Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Eeei, lagu aku!!"jeritan Najwa kedengaran kedengaran satu bilik. Volume radio SONY itu dipusing ke tahap maksimum. Serentak itu lagu I’m the lucky one dari Anuar Zain kedengaran. Terpaku Najwa di meja studynya sambil menyanyikan bait lagu tersebut.
"Oi, bawak lah sedar diri tu sikit!"jari Fatihah hinggap, menonjol bahunya. Gadis itu pantas menoleh, buku nota Encik Farami dilontar ke arah room matenya yang sorang tu. Fatihah tersegih-sengih bila buku itu tidak mengenainya. Tak guna betul!!
"Najwa! Tadi aku jumpak Ashman,"ujar Fatihah bila Najwa menurunkan volume ke tahap asal. Gadis itu cebik.
"Ashman! Habis tu? Apa kena mengenanya Ashman dengan aku,"wajah gebu Fatihah dijeling dengan ekor matanya. Hish, tak sudah-sudah nak kenenkan aku dengan si Ashman, tak de perasaan tu. Kalau dengan best friend Ashman, Harris aku nak lah!
"Yelah, korangkan sepadan. Muka pun dekat sama! Kalau bersanding memang gempaklah,"gelak room matenya tersembur lagi. Najwa menoleh. Aku cukup tak suka kalau orang kenenkan aku dengan mamat tak de perasaan tu! Adeke aku dengan si Ashman tu dikatakan sepadan. Lainlah kalau aku dengan Harris.
"Tihah, kalau kau sayang mulut kau tu, lebih baik kau diam,"pen biru di tangan Najwa sudah jatuh ke meja. Matanya pula bulat tersinar-sinar. Serentak itu, tawa Fatihah terhenti. Tangan gadis itu disilangkan ke mulut.
"Sorry!!"sepantas cicak Fatihah berlari ke katilnya. Najwa sekadar memandang. Tahu takut! Tadi sedap sangat matchingkan aku dengan si Ashman tu. Eeeei, mati hidup semula, tak denya aku nak kat dia. Lainlah Harris, yang gentlemen, romantik dan soft spoken tu! Aduh-aduh-aduh!! Boleh cair aku. Tapi, tulah dia ramai sangat peminatnya.
"OK, your can dismiss now!" Mr Ben Nathan menghentikan kelasnya tepat jam 11.55 pagi. Serentak itu, suasana LAB A riuh rendah. Najwa pantas melangkah ke luar, memandangkan pelajar kelas pukul 10 sudah menunggu di luar lab.
"Alamak!"di luar pintu lab, dia tertembung dengan seseorang. Melayang fail dengan pencil casenya. Tepat-tepat jatuh di depan kaki seseorang. Najwa menghela nafas panjang. Alamak, mamat tak de perasaan tulah. Ashman memandangnya sekilas sebelum masuk ke dalam lab. Gadis itu tercengang. Kan aku dah cakap, mamat ni tak de perasaan, at least tolong la ambik fail dengan pencil case tu!!
Dengan perasaan yang tak puas hati itu, Najwa melangkah laju menuju ke asrama. Kelas Psychologynya dibatalkan kerana Encik Latiff MC dua hari. Selamatlah aku dari jadi mangsa soalan berpandu orang tua tu.
"Najwa!!"setibanya di bangunan Student Affairs, namanya dilaungkan. Gadis itu menoleh ke belakang. Tersenyum lebar dia melihat Harris melangkah ke arahnya, sambil memberikan isyarat supaya menunggunya. Alahai, langkah kanan aku hari ni. Dapat jumpa pulak dengan naib pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar ni!!
"Harris, dari mana?"kala itu, hilang sikap brutalnya. Yang tinggal kini, Najwa yang lembut dan bersopan santun. Pemuda itu senyum meleret.
"Baru habis kelas..Awak dah habis kelas ke?"pemuda yang dikenalinya ketika camping kelab pencinta alam awal tahun itu berdiri betul-betul di hadapannya. Membetulkan cermin matanya.
"Kelas cancel. Encik Latiff MC dua hari..
"Ooo..Dah makan?"Najwa geleng. Dia nak belanja aku makan ke? Kalau betul, memang bulan jatuh ke riba hari ni!
"Jom, saya belanja awak makan!"Yes!! Najwa seakan mahu melompat dan menjerit.
"Eh, tak payahlah, susahkan Harris je,"Najwa cuba berbasi-basi. Buat si Harris ni bendul, tak tak jadi belanja aku makan, mampus aku!! Harris tersenyum manis, kepalanya digelengkan.
"It’s OK! Awak ada hal ke?"pantas gadis itu geleng kepala. Demi makan bersama kau Harris, lautan api sanggup ku redahi.
Pintu bilik 203 dihempaskan sekuat hati. Serentak dengan itu, Fatihah muncul dari balik pintu almarinya, dengan rambut berbalut tuala putih. Dia baru sudah mandi.
Dengan muka masam bak cuka, Najwa melontar kasutnya ke rak kasut. Fail putihnya dihempas atas meja study. Bergegar meja itu dibuatnya. Pijar hatinya mengenangkan kata-kata yang dilontarkan oleh Ashman tadi. Kalau ikutkan hati aku, aku pergi bakar kereta dia tu!!
Najwa menjeling tajam, melihat Fatihah mendapatkan telefonnya yang tiba-tiba berbunyi. Mujurlah, bilik ni dikongsi oleh dia dengan Fatihah saja. Dan syukurlah Fatihah dah sedia maklun dengan perangai dia selama ni.
"Perempuan sekarang bukan boleh pakai Harris, dalam diam-diam, diorang boleh main kayu tiga!,"Najwa tersentak. Entah apa angin si Ashman hari ni, tiba-tiba saja boleh bercakap pasal perempuan. Pasal hati dan perasaan.
Kata-kata pemuda itu, walaupun lembut, namun penuh makna. Double meaning!! Najwa buat tak peduli, bau chicken chop di hadapannya membangkitkan seleranya. Lagipun malas nak layan mamat ni. Bukannya aku gile sangat nak makan dengan dia, Harris yang ajak.
"Hish, tak semua perempuan macam tu..,"Najwa tak dapat sembunyikan senyumannya bila ayat itu keluar dari mulut Harris. Merah pipinya dirasakan. Memang, tak semua perempuan macam tu. Contohnya, aku!!
"Mana kau tahu! Perempuan ni semuanya mata duitan. Biarlah, sebaik mana pun kita ni, diorang still nak cari yang lain!"telinga Najwa mula berasap. Mamat ni apahal? Tiba-tiba cakap pasal perempuan. Bukan ke selama ni dia anti-perempuan. Dulu mati-mati, aku ingat dia ni gay!!Dia dengki latu, Harris ada awek, dia tak de! Najwa mendongak bila perasan sepasang mata merenung ke arahnya. Tiba-tiba saja matanya bertentang dengan mata Ashman. Berderau daranhnya naik ke muka.
"Kenapa kau tengok aku! Kau nak kata, aku pun mata duitan jugak ke?"sinis sekali suara Najwa. Ashman nampak terkejut, tapi sempat pulak dia buat muka sardin, sebelum memalingkan mukanya ke arah lain. Menyirap darah gadis itu melihat aksi selamba mamat tak de perasaan ni. Pantang betul aku bila orang buat tak tahu je time aku bercakap.
"Mana ada..,"Harris menepuk tangannya di atas meja. Mujur ada si Harris ni pandai cold down kan keadaan. Ashman merengus kasar, membayangkan ketidak puasan hatinya.
"Kau apasal Ashman, kenapa kau suka cari pasal dengan aku?!
"Yang kau terasa ni apasal? Tak malu ke kat orang sekeliling, membebel macam orang gile je..,"Najwa ketap bibir mendengar kata-kata keluar dari bibir pemuda itu. Kalau ikutkan hati aku, nak je aku ramas-ramas mulut dia. Serta merta dia berdiri tegak. Napkin yang dipegangnya entah hilang melayang ke mana.
"Memang aku dah gila. Aku gila dengan perangai kau ni. You’re the most heartless man I ever meet!!"puas hatinya bila menuturkan kata-kata itu. Kau ingat kau tu pujaan ramai ke? Kirim salam la. Harris bingkas bangun, cuba menenangkan keadaan. Riak cemas terpamer pada wajahnya. Pelanggan lain dalam restoren itu sudah mula memandang ke arah mereka. Najwa buat tak peduli. Namun yang tambah sakit hatinya, melihat reaksi Ashman yang bersahaja.
"So?" Ashman memandang ke arahnya. Siap mengangkat kening ke arahnya. Najwa pejam mata, kakinya dihentakkan ke lantai. Ya Allah!! Sakitnya hati aku dengan perangai mamat ni. Sesak dadanya dek terlalu marah. Kalau aku berani, dah lama aku sepak mamat ni macam main futsal. Tak de perasaan langsung!
"Kau ni…,"Najwa kehilangan kata-kata. Gadis melangkah beberapa tapak ke belakang. Dia merenung gelas kosong di tangan. Tanpa sedar, dia menyimbah air ke muka Ashman.
Ashman terkaku.
Harris ternganga.
Najwa perlahan-lahan tersenyum
Dia dah tak peduli pandangan orang ramai. Peduli apa aku. Bukannya aku kenal diorang. Najwa merenung wajah Ashman yang basah lencun. Dia melangkah beberapa tapak ke hadapan. Betul-betul berhadapan dengan Ashman.
"Dengar baik-baik Encik Ashman, seorang perempuan nakkan lelaki yang ada pada saat susah dan senangnya, dan aku nakkan lelaki yang ada perasaan, bukannya yang kayu, kaku, batu dan tunggul macam kau!! Kau tu tak de perasaan langsung!!"separuh berbisik, Najwa menuturkan ayat itu ke telinga Ashman. Pemuda itu diam seribu bahasa, namun matanya bulat merenung gadis itu.
"Saya balik dulu Harris,"dengan mata masih bertentang dengan Ashman, dia mengucap selamat tinggal. Beg dan failnya dicapai sebelum melangkah laju ke pintu keluar. Tak sanggup, dia nak berhadapan dengan Harris. Ashman punya pasal lani. Dia dah musnahkan lunch aku dengan Harris. Semuanya kerana Ashman!!! He blow out my first date!!
Sepanjang malam, Najwa menangis. Tak guna punya Ashman!! Tak pernah dia rasa begini marah! Meletup-letup dadanya menahan marah. Tapi, tak tahu kat siapa nak luahkan. Fatihah yang memahami, berundur senyap-senyap. Satu malam dia tak balik, entah kat mana minah tu tidur?
Bila Fatihah balik pagi tadi, Najwa dah warning awal-awal, jangan sesekali sebut nama Ashman, mamat tak de perasaan tu di depannya. Kalau tak, semester depan kau cari room mate baru! Tanpa ragu-ragu lagi, Fatihah angkatsumpah tanda setuju. Akhirnya, dengan muka sembab dan mata yang bengkak, Najwa menuju ke kelas. Moodnya sepanjang hari tu, memang swing.
"Hi, Najwa! laju jalan,"tegur Syam. Najwa cuma angguk, tanpa sebarang senyuman di bibir seperti selalu. Moodnya bertambah baik, bila Mr Latiff umumkan keputusan mid term exam, dan buat pertama kalinya, dia dapat highest mark. Kerana itu, dia setuju bila Suraya mengajaknya makan bersama. Kalau balik bilik pun buat apa? Sudahnya, aku melantak tidur sampai ke petang!!
"Terror la kau, nanti kau ajar aku, ye?"Najwa senyum. Bubur nasi itu disua penuh berselera ke mulut. Sejenak, dia menegakkan kepala, menghayati suasana sekeliling Café Intan. Tak ramai lagi student menjamu selera, selalunya café ni penuh time peak hours.
Matanya jatuh ke sekumpulan pelajar yang berkumpul di tepi tangga. Darah gadis itu rasa tersejat seketika, sebaik saja kelibat Ashman muncul dari tangga itu. Mujurlah, mamat tu tak perasankan aku. Better aku habiskan bubur ni cepat, pastu blah!!
Tapi tak lama, matanya meliar lagi mencari kelibat pemuda itu. Dari jauh, Najwa sibuk merenung Ashman yang sedang memilih makanan di kaunter. Dia bertiga, dua lagi kawannya dia tak pernah tengok.
Penampilan Ashman hari iti ditilik dengan penuh minat. Physically, memang dia nampak attractive, charming, lagi handsome dari Harris! Tapi, sayang dia ni kayu dan batu. Snow king, cold blood, tu panggilan student-student perempuan kat sini pada dia. Bukannya dia tak de peminat, berlambak!! Dia je jual mahal! Mengada-ngada lebih!! Entah-entah memang betul dia gay kot!!
Petang itu, pemuda itu santai dengan kemeja hitam dengan lengannya dilipat sampai ke siku. Memang dia ni segak bergaya. Smart!! Patutlah, budak Ika minat kat mamat cold blood ni! Seakan menyedari dirinya diperhati, Ashman menoleh ke arahnya. Terserlah riak terkejut pada wajahnya. Najwa pantas tunduk bila menyedari pandangan mereka bersatu.
"Najwa, apsal kau ni,"Suraya menepuk tangannya. Najwa geleng. Wajahnya merah menyala. Malunya aku. Hei, bodohnya aku ni, buat apa aku pandang si Ashman tu. Mesti dalam hati, mamat tu ejek-ejek aku!!
"Su, aku pergi dulu,"sepantas kilat, gadis itu berlalu. Setibanya di hadapan Ashman, dia tunduk mengadap lantai dan melajukan langkahnya. Malu wo! Tapi, dia dapat merasakan, mata pemuda itu mengekorinya.
Mak telefon lagi tadi. Rombongan Uncle Aminuddin datang lagi, membawa lamaran untuk dia. Najwa mengeluh, kali ni masuk kali ketiga mereka datang meminangnya. Mereka membawa lamaran untuk anak lelaki mereka, yang kononya akan melanjutkan pelajaran ke luar negara tahun depan.
"Macam mana ni, Najwa? Dah 3 kali mereka datang minta kamu?" Najwa senyap, dia tahu ayah tersepit di tengah-tengah. Uncle Aminuddin tu majikan ayah. Tentu ayah rasa serba salah kalau dia menolak lagi lamaran mereka. Aku pun bukan bodoh sangat, tak fikir pasal benda tu. Tapi, aku heran betulla, kenapala diorang berkenan sangat kat aku ni!! Dah la duit tak de, rupa pun kurang. Apa la yang dia pandang kat aku ni.
"Terima jelah ayah!!"setelah ditimbang baik dan buruk, akhirnya dia mengambil keputusan untuk menerima lamaran itu. Kalau difikirkan pun, memang tak nampak pun peluang untuk aku nak dapat pak we dalam masa terdekat ni. Harris, memang tak de peluang langsung. Pulak tu lepas aku mandikan Ashman minggu lepas, terus dia senyap tanpa berita.
Lagi parah lagi sekarang, tak tahu kenapa setiap kali memandang wajah Ashman, pipinya tiba-tiba dirasakan merah dan perutnya tiba-tiba saja memulas. Tak kan aku suka kat si mamat gay tu kot!! No way!!
Seminggu selepas Najwa menerima peminangan tu, sebentuk cincin emas belah rotan terlilit di jari manisnya, beserta sekeping gambar tunangnya. Mengeletar tangannya memegang gambar itu. Mengucap panjang dibuatnya. Ya Allah!! Hitam legam, rambut kerinting!! Macam mana Uncle Aminuddin yang masih segak tu dengan Untie Mariani yang masih solid dek makan jamu hari-hari boleh dapat anak hitam legam macam si Razif ni!! Kot mamat ni anak angkat ke?
Puas Najwa psikologikan diri sendiri supaya menerima keadaan fizikal tunangannya, namun roboh jugak air matanya tatkala merenung cincin di jari. Dah nasib aku, dapat tunang hitam legam, lagi buruk macam Razif ni. No wonder la diorang pinang aku sampai tiga kali, agaknya dah tak de perempuan nakkan si Razif tu. Tpi, kesiannya kat anak-anak aku nanti, kalau diorang ikut muka bapak diorang!
Kesemua ahli keluarganya pulak seolah-olah merestui pertunangannya dengan Razif. Mak dengan ayah pula asyik memuji kebaikkan Razif. Dia angguk. Mak ngan ayah boleh puji dia baik jelah, takkan nak puji dia tu handsome! Nampak sangat menipunya.
"Wa kena diet sikit ni, baru boleh pakai kebaya!!"usik Abang Man. Ketika itu, mereka sedang membelek sepasang kain organza bersulam yang diberikan oleh pihak lelaki sebagai hantaran pertunangan. Kata mak, kain tu Razif yang pilih, dan dia nak aku pakai masa hari akad nikah nanti.
Memulas-mulas perut Najwa, bila diberitahu majlis perkahwinannya telah ditetapkan. Lagi tiga bulan. Berpinar- pinar mata mendengarnya. Mana sempat aku nak prepare physically and mentally. Yang tak tahan tu, si Razif dah siap sedia ambik kursus kahwin. Rupa-rupanya sebelum dia hantar mak dengan ayahnya datang meminang buat kali pertama dulu iaitu dalam awal tahun lepas, dia dah siap prepare ambik kursus kawin. Tinggal tak akad nikah je lagi. Mamat ni memang dah gatal nak berbini ke?
Tepat 24 jam selepas mereka bertunang, Razif call. Lemah lutut Najwa mendengar suaranya. Macho!! Lemah lembut suaranya. Tapi, macam kata orang, suara sedap mesti muka tak handsome. Abang Man dengan isterinya Kak Norli pulak, dah sengih mengejek melihatnya bergayut telefon.
"Kita jumpa?" Najwa senyap seribu bahasa. Aku rela dengar suara kau saja, dari melihat rupa kau! Aku tak nak berubah hati, aku tak nak nanti aku menyesal bertunang dengan kau. Apa aku nak cakap tak nak kasi kau kecik hati.
"Saya busy sekarang ni, lagipun mak saya cakap tak manis kita jumpa…kita cakap dalam telefon jelah," Mak yang kebetulan lalu di depannya memandang Najwa dengan penuh hairan. Sejak bila dia cakap macam tu?
"Tak pelah macam tu, saya pun tak nak susahkan awak, kita cakap dalam phone jelah ye...,"syukur alhamdulillah!!
Sembilan puluh sembilan keping kad undangan perkahwinan yang tercetak namanya dan Razif dipandang dengan penuh keharuan. Kad undangan perkahwinannya diuruskan oleh pihak lelaki, atas permintaan mereka. Kad yang diserahkan kepadanya semalam baru luak sekeping. Itupun diberikan pada Fatihah. Najwa dah tak tahu nak serahkan pada siapa lagi. Entahlah, semakin dekat hari perkahwinan, semakin kecut hatinya dirasakan. Mak semalam beriya memuji kad undangan kahwinnya, memang cantik, tapi demi tuhan dia memang tak de feel langsung nak belek pun kad tu.
Akhirnya, baki sembilan puluh lapan keeping itu diserahkan kembali pada ayahnya. Sekeping lagi disimpan untuk diserahkan pada seseorang.
Langkah Najwa terhenti. Sakit matanya melihat drama aksi romantik gatal di depan matanya. Kad bersampul putih itu digenggam erat, sebelum menggagahkan kaki melangkah.
"Ehemm!!"merpati dua sejoli itu menoleh serentak. Senyuman yang asalnya terukir di bibir Ashman terus terpadam. Tapi, pegangan tangannya dan Ika tambah erat. Najwa terpaksa tersenyum manis. Kau ingat aku suka sangat kacau kau dating.
"Tolong kasi best friend kau, Harris!"serentak itu dia berlalu. Namun, dia menolah bila Ashman memanggilnya.
"Selamat pengantin baru!!"merah mukanya masa itu. Tak guna kau Ashman. Nak wish selamat pengantin baru pun tak payahlah sampai menjerit. Kau nak kasi tahu seluruh department ni ke yang aku nak kawin!! Tapi, tak leh salahkan dia jugak, dah tertulis kat sampul tu nama Harris dan Ashman.
"Thanks"
Najwa pantas celik mata. Bingkas dia bangun dari katil berhias indah itu. Nafasnya dirasakan berterabur. Suasana agak kelam, mungkin dah malam agaknya? Apa dah terjadi? Berpinar-pinar kepalanya, cuba mengingati sesuatu.
"Wa dah sedar?"mak tersenyum memandangnya. Segelas air suam dihulur ke arahnya. Tanpa tunggu lama, segelas air suam disua ke bibir.
"Wa takut sangat ye?"Najwa senyap seribu bahasa. Dia masih ingat selepas majlis akad nikah di ruang tamu tengah hari tadi, suaminya masuk untuk menyarungkan cincin ke jarinya, menyempurnakan adat membatalkan air sembahyang.
Tapi, belum sempat suaminya menyarung cincin itu ke jari, dia dah jatuh terkulai ke lantai. Pengsan! Barangkali terkejut melihat suaminya. Najwa tunduk berfikir, betulke apa yang nampak tadi..Atau itu mimpi?
Najwa tak sedar bila maknya beredar dari bilik itu, meninggalkannya keseorangan. Dia bangun, merenung diri di dalam cermin meja soleknya. Tudungnya yang dipakai sewaktu majlis akad nikah tadi, sudah hilang ke mana, yang tinggal hanya kebaya organza pemberian Razif berbalut di tubuhnya.
Dia memandang dulang-dulang hantaran yang diletakkan di hujung sudut biliknya. Apa aku dah buat ni? Mesti orang fikir bukan-bukan, bila pengantin perempuannya jatuh pengsan. Serta merta dadanya berdebar. It just a dream…
Tuala putihnya dicapai dan dia segera ke bilik air. Agak lama dia mandi di pancuran. Dia tahu, dia memerlukan kekuatan untuk bertemu dengan suaminya. Tapi, sumpah aku tak ingat muka dia macam mana? Agaknya aku takut nak jumpa dia sampai pengsan-pengsan kot!!
Usai solat isyak, dia terperasankan sesuatu. Sekeping nota bertulisan tangan dijumpai di tengah-tengah katil pengantinnya. Najwa memandang sekeliling, cuba merasakan kehadiran seseorang dalam bilik berhias warna merah putih itu.
Buat isteri, Sara Khadeeja Najwa..
Tatkala aku menerima akad nikah kau, aku sudah berikrar untuk menjaga kau seumur hidup, untuk bersama kau selamanya, selagi hayat dikandung badan. Najwa, aku bukannya lelaki kayu, kaku, batu dan tunggul. Jauh sekali lelaki tak berperasaan. Perasaan cinta dan sayangku telah aku persembahkan untuk kau. Aku ingin jadi lelaki yang berada di sisi kau waktu susah dan senang kerana aku tahu kau juga akan berada di sisi aku waktu aku susah dan senang..
Dari suami,
Ashman Razif
"Assalamualaikum,"Najwa pejam mata, dadanya berdebar kuat. Suara tu? Ashman???
"Waalaikumussalam?"Najwa hanya mampu terkaku di katil, merenung lelaki yang kian menghampirinya. Ashman tersenyum manis, dengan yakin melangkah ke arahnya. Sepasang baju melayu cekak musang dengan sampin songket beserta songkok hitam tersarung pada tubuhnya. Pemuda itu senyap sambil melabuhkan punggungnya di sisi Najwa. Najwa hilang suara, dia tak tahu nak bereaksi macam mana. Tambah pula, dengan keadaanya yang selekeh memakai sehelai t-shirt baby T dan masih bertuala. Mujurlah dia tak berkemban tadi!! Rambutnya pula masih basah, dan dibiarkan tak terurus. Seingatnya, inilah pertama kali Ashman melihat rambutnya.
"Gambar tu? gambar sapa?"setelah hampir 10 minit mereka berpandangan, akhirnya Najwa buka mulut, bertanya. Ashman pula dari tadi tak habis-habis tersenyum sampai ke telinga. Suka agaknya dapat kenakan aku? Apa aku nak panggil mamat ni? Seminggu sebelum nikah dulu, sebelum aku tahu dia adalah Ashman, aku dah berlatih panggil abang..
"Tu gambar tukang kebun mama, orang Nepal!"Ya Allah, orang Nepal, patutlah hitam legam semacam je. Sampai hati kau Ashman, mengenakan aku sampai macam tu sekali. Najwa terus senyap, tunduk membelek cadar katil.
"I’ll get you something to wear….," dia bangun, melangkah ke almari pakaiannya. Namun, langkahnya terhenti, pergelengan tangannya ditarik dari belakang. Ashman menariknya, supaya berhadapan dengannya.
"Marah?"tangan Ashman memenjara kedua-dua belah lengan isterinya. Najwa geleng. Mahunya aku tak marah!!
"Why should I? Awak ada hak, awak kan anak orang kenamaan, anak orang kaya, mesti pilih isteri dengan tepat, may be itu test untuk lihat sama ada saya ni mata duitan ke tak?"Najwa memalingkan mukanya ke arah lain. Kalau tak mengenangkan kau ni dah jadi suami aku, dah lama aku siram kau dengan air!! Bukan segelas, tapi sejag!!
Dia berlalu ke almari, mengeluarkan sepasang baju tidur. Hampir saja dia menjerit bila menyedari Ashman berdiri begitu dekat di belakangnya. Pipinya merah menyala, tapi Ashman seperti tidak berperasaan.
"I’m sorry!!"hampir tidak kedengaran suara itu. Najwa buat tak dengar. Ashman menarik tangannya untuk duduk di atas katil. Terasa bahang panas dari tubuh suaminya meresap ke badannya.
"Abang mintak maaf, jika selama ni abang selalu menyakitkan hati Wa! I need to capture your attention, sayang!" Najwa mendongak, merenung sepasang mata milik suaminya.
"I love you sayang..abang sukakan Wa dari dulu, tapi Wa tak pernah perasankan abang. Wa siap boleh minat kat Harris pulak tu..Sebab tu abang mintak mama ngan papa datang meminang Wa dulu,"meremang bulu roma gadis itu mendengar kata-kata magic dari Ashman. Sumpah, dia tak pernah terbayangkan pemuda kayu, kaku, batu, tunggul ni akan meluahkan perasaannya. Rasa macam nak terbalik je..Siap gelarkan diri dia abang lagi!! Aku mimpi ke?
Najwa mendiamkan diri bila jari jemari Ashman mengusap pipinya dengan lembut. Tiba-tiba Ashman mengeluarkan sesuatu dari poket baju melayunya.
"Belum sempat abang nak sarungkan cincin ni, Wa dah pengsan. You scared the hell of me, sayang..,"mengeletar jarinya tatkala sebentuk cincin platinum bertakhtakan berlian disarungkan ke jari manisnya yang merah berinai. Najwa terkesima, dengan tindakan Ashman mengucup jari dan dahinya.
"Abang faham if you need time to think, I understand,"Ashman senyum nipis, sebelum bangun melangkah menuju ke pintu. Najwa mahu menjerit, tapi suaranya seolah-olah tidak keluar.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
dah boleh agak ending die...