga seorang lelaki yang sedang dikuasai nafsu,terlalu agresif..dan aku hanya mampu menangis. Suasana petang mula berubah kelam sekelam hatiku saat itu..aku menjerit sekuat hatiku. " Tolong..tolong". " Kau jerit la sekuat mana pun, tak kan ada orang dengar. Bodoh!". Tempik lelaki durjana itu kuat, semangatku seakan hilang namun aku masih mencuba.. " Tolong,tolong..tooo…llong". " Eh,diam la bodoh". Kata lelaki itu sambil menghadiahkan satu tamparan berbisa di pipiku. ‘Kau tu yang bodoh, takkan la aku nak diamkan diri saja tengok kau perkotak – katikkan maruah aku’. Namun ucapan itu hanya lahir di hatiku sahaja,tidak mampu untuk kuluahkan. "Tolong…please, I beg you..jangan apa – apakan aku". Rayuku biar pun aku tahu ia hanya membazirkan air liur sahaja. Semuanya sia –sia. "Kau ingat aku bodoh macam kau ke hah? Ikan dah ada depan mata..baik aku makan..buat apa nak lepaskan. Rugi, tahu tak? Hahahaha ". Lelaki itu ketawa nyaring. Tangan lelaki itu mula merayap di bajuku..baju yang sudah sedia ketat itu ingin dibukanya…yang kalau tidak dibuka pun,jelas menampakkan bentuk badanku. Aku cube menepis tangannya sekuat hatiku dan apa yang aku peroleh hanyalah tamparan semata – mata. Sangat memedihkan. "Tolong!!!!!". Jeritku sekali lagi dengan suara yang kuat. Aku tidak mahu menjadi pesimis dalam mempertahankan hakku yang hampir di jajah. Saat itu,aku mengharapkan agar ada insan mulia yang sudi menolongku biar pun cuaca yang semakin gelap bagaikan tidak mengizinkan sebuah sinar muncul. Tetiba, "Dushh". Satu tumbukan padu hinggap di belakang lelaki yang cuba merampas masa depanku sehingga dia jatuh menghempap aku. "Aduh!". Jeritku kuat…mana tidaknya,lelaki itu berbadan gempal dan tentu lah berat badannya pun seakan –akan 2 kali ganda dari aku. Tanpa berlengah, lelaki itu bangun dan apabila melihat terdapat 3 orang lelaki di depannya…dia cuba untuk melarikan diri namun tindakan 3 lelaki yang berpakaian kemeja putih, hijau dan biru itu yang masing – masing mengambil posisi yang strategik untuk menghalang lelaki itu daripada melarikan diri. Satu tumbukan singgah lagi di perut lelaki ‘gila’ itu menyebabkan dia jatuh terduduk di atas rumput yang hampir sahaja menjadi saksi kemusnahan dalam hidupku. Akhirnya lelaki yang berpakaian hijau dan biru mengambil langkah untuk menangkap lelaki itu. Detik itu,kurasakan bersyukur sangat – sangat kerana Allah telah menghantar 3 ‘malaikat’ untuk menyelamatkan diriku yang hampir ternoda. Kemudian,aku membetul – betulkan pakaianku yang hampir terlondeh itu. Aku merapikan tudung yang hampir sahaja tercabut akibat disentap lelaki tadi. Tiba – tiba,duniaku seakan gelap. Pandanganku menjadi kurang jelas dan kesakitan yang singgah di pipi dan bibirku menyebabkan aku jatuh terduduk dan kemudiannya duniaku gelap segelap – gelapnya…duniaku kosong. Mataku terpejam dan saat itu aku tidak mengingati apa – apa lagi…aku tersungkur ke bumi dan sempat kurasakan ada sesuatu yang menahanku daripada terus mencium rumput kering di situ…….
### "Tolong..tolong". Ujarku lemah sambil tanganku digerakkan ke atas seakan – akan cuba untuk menolak sesuatu untuk menjauhiku. "Cik , cik". Kedengaran satu suara halus berbunyi. Aku tersedar dari mimpi ngeri yang maha menakutkan. Pelik. Ya..itulah yang aku rasakan apabila melihat aku terbaring atas katil beralaskan cadar putih..eh,kat mana ni? Soal hatiku. "Cik..cik tak apa – apa ke?" Terdengar satu suara asing di pendengaranku. Aku membuka mata perlahan – lahan dan kulihat wajah seorang lelaki menyapa mataku. Oh,rupa – rupanya suara dia yang menyapaku tadi. Aku memandang lelaki tersebut dengan pandangan kosong. Sungguh, aku takut. Mimpi tadi seakan – akan mengejarku. "Jangan risau…cik dah selamat". Ujarnya sambil tersenyum manis..handsome. Ish, sempat lagi otak aku menganalisis. Ayat yang lelaki itu lontarkan mengundang tanda tanya di hati aku,selamat? Selamatdari apa? Dan seketika kemudian, fikiranku kembali mengulang tayang kejadian di lorong sunyi itu…badanku menggigil…ketakutan yang amat singgah di mindaku. "Jangan takut..cik kat hospital sekarang. Lelaki tu dah ditangkap polis". Ujarnya apabila melihat keadaanku yang ketakutan itu. Aku pandang wajah lelaki di depan..berkemeja putih. Tapi seingat aku…3 lelaki yang menyelamatkan aku tadi,mana lagi 2 orang? Ke aku yang berkhayal? Tapi rasanya ingatanku masih lagi ok. Pelik. "Terima kasih kerana menyelamatkan saya tadi. Saya Anis Amirah. Err,seingat saya..ada 3 orang yang tolong saya tadi. Mana lagi 2 orang?". Ujarku perlahan,seakan berbisik pula rasanya. Mana tidaknya..kudratku dah tinggal nyawa – nyawa ikan. Sungguh, aku letih dengan apa yang menimpaku hari ini. Keletihan di pejabat dicampur pula peristiwa ‘hitam’ tadi. Ya Allah..berikanlah hambamu ini kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi ujian ini. "Sama – sama. Dah menjadi tugas saya untuk menyelamatkan insane yang teraniaya. Saya Aizat, Aizat Hakimi. Oh, 2 orang tadi kawan saya. Dia orang dah balik. Ada hal. Tapi dia orang kirim salam kat awak". "Waalaikimussalm,oh tak apa. Pertolongan yang awak semua hulurkan dah cukup buat saya terhutang budi. Terima kasih banyak – banyak. Nanti kalau awak jumpa dia orang…jangan lupa ucap terima kasih bagi pihak saya ya?". "InsyaALLAH". Ujarnya ringkas.
###
Kejadian itu telah meninggalkan kesan mendalam dalam hidupku. Aku mengalami trauma sebagai akibat peristiwa tersebut. Boleh dikatakan setiap malam aku dibayangi mimpi ngeri. Ketenangan hidupku seolah – olah mati. Dan peristiwa itu juga lah yang memberi kesedaran kepada aku untuk berubah menjadi muslimah yang benar – benar yang dianjurkan dalam Islam. Sesungguhnya setiap kejadian itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Walaupun peristiwa itu merupakan detik sukar dalam hidupku, namun rahmatnya terlalu besar dalam hidupku. Peristiwa itu menjadi perintis kepada segala – galanya. Kini..aku tidak lagi memakai pakaian yang ketat, nipis dan sebagainya yang boleh mendatangkan keburukan kepadaku. Tudung juga berjaya kulabuhkan menutupi dadaku. Pakaianku kini berlandaskan prinsip Islam yang betul,tidak lagi mengikut trend barat atau pun jahilliyah. Kini, aku benar – benar khilaf akan kesilapanku di masa silam terutamaya dalam berpakaian kerana disebabkan pemakaianku itulah,aku hampir kehilangan harga diri. Sesungguhnya firman Allah itu benar yang menyatakan bahawa kerosakan akan berlaku di muka bumi sekiranya manusia tidak mengamalkan apa yang diperintahkan. Akibat trauma yang membelenggu hidupku itu, aku telah mendapatkan rawatan di Jabatan Psikiatri di Hospital Universiti Sains Malaysia yang telah menemukan aku dengan seorang Aizat Hakimi. Ya,dia seorang doktor yang low profile. Masakan tidak,dulu dia hanya memperkenalkan dirinya tanpa menyebut pun perkataan ‘doktor’. Dan tanpa disangka, keakraban aku berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan telah mendekatkan kami bukan hanya sebagai seorang doctor dan pesakit,malahan lebih dari itu! Memandangkan tiada halangan daripada keluarga kami, aku dan dia pun mendirikan rumah tangga tanggal 12.12.2002. Tempoh perkenalan yang singkat itu bagi aku tidak mendatangkan masalah kerana cinta sebelum kahwin yang sering dimomokkan oleh kawan – kawanku sebenarnya boleh membawa bencana yang lebih dahsyat lagi..apa lagi kalau bukan perzinaan. Sepanjang perkahwinan yang aku lalui itu, banyak nasihat dan tunjuk ajar yang aku dapat daripada suamiku tercinta. Itulah rahmat terbesar yang aku dapat daripada peristiwa silam itu. Seribu kesyukuran kupanjatkan kepada Ilahi kerana menemukan aku dengan seorang yang cintanya berlabuh pada cinta Yang Esa,yang memandu rumah tangga kami ke arah mencapai kebahagiaan dunia dan di akhirat. Peristiwa itu juga lah menyedarkan aku tentang peri – pentingnya mendidik anak kecil agar menutup aurat kerana itu ialah asas kepada pembentukan jati diri mereka apabila dewasa kelak. Bahkan pernah aku terbaca dalam suatu buku yang mengatakan bahawa pakaian yang ketat boleh menyebabkan kemandulan dan kesakitan pada bahagian abdomen. Nah,itu buktinya Islam itu menginginkan yang terbaik untuk umatnya. Setiap apa yang diperintahkan Allah pasti ada hikmahnya,tanpa perlu kita persoalkan mengapa dan kenapa kerana Islam itu indah. Dan alangkah indahnya hidup ini jika kita mempraktikkan gaya hidup yang dianjurkan oleh agama fitrah yang cukup kita sanjungi ini.
P/S: CERPEN NI DIOLAH SEMPENA PERTANDINGAN MENGARANG CERPEN SEMPENA BULAN AURAT DI KAMPUSK SY @ USMKK. HRP KORANG SUDI BACE $ BAGI AR KOMEN M'BINA CKIT...NI CERPEN PERTAMA SAYA YANG DI'ON9'KN KT CNI..SEMUA YG BAIK DTGNYA DARI ALLAH,DAN SEGALA KELEMAHAN ADALAH KESILAPAN SY SENDIRI.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Ok.
Menarik.