Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Bayu berpuput lembut pagi ini terlalu menenangkan mencuri masuk melalu jendela yang sedikit terbuka. Hilwa deras terjaga dari tidur tatkala kesejukan mulai menggigit tulang. Risau suami di sisi tidak lena. Hilwa perlahan menghampiri tingkap lalu menutup rapat. Dingin tiada lagi. Lantas tubuhnya direbahkan di sebelah insan yang hampir sembilan tahun menemaninya setia saban hari. Sempat mengucup kening lelaki itu namun Haikal tersedar jua.
" Wa..tak tidur lagi ke?', soalnya kehairanan melihat isterinya yang masih terbuka mata.
" Sedang tidurlah ni..", ujarnya sempat berseloroh mengundang balasan kucupan di kening. Hilwa cuba memejamkan mata namun kesakitan yang dialami hampir tiga minggu ini benar-benar menggusarkan jiwa. Hilwa menahan denyutan di kepala. Kepalanya berpusing mujurlah berbaring. Kalau tidak pasti tubuhnya sudah rebah tersembam ke bumi. Hilwa menggenggam tangan Haikal erat. Akhirnya mata terpejam jua ketika rasa mengantuk mangatasi segalanya.
Pagi itu,seperti Haikal sedar terlebih dahulu lalu mengejutkan Hilwa untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Begitulah rutin harian mereka, biarpun Subuh, Maghrib dan Isyak yang sempat berjemaah, namun itu sudah cukup untuk menegakkan tiang agama di mahligai bahagia mereka. Hilwa laju melangkah ke bilik air tatkala tekaknya merasa loya. Haikal melihat isterinya kehairanan. Ketika Hilwa melangkah keluar dari bilik air, wajahnya lesu, sungguh tidak bermaya. Akhirnya dia rebah di depan pintu bilik air.
"Waa…!!", Haikal sempat menerpa Hilwa yang hampir tidak sedarkan diri. Haikal mengangkat Hilwa lalu direbahkan di atas katil. Tangannya merasa dahi Hilwa, demam panas rupanya. Hilwa terkebil-kebil membuka mata.
" Wa demam.. Kita pergi klinik hari ni ye. Abang ambil cuti hari ni..", ujar Haikal menawar diri untuk menemani isterinya ke klinik. Dia sanggup tidak ke firma biarpun kliennya beratur daripada melihat kekasih hatinya terlantar. Hilwa mengangguk kecil. Hatinya tersentuh dengan kebaikan lelaki itu yang tidak pernah surut bahkan bertambah dari hari ke hari.
Seusai solat Subuh,Haikal ke bilik anak kecilnya yang sudah hampir 5 tahun usianya. Dia mengejut anak kecil itu lembut sekali untuk bersiap-siap ke tadika.
"Aliya, bangun sayang..nak pergi sekolah tak hari ni?", tangannya menyentuh lembut bahu anak kecil itu. Sengaja dia bertanya begitu. Aliya segera mendudukkan tubuhnya.
"Ayah nak hantar ibu ke klinik pagi ni..Ibu demam..Aliya nak ke sekolah atau nak ikut ayah ke klinik?", Haikal melabuhkan punggung di sisi anaknya.
" Aliya nak ikut ayahlah..Aliya nak jaga ibu..Aliya tak nak ke sekolah hari ni bolehkan ayah?", ujat anak kecil itu petah sekali. Haikal menjawab lembut. Biarlah Aliya sentiasa di sisi mereka tatkala perkara begini mengundang.
" Boleh..Aliya bersiap dulu ye..Ayah nak siapkan ibu. Ibu Nampak tak larat sangat..". HAikal terus masuk semula ke kamar tidurnya. Dia bersiap-siap untuk ke klinik. Begitu juga Hilwa.
" Tahniah Hilwa, awak mengandung 2 bulan..", ujar Doktor Azimah dengan gembira sekali. Hilwa tersenyum bahagia. Haikal deras mendakap wanita itu dengan penuh kasih sayang. Dia bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan rezeki untuk kali yang kedua selepas Hilwa keguguran ketika kandungannya mencecah 4 bulan. Hilwa tergelincir di dapur akibat sinki yang kebocoran. Ketika itu Hilwa berumur 24 tahun. Lalu doktor menasihatinya untuk merehatkan rahim untuk beberapa tahun agar rahimnya lebih kuat. Kini, Hilwa mengandung lagi. Haikal terlalu gembira dengan rahmat yang datang dari Allah itu.
"Terima kasih banyak-banyak doktor..Doktor dah banyak membantu..", Haikal mula mengatur langkah meminta diri. Dokor Azimah sekadar mengangguk kecil sambil tersenyum.
" Jom Hilwa..Kita balik dulu..".
" Abang, Hilwa nak cakap sikit dengan doktor..Hal perempuan..', ujarnya sambil mengeyitkan sebelah matanya. Haikal mengerti untuk menunggu di luar seketika.
"oo,ok..abang tunggu kat luar ye..abang ambilkan vitamin..", Haikal melangkah ke luar bilik meninggalkan Hilwa bersendirian dengan Doktor Azimah. Hilwa sekadar memerhati lelaki itu melangkah keluar dari bilik pemeriksaan. Hilwa terbatuk kecil. Sakit di kepala masih bersenyut.
" Doktor, sejak kebelakangan ni, setiap malam saya sakit kepala..agaknya kenapa ye?", soal Hilwa sambil memicit kepalanya yang sentiasa mengalami denyutan dahsyat. Doktor Azimah mengerutkan dahinya.
" Dah berapa lama Hilwa berkeadaan macam ni?", Doktor Azimah selesa memanggilnya Hilwa kerana wanita ini sudah menjadi pesakit tetapnya.
" Hampir sebulan dah doktor. Doktor, agaknya saya ni mengidap kanser tak?", telahan HIlwa mengundang kerutan pada wajah Doktor Azimah.
" Eh,tak jugak Hilwa..mungkin migrain, atau alahan ketika mengandung..Beginilah Hilwa, saya tak berani nak buat hipotesis awal, walaupun saya berpengalaman dalam bidang perubatan ni tapi saya syorkan Hilwa buat pemeriksaan di klinik pakar", Dokor Azimah memberi cadangan sambil menulis sesuatu di atas rekod kesihatannya. Hilwa mengucapkan terima kasih lalu melangkah keluar. Di luar, Hilwa sempat menghadiahkan senyuman manis buat Haikal. Tangannya deras mendakap Aliya lalu mendukung cahaya hatinya itu. Kucupan bertalu-talu hinggap di pipi Aliya.
Minggu ini Hilwa bekerja seperti biasa. Menjadi guru sains dan matematik di sekolah menengah sudah lama menjadi cita-citanya. Hilwa mencari kesempatan untuk ke klinik pakar An-Nur bersama Hazlina, teman sejawatnya untuk menghadiri temujanji yang telah diaturnya minggu lepas selepas meminta kebenaran daripada pengetua. Mujurlah pengetuanya begitu memahami.
" Ina, aku seram sangat ni..kalau betul-betul aku ni ada kanser..aku..",
" Eh, kau ni Wa..dah habis cek ke sampai kau nak cakap macam tu..", pintas Hazlina. Hilwa membisukan diri. Hanya dirinya sahaja yang memahami jiwanya. Dia dapat merasakan bahawa dia salah seorang daripada 1/10 rakyat Malaysia yang mengidap kanser. Entah dari mana keyakinan itu datang dia sendiri tidak tahu. Mungkin dengan simptom-simptom yang sering dibaca dalam majalah dan faktor genetik yang mengalir dalam tubuhnya. Nenek dan ibu saudaranya adalah mangsa penyakit ini.
" Ina, kalau betullah tekaan aku dan aku tak dapat hidup lama..Aku ada satu permintaan dari kau..agaknya kau sanggup tak nak tolong aku..", suara Hilwa kedengaran bergetar.
" Aku boleh tolong kau Wa kecuali kahwin dengan Haikal aku tak boleh nak tolong..", Hazlina seperti dapat meneka perkara yang bermain di benak sahabatnya. Masakan dia tidak mampu mengagak fikiran temannya yang hampir lapan tahun lebih bersamanya. Bermula di kampus utama Universiti Putra Malaysia sehingga hari ini mereka masih bersama.
" Kau kan tahu macamana sayangnya Haikal pada kau, dia takkan sanggup terima perempuan lain untuk menggantikan tempat kau sebagai suri hati dia..kau ni gila Wa..jangan fikir bukan-bukanlah! Kita dah sampai ni".
Tiga hari kemudian,Hilwa dan Hazlina ke klinik pakar An-Nur untuk mengambil keputusan pemeriksaan. Wajah Hilwa sugul ketika keluar dari bilik pemeriksaan. Hilwa terjelupuk di depan pintu bersama keputusan pemeriksaan di tangannya. Air matanya mengalir laju. Hazlina segera mendapatkan sahabatnya itu.
" Ina….aku tak boleh hidup lama..aku dah stage 3..", suara Hilwa tersekat di kerongkong. Ya Allah..berat sungguh ujian ini untuk ku galasi. Hazlina hanya mampu memujuk sahabatnya itu.
" Sabarlah Wa..Ingatlah Allah, sesungguhnya Dia yang mengatur semua ini,.Istighfar Wa..".
" Ina, aku tak tahu nak buat apa sekarang..perlu ke aku bagi tahu Haikal..aku tak nak dia sedih..dia dah banyak bersedih kerana aku..Ina..", suara Hilwa merintih sayu. Di saat ini, fikirannya buntu.
" Aku hantar kau balik Ina. Nanti aku mintakkan cuti daripada pengetua.
" Assalamualaikum..",wajah Haikal menjengah di muka pintu di sambut ceria oleh Hilwa seperti selalu. Hilwa menyambut kepulangan suaminya dengan ciuman di pipi lelaki itu.
" Wa sayang abang..", ujar Hilwa dalam nada berbisik. Haikal mendakap wanita itu seperti selalu. Itulah petua bahagia yang diajarkan Dato' Dr fadzillah Khamsah dalam mendapatkan ketenangan dalam rumah tangga. Mereka menuju ke sofa bersama-sama.
" Aliya mana?", soal Haikal sambil menanggalkan tali lehernya.
" Mandi abang..kat atas..", Hilwa hanya melarikan anak matanya dari tadi daripada bertentangan dengan suaminya.
" Wa, kenapa mata tu merah? Menangis ye..", tekaan Haikal mengundang sebak di dada Hilwa. Hilwa lantas meminta izin untuk membuat air teh kegemaran Haikal. Haikal memandang kosong isterinya itu.
" Abang, Isnin depan abang boleh mintak cuti tak? Temankan Wa buat check-up kat klinik baby kita ni..", kedengaran suara Hilwa dari dapur.
" Boleh sayang, untuk Wa abang sanggup buat apa saja,.Hatta nyawa abang sekalipun abang sanggup gantikan untuk isteri abang ni..".
"Baby kita kembar abang..syukur Alhamdulillah..Wa memang dah lama tunggu baby kembar..ingatkan anak-anak saudara Wa kembar,tapi tunggu takde pun..Wa ada genetik kembar tau..Last-last Wa sendiri dapat baby kembar..Wa bersyukur sangat sebab dapat bagi abang cahaya mata ramai..Biar mereka temankan abang suatu hari nanti kalau-kalau Wa pergi dulu", panjang sekali celoteh Hilwa sepanjang perjalanan pulang dari klinik Keluarga. Doktor Azimah mengesahkan bahawa terdapat dua janin di dalam rahimnya sebentar tadi.
Ketika sampai di rumah, Hilwa meminta suaminya untuk menemaninya di sofa. Katanya ingin menyampaikan sesuatu. Haikal dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena terhadap isterinya sejak kebelakangan ini. Hilwa selalu menangis bersendirian, muka pucat, batuk yang berterusan. Cuma dia tidak pasti masalah isterinya yang sebenar hati nuraninya tidak mampu mengesan dukacita isteri nan satu ini.
Hilwa seperti biasa melabuhkan punggungya di sebelah suami tercinta. " Lama kita tak berbualkan bang..Wa selalu sibuk dengan kerja Wa..Abang nak minum? Wa buatkan ye..", ujarnya sambil mahu berlalu ke dapur sebentar. Haikal menarik lembut tangan isterinya itu. Hilwa tidak jadi ke dapur. Haikal menarik isterinya sehingga terduduk kembali.
" Abang tengok Wa macam tak sihat je..Penat ya sayang..penat mengandung..penat layan abang..", ujar Haikal sambil merenung tepat anak mata Hilwa. Hilwa bagai dipanah sembilu. Mata yang terlalu mendamaikan ini sering merenung bagaikan memujuk, terlalu ikhlas.
‘ penat melawan kanser abang' kata-kata itu hanya singgah di hati. Tidak mampu diluahkan. Hilwa memandang Haikal dalam-dalam. Jika hanya kesempatan ini yang tinggal ya Allah, aku ingin merakam renungan ini untuk ku bawa menemani ku di syurga nanti sebagai tanda cinta sejatiku. Hilwa merebahkan kepalanya di bahu Haikal. Terasa ingin menangis. Bagaimana caranya dia ingin memberitahu suaminya tentang penyakinya ini.
" Abang..dah hampir sepuluh tahun kita kawinkan..agaknya kalau Wa pergi dulu, abang boleh hidup tanpa Wa tak?", soalnya menduga walau dia tahu jawapannya. Dirinya adalah dunia Haikal.
" Wa cakap apa ni..takkan mengandung baby kembar boleh sampai Wa boleh pergi dulu?", Haikal bertanya pula. Air mata mengalir di tubir mata. Hatinya menangis.
" Abang, Wa mintak maaf, Wa lambat bagitahu abang sebab Wa taknak abang sedih..sebenarnya Wa…", kata-katanya tidak sempat diusaikan tatkala mendengar jeritan kuat Aliya di atas. Haikal dan Hilwa bergegas menaiki tingkat atas.
" Ya Allah!!", Haikal dan Hilwa mengucap serentak. Aliya sudah terbaring lesu di dalam tandas. Darah mengalir pekat melalui kepala Aliya. Hilwa kaget. Kejadian yang pernah berlaku ke atas dirinya kini berulang lagi. Hatinya benar-benar teruji. Dia hanya mampu melihat sahaja Haikal yang mendukung Aliya untuk di bawa ke hospital. Hilwa sempat mencapai dokumen-dokumen penting yang disimpan di dalam almari di ruang tamu sebelum meninggalkan rumah menuju ke hospital.
" Sabar Wa…Ini semuanya ujian..Wa kena kuat..Aliya takkan apa-apa", Haikal memeluk Hilwa yang seakan-akan tidak bertenaga itu. Tangisan Hilwa kedengaran bergema di ruang menunggu. Air mata Haikal juga tidak mampu tertahan lagi. Air jernih mengalir tanpa dipinta. Doktor yang baru sahaja keluar dari bilik pembedahan menghampiri mereka berdua. " Alhamdulillah, anak encik selamat cuma kehilangan darah yang banyak. Kebetulan kumpulan darah anak encik kehabisan bekalan darah sebab semalam berlaku kemalangan sebuah keluarga yang juga memiliki kumpulan darah yang sama. Mungkin salah seorang daripada encik dan puan boleh mendermakan darah untuk anak encik?", ujar doktor Hakim tanpa mengetahui keadaan Hilwa yang sedang mengandung.
" Doktor, darah saya sama dengan anak saya..ambil darah saya doktor", kata Hilwa yakin sekali. Dia menggesa doktor untuk mengambil darahnya demi menyelamatkan nyawa cahaya matanya. Perjalanan hidup Aliya terlalu panjang berbanding dirinya yang kian hampir di penghujung nafas.
" Wa, tapi Wa kan….."
" Abang, Wa ibu dia! Wa sanggup buat apa saja asalkan Aliya selamat abang..hatta mengorbankan nyawa Wa sekalipun, Wa sanggup..izinkan Wa abang kalau abang sayangkan Wa..sayangkan Aliya..Mungkin ni pengorbanan terakhir Wa untuk abang, sebab Aliya anak abang..mungkin Wa tak dapat berkorban untuk abang tapi cukuplah untuk Aliya buat masa sekarang..", Hilwa mencapai tangan Haikal lalu mengucupnya bagai meminta restu. Lembut hati Haikal melihat kesungguhan Hilwa. Hilwa wanita yang banyak mengajarnya erti kehidupan. Dia tidak salah memilih suri di hati.
" Sayang..bangun..". kedengaran suara Haikal di hujung telinga Hilwa. Perlahan-lahan Hilwa mengangkat kelopak mata. Kepalanya terasa berat. Badannya terasa begitu lemah. Sakit di bawah lengan berdenyut kuat, Hilwa cuba menahannya agar Haikal tidak terlalu bimbang.
" Wa pitam tadi..Wa kekurangan darah..tapi anak kita selamat sayang..Alhamdulillah..", ujar Haikal sambil mengusap lembut kepala Hilwa. Air mata Hilwa mengalir lagi. Hilwa ingin mendakap Haikal ternyata Haikal telah memeluknya terlebih dahulu. Hilwa menangis seperti kanak-kanak. Hatinya begitu sensitif sejak akhir-akhir ini. Namun begitu, apa yang penting, permata hatinya selamat buat peneman Haikal kelak. Wajah Aliya saling tidak tumpah seperti wajahnya. Moga permata hati yang ditinggalkannya ini bakal menjadi pengubat rindu Haikal satu hari nanti.
Hari berganti hari, jiwa Hilwa semakin tenat melawan kesakitan diri. Perubahan fizikal yang turun mendadak mula dapat dikesani Haikal sehingga pada suatu hari Haikal bertanyakan keadaan sebenar kesihatan Hilwa setelah melihat Hilwa muntah-muntah walaupun sudah mencapai usia tujuh bulan membawa kandungan. Takkan alahan lagi?
" Hilwa, apa yang Wa sorok dari abang ni?", soal Haikal serius sambil mengusap belakang Hilwa yang sedang loya di sinki dapur. Hilwa berpaling lemah mengadap suaminya. Matanya memandang sayu seperti ingin berbicara. Sesungguhnya dia letih berdepan dengan kesakitan dan terutamanya menipu suaminya sendiri.
" Wa kanser abang…", ujarnya lemah sambil menyapu mulut yang dibasahi air paip. Entah daripada mana datangnya kekuatan menyatakan kebenaran.
" Wa jangan main-main..Kanser tu serius tau!", Haikal meninggikan suara mendengar gurauan yang sangkanya adalah mainan. Hati isteri mana yang tidak terguris ketika suara ditinggikan. Hilwa menatap dengan wajah Haikal dengan genangan air mata. Hilwa berlalu ke almari di ruang tamu lalu membuka sebuah fail di dalamnya. Sekeping kertas diberikan kepada Haikal. Haikal membacanya teliti lalu terduduk di kaki Hilwa. Perasaan mula berbaur bagaikan mimpi menerima tamparan hebat.
" Kenapa Wa tipu abang..? Abang tak penting untuk Wa ke sampai Wa berbohong pada abang?", air mata mula mengalir. Egonya mula direndahkan demi seorang kekasih yang mungkin berlalu pergi. Hilwa bersimpuh di sisi suami. Tangannya menggenggam erat jemari Haikal lalu dikucupnya lembut.
" Maafkan Wa abang..Wa tak berniat nak menipu apatah lagi nak membelakangkan abang dalam hal ni..Wa Cuma tak berterus terang selama ni..Tengoklah sekarang bila abang tahu kebenaran..Wa tak sanggup tengok abang macam ni..Hati Wa sedih abang..", esakan tidak dapat ditahan lagi.
" Abang perlu tau untuk bersama-sama Wa ketika sakit"..
" Abang sentiasa bersama Wa selama ni..Abang tak pernah tinggalkan Wa pun..".
Kelahiran cahaya mata baru yang diberi nama Najwa dan Nabila memberi seribu erti buat Haikal dan Hilwa. Terlupa seketika pada duka yang mengundang tiba beberapa bulan lepas. Hilwa kelihatan seperti tidak derita pada zahirnya, demi membahagiakan seisi permata hatinya.
" Tengok anak-anak kita Wa, macam ibu dia kan?", ujar Haikal sambil tersenyum manis. " Eh, Wa tengok macam ayah dialah", ujar Hilwa sambil menyusukan kembar itu bergilir-gilir. Hatinya terlintas, sempat kah anak-anak ini menikmati air susunya sehingga dua thun lagi? Hatinya tidak mampu menjawab kerana takdir adalah di luar batasan manusia.
" Tu maknanya muka kita berdua serupalah tu..", ujar Haikal sambil memerhatikan Hilwa.
" Abang janganlah asyik tengok Wa buat keje je.Abang pun kena buat jugak..Nanti bila Wa dah tak de..".
" Wa,abang tak nak dengar yang seterusnya..",ujar Haikal lembut lalu berlalu ke ruang tamu menemani Aliya yang sedang menonton kartun kegemarannya di televisyen. Hatinya hancur ketika memandang wajah Hilwa, jiwanya sakit ketika mendengar suara Hilwa,sampai bila wanita itu akan menemaninya menghadapi hidup ini? Air matanya diseka di tubir mata. Dikucupnya Aliya yang iras saling tidak tumpah seperti Hilwa. Hatinya menangis.
Malam itu Haikal menidurkan kembar itu selepas disusukan Hilwa, tidak sangka kedua-duanya berjaya dilelapkan dalam pangkuannya yang tiada bakat menjadi ibu. Biasanya hanya Hilwa yang mampu mendiamkan resah anak-anak itu. Haikal memandang Hilwa yang baru sahaja menyudahkan Solat Isyak. Haikal mengangkat kembar itu lalu diletakkan ke dalam katil kecil khas buat mereka. Haikal menghampiri Hilwa yang sedang melipat telekung. Haikal membantu melipatkan sejadah dan kainnya. Haikal tiba-tiba mendakap Hilwa yang cukup tenang itu. Dakapan ikhlas itu tak mungkin ditolak Hilwa. " Maafkan abang sayang..selalu susahkan Wa..", ujar Haikal sambil menahan sendu di dada. " Apa abang cakap ni..abanglah yang menyenangkan Wa ketika Wa dalalm susah..Wa yang patut minta maaf sebab banyak buat salah kat abang..Wa dari dulu lagi nak cakap, abang jagalah anak-anak kita bila Wa dah tak ada nanti..Carikan ibu untuk mereka biar mereka kenal siapa ibu mereka..Anak-anak kita kecik lagi, Wa tak nak diorang kurang kasih sayang dari seorang ibu..bolehkan abang?", dadanya bagai diasak kesedihan yang sukar ditafsirkan. Hilwa mendakap Haikal seerat mungkin. Haikal tidak mampu menjawab kata-kata wanita ini. Hanya Allah maha Mengetahui betapa hati teruji ketika ini. Haikal mengucup dahi Hilwa. Lama. Ingin melepaskan kerinduan yang bakal bertandang kelak.
" Kita tidur ye abang..dah lewat ni...",ajakan Hilwa dipenuhi Haikal. Mereka merebahkan badan di katil. Haikal terlelap cepat sekali kerana begitu letih dengan kerja di siang hari. Saat itu, Hilwa memerhatikan wajah Haikal sedalam-dalamnya sehingga menembusi apa yang tersurat. Lelaki ini yang mengahwininya 10 tahun lalu tidak pernah kekurangan segalanya. Terlalu bererti buat sesiapa yang memilikinya. Hilwa terlelap bersama-sama kenangan dahulu untuk dibawa sebagai bukti cinta mereka.
Haikal tersedar ketika tangisan kembar itu memecah kesunyian malam, meminta diberikan susu buat tubuh membesar. Haikal menggerakkan Hilwa di sisi. Lena sungguh kerana terlalu letih.
" Wa, bangun sayang..anak-anak menangis..", ujar Haikal lembut. Masih tidak memberi apa-apa reaksi. Haikal memanggil lagi. Anak-anak semakin kuat tangisannya. Haikal memegang tangan Hilwa. Hangat seperti biasa. Diletakkan tangannya di pipi Hilwa,juga hangat. Haikal menggoyangkan tubuh isterinya tetapi tetap tidak memberikan reaksi. Ya Allah! Hatinya mula terasa lemah,semangatnya terbang mencari kekuatan.
"Wa!! Bangun Wa!!", Haikal menangis. Dia bergegas memanggil ambulans dan jiran sebelah rumah meminta pertolongan untuk menjaga anak-anaknya.
" Wa, bangun sayang..jangan tinggalkan abang..Abang masih perlukan Wa..", air mata mengalir laju. Ketika ini, Haikal sedar, Hilwa sudah kembali kepada penciptanya. Untuk apa dipanggilnya Hilwa kerana Hilwa sudahpun meninggalkan dirinya serta anak-anak sebagai penyambung kisah hidupnya. Haikal terduduk di sisi Hilwa. Tiada perasaan yang boleh digambarkan, tiada perkataan yang boleh diungkapkan. Hanya hati dan jiwa menafsirkan sesungguhnya dirinya sudah kehilangan. Kembar itu juga menangis bagaikan mengerti tiada lagi air suci yang bakal mengalir di mulut mereka.
Haikal meninggalkan tanah perkuburan dengan hati yang redha bersama-sama Aliya dalam dukungannya. " Kita tinggalkan ibu macam tu je ke ayah? Aliya nak ibu..Aliya nak balik dengan ibu..", rengek Aliya dengan mata yang berkaca meminta ibunya pulang bersama. Haikal tidak mampu menenangkan anak kecil itu. Hatinya sendiri rindu dengan Hilwa. Sesungguhnya Hilwa adalah kekasih terindah buat dirinya hanya untuk sementara. Haikal berjanji, dialah ibu, dialah ayah buat cahaya matanya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sedihnye...
pape pon nice story...
hehe...