Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aliya melintasi sebuah restoren yang agak sesak dengan pelanggan. Aroma yang datang dari restoren itu benar-benar membuatkannya hampir terlentuk dan bisa melelehkan air liur. Sempat dia menjeling papan tanda di luar restoren tersebut. "Laksa Gadis". ’Mesti tuan punya kedai ni sorang anak dara yang memang terer giler masak laksa. Kena try ni.’ Baru sahaja Aliya berkira-kira untuk masuk ke dalam restoren tersebut, telefon bimbitnya berdering. "Ada apa Ramli? Ini kan waktu lunch?" " Aliya ko kena balik ke pejabat sekarang. Ada masalah. Bos cari kau sekarang." "Masalah apa pulak?" "Hmm...aku rasa elok ko balik cepat. Bos dah macam bad mood je tu" Ramli rakan sekerja Aliya bersuara separuh berbisik. Aliya segera kembali ke pejabat. Dalam keadaan perut yang lapar dan keinginan makan laksa yang sudah halang tadi, Aliya jadi hilang semangat. Dia melangkah longlai menuju ke keretanya.
********************************* "Apalah Abang Mat ni. Habis Aliya dah lambat pergi sekolah. Semalam kenapa abang tak check dulu tayar tu ok ke tak?" Aliya meluahkan segala rasa ketidak puasan hatinya kepada pemandu yang telah dianggap seperti abang sendiri. "Manalah abang nak tahu. Tayar tu kalau nak pecah bukan dia ada keluar bunyi ke, laser ke, apa ke. Kalau tak tak kan lah jadi macam ni." "Ish Abang Mat ni, orang tengah serius dia nka bergurau pulak. Cepatlah Abang Mat dah nak dekat pukul 7.45 ni." Mat menekan pedal minyak kereta Honda itu untuk menambah kelajuan pada pemanduannya. Sesampainya di pintu pagar sekolah, jam telah pun menunjukkan pukul 7.50 pagi. Dua orang \'jaga\' telah bersedia dia pintu pagar lengkap dengan buku catatan dan sebatang pen. "Habislah kena ’saman’" keluh Aliya. Aliya cuba berlagak selamba sewaktu melintasi sepasang pengawas di pintu pagar. Dia cuba buat-buat tak bersalah. Setapak, dua tapak...lepas...tiga tap....tiba-tiba beg nya rasa tersangkut sesuatu. Aliya berpaling.
"Buat-buat tak salah pulak ye." Seorang pengawas lelaki menegurnya dengan muka serius. Aliya cuma tersengih. "Tak payah nak tayang gigi yang tak berapa nka putih tu. Sini tulis nama kau sendiri" Hek eleh, kerek lak pengawas ni. Aliya berkata dalam hati. " Apasal la wujud orang macam awak ni kat sekolah ni? Awak ingat sekolah ni, bapak awak yang punya ke? Suka-suka hati je nak datang pukul berapa." Aliya panggung kepalanya. Mata tepat memandang ke arah mata pengawas itu. Sempat dia menjeling nametag yang terlekat di baju lelaki itu. Lokman. "Encik Pengawas Lokman yang sangat berdisiplin! Saya tahu saya dah buat kesalahan. Tapi ini tak ada kaitan dengan bapak saya!" Aliya berkata tegas sekali. "Aik, melawan pulak ye. Ko ni memang nak ke......" Lokman mengangkat tangannya. Mujur Azman ada. Dia menarik tangan Lokman ke belakang. "Kalau setakat baru jadi pengawas dah nak berlagak, boleh blah la wey." Aliya betul-betul melepaskan geram. Pantang betul dia kalau orang mainkan nama bapanya. Langkahnya yang pergi itu hanya diperhatikan oleh ekor mata Lokman yang ternyata belum puas hati. Waktu rehat tiba dan Aliya segera mengatur langkah ke kantin. Hari ini Suri teman baik Aliya tidak hadir kerana menghidap demam denggi. Maka terpaksalah Aliya ke mana-mana berseorangan. Aliya melihat menu istimewa hari ini. "Laksa" Aliya melompat gembira di situ juga. Adalah juga mata-mata yang memandangnya. Pastinya mereka pelik kerana melihat orang terkinja-kinja d kantin. Maka, dengan penuh semangat nya, Aliya terus menuju ke barisan pelajar-pelajar lain yang sedang menunggu giliran mmebeli makanan. Selera nak makan laksa agak terbantut juga pada awalnya apabila melihat barisan yang terlalu panjang. Apatah lagi melihat setiap orang yang keluar dari barisan masing-masing menatang semangkuk laksa. "Alamak, nanti sampai turn aku sure laksa dah habis. Tak boleh jadi ni." Tanpa berfikir panjang Aliya terus menyelit-nyelit di antara pelajar2 yang sedang beratur untuk sampai kebarisan yang paling hadapan. "Mak cik, nak laksa satu, kuah lebih, telur rebus nak sebiji tau" Pesan Aliya. Tangkas sahaja tangan Mak Cik Munah menyiapkan laksa yang dipesan oleh Aliya. "Terima kasih Mak Cik Munah!" Aliya berpaling ke belakang dan tidak semena-mena dia merasakan yang badannya di rempuh seseorang. ’Splash!!’ Aliya mencampakkan pakaian sekolahnya ke dalam mesin basuh. Alangkah malunya dia semasa di sekolah tadi. Semua orang yang berselisih dengannya akan menutup hidung. Ini semua gara-gara semangkuk kuah laksa yang tertumpah ke atasnya siang tadi. Tuhan sahaja yang tahu perasaan Aliya ketika itu, sudahlah kuah laksa tu panas, berbau pulak tu......malunya!! Esoknya di sekolah, semua mata memandang sinis kepada Aliya. Aliya berjalan dengan menundukkan wajahnya ke bawah rentetan malu semalam yang masih bersisa. "Minah Laksa!" Suara-suara sumbang itu mengiringi perjalanan Aliya ke perpustakaan. Muka Aliya merah. "Kurang asam" Aliya menahan geram. "Nak cari buku resepi masak laksa ke?" Usik pustakawan yang bertugas. Aliya hanya diam walaupun dalam hatinya geram yang bukan main. *************************** "Man, kenapa kau marah budak tu teruk sangat hari tu?" Tanya Azman. "Siapa?" "Alah budak yang datang lambat semalam tu. Yang kau bertekak kat pintu pagar tu. Buat-buat lupa pulak." "Minah Laksa tu? Hahaha...." Mana boleh aku lupa budak tu..hehe. "Entah, aku pun tak tahu. Tetiba je aku rasa bengang ngan dia." "Kau tak boleh buat macam tu Man, aku rasa kau kena mintak maaf la dengan dia. Lagipun aku kesian tengok dia sekarang ni. Dah lah satu sekolah ni ejek dia Minah Laksa. Macam kera sumbang dah aku tengok budak tu." "Habis tu, ko nak aku buat apa? Ko nak aku jadi kawan dia pulak ke? Hey...sorry ok." Malam itu, Lokman susah nak lelapkan mata. Matanya terbayang-bayang wajah Aliya. Pertama, wajahnya sewaktu melintasi pagar sekolah....hmm..sebenarnya masa tu dia bukan marah sebab Aliya datang lambat tapi sebab dia melintasi Lokman tanpa memandang wajahnya. Perkara ni membuatkan Lokman sukar memandang wajahnya yang cute tu. Sebelumni memang dah lama Lokman memerhatikan Aliya. Kedua, sewaktu kuah laksa tu tumpah atas Aliya. Sebenarnya hari tu Lokman bertugas menjaga ’keharmonian’ kantin. Jadi, sebagai sub-tugasnya ialah untuk memastikan keaadaan barisan pelajar sewaktu membeli makanan terkawal. Waktu itu, baru sahaja di menarik lengan seorang pelajar lelaki untuk membetulkan barisan, tiba-tiba Aliya berpaling ke belakang dan menyebabkan....kwang3...Laksa tu tumpah.
"Aku kena minta maaf ke ni?" Lokman menyoal dirinya sendiri. Berita yang sampai ke telinga Aliya malam tadi benar-benar membuatkannya lega. Mereka sekeluarga akan berpindah ke Sabah minggu depan. ’ "Hari ni, dah hari Khamis. Maknanya tinggal esok je aku akan sekolah kat sini. Lepas tu dah tak ada orang akan ejek aku lagi. Yahooo!!!" Sepanjang hari Jumaat itu, Datin Pah sibuk menguruskan urusan penukaran Aliya. Begitu juga dengan Aliya. Suri yang baru pulih dari demam dengginya terkejut dengan berita perpindahan Aliya. Dia berasa sedih juga mana tidaknya Aliyalah satu-satunya teman baiknya di sekolah ini. "Kak, ada orang suruh sampaikan ni." Satu bungkusan kecil kini sudah beralih tangan. "Siapa bagi?" budak lelaki itu hanya menggeleng. Aliya membuka bungkusan itu dan melihat sebungkus laksa dengan satu tulisan diluar plastiknya. Lokman. Sebaik sahaja membaca nama itu, Aliya seolah-olah terkena renjatan elektrik. Perasaan marahnya mula menguasai diri. ’Apa tujuan dia bagi aku laksa ni? Nak ejek aku lah tu. Hish...ni yang bengang ni’. Aliya terus mnegtur langkahnya. Sasarannya kini Lokman. Di matanya juga Cuma terbayang muka Lokman. Loceng balik sudah berbunyi. Nasib baik hari ini Abang Mat akan datang lambat sedikit sebab menghantar mamanya ke PPD. "Ah, aku tak kira. Aku kena selesaikan segala-galanya sekarang juga sebelum aku pindah sekolah. Bukan aku tak tahu, dia lah punca laksa tu tumpah kat aku masa kat kantin hari tu. Siapa suruh dia tarik budak tu...." Dendam Aliya. Memang rezekinya. Tidak lama dia menjejaki Lokman. Akirnya dia berjaya mengesan lokasi Lokman. Garaj Basikal. Kehadiran Aliya sambil menjinjit bungkusan laksa pemberian Lokman memang disedari oleh Lokman dan Azman yang sedang berdiri di sisi basikal. Lokman tersenyum. "Apa sengih-sengih? Nah ambik ni..." ’Splash!!!’ bungkusan laksa dicampak ke badan Lokman. Tekanan yang kuat menyebabkan plastik kuah laksa itu pecah dan membasahi pakaian Lokman. ’Gulp...sayangnya laksa tu....tak kisahlah janji hati aku puas’ Aliya bermonolog. "Apa ni?" Lokman terkejut. "Kau ingat aku tak tahu? Hutang laksa mesti di bayar dengan laksa" Aliya terus berlalu. Kebetulan pula, Abang Mat datang tepat pada masanya. Lokman dan Azman terpinga-pinga dengan aroma hanyir ikan si kuah laksa. *************************** "Tina berhenti kerja mengejut. Ni kerja dia yang ditinggalkan.Saya tak tahu pun yang projek ni dia tak usik apa-apa pun. Kalau bukan client tu yang call office. Entah sampai bila kita tak tahu problem projek ni. Aliya sebagai orang yang paling saya percaya dalam syarikat ni, saya nak awak handle benda. Saya yakin awak boleh buat kerja-kerja ad hoc ni" ’Gulp’ Aliya menelan air liurnya. Apatah lagi apabila dia melihat tarikh dateline projek tu cuma tiga minggu dari sekarang. Tapi sebagai seorang interior designer yang berkaliber, Aliya sanggup di cabar. Aliya membaca profil syarikat yang bakal di ubah suainya. Laksa Gadis? Wah ini peluang baik ni. Boleh lah aku bodek tauke dia makan laksa free hari-hari. Petang itu juga Aliya terus menuju ke restoren Laksa Gadis. Dia tidak mahu membuang waktu lagi. Mujurlah panggilan yang di buat kepada tauke restoren itu disambut baik walaupun adalah sedikit rasa tidak puas hati. Mujur semuanya telah Aliya jangkakan. "Cik Aliya Zainuddin ke?" Aliya terpana. Macam aku kenal mamat ni. Tapi siapa dan di mana? "Saya Lokman Buhari. Pemilik Laksa Gadis." Lokman ketawa kecil. mungkin dia juge terkejut apabila melihat Aliya. Atau mungkin kelakar melihat wajah melongo Aliya. Kebetulan apakah ini? Sungguh Aliya tidak menduga bahawa dia akan berjumpa dengan Lokman semula. Pelbagai perasaan menguasai dirinya. Malu, geram, kelakar... namun, atas dasar kerja, dia bersikap profesional. Namun, entah macam mana sedang asyik berbincang tiba-tiba seorang pelayan telah tersadung dan laksa yang di tatang di dalam dulang tertumpah ke atas Aliya dan Lokman. "Oh My God!" pelayan tadi kelihatan gelabah. Lokman dan Aliya yang terkejut dengan insiden itu berpandangan. Lama. Dan akhirnya ketawa. Pelayan tadi pelik. "Dah lah Ika, awak pergi masuk dalam. Itupun kalau awak tak nak kena siram balik dengan kuah laksa tu." Arah Lokman kepada pekerjanya itu. Aliya yang rasa terperli turut ketawa. Terkenang kembali segala kenangan di sekolah dulu. Syukur. Selepas peristiwa itu, hubungan Lokman dan Aliya nampaknya semakin pulih dan intim. Projek pengubahsuaian itu juga sudah hampir 80% siap. "Aliya, dulu, masa awak baling plastik kuah laksa tu kat saya sebab awak nak bayar hutang masa kat kantin tu ye?" Aliya ketawa dan mengangguk. Tiba-tiba Lokman memegang tangan Aliya. "Saya pun nak bayar hutang jugak" Terkejut Aliya. Segera dia menarik semula tangannya namun cengkaman Lokman lebih kuat. "Sebenarnya, saya dah lama wusya awak. Hmm..masa awak datang lambat tu, saya bukan nak marah sangat pun, cuma saya geram awak jalan tunduk je, tak nak pun pandang muka saya. Lepas tu, laksa tu saya bagi sebagai tanda minta maaf. Saya tau awak suka gila kat laksa sampai sanggup bertolak-tolak hanya untuk semangkuk laksa. Tapi saya tak sangka pulak awak nak campak laksa tu kat saya. Saya....saya...saya suka awak sebenarnya." Aliya terkedu. "Lepastu, awak pindah. Saya tak tahu cara apa yang saya boleh buat untuk jumpa balik dengan awak. Jadi, saya mulakan perniagaan ni. Namanya sempena nama awak. Minah Laksa. Tapi saya modified sikit la jadi Laksa Gadis untuk nampak komersial sikit.hehe.... Semua tu, sebab saya...saya suka pada awak." Aliya tiba-tiba ketawa besar. Tak sangka Lokman ingat semua kenangan zaman sekolah dulu. "Kenapa awak gelak? Sudi tak awak jadi pasangan hidup saya?" Soal Lokman serius. "Hmm...janji kuah laksa tak tumpah atas saya lagi lepas ni...." Aliya dan Lokman sama-sama ketawa.
p/s : saya dah lama tak menulis. kali terkahir masa form 1@2. x tahulah jln cerita ni pendenk sangat atau pnjg sgt utk sebuah cerpen. komen la ye....tenkiu
naper cilok ideal dr novel???? maybe pas baca novel tu ideal pun dtg agak nyer...hehehe percubaan yg bagus tpi nexttime jgn cilok byk sgt sampai dah bleh agak ending...k Teruskan usaha....watlah yg ori lak.
konpom cilok dr novel..well, tak bagus cilok2 idea org ni..apatah lagi pakai tajuk gadis laksa..nampak ketara sangat..hasilkanlah karya dari idea anda sendiri.
dlu sy skolah kat sp2. geng saya memang suka makan laksa. sampai kwn kami (lelaki) buat statement kata yg minat laksa ni minah kg jer. hukhuk..sedih betul.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Best.
Walaupun saya dah agak ending dia macam ni.