Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
AKU kebingungan. Ada orang mengatakan Afif berkawan denganku hanya kerana perasaan kasihan. Tiada langsung perasaan kasih sayang. Tiada langsung ada nilai persahabatan. Mengapa mesti mereka berkata sebegitu sedangkan aku cuma sahabatnya sahaja. Kami tiada hubungan istimewa. Dia adalah sahabatku dari kecil lagi. Ya, dia sudah banyak berubah. Tapi ingin aku tegaskan di sini, HANYA FIZIKAL SAHAJA. Sejak tamat darjah enam, dia dan keluarganya bermastautin di Brisbane selama 15 tahun. Aku memulakan perjalanan hidupku seorang diri sejak itu. Kehidupan di alam sekolah rendah tidaklah sama jika dibandingkan sekolah menengah. Tambahan pula, sebagai junior sekolah itu, pasti ada yang tak kena. Namun, perasaan itu kulontarkan jauh-jauh. Barangkali selama ini aku terlalu bergantung dengan Afif agaknya. Aku harus berubah. Ya, aku juga telah berubah. Aku keluar dari relung Afif. Aku tekun belajar dan terus menikmati hidupku ini biarpun tanpa Afif. Sebut fasal berubah ni, dengan tak semena-menanya badan aku pun turut ikut berubah. Rasanya aku dah terlalu menikmati hidup ini sehingga tak sedar yang aku semakin chubby. Kepulangan Afif merupakan perkara yang tak pernah aku nantikan. Ala-ala Cinta Kolestrol la pulak. Tapi kerana filem itu juga, aku tidak pernah ingin mengingati Afif. Aku takut aku dihina seperti watak heroin filem itu. Walaupun filem itu berakhir dengan kegembiraan, namun kehidupan nyata kita ini tiada siapa yang boleh menentukannya selain Yang Maha Esa. Terkejut beruk aku apabila Afif datang ke rumahku bersama keluarganya. Rasanya beruk pun tak terkejut sebegitu. Namun perasaan itu hanya sesaat sahaja dibenakku. Aku pura-pura tidak mendengar ayahku memanggil di luar banglo. Secepat mungkin aku berlari untuk duduk di atas sofa bahagian dapur lalu kucapai majalah Malaysian Entrepreneurship dan membacanya. Kurasakan derapan kaki itu semakin menghampiri. Lantas kudiamkan saja, buat-buat tak dengar. Tangan itu cuba merampas majalah itu. Aku tahu itu pasti abangku. Dia terlalu lokek dengan majalah kesayangannya itu. Alam bisnes, advertising memang menjadi kegemarannya. Tapi, apalah salahnya tolong selamatkan aku kali ini. "Adik..." "Yelah, yelah...adik tak kacau..." aku gagal menghabiskan ayat. Aku tergamam. Afif di hadapanku. Dia membulatkan matanya seperti terkejut. "Ha...? Bulatnya? Makan apa ni? Ni mesti sebab Maya rindukan Afif, kan?" satu-persatu soalan muncul dari mulutnya. Sepatah pun aku tidak sempat menjawab. Sejak bila pula dia ber‘Afif-Maya’kan aku? Tetapi sejak itu jugalah aku dan Afif bersama semula. Dia memang banyak berubah tapi hanya pada luarannya sahaja. Dia masih lagi Afif yang sedia mengheretku ke mana sahaja dia pergi. Aku pula tidak membiarkan dia setia diheret ke mana sahaja aku pergi. Kerana aku bimbang. Ya, aku bimbang. "Maya nak ke mana ni?" soalnya padaku. "Maya nak ke bookstore," "Afif temankan ya?" "Erm...ok," aku tak boleh menolaknya lagi. Afif menemaniku ke seluruh kedai buku di Bandaraya Kuching. MyBookstore, Sinar Suci, Sky Bookstore, Popular, Pelangi, hinggalah ke MPH. Memang sengaja aku memperlakukannya begitu. Namun begitu, tiada raut kesal di wajahnya. Dia sentiasa tersenyum manja dan begitu protektif orangnya. Aku mula mengasihaninya dan mencapai sahaja buku dan majalah yang ingin dibeli sedari tadi. Aku membuka tas tangan untuk mengambil wang namun Afif lebih cepat mengeluarkan beg duit dari saku seluarnya dan terus membayar untukku. "Jom, pergi makan. Afif laparlah," Afif menunjuk ke arah restoran Kenny Rogers. "Ye ke lapar? Alalala...sian dia," aku memang gemar memanjakannya. Afif terus memegang dan menarik tanganku agar aku berjalan dengan segera. ‘Lapar sangat agaknya’, getus fikirku. Semasa menikmati makanan, nada dering SMS telefon bimbitku berbunyi. Berkerut dahiku membacanya. Kurang asam punya kawan. Aik?ckp xde pa2 lg dgn afif?btl ke ko ni?xserik2 lg kew? Dengan segera aku offkan handphone. Mengapa dengan sekejam itu Dian memperlakukan aku? Apa dosanya aku berkawan dengan Afif? Pandanganku mula melayang ke arah lain. "Kenapa ni, Maya? SMS sapa tu?" Afif mulai perasan. Kerana pertembungan dengan Dian lah aku tidak mahu membawa Afif ketika bersama dengan temanku lagi. Aku dianggap mereka seperti makhluk asing setiap kali berdiri di sebelah Afif. "Takde sesapa. Dian yang hantar SMS. Dia nak jemput Maya ke birthday party dia hujung minggu ni," "Maya je? Afif dia tak jemput ke?" soalan Afif ni memang menyakitkan hati aku. Dia seperti dah kenal sangat dengan Dian tu. "Ntah, kalau Afif dia hantar kad jemputan khas kut?" aku bercanda namun nadaku sinis amat. Afif yang mulanya tersenyum nakal mula menyandar kerusinya. Aku serba salah. Tiba-tiba kelibat seseorang menghampiri meja kami. "Hai, Maya. Hai, Afif..." apa ke jadahnya budak ni meng‘hai’kan kami satu-persatu. Namun begitu, nada panggilan nama Afif ternyata lebih panjang. "Hai, Dian. Kau buat apa kat sini?" Afif terlebih dahulu menegurnya. "Eh takkan Maya tak bagitahu yang..." "Jom keluar, Dian. Lagipun, kami pun dah nak balik ni. Afif, tolong Maya bayar ok...? Duit ada dalam beg Maya tu," aku segera membawa Dian keluar dari tempat itu. "Apa yang kau nak ni sebenarnya, Dian?" ternyata dia sengaja memprovok aku. "Eh, rilek la beb. Aku tak cakap apa-apa pun. Kau yang gelabah," "Jadi, apa tujuan kau datang ke mari?" "Apahal dengan minah maya ni? Aku pun shopping macam orang lain. Kenapa nak soal macam-macam dengan aku? Lagipun aku dengar kau sepatutnya keluar dengan Aiza kan? Tapi Aiza cakap kau batalkan sebab kau sakit perut...kau nampak sihat je aku nampak," Dian tidak serik-serik menyindir aku. "Shopping? Tak nampak kau bawa apa-apa pun? Aku taulah kau tu tak berapa nak kaya. Ataupun sebenarnya kau dah nampak kami dan terus nak menyibuk?" aku melepaskan geram yang sekian lamaku pendamkan. Mati akal untuk membuatkan minah kepoh ni sakit hati. "Maya! Tak baik cakap Dian macam tu. Sepatutnya, kalau nak berkawan biarlah ikhlas sikit. Jangan nak ambil kesempatan je," hatiku kecut mendengar kata-kata Afif. Kata-kata itu membuatkan aku terkesima. Lebih mengejutkan tiba-tiba Dian mengalirkan air mata dan berpaut di lengan Afif. Afif dengan segeranya membawa Dian pergi dari tempat itu selepas menyerahkan beg tanganku. Dan aku? Aku ditinggalkan keseorangan di sini. Riak-riak wajah di situ memandangku dengan pelbagai tanggapan. Ada yang seperti membenciku, ada pula seperti mengasihaniku. Adakah aku layak untuk dikasihani? Kata-kata Afif ada benarnya. Sesungguhnya aku tidak ikhlas dengan Afif pada hari itu. Aku sengaja menyusahkannya dengan memintanya membawaku ke semua kedai buku di Kuching yang aku tahu. Aku kesal dengan apa yang berlaku. Aku berjalan longlai menuju ke hentian bas yang terletak di seberang jalan. Bas? Kan ada teksi? Entahlah, fikiran aku melayang. Tidak sedar aku bahawa kereta itu meluncur laju di hadapanku. Mujur aku sempat mengelak. Aku mengurut dadaku tanda syukur kerana aku masih diberi peluang untuk hidup ketika itu. Tiba-tiba kereta yang kelihatan seperti hampir melanggarku tadi mengundur ke belakang. Wanita yang duduk di tepi pemandu itu menurunkan tingkap kereta. Azab untukku hari itu belum berakhir lagi agaknya. "Dik, sabar ya. Ada hikmah di sebalik kejadian tu. Ternyata tunang adik tu pandai mengawal keadaan. Cuma dia gagal mengawal marah je tu. Adik janganlah sedih," aku sukar mentafsirkan kata-kata wanita akhir 30-an itu. Lelaki di sebelah yang kurasakan adalah suaminya itu turut tersenyum. Aku hanya membalas senyuman mereka dengan ungkapan maaf sahaja. Aku masih lagi keliru. Wanita itu seperti nujum. Masakan dia tahu aku adalah tunangan Afif sedangkan cincin pasangan yang Afif pernah beri selepas 5 tahun dia berada di Brisbane dahulu hanya kami berdua sahaja yang tahu. Kerana cincin itu adalah cincin persahabatan kami. Kata Afif melalui suratnya, dia hanya mampu memberikan cincin itu selepas dia mengumpul gaji dengan bekerja separuh masa semasa cuti sekolah. Selama beberapa tahun sebelum itu dia tidak dapat menghantarkan hadiah hari jadi padaku. Aku mula merasakan kepanasan di wajahku dan air mataku mula mengalir laju. Aku mengusap-usap cincin pemberian Afif di jariku lalu menciumnya. Mengapa aku tidak berterus terang sahaja dengan Afif? Telah banyak penipuan yang aku lakukan pada Afif dan juga pada teman-temanku. Aku mendengar bunyi brek yang amat nyaring. Pintu kereta itu dibuka dan kemudian ditutup semula. Susuk badan itu sangat kukenali. Dia menghampiriku dan memanggil namaku. Aku ingin cepat-cepat bangun dan merapati seraut wajah itu. Namun, langkahku longlai. Aku terasa letih dan amat mengantuk.
************
Kepalaku sedikit berdenyut seperti terhantuk. Aku membuka mata. Siling dihadapanku tidak seperti siling rumah. Dalam kereta? Terasa seperti pakaianku dilonggarkan, dadaku seperti sedikit terdedah. "Maya? Dah bangun? Sayang tak apa-apa ke?" "Aku bingkas bangun. Aku keliru dengan tempat itu. Kat mana ni?" Terasa seperti ada orang mengetuk tingkap dan meminta tingkap diturunkan. Aku sangat keliru dengan keadaan ini. Siapakah mereka? Pegawai pencegah maksiat ke? Afif segera keluar dan berbicara dengan orang itu. Aku menurunkan tingkap sedikit. Lega aku apabila ternampak papan tanda Hospital Umum Sarawak di hadapan pintu masuk. Afif berjabat dengan mereka dengan kemudian memasuki kereta. "Kita nak pergi mana ni?" "Hospitallah, takkan nak jumpa tok kadi. Mereka mintak Afif alihkan kereta sebab Maya dah bangun. Tapi Maya mesti kena buat pemeriksaan dulu. Takut Maya ni ada apa-apa penyakit," "Memang sakit tadi, kepala rasa macam benjol-benjol je. Tapi tak payahlah, benjol sikit je ni," aku berasa hairan kenapa Afif tiba-tiba tersengih. "Maya, sori. Tadi Afif brake mengejut lepas speeding sebab panik Maya pengsan. Tu yang benjol tu agaknya," aku memutarkan badanku ke arah tempat duduk pemandu apabila mendengarkan katanya. "Maya pengsan? Oh, bukan sebab Maya pengsan tadi ke benjol ni?" terkeluar pula soalan bodohku ini. Barangkali banyak sel-sel otakku yang mati akibat hantukkan itu. "Eh, tak...tadi Maya landing baik punya. Afif yang sambut..." tiba-tiba aku merasakan Afif pula yang nampak bengap. "Afif ni tunang Maya ke? Tadi Maya dengar Afif panggil Maya sayang..." agaknya aku yang lebih bengap. Kenapa aku boleh kaitkan perkara ni dengan apa perempuan tadi katakan? "Eh, jomlah. Nanti bertambah pulak sakit Maya," dia mengalihkan subjek perbualan, malu agaknya. Aku hanya mengangguk kebingungan. Aku tersentak sekali lagi, sejak bila pula dia sudah berada di belakangku dan membukakan pintu. Dia memaut pinggangku dan mengiringku masuk ke bahagian kecemasan. Ya, memang aku sedang cemas. Tapi, rasa geli pun ada.
**************
Aku bersyukur kerana tiada apa-apa yang berlaku padaku. Aku hanya terlalu penat. Tambahan pula kurang minum air bergula. Selepas terlalu lama duduk, aku terus berdiri menyebabkan tekanan darahku menurun secara tiba-tiba. Yang ni, bukan doktor yang kata, aku sahaja yang memandai. Afif juga menarik nafas lega. Tetapi yang hairannya pula, kenapa doktor itu mengambil sampel air kencingku. Dan dengan selambanya dia mengatakan bahawa aku tidak mengandung. Selepas peristiwa itu, Afif sempat mengirim SMS selepas menghantarkan aku pulang. Maya, Afif bersyukur yang Maya tak apa-apa. Tapi, ini bukan bermakna Afif boleh lupakan apa yang berlaku. Afif minta kita berdua berikan masa untuk diri masing-masing. Mungkin kita perlukan sedikit ruang untuk hal-hal peribadi. Selepas seminggu, kita berjumpa. Mungkin ada perkara yang perlu kita luahkan. Sejak Afif pulang, kita masih belum lagi dapat menyesuaikan diri. Fuhh, sangat panjang dan tersirat maksudnya. Dan tempoh seminggu itu telah tamat pada malam ini. Dia berjanji untuk menjemputku malam ini. Dia mahu membawaku makan malam di hotel lima bintang. Maka, aku terpaksalah berpakaian yang lebih cantik dan feminin. Takut pula nanti aku dibanding-bandingkan dengan Afif. Barangkali ada hikmahnya juga Afif membawaku ke sini. Makan di hotel sebegini lebih privacy. Segala apa yang kami bincangkan tidak didengari atau diganggu oleh orang lain. Lebih-lebih lagi, Afif menempah ruangan yang lebih jauh dari meja pelanggan lain. Kelihatan lengang, barangkali Afif menempah ke semua ruangan itu. "Afif dah tempah seluruh bahagian ni. Tak naklah kalau-kalau ada orang nak kacau perbincangan kita," Afif perasan apabila melihat aku melilau-lilau keadaan persekitaran. "Tapi, kita makan dulu ya. Lepas tu baru kita bincang," "Maya ikut je. Lama dah tak tengok Afif makan," Afif hanya tersenyum mendengar kata-kataku. Afif memesan makanan kegemaranku. Aku hairan. Semasa giliran aku memesan makanan, dia pula yang hairan. Ermm...aku tahu mengapa. Kerana aku telah memesan makanan kegemarannya juga. Aku makan dengan tenang sekali. Dia juga begitu. Tapi, siapa tahu yang aku sebenarnya amat risau. Aku cuba menyusun ayat yang ingin aku perkataan, tapi gagal. "Maya, Afif tak tahu kenapa. Tapi Afif perasan yang Maya dah berubah," "Maya...Maya banyak makan agaknya, Fif," aku agak blur. "Maya, bukan itu yang Afif maksudkan. Bukan pada fizikal, Maya. Tapi hati Maya. Gerak-geri Maya. Yang penting sekali sikap Maya yang berubah," soalan Afif mula menyebakkanku. "Maya mintak maaf, Afif. Maya dah terpaksa hidup tanpa Afif. Menyesal rasanya, dulu Maya terlalu bergantung dengan Afif sejak kecil. Lepas Afif pergi, Maya terpaksa berdikari. Maya berkasar dengan Dian pun sebab nak buat Dian marah supaya dia tak kacau Maya lagi," "Maya menyesal dengan kerana bergantung dengan Afif?"Afif mengeluh. "Maya tau tak, Afif tak pernah menyesal meski Maya terlalu bergantung dengan Afif sampai ke hari ini. Tak sangka Maya menyesal," "Bukan begitu, Afif. Sampai bila Afif nak jaga Maya? Maya masih ada abang Man, takkan Maya nak ganggu hidup Afif. Afif pun satu hari nanti nak ada rumah tangga sendiri, anak isteri Fif sapa nak jaga?" "Jadi Maya tak nak jadi isteri Afif?" soalannya ini paling menyirap darahku. "Maya tak nak..." aku tersedu sedan. Afif meraup mukanya. Matanya semakin memerah. "Maya tak nak Afif bersama Maya kerana janji Afif. Maya tak nak Afif kesiankan Maya. Maya tau Maya dah tak cantik. Gemuk..." "Astaghfirullahal‘azim... Apa yang Maya cakapkan ni? Sikit pun Maya tak percaya pada Afif? Kenapa Maya mudah sangat percaya dengan kata-kata Dian?" aku melihat wajahnya yang sudah mengalirkan air mata. Kata-katanya mengejutkan aku. "Dian?" aku hanya dapat mengungkap sebaris nama itu. "Tak ada kaitan dengan Dian pun. Jangan salahkan Dian," aku tahu Dian sukakan Afif sejak pertemuan pertama mereka. Tak mungkin aku akan memburukkannya. "Jangan backing Dian. Afif tak suka perempuan macam dia," "Afif, jangan cakap macam tu. Dia kan kawan kita," "Kawan? Kawan yang cuba mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain. Orang yang tak ikhlas tu Maya anggap kawan kita?" dia mengulang kembali kata-katanya pada hari itu. Aku mulai faham, kata-kata hari itu bukan untukku. Tapi untuk Dian. "Afif tau tak, Dian sukakan Afif sejak Afif bawa Maya ke reunion sekolah rendah kita," "Jadi, apa kaitannya dengan kejadian hari tu? Kenapa Maya mesti buat dia marah? Kenapa tak suka dia menyibuk hal kita?" aku paling benci provokasi. Afif seperti tahu apa yang terjadi. Cuma kenapa dia biarkan aku yang berterus-terang? "Sebab Maya tak nak dia hasut Maya lagi," "Kenapa?" "Sebab Maya nak percayakan Afif. Maya nak percayakan Afif daripada percayakan Dian," "La...ada juga nama Dian. Ingatkan nak feeling tadi," aku membulatkan mata. "Jom, balik..." Afif menarik tanganku. Perbuatan Afif sukar dimengerti. ‘Cakap nak feeling, tapi tiba-tiba ajak balik pula’. "Apa Maya cakap tadi?" Afif yang khusyuk memandu memandang ke arahku. Senyumannya melebar. "Hah? Mana ada cakap apa-apa tadi," hampir terkantoi pula. Senyumannya melebar lagi dan kali ini bertambah nakal. "Ngeh, ngeh, ngeh..." Aku menampar paha kirinya. Geram pula aku dengan sikapnya. Dia mengaduh kesakitan. Dan kali ini pula hidungku dicuit. Tepisanku gagal apabila aku melihat sekelilingku. Itu bukan rumahku, tetapi banglo kediaman Afif sekeluarga. "Fif, kenapa kita kat sini? Wah, kenapa ramai sangat orang? Ada orang nak meminang Afif ke?" aku tahu Afif adalah anak tunggal. "Kalau ada yang meminang Afif, Maya yang gigit jari nanti," "Ihh...sok banget sih..." keluar pula loghat Indoku. "Maya ni... Hari ni kan birthday Afif. Lupa pulak," "Eh, ye ke?" sengaja aku buat-buat lupa sedangkan hadiahnya ada di tas kecilku. Tetapi geram juga dibuatnya, buat majlis hari jadi dia tapi aku pula yang surprise. Sedangkan kereta ayah dan abang Man ada di parkiran, tapi aku langsung tak tahu soal majlis ini. Apabila aku memasuki banglo itu, semua orang sedang sibuk di meja makan yang dianggap seolah-olah meja mesyuarat. Mengapa mereka tak menyambut kedatangan Afif? Kek dan makanan sudah tersedia rapi oleh kakak iparku sambil dibantu oleh pembantu rumah Mama Sofia dan pembantu rumahku sendiri. Anak saudaraku pula bermain-main dengan cucu Pak Ngah dan cucu-cucu Pak Long Afif. Aku hanya menuruti Afif yang menjengah ke meja makan itu. "Jadi, bila Afif free? Kita cuma tinggal nak tentukan tarikh je ni," Ayah Lan bersuara. "Wait a minute, jadi betullah ada orang meminang Afif ni?" "Astaghfirullahal‘azim...apa hal dengan budak ni? Orang nak meminang dia, nak meminang Afif pulak katanya," "Hah? Nak pinang Maya? Kenapa Maya tak tau? Maya tak naklah kalau macam ni. Afif..." aku merungut dengan Afif di sebelahku. "Kalau merungut, nak merungut dengan Afif. Tapi kahwin tak nak," ayahku membebel. "Apa boleh buat, Ayah Mat. Orang dah tak nak kat kita. Nak buat macam mana, kan?" "Dengan Afif, yek? Bukan orang lain?" aku menghalakan pandangan kepada ayahku. Mama, Ayah Lan, Mama Sofia serta yang lain hanya menggelengkan kepala. "Kita sambut birthday Afif je lah malam ni kalau Maya tak nak, ye?" ayahku mulai bangun. "Eh. Nak, nak, nak..." Semua yang berada di situ mentertawakan aku sekuat hati. Di antara semua, ketawa abang Man lah yang paling kuat. Tak pernah aku bermuka tembok sebegitu. Dan akhirnya aku juga yang malu. Aku menjeling Afif, dia memang sengaja nak kenakan aku. "Man, mana lighter? Cair kang kek Afif tu," ternyata ayahku hanya menggertakku tadi. Hari lahir Afif disambut secara sederhana. Hanya untuk keluarga terdekat kami. Sememangnya malam itu merupakan mesyuarat keluarga untuk membincangkan tarikh pertunangan dan perkahwinan kami. Di beranda banglo Afif, aku merenung ke langit. Aku berasa kagum kerana ada cinta, tanpa perlu mengungkapkan kata-kata boleh diselami dari dasar jiwa. Afif menghampiriku. "Bagaimana Afif tau?" aku menyoalnya. "Afif on handset Maya. Afif nak tau apa yang Dian SMS Maya. Afif terkejut dengan apa yang Dian tulis. Semasa Maya off handset, ada satu lagi SMS Dian yang Maya tak sempat baca. Dia ugut nak beritahu Afif yang Maya bohong dengan kawan Maya yang kita dah tak bersama. Afif tak faham maksud dia. Jadi Afif baca semua SMS yang dia bagi," patutlah selepas aku pengsan minggu lalu tiba-tiba ada SMS yang masuk sedangkan aku belum menghidupkan telefon bimbitku lagi. "Maya mintak maaf, Fif. Maya tak jadi keluar dengan Aiza sebab Maya tak boleh tolak pertolongan Afif lagi. Maya dah pernah beritahu Aiza yang Afif dah tak berhubung dengan Maya lagi. Maya takut mereka semua macam Dian," "Takut mereka cakap dengan Maya yang Afif ni hanya kesiankan Maya? Sebab tu Afif kecewa sangat bila Maya macam susah nak percayakan Afif. Tapi Afif bertekad akan menunggu Maya, selepas Afif baca sent items Maya," "Ha?" sent items mana yang dia maksudkan, aku tidak pasti. "Maya minta maaf dengan Dian sebab Maya akan tunggu Afif. Maya percaya akan keikhlasan Afif..." "Dan Maya hanya akan lepaskan Afif sekiranya Afif memilih gadis lain," aku menyambung kata-kata yang diungkapkan olehku kepada Dian melalui SMS seminggu lalu. "Bagaimana dengan Dian hari itu?" "Dian? Afif heret dia ke tepi untuk beritahu dia hal yang sebenarnya. Memang Afif sayangkan Maya. Maya, percayalah pada Afif. Maya orang pertama yang menegur Afif semasa orang tak suka Afif yang gemuk. Sejak itu juga Afif jaga Maya daripada gangguan budak-budak nakal. Afif tak pernah anggap janji itu suatu simpati. Luaran hanyalah fizikal sahaja sedangkan dalaman itulah yang menentukan siapa kita. Dan Afif beritahu dia, cincin ni merupakan cincin pertunangan tak rasmi kita," terharu aku mendengar kata-katanya. Aku hanya tersenyum. Patutlah kakak tempoh hari itu menyebut soal tunanganku. Barangkali kakak itu turut menyaksikan perbalahan kami bertiga.
***********
Selepas majlis pertunangan itu, Afif datang ke rumahku pada waktu petang. Dia membawakan sesuatu untukku. Kejutan apa lagi agaknya. Dia mengeluarkan pelan sebuah banglo. Rekaannya amatku kenali. "Perfect Villa?!" aku hampir menjerit. "Ini adalah banglo idaman Maya semasa darjah enam dulu. Afif masih simpan lukisan kasarnya. Afif bawa ke Brisbane. Semasa Afif mula ambil jurusan Architecture, Afif mula melukis rumah impian Maya ni. Dan Afif nak hadiahkan pelan ni untuk Maya," "Thanks, Fif," aku terkedu. "Awalnya bagi hadiah, belum kahwin pun lagi," abang Man mengusiknya. "Eh yang ni hadiah pertunangan je, abang Man. Kahwin ada hadiah lain lagi," "Apa pulak ni? Jangan cakap Afif nak decorate rumah untuk Maya pulak," naluriku sebagai Interior Designer tercabar pula. "For that one, I’ll let you decide. No worries. Yang ni hadiah lain pula," "Cakaplah," "Tempoh pertunangan sebenarnya adalah mengikut tempoh pembinaan Perfect Villa. Hari ni Afif dah arahkan kontraktor memulakan pembinaan. Meaning that, Perfect Villa adalah hadiah perkahwinan untuk Maya. Dan kita akan kahwin di sana," "Terima kasih banyak-banyak, Fif," aku bersalaman dan mencium tangannya. Aku melihat manusia yang lalu lalang di situ. Teringatku di suatu ketika, aku pernah bertanyakan kepada Afif adakah dia tetap akan memilihku meski aku segemuk dan sehodoh mana sekalipun? Afif dengan bersahaja menjawab "Maya, bersyukurlah atas bakat dan rupa paras yang Maya ada. Meski Maya segemuk gadis itu dan sehodoh lelaki itu, Fif tetap akan menyayangi Maya," sambil jarinya menunjuk ke arah seorang gadis yang sangat obesiti dan kemudian ke arah seorang lelaki miskin yang kusut masai tetapi cukup sempurna ciptaannya di mata Yang Maha Esa. Ternyata hanya fizikal sahaja. Hanya fizikal kami sahaja yang berubah, namun aku dan Afif tetap seperti dulu. Dan kerana itu, aku semakin menghormati golongan susah dan lemah yang berada di sekelilingku. Aku membuang pandangan ke luar jendela. Ya Allah, sungguh besar nikmat yang Kau kurniakan padaku. Aku bersyukur Ya Allah.
bestnya klo jd org gem0k2 nh.... org gem0k akn dpt cinta sejati,meaning that org cintakn kita sebab diri kita sendiri, bukan sebab rupa paras.... emmm..nk mkn byk2 la.....nk jd gemok,supaya dpt cinta sejati....ewahhhh...
aku gemuk x de sape nak..besh lg jd kurus..jeles tgk member2 g dating
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
huhu... best tapi tak paham sgt pasal dian tuh.